~Group FB Coretan Hati Ke Jemari (Fatrim Syah)~~

Wednesday 21 November 2012

E-novel ~Bunga Terakhir (BAB 8)


                                                               
                                                                         BAB 8
AWAL Bazli bangun pagi itu. Dia pandang sekeliling rumahnya, kini secara rasminya dia sudah bergelar duda. Tak pernah dia terfikir akan menyandang gelaran tersebut seawal itu! Masih ada rasa kesal dan menyesal, tapi Bazli redha dengan apa yang menimpa dirinya, mungkin ada hikmah atas apa yang berlaku itu. Dilihatnya gambar perkahwinannya dan Juwita yang tergantung di dinding. Mahu saja gambar itu diranap dan dibakarnya, tapi ianya bukan semudah itu. Ibu dan ayahnya selalu datang makan malam ke kondo itu. Malah, minggu lepas dia dan Juwita terpaksa bersepakat pura-pura bahagia dan gembira di dalam rumah itu di hadapan kedua ibu bapanya semasa makan malam bersama, siap memberitahu mereka bakal melancong ke luar negara sekali lagi untuk bulan madu kedua. Entah, Bazli sendiri tak tahu bagaimana nanti dia mahu memberitahu orang tuanya tentang hal penceraian mereka. Baik dirinya dan Juwita, masing-masing masih belum bersedia membongkar apa yang terjadi. Bagaimana mungkin mereka mampu melukakan hati orang tua masing-masing. Pasti mereka akan berasa sangat kecewa dengan mereka berdua.

Bila kutunggu jawapanmu..
Masihkah aku ada dihatimu..
Saat ini..

Telefon bimbit Bazli berbunyi. Diangkatnya panggilan telefon itu.
“Helo Bazli, maaf call. Awak kena bertugas ke Sydney petang ni, ada krew yang ada emergency.” Rashid, pegawai petugas penerbangan mereka memberitahu.
“Okay. Report duty jam berapa ya?” tanya Bazli.
“Jam 5 petang.” Rashid memaklumkan.
“Okay, see you there.” 

Bazli lega, daripada bosan di rumah seorang diri, baik dia kerja, lagipula kadang-kadang berada di awan biru itu sekali sekala dapat menenangkan fikirannya yang kusut. Dilihatnya jam di dinding, baru masuk jam 9 pagi.
“Keluar dululah kejap. Lapar juga ni.” Bazli ambil kunci kereta dan terus pandu ke tempat yang dia selalu pergi.

Semasa memandu, baru dia ingatkan Adam. Segera dia ambil telefon bimbit dan hubungi Adam, manalah tahu Adam tengah free masa tu, bolehlah mereka lepak sama.

“Helo.”
“Helo Adam. Bazli ni, awak free tak?” tanya Bazli.
“Adam dekat office ni. Kenapa?” tanya Adam pula.
“Oh, baru nak ajak awak keluar makan. Takpelah, mesti awak tengah busy tu.”
Next time ya. Lain kali bagitau aku awal-awal.”
“Okay. Kau macamana? Dah okay?” sempat Bazli bertanya.
So far okaylah, tapi still serabut lagi. Datang office ni pun sebab ada benda penting nak kena settlekan.”
“Jangan difikirkan sangat. Kalau ada masalah tu, buatlah Solat Isthikharah, Insya ALLAH ada petunjuk,” pesan Bazli.
“Insya ALLAH, terima kasih tau ingatkan saya.”
“Okay, aku letak phone dulu. Jaga diri, ada apa-apa nak minta tolong call aku. Ini nombor aku, tak sempat bagi kau semalam.”
“Okay bro.”
“Bye.”
Bazli matikan telefon bimbitnya. Lega juga dia bila dapat tahu Adam dah okay, takut rasanya bila Bazli ingatkan Adam yang berteriak kuat semalam. 

Lebih kurang setengah jam kemudian, Bazli sampai ke restoran kegemarannya. Jauh jugalah dari rumahnya. Tapi kerana dia memang suka makan char keow tiau restoran itu, soal jauh bukan halangan, yang penting dia puas dapat makan enak. Semasa sedang menunggu pesanan, dia ternampak seseorang di luar. Macam Kasih, segera dia keluar dari situ sebab dia nampak Kasih macam tergesa-gesa.

“Bro, tolong cancel order saya tadi ya.” Bazli memberitahu pekerja di kaunter dan segera keluar.

Dia toleh ke arah Kasih berjalan tadi, dia nampak belakang Kasih yang laju saja berjalan.
“Kasih!” jerit Bazli tapi memandangkan kedudukan Kasih yang jauh, mana mungkin dia mendengarnya. Segera Bazli mengejarnya.
Bazli toleh ke kanan, kemudian ke kiri, dia tak nampak kelibat Kasih.

“Pergi!!” Kasih bersedia dengan kayu pemukul.
Terkejut Bazli apabila melihat Kasih bertindak sedemikian.
“Kasih, kenapa ni?” tanya Bazli.
“Maaf Bazli, ingatkan Sufian tadi..” Kasih meminta maaf.
“Siapa Sufian? Kenapa awak nampak takut sangat ni?” tanya Bazli.
“Sufian, bekas tunang saya. Tadi saya baru terserempak dengan dia, tu yang saya tergesa-gesa. Dia tu panan baran sikit orangnya, tadi dia kejar saya.” Kasih memberitahu.
“Dia tak ada hak buat awak macam tu.” Bazli memberitahu.

“Siapa kata tak ada hak hah?!” jerkah seseorang di belakang mereka.
“Bazli, hati-hati!” Kasih menjerit kerana Sufian mahu menyerangnya.
Nasib baik Bazli sudah bersedia. Mereka berundur.
“Kau jangan ganggu tunang aku! Kasih, ikut aku!” marah Sufian.
“Kau jangan paksa dia!” Bazli membalas.
“Kau jangan masuk campur urusan kami. Kasih tu bakal isteri aku! Tepi!” Sufian mendekati  dan cuba menarik tangan Kasih.

Bazli tiba-tiba memegang tangan Kasih erat.
“Kau jangan ganggu dia!” jerkah Bazli.
“Aku dah kata jangan masuk campur urusan kami!” 
Sufian melayangkan penumbuknya, Bazli mengelak dan pantas menumbuk perut Sufian sehingga senak. Sufian berundur hingga terjatuh.
“Ingat Kasih, urusan kita belum selesai!” Sufian segera pergi daripada situ.

“Kasih, awak tak apa-apa?” tanya Bazli bimbang.
“Tak. Saya okay. Terima kasih Bazli, hmm.. boleh lepaskan tangan saya?” Kasih berterima kasih.
“Err.. sorry..” Bazli terus lepaskan tangan Kasih.
“Maaf menyusahkan awak. Awak tak apa-apa kan?” tanya Kasih.
“Tak, saya okey. Apa awak buat dekat sini?” Bazli bertanya kembali.
“Saya pergi bank-in duit tadi. Sengaja bank-in jauh sikit. Tiba-tiba saya terserempak dengan Sufian depan bank, terus saya lari. Saya tahu, dia ekori saya tadi.” Kasih memberitahu.
“Kalau awak tak ke mana-mana lagi. Saya hantar awak balik ya?” tanya Bazli.
“Hmm.. tak apalah, saya boleh naik cab. Menyusahkan awak pula, rumah saya jauh dari sini.” Kasih segan.
“Nanti Sufian tu kacau awak lagi macamana? Boleh ya?” tanya Bazli lagi.
“Ermm. Okaylah,” terpaksa Kasih setuju, mereka berdua menuju ke kereta Bazli. Bazli pandu keluar ke jalan raya.

“Rumah awak dekat mana?” tanya Bazli.
“Dekat area Wangsa Maju.”
“Sufian tu orang Sabah juga ya?”
“A’ah. Tapi dah lama kerja dekat sini. Dialah yang rekomen kerja untuk saya dekat hotel dulu. Sebenarnya tahun lepas kami dah rancang nak kahwin. Sekali tu saya ke rumah dia, saya nampak seorang perempuan dalam rumah tu, katanya adik angkat tapi saya tak percaya. Tu yang saya minta putus. Tapi tulah, macam yang awak nampak tadi, dia masih paksa saya terima dia...”
“Awak tak takut dia apa-apakan awak?” tanya Bazli lagi.
“Saya kenal Sufian tu dari kecik lagi, kami kawan sekampung. Dia takkan apa-apakan saya. Cuma tulah, dia memang nampak garang sikit,” jawab Kasih.
“Jadi, kenapa awak lari bila nampak dia?” tanya Bazli lagi umpama wartawan tak bertauliah.
“Saya malas nak dengar dia minta saya balik dengan dia. Saya dah muak, entah nak guna bahasa apalagi nak bagi dia faham, tu yang saya lari tu... kalau dulu, hari-hari dia datang tempat kerja saya.”
“Awak kena hati-hati tau. Saya tengok dia tu agresif sangat, kalau ada apa-apa report polis terus,” pesan Bazli.
“Takpe, tahulah saya nak handle benda ni.”
“Awak tetap kena hati-hati dengan orang macam tu. By the way, petang nanti saya ada flight ke Sydney. Awak ada flight ke sana?” tanya Bazli.

“Saya bertugas untuk domestik dulu. Lepas setahun atau beberapa bulan nanti baru boleh pergi oversea. Seronoknya dapat ke Sydney. Saya tak pernah pergi luar negara.”
“Nanti, awak akan fly ke sana sampai awak bosan. Percayalah cakap saya. Ha, sekarang ni musim bunga dekat Sydney. Ada bunga lavendar tau, cantik..” Bazli berkata teruja.
“Lavendar. Boleh tak bawa untuk saya?” tanya Kasih. 

