~Group FB Coretan Hati Ke Jemari (Fatrim Syah)~~

Saturday, 1 February 2014

NOVEL 'GAUN CIK BOS TUXEDO MR SECRETARY' (BAB 2)


 
BAB 2



Hand bag, beg, beg akuuu...!!”
Rafida yang sedang mencari Khalisah di dalam butik cemas apabila mendengar suara Khalisah berteriak di sebelah kanan butik. Takut apa-apa terjadi kepadanya, Rafida bergegas menuju ke tempat di mana dia mendengar Khalisah berteriak tadi. Alangkah terkejutnya Rafida apabila sampai di sana dia melihat Khalisah berada di sebelah patung yang memakai tuxedo tadi dan sedang tidur lena!
“Adoi! Boleh pulak kau tidur dekat sini Lisa. Dah tu mengigau lagi. Ni mesti penat pilih secretary tadilah ni.”
Rafida mendekati dan membangunkan Khalisah. Ditepuknya bahu Khalisah perlahan.
“Lisa, Lisa, bangun Lisa..bangun. Buat apalah kau tidur dekat sini ni. Adoi.. Lisa, Lisa.. budak bertuah.”
Macam dah terlalu seronok pulak tidur dekat situ, payah pula Khalisah hendak dibangunkan. Sudahlah begitu, tidur sebelah Mr Tuxedo pulak. Rafida mengambil air mineral di dalam begnya dan merenjis ke wajah  Khalisah. Khalisah bangun dan cemas, dia memandang dan memegang lengan Fida.
Hand bag, hand bag, beg aku Fida, beg aku kena ragut!! Tolong aku Fida, tolong aku!!”.
Rafida terkejut, tetapi sekali lagi bertindak pantas menyimbah wajah Khalisah dengan air mineral. Nasib baik separuh botol, kalau tak alamatnya memang basah kuyup. Khalisah terkejut.
“Apa ni?”
“Lisa, hand bag kau dekat aku ni ha. Kita dalam butik Mona lagi ni. Bila pula yang ada peragut ni dekat sini... Bangun, bangun!”
 Sorry Fida. Aku terlelap tadi, mengantuk sangat. Semalam aku tak tidur siapkan kertas kerja projek perumahan tu.”
Khalisah berdiri sambil dibantu Rafida. Rafida menggeleng kepala, susah kalau dapat boss yang workaholic ni. Kerja orang lain pun dia buat.
“Aku faham Lisa. Kalau ya pun buat apa tidur sebelah Mr Tuxedo tu, kan dah mimpi bukan-bukan. Tadi lepas Mona ukur baju Kirana kau tetiba hilang. Aku ingatkan kau pergi ladies, lama kami tunggu, rupanya kau tidur di sebelah Mr Tuxedo. Ehem..ehem..”
“Apa ehem-ehem?”
“Ah! Malas aku nak layan kau, faham-faham sendiri sudah. Dahlah, Kirana dah tunggu kita dekat depan tu. Dia dah nak balik dengan Khairil. Nah, amik sapu tangan aku ni, sapu muka tu, kau ni..”
Sambil berjalan sempat lagi  Khalisah memandang Mr Tuxedo dari jauh.
‘Aku mark kau Mr Tuxedo. Bye-bye!’ Gumam Khalisah di dalam hati.
“Kau ni Lisa kena badi Mr Tuxedo tu ke apa? Cepat, tak yah pandang-pandang.” Rafida menegur apabila Khalisah masih mahu memandang Mr Tuxedo di belakangnya.
Tangan Khalisah ditarik pantas. Mona dan Kirana menunggu mereka di bahagian hadapan butik. Khairil juga telah ada di sana.
“Kau pergi mana tadi Lisa?” Kirana bertanya.
“Dia pergi honeymoon kejap dengan Mr Tuxedo dia. Tidur lagi you alls sebelah Mr Tuxedo tu.” Rafida jadi tukang jawab.
‘Amboi! Kena aku. Rafida ni coverlinelah sikit. Ni Mr Tuxedo punya pasallah ni. Buat malu je.’ Khalisah tersenyum-senyum pahit dalam malu memandang kawan-kawannya.
Honeymoon? Amboi, dalam butik aku kau boleh honeymoon Lisa. Wah, boleh tambah pakej ni, pakej tidur dengan Mr Tuxedo.” Mona menyindir sambil tersenyum-senyum.
“Lisa, kawan-kawan aku ramai lagi yang single. Tak nak try ke?” Khairil menyampuk.
“Awak ni Khairil. Ingat ni zaman dulu-dulu ke? Nak pasang-pasangkan orang. Dah-dah. Lisa, Mona, Fida, kami balik dulu.” Kirana meminta diri.
Kirana berlaga pipi dengan tiga kawan baiknya. Dia melihat mereka satu persatu dan tersenyum. Mona memeluk kawan baiknya yang bakal berkahwin itu erat-erat. Seketika kemudian melepaskan pelukan.
“Diet jangan lupa.” Mona berpesan.
“Mona, janganlah bagi dia nasihat. Dia ni tak makan saman.” Khairil menyindir.
“Awak niii!” Kirana memukul bahu Khairil.
Violence betul bakal bini aku korang tengoklah ni, belum apa-apa lagi. Habislah aku kena queen control nanti.”
Khalisah, Rafida dan Mona senyum melihat gelagat kawan baik mereka Kirana. Rafida memandang Khalisah, nampak sangat dia penat.
“Mona, kami balik dulu ya, dah jam 8 malam ni.”
“Ok guys, next week jangan lupa datang tau. Birthday I.”
“Mona, kau tu dah tua. Dah ada anak dan suami. Nak buat birthday lagi ker?” Khalisah bertanya.
“Tak, aku nak cari jodoh untuk kau. Nanti, bolehlah angkut Mr Tuxedo dari kedai aku ni ha. Tak payah nak termimpi-mimpi lagi.” Mona menjawab pantas.
‘Fuh! Pedas dan berbisa sungguh jawapan Mona, menusuk kalbu yang paling dalam. Retorik yang pap! Kena muka aku’ gumam Khalisah di dalam hati.
“Ada-ada saja kau Mona. Kau jangan risau kalau betul Lisa ni nak kahwin akulah orang pertama yang suruh dia tempah baju dekat butik kau ni ha. Buat masa ni, kami balik dulu. Bye.” Rafida jadi tukang jawab minta diri.
Bye. Ingat tau bawa hadiah special untuk aku.”
“Ya wahai kawanku Mona, aku bawakan sejadah ya. Kau nak buatan mana? Arab? Itali? Ke, Lombok?”
Mulut Rafida memang berbisa, sesuka hati mak bapak dia saja bercakap, tapi sekurangnya puas juga hati Khalisah, asyik-asyik nak menyindir saja kerjanya. Terdiam Mona, terzip mulut barangkali. Ala, sakit hati kawan-kawan, gurau-gurau manja. Biasalah. Sakit kau, sakit aku juga. Khalisah dan Rafida keluar dari butik dan menuju ke ruang parkir kereta. Khalisah nampak berhati-hati, takut pula jadi peristiwa macam dalam mimpinya tadi. Dia memandang ke kiri dan ke kanan penuh curiga, Rafida menggeleng kepala melihat gelagat kawan baiknya itu. Sampai di kereta, Khalisah mencari kunci kereta di dalam beg.
“Mana pulak kunci ni.”
“Takkanlah hilang. Cari dalam poket-poket beg tu. Kau ni Lisa, tenanglah. Jangan cemas-cemas, kita bukan nak racing atau ikut amazing race.” Rafida membebel.
Sementara itu, Adam berada di kawasan berhampiran, dia baru balik daripada menghadiri interview kerja. Seharian dia menghadiri interview di sana-sini. Tapi macam tiada satu pun yang berjaya. Geram juga hatinya, belajar tinggi-tinggi tapi payah betul hendak dapat kerja. Bukan dia memilih, macam-macam kerja dipohonnya, semua dia balun, tapi tak dapat-dapat juga, apakan daya belum rezekinya lagi. Nasib baiklah kerjanya sebagai penyanyi di sebuah restoran mewah dapat menampung kos sewa rumahnya. Tapi itupun kadang-kadang cukup makan saja. Semasa motosikalnya masuk ke simpang jalan, dia ternampak seorang wanita mirip seseorang yang dikenalinya melalui cermin tepi motornya. Adam asyik memerhati wanita tersebut. Wanita itu adalah Khalisah.
