~Group FB Coretan Hati Ke Jemari (Fatrim Syah)~~

Saturday, 1 February 2014

NOVEL GAUN CIK BOS TUXEDO MR SECRETARY (BAB 1)


                                                  BAB 1


“PAPA, Lisa feduplah macam ni, sorang-sorang secretary Lisa quit. Buang masa betul, hari tu masa minta kerja kata semua boleh buat, itulah, inilah...”
“Lisa tu yang garang sangat kot. Lisa, secretary dekat pejabat tu pembantu Lisa, bukan hamba abdi Lisa, dari sikap Lisa juga sebenarnya, tegas tak tentu pasal.” Dato’ Mazil ayah Khalisah menasihati.
“Yang papa ni nak sebelahkan siapa? Lisa ke secretary? Papa tau tak, kalau Lisa buat selamba je, nanti naik tocang mereka.” Khalisah membantah.
“Kalau macam tu memang macam chipsmorelah secretary dekat office Lisa tu. Nanti jangan salahkan papa kalau secretary baru Lisa berhenti lagi. Ingat Lisa, syarikat tu yang penting, jangan difikirkan sangat hal-hal secretary ni, biar bahagian HR yang uruskan.” Dato’ Mazil mengingatkan tanggungjawab anaknya.
Tok.Tok.Tok
Sedang Lisa berbual di telefon. Pintu pejabatnya diketuk.
“Lisa letak phone dulu ya pa. Ada guest, Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam..ingat apa yang papa cakap tu.”
Yess big boss!!” sengaja Khalisah mengacah ayahnya, syarikat itu baru saja diserahkan pada Khalisah, tapi ayahnya tetap juga datang ke pejabat sekali sekala, almaklumlah dia masih lagi pemegang saham terbesar dan juga penasihat syarikat.
Khalisah meletakkan gagang telefon, memerhati pintu dan memberi arahan.
“Masuk.”
“Cik Khalisah,  yang nak interview jawatan secretary dah ada dekat luar.” Rafida memaklumi, salah seorang stafnya.
“Baik, ada berapa orang semuanya?” Khalisah bertanya.
“Ada sepuluh orang Cik Khalisah.” Rafida memberitahu.
“Bagus, interview boleh dimulakan. Pastikan semuanya memenuhi kriteria yang kita mahukan.” Khalisah memberi arahan.
“Baik Cik Khalisah.”
Rafida keluar dan menyuruh salah seorang calon masuk ke dalam bilik Khalisah.
“Selamat Pagi Puan.”
“Selamat Pagi.” Khalisah menjawab, sekejap Khalisah berasa marah, iyalah dipanggil Puan. Adakah mekapnya hari ini serupa ibu yang mempunyai anak lima? Ke, wajahnya nampak tua benar sehingga dipanggil sebegitu. Dia habis fikir, dilihatnya calon setiausaha itu.
Wanita itu berpakaian agak menarik, bertudung shawl sopan berjalan masuk ke dalam pejabat Khalisah. Jika dilihat dari luaran, macam salah tempat saja dia pergi temuduga. Jalan dan caranya seolah seorang model. Ini model ke secretary? Biarlah, gumam Khalisah sendiri. Kita tengok dulu apa yang dia ada. Ke ado?
“Aww!”
Ops! Boleh pulak terpelecok. Ish-ish..
“Maaf Puan, kasut saya ni tinggi sikit, saya tak biasa.” Wanita itu tersipu-sipu.
Khalisah hanya tersenyum.
 “Silakan duduk.”
“Terima Kasih Puan.” Wanita itu mengucapkan terima kasih.
“Boleh beritahu saya nama dan kenapa awak nak memohon menjadi seorang setiausaha?” Khalisah bertanya.
“Nama saya Zaitun. Asal dari Kelantan. Umur 22 tahun, taraf pendidikan Diploma Kesetiausahaan IPTS…”
Tu dia…sekali buka mulut asal Kelantan rupanya, tapi pakaian yang dipakainya sangat menyeramkan. Ni mesti bajet takut tak dapat kerjalah ni, sebab tu pakaian macam artis, make up tebal 4 inci, bulu mata double bak Rozita Che Wan. Khalisah hanya mendengar sambil melihat jam di dinding pejabat. Kejap, asal Kelantan tapi loghatnya sudah menjadi loghat orang KL.
Amboi!
Panjang pula mukadimah minah Kelantan ni, kenapa pula tidak sampai-sampai lagi kepada jawapan untuk soalan kedua itu? Khalisah berharap selepas ini, Zaitun sudah menerangkan kenapa dia ingin menjadi setiausaha.
“….dulu, saya tak suka ambil kursus setiausaha ni, itu pun nenek saya yang paksa…nenek saya dah tua, umurnya 75 tahun, dialah yang jaga saya dan adik-adik saya..ada sekali tu kami tak cukup makan…”
Alamak! Bab mukadimah lagi, tak boleh ni. Kalau tak stop, sampai ke petang agaknya budak ni bercerita. Apa dia ingat ini pertandingan bercerita ke apa.
Stop-stop, tadi saya cuma tanya nama awak dan kenapa awak nak memohon menjadi setiausaha bukan? Kenapa agaknya tak sampai-sampai lagi dengan jawapan yang kedua tu ya? Maaf, saya tak perlu dengar kisah awak, semua dah tercatat dekat resume awak.” Khalisah mencelah.
“Err..ya ke Puan? Maaflah, saya ni kalau bercakap memang tak berhenti, kenapa saya nak memohon menjadi setiausaha ya, saya nak jadi setiausaha sebab saya nak kerja, itu jelah rasanya Puan.” Si Zaitun menjawab.
“Itu je? Ada apa-apa lagi sebab lain?” Khalisah bertanya.
Zaitun menggeleng.
“Ada tambahan-tambahan lain?” tanya Khalisah lagi.
Zaitun sekali lagi menggeleng.
“Awak boleh keluar, Terima Kasih ya kerana datang. Kami akan hubungi sekiranya Cik Zaitun terpilih.”
“Terima Kasih Puan.”
Khalisah melihat wanita tersebut berdiri dan keluar dari pejabatnya sambil menggeleng kepala, sekali lagi wanita itu terpelecok kerana tidak biasa memakai kasut tinggi. Khalisah senyum sendiri, rupa cantik tapi mulut banyak pun tak boleh, nanti mulut pula yang bekerja lebih dari sepatutnya. Lebih tu boleh, jangan melebih-lebih sudah. Kemudiannya Khalisah menekan intercom.
“Rafida, next…”
Seorang lelaki masuk ke dalam pejabat Khalisah. Dari caranya, sangat bersopan santun. Bolehkah kerja ni? Tebak Khalisah. Tidak apalah, dia tanya dulu, manalah tahu. Kadang-kadang orang bersopan santun macam ni boleh diharap.
“Silakan duduk.”
“Terima Kasih Puan.”
Sopannya cara bercakap, ala-ala gadis Melayu terakhir gitu, eh? Lelakilah.. err.. tapi macam.
Khaliah bertanya, “Baiklah, boleh beritahu nama dan kenapa nak menjadi setiausaha?”
Seolah sudah tahu soalan yang akan ditanyakan, lelaki itu mengambil sehelai kertas yang telah disiapkannya. Khalisah naik hairan, apa benda pula tu tetapi dia membiarkannya sahaja.
“Boleh saya teruskan Puan?”
Khalisah mengangguk.
“Nama saya Syed Syukrie Syed Almi, berumur 25 tahun. Kenapa saya ingin memohon menjadi setiausaha? Sebelumnya saya sudah pernah bekerja di pasaraya-pasaraya sebagai cashier selama beberapa tahun dan saya masih lagi bekerja sebagai cashier di 7 eleven. Selain itu, saya juga pernah menjadi house keeping di sebuah hotel, dekat kampung dulu saya pernah kerja di gerai mak saya sebagai tukang masak, saya memang pandai masak puan. Puan takkan rugi kalau ambil saya...”
Kejap! Bila masa pula yang aku nak hire tukang masak ni? Ada kaitan ke dengan tanggungjawab secretary? Khalisah pening sendiri. Fuh! Satu-satu macam nak geget saja. Sekali lagi aku dengar kau cakap yang bukan-bukan selain jawapan yang aku minta...
Get outlah jawabnya!
“Baiklah Puan. Kenapa saya ingin menjadi setiausaha? Saya nakkan pengalaman bekerja di syarikat besar macam syarikat puan.”
Alamak! Kalau tak ada pengalaman kerja pejabat macamana pula mahu mengambilnya bekerja.  Aku takde masa nak melatih orang baru, yang aku perlukan orang yang boleh kerja terus. Ni mesti Rafida tak periksa betul-betul ni.