Tiba-tiba Kasih segan, dia terlepas cakap. Dia tiada hak nak minta itu ini dengan Bazli, mereka hanya kawan biasa je.

“Insya ALLAH. Nanti saya cuba,” spontan Bazli setuju. Kasih tersenyum.

Kemudiannya, Kasih pandang Bazli yang memandu. Lagu Kisah Hati menjadi pengiring halwa telinga mereka. Memandang lelaki itu, Kasih rasa tenang sangat. Kenapalah Sufian bekas tunangnya itu tak macam Bazli. Kasih terfikir-fikir, apa mungkin semua ini kebetulan. Kenapa Bazli tiba-tiba ada semasa dia perlukan seseorang. Ah! Kasih bukannya jenis yang terlalu mengharap, dia sedar dirinya siapa. Meskipun sejak pertemuan pertama, Kasih sudah merasakan sesuatu pada lelaki itu. Tapi, mana mungkin dia tega merampas suami orang.
“Kasih, mana satu kawasan rumah awak?” tanya Bazli membubarkan lamunan Kasih sebaik mereka sampai ke tempat yang ditunjukkan Kasih sepanjang perjalanan tadi.
“Yang dekat depan tu, awak masuk lagi,” jawab Kasih.
Segera Bazli memandu menuju ke arah yang ditunjukkan Kasih dan berhenti di sana, Bazli lihat pangsapuri 10 tingkat itu.
Thanks Bazli.” Kasih berterima kasih.
“Sama-sama, jaga diri, ada apa-apa call,” pesan Bazli.

Bazli beredar dari situ. Kasih pandang kereta Bazli sampai kereta itu hilang dari pandangannya.

Sementara itu, Bazli tiba-tiba rasa lapar sangat. Baru dia teringat, dia belum sentuh satu makanan atau minumanpun tadi. Lagipula tadi baru jadi keluang man, adalah lapar sikit agaknya sebab berlawan tadi. Segera Bazli ke restoran berdekatan dan tapau makanan balik ke rumahnya.

**************

“Betul ke cara Dahlia tu? Dahlia tak makan hati? Dahlia rela?” tanya Puan Sofia kepada anaknya.
“Itu saja caranya mak. Dahlia pasrah, ini semua takdir.” Dahlia memandang wajah ibunya.
“Tak apalah. Mak hormat keputusan kamu. Tapi, mak minta jagalah diri tu elok-elok, kamu ada sesi temujanji lain lagi kan?”
“A’ah mak. Takpe, Dahlia okay. Semua ni untuk Aiman mak, Dahlia tengok dia dah tak macam dulu. Mungkin rindukan papa dia agaknya. Kebetulan terjadi perkara macam ni, mungkin ada hikmahnya...” 

“Dahlia kena kuat nak. Demi Aiman, demi Adam. Mak tahu, kamu dah bersedia, sebab tu kamu mahu Adam nikah dengan perempuan lain.”
“Ya mak. Biarlah nanti orang yang menjaga Aiman ni orang yang Dahlia kenal.”
“Mungkin semua ni takdir. Sekurang-kurangnya kamu tak perlu bersembunyi di rumah mak.”
“Mak rasa keputusan Dahlia ambil ni bagus tak untuk abang Adam?” tanya Dahlia pula.
“Tak apa, suatu hari nanti dia akan faham. Kamu dah buat yang terbaik untuk dia. Lagipun, kamu akan berada di sisi dia. Sekurang-kurangnya kamu tak perlu minta cerai semua tu. Kamu kena yakin dengan keputusan kamu. Adam mungkin sukar nak terima apa yang kamu cadangkan, tapi demi kamu mak yakin yang dia akan setuju.”
“Dahlia pun harapkan perkara yang sama. Krook..” Tiba-tiba Dahlia rasa mahu termuntah dan tak sedap badan. Segera dia berlari ke bilik air.

“Dahlia, kamu tak apa-apa nak?” tanya Puan Sofia.
“Dahlia okay mak, entah kenapa sejak akhir-akhir ni Dahlia asyik rasa nak muntah dan pening je..” jawab Dahlia.

Puan Sofia terkejut, kemudian ada sekilas senyuman dibibirnya. Tapi, bila Puan Sofia teringat hal itu, senyumannya itu kendur kembali, air matanya menitis...

Bersambung...

3 comments:

eifa yusof said...

Salam. Dahlia dah ngandung yer?

Syah Shah said...

saya bajet Dahlia kena kanser. Sebab tu dia mintak cerai apa segala bagai. Betul tak?

Fatrim Syah said...

Eifa Yusof ~ Maaf lambat reply komen anda. Boleh baca bab 11 & Bab 12.

Syah shah ~common sangat ah nak kanser bagai ni. Tungguuuuuuu...

Btw, terima kasih singgah baca dan komen.Terima kasih ya! ^_^