‘Syakila?’ Katanya di dalam hati.
‘Ah, tak mungkinlah,’ gumam Adam sendirian.
 “Tolong!!! Tolonggg!!!”
Adam terkejut. Seorang wanita separuh umur menjerit meminta tolong. Adam melihat sendiri beg wanita itu diragut oleh dua orang lelaki bermotor di hadapannya, dia cuba mengejar peragut tersebut. Khalisah dan Rafida yang berada tidak jauh segera berlari ke arah wanita itu.
“Makcik tak apa-apa?” tanya Rafida.
“Tak, beg makcik. Makcik baru datang dari kampung. Anak makcik suruh makcik tunggu dekat sini.”
“Sabar makcik. Sabar.” Khalisah menenangkan.
Khalisah dan Rafida membantu makcik berumur lingkungan 60 tahun itu ke bus stop. Rafida mengangkat beg pakaian makcik tersebut. Sementara itu, Adam masih cuba mengejar peragut di depannya. Dia melajukan pemanduan. Menyedari diekori, si peragut melajukan pemanduan.
‘Ceit! Lampu nak merah kat depan.’ Adam geram sendirian.
Si peragut melambai tangan ke arah Adam ala-ala miss world sengaja menyakitkan hati Adam. Geram juga dia. Lepas lampu merah, Adam menghala ke arah jalan peragut tadi, manalah tahu si peragut tu ada lagi. Semasa masuk ke jalan tersebut, kesesakan pula berlaku, bayang-bayang peragut itu sudah menghilang. Ada pula kemalangan dekat depan, jammed lagi. Nyesal tak sudah lalu jalan tu. Adam cuba menyelinap motornya di celah-celah kereta, sampai di depan dia melihat apa sebenarnya berlaku. Alangkah terkejutnya Adam.
“Innalillah...”
Si peragut tadi kena langgar kereta sampai mati di tengah jalanraya. Darah kelihatan di sana sini. Memang tragik. Para ambulans dan pihak polis belum sampai ke tempat kejadian, orang ramai ada antaranya yang turun dan melihat. Punca penyebab kesesakan. Adam melihat hand bag yang diragut tadi tercampak jauh. Adam turun dari motosikalnya dan mengambil hand bag  tadi dengan niat mahu memulangkannya kepada si makcik tadi. Dia berlalu pergi dari situ. Anggota polis dan kereta ambulans sampai ke tempat kejadian. Adam memandang motosikal peragut tersebut terputus dua. Dia masih terkejut, tapi jauh di sudut hati, ada hikmah di sebalik semua ini. Adam menuju ke motosikalnya dan berlalu pergi.
“Rafida, aku ambil telefon dalam kereta ya?”
“Okey.”
Khalisah berjalan sambil teringat mimpi semasa dia tertidur di butik Mona tadi.
“Kenapa sebijik macam yang aku mimpi tadi? Tapi bukan aku yang kena ragut, makcik tu.” Khalisah berkata sendirian dan berjalan menuju ke keretanya.
Adam menuju ke jalan di mana hand bag tadi diragut. Dia melihat makcik tadi bersama seorang wanita di perhentian bas berdekatan. Dia berhenti di depan mereka.
“Makcik, ini hand bag makcik.”
Rafida memandang lelaki bermotor tersebut di sebalik helmet. Samar-samar. Tapi dia bersyukur, ada lagi orang baik macam lelaki tersebut di dunia ni. Makcik itu mengambil beg tangan tadi.
“Terima Kasih nak.”
“Sama-sama. Lain kali hati-hati makcik. Jalan ni memang bahaya sikit, ramai peragut.”
Makcik tadi mengangguk.
“Saya balik dulu. Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.” Rafida dan makcik tersebut menjawab salam.
Belum sempat Rafida hendak bertanya di mana peragut itu, lelaki itu sudah berlalu pergi. Khalisah pula baru sampai ke bus stop.
“Siapa lelaki tadi?” Khalisah bertanya.
Our superhero. Dia kejar peragut tadi, Alhamdulilah dapat balik hand bag makcik ni. Sayang kau tak sempat jumpa dia.” Rafida menjawab.
“Alhamdulillah. Ada juga orang baik yang boleh diharapkan.”
Beberapa minit kemudian, sebuah kereta sampai tepat di hadapan mereka.
“Itu kereta anak makcik.”
Seorang kanak-kanak lelaki berumur lingkungan 9 tahun turun dari kereta dan berlari.
“Nenek..”
“Amran.”
“Rajis, kenapa kau lambat sampai? Mak kena ragut tadi? Nasib baik ada orang tolong.”
“Maaf mak, saya banyak kerja tadi. Cik, Terima Kasih ya jaga mak saya,”
Lelaki itu memandang Khalisah dan Rafida sambil membuka pintu kereta.
“Sama-sama.” Rafida menjawab.
“Terima Kasih nak.” Makcik tadi mengucapkan Terima Kasih kepada mereka.
“Sama-sama.”
Makcik tadi senyum melambai ke arah mereka dan dibawa pergi dari situ oleh anaknya.
“Lisa, jom. Dah malam ni. Kang tak pasal-pasal ada lagi peragut lain, nak cari superhero malam-malam ni susah.”
“Apa susah. Keluang Man kan ada.”
“Keluang Man lah sangat. Kalau kena ragut kau tunggulah sampai bertongkat, takkan sampai-sampai Keluang Man nya.”
“Kau ni Fida, aku bergurau sikit pun nak serius-serius.”
“Wahai Cik Khalisah binti Dato’ Mazil. Daku penat, jom balik!”
“Amboi Cik Rafida Ishak. Ada aku kesah kau balik jalan kaki??!”
“Lisa!”
Khalisah sengaja bergurau, kemudiannya mereka menuju ke kereta dan terus balik. Adam pula sampai ke rumah sewanya 20 minit kemudian. Rumah flat itu kelihatan suram dengan lampu jalan yang kekuningan. Dia memarkir motornya dan kemudian menuju ke arah lif. Adam menekan punat lif, nasibnya baik, terus terbuka.
“Meow.”
“Oh! Mak engkau!” Adam terkejut, dia terdengar kucing mengeow dan terus masuk ke dalam lif.
“Engkau ni Kuning, pemalas betul naik tangga. Pandai betul kau naik lif. Ceh! Masuk cepat!” Adam marah sendirian, ada juga lucu di hatinya memandang kucing yang digelarnya sebagai Kuning itu berjalan lambat-lambat masuk, amboi! Dongak kepala lagi macam boss, seligi sekali baru tau!
Adam memandang-mandang kucing tersebut yang bersedia bila-bila masa sahaja untuk keluar.
Ting! Pintu lif terbuka.
“Meow...”
“Amboi, pandai betul kau ya Kuning. Tahu pulak kau pintu lif ni nak buka.”
 Adam keluar, si Kucing bertuah itu juga keluar menuju ke tempat lain dengan bergayanya.  Adam berjalan menuju ke rumah Kak Pah di mana dia meninggalkan Danish.
“Assalamualaikum Kak Pah?”
“Waalaikumsalam. Masuklah.” Kak Pah membuka pintu grill rumahnya.
“Papa!!” Danish berlari mendapatkan Adam, Adam menyambutnya gembira.
“Hari ni anak papa nakal ya? Ni, dah makan belum?”
“Dah papa.” Danish yang berumur 3 tahun itu teramat manja, dia memeluk-meluk Adam dengan erat sekali.
“Kak Pah, kami balik dulu ya. Maaf kak, asyik susahkan akak je.”
“Takpelah Adam, akak pun sorang-sorang je dekat rumah, anak-anak semua dah besar. Ada si Danish ni, terhiburlah akak sikit.”
“Terima kasih kak. Cakap terima kasih kat makcik.”
