~Group FB Coretan Hati Ke Jemari (Fatrim Syah)~~

Friday 11 March 2016

Revenge (BAB 1)




SINOPSIS REVENGE
 
ARIANA mahu menghancurkan keluarga baru ayahnya sendiri dan mendapatkan haknya yang dibuang selama 15 tahun. Tapi berdepan dengan ZAHARA umpama berdepan penjenayah kejam. Ariana perlu berhati-hati dalam setiap langkah. 3 anak Zahara seolah-olah mewarisi sikap ibunya. Ariana tekad, semuanya perlu dimusnahkan termasuk ayahnya sendiri. Revenge menjawab segalanya!

BAB 1

ARIANA sibuk membuat kerja sekolah sementara ibunya pula sibuk memasak di dapur menunggu ayahnya pulang daripada out station selama seminggu.

"Mama, papa pulang hari ni ya?" tanya Ariana menganggu ibunya yang sedang memasak.

"Ya Ariana. Papa balik hari ni. Ni yang mama masak ayam gulai kegemaran ayah kamu ni. Bersiaplah mandi, nanti ayah datang kita makan sama."

Ariana yang berumur 7 tahun ketika itu lantas berlari naik ke biliknya untuk bersiap. Ariana pasti ada hadiah istimewa daripada ayahnya seperti selalu.

"Assalamualaikum..."

Khadijah terdengar suara suaminya. Segera dia berjalan ke pintu utama mahu menyambut kepulangan suaminya. Dipulasnya tombol dan dia melihat suaminya beserta seorang wanita bersama tiga orang kanak-kanak, dua lelaki, seorang perempuan di belakangnya.

"Waalaikumsalam. Abang."

Zakaria, suami Khadijah terus masuk membawa wanita itu ke dalam.

"Abang, siapa ni?" Tanya Khadijah aneh. Sambil memandang atas bawah wanita di hadapannya.

"Khadijah. Ini madu kamu, isteri kedua abang," selamba saja Zakaria menjawab.

"Bila abang kahwin?"

"Selepas setahun kita kahwin. Kau dapatkan anak lambat, lepas 5 tahun kahwin baru ada seekor. Tengok Zahara. Anak tiga orang semua dah besar."

"Apa semua ni bang?!" Khadijah membentak tiba-tiba.

Ariana yang baru turun terdengar suara tinggi ibunya, segera dia turun mendapatkan ibunya. Tangan ibunya dipegang.

"Saya ketua dekat rumah ini, saya ada hak buat sesuka hati saya. Jangan kau persoalkan apa yang aku buat! Aku berkuasa dalam rumah ni." Zakaria membalas.

Khadijah sudah hilang sabar. "Abang memang keterlaluan! Arwah ayah saya berikan semua untuk abang. Saya takkan biarkan semua ni terjadi. Tak akan!" Amuk Khadijah.

Khadijah pantas menarik tangan Sahara dan anaknya mahu membawa mereka keluar.

"Keluar! Ini rumah saya! Keluar!" Bentak Khadijah kuat.

"Jangan kurang hajar! Ini rumah Zahara sekarang. Kalau tak suka kamu boleh keluar!" 

Pap!

Khadijah ditarik dan ditampar sehingga terjatuh.

"Mama... mama... mama...." Ariana segera memeluk ibunya sambil menangis.

"Sedar diri sikit Khadijah! Aku kahwini kamu pun sebab terpaksa. Jika tak, aku takkan dapat suami ni." 

Khadijah bangun. Segera menerpa suaminya dan memukulnya.

"Kurang hajar!"

Sekali lagi Zakaria cuba memukul Khadijah.

"Abang! Sudah... sudah!" Zahara segera menghalang, memegang tangan Khadijah.

"Dasar tak sedar diri! Aku pergunakan, nak juga percaya. Hei Khadijah, aku ni tak pernah cintakan kau tahu!" Zakaria membuat penerangan.

Khadijah terpana. Ariana walaupun masih kecil memandang ayahnya tajam.

"Kalau mahu hidup senang. Hormati Zahara!" tegas Zakaria memberi amaran.

"Sudah bang. Sudah. Biar saja saya." Zahara bersuara lembut dan mengangguk memandang suaminya.

Segera dia bawa Khadijah lembut dan kemudian berbisik.

"Kakak jangan melampau. Saya boleh bunuh kakak dan suami kakak sekarang juga. Nanti saya akan dapat semua harta dan fikirkanlah anak kecil kakak masa tu..." Zahara memberi amaran mencengkam tangan Khadijah.

Khadijah segera melepas tangannya. Dia pandang Zahara tajam.

"Aku takkan biarkan!" balas Khadijah.

"Comel anak kakak..." Zahara cuba menyentuh Ariana, segera Ariana ke belakang ibunya. Benci memandang wanita perampas di hadapannya.

Zahara senyum dan memandang Khadijah.

"Nasihat saya baik kakak keluar saja dari rumah ni. Saya tak suka hak saya diambil orang lain. Saya bagi peluang setengah jam kak... Pergilah, saya takkan ganggu kakak lagi. Asalkan Zakaria dan rumah ni milik saya." Zahara mengugut lagi.
Khadijah diam. Dia usap kepala anaknya berkali-kali.