Kertas panjang yang disediakan tadi sudah habis dibaca, harapnya selepas ini Khalisah boleh bertanya pula.
“Puan, macamana? Saya okey? Boleh lantik saya menjadi setiausaha tu?” tanya lelaki tersebut.
Terkejut Khalisah, baru saja dia mahu membuka mulut.
“Sebenarnya saya mahukan mereka yang ada pengalaman kerja pejabat. Kalau mengikut kelayakan awak memang cukup, tapi pengalaman kerja kurang. Next time cuba lagi ya.” Khalisah memberitahu.
“Terima Kasih Puan. Tapi Puan, harapnya boleh tolong saya ya Puan. Saya nak sangat kerja Puan, kalau Puan nak Puan boleh cuba saya selama seminggu, saya boleh buat macam-macam untuk Puan, sediakan makan minum, jadi driver, jadi maid dekat rumah pun saya sanggup.”
Tu dia..! Orang mahu hire setiausaha, tapi dia pula nak jadi maid bagai. Adoi! Bila Khalisah tidak mempedulikan barulah dia berhenti bercakap dan berjalan keluar. Namun, sebelum membuka pintu keluar...
“Puan, jangan lupa call saya ya Puan. Puanlah yang paling terbaik, tercantik sekali.. err...”
Tu dia puji. Macam lidah takde tulang. Khalisah menunjukkan isyarat hulur tangan menyuruh lelaki itu keluar. Khalisah menggeleng kepala, kalau 10 orang yang macam perempuan dan lelaki tadi, habislah..dengan tangan yang agak berketar, Khalisah menekan interkom.
“Rafida, sebelum masuk, awak tolong pastikan sekali lagi pengalaman kerja tu. Tengok betul-betul. Saya nak mereka yang boleh kerja terus, yang hanya ada kelayakan awak suruh balik,”
“Baik Cik Khalisah.”
Khalisah menekan-nekan keyboard komputernya. Dia bersedia dengan calon ketiga. Namun sebelum itu, interkom Khalisah berbunyi.
“Cik Khalisah, ada lagi 5 orang. Yang lain semua tak penuhi syarat kelayakan yang Cik mahukan.”
“Terima kasih Rafida.”
Khalisah menemuduga seorang demi seorang calon secretary yang ada. Sehinggalah calon yang ke tujuh setelah ditolak tiga daripada sepuluh orang calon yang datang. Fuh! Nak cari secretary yang baik susah juga. Dulu, masa buat temuduga, dia suruh bahagian HR main ambil saja. Kali ni Khalisah malas nak harapkan orang lain yang buat temuduga. Hasilnya, semua out!
“Rafida. Masuk!”
Beberapa minit kemudian, Rafida masuk ke dalam menemui Khalisah.
“Cik Khalisah.” Rafida memandang Khalisah di mejanya.
“Duduk.”
Khalisah mengurut-urut kepalanya.
“Macamana dengan hasil temuduganya? Ada yang berkenan?” Rafida bertanya.
“Parah lagi memarahkan Rafida. Semua tak layak, bukannya saya memilih. Tapi orang yang terpilih akan bekerja dengan saya dan kena faham cara kerja saya. Ada yang okey tapi mulut pula banyak cakap, awak faham-fahamlah. Si lembut tu tadi, macamana boleh awak lepaskan?” tanya Khalisah kepada Rafida.
“Mana tak lepas, boleh dia potong line, tak sempat saya nak semak sijil-sijil dia.”
“Fuh! Yang tu memang macam nak geget je. Haraplah lepas ni ada yang boleh, faham kerja saya, faham tugas dia.” Khalisah berharap sambil masih membelek resume calon temuduga di depannya.
“Kalau macam tu saya pun tak boleh tolong, Cik yang memilih sangat.”
“Kan dah kata jangan panggil Cik kalau kita berdua. Awak ni Rafida.. protokol sangat. Satu lagi, mekap aku hari ni macam mak budak ke? Semua panggil aku Puan, geram je.” herot Khalisah.
“Hmm.. yang tu aku tak boleh komen. Bab panggilan tu, di syarikat ni awak tu boss saya, mestilah saya panggil Cik. Lainlah dekat luar.”
“Suka hati awaklah. Tapi dekat luar panggil nama ya. Nak Panggil Cik, Puan bagai macam saya ada suami pula.”
Opss! Terlepas cakap.
“Ehem..ehem” sengaja Rafida menyindir dalam nada suara.
“Rafida!’ marah Khalisah.
“Owh, tak ada apa-apa, tekak aku sakit tadi. By the way, tentang temuduga tu. Kau tak payah pening-pening. Kan kita adakan temuduga terbuka, manalah tahu esok-esok ada calon yang sesuai. Ni, gara-gara temuduga hari ni, report  yang aku nak buat untuk tertangguh dah.”
“Takpelah Rafida. Esok-esoklah kau hantar dekat aku.”
“Mana boleh macam tu, esok pagi aku hantar dekat kau. Kawan, kawan juga, kerja, kerja juga.”
“Terima kasih Rafida, awaklah yang faham saya.”
“Saya keluar dulu ya. Nak sambung buat laporan, selamat membelek...” Rafida meminta diri.
“Selamatlah sangat kan..” Khalisah menggeleng kepala, Rafida sudah keluar dari bilik pejabatnya.
Khalisah meneruskan kerja-kerjanya, dia meneliti semua resume calon-calon secretary yang hadir temuduga tadi. Timbang punya timbang, dengan kilo, gram, inci, meter, kaki, tangan.  Semua. Hasilnya.. tiada satu pun yang lepas!
Telefon bimbit Khalisah berbunyi. Sengaja dia alertkan, sebab petang nanti dia dan Rafida akan menemani salah seorang rakan universiti mereka fitting baju pengantin dekat butik. Itu lagi satu hal, ayahnya asyik-asyik bertanya, giliran dia bila pulak sebab semua kawan-kawan dia sudah naik pelamin.
‘Jangan ingat hidup macam novel’ kata ayahnya menyindir kerana Khalisah suka membaca novel, yang ending selalunya kahwin, gembira.
‘Dunia realiti lain, semua kena cari sendiri’ itu lagi satu kata-kata keramat ayahnya suatu hari semasa mereka sedang makan malam sambil bercakap soal jodoh.
Khalisah malas mahu memikirkan soal kahwin. Syarikat itu yang dipentingkan buat masa sekarang. Peluang yang diberikan ayahnya bukan boleh dibuat main. Dia perlu memberikan komitmen 200%. Memang terkadang dia mengikut emosi, tapi untuk memastikan semuanya berjalan lancar dia perlu menjadi seperti itu.
                                               *********************
Jam 5.00 petang..
KHALISAH dan Rafida sampai di sebuah butik. Dari kejauhan, Kirana sudah menunggu mereka dengan senyuman lebar. Tunangnya Khairil, tidak bersamanya hari itu.
“Mana Khairil?” tanya Rafida kepada Kirana yang wajahnya agak berseri-seri.
“Aku baru nak fitting baju Fida, nanti takde ong pula kalau dia ternampak baju pengantin aku, minggu depan photoshoot barulah dia ada sekali. Dia dah datang semalam.” Kirana menjawab.
“Kau dah pilih ke belum ni Kirana?” Khalisah pula bertanya.
“Belum, Khairil kata nak pakai orange. Tapi aku lagi suka hijau muda ni, cantik kan... nak pakai orange nampak macam berkilau amat, aku tak nak baju yang pakai aku,” herot mulut Kirana.
“Kita masuk dulu tengok. Lagipun kau kahwin bulan depan, masih ada masa nak pilih lagi.” Khalisah senyum memandang  Kirana, dialah yang faham perangai kawannya itu sementara Rafida menggeleng kepala memerhatikan, tak kuasa nak melayan. Diva nok!
“Okey, jom!” Kirana seperti tak sabar.
Memang tidak sabar pun. Mereka terus masuk, tangan Khalisah dan Rafida diapit di kiri dan kanan tangan Kirana ala-ala bodygurad pula, sabo sajalah!
Butik itu nampak gah, macam-macam baju pengantin ada. Kebetulan butik itu milik kawan universiti mereka;Mona Iskandar yang dulu ambil kursus rekaan fesyen di universiti, kenal sebab satu rumah sewa. Dialah yang menyambut kedatangan mereka dan membawa Kirana memilih baju. Dari hujung rambut sampai hujung kaki semua ada di butik itu. Sementara Kirana memilih mana-mana baju yang berkenan, Khalisah memandang sekeliling, kemudiannya dia ternampak sepasang tuxedo yang amat menarik. Khalisah menuju ke arah tuxedo tersebut.