“Terima kasih makcik. Danish balik dulu ngan papa...”
“Sama-sama Danish.” Kak Pah memegang lengan Danish mesra.
Kak Pah memandang Danish. Adam memandang Kak Pah yang masih melihat mereka, janda beranak empat itu memang baik hati, anak-anaknya sudah besar, semua ada keluarga sendiri. Sejak Adam pindah ke flat itu, Adam meminta bantuannya untuk menjaga Danish ketika keluar bekerja. Nasib baiklah Kak Pah dengan hati terbuka mahu menjaga. Kadang-kadang Adam memberikan upah tapi Kak Pah sekeras-kerasnya menolak kerana baginya Danish adalah satu anugerah buatnya. Apapun setelah dipujuk-pujuk mahu tidak mahu terpaksa juga Kak Pah mengambil upah tersebut. Adam pun bukan jenis yang suka mengambil kesempatan atas kebaikan orang lain.
“Papa, Danish nak ais krim.”
“Danish, malam-malam mana boleh makan ais krim. Nanti batuk.”
Danish hanya memandang Adam, Adam senyum dan mencium pipi gebu Danish. Danish faham kata-kata ayahnya. Adam sampai ke depan rumahnya, dia membuka pintu dan membawa Danish masuk. Adam memandang sekeliling rumah. Macam tongkang pecah, baju Danish dan bajunya di sana-sini. Surat khabar bertaburan, pinggan dan gelas juga belum bercuci. Pening kepala melihatnya.
‘Ni kalau ada si dia kan senang, aish..nasib-nasib...’ gumam Adam sendiri.
Dia melihat Danish yang sudah mengantuk lalu mengangkatnya ke bilik tidur, mana taknya sudah masuk jam 9 malam. Kalau tidak kerana mahu jadi superhero tadi, tak juga dia lambat balik. Adam memerhati Danish tidur, beberapa minit kemudian Danish sudah terlelap. Adam keluar dan mengemas rumahnya perlahan-lahan. Baju-baju kotor dimasukkannya ke dalam mesin basuh. Bunyi mesin basuh itu saja satu flat boleh dengar. Adam kembali ke ruang tamu dan melihat sekeliling.
“Fuh! Ini baru rumah.” Adam lega memandang rumahnya yang sudah kemas.
Kemudiannya Adam menuju ke dapur. Pinggan mangkuk dan gelas semua bertimbun dalam singki. Ada pula rasa malas.
Tapi apabila terbaca nota yang dibuatnya sendiri, “Orang yang kacak adalah orang yang rajin basuh pinggan.”
Itulah nota perangsang yang membuat Adam rajin. Tanpa mengeluh, dia membasuh semuanya. Bukanlah mengaku kacak, tapi itu sebagai motivasi untuk dirinya. Teringat waktu belajar dulu, dia selaku ketua rumah waktu itu terpaksa menampal nota-nota seperti itu agar kawan-kawannya faham tugas masing-masing.
Inilah hadiah kesibukannya mencari kerja selama seminggu. Siang cari kerja, malam pula menyanyi di restoran mewah, nasib baik malam itu dia off, kalau tidak memang langsung tiada masa di rumah, balik rumah untuk tukar baju dan tidur. Usai membasuh pinggan, Adam ke ruang tamu semula. Kemudiannya Adam membawa barang-barangnya masuk ke dalam bilik. Selesai mandi dan makan nasi bungkus, Adam membuka komputer ribanya untuk melayari facebook. Saja buang masa dan melihat status rakan-rakan. Adam memandang Danish yang lena tidur. Tiba-tiba...
Dan bila esok
Kita kan bertemu kembali
Masihkah ada ruang di dalam hatimu..
“Aih, kacau daun betul, sapa pulak yang call malam-malam buta ni?”
Adam memandang Danish, nasib baik tidak terkejut dengan bunyi telefon bimbitnya. Kemudian Adam mengambil telefon bimbitnya di atas meja. Dia melihat nama yang terpapar di skrin. Nama ayahnya, laju saja diangkatnya.
 “Assalamualaikum ayah.”
“Waalaikumsalam Adam.”
“Ayah sihat?”
“Ayah sihat je. Mak kau kirim salam, saja ayah telefon tanya khabar kau dan Danish.”
“Adam sihat je ayah. Danish pun dah lena tidur. Cuma Adam belum dapat kerja je lagi”
“Takpelah Adam. Ayah doakan yang terbaik untuk Adam. Ni, ayah nak ke rumah Pak Din  ni dengan mak engkau, ada kenduri tahlil sikit. Kau dah solat?”
“Err..Belum ayah,”
“Budak bertuah ni... Jangan lupa solat, doa banyak-banyak supaya dapat kerja. Ayah dengan mak kau dah lambat ni. Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.”
‘Kena aku sebijik, tak solat lagi, kan kena ceramah free,’ gumam Adam sendirian.
Adam meletakkan telefon bimbitnya. Tanpa berlengah dia ke bilik air dan mengambil wudu’ lalu solat. Usai solat, Adam menghadap komputer ribanya lagi, menaip resumenya untuk esok. Setiap hari dia akan membaiki resumenya untuk mencari pekerjaan. Masa berlalu agak pantas, Adam melihat jam di dinding, sudah hampir jam 11 malam. Esok dia nak pergi interview lagi. *************
AWAL pagi lagi Adam keluar dari rumah sewa untuk menghadiri interview kerja. Adam membawa Danish yang belum mandi ke rumah Kak Pah. Selepas itu dia turun ke bawah dan berlalu pergi. Adam sampai awal ke lokasi temuduganya itu. Ini temuduganya yang kelima belas, entah kali ni boleh dapat atau tidak dia berserah saja pada tuhan. Adam meletakkan motosikalnya di satu tempat. Masuk saja ke dalam, Adam ke kaunter pertanyaan dan bertanya di mana tempat temuduga. Adam masuk ke dalam lif, kelihatan seorang wanita tergesa-gesa masuk ke dalam lif dan hampir terlanggar Adam. Dokumen di tangannya jatuh, Adam lantas membantu tanpa disuruh. Adam seperti pernah melihat wanita tersebut. Baru dia teringat, wanita di bus stand semalam. Mungkin perempuan ni tidak sedar dia pernah berjumpa dengan Adam sebab malam tadi Adam memakai helmet.
“Maaf.” Wanita itu meminta maaf.
Its okey.” Adam menjawab.
“Nak pergi interview juga ke?”
“Ya.”
 Ting!
Pintu lif terbuka.
 Good Luck ya.”
“Terima Kasih.”
Adam dan wanita itu keluar, wanita itu senyum dan terus masuk ke dalam. Adam pula berjalan masuk ke bahagian hadapan dan melihat beberapa orang sedang mengisi borang. Itu sudah tentu lokasi temuduga. Seorang wanita menghulurkan borang, Adam mengisi borang tersebut. Ada lebih kurang 15 orang semuanya dan 3 orang saja lelaki. Adam mengambil tempat duduk sambil mengisi borang. Ramai juga yang datang, mesti tipis peluang nak dapat. Seorang daripada calon wanita menyapa Adam.
“Awak memang nak apply ke?”
‘Aish perempuan ni, dah aku dekat sini, takkan aku nak ronggeng plak,’ marah Adam dalam hati.
“Ah. Ya. Awak?”
“Sama. Awak really nak apply jawatan secretary ni?”
‘Kenapa pulak yang aku rasa macam kena interview oleh seorang wartawan ni.’ Adam bercakap dalam hati.
“Ya.” Adam menjawab acuh tidak acuh.
“Tapi biasanya jawatan secretary ni keutamaannya untuk perempuan. Awak tak tahu ke?” Perempuan itu bertanya lagi.
‘Perempuan ni nak psiko akulah tu. Helo? Ni mesti nak takut-takutkan akulah ni. Konon takde harapan nak dapat kerja tu,’ gumam Adam di dalam hati.
