~Group FB Coretan Hati Ke Jemari (Fatrim Syah)~~

Tuesday 19 August 2014

E-Novel GILA! AKU SUKA DIA? (Bab 14)


JOE sampai ke hospital. Nasib baiklah sempat jumpa hospital, jenuh juga dia pusing satu kawasan. Joe tunggu di luar lepas dia pasti Liza sedang berada di dalam.

“Puan Liza Amirruddin di wad mana?” tanya seorang lelaki kepada seorang jururawat di kaunter bersama seorang kanak-kanak sekitar umur 6 tahun.

Mendengar saja nama Liza disebut, Joe memandang ke arah lelaki tersebut. Manalah tahu orang itu saudara Liza, adik dia atau abang dia ke boleh juga Joe tanya sikit-sikit.

“Maaf Encik. Puan Liza masih berada dalam wad kecemasan. Nanti kami akan maklumkan ya. Encik duduk dulu,” arah salah seorang daripada dua jururawat yang berada di kaunter.

Lelaki itu menuju ke arah Joe dan melintasinya. Mahu memanggilnya Joe takut mengganggu emosi lelaki tersebut. Lelaki itu pula pandang Joe sepintas. Joe buat tak tahu. Baginya diam lagi baik. Tapi hatinya penasaran ingin tahu keadaan Liza, segera Joe menuju ke kaunter yang terletak tidak jauh daripada situ.

“Cik, bagaimana ya keadaan Cik Liza Amiruddin?” tanya Joe bersungguh.

“Masih dalam wad. Encik tunggu ya.”

Pandai sungguh jururawat itu menyuruhnya menunggu, kalau diikutkan mahu saja Joe berteriak kuat-kuat dengan perkataan, ‘Hoi! Macamana mahu bertenang, itu melibatkan nyawa orang lain tahu!’ tapi rasa dan perkataan itu cuma disimpan dalam hati.

Plak!

Pintu wad dibuka. Seorang doktor keluar. Joe mahu cepat saja melangkah. Tapi terhalang kerana seorang lagi lelaki yang berbaju kemeja merah itu dengan cepat mahu masuk melihat keadaan Liza. Namun Joe ambil tindakan cepat dengan mengikuti belakang lelaki itu.

‘Harapnya Liza tak apa-apa.” Harapan Joe.

“Abang dekat sini Liza. Bangunlah...”

Joe dengar suara lelaki itu memandang Liza dengan pengharapan.

“Abang? Dia abang Liza ke?” Joe bermonolog sendiri

Perlahan-lahan Joe dapat lihat Liza membuka matanya.

“Saya ada dekat mana?” tanya Liza memandang semua mereka.

Joe pandang dari jauh dengan sejuta rasa lega.

“Alhamdulillah. Sedar juga kamu.” Furqon senyum lebar.

“Abang Furqon.. Liza ada di mana?” Liza memandang Furqon.

“Ibu...” teriak kanak-kanak kecil yang dibawa lelaki itu sambil memeluk Liza.

Joe tersentak!

“Dia dah bersuami rupanya...” desis hati kecil Joe.


Kemudian Joe dengar bunyi derap kaki dari jauh, seorang perempuan separuh umur seakan ustazah mahu masuk ke dalam wad yang menempatkan Liza. Perlahan-lahan Joe melangkah pergi daripada situ, takut nanti suami Liza syak bukan-bukan pula pada dia. Ada juga rasa kecewa, ya memang dia ada rasa sesuatu pada Liza. Tapi mengenangkan kini dia tahu Liza isteri orang, dia sepatutnya tak masuk daun dan menggangu apatah lagi cuba menyimpan perasaan pada seorang wanita seperti Liza.

Sementara itu, Liza usap kepala kanak-kanak di sebelahnya, “Abang Furqon, jangan susah-susah. Liza janji Liza jaga diri.” Liza bersuara.

“Abang terkejut tadi bila pihak hospital hubungi rumah anak yatim. Takut Liza apa-apa, itu yang abang terus ke mari.”

“Ibu pun terkejut tadi. Nasib baiklah kamu tak apa-apa Liza. Risau kami dibuatnya.” Ibu kepada Furqon memandang Liza.

“Saya tak apa-apa ibu. Jangan susah-susah. Liza minta maaf.” Liza memandang wajah perempuan separuh umur itu.

“Kamu berehatlah Liza. Jangan kerja kuat sangat. Kak Suhaibah kirim salam. Dia jaga anak yatim dekat sana. Kamu tu, janganlah terlalu risau. Adik kamu tu Insya Allah abang akan cari jalan untuk bantu. Jaga diri kamu.”

“Baik abang.”

“Ibu, saya balik dulu dengan Amin, ada urusan sikit. Liza, abang balik dulu. Assalamualaikum.” Furqon minta diri.

“Waalaikumsalam.” Jawab ibu Furqon dan Liza serentak.

Furqon pandang kerusi tempat duduk di luar, dia cari seseorang tapi sudah tidak ada. “Tadi tu mesti kawan Liza agaknya.”

Furqon meneruskan langkah dan meninggalkan hospital.

bersambung..........

E-Novel GILA! AKU SUKA DIA? (Bab 13)


Tok! Tok! Tok!

Kuat ketukan pintu rumah Lan diketuk seseorang. Shira yang berada di dalam rumah agak gementar. Dia tahu seseorang datang, seseorang yang mungkin membuatnya malu, segan dan kecewa. Tapi apa boleh buat, nasi sudah menjadi bubur. Mahu tak mahu Shira kena selesaikan juga semua hal itu baik-baik.
Shira buka pintu.

“Awal abang Bob balik,” sapa Shira dengan senyuman yang dibuat-buat.

Bob pandang Shira tajam, “Sampai hati buat abang macam ni. Abang memang tak kenal Shira dah...” Bob bersuara dan melangkah masuk dengan nada kecewa terhadap Shira.

“Bukan Shira tak nak habaq bang, bukan Shira tak nak kongsi. Tapi susah bang.” Shira bersuara lembut, takut dimarahi lagi.

“Nasib baiklah Hamdan tag gambar kahwin dia kat facebook. Kalau tak, sampai bila Shira nak menipu abang? Kata kena paksa kahwinlah, apalah. Tak baik tau Shira.” Bob sengaja tinggikan suaranya.
Shira tunduk.

“Shira minta maaf bang. Shira tak bermaksud. Shira hanya nak kerja di KL bang. Shira nak ubah hidup Shira. Shira nak cuba nasib.” Shira berterus terang.

Bob geleng kepala, “Mereka tu memang keluarga angkat kamu, tapi kamu tak patut menipu. Menipu mereka dan menipu abang. Patutlah abang rasa macam ada sesuatu yang kamu sembunyikan.” Bob nyata kecewa.
Shira diam.

Bob pandang Shira dan bersuara lagi, “Hidup di KL ni ingat senang? Kita kerja mati-mati, dapat gaji bayar itulah, inilah, beli itulah, beli inilah. Beza dengan di kampung. Kerja kuat, dapatlah lebih. Shira jangan buat macam ni lagi. Kemas barang, abang nak hantar Shira balik hari ni juga. Keluarga Shira risaukan Shira tahu. Kasihan Hamdan dan mak ayah kamu Shira.” Bob cuba untuk berbicara lembut dengan adiknya itu.

Shira masih diam macam tunggul, tak berbicara sepatah pun. Bila lihat keadaan Shira begitu, kasihan pula melihatnya. Biasalah budak-budak baru habis belajar, memang hati tu nak kerja dan nak kerja saja. Perlahan-lahan Shira melangkah masuk ke dalam bilik dan mengemas pakaian.

Bob kemudian menyusuli dan masuk ke dalam bilik, “Shira betul nak kerja dekat KL?” tanya Bob sungguh.
Shira angguk.

“SPM dapat berapa?” tanya Bob lagi macam penginterview pula lagaknya.

“Okey saja.”

“Okey tu berapa? Nak tahu juga.”

“Semua A.”

“Apa?!” terkejut Bob.

“Jadi, tak mahu sambung belajar mana-mana universiti?” tanya Bob lagi.

“Abang jangan marah. Itulah masalahnya bang. Keluarga Shira biasa-biasa je. Tapi Shira dapat tawaran belajar bagus-bagus dekat luar negara. Shira tahu ada pinjaman semua. Tapi nak juga kena prepare apa yang patut. Sebab tu Shira nak kerja dulu, lepas tu sambung belajar. Tak nak susahkan keluarga Shira. Dari kecik membawa ke besar, asyik menyusahkan mereka saja.” Shira memberitahu.

Sebak pula Bob mendengarnya. Seakan-akan mengerti perasaan Shira yang tak mahu menyusahkan sesiapa. Fikir Bob dia saja berfikiran sedemikian. Sukar sebenarnya menjadi anak yatim piatu dan tinggal di rumah keluarga angkat lagi-lagi keluarga angkat itu baik dan tak pernah menganggap mereka anak angkat atau orang kata ‘anak pungut’. Atas budi itulah mungkin Bob dan Shira ada persamaan yang dekat apatah lagi adik beradik.

“Shira tak payahlah kerja. Abang akan cuba bantu Shira. Abang faham Shira, kita ni anak yatim. Abang ada Shira. Selagi abang ni boleh bekerja, selagi tu abang akan bertanggungjawab ke atas Shira.”

“Terima Kasih abang.” Shira terus memeluk abangnya erat.

Sedikit air mata Bob tumpah, tapi sempat jeling-jeling kalau-kalau Shira pandang wajah dia. Gila kau kantoi nangis depan adik sendiri. Memang malu je jadi lelaki kan?

***************

Dua minggu kemudian...

Lan, Bob dan Joe temankan Shira beli barang keperluan sebelum berangkat ke kotaraya London. Masing-masing dah jadi macam abang mithali pula. Yang lebih mithali tentunya Bob sebab dia abang betul Shira. Beli itu dan beli ini, masuk pasaraya itu dan pasaraya ini. Beruntung Shira ditemani lelaki-lelaki bujang kacak seantero Malaya.

“Abang nak pergi bilik termenung jap. Lan, Joe jaga adik aku tu tau. Menggatal jangan.”

Lan pandang Bob dengan herotan mulut yang sangat mereng. Boleh pula bagi amaran. Tapi macam biasa, Joe adalah orang yang paling gentle antara semua. Dia ni jenis tangkas dan berwibawa. Sekejap saja sudah tahu apa perlu dibuat.

“Shira, biarlah abang bawa beg Shira tu. Berat tu.” Joe menawarkan bantuan. Lan tukang tengok sambil buat muka selamba.

“Kalau macam tu kita lepak KFC dulu tunggu Bob. Rasanya lama juga dia termenung tu.” Lan bersuara.

“Mohlah kita.” Joe menyahut.

Shira menurut di belakang mereka, masuk KFC Joe jadi tukang pesan. Lan dan Shira duduk booking tempat di tingkat atas.

“Abang semua ni kawan baik abang dari kecik kan? Abang selalu cerita. Lan nakal, Joe berayat manis...”

Tu dia Bob. Semua dia nak habaq kat adik dia. Kalau yang positif tak apalah juga.

“Nantilah kau Bob, kau kata aku ni nakal. Tak memberi pandangan positif langsung kat adik kau. Cubalah kau cakap aku ni baik hati, suci murni dan rajin memasak. Ish! Ada masa nanti aku sekeh-sekeh juga kepala kau.” Lan bersuara sendirian dalam hati namun tetap tersenyum.

“Tak adalah. Abang tak nakal, abang Shira tu yang nakal.” Lan menafi.

“Ni apa yang nakal-nakal bagai ni?” Bob tetiba menyapa entah dari mana.

Lan apalagi, duk menjeling tajam pandang Bob. Sensitif lah tu.

“Tak ada apa-apa. Shira nak cuci tangan dulu.” Shira minta diri.

“Yang kau pandang aku macam ada hutang ni kenapa Lan?” tanya Bob pelik.

Lan buat tak tahu, “Tak adalah. Saja aku pandang kau. Tak boleh?” tanya Lan.

Bob masak dengan perangai Lalan yang dia kenal dari kecik tu. Pandang orang macam ada hutang tu ada sebab dan musabablah tu.

“Err... kalau Shira ada cakap pasal aku cakap pasal kau tu maaflah ya. Aku gurau saja. Aku faham kau ni sensitip orangnya. Kau nak sekeh aku ke, lepas Shira takde ya?” Bob buat muka kasihan.

“Aku kalau sekeh kau kat memana pun boleh. Kau jangan risau, depan Shira pun boleh aku buat.” Lalan membalas.

“Kau ni Lalan, cubalah matang sikit.” Bob dah jadi orang motivasi pula petang itu.
Lalan pandang Bob, wajahnya serius.

“Iyalah abang mithali...” Lalan membalas acuh tak acuh sempat menyindir lagi.

Sementara itu Joe yang menunggu pesanan di kaunter melihat seseorang yang dia kenali di kaunter KFC itu.

Liza!

“Liza, awak kerja sini juga?” tanya Joe menegur Liza yang sedang memasukkan ayam KFC ke dalam kotak dan sekali sebelah tangannya sedang memicit botol mayonis bagi membuat cheeze wedges.

“Encik Johari?”  Liza hampir terkejut memandang Joe yang sedang memerhatikannya.

“Maaf Encik Johari. Saya sedang bekerja.” Liza menyambung bicara apabila mengingatkan dia sedang bertugas.

“Saya pergi dulu.” Joe meminta diri sambil memikirkan, apa pasal Liza buat banyak kerja, perempuan tu ada hutang ke, ada benda yang nak kena bayar ke... Bukan apa, Liza praktikal dekat syarikat tempat dia kerja.
Nak menyibuk, Joe bukan kaki sibuk. Joe pandang dari ekor matanya.

Kemudian Joe cepat-cepat naik ke tingkat atas menyertai Bob dan Lan yang seakan dalam perbincangan yang nampaknya serius.

“Ni ada hal-hal negara iskatembola ke atau negara pasir berdengun?” tanya Joe yang sampai bersama pesanan makanan.

“Berdengung la, bukan berdengun...” acah Lalan sengaja membuatkan keadaan ceria.

“Abam peguam ni, sebut pun tak betul. Kang bicara kang sebab salah sebut jadi salah pula.” Bob menambah.

“Amboi korang, kes-kes nak mengenakan aku cepat ya.” Joe herot mulut tanda tak puas hati.

“Mana Shira?” tanya Lalan memandang kiri kanan.

“Hai abang-abang semua.” Shira menyapa mereka semua.

“Shira pergi mana tadi?” tanya Bob abangnya.

“Akak pekerja KFC tadi pengsan dekat kaunter tingkat bawah tu, Shira pergi tolong.” Shira memberitahu.

“Apa?!” Joe bagai terkejut dan segera turun.

Tak pasal-pasal semua pun terus turun.

“Joe, kau nak pergi mana?” tanya Lalan bimbang tetiba.

“Kawan aku kerja kat kaunter,” beritahu Joe sambil menuruni tangga.

Sampai saja ke kaunter, mereka semua memandang ke kiri dan ke kanan.

“Mana pekerja perempuan dekat kaunter tadi?” tanya Joe.

“Oh, manager kami dah bawa dia ke hospital berdekatan.” Pekerja lelaki di kaunter itu memberitahu.

“Lan, Bob aku pergi dulu. Shira, abang minta diri. Nak jenguk kawan jap dekat hospital.” Joe minta diri terkocoh-kocoh berlari mahu menuju ke kereta.

Lan, Bob dan Shira hanya memerhatikan.

“Kawan perempuan?” tanya Bob pada Lalan.

“Err.. Krik... krik... entahlah. Kau tahulah Joe kan. Jom naik makan. Sejuk pula nanti.” Lalan, Bob dan Shira naik ke atas.

Joe pula sudah jadi Watson Nyambek berlari sepantas kilat. Kerisauan bagaikan menggunung dan bagaikan mahu meletus! Dia perlu cepat!

Bersambung....

E-Novel GILA! AKU SUKA DIA? (Bab 12)





MALAM tu aku tak dapat tidur. Aku asyik fikirkan kata-kata Bob petang tadi. Walaupun akhirnya Bob kata dia tak bermaksud apa-apa tapi aku faham apa yang cuba Bob sampaikan.

Aku pandang siling. Banyak yang aku tengah fikirkan, aku mengiring ke kiri dan kemudian ke kanan, langsung tak dapat lena malam itu.

Kemudian aku fikirkan pula kad Agensi Cari Jodoh yang Suraya bagi. Macam-macam hal. Serabut kepala aku. Aku cuba lelapkan mata aku.

“Hai Lalan...”

Tiba-tiba aku terasa bagai di sapa seseorang. Suara perempuan. Mata aku bulat pandang kiri dan kanan.
Haih, siapa pula yang sapa aku macam tu. Mungkin fikiran aku agaknya yang tengah serabut. Ataupun mungkin dialog tv yang Joe tengah tengok kat luar. Aku positifkan diri aku. Aku baca banyak kalimat suci.

Takut pun ada, seram pun ada, ini bukanlah first time aku datang rumah Joe. Tapi kali ni aku rasa macam aku diperhatikan pula. Cecepat aku sumbat telinga aku dengan earphone. Aku tinggikan volume telefon aku dan dengar lagu. Aku malas dah nak pedulikan, terus aku cecepat pasang lampu.

“Harap kau janganlah duk kacau aku. Aku ni bukan ada apa-apapun. Muka pun sememeh cuma.” Aku berani pula cakap sorang-sorang sambil pandang kiri kanan aku.

Klak!

Pintu bilik aku umpama tertutup rapi tiba-tiba. Aku tenangkan diri. Masa tu aku dah tak berani nak tutup lampu. Takut sesangat dah.

Kalau aku call Joe dan nak tidur sekatil dengan dia tak apa kut. Erm. Tapi aku malas pula nak kacau Joe memalam buta camtu. Tak pasal-pasal pula aku kena bagi syarahan percuma daripada seorang peguam kan.

Pagi esoknya aku pandang Joe yang tengah tuangkan air kat gelas aku. Aku sungguh-sungguh nak tanya dia pasal suara perempuan malam tadi.

Manalah tahu kan Joe dah biasa dengan keadaan macam tu. Joe ni memang ada berani sikit daripada kami bertiga.

“Joe, kalau aku cakap ni kau jangan cakap aku ni terlebih pulak ya?” aku memberanikan diri bersuara.

Joe pelik pandang aku, “Kenapa dengan kau Lalan? Kau tak selesa ke duduk dekat rumah aku?” tanya Joe pula.

Aku geleng kepala, “Bukan.. bukan macam tu. Aku okey je. Tapi aku tak okey sikit je..” sambil aku mata aku jeling kiri kanan aku dengan waspada.

“Kau dah kenapa Lan? Kena sawan ke apa.” Joe pandang aku, herot mulut.

“Semalam kan.. semalam aku macam dengar suara perempuan kat bilik aku.” Aku berterus terang.

Joe pelik, “Lan, kau jangan mengadalah. Aku dah duduk rumah ni setahun. Okey je. Kau jangan ikutkan sangat perasaan kau. Ke, kau nak tidur sekatil dengan aku ni. Aku okey je.” Joe pandang aku tajam.

“Kau jangan mengadalah Joe. Aku okey je. Tak naknya aku tidur sekatil dengan kau. Melainkan darurat. Aku okey je, tapi kita bukan kecik lagi. Tapi seriuslah Joe, aku memang dengar suara perempuan.” Aku sungguh-sungguh beritahu Joe, meremang pula bulu roma aku.

Joe geleng kepala, “Lan, kau bacalah doa banyak-banyak. Kosongkan minda tu. Insya Allah takde apa-apa. Kau jiwa kacau agaknya ni.” Joe menenangkan aku.

Aku tarik nafas aku dan tenangkan jiwa aku. Mungkin betul kata Joe aku banyak fikir. Iyalah fikir kata-kata Bob semalam buat aku tak lena. Habis sarapan, aku ke tempat kerja.

Masih fikirkan hal-hal semalam dan malam tadi. Mengantuk pun ada sikit.

Kemudian sebab aku bosan sangat. Aku buka laman web kisah-kisah seram dekat apartment.

Entah macamana tangan aku boleh gatal buka laman web tu. Aku baca satu demi satu kisah. Seram jugalah. Gulp! Bila aku dah makin banyak baca cerita camtu, mulalah fikiran aku fikir bukan-bukan. Haih, malam nanti kenalah aku bertabah sikit agaknya.
 Aku tutup laman web tu dan sambung buat kerja aku yang banyak tertangguh tu. Kemudian aku pandang kad Agensi Cari Jodoh yang nampak seakan menari-nari di tengah wallet aku.

“Hmm.. nak try ke tidak ni.. macam boleh je, macam nak je..” aku bercakap sendirian sambil senyum sendiri, senyum dengan harapan yang entah kesampaian dan entahkan tidak.

***********************

Joe menekan-nekan keyboard di komputer ribanya. Hari ini dia serahkan beberapa tugas kepada Fatin. Jadi, sambil itu bolehlah Joe mengemaskini kes-kes baru yang mahu diselesaikan.

Joe lihat beberapa kes terbaru, Joe hanya mampu tarik nafas. Kes-kes remeh temeh pun mahu dibawa ke mahkamah. Joe pandang pula kes lain, seorang perempuan diugut oleh bekas teman lelakinya atas kes bekas teman lelakinya itu mahu menyebar gambar teman wanitanya beraksi kurang senonoh.

Joe mahu mengucap sepanjang dan selebar-lebarnya. Remaja masa kini, suka mencari pasal. Akhirnya yang susah diri sendiri dan ibu bapa.

“Haih, dunia.. dunia..” Joe mengeluh seorang diri.

Kemudiannya Joe teringat kata-kata Lalan pagi tadi. Sudah setahun Joe duduk rumah itu. Tak pernah berlaku apa-apa.

Kemudian Joe teringat sesuatu, kes seorang wanita yang masih belum diselesaikannya hingga ke hari ini. Wanita itu meminta pembelaan, tapi sebelum kes berjaya dibawa ke mahkamah, perempuan itu ditimpa kemalangan.

Untuk meneruskan kes itu, wanita itu sudah tidak ada. Makanya kes itu tertutup begitu sahaja.

“Tak mungkinlah... kenapa pula Lalan? Mesti fikiran dia serabut agaknya.” Joe bercakap sendirian sambil memikirkan perkara itu secara logik akal.

Tiba-tiba kertas di bilik Joe bertaburan tanpa ada angin dari arah mana-mana. Joe seram sejuk, kalimat suci dibaca berkali-kali.

Tok! Tok!

Joe terkejut sekali lagi.

“Encik Johari. Saya baru terima faks daripada Encik Jailani berkaitan kesnya. Ini salinannya.” Liza memberikan kertas salinan pada Joe yang masih lagi terkebil-kebil.

“Err.. Terima Kasih Liza, Terima Kasih.” Joe berterima kasih.

Liza pandang bilik pejabat Joe yang bersepah, segera dia membantu memungut semua kertas yang ada tanpa banyak bicara sementara Joe cuba lupakan apa yang jadi dan fokus pada kerjanya.

*****************

Bob pandang komputer ribanya. Masih fikirkan tentang adiknya Shira. Dia sebenarnya sudah agak apa akan berlaku tu akan berlaku juga suatu hari nanti.

Shira selalu memberitahu lewat pesanan ringkas (sms) mengenai dirinya di sana. Tapi bila Bob fikirkan balik, keluarga angkat Shira itu bukanlah orang yang tak baik.

Bob rasa dia mahu berjumpa dengan abang angkat Shira itu secara bersemuka, dia mahu tanyakan bolehkah dia mengahwini adik dia tu dengan ikhlas tanpa rasa janggal yang Shira tu adik dia.
Bob sebenarnya tak tahu keadaan yang sebenar, dia tidak pernah bertemu dengan keluarga angkat Shira
sejak Shira diserahkan kepada mereka.

‘Kalaupun Shira tak mahu kenapa perlu lari?’ tingkah Bob sendirian.

‘Ke, Shira saja datang KL dengan alasan kena paksa kahwin?’ Bob menebak lagi.

Perkara itu mungkin boleh jadi sebab Bob tak tahu samada apa yang diperkatakan oleh Shira itu betul ataupun tidak. Hanya Shira yang bersuara.

Bob kemudiannya ambil langkah sendiri, dia kena telefon abang angkat Shira; Hamdan dan tanya bebetul. Bob scroll semua nombor dalam telefon bimbitnya tapi tak ada.

Kemudian baru Bob teringat sesuatu, dia tengok facebook Shira. Bila Bob tengok wall Shira, dia nampak satu berita yang benar-benar mengejutkan!

 bersambung...

E-Novel GILA! AKU SUKA DIA? (Bab 11)


“Nauzubillah. Kereta siapa pula yang aku langgar ni. Hish!” Aku marah seorang diri sambil pandang ke depan, mahu tak mahu aku turun daripada kereta.

Sudahlah sedang fikirkan adik Bob dekat rumah, sekarang kena fikir pula macamana aku nak settle benda langgar-langgar ni. Apa nasiblah hari ni.

Plak!

Aku dah macam terkena renjatan elektrik. Macam-macam rasa ada, habislah kalau aku kena bekhen, kena silambam atau kena kame hame ha kejap lagi, redha jelah. Aku lihat seorang perempuan muda turun. Tingginya kasut dia.

Eh! Tengok kaki perempuan pula, dosa tau, erm! Cecepat perempuan tu tengok belakang keretanya yang aku langgar.

“Saya minta maaf cik. Saya yang salah. Saya nak cepat tadi. Ada emergency,” aku bersuara merendah diri sambil buka cermin mata gelapku dengan harapan perempuan tu tak buka kasut tinggi 5 inci dia dan sekeh aku!

Perempuan itu pandang aku dan menjawab, “Nasib baiklah lampu je yang pecah. Takpe, saya pun nak cepat ni.” Perempuan itu menjawab.

“Takpe cik, saya ganti. Dah langgar kereta cik ni,” balasku lagi, taktik ni, taktik, kena gunakan kehemseman aku yang tiada taranya ni pandang dia tanpa henti, eh!

“Tak apalah,” jawab perempuan itu menegah dan kemudian memegang rambutnya yang lurus umpama direbonding ala-ala iklan shampoo di televisyen dan dialihkan ke belakang.

Tiba-tiba aku tersentak.

“Suraya!”

“Shazlan!”

“Apa khabar kau sekarang Lan? Bapak lama tak jumpa kau. Dah kahwin? Anak berapa? Bini mana?” tanya Suraya yang memang Lalan kenali itu, excited bebenar dia bercakap jumpa aku.

Soalan paling klise ini akan ditanyakan hanya oleh kawan-kawan lamaku termasuklah Suraya. 10 tahun tak jumpa tu, harus tanya perkembangan diri masing-masing.

“Err.. single lagi,” jawab Lalan perlahan.

“Muka macam ustaz pun lambat jodoh. Takpelah Lan, Insya ALLAH suatu hari adalah tu. Ha, aku ada kawan yang buka Agensi Cari Jodoh. Kau nak? Manalah tau kan, kita ni just merancang je. Tapi kenalah usaha kan.” Suraya memberitahu sempat pula mempromosi Agensi Cari Jodoh padaku.

Boleh pula Suraya kata muka aku macam ustaz. Muka budak nakal macam aku ni dikata ustaz. Hmm. Aku senyum sambil fikir benda yang Suraya cakap. Wujud ke benda-benda macam tu? Setahu aku semua tu dalam tv saja. Ke, aku yang tak tahu semua benda macam ni. Lain kali kena aware ni.

Suraya ambil sesuatu dalam beg dia dan kemudian bagi aku kad, “Nah, ini kad dia. Nasib baik aku ada kad lebih. Kau jangan tak tahu, aku jumpa laki aku dekat situlah. Diorang yang arrangekan. Kita cuma berusaha. Pilihan kat tangan kau Lan. Mana Bob dan Joe? Diorang dah..?”

“Belum..” potong aku, faham benar soalan Suraya.

“Hmm.. better kau bawa diorang sekalilah ya.” Suraya senyum.

“Insya Allah. Kau ni Suraya, tak payahlah senyum macam tu. Macam menyindir aku pula.” Aku straight forward cakap seakan tak suka.

“Tak adalah. Aku tengah fikir, camnalah lelaki macam kau ni tak kahwin lagi. Ke..” Suraya cuba bercakap sesuatu sambil pandang aku atas bawah, siap pusing 360 darjah pandang aku. Cis!

Aku tebak awal apa Suraya nak cakap,
“Suraya, nauzubillahminzalik ya. Aku normal tahu. Kau jangan menyimpang pula. Kau tengok apa?” Aku terus faham apa Suraya nak cakap.

“Takde apa-apa. Saja. Aku okeylah Lalan. Kau janganlah terasa pula ya bekas ketua kelasku.” Suraya berkata sambil senyum sendiri.

Dan, bila Suraya cakap pasal ketua kelas. Memang dekat universiti aku ada poyo sikit. Boleh pula jadi ketua kelas selama 6 semester berturut-turut dan Suraya binti Aminuddin inilah yang menjadi pembantu aku.

Ke sana ke mari bersama sampai ada juga mulut-mulut puaka cakap kami couple dan mungkin juga menjadi punca kenapa perempuan lain dah tak pandang stock status berpunya even teman tapi mesra macam aku dan Suraya.

Apatah lagi dengan Suraya yang sememangnya cantik dan memang dia buat part time model majalah masa tu.

“Kau fikir apa tu Lalan?” tanya Suraya lagi.

“Oh, takde apa. Okeylah Suraya. Kau nak cepat kan? Next time kita jumpa kita minum-minum ya.” Lalan teringat akan adik Bob di rumahnya.

“By the way. Ni hari-hari terakhir I dekat Malaysia. I dengan husband I dah nak pindah overseas. Lalan, be safe. Jaga diri elok-elok. Doakan aku selamat sampai naa. Aku pun doakan kau juga. Kau jangan lupa datang tempat tu, kau datang agensi tu dan sebut nama aku, diskaun 30%.” Suraya tersenyum dan kemudian melangkah masuk menuju ke keretanya.

Aku pandang Suraya berlalu, teringat macam-macam kenangan dekat universiti. Ada sebab agaknya aku terserempak dengan Suraya.

Siap aku dapat pula kad agensi cari jodoh bagai dari dia. Aku senyum dan terus masuk kereta lalu meneruskan perjalanan.

*********************

Sampai saja apartment, aku tekan loceng beberapa kali. Kemudiannya adik Bob buka pintu dan pandang aku.

“Abang Lalan rupanya. Kenapa balik awal? Abang Bob mana?” tanya adik Bob.

“Bob ke Shah Alam. Kenapa Shira tak angkat phone masa Bob call, dia risau,” tanyaku padanya, terberlagak abang pula time tu.

“Phone mati. Charger pula takde.”

Aku teringat telefon rumah aku, aku tak bayar bil ke apa. Mustahil pula Bob tak call telefon rumah tu.

“Err.. kalau ya pun mesti Bob ada call telefon rumah. Kenapa tak angkat?” tanyaku lagi, kali ni macam aku pula yang risau semacam.

Adik Bob pandang aku, “Shira tak berani angkat phone rumah. Takut kalau ayah Shira ke, abang Shira ke yang call macamana, kesian abang Bob nanti. Nanti dorang tuduh abang Bob larikan Shira pula.”

Aku faham alasan dan keadaan Shira. Kemudiannya aku buka pintu pagar.

Masya Allah, aku tengok Shira pakai legging je. Berderau jugak darah aku. Nak masuk ke tidak, nak masuk ke tidak. Kemudiannya aku buat keputusan tak nak masuk.

Bukan aku takut adik Bob pakai legging atau apa tu. Tapi aku malas pula was-was nak masuk berada dengan perempuan bukan muhrim dekat rumah aku sendiri. Aku ambil phone dan call Bob cecepat.

“Helo Bob, aku dah sampai rumah ni.”

“Macamana adik aku? Dia okey?” tanya Bob seakan cemas.

“Dia okey je. Kau bila balik? Lambat lagi ke?” tanyaku.

“Aku on the way ni. Kau segan nak masuk eh?” Bob tanya aku balik.

“Haahlah.” Aku jawab pelan.

“Takpe ya Encik Lalan, kejap lagi kawan kesayangan kau ni sampai.” Bob bagi harapan.

“Iya, cepat, aku nak terkucil dah ni.”

“Hish kau ni Lalan, kau tu bukan dak-dak kecik lagilah. Kalau dah tak tahan nak terkucil masuk jelah rumah tu. Macamlah dalam masa beberapa minit ni JAIS nak datang rumah kau buat ambush.”

“Takpe, aku tunggu kau je. Cepat drive tu.”

“Iya. Iya.”

Kemudiannya aku ke lif dan turun balik lepas call Bob. Dah macam pelarian dah duk tunggu tepi lif dan tekan-tekan handphone sendiri sambil whatsApp-whatsApp dengan Joe yang dah siap tunggu aku dekat rumah dia.

“Mak.. mak..”

Aku pandang budak kecik nangis pegang tangan mak dia.

“Hoi cepatlah angkat barang tu, lembap!”

Tersentak kejap aku tengok lelaki tu tengking isteri dia lepas tu senyum-senyum tekan Ipad dia.

“Hmm..” aku mengeluh sendiri.

Tak pasal-pasal pula aku tengok drama suami isteri depan mata aku. Si suami sibuk dengan Ipadnya manakala si isteri sedang pegang barang yang baru dibeli dari Giant sambil memegang anak perempuannya yang mungkin berumur 4 tahun dan aku lihat si isteri itu sedang mengandung.

Kasihan pula aku lihat, mahu membantu perempuan yang sedang bawa barang banyak itu mungkin rasanya tak sesuai. Si suami langsung tak bawa apa-apa. Memalukan kaum betul, aku rasa macam nak bagi buku lima aku je dekat si suami tu, ingat si isteri tu tak penat ke apa.

“Lalan, kau buat apa dekat sini? Asal tak naik?” Bob menyapa aku tiba-tiba dan membuatkan penglihatan aku beralih padanya

“Aku tunggu kaulah.”

Bob geleng kepala, “Hmm.. marilah naik sayang..”

Bila je Bob sebut sayang, dua tiga remaja dan mak bapak budak yang berhampiran pandang aku dan Bob. Boleh Bob buat selamba je, rasa nak bekhen betul Bob masa tu, rasa nak sekeh amat.

Sudahlah kita ni bujang trang trang, hidup pula bermasyarakat walaupun tak kenal satu sama lain. Tapi masyarakat di bandar ni agak sensitip sikit, baru sebut benda-benda pelik, harus jadi perhatian. Aku cecepat masuk lif bersama Bob.

“Aku pindah rumah Joe beberapa hari ni. Kau tak payahlah susah-susah ya cari rumah sewa untuk adik kau tu. Aku okey je.” Aku memberitahu Bob.

Bob pandang aku, “Tegar-tegar nak tinggalkan akulah tu. Seronoklah tu nak tinggal dengan Joe kan?” Bob pandang aku, hish Bob ni macam fefeling pula dia.

“Takde maknanya. Kau pun tahu kan, aku ni segan sikit nak tinggal dengan Joe tu. Sebab keadaan kita macam ni aku kenalah fikir alternatif lain. Ala, nak bagi juga masa untuk kau dan adik kau berbincang baik-baik hal semua ni. Insya Allah, kau berserahlah ya. Eh, kau tahu aku jumpa siapa tadi, cer teka, cer teka..” aku pandang Bob yang konon-konon sedih monyok macam nak kena hempuk tu.

Bob pandang aku, “Siapa? Bagilah klue sikit. Kau ingat aku ni David Cooperfield ke nak teka-teka bagai ni.”

“Pembantu Khas aku dulu,” aku senyum angkat kening aku untuk ingatkan Bob.

“Suraya? Bekas couple kau yang tak jadi tu kan?” Bob sempat pula ingat sejarah-sejarah lama.

“Takdelah. Aku dah agak dah kau nak cakap macam tu. Aku dan Suraya tu dulu profesional lah Bob. Kami takde apa-apa pun.”

“Iyalah tu.”

“Ah, sudahlah. Itu hal lepas. Ha, tadi Suraya bagi aku kad. Kau nak tahu kad apa, jap..” aku ambik wallet aku dan amik satu kad.

“Kad apa tu?” tanya Bob kurang sabar.

“Ha.. ini kad penyelamat kita. Baca ni, baca..” Aku bagi tunjuk Bob.

“Agensi Cari Jodoh? Kau biar betik Lan? Ini Suraya yang bagi ke? Lepas 10 tahun tak jumpa dia boleh bagi kau kad sekeping ni.” Bob herot mulut macam perlekehkan kad yang aku bagi tunjuk tu.

“Bob. Cubalah kau pandang ke depan sikit. Suraya cakap dia jumpa laki dia dekat agensi nilah. Ini salah satu usaha tau. Ke, kau ni tak berminat?” tanyaku serius pandang Bob sambil mata aku buat aksi syak wasangka tahap 150% yang membuatkan Bob akan faham apa maksud aku.

“Choi!”

Kan tak pasal-pasal aku kena sumpah.
Aku dah agak dah kalau Bob mulut puaka memang macam tu.

Ting!

Lif terbuka. Aku dan Bob keluar. Sampai rumah, aku tekan loceng.

“Assalamualaikum..” Bob bagi salam.

Baru aku teringat, tadi aku tak bagi salam pun. Risau gedabak punya pasal.

“Waalaikumsalam..” adik Bob buka pintu, gembira pula dia tengok abang dia balik.

“Shira kenapa tak angkat call abang?” tanya Bob bimbang.

Baru aku ingat, tak sempat bagitau Bob apa yang Shira cakap pasal phone dia tadi. Gulp!

“Phone Shira mati, charger tertinggal. Nak angkat phone rumah abang Shira takut, manalah tahu ayah atau abang ke yang call,” jawab Shira.

“Nah, Shira pakai phone abang yang ni. Tak payah guna phone sekarang buat sementara.” Bob memberi arahan, Shira faham.

Kemudiannya aku masuk ke dalam bilik dan kemas apa yang patut. 15 minit kemudian Bob datang bilik aku sambil tengok aku kemas barang.

“Kau baik-baik dekat rumah ni tau Bob. Jaga adik kau elok-elok. Apa-apa call aku.” Aku pesan pada Bob, macam bagi arahan pun ada.

“Aku tahulah Lan. Kau ni.. kau tak usah bimbang.”

Aku tengok Bob, “Tapi aku bimbang, kau nak buat apa Bob? Sampai bila kau nak simpan adik kau kat rumah kita ni? Lambat laun kau kena fikirkan sesuatu juga.” Aku bersuara.

“Kalau kau kahwin dengan adik aku kau nak tak Lan?” tanya Bob tetiba sambil pandang aku dengan seribu-ratus-puluh pengharapan, eh!

Aku tersentak sekejap. Mulut aku terzip. Kaku.

bersambung...

E-Novel GILA! AKU SUKA DIA? (Bab 10)


AWAL aku bangun pagi itu. Macam biasa, sebelum pergi kerja aku akan kemas-kemas rumah dulu. Pejabat aku pun bukan jauh sangat pun.

Usai mandi, aku terus keluar. Pelik aku dengar bunyi orang tengah masak dekat dapur, mana mungkin Bob nak masak pepagi buta macam tu pula, selalunya Bob akan terus saja keluar makan dengan rakan pejabat dia. Aku terus melihat ke dapur.

“Selamat Pagi.” Aku disapa oleh seorang perempuan yang sedang menghidangkan sarapan pagi.

Terkejut beruk aku, dahlah aku hanya pakai tuala masa tu. Terus aku masuk bilik aku balik tapi sambil intai-intai, siapa pula perempuan yang berada di rumah aku?

Bila masa pula yang aku ni bergelar anak Tan Sri, Jutawan, Dermawan, Dato, Dato’ Paduka sampai aku mampu upah pembantu rumah. Aku buka tutup mata.

“Bob! Bob!”

Terus aku panggil Bob.

Ini mesti dia punya kerjalah ni bawa perempuan balik rumah.

Aku dah bagitahu dekat Bob polisi pertama rumah aku, ‘NO WOMEN ALLOWED IN THIS HOUSE’ kecualilah ahli keluarga.

Cepat saja Bob keluar, dia pandang aku. Kemudiannya dia tarik aku masuk dalam bilik dia cepat-cepat.

“Apa pasal kau bawa perempuan balik rumah? Kalau kena tangkap khalwat macamana? Kau jangan macam-macamlah Bob, gatal nak bawa perempuan balik rumah. Kau nak aku seligi kau bagi kau sedar!” aku sudah marah rasa nak tembak Bob dengan bazooka masa tu, meletop aku punya kemarahan.

Bob pandang aku, “Lalan, itu adik aku. Kau tahu kan. Aku ni anak angkat mak ayah aku. Aku dah pernah cerita kan yang aku ada seorang adik lagi kat kau dan Joe. Semalam dia call menangis-nangis minta aku ambil dia sebab dia kena paksa kahwin dengan abang dia sendiri.” Bob membuka cerita.

Aku mula serba salah lah pula dengar cerita Bob. Aku tahu yang ibu bapa Bob dekat kampung tu ibu dan ayah angkat dia.

Aku pun manalah pernah nampak adik kandung Bob yang dia selalu cerita dengan kami tu.

“Tapi takkanlah nak bagi tinggal dekat sini. Bahayalah Bob. Mahunya ada pejabat agama datang, habis pula kita kena soal siasat. Lagipun dekat IC kau nama mak ayah dah tukar, dekat IC adik kau mak ayah kau dah tukar kan?” aku tanya Bob.

Aku pun tak tahu sangat proses pengambilan anak angkat dulu-dulu. Sesenang tukar nama mak ayah sebenar dalam IC. Aku tahu Bob mahu melindungi adik perempuan dia.

“Lalan, kau kawan aku. Sekali ni saja tolong aku. Kalau tak, kau fikirkanlah jalan lain. Aku tahu nanti ayah dia akan cari aku juga. Nanti kalau adik aku kena tangkap dan kena paksa kahwin dengan abang dia tu macamana? Kau tak kesian ke? Kau tak ada perikemanusiaan?” Bob bersuara pandang aku.

Aku dah tersentuh. Aku memang tak boleh orang aniaya orang ni, orang aniaya kucing pun aku dah separuh gila, inikan pula orang aniaya orang.

“Asal lah pulak dalam zaman moden ni ada kahwin paksa bagai ni. Keji!” aku dah panas baran.

“Lalan, kalau ya pun kau pakailah baju seluar dulu. Aurat tahu!” Bob tetiba jadi ustaz pepagi.

“Aku memang plan nak pakai bajulah ni.” Aku herot mulut dan cecepat masuk bilik aku, nasib baiklah adik perempuan Bob masa tu duduk tengok tempat lain.

5 minit lepas tu aku keluar.

“Lan, ini adik perempuan aku Shira. Shira ini Lalan kawan baik abang, selaku tuan rumah ni jugak.” Bob mengenalkan kami.

“Maaf abang Lan buat abang terkejut tadi.” Shira memandang aku.


Okey! Aku akui yang adik perempuan Bob ni memang cantik. Iyalah, dah iya Bob pun kacak mestilah adiknya pun cantik.

“Tak apa.”

“Lan, jom ah sarapan. Adik aku buat sarapan ni.” Bob mengajak.

Aku tetiba segan silu pula nak makan, “Bob, aku makan dekat luar sajalah ya.” Aku minta diri.

“Kau jangan macam-macam, ada juga yang kena seligi sat lagi. Duduk!”

Amboi Bob! Dia pula yang tetiba mengarah aku. Chis! Mahu tak mahu aku kena juga duduk. Aku tahulah Bob kau tengah tunjuk kau dah matang dekat adik perempuan kau tu. Nantilah, nanti aku seligi aku bebetul.

Kemudiannya aku ambil nasi goreng dan telur dadar. Makan sikit saja, tapi rasanya memang pergh! Sedap yang amat. Ini ciri-ciri menantu solehah ni, eh! Jauh pula fikiran aku.

Usai makan, aku dan Bob keluar sekali.

“Shira tutup pintu semua tau. Telefon jangan tutup. Shira buatlah macam rumah sendiri. Abang pergi kerja dulu, assalamualaikum..” Bob minta diri.

Shira salam tangan Bob. Terharu pula aku tengok mereka.

“Waalaikumsalam.” Shira pandang Bob dengan senyuman.

Kemudiannya aku dan Bob berjalan menuju ke lif. Aku pandang Bob.

“Lan, aku minta maaf tak minta kebenaran kau. Aku tahu kau tak selesa. Sikit hari lagi aku cari rumah untuk adik aku tu stay buat sementara.” Bob membuka bicara.

Aku tahu Bob ni faham perasaan aku. Aku pun bukanlah jenis yang berkira.

“Nanti aku carilah tempat untuk adik kau tu. Depan rumah kita hari tu ada iklan rumah sewa juga. Nanti aku try tanya.” Aku melegakan hati Bob, aku tahu kawan aku yang seorang tu tengah susah hati.

**********************

Aku bagitahu Joe lewat pesanan ringkas (sms) yang adik perempuan Bob ada dekat rumah aku. Masa tu juga dia terus call aku.

“Kau biar betul Lan? Kau okey ke adik Bob tinggal sama dengan kau?” tanya Joe yang seakan tahu keadaan tersepit aku.

“Kau tahulah kan betapa macamana Bob tu kan. Lagipun aku kasihan juga dekat dia. Tadi aku dah suggest dekat dia supaya cari rumah lain untuk adik dia.” Aku beritahu Joe.

“Kau ni Lan. Apakata kau stay rumah aku buat sementara waktu ni. Biar Bob dan adik dia tinggal dekat situ. Tak payahlah kau orang susah-susah fikir cari rumah. Apalah kau ni. Buat aku macam tak wujud pula, masalah kau orang, masalah aku juga kan.” Joe mencadang.

Cadangan Joe selalunya aku tak dapat bangkang. Cadangan dia adalah cadangan terbaik.

Almaklumlah seorang peguam, masa orang tengah fikir, dia sudah dapat jawapan untuk semua persoalan. Bila aku fikir betul juga cadangan Joe.

“Okeylah Joe, nanti aku bagitau dekat Bob. Aku rasa biar aku stay kejap dekat rumah kau sampai semua masalah mereka tu selesai.” Aku ikut cadangan Joe.

“Bagus. Eh, cantik ke adik Bob tu? Bolehlah kan kau berabang iparkan Bob..” Joe tetiba buat lawak yang aku tak mahu ketawa.

“Joe! Kau nak kena seligi ke apa! Itu adik Bob tahu! Dahlah dia lari sebab kena kahwin paksa. Jangan macam-macamlah.” Aku bidas!

“Aku gurau ajelah. Kau janganlah ambil hati pula.” Joe menyampuk terus bila tone suara aku dah agak-agak naik.

“Tahu takut..” Aku sengaja kata macam tu dekat Joe.

“Bukan takut pun. Aku takut antara kita orang semua kau saja yang lambat kahwin...” Joe membalas.

“Apa maksud kau Joe?” aku pula jadi pelik bin ajaib dengan kata-kata Joe.

“Adalah.. nanti kau tahu juga. Okeylah, aku ada banyak kerja ni. Nanti jumpa, petang ni aku singgah rumah kau, pick up kau dengan barang-barang kau.” Joe minta diri.

“Okey. Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam.” Joe balas salam dan letak telefon gagang miliknya.

Entah apalah yang Joe sembunyikan dari aku, dia kata dia takut aku yang lambat kahwin, yang dia orang tu dah ada calon ke?

Entah-entah dah ada, iyalah, Joe nak balik kampung hujung minggu, Bob tu aku tak tahulah, entah-entah dah ada juga. Erm! Malas aku nak fikir.

Kring! Kring!

Tengah aku syok-syok buat kerja. Tetiba call masuk. Aku terus angkat panggilan telefon itu.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam Lan. Kau boleh tak pergi rumah sekarang, aku tak dapat call adik aku dari tadi. Risau pula tetiba..”

Suara Bob kedengaran gelisah, aku ingatkan siapa yang call.

“Kau kenapa tak boleh pergi?” tanyaku.

“Aku dekat Shah Alam ni. Lambat aku nak sampai. Kau tolong ya Lan, please..” Bob meminta.

“Iyalah, iyalah. Kau terus call adik kau tu. Nanti apa-apa roger dekat aku.” Aku ingatkan Bob.

Nasib baiklah masa tu dah dekat waktu lunch time, terus saja aku keluar berlari menuju ke kereta dan memandu keluar.

Prak!

Tetiba pula terlanggar kereta orang.

Adoi! Habislah aku!

bersambung...

E-Novel GILA! AKU SUKA DIA? (Bab 9)







AKU balik awal dari kerja sebab malamnya aku nak masak. Sudah beberapa hari makan tapau dari kedai, tekak dah macam tak lalu dah makan hasil masakan orang.

Aku siang ikan, kemudian uruskan ayam, kekononnya mahu masak ikan tiga rasa dan juga sup ayam lobak, juga aku mahu makan ketam masak lemak kegemaran aku.

Yang simple-simple sudah, tapi itulah, kuantiti kena banyak sikit dari biasa sebab bukan aku seorang saja yang makan. Ini termasuklah 2 orang adik beradik lain mak bapak aku tu.

Kalau Joe tu bolehlah lagi makan sikit, tapi kalau Bob tu dua tiga kaut jugak tu. Nasib baiklah dia adalah penyumbang dana terbesar untuk makanan malam ni.

Bob ni kalau ada hal-hal yang berkaitan dia memang kedekut sikit, tapi kalau paasal makan, dia tak kisah. Janji dia puas dengan apa yang dia dapat.

Janganlah bawa budak seekor ni ke kedai tepi jalan, mesti adalah komplen dari dia. Aku dah berapa kali kena, dasar Bob, memilih!

Dulu taklah juga macam tu, ni mesti sebab umur dan meningkat dan masih solo lah ni.

Lupa nak cerita-ceriti pasal Bob. Maaflah Bob, bukan sebab kau tak popular tapi sebab kau tu lebih mesra alam dari aku.

Nanti larik pulak peminat aku kan? Eh! Ni takde kaitan dah ni, ni syok sendiri dah ni. Kalau betul pun aku iyakan angguk kepala sajalah. Gulp!

Okeylah. Bob ni sebenarnya bekerja sebagai artkitek. Dulu dekat sekolah memang dia ni champion bab-bab subjek Lukisan Kejuruteraan.

Memang dia skor habis-habisan. Naik universiti lagilah makin teruja dia dengan cita-citanya mengambil engineering.

Fuh! Nak sebut pun susah. Jangan tak tahu, budak-budak Engineering ni dekat memana popular kot. Sebut saja pelajar Engineering.. walawei! Beratus orang nak kenal!

Macam tulah Bob dulu dekat universiti. Ramai peminat! Nasib baiklah facebook masa tu belum ada lagi, kalau tak aku percaya Bob tu dah ada Fan Pages sendiri dan follower dia harus beriban jugak tu.

“Assalamualaikum,” seseorang memberi salam.

“Waalaikumsalam.. masuklah.. pintu tak kunci..” jawabku yang sibuk menumbuk segala bawang dengan lesung batu.

“Amboi nyah... siap duduk bersimpuh gitu.. anggun you..” Bob pandang aku yang anggun menumbuk bawang.


Pedas amat mendengar perkataan anggun tu, rasa nak cili-cilikan saja mulut Bob time tu.

“Dah, pergi tolong aku tengok-tengok ikan tu, kecikkan api. Lepas tu basuh sayur semua tu.” Aku mengarahkan, aku ni kalau bab mengarah memang nombor satu, tapi bukanlah nak mengarah drama atau filem bagai tu.. itu memang ke lautlah jawabnya.

“Iya Chef Lalan oii..” Bob dengan bermalasan menuju ke singki dan membantu aku, tak banyak pun lagi, tinggal nak masak satu masakan saja.

“Hari ni tak busy macam selalu ke?” tanyaku.

Bob mengherot mulut, “Mahunya tak busy. Rasa wayar-wayar dekat kepala ni dah tertanggal pun ada,” jawab Bob.

“Ha, budak engine pun mengeluh...” aku menyindir pula.

“Iyalah, budak engine pun manusia tahu.” Bob menjawab.

Usai menumbuk segala bagai bahan. Aku berdiri dan kemudian memeriksa bahan-bahan yang sedang kumasak.

Fuh! Sebaik saja membuka penutup kuali, pergh! Memang terangkatlah. Untunglah aku pandai masak, ini kriteria bagus sebagai calon menantu ni.

Bukankah nak menjaga anak orang kena jaga perut ayahnya. Ha, apakah terma menjaga perut Pak Mentua itu bukan sama caranya seperti memasak makanan sedap. Aku rasa lebih kurang, eh!

“Bob, kau ada contact Joe ke tadi? Dia jadik datang ke tak ni?” tanyaku pada Bob yang risau-risau Joe makan dekat luar.

Almaklumlah Joe tu banyak contact sana sini, mana tahu ada klien ajak keluar dinner.

“Dah, nanti dia datanglah tu. Lagi-lagi kalau kau masak, aku dah canang dekat dia kau masak makanan kegemaran dia.” Bob menjawab sambil selesaikan tugas-tugas dia dan masuk ke bilik tukar baju nak mandi.

“Ha, kau tu cepatlah mandi. Lepas solat isyak jap lagi kita makan.” Aku memberi arahan pada Bob yang aku tahu masuk bilik lepas kerja selalunya dia tidur berehat.

Bob keluar dan masuk ke bilik air, “Iyalah, kau tak nak join sekali ke mandi dengan aku Lan? Tak bestlah mandi sensorang ni..” Bob tetiba buat aku seram seluruh badan.

“Hoi Bob, kau jangan macam-macam duk nak mandi sesama pula. Kau dah sakit otak ke apa. Kau jangan pula kata dah biasa buat dengan Ali tu. Ada aku seligi nanti...” aku bersuara tegas.

Ali yang aku maksudkan tu adalah kawan gym Bob yang mesra alam bagi diskaun dekat kami masuk gym tu dan selalu senyum-senyum pandang Bob tu.

“Choi! Aku memain jelah. Aku maksudkan tadi tu best kalau kita mandi terjun sungai belah rumah kau tu..” Bob menyahut.

Lega hati aku. Nasib baiklah Bob masih lagi budak baik. Itupun aku was-was jugak. Lain di mulut lain di hati.

Ala, macam orang sekeliling juga. Jangan nampak kata-kata seseorang tu manis saja, kena nilai baik-baik, tak semua orang di luar baik di hatinya baik juga.

Hati ni memang pelik padahal kecik je, tapi melalui hati nilah kita rasa perasaan yang macam-macam. Tetiba aku teringat cinta tak kesampaian aku dekat Najwa dulu, baru berangan nak bersama, dia dah terbang jauh.

“Assalamualaikum...”

Suara Joe memberi salam buatkan aku terbubar dari lamunan, nasib baiklah masakan semua tunggu siap.

“Waalaikumsalam..” jawabku sambil menyusun pinggan mangkuk segala gelas dekat meja makan.

“Wah, banyaknya kau masak Lan, ada kenduri ke?” tanya Joe yang terus landing kat meja makan tu.

Aku senyum, sudahlah tu, masih lagi pakai apron ala-ala chef.

“Ni namanya aku qada makan. Berapa hari dah aku baham maggi je, ini kalilah..”

Joe dengan orang mandi manda kat bilik air, “Bob baru sampai juga ke? Cepatlah, aku tak sabar nak makan ni.” Joe bersuara.

“Dah lama dah dia balik. Kita solat Isyak dulu baru makan, aku pun nak mandi ni. Kau pergilah tengok tv segala dulu, kalau rajin kau tolong lipat baju aku dan Bob yang baru kering tu ya. Terima Kasih.” Aku membalas.

“Amboiii... rumah korang tapi menyusahkan tetamu.” Joe pula membalas.

“Daripada kau tercongok dekat sofa bagilah senaman sikit. Kalau tak nak pun tak apa.”

Allah hu akbar, Allah... hu akbar..

Kedengaran suara azan Isyak. Aku cepat-cepat amik tuala nak mandi dan nak solat.

Plak!

“Baru habis mandi ke bang?” tanya aku pada Bob yang lama bebenor mandinya, habislah bil air aku meningkat bulan ni.

“Kau buta atau kau tak nampak. Kau ni Lalan.. ada juga yang kena pakai spec mata ni.” Bob membalas jawapan aku, kasarnya!

Aku buat tak peduli dan terus masuk bilik air untuk mandi dan bersiap untuk solat Isyak.

Joe jadi imam solat kami hari tu. Usai solat tibalah masa untuk baham membaham. Berselera amat kami makan hari tu, masing-masing kaut nasi dua tiga kali.

“Sedap amat kau masak Lan. Fuh! Sama sedap macam masakan cikgu.” Joe memuji, cikgu tu dia maksudkan mak aku.

Bob pula dah letak thumbs up tinggi-tinggi, tak mampu kot dia nak berkata-kata.

Sebenarnya aku ni suka berada di dapur dengan mak, lepas tu tanya-tanya bila dia tengah masak. Aku tahu suatu hari nanti aku kena duduk jauh dari mak, jadi ini persediaan.

Dulu aku tak pernah fikir masak tu penting pun, ala, setakat nak makan boleh belilah.

Tapi bila aku sedar pada zaman yang serba meningkat ni, tak ramai yang suka memasak makanan sendiri aku rasa terpanggil untuk memasak.

Lagi satu sebagai persediaan kalau isteri aku bersalin nanti, bolehlah aku masakkan untuk dia, tak apa kan berangan kejap.

“Joe, bila kau nak balik kampung?” tanya aku pada Joe sebab dia ada ura-ura kata nak balik kampung, amboi! Nak balik kampung macam ada apa-apa je, entah-entah nak merisik anak dara orang.

“Tak taulah. Hujung bulan nilah kot. Kenapa? Kau nak ikut?” tanya Joe balik pada aku.

“Kalau kau balik kena dengan time aku ikutlah kot. Bob?” aku pandang Bob yang tengah kekenyangan.

Dia angguk je.

“Kau ni Bob, makan tu pelan-pelan lah. Behave masa makan tu.” Aku herot mulut.

Tapi Bob buat tak peduli je.

Lepas habis makan dan kemas serta tapaukan untuk Joe bawa balik. Aku dan Bob tonton televisyen dekat ruang tamu. Malam tu tak ada bola, jadi kami layan cerita siasat-bunuh CSI dekat tv.

Bolehlah layan, pasal budak kecik yang hilang beberapa tahun lalu dan dijumpai semula, lepas tu budak kecik tu bukan seperti sebelumnya.

Oh! Taklah boleh cerita panjang-panjang, ini bukan novel thriller atau aksi, ini novel mencari bakal calon isteri, eh!

Tring!!!

Telefon bimbit Bob berbunyi, ada pesanan ringkas (sms) masuk lah tu. Terkejut aku dengan bunyi dia, ingatkan ada zink jatuh.

Lepas baca pesanan ringkas (sms) tu muka Bob berubah. Kemudian tergesa-gesa keluar.

“Kau nak ke mana Bob memalam buta ni?” tanya aku pelik, semacam je dia.

“Aku keluar kejap, ada hal penting ni. Aku balik lambat, kau jangan tunggu pula.” Bob memberitahu.

“Kau jangan lupa bawa kunci,” pesan aku.

Bob kemudiannya pergi. Aku pula terus tutup tv dan masuk bilik.

******************************

Bob sampai ke perhentian bas, lama Bob tak naik turun bas, dulu dia ingat selalu naik bas dekat Puduraya balik kampung.

Nasib baiklah Bob ingat hentian bas tu sudah dipindahkan ke Stesen Bandar Tasik Selatan, makanya Bob cari stesen bas baru tu guna GPS.

Lepas dua tiga highway, Bob sampai juga, itupun dia terkial-kial juga dan dalam hati dia agak risau bila terima pesanan ringkas (sms) tadi.

Sampai saja di sana, terus Bob keluar dan cari seseorang toleh kiri kanan. Risau!

“Abang Bob...” tiba-tiba saja seseorang sudah memeluk Bob dengan tangisan.

Terkejut badak Bob masa tu.

Tergamam!

bersambung....

Saturday 1 February 2014

NOVEL GAUN CIK BOS TUXEDO MR SECRETARY (BAB 10)


BAB 10

“Sari Berita Utama, mayat dua orang lelaki ditemui berhampiran hutan di Bidor Perak. Identiti dua mangsa itu tidak dapat dikenal pasti akibat rosak teruk kerana dipercayai dibaham binatang buas. Sehubungan itu, kepada keluarga yang kehilangan ahli keluarga atau mengenali mangsa diminta dapat memberikan kerjasama kepada pihak polis dengan menghubungi nombor yang tertera di kaca televisyen anda.”
“Ni mesti malaun dua ekor ni. Kau orang berdua pergi bunuh orang tapi kau orang pula terbunuh. Memang tak guna!” marah seorang lelaki yang menonton berita di kaca televisyen di depannya.
Segera dimatikannya televisyen, geram barangkali.
“Ada kemungkinan dia tu masih hidup, kalau tidak mesti pihak polis dah  jumpa. Tak mungkin yang kena baham tu dia, sebab ada dua orang. Dan mereka tu pun dah hilang seminggu, confirm bukan dia, dia masih bebas!” tebak lelaki tersebut kerana dia sudah puas menghubungi orang yang dipertanggungjawabkan untuk membunuh itu.
Pantas dicapainya telefon bimbit yang masih bercas kerana kehabisan bateri tadi dan dihubunginya seseorang. Dia perlu cepat menghubungi orang tersebut bagi menyiasat sesuatu, tempoh seminggu itu adalah tempoh yang sangat panjang. Mungkin juga orang tersebut terselamat dan sedang mencarinya. Pelbagai kemungkinan juga bermain-main di kepalanya.
Apabila sudah menghubungi orang tersebut, sejumlah wang juga perlu melayang bagi melunaskan kerja tersebut. Sekarang, bukan semuanya free, masuk tandas pun mesti bayar.
Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi sekali lagi.
“Helo?”
“Boss, yang mati tu memang Ali dengan Zam, dahsyatnya boss..” salah seorang orang suruhannya memberitahu.
Pantas lelaki itu mematikan telefon bimbitnya. Dia tidak mahu mendengar alasan. Apa yang dia mahu dengar adalah berita yang baik-baik sahaja. Perkataaan gagal tidak pernah ada dalam kamus hidupnya. Apapun, panggilan telefon itu memang melegakannya kerana dia tidak perlu berteka teki, memang dia perlu mengupah seseorang bagi menjejaki di mana orang yang dibunuhnya berada. Dan, dia mesti cepat! Sebelum orang itu melakukan sesuatu. Pelbagai anggapan tergambar dalam kotak fikirannya.
Kring! Kring!
Telefon rumah pula berbunyi. Lelaki itu tidak senang.
“Helo. Saya dah kata cari dia cepat!” marah lelaki itu sebaik mengangkat telefon.
“Ayah ni.”
“Ayah, kenapa ayah call? Ingatkan orang saya tadi.”
“Saja tanya khabar. Macamana dengan kamu sekarang?”
“Saya okey ayah, janganlah risau. Ayah tu yang kena jaga kesihatan.”
“Okey. Ayah letak telefon dulu. Bye.”
Bye ayah, jangan lupa makan ubat tu. Hujung minggu nanti saya balik.”
Lelaki itu meletakkan gagang telefon, hatinya masih marah. Semua itu perlu diselesaikan cepat, dia tidak mahu ada gangguan selepas ini.
************
ADAM berada di rumah sewanya, lega hatinya sedikit mendapat pekerjaan yang mampu menampung hidupnya dan Danish. Dilihatnya Danish yang sedang menonton kartun kegemarannya di kaca televisyen, elok dia duduk di sebuah sofa yang kelihatan sedikit lusuh. Pelik, meskipun Danish bukan sesiapa dan tidak mempunyai sebarang pertalian darah dengannya tetapi dia terasa amat dekat dengan kanak-kanak lelaki tersebut. Mungkin juga kerana dia sudah berada dengan Adam terlalu lama. Pernah Adam terfikir untuk melaporkan Danish kepada pihak polis tapi dia sentiasa terfikir, benarkah tindakan yang diambilnya. Apa akan terjadi pada Danish nanti? Dan sebenarnya hati kecilnya mula berkata-kata bahawa dia sudah mula menyayangi Danish seperti anaknya sendiri, melalui Danish dia belajar mengenal erti hidup dan mengenal erti tanggungjawab.
“Papa, Danish lapar.”
Suara Danish membubarkan lamunannnya. Hujung minggu begitu, Adam selalunya akan memasak untuk mereka berdua, tidaklah expert mana, tapi bolehlah. Kalau takat Masterchef Malaysia tu memang dia tak layak masuk.
“Danish lapar ya. Nanti papa masakkan Danish, Danish nak makan apa?” tanya Adam mesra dan memeluk Danish.
“Danish nak makan ayam goreng,” pantas budak lelaki itu menyuarakan hasaratnya.
“Ayam goreng ya?” sekejap Adam berfikir, bukannya apa, ayam goreng itu sudah terlalu mewah bagi mereka. Bukanlah terlalu miskin, tetapi Adam lebih suka berjimat.
‘Kalau beli dekat mamak 2 ringgit seketul, kalau beli ayam dan goreng sendiri mesti banyak lagi nak guna duit,’ gumam Adam, memang dia pantas memikirkan mana satu yang dia hendak beli, dia pun baru bekerja, gaji pun belum dapat, gaji dari menyanyi di restoran mewah itu pula tinggal separuh kerana membeli baju dan seluar bekerja.
“Danish tukar baju, kita makan kedai uncle mamak. Jom! Nak tengok boleh tengok bola sekali.” Adam senyum memandang anaknya.
“Yeay! Yeay!” sorak Danish sangat gembira.
“Kalau lambat papa tinggalkan ya,” sengaja Adam mengacah anaknya itu.
“Ala..” rajuk Danish.
“Cepatlah, pandai mandi sendiri kan?” Adam memandangnya.
“Papa tak mandi sekali ke? Papa belum mandi kan?” bijak betul Danish cuba memancing ayahnya yang satu itu untuk memandikannya.
“Papa dah mandilah,” sengaja Adam tidak mengaku.
Segera Danish ke arah Adam dan mencium baunya, rambutnya juga dilihat.
“Papa tipu!” segera Danish menarik tangan Adam menuju ke bilik mandi.
“Ya, ya... papa nak mandilah ni..” Adam senyum sendiri.
“Budak lelaki mana boleh mandi berdua. Mesti mandi sendiri, Danish janganlah susahkan makcik, kalau pandai mandi sendiri, Danish mandi sendiri ya,” sengaja Adam berpesan demikian supaya Danish pandai berdikari.
Danish yang sedia faham mengambil sabun dan menyabun badannya, kemudian kepalanya. Selepas itu terus mengayung air. Adam ketawa sendiri. Budak 3 tahun itu memang faham apa yang dimaksudkan Adam, tapi cara pelaksanaannya masih belum teratur. Sabun hanya diletak pada dada sahaja dia terus simbah air, rambut pula belum semua basah.
“Bukan macam tu, sini papa ajar,” segera Adam menunjukkan cara-cara untuk Danish menyabun badannya.
“Kemudian, ambil gayung dan..”
Plash!
Danish menyimbah papanya.
“Main kasar ya!” jerkah Adam segera menutup bilik mandi.
Disimbahnya Danish dengan sebaldi air, masing-masing ketawa sendiri.
Usai mandi, Adam mengambil pakaian di almari dan memakaikannya pada Danish. Danish senyum-senyum manja dan memeluk papanya.
“Papa, mama Danish mana? Ada gambar mama tak?” tanya Danish ingin tahu.
Tersentak Adam. Dia tahu, suatu hari nanti kanak-kanak lelaki itu akan bertanya juga soalan tersebut. Tapi, dia tidak menjangka seawal itu. Apa yang dia mahu jawab, gambar siapa pula yang mahu ditunjukkan.
“Mama berada di syurga, gambarnya tak ada, sebab mama dalam ni..” Adam meletak tangan Danish di dadanya.
Danish seakan faham dan tidak bertanya lagi. Biasalah kanak-kanak, sekejap tanya, sekejap itu pula dia lupa.
‘Maafkan papa Danish, mungkin mama atau papa Danish yang sebenar ada di luar sana, Insya ALLAH kalau diizinkan tuhan Danish akan jumpa juga,’ gumam Adam sendiri.
“Papa, dah lambat ni, Danish dah lapar.” Danish berkata.
“Okey, okey.” Adam faham, segera dia menutup lampu dan mengunci pintu lalu membawa Danish menuju ke lif.
“Nak ke mana ni Danish?” tanya Nadia yang baru keluar dari lif, baru balik dari kuliah agaknya.
“Papa bawa Danish makan ayam goreng,” jawab Danish selamba, girang sungguh apabila menyebut perkataan ayam goreng itu.
“Owh, ya ke? Kak Nadia nak ikut boleh?” tanya Nadia memandang Danish dan menjeling ke arah Adam.
“Boleh-boleh,” segera Danish menjawab, diangguk kepalanya.
Adam terdiam, dia memang selalu blur kalau depan perempuan. Nadia memandangnya, lagilah dia tergamam. Adam, Adam.
“Danish pergilah. Kakak dah makan.” Nadia mengusap rambut Danish dan senyum kepada Adam.
“Kami pergi dulu ya Nadia.” Adam meminta diri.
Nadia mengangguk senyum. Danish melambainya, Nadia melambai kembali. Jauh di sudut hatinya lelaki duda itu memang kacak, kadang-kadang dia juga ragu samada Adam pernah berkahwin sebab dia biasa mengenali duda-duda yang tidak seperti Adam. Kadang-kadang, dia suka kalau lelaki itu buat tak tahu atau blur seketika, terasa comel dipandang.

VIDS PROMO NOVEL


P/S ---> Novel telah pun terbit. Boleh mendapatkannya dengan Kaki Novel atau kunjungi Kedai Buku MPH & Popular Bookstore serta kedai berdekatan anda untuk mendapatkannya. :)