"Kamu ambillah Zakaria. Ambil saja lelaki tak guna tu!" bentak Khadijah.

"Bagus kak. Macam tulah, senang kerja saya." Zahara tersenyum.

Dan, Khadijah terus membawa Ariana keluar. Ariana yang ditarik tangannya memandang Zahara yang tersenyum puas, kali ini tiada air mata di pipi Ariana. Hanya yang ada dendam. Sambil pandang Zahara, Ariana tekad, bibirnya digigit keras!

'Suatu hari nanti aku akan datang kembali...'

Untuk sambungan boleh baca di WATTPAD ---> https://www.wattpad.com/myworks/46717591-revenge



Agensi Tolak Jodoh (BAB 1)





SINOPSIS AGENSI TOLAK JODOH


KARL, seorang pemuda urban merasakan sudah tiba masanya untuk membuka 
AGENSI TOLAK JODOH kerana kadar penceraian yang makin hari makin
 meningkat. Apabila Agensi mula menerima kes-kes tolak jodoh, Karl sedaya
 upaya menyelesaikan walaupun kadang-kadang di tahap yang tidak masuk akal.
 Mungkinkah Karl bencikan cinta atau menolak jodohnya apabila datang?



BAB 1

KARL pandang signboard agensi yang baru dipasang dua pekerja upahan dengan teliti. Ini adalah hari pertama Agensi Tolak Jodoh beroperasi dengan tagline 'Kami pakar tolak jodoh anda yang terpaksa'. Walaupun tagline tak berapa nak laris tapi motif utama Karl menubuhkan agensi itu telah tercapai. Karl ambil tempatnya di dalam sebuah bilik khas dengan pelbagai berita keruntuhan rumahtangga, kahwin paksa dan sebagainya yang dipaparkan dalam surat khabar ditampal di setiap dinding dengan kemas. Malah, gambar purata penceraian di Malaysia yang kian meningkat juga turut diletakkan sebesar-besar alam. Siap ada mesin nombor automatik lagi yang akan berubah seiring jumlah penceraian yang berlaku di seluruh negara hampir setiap hari. 

"Perkara paling utama tentunya kena buat promosi besar-besaran. Kalau tak, siapa tahu agensi ni wujud." Karl bercakap sendirian lalu keluar dari bilik khas tersebut menuju ke ruang luar yang mempunyai 3 buah sofa yang menyelesakan.

Karl duduk dan mula mewujudkan fanpage dan juga instagtam Agensi Tolak Jodoh dengan beberapa tagline. Karl biarkan beberapa minit. Sudahnya dapat 2k follower yang 20% daripadanya terus membuat komenter di ruang komen instagram Agensi Tolak Jodoh.

Perkara pertama yang Karl tulis dengan caption adalah '50 pelanggan pertama menghubungi Agensi Tolak Jodoh mendapat 50% diskaun!' yang dilatari gambar signboard agensi.

Dan seperti biasa akan ada ustaz ustazah laman sosial yang muncul dengan kapsyen mereka yang tersendiri dalam ruangan komen.

Kring! Kring!

"Helo. Agensi Tolak Jodoh, ada apa-apa yang boleh saya bantu?" 

"Ini Agensi Tolak Jodoh yang kat instagram kan? Saya nak mohon bantuan. Saya nak kahwin lagi 5 jam encik, tapi ni kahwin paksa. Saya tak nak kahwin macam ni." 

"Boleh bagi nama cik?" Tanya Karl lembut.

"Nasha."

"Nasha Aziz ke?"

"Encik, ini bukan waktunya bergurau. Saya tengah mohon bantuan ni." Tegas pemanggil wanita bernama Nasha itu.

"Maaf Cik. Tenang. Lagi 5 jam nak kahwin. Dan Cik kata ini kahwin paksa. Boleh saya tahu paksa apa yang dimaksudkan? Kategori, jenis dan siapa yang memaksa?" 

"Saya kena perangkap dengan mamat ni. Dia syok kat saya, dia plan supaya kami ditangkap khalwat."

"Erm. Biasanya lepas khalwat memang kena paksa kahwin kan? Okey, saya ada cara supaya Cik tak kahwin dengan mamat pemaksa tu. Tapi risiko ni Cik yang tanggung sendiri. Cik berani?" tanya Karl tegas sambil membuka satu butang bajunya bahagian atas.

"Saya sanggup Encik. Apapun caranya saya sanggup."

"Okey, jap. Ni dah tinggal 4 jam 30 minit. Cik nak nikah dekat mana tu?"

"Pejabat kadilah! Ni Encik ni betul nak tolong ke apa ni?!"

"Bertenang Cik. Saya tahu, tolak jodoh ni bukan baik. Tapi dah Cik pun nak minta bantuan saya, saya pun kena bagi cadangan bernas."

"Bila masanya nak bertenang lagi Encik oi? Ni masa dah singkat, straight to the point jelah. Apa cadangan Encik? Cakap saja. Kalau menjadi, saya akan bayar double khidmat agensi Encik."

"Okey. Dengar baik-baik Cik Nasha. Saya cadangkan Cik Nasha mengaku dah terlanjur dengan lelaki lain semalam. Saya jamin, mesti lelaki tu terus tolak Cik Nasha punya."

"What?! Dah gila?! Nonsense! Gila punya agensi!"