~Group FB Coretan Hati Ke Jemari (Fatrim Syah)~~

Thursday, 6 September 2012

Mini Novella Online : AKU SUKA DIA (BAB 4)



BAB 4
BILA takde benda nak buat masa-masa puasa, facebooklah peneman aku. Bukan tengok sangat pun status rakan-rakan atau berbalas status mahupun chat, kekadang sengaja aku offline kan berhari-hari. Jahat tak jahat, yalah, aku syok-syok ngah menyemai benih di cityville, tetiba ada orang hai-hai, memang terganggu-gugatlah hasil-hasil tanaman aku kan. Orang lain dah bina bangunan tinggi-tinggi bak KLCC bagai dalam game tu, aku pula masih lagi dengan rumah kos rendah tanam jagung, agak-agaklah kan. Tapi, taklah aku kemaruk sangat nak main game tu, sesaja untuk hilangkan bosan aku. Nasib baik, line internat dekat kampung aku okey, iyalah, mak aku kata kampung tu dapat manfaat ‘Kampung Tanpa Wayar 1 Malaysia’ daripada kerajaan. Syoklah budak-budak kampung melayari internat percuma. Jangan syok ke lain sudah.

“Along... pergi beli ikan dekat pengkalan sana.. cepat long, nanti habis tak berlauk kita berbuka nanti...” suara mak aku kedengaran dari dapur. Aku terus gerak, eh! Sebelum terlupa. Aku logout FB dulu, eh-eh satu lagi, kena tanya mak nak beli ikan apa.
Segera aku ke dapur, “Mak, nak beli ikan apa?” tanyaku sambil melihat mak membuat kuih, rasa nak tertelan air liur ni tengok biskut kacang favourite aku yang time tu aku tengok sangat-sangat gebu, kalau masuk mulut sah-sah cair bak coklat yang menyegarkan.
Mak aku ni memang rajin, balik sekolah tadi, dia terus buat kuih, pelik juga aku, dari mana tenaga mak aku tu. Tapi biasalah orang tua, urat dawai tulang besi, bukan macam budak-budak muda sekarang, buat kerja sikit pun nak bertangguh. Itulah contoh motivasi yang aku belajar dari mak aku sejak dulu.
“Macam selalu, keli dan rumahan,” jawab mak aku spontan.
“Okey mak, along jalan dulu. Mak, nanti kalau ada biskut kacang yang tak berapa nak jadi, stok untuk along berbuka ya mak?” sempat lagi aku berpesan.
“Ya, ya, pergi cepat, dah nak petang nih.”
Aku segera keluar, lama juga aku tak pergi pengkalan. Selalu tu ayah yang beli ikan, aku tahu makan je. Aku ni, nama ikan pun aku tak tahu, tahu makan je, ikan keli tu aku tahulah sebab favourite ayah aku yang suka makan ikan keli goreng masak lomak. Lupa pula nak mention, ayah aku orang Negeri Sembilan, mak aku orang Johor. Tu yang ayah aku hantu lomak, tiap hari mak aku masak lomak, aku pun sudah terbiasa, kalau kat KL tu memang aku cari masak-masak lomak ni. Sampai Bob dan Joe pun naik hairan dengan aku yang hantu lomak ni, iyalah, tekak ni tak lalu makan kalau takde masak lomak. Tapi, walau kedai manapun aku pergi, walaupun mahal sekalipun harga masak lomak tu, masakan mak aku a.k.a Cikgu Shamsiah a.k.a naib presiden keluarga aku adalah yang paling tip top!
Malas aku naik kereta setakat pergi pengkalan, cuaca pun agak okey. Nanti orang cakap pergi kedai pun naik kereta, sesaja nak tayang kereta lah tu. Sambil-sambil jalan kaki tu, aku nampaklah beberapa makcik, pakcik yang aku masih kenal, aku tegur dan jalan. Tak baiklah kan kalau tak bertegur sapa, nanti orang kata aku ni tak sosial pula, ini bukan KL yang boleh buat tak peduli jiran sebelah rumah. Kalau kat KL tu, kawasan rumah aku, aku tak kenal sesiapapun, aku kenal flat nombor kereta dan rumah je, namanya langsung tak tahu, walaupun kan?
Sampailah aku ke pengkalan, ramai juga yang meniaga ikan ekat situ. Iyalah, dekat situ semua ikan-ikan segar. Aku setkan mata aku untuk memandang 360 darjah, semuanya ikan! Eh! Tetiba mata aku terlihat seseorang, seseorang yang sangat aku kenal. Tetiba kaki ni dah melangkah ke sana, cepat pula tu.