“Tahu.” Adam menjawab perlahan. Dia pun sebenarnya kalau boleh nak juga memohon jadi eksekutif ke, pekerja biasa syarikat, tapi kebetulan jawatan secretary yang banyak kosong makanya mahu tak mahu Adam cubalah juga, manalah tahu dapat, lagipun dia ada juga belajar tentang PR bagai masa di universiti dulu.
“Zakiah Ahmad.”
Adam dan yang lain memandang. Perempuan yang bertanya Adam macam-macam tadi dipanggil.
‘Aman rasanya, pi main jauh-jauh,’ gumam Adam sendirian.
Belum sempat Adam merasa aman, Adam terpandang seorang lelaki yang duduk di hadapannya memandang Adam tajam. Adam faham benar maksudnya.
‘Bangang punya jantan. Aku tengah cuak nak interview kau sibuk usha aku,’ marah Adam.
Adam memandang ke arah lain, sengaja diambilnya telefon bimbit dan pura-pura bermain game, sengaja dia buat begitu. Kemudiannya Adam duduk seperti biasa. Lelaki itu senyum lagi. Mak aih! Mangkuk betul. Geram Adam dibuatnya. Sikap lelaki macam tu  memang tak boleh tahan, dekat mana-mana ada. Adam faham benar perangai mereka, jangan dilayankan, nanti menjadi-jadi pulak. 10 minit kemudian perempuan yang bersoal jawab dengan Adam tadi  keluar, sebaik keluar tiada senyuman langsung diwajahnya.  Perempuan itu berlalu pergi dengan cepat, tak pandang Adam pun.
“Azman Hamid.”
Wanita tadi memanggil, sekali lagi semua memandang siapa yang dipanggil. Lelaki yang memandang dan senyum dengan Adam tadi berjalan masuk. Lega Adam, tak perlulah lagi dia pura-pura bermain telefon bimbit bagai. Namun, apa yang mengejutkan tak sampai beberapa minit lelaki itu juga keluar, sekejapnya dia. Lelaki itu berjalan keluar dengan cepat. Tak memandang Adam dan sesiapa. Gerun juga Adam, apa yang sebenarnya berlaku di dalam, sudah lima calon dipanggil, bila keluar semua tarik muka. Apa yang sebenarnya terjadi? Kemudiannya beberapa nama lagi dipanggil, Adam menunggu dengan sabar. Kalau ikutkan, dia bukan nak apply jawatan secretary, tapi apa boleh buat, kata orang jangan memilih. Dia tak kisah kerja secretary, apa yang penting sekarang adalah mendapatkan pekerjaan. Adam menunggu dan menunggu. Ah! Tiba-tiba Adam merasa seram sejuk tangannya.
‘Napa macam rasa gemuruh ni. Pleaselah Adam, bukan kau nak kena menari joget lambak dekat dalam tu,’ marah Adam sendirian pada dirinya.
Boleh pula marah pada diri sendiri sebab gemuruh. Beberapa minit kemudian namanya dipanggil.
“Adam Rashid.”
Adam melihat di sekeliling. Dah takde orang.
‘Aku yang paling last..habislah..mesti dia dah ada calon pilihan ni. Saja nak habiskan interview,’ tebak Adam sendirian.
Adam membuka pintu dan masuk ke dalam.
“Silakan duduk,”
Adam mendengar arahan dari seorang wanita, wanita itu menghadap ke belakang kerana sedang memfaks sesuatu. Adam menunggu penuh debaran sambil memegang pen. Macam-macam berlegar di kepalanya. Biasalah kalau sedang menunggu temuduga, berfikir soalan-soalan dan jawapan-jawapan yang akan diberikanlah. Dia menunggu, Adam meneka, mungkin perempuan ni boss syarikat.
‘Lama lagi ke ni..’ gumam Adam sendirian.
Tiba-tiba wanita itu berpaling ke hadapan menghadap Adam. Adam terkejut.
“Boleh saya tengok resume awak?” Wanita itu bertanya.


                                     VIDS PROMO NOVEL
 
P/S ---> Novel telah pun terbit. Boleh mendapatkannya dengan Kaki Novel atau kunjungi Kedai Buku MPH & Popular Bookstore serta kedai berdekatan anda untuk mendapatkannya. :)

No comments: