~Group FB Coretan Hati Ke Jemari (Fatrim Syah)~~

Tuesday, 8 January 2013

Mini Novella Online : AKU SUKA DIA (BAB 5)


                                                                            BAB 5 
SEJAK-SEJAK Bob dan aku gaduh mulut hari tu, aku dah malas nak ambil tahu soal Bob. Dia pun tak datang rumah. Lantak dialah, kecualilah dia nak minta maaf ikhlas dan benarkan aku seligi dia sekali dua, barulah aku maafkan. Sebenarnya aku ni bukanlah jahat sangat pun, aku ni sebenarnya baik hati (puji diri sendiri) dan tak kurang hensem juga (yang ni natural okey). Aish! Kalau bab memuji diri sendiri semua manusia dalam dunia ni memang suka puji diri sendiri kan? Kan? Walaupun hakikatnya Masya ALLAH. Dahlah, gara-gara si Bob tu, aku kena buat dosa free pula mengata orang lain dalam hati, orang lain dapat pahala free, aku pun dapat free, free apa? Free dosalah apalagi. Daripada aku buang masa, baik aku pergi masjid, kang terlepas pula khutbah raya. Bukan senang nak dengar khutbah raya ni, dah 3 kali rasanya aku ter ‘miss’ dalam erti kata lain, aku terlajak tidur... manalah tahu kan ada si Najwa ke dekat situ, aish! Macam dah lain dah ni.. 

                                                           
Aku sampai surau kampung, fuh! Ramai gila orang, ada yang aku kenal, ada yang tak. Dari jauh aku nampak Joe dan Bob, Joe pakai baju warna purple warna kegemaran dia manakala Bob pakai baju warna hijau pucuk pisang. Bila tengok Bob macam ala-ala senyum kat aku, saja aku buat jual mahal. Ego lelaki katanya. Aku tengok Joe menghala ke arah aku disertai Bob.
“Hai Lan, selamat hari raya, maaf zahir dan batin..” Joe berkata, kami bersalam dan berpelukan ala-ala tak pernah jumpa bertahun-tahun.
“Selamat hari raya juga, harap-harap tahun depan kau dah beraya berdua ya.” Aku saja cakap macam tu dekat Joe, iyalah.. kan kata orang, kata-kata tu doa. Aku cakap yang baik-baik jelah kan. Motivasi tu, motivasi.
Aku pandang Bob, saja aku tengok tempat lain. Tapi bila aku pandang dia sekali lagi, tak baik rasanya kalau tak bermaafan di pagi raya. Nanti hati tak tenang, diri sendiri juga susah. Tapi kalau diingatkan apa yang Bob cakap hari tu, dikatanya aku bujang terdesak, mahu saja aku makankan dia selipar adidas yang aku tengah pakai sekarang ni. Baru puas hati aku ni!
“Jom, nanti kena solat dekat luar.” Joe segera menarik aku, Bob tertinggal di belakang.

Tetiba Bob pegang tangan aku. Aish! Dia ni apahal pula pegang-pegang tangan aku ni, pagi raya ni ramai orang, nanti salah pula pemahaman orang sekeliling. Dahlah bujang trang-trang-tang.. kang kena syak gay pula. Aku pandang Joe yang terhenti.
“Joe, kau cop tempat untuk kami dua,” aku saja cakap dua sebab kejap lagi aku tahu, aku dan Bob memang duduk berdua, eh! Bertiga dengan Joe. Threesome gitu, korang jangan kuning pulak, threesome yang aku maksudkan tu, kami bertiga duduk dalam saf yang sama.
Bob pula bagi isyarat supaya ikut dia gi depan, tempat takde orang, ada juga tapi budak-budak kecik yang tengah main bunga api.
“Ha, apahal kau tarik tangan aku tadi?” tanyaku ala-ala gangster gitu.
“Aku nak minta maaflah Lan, aku tak sengaja tercakap malam tu. Aku harap kita berdamailah ya? Lagipun, hari ni hari raya kan, takkan ko nak marah aku lagi.. kita kawan kan?” Bob pandang aku.
“Aku ni nampak jahat sangat ke? Dah, aku nak seligi kau dua tiga kali dulu baru aku maafkan kau. Kalau kau cakap lagi sekali macam kau cakap malam tu, persahabatan kita akan putus selama-lamanya,” tegas aku cakap.
“Tak baik memutuskan silaturahim..” Bob bercakap ala-ala kesian.
“Ha, tahu pun, yang kau cakap bukan-bukan tu apahal. Aku saja tanya kau dengan Amani, yang kau kata aku apa hal.” Aku pula macam tak nak kalah.
“Dahlah Lan, kosong-kosong aje. Aku minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.”
Tetiba aku terfikir sesuatu.

“Boleh, aku boleh maafkan tapi dengan satu syarat.” Aku sudah terfikir satu plan baik punya dalam minda aku.
“Apa syaratnya?” tanya Bob berkerut dahinya pandang aku.
“Adalah, dah, jom, kesian dekat Joe dekat dalam tu cop tempat untuk kita.”
Aku dan Bob masuk ke dalam. Aku tengok Joe yang tersengguk-sengguk mengantuk. Ceh! Orang suruh cop tempat dia pula buat tahi mata. Joe, Joe.. aku dah agak yang ko ni tak boleh harap satu sen pun. Nasib baiklah ada tempat kosong belakang Joe. Aku dan Bob merendah-rendah beradab ala-ala pencuri masuk saf. Aku dan Bob duduk bersebelahan, siaplah ko Joe.
“Joe!” aku hempuk bahu dia.
“Oh mak kau!” Joe terkejut, dia pandang belakang jeling tajam aku dan bob yang ketawa sakan.
“Yang kau tidur apa pasal? Kau buat apa malam tadi?” tanya aku.
“Aku tolong bakar lemang malam tadi.. tu yang mengantuk tu.”
“Kau ni, dari kecik lagi tak ubah-ubah. Bila bakar lemang je pagi raya nak mengantuk bagai dalam masjid, nanti masa beraya kemain kau..” aku menyindir.
“Yalah, yalah..” Joe malas dengar aku bersyarah.

Dipendekkan cerita, selesai juga khutbah raya dan solat raya pagi itu. Aku apalagi, terus balik ke rumah. Iyalah, nak salam tangan mak dan ayah aku. Minta ampun gitu.
“Along minta maaf kalau ada salah dan silap Along ya mak, ayah..” Aku meminta maaf menyalam tangan mereka.
Sambil-sambil tu sempat aku jeling poket ayah. Fuh! Ada sampul duit raya. Adakah aku bakal mendapatnya lagi, harus salam lebih orang tua ni. Helo? Aku masih bujang tau, kalau ikut tradisi orang bujang still boleh dapat duit raya. Tak gitu?
“Yang kau macam buat salah ni pasal apa? Dah, Mira dan Azhar cucu ayah nak salam tu...” tegur ayah aku. Baru aku perasan, anak-anak buah aku merangkap anak-anak adik aku dah balik pagi tadi.
Aku segera ke tepi. Sampul duit raya tak bergerak. Takpelah, bukan rezeki, aku redha. Ish-ish, kalau ikutkan memang aku muka tak malu. Patutnya aku sedar diri, kan aku dah kerja, ada duit sendiri. Tapi lain tau rasanya dapat duit raya dari mak ayah ni. Ala, macam korang tak biasa kan? Jangan tak mengakulah.
“Ha, ini untuk Mira dan Azhar.” Ayah aku memberikan sampul duit raya pada mereka.
“Abang dah simpankan untuk anak-anak Azie?” tanya mak aku.
“Haruslah sudah. Dah, Mira, Azhar pergi salam Uncle Long kamu tu, minta duit raya lebih sikit.” Ayah aku bercakap memandang aku.
Amboi ayah, macam tahu-tahu pula. Apalagi, segera Mira dan Azhar menyalam tangan aku. Nasib baiklah aku memang dah prepare.
“Selamat Hari Raya uncle Long...” mereka berkata serentak.
“Belajar elok-elok. Nah, simpan duit raya ni, jangan beli mercun..” sempat aku berpesan sebaik memberikan duit raya pada mereka.
“Terima kasih uncle Long..”
“Sama-sama.” Aku pandang mereka yang semakin membesar, mana taknya jumpa setahun sekali saja, kan ke bagus kalau aku ada anak sendiri, mesti dah besar macam diaorang.. hai.. jodoh-jodoh.. lambatnya ko nak sampai.
Aku macam dengar bunyi motor, orang beraya lah tu.

“Assalamualaikum...” kedengaran satu suara yang aku memang sangat-sangat kenal. Excited tetiba.
“Waalaikumsalam..” segera aku ke tingkap melihat siapa yang datang. Teruja tul aku.
“Na.. Naj.. Najwa.. naiklah..” aku terketar-ketar pula sebut nama dia. Eh! Baru aku perasan baju kurung Najwa yang warna merah tu sebijik macam baju aku, Fuh! Sedondon gitu. Dah kombang lubang hidung aku pagi-pagi raya ni.
“Naik, naiklah Najwa, mana ayah dengan mak Najwa?” tanya mak aku di muka pintu.
“Mak ayah pergi kubur kejap. Ni Najwa singgah kejap ni nak bagi rendang ni kat cikgu. Abang Lan kan suka rendang ayam ni..”
Fuh! Tu dia.. sempat sebut nama aku. Ada apa-apa ke? Mak aku senyum-senyum pandang aku. Aih mak, mak aku ni masih belum bagi jawapan pasal yang aku tanya hari tu. Ini ke jawapannya, kalau ya. Memang aku melonjak-lonjak tak ingat dunia.
“Najwa duduklah dulu, makan kuih-kuih yang ada tu. Cikgu masuk dalam sat nak letak rendang kamu ni dalam pinggan.”
Ayah aku pandang aku, aku pula duduk berdepan dengan Najwa tunduk-tunduk. Najwa pula sibuk menuang air sendiri.
“Along.. kenapa biarkan Najwa tuang air tu, budak bertuah ni, tetamu datang, dia pula duk rileks je.”
Ayah ni potong betul lah. Aku baru nak act ala-ala lelaki pilihan depan Najwa tu.
“Najwa makanlah kuih-kuih yang ada tu. Nah, ini mak dengan abang yang buat, ha, yang ni pun, ha, yang ni mak beli dengan Makcik Senah tu.. ha, yang ni malam tadi baru mak siap buat, yang ni pun.. makanlah., semua sedap-sedap ni..” Fuh! Senafas je aku cakap semua tu, ala-ala lari 100m gitu. Ringkasnya aku gabra tahap 100 lah tu!
“Terima kasih bang. Abang Joe dengan abang Bob mana?” tanya Najwa.
“Adalah tu melaun dua ekor tu kejap lagi, don`t worrylah.”
“Along, ayah nak bawa Mira dan Azhar beraya kejap, sian dorang tak beraya lagi.”
“Okey ayah.”

Kini, aku dengan Najwa je yang tinggal kat ruang tamu. Lagilah keadaan tu macam terhenti, manalah mak ni, apalah yang dia buat kat dapur tu. Nervous ni, nervous.
“Abang bila balik KL?” tanya Najwa.
“Insya ALLAH dalam minggu depan. Najwa?” tanyaku balik.
“Najwa kena balik petang ni, tu yang beraya cepat-cepat je ni.”
“Ha, awalnya balik, tak boleh tangguh ke?” aku macam tak nak bagi balik pula.
“Najwa dah lama balik kampung, kebetulan hari ni memang kena balik sana. Alhamdulillah, sempat puasa dan solat raya dekat sini pun dah rasa gembira sangat. Dapat pula jumpa abang..”
Najwa pandang aku, aish! Kalau perempuan pandang ni yang aku tak tahan ni.
“Ha Along, ambil ni. Najwa, jemputlah makan. Cikgu sempat buat rendang daging je semalam, nasib baik ada rendang ayam kamu, kalau tak.. mengamuk anak cikgu seorang ni..” Ish mak ni, sengaja cakap macam tu, malulah depan Najwa aka bakal-bakal.. err.. malulah nak sebut. 

“Assalamualaikum..” tetiba terdengar suara orang bagi salam.
“Waalaikumsalam..” sahut mak aku dan segera menjenguk ke jendela.
“Panjang umur, Bob dan Joe dah datang tu.”
Ish Bob dan Joe ni, wrong timing betul. Najwa dahlah balik hari ni, tak sempat lagi aku cakap apa-apa dengan dia.
“Najwa pun ada sekali. Selamat Hari Raya Najwa..” Joe menegur sebaik masuk ke dalam rumah aku.. ish Joe ni, dah 2 kali dia pandang Najwa dengan senyuman manis dia, aku tahulah kau hensem dari aku Joe, Najwa tu aku punya tau! Nak kena seligi juga Joe ni.
“Selamat Hari Raya juga abang Joe, abang Bob..” Najwa menyapa mereka.
Kami berborak sesama kami pagi raya tu, sambil-sambil tu aku jeling Najwa.
“Kau suka dekat dia kan?” bisik Bob pada aku.
“Ish kau ni, memanglah..” perlahan aku jawab soalan Bob.
“Kau nak si Joe tu kebas ke? Aku tengok bukan main dia tengok Najwa tu..” bisik Bob pelan-pelan, padahal aku dah berapi-api ni bak ultraman taro.
“Jangan haraplah.. kejap lagi aku seligilah dia tu.. kalau boleh aku tembak dia dengan senapang bapak aku kejap lagi..” aku cakap dengan Bob dalam nada perlahan.
“Kau gila nak bunuh orang.. ha, kau ada cakap syarat tadi dekat surau, apa syaratnya, aku nak tahu juga,” tanya Bob.
“Syaratnya kau kena jumpa Amani dan cakap kau suka dia.. boleh?” kata aku sinis.
“Banyak cantik syarat kau, kalau kau cakap kau suka dekat Najwa, baru aku cakap macam tu dekat Amani.. deal?”
“Ish kau ni, pandai je serkap jarang.”
“Helo, kenalah adil, mana boleh aku kena kau tak kena.”
“Yalah, yalah..” aku setuju terpaksa, geramnya aku dengan Bob, aku pulak yang kena, masalahnya bila aku nak cakap dengan Najwa, dahlah dia nak kena balik petang nanti.

“Joe, kejap,” aku panggil Joe.
Joe pandang aku, kemudian aku tunjuk isyarat keluar. Kami sama-sama keluar.
“Kenapa ni Lan? Ada apa? Nak beraya kejap lagilah.. aku tak habis lagi dengar cerita Najwa tu ha...”
Amboi Joe! Sempat kau sebut nama bakal aweks aku ya. Memang nak kena seligi betul budak ni.
“Kau jangan rapat sangat dengan dia boleh tak?” marah aku.
“Aku saja layan dia sebagai kawan la... aku tahu kau suka dekat dia kan? Aku sedang kenen-kenen kau dengan dialah tadi.”
“Apa?! Kau gila ke Joe!” marah aku hempuk bahu dia sekali lagi.
“Jadi, kau ingat aku usha dia ke? Apalah kau ni... aku sikit punya hensem macam ni kau tak percaya.” Joe puji diri dia.
“Hensem pun tapi bujang terlajak juga..”
“Ha.. nasib baik kau tak cakap bujang terdesak, kalau tak, aku yang merajuk dengan kau.”
“Macam-macamlah kau. Dahlah, jom naik.”
Baru aku dan Joe duduk, Najwa pula mahu beredar.

“Cikgu, Najwa nak balik dulu. Selamat hari raya cikgu, maaf zahir dan batin..” kami lihat Najwa peluk ibu aku erat, amboi.. macam mak dengan anak je lagaknya.
Kemudiannya pelukan itu dilepaskan. Ada setitis air mata di situ. Mak aku ni memang jenis cikgu yang penyayang, tu yang ramai suka mak aku dekat sekolah tu.
“Abang Lan, abang Bob, abang Joe, Najwa balik dululah ya.. Selamat Hari Raya.. insya ALLAH kalau panjang umur kita jumpa lagi..”
“Selamat Hari Raya Najwa..” serentak kami menjawab.
“Kau cakaplah dengan dia cepat.. dah nak pergi tu..” Bob paksa aku. Amboi Bob, sengaja cabar akulah tu.
“Lan, kau nak biarkan peluang terakhir kau ni terlepas ke? Baik kau cakap.”
Ha, bila dua-dua kawan aku ni paksa aku macam tu, memang aku lemas rimas dan rasa sebagainya tu. Aku ni malas orang paksa-paksa ni.
“Broommm..” kami dengar motor Najwa bunyi dan dia dah pergi.
“Melepasss....” Joe pandang aku.
“Apa yang melepasnya ni?” tanya mak aku.
“Takde mak, takde... jap lagi kami nak beraya, takut terlepas..” jawab aku cover line.
“Anak bertuah ni.. dah, mak masuk dulu.”

Aku, Bob dan Joe duduk kat tangga macam kalah judi. Joe dan Bob tenung-tenung aku macamlah aku ada hutang dengan dorang, pastu dengan muka monyok dorang lagi. Apalah, pagi-pagi raya pula muka macam tu, patut hari raya ni kena gembiralah. Tak faham aku kawan aku dua ekor ni, aku yang melepas, dorang pula yang macam-macam sedih. Aku tengah was-was ni, dorang ni adik beradik kembar aku ka, lepas lahir kena bagi orang lain ke untuk dijaga. Tapi, kalau tengok muka masing-masing versi lain, tekaan aku meleset. 

“Dahlah, jom raya ke rumah Amani,” aku saja buat keadaan nak happy-happy balik.
“Rumah Amani ya.. jom!” Joe senyum sumbing dan pandang aku, Bob pula macam biasa, takde respon. Dia ni ada perasaan ke tak ni. Aku sikit punya hairan dengan dia ni.. kata suka tu, kata ajelah, nak kena seligi betul.. Aish! Aku ni, kata orang, tapi aku sendiri..
‘Hai Najwa.. tunggu tahun depan ajelah jawabnya...’ desis hati aku sendiri dan kami bertiga naik kereta Joe. Pasrah sungguh rasanya melihat Najwa pergi tadi.. aish! Takpelah kot, kalau dia bukan jodoh aku, aku redha jelah.. manalah tahu tuhan tu nak bagi yang lebih baik untuk aku kan? Erm.. erm.. erm..

Bersambung......

 NOTE : E-NOVEL INI TELAH BERPINDAH KE LAMAN NOVEL MELAYU KREATIF DENGAN TAJUK BARU 'GILA! AKU SUKA DIA?' . BOLEH KLIK LINK INI UNTUK MENGIKUTI ----> http://novelmelayukreatif.com/index.php/karya-kreatif/novel/tema-cinta-komedi/item/212-gila-aku-suka-dia

5 comments:

nurul nuqman said...

Ekekeke,terbaik la ayim....:-)

Fatrim Syah said...

Terima kasih singgah baca dan komen ya Nurul Nuqman. Maaf jika ada kekurangan, baru belajar menulis. Moga ceria bak buih di lautan & bintang di langit terang. Lain kali singgah lagi naa.. ekekkee.. ^_^

Salam manis,
Fatrim Syah

syah shah said...

Kau nih slow gila laaa Lan.. Patutlah lambat kahwin. hahahahahah :P

Harap-harap Bob lebih berani.. Hahahahah~

Joe apa cerita? Tak ada yang berkenan ke? Keh keh keh keh :P

Fatrim Syah said...

Syah Shah ~ nilah sebab-sebab lambat kahwin tu, malu bertanya yang tak bertempat. Sebenarnya ramai lelaki bujang terlajak hadapi masalah macam ni, lagi2 yang tak penah nak bercinta tu.. payah betul nak buka mulut, ase nak ketuk aje kepala dorang, tapi percayalah, jenis2 camni ni, jenis setia orangnya.. sbb tu lambattt.. ekekeke..

SecreT_Aimie said...

Sempoiyy Shazz...! tapi kalau lambat sangat... terlepas lah jugak jawabnya... keh3