BAB 3
ADAM menyerahkan resumenya
seperti diminta. Tangannya terketar-ketar, nasib baik resumenya tidak jatuh. Pantas saja wanita berumur lingkungan 40-an itu
mengambil resume dari tangan Adam dan
terus membeleknya sehelai demi sehelai. Tegas juga wanita itu fikir Adam. Adam
menunggu dengan tenang, pen yang dipegangnya digenggam erat. Bersiap sedia
dengan apa saja soalan daripada wanita tersebut. Sambil-sambil menunggu, sempat
juga Adam memandang sekeliling pejabat yang serba indah, dari tingkap kaca di sebelah
kanan dia dapat melihat Menara Berkembar Petronas yang tersergam indah walaupun
agak jauh. Selepas seketika, wanita itu memandang Adam sekali lagi.
“Encik Adam.”
“Ya..ya saya.” Adam menjawab.
“Boleh berdiri dan buat catwalk tak?”
‘Whatttt???!!’
Adam berteriak di dalam hati.
Apalah dosa dan kejahatan yang dibuat sehingga dia
dikehendaki catwalk. Boleh jatuh
saham yang memang tak laku itu. Apa sebenarnya sebab dan kriteria utama
menyebabkan wanita tersebut menyuruhnya melakukan catwalk itu. Mungkinkah kerana dia menaiki lif bersama seekor
kucing semalam. Atau sebenarnya dia salah pergi lokasi interview, dia habis fikir.
“Encik Adam.” Wanita itu masih menunggu jawapan dan
permintaan arahannya.
“Ya Puan,” dengan serba pelat dan malu-malu Adam berdiri
dan berjalan menuju ke arah pintu.
“Okey, move!”
Dalam terpinga-pinga Adam menurut perintah wanita
tersebut umpama Tyra Banks memberi arahan kepada peserta America’s Next Top Model nya, terbayang-bayang dia dengan
calon-calon sebelumnya, mungkinkah mereka juga dikehendaki catwalk sepertinya. Baru sekali round
wanita itu memberi arahan lagi. Adam berhenti dari menayangkan aksi catwalknya yang ke laut merah itu dan
mendengar arahan.
“Okey Encik Adam, Terima kasih kerana datang ya. Kami
akan hubungi kemudian jika terpilih.”
“Terima Kasih Puan.”
Adam menuju ke arah pintu keluar.
“Encik Adam, resumenya.”
“Opss! Lupa, terima kasih.”
Tangan Adam dipegang wanita itu, menyirap darah Adam
apabila dipandang tajam sebegitu. Segera Adam mengambil resume yang tertinggal dan cepat-cepat keluar. Seram sejuk jadinya,
nasib baik tak demam!
‘Fuh! Itu syarikat cari model ke? Nampak sangat nak buli
aku,’ gumam Adam sebaik keluar.
Geram pun ada, wanita itu akan diingatnya sampai
bila-bila. Malu Adam dibuatnya, kalau tidak mahu ambil bekerja suruh saja
balik, ini suruh catwalk. Teringat Adam
ketika diminta rakan universiti untuk menjadi model sesi photoshoot mereka, itulah kali pertama dan kali terakhir Adam
bersetuju untuk menjadi model, itupun setelah dipujuk berkali-kali.
“Maaf, maaf.” Adam meminta maaf apabila terlanggar seorang
lelaki ketika dia menuju ke lif.
Kerana geram tadi, matanya melilau entah ke mana. Adam
masih merasakan wanita itu sengaja mempermainkannya.
‘Buang minyak motor aku saja, kalau beli susu Danish lagi
baik,’ marah Adam sendirian.
Rafida yang kebetulan berada di sana mahu kembali ke
Seria Holdings setelah selesai menghantar kontrak perjanjian. Dia ternampak
Adam baru keluar dari pejabat temuduga dan menuju ke lif. Adam kelihatan
seperti tidak bersemangat. Rafida menarik nafas, tanpa bertanya dia sudah tahu
apa yang berlaku. Adam berjalan ke arah lif tanpa menyedari Rafida memerhati.
Rafida juga menuju ke arah lif. Kemudiannya Rafida menegur Adam.
“So, macamana interview tadi?”
Adam terkejut, dia menoleh ke tepi. Wanita yang
dijumpainya di lif awal tadi.
“Maaf cik. Saya tak perasaan. Interview tadi rasanya tak dapat kot.”
“Takpe, next time
boleh cuba lagi.”
“Kebetulan terserempak kali kedua. Awak memang kerja
dekat sini ke? Gi lunch ke ni?”
“Ish, takdelah. Saya kerja dekat syarikat lain. Datang
sini jumpa klien.”
“Oh, macam tu.”
Ting! Pintu lif terbuka. Adam dan Rafida masuk.
“Sila. Ladies first.”
“Thank You.”
Wait
a minute. Rafida perasaan
sesuatu. Seolah pernah dia bercakap dengan lelaki tersebut. Ah! Tak mungkin
dia. Tapi, dari suaranya macam dia. Rafida berteka teki sehinggalah lif
terbuka. Adam dan Rafida keluar bersama-sama.
“Mana kereta awak?” Rafida bertanya.
“Kereta? Saya naik motor sajalah.” Adam menjawab.
Kebetulan, kereta Rafida berada tidak jauh daripada motor
Adam. Rafida menoleh dan melihat motor tersebut.
‘Memang dia superhero semalam,’ gumam Rafida di dalam
hati apabila melihat motor Adam.
Adam terasa malu dipandang oleh Rafida. Wanita itu
memakai kereta lancer, dia pula hanya memakai motor rxz cabuk. Rafida masuk ke
dalam kereta sementara Adam cuba menghidupkan motornya, mula-mula motor cabuk
itu buat hal, sabar-sabar juga hati Adam, nasib baik cubaan kali keduanya
berjaya. Adam menggerakkan motornya ke hadapan dan menaikkan tongkat motor.
“Awak lelaki semalam kan?” Rafida bertanya.
Terkejut Adam disapa sebegitu. Adam menoleh ke kanan,
melihat Rafida yang sudah membuka tingkap keretanya.
“Maaf, saya takde niat apa-apa.”
“Janganlah macam tu. Kalau tak kerana awak, hand bag makcik semalam tu takkan
selamat. By the way, saya Rafida.”
“Saya Adam.” Adam malu-malu tapi dalam hati sajalah.
“Saya rasa saya boleh tolong awak.”
“Maksud awak apa?”
“Macam ni, boss saya perlukan seorang secretary. Awak nak apply tak?”
“Insya ALLAH boleh.”
“Okey, kalau macam tu, awak datang esok jam 10 pagi dekat
syarikat kami. Ini business card
syarikat, awak datang syarikat ni jam 9 pagi esok, temuduga masih
berjalan."
“Boss awak perempuan ke lelaki?.”
“Perempuan.” Rafida menjawab.
“Terima Kasih sajalah atas niat baik awak. Mesti saya tak
dapat punya.”
Rafida tahu pasti Adam berfikiran sedemikian.
“Lain orang, lain pandangannya. Tak semua boss wanita
cerewet tau. Okey Adam, esok kita jumpa dekat office ya.”
Adam melihat business
card yang diberikan Rafida. Seketika kemudian Rafida menutup cermin kereta dan berlalu pergi meninggalkan
Adam. Rafida senyum sendirian.
Tidak jauh dari situ dalam sebuah kereta seseorang
memerhatikan Adam.
“Jalan!” orang itu memberi arahan kepada pemandunya.
Adam masih termagu dan berfikir-fikir. Tidak apa agaknya,
belum cuba belum tahu. Mana tahu kali ini dia bernasib baik. Tapi yang
dirisaukan Adam adalah mengenai boss perempuan. Kalau dia memohon untuk menjadi
office boy takpelah jugak. Ini
jawatan secretary, takut reaksinya
macam interview tadi. Seriau Adam
dibuatnya, catwalk bagai segalalah.
Adam menghidupkan motornya dan malas mahu memikir. Gumamnya kalau boss sang
hawa ni memang biasa membuli pekerja lelaki, iyalah mungkin ada sejarah benci
lelaki barangkali. Dia berlalu pergi dari syarikat tersebut. Lagipula petang
nanti dia mahu berjumpa pengurusnya di restoran mewah untuk meminta payment bagi membeli keperluan.
**********
KHALISAH yang sedang sibuk memeriksa beberapa dokumen
syarikat mendengar pintunya diketuk, dia sudah mengagak. Itu pastinya Rafida.
“Masuk!”
Rafida membuka pintu dan
mengukir senyuman panjang. Senyuman yang sudah ditebak oleh Khalisah.
“Kenapa senyum-senyum panjang ni? Berjaya kan?” Khalisah
bertanya.
“Yang tu Cik Khalisah jangan risaulah. Ini sayalah
Rafida. Pastilah berjaya, takat-takat celah gigi je benda-benda tu. Ni, saya
nak inform satu lagi berita gembira.”
“So, dalam
gembira ada lagi satu berita gembira. Let
me know.”
“I rasa I dah jumpa secretary yang sesuai untuk Cik Khalisah.”
“Yang you nak
bercik-cik dengan I ni kenapa?
Tolonglah. Ha, mana calon secretarynya?”
Khalisah ingin tahu.
“Cik Khalisah, anda diminta bersabar. Hari ni dia tak
dapat datang. Esok dia datang.”
“Tapi, tak semestinya dia dapat. Kena interview dulu.”
“Iyalah-iyalah. Aku faham polisi syarikat.”
“Bagus. Jom lunch.”
“You tak lunch lagi. Ramai ke yang datang interview tadi?”
“Ramailah sangat. Dua orang je. Tu pun tak boleh ambil. Surrender aku. Harap-haraplah orang yang
kau cakap tu boleh memenuhi syarat aku.”
“Syarat kau tinggi sangat. Kalah syarat Puteri Gunung
Ledang terhadap Sultan Melaka.”
“Kita mesti nak yang terbaik kan? Kejap, lelaki ke
perempuan orang yang kau propose jawatan
ni?”
“Biarlah.. rahsia...” Rafida menyanyi sumbang lagu ‘Biarlah
Rahsia’ dendangan Dato Siti Nurhaliza di depan Khalisah.
Mereka tertawa, kemudiannya keluar dari pejabat dan
menuju ke ruang parkir. Semasa memasuki kereta, Rafida membuka hand bagnya.
“Boleh tunggu tak? Aku nak amik phone akulah. Tertinggal kat kereta aku.”
“Tak payahlah Fida. Ada yang penting ker? Ke, takut Mr
Tuxedo kau call?”
Gara-gara kejadian di butik Mona tempoh hari, semua
lelaki digelar Mr Tuxedo oleh Khalisah dan Rafida.
“Ish, takdelah. Biarlah phone tu, kita pun tak lama kan.”
Khalisah menghidupkan kereta, dia menekan punat radio dan
kebetulan lagu yang disiarkan DJ radio adalah lagu kegemarannya. Asyik Khalisah
dan Rafida mendengar lagu tersebut sambil Khalisah memandu menuju ke restoran
berdekatan. Sambil-sambil itu Rafida teringatkan Adam, baru dia perasaan wajah
Adam tu boleh tahan. Sudahlah baik, kacak lagi. Dalam lamunan itu, Rafida asyik
juga mendengar lagu yang diputar di radio kereta Khalisah. Lagu Kisah Dongeng
yang diputar deejay radio itu membuai perasaannya. Best juga lagu tu sekali sekala layan.
Khalisah memandang Rafida dan kemudian bertanya sesuatu
kepada Rafida yang sedang feeling-feeling
seorang diri. Manakan tidak, teringatkan Adamlah tu. Teringatkan lelaki itu
menyelamatkan hand bag makcik
semalam, teringatkan Adam menaiki motosikalnya dan juga sifat malu-malu lelaki
tersebut, ala-ala lelaki melayu terakhir. Helo? Wujud ke lagi?
“Fida, kau tengok tak drama Cinta Elsysa semalam?” tegur
Khalisah.
Khalisah pelik tidak mendengar respon daripada Rafida.
Kemudiannya Khalisah bertanya sekali lagi.
“Fida, kau tengok tak drama Cinta Elysa semalam?”
“Adam?”
Gara-gara perkataan semalam berdekatan dengan Adam,
Rafida tersasul menyebut nama Adam, apalagi, bertanyalah Khalisah kepada
empunya badan.
“Fida, siapa Adam tu? Nama watak lelaki dalam Cinta Elysa
tu Aril lah.” Khalisah berasa pelik Rafida menyebut nama Adam.
“Ya, ya Aril. Maaf Lisa. Apa soalan kau tadi?”
“Wahai kawan baikku Rafida, kau dah sampai ke London ke
Gunung Kinabalu ni?”
“Kau ni Lisa, aku ada dalam kereta kaulah, bila masa pula
aku pergi tempat-tempat tu.”
“Jadi, yang kau termenung-menung ni teringat siapa? Ha,
Adam ya? Siapa tu, sharelah sikit. Mr
Tuxedo engkau ya? Kau jangan kata nak kahwin pulak...” Khalisah cuba mengorek
rahsia emas dari Rafida.
“Takde apa-apalah. Kau tanya drama Cinta Elysa semalam
kan?”
“Tak payah ubah topik okey.”
“Kau ni Lisa, aku cakap betul apa.”
“Okey. Aku dengarlah ni.”
“Semalam Mak Jah dah tahu mereka bukan suami isteri. Mak
Jah suruh Elysa menikah dengan Aril.”
“Oh ya ke? Fida, sebenarnya aku tengok semalam. Saja aku
tanya.”
“Lisa!!”
“Ala, janganlah marah. Aku saja je tanya sebab kau dah
melayang-layang tadi. Kita dah nak sampai ni.”
Beberapa minit kemudian mereka sampai ke tempat dituju.
Khalisah melihat restoran tempat mereka selalu kunjungi.
“Ramainya orang. Nak makan tempat lain tak?” Khalisah
bertanya.
“Takpelah kot Lisa. Mula-mula ni je ramai tu. Jom ah.”
“Yalah-yalah.”
Khalisah memarkir kereta berhadapan restoran. Mereka
berdua turun dari kereta lalu masuk ke dalam restoran. Seperti biasa, mereka duduk
di meja mereka. Nasib baik tiada orang duduk di situ. Adam juga masuk ke dalam
restoran tersebut kerana terpaksa, tiada lagi restoran berdekatan. Perutnya
juga berbunyi-bunyi sebab tidak sempat makan pagi tadi gara-gara temuduga
tersebut. Adam melihat hampir semua meja penuh. Tiba-tiba telefon bimbitnya
berbunyi. Adam mengangkatnya sambil memerhati mana-mana meja kosong.
“Lisa, aku nak pergi ladies
kejap, dah nak terkucil ni.”
“Okey. Okey. Kau nak makan apa?”
“Macam biasa.”
“Roger.”
Khalisah terasa lama menunggu waiter mengambil pesanan, dia berdiri dan menuju ke kaunter. Adam
menoleh dan melihat meja kosong. Dia terus duduk di situ. Khalisah tidak
menyedari meja mereka telah diambil orang. Dia menunggu di kaunter kalau-kalau
ada pekerja di situ, dia melihat semuanya agak sibuk.
“Apa Kak Pah? Pagi tadi dia baik-baik saja. Okey, okey,
kejap lagi saya balik.”
Adam menutup telefon bimbitnya, terpaksa dimatikan
niatnya untuk makan kerana Danish tiba-tiba diserang demam panas. Dia berdiri
dan keluar dari restoran tersebut. Rafida menuju ke meja, dia terlihat Adam
tergesa-gesa pergi.
“Adam?”
Rafida melihat meja di mana Khalisah menunggu tadi
kosong. Dia menoleh ke kaunter dan terlihat Khalisah di sana sedang bercakap
dengan waiter. Rafida mengambil
tempat duduk dan menunggu Khalisah datang. Setelah selesai urusan di kaunter
Khalisah balik kembali ke mejanya.
“Rajinnya kau Lisa, kalah waiter tu.”
“Amboi, puji ke sindir tu?”
“Dua-dua sekali bolehkan?”
Mereka berdua tertawa dan menunggu pesanan mereka sampai.
Sementara itu Adam dalam perjalanan balik. Dia berasa
terlalu risau dengan keadaan Danish. Jarang sekali dia diserang demam panas dan
sekiranya demam Danish selalunya akan mencarinya. Telefon bimbitnya berbunyi,
dia dapat menebak. Sudah pasti itu Kak Pah lagi. Adam semakin bimbang takut
apa-apa terjadi kepada Danish. Adam melajukan sedikit pemanduan untuk cepat
sampai. Sebuah kereta yang membuat pusingan U tiba-tiba masuk dan melanggar
motosikal Adam. Nasib baiklah Adam sempat terjun dari motosikalnya. Pemilik
kenderaan yang melanggar motosikal Adam turun dari kereta dan mendekati Adam.
“Encik tak apa-apa?”
“Saya tak apa-apa, tapi tolonglah encik, anak saya demam
panas. Saya nak bawa dia ke hospital. Saya nak cepat balik ni.”
“Okey. Masuk kereta saya. Rahim, telefon syarikat tunda
dan bawa motosikal tu masuk bengkel.” Orang itu memberi arahan kemudiannya
memandang Adam.
“Encik tinggal dekat mana?”
“Flat Sri Indah, Cheras.”
Adam kelihatan sangat risau, dia tidak perasaan sikunya
juga berdarah. Dalam fikirannya hanya Danish. Kereta prado itu langsung saja
memecut dan sampai ke destinasinya. Sampai di depan flat, Kak Pah sudah
menunggu Adam datang.
“Mana Danish Kak Pah?”
“Ada dekat dalam dengan Nadia. Kenapa dengan kamu ni
Adam? Kamu kemalangan ke?” Kak Pah risau melihat keadaan Adam.
“Takpe Kak Pah, sikit je, motor dah masuk bengkel. Danish
yang penting.”
Adam masuk ke dalam dan mengangkat Danish.
“Kamu nak bawa dia dengan apa Adam? Kak Pah minta tolong
Pak Mat hantarkan ya?”
Adam mengangguk lalu kemudiannya turun ke bawah membawa
Danish bersama dengan Nadia dan Kak Pah. Kak Pah mencari-cari Pak Mat tetapi
kemudiannya lelaki yang menghantar Adam memanggil mereka. Rupa-rupanya dia
menunggu Adam.
“Naiklah.”
Adam berasa serba salah tetapi memandangkan keadaan Danish
yang seakan teruk, dia tiada pilihan selain naik kereta tersebut. Kak Pah
melihat mereka naik ke dalam kereta dengan wajah yang agak risau. Adam
memeluk-meluk Danish dan mengusap-usap kepalanya.
“Abang Adam, saya ikut sekali ya?” Pinta Nadia.
Adam memandang Kak Pah, Kak Pah mengangguk, tiada kata
yang mampu dikeluarkan kerana terlalu risau. Anak saudaranya itu baru saja
sampai ke Kuala Lumpur pagi tadi kerana mendapat panggilan menyambung pelajaran
di sebuah kolej, biasanya dia memang datang ke rumah ibu saudaranya itu bila
ada kelapangan. Malahan rasanya, anak saudaranya bernama Nadia itu lebih banyak
melawat Kak Pah dari anak-anak Kak Pah sendiri. Kemudiannya Nadia masuk ke
dalam kereta prado tersebut. Adam mengusap-usap kepala dan Danish dan
memeluknya. Lelaki itu memandang dan teringat akan dirinya berkelakuan seperti
itu beberapa tahun dahulu tapi ratapan atas kehilangan isteri tercinta. Air
matanya seakan mahu tumpah apabila teringatkan peristiwa itu. Peristiwa yang
tidak mungkin akan dilupakannya sampai bila-bila.
Tidak lama kemudian mereka sampai ke hospital, Danish
dibawa ke unit rawatan rapi. Adam cuba masuk tetapi ditegah oleh jururawat
bertugas. Lelaki itu memegang bahu Adam. Nadia turut menenangkan Adam.
“Sabarlah. Tuhan sentiasa bersama dengan orang yang
sabar. Kita tawakkal, kita berdoa itu lebih baik.” Lelaki itu menenangkannya.
Adam menarik nafas.
“Encik pun rasanya perlukan rawatan, siku encik banyak
berdarah.” Lelaki itu memberitahu.
Adam menurut walaupun hatinya enggan meninggalkan Danish
di sana. Nadia membawa Adam berjumpa doktor dan lukanya dibersihkan lalu
dijahit. Kemudian mereka menunggu di luar ICU bersama-sama lelaki tadi dengan
wajah resah.

VIDS PROMO NOVEL
P/S ---> Novel telah pun terbit. Boleh mendapatkannya
dengan Kaki Novel atau kunjungi Kedai Buku MPH & Popular Bookstore serta
kedai berdekatan anda untuk mendapatkannya. :)
No comments:
Post a Comment