“Assalamualaikum Aman.. er.. Amani...” Aku memberi salam pada Amani yang berpenampilan lain, tapi masih kukenal, tersasul pula panggil nama dia Aman, yalah dulu-dulu panggil Aman.
“Waalaikumsalam, eh Lan kan? Bila balik? Joe dan Bob pulang sekali?” tanya Amani, banyak pula tanyanya, al maklumlah lama tak jumpa.
“Lama dah, dah dekat 3 hari. A’ah, Bob dan Joe pun ada balik. Amani kerja dekat sini ke?” tanyaku pula, err.. tak sayang mulut betul, boleh-boleh aku terus tanya dia kerja jual ikan dekat situ.
“Eh, taklah. Amani kerja dekat bandar, ni sesaja tolong mak dan ayah. Mak dan ayah ada buat ikan sangkar, tu yang tolong bantu, kebetulan pula cuti. Datang sini nak beli ikan ke?”
Amboi! Pandai dia memancing aku suh beli ikan.
“A’ah, ada ikan keli dan rumahan?” aku melihat ikan-ikan yang ada, walaupun ikan keli yang aku tahu, ikan lain tu aku buat-buat tahu dan belek.
“Ada, nak berapa kilo?”
“Bagi sekilo rumahan,  dua kilo keli.”
“Okey.”
Aku perhatikan Amani meletak ikan-ikan tu ditimbangan dan kemudian diletak ke dalam plastik.
“Berapa semuanya?” tanyaku.
“RM 10 je, Amani bagi diskaun, iyalah orang bandar lama tak balik..” sempat Amani bergurau dengan aku.
“Eh, kau ni Amani, tak baik tau, kawan tetap kawan, meniaga tetap meniaga.”
“Tak apa, aku ikhlas.”
“Okey, terima kasih ya Amani.”
“Sesama, raya nanti datang rumah tau,” pesan Amani.
“Insya ALLAH.”
Kemudiannya aku berlalu, baru aku perasan yang Amani bertudung. Alhamdulillah, tak macam masa sekolah dulu. Ni satu lagi, kalaulah mak tahu aku beli ikan dapat diskaun mesti mak bebel. Harus aku tak cakap. Aku lupa pula kan, nak introduce pasal Amani ni. Sebenarnya Amani ni satu kelas dengan aku masa sekolah, sekali dengan Bob dan Joe, sikit punya tomboi dia dulu, dia nak orang panggil dia Aman duk buang huruf i dekat hujung. Bayangkanlah, kami masuk sungai dia masuk juga, kami kena denda, dia pun sekali kena. Kira kamcing ah. Dulu, Bob suka sangat dengan si Amani tu, dia seorang saja yang tak nak panggil Amani tu Aman, siap dia selalu ejek Amani suruh ubah macam perempuan sikit. Adakah patut, mahu si Amani tu belasah dia kaw-kaw, agak-agaklah kan nak tegur orang, sekali kena seligi ambik kau.
“Assalamualaikum.” Aku bagi salam dekat rumah sendiri. Itu adab tu, even rumah sendiri harus bagi salam.
“Waalaikumsalam..” amboi! Kenapakah suara orang lain yang seperti kukenal menjawab salamku. Kemudian nampaklah kepala dua kawan baik aku tercongok dekat tingkap lemah longlai ala-ala tak makan setahun. Kalau badan kurus tak apalah juga, ni memasing kaki gym, buat malu kaum je.
“Kau dari mana ni Lan?” tanya Joe.
“Kau tak tanya mak aku ke?” aku tanya Joe balik.
“Tak sempat.” Bob pula yang jawab sambil-sambil dia tukar-tukar channel tv.
“Aku dari pengkalan tadi beli ikan ni ha,” jawabku.
Aku terus masuk ke dalam rumah, selajur terus aku ke dapur.
“Ha Lan, lama betul beli ikan, kau tangkap ikan ke beli ikan?” sindir mak aku, macam lain macam pun ada soalan mak aku tu kan.
“Beli ikanlah mak...”
“Beli dekat siapa?” tanya mak aku lagi.
Gulp! Takkanlah nak kelentong an. Bulan puasa ni.
“Aman mak.”
“Aman? Siapa tu?” Mak aku tanya balik.
“Err.. Amani mak..” tergeliat lidah aku ni nak menyebut, tu ah dulu-dulu selalu panggil Aman, Aman..
“Owh, letak ikan tu dekat singki, kejap mak nak siang.”
Fuh! Lega, mak aku tak tanya macam-macam.
Aku mengangguk, kemudian terus ke ruang tamu tengok dua jejaka bujang yang duk baring dekat sofa rumah aku. Masing-masing merehatkan diri. Bosan agaknya.
“Aku dengar kau sebut nama Amani tadi dekat dapur, Amani mana tu?” tanya Bob kepadaku.
Amboi Bob, cepat je ya bila dengar nama Amani tu. Teringat kekasih lama ke?
“Ala, Amani kawan kita, Aman tomboi. Tapi sekarang tak kot, dah bertudung dah.. tadi aku jumpa dia jual ikan dekat pengkalan sana.”
“Dia kerja jual ikan?” spontan mulut Joe bertanya.
“Tak, dia tolong mak ayah dia yang usahakan ikan sangkar. Katanya kerja dekat bandar.” Jawabku.
“Lama pula tak jumpa si Amani tu, lepas-lepas SPM dulu dia tinggal dengan mak sedara dia dekat Kedah. Entah-entah dah kahwin agaknya, tadi ada kau nampak dia bawa budak?” tanya Bob lagi.
“Amboi Bob, engkau ingat aku ni kaunter pertanyaan. Aku tak cakap banyak dengan dialah. Nanti kau tanyalah sendiri.” Aku mengherot mulut.
Bob dah masam mencuka tengok aku. Amboi Bob, ada hati lagi ke? Bukan aku tak tahu kau tu Bob, sesaja buat hati kering, aku tahu dalam hati kau tu ada taman-taman bunga segar, cuma belum terisi dengan permaisuri saja.
Esoknya...
Joe datang seorang ke rumah. Pelik juga Bob tak ada, macam missing something somewhere.. mungkin dia masih terasa kot dengan aku, Bob ni lain sikit, hati dia tu macam kapas, orang baru cakap sikit dah tacing-tacing, mungkin sebab usia yang makin.. err.. perlu ke sebut tu, emosi makin tak terjaga agaknya.
“Mana Bob?” tanyaku pada Joe yang asyik duk belek Ipad dia.
“Entah, selalu tu ada dia contact aku nak jalan-jalan gi rumah aku ni. Penat agaknya,” jawab Joe.
Broom! Broom!
Amboi! Aku kenal sangat bunyi motor ayah tu. Kalau masuk simpang tu memang bunyi camtu, lama dah aku perasan. Harus servis tu.
“Assalamualaikum,” ayahku memberi salam sebaik masuk ke muka pintu.
“Waalaikumsalam ayah,” jawabku.
“Waalaikumsalam pakcik,” jawab Joe.
“Kau orang tak tolong anak Pak Abu tu jual ikan?” tanya ayahku.
“Pak Abu?” tanyaku pada Joe memandang ayah. Yalah, memori aku ni hard disk dah full, tu yang banyak delete.
“Pak Abu yang anak dia kawan sekolah kamu dulu tu,” jawab ayah aku.
“Owh, Amani.” Aku terus tangkap bahawa Pak Abu tu adalah ayah Amani, aku ingat-ingat lupa.
“Baru semalam Lan ni beli ikan dekat dia, kenapa pakcik? Dia perlukan pertolongan ke?” tanya Joe pula, aih Joe, soalan kau tu macam tak relevan pula.
“Tak, pakcik nampak Bob tadi dekat pengkalan tu tolong anak Pak Abu tu,” ayah aku menjawab.
Apalagi, aku dan Joe melopong. Amboi Bob, rupa-rupanya kehilanganmu petang itu adalah untuk menolong Amani. Ish-ish, patutlah batang hidung tak nampak. Nanti kau masa terawih, harus temubual bak propaganza. Baik kau sedia dengan tutup kawah ataupun tudung saji.
Malam terawih tu, macam sesaja Bob tak nak dekat dengan kami. Sengaja dia pi kumpulan orang-orang dah kahwin, cakap-cakap dengan Jemi dan Kyroll. Kononnya dia tu dah kahwin sekali, tahulah perbualan orang dah kahwin dengan belum kahwin tak sama. Takpe, takpe, kami sabar ni, boleh sabar. Sengaja ya, nak kena tunggu seligi betul. Dia macam tau-tau je yang kami ni nak tanya dia. Belum habis moreh, Bob dah angkat kaki, aku bagi signal dekat Joe.
“Kau nak ke mana tu Bob? Awal balik? Selalu kau yang banyak makan moreh,” tanyaku selaku mukadimah.
“Err.. aku sakit perut.” Bob memberi alasan yang kami kira tidak munasabah.
“Kalau sakit perut kau dah berlari dah..” Joe menyampuk.
“Yalah-yalah, apa yang korang nak tahu? Aku tolong Amani petang tadi, tu pun salah ke?” Bob membuat pengakuan.
“Macamana kau tahu kitaorang nak tanya pasal tu?” tanyaku.
“Tadi aku nampak ayah kau dekat pengkalan, agaklah kan..”
“Macamana? Bujang lagi ke dia?” tanya Joe sibuk-sibuk pula.
“Entah, aku tak sempat tanya banyak. Aku rasa bujang lagi.”
“Baguslah, ada chance untuk kau, kami doakan kau dan dia bersatu cepat-cepat.” Joe cepat berdoa, siap angkat tangan lagi.
“Amin.” Aku tukang mengaminkan.
“Apalah kau orang berdua ni, aku dengan si Amani tu tak ada apa-apalah. Aku pun tak tanya apa-apa dekat dia lagi.” Bob memandang kami.
“Habis kau tanya apa dekat dia?” tanyaku pula.
“Aku tanya dia sihat ke tak, penat ke tak tolong keluarga, cerita biasa..” Bob menjawab.
“Kau ni Bob, kalau si Amani tu kena kebas orang macamana? Aku tengok bukan main cantik dia sekarang,” saja aku mengugah hati Bob.
“Ala.. biarlah..”
Jawapan Bob memang menghampakan, coverlinelah tu. Bob, Bob, macamlah aku baru kenal kau sehari dua, aku kenal kau sejak kita mandi sungai bogel time kecik-kecik tau. Tolonglah... nak propa aku pula. Tak apa, biar katanya.
“Betul ni?” tanyaku lagi.
“Ah kau tu pun samalah, ada kau bagitau Najwa yang kau suka dia? Ada? Takde kan?” Bob pula psiko aku balik. Memang kena dekat batang hidung aku.
“Aku lain..”
“Lain apanya, lelaki bujang terdesak juga...”
“Eh! Bob, bahasa tu jaga-jaga sikit ya!” aku marah tiba-tiba, rasa berasap telinga ni.
Kemain mulut Bob, rasa nak tumbuk pun ada. Aku tenung dia tajam-tajam. Setajam pisau tu. Marah dalam. Boleh-boleh dia cakap camtu. Kalau orang lain takpelah jugak, consider dapat dimaafkan. Bujang terlajak pun okey, ni bujang terdesak.
“Dah-dah. Kamu berdua ni kalau tak bertekak pasal perempuan boleh tak? Jom balik.” Joe menyampuk, sedikit turun darah aku.
“Aku balik dululah...!!” kasar suara aku meminta diri.
“Aku pun...!!” Bob pun sama sengaja dia ikut jalan lain.
Joe diam, dia ikut aku. Bob terus jalan malam tu, tahu dia buat salah kot. Marah betul aku dekat Bob. Sampaikan aku dah nak buang dia dalam hidup aku, macamlah aku dan Bob tu ada apa-apakan. Boleh plak tacing-tacing kan? Helo? Lelaki pun ada perasaan tau? Macam-macam rasa lelaki ni ada. Ingat hati lelaki ni ada pagar-pagar ke yang duk tolong protect bila dia sakit hati. Marah tu lumrah bagi lelaki, tu sebab dia jarang menangis, marah lagi banyak, dia expresskan apa yang dia rasalah tu. Eh? Betul ke? Ntah, aku pun tak tau. Mungkinlah kot.. err!! (ketap gigi).

Bersambung.........


NOTE : E-NOVEL INI TELAH BERPINDAH KE LAMAN NOVEL MELAYU KREATIF DENGAN TAJUK BARU 'GILA! AKU SUKA DIA?' . BOLEH KLIK LINK INI UNTUK MENGIKUTI ----> http://novelmelayukreatif.com/index.php/karya-kreatif/novel/tema-cinta-komedi/item/212-gila-aku-suka-dia
Lagu Tema E-Novel 'Aku Suka Dia'
berjudul
AKU SUKA DIA nyanyian Ainan Tasneem

3 comments:

syah shah said...

Fatrim.

Sila sambung dengan kadar segera! Hahahahah kemain demand. :P

Fatrim Syah said...

Syah Shah.

Sila doakan aku rajin-rajin sikit. Insya ALLAH kalau ada masa daku sambung.. ^__^

SecreT_Aimie said...

naaa... Bob dan si Shaz dah jumpa... Joe nya pulak yang mana? hik3...