~Group FB Coretan Hati Ke Jemari (Fatrim Syah)~~

Saturday 10 November 2012

E-Novel ~Bunga Terakhir (BAB 4)



                                                     
                                                                 BAB 4
“CANTIK juga pulau ni kan. Awak selalu ke datang sini?” tanya Bazli pada Kasih di sebelahnya. Mereka sudah sampai ke Pulau Mamutik sejak pagi tadi dari jeti di Jesselton Point, Bandaraya Kota Kinabalu dan berehat di tepi pantai pulau itu.
Kasih sebenarnya dari tadi memandang Bazli tak berkelip. Bazli menoleh ke arah Kasih apabila soalannya tidak dijawab.
“Kasih, Kasih.. are you okay?” Bazli bertanya.
Kasih terkejut, “Err.. maaf, maaf. Awak tanya apa tadi?” tanya Kasih cuba-cuba cover perbuatannya.
“Saya tanya, awak selalu ke datang sini?” Bazli mengulangi soalannya tadi.
“Oh, tak, tak selalu,” jawab Kasih ringkas.
‘Fuh! Nasib baik tak kantoi..’ gumam Kasih sendiri, tapi dia tetap mahu pandang Bazli, lelaki itu memang menarik perhatiannya.

“Tenang sangat berada dekat pulau ni. Rasa nak je tinggal selama-lamanya dekat sini kan. Saya memang tak pernah datang mana-mana pulau. Tapi kan, ada satu pulau saya selalu pergi iaitu Pulau Langkawi.. itupun sebab kita punya flight ada ke sana, kalau tak.. haram..” Bazli berseloroh cuba menceriakan keadaan yang agak kaku itu entah atas sebab apa.
“Awak dah lama ke jadi FA?” tanya Kasih pula membuka topik perbualan.
“Taklah lama, adalah dalam 5 tahun, saya memang minat dengan kerja ni. Mak ayah ada juga tanya kenapa tak sambung belajar dekat mana-mana lepas saya gred ambil diploma pengurusan dulu. Tapi apa boleh buat, dah memang minat kerja ni. Awak? Memang minat kerja ni?” tanya Bazli pula.
“Tentulah minat. Sebelum ni saya kerja dekat hotel sebagai receptionist di Kuala Lumpur. Dengar je ada interview FA, saya pun terus datang. Tak sangka pula dapat, lama juga saya dekat akademi latihan. Alhamdulillah dah dapat fly.”
“Awak tak nak mandi air laut ke?” tanya Bazli tiba-tiba.
“Tak, kan kita tak bawa baju lebih. Kalau tak, memang sayalah yang terjun awal sekali.”
“Kalau macam tu, kita mandi simbah-simbah jelah ya,” sambil Bazli menyauk air laut di depannya dan terus menyimbah ke arah Kasih.
“Hah! Awak main kotor ya!”
“Eh! Ter.. maaflah.. tak sengaja. Tangan saya ni gatal nak simbah, nak buat macamana.”
“Sengaja tak sengaja! Awas awak!”
“Cubalah. Saya siap larik awal-awal! Daaa...!!”
“Awak nak lari ke mana? Pulau ni bukan besar manapun, Pulau Mamutik nilah pulau yang terkecil sekali dekat sini tau. Saya tak kira! Hutang air mesti dibalas air!”
 “Iyalah tu!”
“Awak ingat saya tak berani ya. Amik ni!”
Bukan pakai tangan lagi Kasih menyiram, pakai botol tu.
“Awak! Itu tak adil tu, itu lagilah main kotor,” tenung Bazli marah.
“Ada saya kisah?!” Kasih ketawa sinis.
Mereka segera berbalas-balas siraman. Bukan main seronok lagi. Habis hampir semua baju nak basah dibuatnya.
“Okay, saya surrender. Stop, stop nanti basah lencun pula.” Bazli menyerah kalah.
“Tahu takut...” Kasih ketawa.
“Bukan takut, basah nanti... awak ni..” marah Bazli.
“Ala, tak payahlah marah. Kalau marah tak macam lelaki kot,” usik Kasih sengaja mengugar Bazli.
“Apa maksud awak tak macam lelaki?” tanya Bazli pula,
“Iyalah, lelaki mana ada nak marah-marah, merajuk bagai. Yang tu separuh lelaki,” balas Kasih.
“Hmm.. iyalah tu. Lelaki pun ada perasaan tahu? Dah, jom, nanti kita ketinggalan bot macamana, kang ada call duty tetiba, takkan nak berenang macam duyung pula balik ke ke KK tu.”
‘Ala, kalau bermalam dekat sini dengan awak mesti best’ gumam Kasih sendiri.
“Awak! Jom, kita lambat ni. Nah, amik tuala saya ni, lap muka awak tu.” Bazli menyerahkan tuala kecil yang dibawanya kepada Kasih.
Kasih segera mengambil tuala kecil tersebut dari tangan Bazli. Dilapnya wajahnya dengan tuala kecil itu. Berketar jantungnya saat tuala Bazli singgah di wajahnya, bau Bazli ada pada tuala itu.
“Tunggu apa lagi tu?” marah Bazli bila Kasih berjalan lambat-lambat.
“Iya, iya..” segera Kasih melangkah dengan muncung seribu, tak suka di arah-arah tapi tetap senyum juga dapat tuala Bazli.
Sampai saja di jeti, ada sebuah keluarga yang turut menunggu bot untuk ke KK. 5 minit kemudian, kelihatan bot tadi menuju ke jeti. Mereka memberikan laluan kepada keluarga yang ada anak-anak itu naik terlebih dahulu. Selepas itu barulah mereka berdua naik. Dari jauh, Kasih melambai kepada Pulau Mamutik yang baru ditinggalkannya. Kasih akan ingat kenangan dia dan Bazli tadi sampai bila-bila sambil memandang Bazli di sebelahnya seakan-akan  pening.
“Bazli, Bazli, awak tak apa-apa ke?” tanya Kasih risau.
“Saya okey, sebenarnya saya ni alergik sikit dengan laut... Krook..” Bazli termuntah tiba-tiba.. banyak pula tu.
Risau Kasih melihat keadaaannya. Bila melihat Bazli muntah-muntah begitu, timbul rasa bersalah sebab siram Bazli tadi.
“Nah, awak minum air ni.” Kasih memberikan air mineral kepada Bazli.
Thanks,” ucap Bazli.
“Dah, awak pejam mata kejap, nanti saya kejutkan kalau dah sampai. Tak lama perjalanan ni, 10 minit sampailah, rehat dulu,” arah Kasih.
Bazli cuba melelapkan matanya. Seketika Bazli sudah tertidur, sudahlah tu, kepalanya terhuyung hayang ke sebelah kiri dan ke sebelah kanan. Kasih bertambah risau, takkanlah pula dia nak pegang kepala Bazli dan letak dibahunya, mereka bukan muhrim. Kasih ambil tuala Bazli tadi dan letak di bahu, kemudian dia letak kepala Bazli dibahunya. Seronok pula tidurnya, Kasih pula sudah terketar-ketar takut, berharap mereka cepat sampai ke jeti di Jesselton Point. 

Sampai di jeti Jesselton Point. Kasih terus bangunkan Bazli, “Bazli, bangun, bangun..” Kasih menepuk lembut bahu lelaki itu, tiba-tiba dia merasa badan Bazli panas.
Bazli bangun. Kemudian dia bersama Kasih dan penumpang lain naik ke atas.
“Awak okey ke tak ni?” tanya Kasih lagi.
“Saya okeylah. Kenapa awak tanya-tanya ni?” jawab Bazli seakan marah. Egolah tu.
“Bukan apa, badan awak panas tu, kita gi klinik jap lagi ya,” tegur Kasih.
“Tak naklah, kita amik teksi terus balik hotel.” Bazli enggan.
“Okey.”
Nasib baiklah semasa mereka berada di pintu Jesselton Point memang banyak teksi dekat situ. Sekejap saja mereka sudah sampai ke hotel.
“Saya balik bilik dulu, apa-apa call.” Bazli meminta diri keluar dari lif.
“Okey,” ringkas jawapan Kasih tapi masih risau dengan keadaan Bazli.

Rasa bersalah pula sebab bawa Bazli ke pulau, bila tengok Bazli muntah-muntah tadi, hatinya tak keruan. Tapi takkan nak ambil tahu banyak hal pula, tadi Kasih tanya okey ke tak Bazli macam nak marah. Kasih masuk ke biliknya, terus dia buka  telefon bimbitnya, dia senyum sendiri dan baring di katil, sebenarnya sempat dia ambil gambar masa Bazli tidur dibahunya tadi. Apakah?

*******************

“Juwita, you tak sayangkan I lagi ke?” tanya Zamri kepada Juwita di depannya.
“Zamri, you know me, I sayang you sangat-sangat.” Juwita memegang tangan lelaki di depannya.
So, kenapa you nak kahwin juga dengan dia?” Zamri seakan merajuk.
You kena faham, ini permintaan keluarga I. Don`t worry, I akan cari jalan minta cerai dengan dia. Tapi you kenalah sabar sikit,” pujuk Juwita.
“Tapi I dah bosan menunggu. Kalau boleh I nak kahwin dengan you hari ni juga.”
I pun nak macam tu, tapi bukan senang nak cerai ni you. Kita kena sabar.” Juwita memujuk lagi.
“Takpelah, I sabar je buat masa ni. Asalkan hati you tu dekat I, okay?” Zamri tersenyum sambil mengelus lembut rambut Juwita.
“Dah, makanlah. Jap lagi I ada meeting, tak boleh lama.”
You memang macam tu, asyik abaikan I.”
You pun tahu kerja I kan.”
“Okay, I faham. I lah yang selalu menganggu you, menyusahkan you..”
“Ish, ke situ pula you ni. I sayang you sangat-sangat. Nah, nak I suap ke? Nak merajuk bagai pula..”
That’s yang I suka dekat you, memang pandai pujuk I.”Zamri ketawa memandang kekasihnya itu.
Juwita memandang Zamri sambil merasa telefon bimbitnya bergetar, dia tahu itu panggilan daripada Bazli. Malas dia mahu mengangkatnya, mungkin bagi Juwita, dia sudah cukup rimas dengan semua itu.

*****************

PETANG itu Adam balik awal kerana ingin makan malam bersama Dahlia dan Aiman. Kerja-kerja di pejabatnya juga sudah habis. Namun, sebaik sampai ke rumah, Adam pelik. Rumahnya kosong, lampu juga tidak dipasang. Adam panik dan terus mencari Dahlia dan anaknya.
“Dahlia, Aiman... papa balik ni.. Aiman..”
Adam naik ke tingkat atas, kemudian dia sengaja membuka almari pakaian. Dia terkejut sebaik melihat almari baju isteri dan anaknya itu kosong. Adam berlari ke ruang tamu dan ternampak sesuatu di atas meja. Dia mengambil sekeping surat dan membacanya.
“Maafkan Dahlia bang, Dahlia keluar dari rumah tanpa izin abang. Dahlia minta abang lepaskanlah Dahlia. Maafkan Dahlia bang, Dahlia bawa Aiman sekali balik rumah mak...”
“Dahliaaa...” Adam merintih memanggil nama isterinya.
Kemudian dia terpandang surat cerai. Kini Adam mengerti apa yang telah berlaku. Adam terduduk di sofa, kosong fikirannya. Nyata, Dahlia sudah tumpas dengan ibunya, Adam kecewa.
Namun, Adam bukanlah seorang lelaki yang mudah mengaku kalah. Dia mengambil kunci kereta dan terus menuju ke rumah mentuanya sambil cuba-cuba mendail telefon bimbit Dahlia, namun tidak berangkat. Sampai saja di sana, Adam berteriak memanggil nama Dahlia dan Aiman.
“Dahlia, Aiman... keluar... Dahlia.. Aiman! Dahlia, abang ni.. Aiman..”
Suara Adam memecah kesunyian di meja makan. Puan Sofia segera bangun dari kerusi, dia memandang Dahlia. Dahlia mengangguk, kemudian Puan Sofia terus ke pintu pagar depan.
“Kenapa nak terjerit malam-malam buta ni Adam?” tanya ibu mentuanya itu.
“Apa mama dah buat pada anak isteri saya? Mana mama sembunyikan mereka?! Saya boleh laporkan pada polis mama culik mereka!” Adam cuba mengugut ibu mentuanya.
“Adam, Adam. Mama ni nampak macam penculik ke?  Dahlia sendiri yang mahu balik ke sini. Mama tak paksa dia, sudahlah Adam. Kau tak dapat bahagiakan anak aku, baliklah!” bentak Puan Sofia.
“Mama, tolonglah ma, saya nak jumpa mereka.. mereka tu keluarga saya,” rayu Adam berulangkali.
“Sudahlah Adam. Mereka tak mahu jumpa kau lagi. Balik, balik. Kalau tidak mama laporkan pada polis yang kau menggangu kediaman mama. Sudah! Kita jumpa dekat mahkamah saja!” bentak Puan Sofia segera berpaling dan berjalan masuk ke dalam rumahnya, pintu ditutup rapat.
Tiba-tiba saja air mata Puan Sofia menitis. Kemudiannya dia masuk ke dalam menutup pintu, lemah rasanya langkah kaki apabila Dahlia memberitahu apa yang dihadapinya petang tadi.
“Dahlia...” Puan Sofia memandang anaknya pasrah, nampak benar rasa bersalahnya.
“Terima kasih mama.” Dahlia memandang ibunya, Aiman pula berada dipelukannya.
“Aiman  nak papa, Aiman nak papa...!!” Aiman cuba-cuba untuk keluar sebaik terdengar suara ayahnya di luar.
Dahlia dan Puan Sofia menahannya.
“Aiman, itu bukan papa. Kita masuk bilik.” Dahlia membawa Aiman naik ke biliknya. Puan Sofia hanya memandang sayu.
‘Ya Allah, berikanlah ketabahan untuk anak dan menantuku...’ doa Puan Sofia di dalam hati.
Sampai saja di bilik, Aiman ditidurkan. Setengah jam kemudian Aiman sudah terlelap. Dahlia menyelak langsir tingkap biliknya, dia masih terpandang Adam di luar pagar rumah ibunya berjalan mundar mandir memanggil namanya dan Aiman.
“Maafkan Dahlia bang... Dahlia terpaksa buat macam ni. Abang akan faham suatu hari nanti...” pantas air mata Dahlia mengalir memandang sang suami yang sangat disayanginya.
Berita yang diterimanya pagi tadi mengubah kehidupannya 360 darjah. Dia terpaksa menjauhkan diri dari Adam. Dia tidak mahu Adam tahu apa yang berlaku. Sesekali tidak!  Dahlia mengambil sebuah album yang dibawanya dari rumah mereka. Album itu album perkahwinannya. Sekejap-sekejap, air matanya mengalir lagi apabila terpandang gambar-gambarnya dan Adam. Sungguh dia sangat mencintai lelaki itu sedalam-dalam hatinya. Dialah lelaki pertama dan lelaki terakhir yang akan dicintainya. Buat masa ini memang dia tidak punya pilihan. Dia terpaksa. Hanya ALLAH swt tahu apa yang berada di fikirannya kini...

bersambung.... 

No comments: