~Group FB Coretan Hati Ke Jemari (Fatrim Syah)~~

Saturday, 25 August 2012

Mini Novella Online : AKU SUKA DIA (BAB 1)



BAB 1
SETIAP kali balik kampung, setiap kali balik Hari Raya Aidilfitri ke, Hari Raya Aidiladha ke atau apa-apa saja hari termasuk Hari Kebangsaan sekalipun ayah dan mak akan bertanya bila nak kahwin? Bila nak bawa bakal isteri? Bila nak ajak pergi merisik. Ish-ish, macam tiada soalan lain kan? Macamlah aku ni bakal membujang sampai ke tua, opss! Mintak simpang! Lupa pula, nama aku Shazlan, umur perlu ke sebut, cakap sajalah dalam lingkungan 30 tahun. Ish! Belumlah kertu sangat kan? Rupa bolehlah tahan, ada juga yang pernah cakap macam Redza Minhat pelakon 'Pisau Cukur' tu sikit-sikit. Malas saja mengaku, nanti orang cakap perasan pula. Sudah, asyik merapu rabai saja. Berbalik pada persoalan tadi tu.
“Along.. bila nak kahwin ni? Adik kau si Shueib tu dah anak dua tau. Kau tu jangan memilih sangat,” bila timbalan presiden a.k.a mak aku bersuara aku tak boleh buat peduli juga.
“Nantilah mak, Along nak enjoy dulu, belum puas lagi nak bujang ni mak..” itu jawapan skema aku selama 5 tahun berturut-turut. Relevan ke tak aku tak tahu, itu sajalah yang terpacul dari mulut aku secara automatik semasa sedang menggantung langsir (jangan salah sangka ya, aku ni walaupun lelaki memang suka buat kerja rumah, nasib baiklah aku tak pandai menjahit, kalau tak itupun aku buat sekali).
Bila mak dengar jawapan skema aku tu, mak malas dah nak bertanya lagi. Lagipun mak cikgu sekolah menengah, bukan wartawan hiburan yang tak reti nak faham bila orang dah jawab soalan. Atas sebab mak aku tu cikgu sekolah menengah aku time sekolah dulu, segala atau sebarang hal aku dalam percintaan akan dihidu oleh mak. Aku taklah salahkan mak, tapi mungkin atas sebab supaya mak tak tahu aku suka siapa, akupun malaslah bercinta sampai universiti pun aku tak bercinta.
Aku cerita ni macamlah korang nak percaya kan? Lelaki ala-ala kacak macam aku ni tak bercinta time belajar kat universiti. Ish-ish, memang kerat jarilah wei! Tapi betul, kau orang boleh tanya dua kawan baik aku merangkap kawan sekampung aku.
“Assalamualaikum bro? Gantung langsir nampak? Jadi Mak Jemah kau malam raya ya?”
Okey. Bila aku dengar saja suara sumbang seorang lelaki yang tak kurang kacak tu. Itulah Bob, aku panggil dia Bob sebab masa kecik-kecik dulu dia ni badan besar sikit, kira bodyguard akulah kononnya. Nama sebenar Bob ni amatlah cantik, Muhammad Firdaus Ali Hassan. Cantik kan? Sekacak orangnya juga yang bekerja sebagai seorang arkitek muda.
“Waalaikumsalam. Naiklah, tadi aku tak nampak pun muka kau masa terawih, bila kau balik?” tanyaku.
“Aku baru je balik. Saja melawat kau. Ada apa benda aku boleh tolong?”
“Buat masa ini tak ada. Kau tu hanya boleh tengok je, nanti kerja aku bertambah pula." 
“Assalamulaikum?”
Ha, bila terdengar suara mamat ni. Aku tak payah toleh belakang, itu suara Joe atau nama penuhnya Muhammad Johari Ahmad. 
“Waalaikumsalam.” Aku dan Bob menjawab salamnya.
Bila melihat dua orang sahabat aku ni datang ke rumah, kira tak baiklah kan kalau aku tak layan. Aku pun cepat-cepat menyelesaikan kerja aku dan turun ke bawah, ala, macam tak biasa, ke tangga keramat a.k.a tempat lepak sejak turun temurun even Mak Senah, Mak Kiah, Mak Joyah semua duduk di tangga keramat tu untuk bergosip tau.
“Lawa kereta kau Joe?” Aku sengaja menegur, manakan tidak, melihat kereta Honda terbaru itu saja aku kagum. Aku punya kereta hanyalah kereta proton Preve, tapi aku bangga juga, guna kereta buatan Malaysia. Malaysia Di Hatiku!
“Ala, hutang bank juga. Bila kau balik ni Lan?”
Nama yang tak berapa nak glamer iaitu Lan a.k.a nama timangan aku. Kenapalah mereka tak panggil aku Shaz, kan lebih ‘bandar’ sikit. Tapi, apa boleh buat, mereka dah terbiasa.
“Aku dah seminggu cuti. Kau apa khabar? Baru balik ni mesti sibuk ni.”
“Macam tulah Lan. Kau tahulah kerja aku tu.”
Joe bekerja sebagai peguam. Dulu dekat universiti dia ambil undang-undang atau dalam bahasa yang lebih profesionalnya adalah ‘law’. Dia ni memang jejaka rebutan dekat universiti, malahan akak senior pun minat dekat dia sampai hampir bunuh diri. Aku pun tak tahulah sikit punya cantik akak senior tu dia tolak cintanya mentah-mentah. Aku tak tahulah kalau Joe ni 2 alam ke, 3 alam ke. Tapi yang aku tahu dan sebenar-benarnya pasti, aku dan Bob tak 2 alam. Tulen tau!
“Kau Bob bila balik?” tanya Joe.
“Aku pun sama baru balik. Tahun lepas aku tak balik, tahun ni haruslah aku balik. Kau apa khabar?”
“Khabar baik,” jawab Joe bersahaja, handphone jenama Blackberry di tangannya tak lepas. Aku dan Bob jeling-jeling sajalah, manalah nak beli Blackberry bagai.
“Khabar baik macam ada makna je tu? Kau dah ada calon bini ke?” mulut aku kalau bertanya ligat saja.
“Shh.. calon bini pe benda nya. Aku single lagilah. Entah-entah kamu berdua tu yang dah ada calon. Aih! Nampaknya kenalah aku menjawab tahun ni lagi, adik aku Si Munira dan si Adam tu dah anak dua kot.” Joe mengherot mulut memikirkan soal jodoh sambil memandang aku dan Bob.
“Nasib baiklah aku ni anak tunggal, tapi mak ayah aku tanya juga soalan tu. Aku jawab jelah relaks dulu..” Bob mencelah.
“Kenapalah kita bertiga ni senasib. Rupa dah nak ada, kerja dah stabil. Jodoh tu berat nak masuk..” Aku menyampuk.
“Kita mandi bungalah nanti, kebetulan kita dekat kampung ni. Agak-agak Pak Mat Bomoh tu hidup lagi ke?” tanya Joe yang nampak benar setahun sekali balik kampungnya.
“Ish kau ni Joe. Ada lagilah dia, tapi aku rasa dah taubat agaknya, tadi dia sebelah aku masa terawih.” Aku menjawab.
“Ala, mana tau dia dah berubah jadi bomoh perubatan Islam macam kat KL tu...” Joe berpendapat.
“Ish korang berdua ni. Sekarang ni dah takdelah orang nak mandi bunga bagai ni. Kita ni dalam tahap terdesak ke sampai nak buat camtu?” Bob mencelah, memandang aku dan Joe.
Aku dan Joe malas menjawab soalan yang agak kurang releven tu. Kalau dah masuk umur 30 ke atas tu dah terdesaklah tu, ingat perempuan saja yang bimbang kalau tak kahwin-kahwin. Lelaki pun samalah!
“Apa dibincangkan tu Long...? Ajak kawan-kawan kau tu naik minum air...”
Suara mak aku a.k.a Cikgu Shamsiah membubarkan lamunan dan topik perbualan kami.
“Ya mak... Bob dan Joe datang ni..” Aku menjawab.
“Ajak mereka masuk, tak baik duduk tangga tu. Tu yang jodoh lambat masuk tu...”
Sempat mak aku menyindir! Macam tahu-tahu saja mak aku ni topik perbualan kami. Ke, dia tumpang dengar? Ish-ish.
“Joe, Bob jom.. nanti membebel lagi mak aku tu.”
Joe lekas-lekas membuka kasutnya, aku dan Bob naik dan masuk ke dalam rumah.
“Apa khabar cikgu?” sapa Bob dan Joe menyalam tangan mak aku, ala-ala lelaki Melayu terakhir gitu.
“Khabar baik? Baru balik ya?” mak aku memandang Joe dan Bob, anak murid mak aku yang paling nakal dan paling cemerlang dalam kelas.
 "Ya Cikgu," serentak Bob dan Joe menjawab.
“Assalamualaikum?”
Seseorang memberi salam di luar rumah. Suara seorang perempuan. Siapa pula tu? Mak aku segera menuju ke muka pintu.
“Waalaikumsalam. Ha, Najwa masuklah...” ajak mak aku.
Apabila terdengar mak aku menyebut nama Najwa, segera aku teringat dengan budak perempuan yang gemuk dan makan gula-gula lolipop yang selalu aku, Joe dan Bob usik dahulu, sampai menangis kami buli dia. Aku, Joe dan Bob berpandangan sambil menyebut mengingat Najwa. Ada juga rasa bersalah pada Najwa, tak apalah esok-esok kami datang rumah dia minta maaf. Dengar khabar, si Najwa tu lama duduk di luar negara belajar. Entahlah apa rupa dia sekarang.
“Sekejap ya makcik.”
Kedengaran suara Najwa lembut.
“Naik, naik..” ajak mak aku.
“Nah makcik, mak ada buat rendang tok ni.”
Kami bertiga hanya mendengar perbualan mereka di dalam rumah sambil-sambil tengok kalau-kalau ada Chelsea main bola malam tu. Malam raya orang tengok filem terkini tapi kami pula berebut remote TV nak tengok bola. Dasar lelaki!
“Masuklah, ada abang Lan, Bob dan Joe kau kat dalam tu...” 
Mak aku berjalan masuk membawa sebuah bakul yang berbau harum, Najwa di belakang. Sengaja kami buat-buat tak pandang, iyalah nanti ada gol takkan nak miss pulak.
“Assalamualaikum abang semua?” Najwa memberi salam.
Kami menoleh.
Tiba-tiba.
Kami menoleh sekali lagi!
Aku tersedak air! Joe dan Bob melopong melihat Najwa.
“Wa.. walaaikumsalam Najwa...” Aku menjawab salam Najwa tergagap-gagap.
Terkejut melihat Najwa yang sangat berbeza!
Najwa yang bukan seperti dahulu!
Mak aku senyum memandang kami bertiga. Najwa duduk di salah satu kerusi sambil senyum lebar memandang kami. Perlawanan bola di kaca tv sudah tidak diendahkan.
“Abang Lan sihat?” tanya Najwa memandangku, matanya yang redup itu mengugar hatiku.
Aku tak dapat berkata-kata, mungkin mulutku terkunci. Joe dan Bob pula berdiam diri. Apakah?

Bersambung... 

NOTE : E-NOVEL INI TELAH BERPINDAH KE LAMAN NOVEL MELAYU KREATIF DENGAN TAJUK BARU 'GILA! AKU SUKA DIA?' . BOLEH KLIK LINK INI UNTUK MENGIKUTI ----> http://novelmelayukreatif.com/index.php/karya-kreatif/novel/tema-cinta-komedi/item/212-gila-aku-suka-dia

Ini lagu tema E-Novel 'AKU SUKA DIA'
berjudul 
Aku Suka Dia nyanyian Ainan Tasneem.


11 comments:

qminz said...

salam,
ini br pertama kali sy kat sini.
seriously baru pertama kali baca novel from a 'man' perspective. bg sy sgt menarik sbb boleh kenal/belajar cara lelaki berfikir^^

anyway.. introduction yg sgt straight to the point, senang..xde belit..
Q sukaaaaaaaaaaaa.......

ps: tu dia aih...kwn sorang wonbin sorang rain.. handsome gila baq hang^^ q suka..^^

Lelaki Bayu said...

Waalaikumsalam qminz,
Terima Kasih sudi komen dan sudi singgah. Saya budak baru belajar, selalu buat novel ala2 thrill/seram. Ini percubaan.

Masih banyak yang saya kena belajar.

Terima Kasih singgah dan komen tau. Terima Kasih sangat. Salam mesra.
^____^

qminz said...

sama2...since br mula.. blh lah follow cerita ni^^
saya pun bkn pakar sgt, sy komen ap sy rasa je...

JA said...

overall ceritanya macam menarik tapi mungkin bleh ejas sikit

1. penceritaannya sedikit tidak konsisten (bahagian monolog) sebab gaya bahasa nya bukan gaya bahasa lelaki. there are some words yang a straight man would not get caught using (unless he's a closeted gay lah kan...ahaha) contohnya mcm kertu dsb. ada lg a few contoh ayat yang terlalu keperempuanan sikit so mungkin boleh ejas2 sikit..

2. 2nd part is better, esp lepas masuk bhg dialog tentang najwa, cara penceritaan lebih maskulin berbanding bahagian awal tadi

lain2 ok..tunggu sambungan ni

Lelaki Bayu said...

Thanks JA singgah komen.

Thanks, untuk bahasa tu sengaja disantaikan. Akan diperbaiki lagi pada masa akan datang. Masih dalam proses belajar. Thanks singgah, next entry pun singgah tau. Salam mesra.

Regards,
Fatrim Syah.

MisYana Rosalie said...

Sukaaa, sila sambung.

SecreT_Aimie said...

hak3... lawak lorhh, SYah..! terbaek lorhhh

Anonymous said...

Hmmm...frm a man's perspective..sbb ni bru first chapter..rase nya still acceptable..tidak terlalu berat n tidak terlalu ringan..jom baca d rest of d story ;-)

Nadia said...

Best2 smpi chap 12 je ke? Dh kuar novel??

One Deen said...

Terbaik penulisan dari penulis ni. Semoga penulis tak jemu untuk terus berkarya. Andai berkelapang, saya berbesar hati sangat jemput penulis ke blog saya di https://onedeenmenulis.blogspot.my/

Sarjen Pencerita said...

Hi jangan lupa jenguk cerita sya pula, http://ceritaberemosi.blogspot.my/