~Group FB Coretan Hati Ke Jemari (Fatrim Syah)~~

Monday, 14 October 2013

E-Novel 'KELIP KELIP' (BAB 1)



BAB 1
KELIP KELIP
AISHA bangun awal pagi itu, usai menunaikan solat Subuh dia membuat sarapan dan segala kerja rumah di rumah agam milik keluarga suaminya. Hampir setahun itu, Aisha sudah biasa membuat semua kerja itu sebelum disuruh. Aisha tahu tempatnya di rumah itu. Jika bukan kerana cintanya pada Akram, sudah lama Aisha cabut lari saja dari neraka itu. Namun, agama Islam yang baru Aisha anuti itu mengajar Aisha supaya bersabar dan bertenang meskipun Akram sendiri tidak lagi tidur sekatil dengannya.
“Aisha, tuangkan Tuan airnya,” arah Puan Suraya menjeling ke arah Aisha yang berpakaian hampir serupa orang gaji, rambutnya panjang tidak terikat rapi, wajahnya yang sembab tanpa seculis mekap itu menampakkan lagi yang dia hanya pembantu di rumah itu. 
“Mana roti bakar yang aku minta, kau ni lembablah. Patut tak ada anak!” jerkah Tuan Rahim awal pagi itu. 
Aisha terkebil-kebil ketakutan, “Maaf Tuan, saya buat sekarang.” Aisha meminta maaf dan segera terkocoh-kocoh masuk ke dalam dapur.
Akram yang baru bersiap untuk ke pejabat turun ke bawah. Tiba-tiba getaran telefon menghentikan langkahnya. Segera di mengambil telefon bimbitnya itu dan menjawabnya.
“Helo. Ya. Okey. Demi sayang, apapun abang akan buat. Dah siap semuanya? Bagus. Tak lama lagi sayang jadilah suri dalam rumah abang ni. Daniel sihat?” tanya Akram pada pemanggil itu.
“Daniel sihat saja. Ingat abang, abang hanya ada seorang isteri,” pemanggil itu seakan mengugut.
Akram tersentak namun faham, “Iya sayang. Abang tahu.” 
Usai menutup telefon bimbitnya, Akram turun ke bawah sambil melihat Aisha terkocoh-kocoh menghidangkan sarapan pada keluarganya. Dia herot mulut melihat Aisha yang kelam kabut dan serabut itu.
“Mak, ayah, angah. Selamat Pagi.” Akram menyapa.

Aisha memandang Akram dan cuba melemparkan senyuman, namun senyuman itu tidak bersambut.

“Kakak, kan Faiz dah kata, Faiz tak nak coklat panas hari ni.” Faiz merungut.

“Maaf Faiz, kakak gantikan ya.” Aisha meminta maaf dan terus masuk ke dapur.

“Apalah nasib kamu ni Akram. Dapat bini serupa macam tu. Itulah mama dah cakap, mama tak setuju kamu kahwin dengan dia kamu nak juga, dah setahun kahwin tapi tak mendatangkan hasil. Bawa sial saja dalam rumah ni!” omel Puan Suraya di meja makan.

Aisha mendengar tiap bait kata-kata Puan Suraya padanya tika itu. Untuk menangis dia sudah kering air mata. Tapi perkataan ‘sial’ itu seakan mencabar kesabaran dirinya. Aisha juga punya maruah! Aisha sudah tidak boleh bersabar lagi, segera Aisha keluar.

“Kalau Tuan dan Puan anggap saya ni pembawa sial dalam rumah ni. Saya boleh keluar sekarang juga! Jangan maki dan caci saya. Saya juga punya maruah!” marah Aisha pagi itu membuatkan seisi keluarga Akram di meja makan itu terdiam.

Akram bangun dan kemudian menarik Aisha lalu membawanya masuk ke dalam kereta.

“Awak nak bawa saya ke mana?!” marah Aisha.

“Aisha. Abang minta maaf kalau selama ni kamu rasa terseksa dekat rumah tu. Abang pun kesiankan kamu. Tak apa, lepas ni kita pindah.” Akram memberikan benih-benih harapan pada Aisha.

Aisha girang. Marahnya tadi bertukar bahagia. Lama sudah Aisha mengharapkan perkara sedemikian. Akhirnya tergapai jua.

“Aisha, hari ni abang nak bawa Aisha ke rumah baru kita. Suka tak?” Akram memandang Aisha dan senyum manis.

Aisha terkejut, semuanya berlaku dengan amat pantas, walaupun pelik tapi Aisha tetap suka. Kini dia bebas! Bebas dari rumah durjana itu!

“Abang beli rumah dekat mana?” tanya Aisha ingin tahu.

“Tunggulah. Sampai nanti Aisha tentu suka.”

Aisha rasa pelangi-pelangi indah dalam rumahtangganya kini tiba, syurga bahagia itu akhirnya muncul jua. Setiap hari Aisha berdoa agar dia dan Akram ditautkan seperti semasa mereka baru berkenalan dulu. Aisha masih ingat semasa kali pertama mereka bertemu. Aisha hanyalah seorang gadis biasa dan bekerja di sebuah chalet di Kuantan, Pahang.
Suatu hari ada orang datang ke chalet itu dan salah seorangnya Akram. Kali pertama melihat Akram, Aisha sudah jatuh hati. Namun Aisha tahu, agama adalah pemisah antara mereka. Seminggu Akram di sana dan setiap hari juga Aisha bertemunya. Kesukaan Akram adalah melihat kelip-kelip. Aisha yang menjadi pemandu pelancong pada Akram dan juga rombongan pengunjung yang lain.                                                        

  ********************

“Cik June. Kalau saya bawa balik kelip-kelip ni boleh tak?” tanya Akram ketika itu. Itulah detik pertama Aisha berbual secara terus dengan Akram.

“Maaf encik. Kelip-kelip ni jangka hayatnya tak lama. Cuma satu malam. Maka hargailah apa yang encik lihat di sini.” Aisha yang ketika itu masih bernama June menjawab pertanyaan Akram.

Setelah semua rombongan pengunjung balik. Akram masih di situ, melihat kelip-kelip yang berterbangan indah di sekelilingnya.

“Encik. Tak nak balik ke chalet ke? Dah lewat ni,” tanya June.

“Boleh tak kalau satu malam ni saya bermalam dekat sini. Awak kata esok kelip-kelip ni dah tak ada kan? Dan lagi dua hari saya nak balik. Lepas tu mesti saya tak jumpa kelip-kelip tu semua.” Akram menjawab sambil tersenyum.

Senyuman manis Akram ketika itu mengugar perasaan June. Itulah kali pertama dia melihat senyuman manis seorang lelaki yang ikhlas. Jarang ada orang yang sukakan keli-kelip seperti Akram. Mereka hanya datang melihat keindahan dan pergi begitu sahaja.

“Jadi, encik nak bermalam dekat sini? Encik tak takut?” tanya June  lagi.

Akram senyum, “Saya pelanggan. Pelanggan sentiasa betul kan?” jawab Akram.

“Oleh sebab encik berkeras nak stay dekat sini malam ni. Nampaknya saya juga kena stay dekat sini untuk pastikan encik tak apa-apa.” June memberitahu.

“Tak apa. Saya bukan budak kecik lagi. Tak perlu. Tapi kalau awak sudi nak temankan saya. Saya okey je.”

June pandang Akram yang leka dengan kelip-kelip. Kemudiannya Akram baring di atas tanah dan memandang ke langit.

“Awak pun baringlah sekali,” ajak Akram.

“Err...” June segan.

“Bukanlah baring dekat-dekat. Baring jauh-jauh. Nanti tak pasal-pasal pula kan.” Akram bergurau.

June hanya memerhati.

Akram pandang ke arahnya, “Laa.. asal awak tak baring lagi?” Akram bertanya, nadanya seakan marah.

“Iya encik. Saya baringlah ni.” June herot mulut dan ikut permintaan Akram yang entah apa-apa itu.

“Awak pandang langit tu cantik kan? Rasa macam tengok bintang tu dekat je dengan ada kelip-kelip ni semua.” Akram bersuara.

June hanya memandang keindahan depan matanya, itu kali pertama June baring di atas tanah melihat kelip-kelip yang berterbangan seakan bintang yang bergerak. Kagum June melihat semua itu.

“Ini semua ciptaan Allah swt.” Akram menambah.

June tersentak! Mendengar perkataan yang diberitahu Akram ketika itu June terdiam. Lama June tidak bersuara.

“Encik, saya tinggalkan encik dekat sini tak apa kan? Encik tak takut harimau kan? Saya balik chalet dulu tau.” June meminta diri.

“Apa awak kata tadi? Harimau?” tanya Akram.

“Ya encik. Harimau, kawasan ni berhampiran hutan simpan encik.” June menambah.

Akram pandang kiri kanannya, “Err.. kalau macam tu saya balik sekalilah. Bye-bye kelip-kelip semua...”

June senyum sendiri. Baru kena kelentong sikit sudah takut. Kemudiannya mereka balik ke chalet bersama-sama.

                                           *********************
Pon! Pon!

Aisha terbubar daripada lamunannya mendengar bunyi hon kereta di sebelah kereta Akram. Dia senyum dan memandang Akram yang masih memandu. Kemudiannya dia pegang tangan Akram, mengingatkan detik pertama itu Aisha rasa bahagia sangat. Keputusannya untuk memilih Akram pada waktu itu adalah keputusan yang betul, Aisha terfikir alangkah indahnya sang kelip-kelip yang ketika itu menjadi saksi percintaannya dan Akram, dia ingin pegang waktu itu selamanya.

“Aisha, ingat tak hari ni hari apa?” tanya Akram padanya.

Dahi Aisha berkerut, “Aisha tak ingat, hari apa ya?” Aisha cuba mengingat.

Akram senyum, “Hari ni ulangtahun perkahwinan kita yang pertama.” Akram memberitahu.

“Jadi, sebab tu abang bawa Aisha pindah rumah?” tanya Aisha lagi.
Akram angguk.

“Tak lama lagi kita nak sampai rumah baru kita. Nanti abang ada kejutan lagi tau.”
Aisha pandang Akram, “Kejutan? Beritahulah Aisha sekarang. Aisha nak tahu,” pinta Aisha.

“Kalau beritahu bukan rahsialah namanya.” Akram geleng kepalanya.

Setengah jam kemudian mereka sampai ke sebuah rumah. Rumah banglo itu besar. Akram menekan remote membuka pagar dan terus masuk ke dalam. Aisha girang melihat rumah itu. Selepas saja Akram memarkir keretanya, Akram terus membuka pintu dan membuka pintu kereta sekali untuk Aisha.

“Jemputlah isteri ku sayang.” Akram bersuara manis.

Aisha keluar dari kereta dan memandang sekeliling rumah. Dia memandang ke kiri dan kanan. Ada kolam renang dan sebagainya. Aisha dibawa masuk ke dalam rumah. Dia rasa tenang berada di rumah itu. Aisha kembali teringat lagi detik pertemuan mereka di chalet itu.

                                                  **********************

June memberitahu aktiviti untuk para pengunjung hari itu, sambil itu June memandang Akram yang dari tadi memandangnya. Wajahnya yang iras-iras Aeril Zafrel itu membuatkan June tak keruan. Namun disabarkan saja hatinya.

“Untunglah kau June, ada peminat.” Dahlia mengusiknya.

“Kau jangan macam-macamlah Dahlia,” marah June padanya.

Dahlia angkat-angkat kening dan pandang June, “Malu tapi mahulah tu kan?” Dahlia mengugar hati June.

“Sudahlah Dahlia, masa untuk kerja ni. Nanti kita sembang.” June mematikan perbualan mereka.

Kemudiannya June membawa para pengunjung itu untuk melawat tempat-tempat menarik di kawasan itu.

“Hai Cik June. Awak sihat?” Akram menyapanya.

“Saya sihat. Ya. Awak?” tanya June pula.

“Saya tak sihat.” Akram memberitahu.

June pandang Akram, muka nampak macam okey, senyum pun okey, entah celah mana yang tak sihatnya dia.

“Encik, kalau tak sihat, saya boleh hantarkan ke hospital.” June seakan risau.

“Masalahnya takde hospital atau klinik ada ubat untuk sakit saya ni.” Akram menjawab.
June pandang Akram, geleng kepalanya, “Encik sakit apa? Encik termakan kelip-kelip semalam ke?” tanya June lagi.

“Taklah. Sakit saya ni hanya Cik June boleh ubat, saya jatuh sakit cinta.” Akram berterus terang.

“Maaf encik, saya ada kerja ni,” spontan perkataan itu keluar daripada mulut June.

“Saya tahu Cik June pun sukakan saya kan? Cik June rela ke biarkan saya terus jatuh sakit?” Akram memandangnya.

June tak tahu apa yang dirasakannya. Dia tahu dia sukakan lelaki itu. Tapi, bila mengenangkan banyak perkara, June harus berfikir secara realiti. Dia dan lelaki itu berlainan agama satunya, keduanya mereka baru kenal, manalah tahu lelaki itu jenis buaya tembaga, buaya darat, buaya palsu dan seangkatan dengannya. Kemudiannya June terus meninggalkan Akram di situ dalam teka teki.

Malamnya sekali lagi mereka berdua bertemu semasa June membawa pengunjung melihat kelip-kelip. Itu merupakan malam terakhir Akram berada di situ. Akram seolah sengaja tidak mempedulikan June. June terasa hati. Namun semasa mahu balik. Akram memegang tangan June dan membawanya ke tempat mereka bertemu dua hari lalu. Tapi mereka berdua hanya diam sahaja.

“Awak suka kelip-kelip?” June membuka bicara.

“Suka.”

“Kenapa awak suka kelip-kelip? Kan malam saja mereka ada,” tanya June lagi.

“Sebab saya nak jadi kelip-kelip awak. Malam siang saya ada,” jawab Akram berseloroh.

“Awak!”

June tahu, dia sudah terpaut pada Akram ketika itu. Akram juga serius padanya. Hanya seminggu mereka boleh rapat dan saling jatuh cinta. June menempuh segalanya, mulanya ayah dan ibunya agak kecewa kerana June memilih Akram apatah lagi menukar agamanya. Tapi kerana June adalah satu-satunya anak perempuan mereka, mereka faham dan turutkan saja.

                                                      ******************
Telefon bimbit Akram bergetar lagi. Segera dia masuk ke dalam bilik air dan menjawabnya.

“Iya, dia ada dengan saya sekarang ni. Awak dah tunggu dekat situ ya? Okey, saya bawa dia sekarang. Nanti bincang elok-elok tau.” Akram berharap.
Kemudiannya Akram keluar daripada bilik air dan menemui Aisha.

“Aisha. Mari. Abang nak bawa Aisha ke satu tempat. Tapi sebelum tu Aisha kena tutup mata dan telinga Aisha dulu tau.” Akram memberitahu dan memberikan penutup telinga dan mata pada Aisha.

Aisha senyum, “Ini kejutan tu ya? Okey.” Aisha menurut.

Kemudiannya Aisha dibawa ke kereta.

“Aisha kalau nak tidur dulu pun tak apa. Sampai tempat tu nanti abang buka penutupnya. Aisha pasti suka punyalah.” Akram bersuara.

Aisha rasa tidak sabar. Aisha tahu, pasti kejutan itu amat menyenangkannya. Akram memandu dalam keadaan gelisah perjalanan yang mengambil masa 3 jam setengah itu dirasakannya lama sekali. Dia berharap sangat perkara itu boleh selesai hari ini juga.
Akram akhirnya sampai ke sebuah jeti, dia membawa Aisha menaiki sebuah bot. Seperti yang dijanjikan oleh Akram, dia membuka penutup mata Aisha lebih awal. Aisha terkejut apabila melihat laut luas terbentang di hadapan matanya.

“Abang, kita nak ke mana?” tanya Aisha seakan panik, dia memang takutkan laut, segera dia berpaut pada Akram.

“Kita nak ke pulau depan tu. Jangan risau, sekejap lagi sampailah.” Akram menenangkannya.

Tiba-tiba enjin bot yang dipandu Akram terhenti. Akram mati kata. Aisha memandang Akram. Tiba-tiba juga, Aisha merasakan air laut mula membasahi lantai bot tersebut.

“Abang, bot ni bocor. Macamana ni?” Aisha panik.

“Sekejap abang cari life jacket atau pelampung jika ada. Kita kena berenang hingga sampai ke pulau tu.” Akram bertindak menenangkannya.
 

"Abang, Aisha tak boleh berenang. Abang, macamana ni?" Aisha ketakutan.

Tiba-tiba saja, air laut pantas memenuhi ruang bot itu, mereka berdua tenggelam dalam laut. Aisha terkapai-kapai mencari pernafasan. Akram pula sedaya upaya mencari Aisha. Aisha melihat langit buat kali terakhir, dia menyebut nama ALLAH berulangkali dan kemudian tenggelam perlahan-lahan..

“Aisha! Aisha!” teriak Akram di sekelilingnya! Dia sempat memegang pelampung yang ada dalam bot itu sambil cuba mencari Aisha yang tidak kelihatan di mana-mana!

Bersambung...

p/s -- Maaf jika ada kekurangan. Boleh post komen anda untuk menambahbaik cerita ini. Terima Kasih singgah baca. Jangan lupa mengundi saya dalam ANUGERAH NOVELIS "NEWCOMER" KARNIVAL NOVEL 2013. Boleh klik pada link untuk mengundi. Undian anda saya dahulukan dengan ucapan TERIMA KASIH. Linknya ----> Anugerah Novelis 'Newcomer' 2013

8 comments:

nurul nuqman said...

assalamualaikum,ayim blog dah berubah, cantik..lagu pun feel je kan...k 1 thing june n aisha orang yg sama,june nama sebelum islam,n akram bawa dia ke mana...err..mcm jahat je..apa jd pada aisha????

Fatrim Syah said...

Waalaikumsalam. Thanks sudi singgah. Blog ni kalau nak kata, kalau ada post baru mesti nak tukar sampai jadi berat dah.. kiki.

Haah. Aisha dan June orang yang sama. June nama sebelum Islam, Aisha nama setelah Islam.

Sama-sama kita nantikan ya. ^_^

Thanks singgah baca. ^_^

nurul nuqman said...

ok,jangan lupa tag if ada n3 baru :)

Fatrim Syah said...

Insya ALLAH. Pasti tag. ^_^

Cik Myn Famieza said...

assalamualaikum...

menarik...tertanya-tanya apa rancangan Akram dan perempuan tu? Hmm... kesian aisha..

next meh!

Happy Mind said...

Cayalah...Beralih genre novel cinta pula ye.Goodluck! Btw minggu lepas terserempak kat beratur nak sign RAM tu...Sy nun kat depan.Pusing kepala.oh~~mcm kenal.

Haha, boleh pulak kenal rupa penulis ni. ~kata kat diri sendiri.Nampaknya Fatrim dah terkenal kalau sy pun boleh cam...Selalu tak cam sangat penulis2 indie ni...Baguih publisitinya.~

Fatrim Syah said...

Cik Myn Famieza ~ Waalaikumsalam. Insya ALLAH akan post nanti secara bergilir-gilir dengan TBAC. Thanks singgah. ^__^

Happy Mind ~ Tak berubah genre pun, memang menulis semua genre sebenarnya. Hik hik, publisiti facebook. ekekeke. Anyway Thanks singgah komen. ^__^

Aku Maya said...

Assalamualaikum syah...
1. nak ucap tahniah,sebab dalam bz2 u sempat jugak mengetuk papan kekunci untuk lahirkan Kelip_kelip...
2. komen i untuk bab 1 ni, citer ni ok, ada suspen, yang penting klisenya masih boleh diterima. Citer ni senang nak hadam,tapi i kan pencinta bunga bahasa. Kikikiki, jadi baca citer rasa rileks jelah, sebab perkataannya senang paham. kalau boleh bab2 seterusnya masukkan sikit ayat2 atau perkataan yg menyentuh jiwa. ( ayat2 cinta)
3. I rasa lelaki tu ada niat jahat tu..bukan nak bawak g umah baru pun...ermm...ook nak baca bab 2 pulak....
3.