~Group FB Coretan Hati Ke Jemari (Fatrim Syah)~~

Tuesday, 1 January 2013

E-Novel ~Bunga Terakhir (BAB 23)


                                                                       
                                                                         BAB 23
TERKOCOH-KOCOH Bazli masuk ke dalam HKL, tidak sabar rasanya untuk dia menemui Juwita yang sudah sedar dari koma. Rasanya dia ingin menjadi orang pertama yang ingin menemui Juwita dan bercakap dengannya. Hatinya meronta-ronta untuk mendengar suara Juwita. Atau mungkin mahu satu ucapan yang lebih luar biasa barangkali.

Ting!

Lif terbuka dan dia terus menuju ke wad di mana Juwita di tempatkan. Bazli pandang dari cermin pintu, dia nampak Juwita sedang berbual dengan ibu dan ayahnya. Lega hatinya melihat keadaan Juwita begitu. Terus dia memusing tombol pintu dan masuk ke dalam.

 “Assalamualaikum...” Bazli memberi salam. Juwita dan ibu bapanya memandang.
“Waalaikumsalam. Bazli, masuklah.. abang, jom, saya lapar ni.. tadi tak sempat makan.” Puan Julia menarik tangan suaminya.
“Eh! Bukan tadi kita dah..”
“Jomlah, awak ni..” Puan Julia terus menarik suaminya Encik Sallehudin keluar.

Bazli senyum melihat tingkahlaku orang tua Juwita. Bazli pandang Juwita.

“Awak apa khabar?” tanya Bazli dan mengambil tempat duduk.
“Saya sihat, awak siapa? Awak buat apa dekat sini? Awak salah wad ke?” tanya Juwita tiba-tiba.
“Juwita, saya ni Bazli, takkanlah awak tak kenal. Saya suami awaklah.” Bazli menjawab.
“Sumpah! Saya tak kenal awak, bila masa yang saya kahwin dengan awak pula? Awak salah orang ni.”
“Saya ni suami awaklah.” Bazli pegang tangan Juwita cuba yakinkannya.
“Awak jangan cuba sentuh saya! Awak bukan mahram saya! Sebelum saya teriak, baik awak keluar dari sini. Keluar! Keluar saya kata!” marah Juwita tiba-tiba.
Bila Juwita berteriak menggila seperti itu, barulah Bazli perasaan, Juwita sudah berubah, dia dah jadi orang lain. Segera Bazli keluar, hatinya kecewa.

“Bazli, kami minta maaf.” Aunty Julia menyapa tiba-tiba.
“Apa yang berlaku ni  mama? Ayah?” tanya Bazli pada kedua orang tua Juwita.
“Kami pun tak tahu apa yang jadi Bazli. Tadi dia kata tak kenal kami, bila kami kenalkan yang kami ni ayah dan ibunya pun dia sangsi.” Encik Sallehuddin memberitahu.
“Ayah dah jumpa doktor?” tanya Bazli lagi.
“Sudah tadi. Tapi doktor pun nak jumpa kamu juga.”
“Kalau macam tu, Bazli jumpa doktor dulu ya ma, pa.”
“Okey, kami masuk dalam dulu.”

Bazli melangkah menuju ke bilik doktor. Mungkin di situ ada jawapan kenapa Juwita berperangai pelik seolah-olah tidak mengenalinya. Cepat Bazli melangkah menuju ke sebuah bilik yang dia pernah juga memasukinya sikit masa lalu untuk mengetahui keadaan Juwita.

Tok! Tok! Tok!

“Masuk!” terdengar suara memberi arahan.
“Assalamualaikum doktor.” Bazli memberi salam.
“Waalaikumsalam, Encik Bazli, have a seat.”
“Terima kasih.”
“Pasti hendak tahu keadaan isteri encik kan?” tanya doktor yang bernama Hisham itu.
“Ya, saya.”
“Kami sudah jalankan pemeriksaan ke atas isteri encik dan kami dapati ada sedikit gangguan saraf pada otaknya dan mengakibatkan dia lupa pada sesetengah perkara.”
“Adakah ini bersifat sementara doktor?” tanya Bazli ingin tahu.
“Mungkin juga, kami tak berapa pasti. Encik sebagai suami dia boleh membantu beliau supaya mengingati masa-masa lalu. Kami yakin, Puan Juwita bakal sembuh.”
“Insya ALLAH doktor.”

Mendengar kata-kata doktor itu tadi sebenarnya membuatkan hati Bazli lega. Ini kesempatan terbaik untuknya memikat hati Juwita balik. Bazli lihat ini sebagai satu peluang untuk dia meraih cinta Juwita. Mengapa tidak dia memanfaatkan keadaan itu bukan. 

“Terima kasih doktor, saya keluar dulu.” Bazli meminta diri kemudiannya keluar dari ruangan itu.

‘Ini kesempatan baik untuk aku. Mungkin dengan cara ni dapat lembutkan hati Juwita tu balik, manalah tahu kan.. belum cuba belum tahu..’ desis hati kecil Bazli penuh tekad.
“Ya ALLAH, kau bantulah hambamu yang lemah ini, aku cuma mahukan sekelumit bahagia seperti insan-insan lain..” Bazli sempat berdoa dalam hati dan kemudian masuk ke dalam ruangan wad Juwita.

“Mak, ayah.. Juwita macamana?” tanya Bazli.
“Dia sedang berehat. Tadi kami dah beritahu siapa kamu dan dia mulai faham.” Ibu Juwita menjawab soalan Bazli.
“Alhamdulilah, mak dan ayah baliklah dulu. Mak dan ayah tentu penat, dah lepas maghrib ni. Biar je Bazli dekat sini, esok Bazli takde flight.”
“Tak apalah.. kamu tu yang penat, balik dari flight terus ke sini. Terima kasih Bazli.. kerana kamu ada untuk Juwita, kamu memang suami yang baik untuk anak kami..” besar harapan Encik Sallehuddin.
Bazli terkesima sebentar, ada pelbagai rasa menerjah dalam dirinya. Rasa bersalah paling banyak melingkari ruang hatinya. Namun, semua ni Bazli lakukan untuk sebuah cinta. Meskipun cinta itu masih belum pasti dan kabur, tapi Bazli percaya, ruang itu masih ada untuknya. Dia cuma perlu berusaha dan berusaha memasuki ruang itu, Bazli pandang Juwita yang lena.
“Mak ayah baliklah berehat, nanti Bazli maklumkan kalau ada apa-apa. Kalau boleh mak dan ayah bawalah album kahwin kami supaya senang Bazli explain pada Juwita bila dia sedar nanti.”
“Insya ALLAH. Terima kasih Bazli, kami balik dulu, assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam..”
Bazli lihat ibu dan ayah Juwita beredar, kemudian dia pandang wajah Juwita yang tenang tidur. 

“Maaf Juwita, aku mencintaimu.. berilah aku peluang..” Bazli memandang Juwita dalam, ada satu pengharapan yang dia harap dari wanita di hadapannya, andai lakonan ini masih diteruskan meski Juwita hilang ingatan sekalipun, Bazli tetap mahu meneruskannya.

************************
Kring! Kring!
Telefon rumah Kasih berbunyi tengah malam. Entah siapalah yang menghubunginya malam-malam buta begitu. Segera diangkatnya.

“Selamat Tahun Baru!”
Terbeliak sekejap mata Kasih mendengar sebutan itu. Apakah? Segera kasih belek tingkap, dia lihat dari kejauhan ada bunga api di serata tempat.  Mana taknya, dia tinggal di apartment tingkat 9 tu. Maka fahamlah dia kenapa dia mendapat ucapan seperti itu.
“Selamat Tahun Baru juga Amar. Dekat mana ni? Dataran ya?” tanya Kasih.
“Saya takde kawan nak jalan-jalan. Lagipun tak suka sangat pergi Dataran Merdeka tu, buat penat badan je. Tonton tv lagi bagus. Awak dah tidur ke tadi?” tanya Amar.
“Haah, ingatkan siapalah yang call. Awak ni, tak reti tunggu siang.”
“Manalah boleh tunggu, kan dah jam 12 tengah malam ni. Hari ni, detik ni dah 1 Januari 2013 tau. Saja nak dengar suara awak di tahun baru, semangat sikit.”
“Awak ni ada-adalah Amar.”
“Gurau ajelah. Okey, esok jangan lupa tau. Awak ada date dengan saya.”
“Eh! Bila masa pula ada date bagai ni? Tak adalah, mana ada.”
“Awak jangan buat-buat lupa pula. Esok saya tunggu bawah apartment awak.”
“Erm.. iyalah..”
“Okey, asaalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.”

Sesudah itu, Kasih letak telefon, dia senyum sendiri. Boleh pula Amar call malam-malam buta nak ucap selamat tahun baru. Esok kena pula ikut dia pergi mana entah. Kasih tarik nafas, kemudian teringat kejadian dalam kapal terbang tadi, ada juga sedikit terkilan dengan sikap Bazli, mahu juga dia bertanya lewat sms apa yang berlaku. Kenapa dan mengapa Bazli bersikap sedemikian. Entah, Kasih sendiri tak tahu, kenapa dia risau sangat dengan sikap Bazli, apa dia rasa sesuatu pada lelaki itu kah? Kasih faham dan Kasih maklum Bazli mungkin masih risau dan bimbang dengan keadaan isterinya, tapi salahkah kalau Kasih tanya sedikit untuk menunjukkan yang dia ambil berat. Kasih tak mahu fikir panjang, lagipun nanti-nanti dia akan ketemu juga dengan Bazli di tempat kerja. Ah! Desis hati kecil Kasih, lelaki itu memang buat dia bengang hari ni. Kasih tarik selimut dan cuba pejam matanya rapat-rapat.

bersambung... 

4 comments:

syah shah said...

Peluang kedua untuk Bazli dan Juwita. Bagus, bagus. Rebut peluang tu Bazli, jangan dilepaskan. :)

Tak sabar aku tunggu next one. :D

Fatrim Syah said...

Peluang yang wujud hanya dalam minda Bazli. Apapun, tunggu ajelah.. Bazli pun lelaki baik, semoga ada peluang buat dia lagi.

Thanks Syah Shah komen, tak sabar nak baca APG gak! ^__^

syah shah said...

Harap-harap peluang tu memang betul-betul ada untuk Bazli & Juwita. Hehe.

SecreT_Aimie said...

Amar jugak yang jadi penyelamat keadaan... Kasih... lupakan ajalah si Bazli tu... (adiehh.. terasa cum ada kaitan dengan setan rasanya... sebab buat aktiviti hasut menghasut)