Cantiknya tuxedo ni, bow tie nya berwarna ungu, lain dari selalu yang dilihatnya. Siapalah jejaka bertuah pilihan aku yang nak pakai ni. Katanya dalam hati.
Di sentuhnya tuxedo itu. Khalisah leka memandang tuxedo tersebut sambil melihat mana-mana gaun yang boleh dipadankan. Terbayang-bayang rasanya sang jejaka tampan yang menemaninya di malam memotong kek di sebuah taman, di bawah sinaran bulan terang, diiringi muzik mendayu-dayu katak memanggil hujan sambil disaksikan ramai orang terutama kawan-kawannya. Lepas tu berarak naik kereta kuda, fuh! Harus seronok.
“Lisa!”
Tersentak Khalisah, bulan dan bunyi muzik yang dia bayang-bayangkan tadi semua berlalu pergi. Kuda pun dah berlepas lari..
“Kau ni Fida, terkejut aku,” panjang herot Khalisah apabila ketenteramannya diganggu gugat.
“Hah! Aku tahu kau dah sampai taman-taman yang cantik dengan cahaya bulan terang kan? Apa macam? Kereta kuda ada tak?” Sengaja Rafida bertanya, konon mahu menggugah perasaan Khalisah. Macam tahu-tahu saja apa yang difikirkan oleh kawan baiknya yang satu itu.
Belum sempat Khalisah menjawab, Rafida membuka mulut lagi, “Kenapa pandang Mr Tuxedo ni? Dah ada yang berkenan di hati? Ke, menunggu si secretary mengisi hati?” tanya Rafida membuatkan Khalisah memandangnya.
“Ish kau ni apa pulak kaitan dengan secretary ni?”
“Saja aku cakap. Harap-harap masinlah mulut aku. Iyalah, setakat ni semua secretary kau perempuan, apakata kau cari saja secretary lelaki, mesti ada calon Mr Tuxedo ni...” jeling Rafida ke arah Tuxedo yang berdiri indah.
“Helo? Minta simpang wei? Laki aku, secretary aku. Mana boleh...”
“Yang kau minta simpang tulah yang selalu kita dapat tau. Kau jangan..baik kau tarik balik kata-kata kau tadi,”
“Nak tarik macamana, ada tali ke nak tarik?”
“Ni yang aku malas nak cakap dengan kau ni Lisa. Banyak betul nak mengelak,”
“Lisa! Fida!!!!!”
Kedengaran suara cemas Kirana. Khalisah dan Rafida bergegas ke tempat Kirana.
“Kau ni kenapa Kirana? Nak tercabut jantung aku tadi..” Khalisah memandang Kirana yang tadi berteriak macam ada kemalangan depan mata.
“Tulah pasal...kesian tau Encik Tuxedo Lisa tertinggal..”
Amboi! Sempat kau menyindir aku Rafida. Diam-diam jelah aku ya.
“Tengok baju ni Fida, tak muat kot,”
“Takkanlah kau nak muat baju sempit ni Kirana, agak-agaklah, pilihlah yang lain..” Mona memujuk.
“Tapi aku suka baju ni Mona..”
“Hurm..dah tahu asal tak diet, makin nak kahwin makin banyak kau makan, tengok, pipi pun dah tembam sikit, kata nak pinggang tip top...” Rafida mencelah.
“Alah hati senang, takkanlah aku nak makan ala kadar je kan,”
“Kirana, kau ada 38 hari lagi. Kalau nak pakai baju ni, kenalah diet. Work out ke, ni zip pun tak lepas ni.” Khalisah menasihati dan cuba-cuba membantu menarik zip di belakang baju tersebut.
Kirana memandang Mona.
“Mona, kau tak boleh buatkan aku baju macam ni ker?”
Kirana bertanya  Mona, mukanya sungguh kesian macam watak kucing dalam filem Shrek tu.
“Kalau kau datang 3 bulan sebelum, mungkin aku boleh buat. Tapi ada sebulan lebih saja lagi. Mana  sempat...”
“Bolehlah Mona..Please..Engkaulah kawan aku yang paling terbaik, tercantik, termulia, tertarik dan terboom....Aku lupa, nak tambah lagi..kawan aku yang very the vogue the vass...bolehlah..”
Mona mencebik, kalau tak dipedulikan berjela-jela pula Kirana memujinya, manis di mulut saja kot. Mona melihat gaun tersebut sambil berfikir dan kemudiannya...
“Okeylah Kirana, hanya untuk kau. Lagipun Khairil pun tempah baju dekat sini, takpelah, tapi ingat. Kalau dah overweight aku tak boleh nak tolong. Cuba diet. Manalah tahu aku tak sempat, meh aku ukur badan kau ni..”
Mona mengambil tempat dan mengukur.
“Terima Kasih Mona, kaulah kawan sejati aku..hehehe..”
“Ingat kata-kata Mona tu.” Rafida mengingatkan.
“Yalah-yalah...Wahai para penasihatku semua..”
So, yang ni baju resepsi kat hotel kan? Baju lain macamana?” Rafida bertanya.
“Yang tu aku dah pilih semua..” Kirana menjawab.
“Amboi, sukanya dia..” Khalisah mencelah.
“Kahwin kot, siapa tak suka..Ha’ah aku nampak kau tengok tuxedo tadi, untuk siapa tu? Dah ada calon ke?” Kirana cuba mengorek rahsia.
“Untuk bakal secretary dia..” Rafida mencelah.
Secretary kau lelaki?? Hensem ke dia? Really??” Kirana ingin tahu, manakan tidak kawan mereka yang seorang itu tidak pernah mempunyai teman lelaki.
“Wah..tak lama lagi adalah yang nak tempah baju pengantin kat butik aku lagi...” Mona girang.
“Ish! Mana ada, Fida ni yang pandai-pandai, secretary pun aku tak ada lagi tau.” Khalisah menafikan kata-kata Rafida.
“Mulut Rafida ni masin, manalah tahu kan...Dulu dia kata aku dengan Khairil, kau tengok apa dah jadi?” Mona mencelah.
Tak..Ada yang lain..
Selain dirimu,
Yang selalu kupuja...
Telefon bimbit Kirana berdering. Syahdunya lagu, bunga-bunga cinta betul lagunya. Khalisah menjeling-jeling ke arah Mr Tuxedo yang masih berdiri gah di hujung sana. Mona perasaan.
“Lisa. Mr Tuxedo tu cuma untuk tayangan saja. Tak boleh bawa balik tau..ahaks~”
Rafida senyum sendiri memandang Khalisah.
Kirana mematikan telefon bimbit.
“Okeylah korang, Mr Tuxedo aku dah ada dekat depan, aku balik dulu ya. Lisa, Fida jumpa lagi ya. Mona, don`t forget baju aku....Thanks semua.. love you alls..”
Sempat Kirana menyindir Khalisah. Kirana berlaga pipi dengan mereka bertiga dan keluar dari butik tersebut. Khalisah dan Rafida juga meminta diri daripada Mona. Kelihatan Khairil sudah menunggu Kirana, Kirana masuk ke dalam kereta porshe milik Khairil dan melambai ke arah mereka.
“Untung betul Kirana. Tak perlu susah payah kerja, laki dia tak suruh kerja kot.”
“Mana taknya, bakal laki dia CEO Dermaga Holdings.”
“Ha, kau pun Lisa, CEO Seria Holdings, nanti laki kau tak payah kerja lah kan?”
Rafida menyindir.
“Lawak mana pulak yang kau pakai ni Fida. Macam-macam betul.”
“Tu yang aku cakap tadi, secretary kau, laki kau, kan senang...”
Haih! Rafida ni main lepas je mulut dia, nasib baik kawan, kalau tak, dah lama dia terasa hati. Khalisah malas nak ingat pasal temuduga calon secretary yang tak selesai-selesai lagi. Esok tak tahu lagi apa pula benda yang akan dihadapnya. Khalisah teringat, sebelum berlalu pergi, Khalisah menjeling ke arah Mr Tuxedo di dalam butik Mona dan terus berjalan bersama Fida ke tempat keretanya diparkirkan.
Tiba-tiba..
Shapp...
Beg tangan Khalisah direntap oleh dua orang lelaki bermotor. Khalisah ditolak ke tepi, nasib baik Fida sempat memegang tangannya.
“Lisa!!!”
“Beg aku!!”

                                                   
                                  VIDS PROMO NOVEL


p/s --> Novel sudah pun terbit. Boleh mendapatkannya melalui KAKI NOVEL atau kunjungi Kedai Buku MPH dan Popular Bookstore serta kedai-kedai berdekatan untuk mendapatkanya. :)

No comments: