BAB 12
“Nurul Shazwani binti Rashid, dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim,
saya Adam Lee Yong melamar awak menjadi isteri saya.”
Adam pandang Wani
sambil di tangannya ada sebentuk cincin. Wani mati kata, apa mungkin apa yang
berlaku itu adalah sekadar satu angan-angan atau mimpi. Wani terdiam sejenak
bila dia rasa Adam pandang dia dalam. Sungguh, Wani tidak mahu menjadi perosak
rumahtangga orang lain. Dia sangat-sangat mengenali Dahlia dan apatah lagi
menganggap Aiman sebagai anaknya sendiri. Apa mungkin dia perlu pentingkan diri
sendiri dan menerima saja lamaran Adam.
“Adam, i`m so sorry.. I can’t..”
“Wani please, kita ikut saja kehendak Dahlia. You sayangkan I kan? You sayangkan
keluarga I kan? Sekarang, Aiman dan
Dahlia dah tak bersama I, kalau you kahwin dengan I, mereka akan balik rumah macam biasa. Please Wani, awak je harapan terakhir saya.”
Bila Adam merayu
begitu, Wani serba salah. Benar dia sangat sayangkan Adam. Benar dia sayangkan
keluarga Adam. Tapi benarkah dia sanggup mengorbankan pula kebahagiaan sendiri.
Apa mungkin Adam akan menyayanginya, apa mungkin Adam akan bertindak adil
padanya. Apa mungkin juga yang dia tidak akan merasa cemburu langsung apabila
Adam akan mungkin lebih bersama keluarganya daripada dirinya sendiri. Tapi, ini
sajalah peluang yang dia ada, mana mungkin peluang seperti ini akan muncul dua
kali. Sudah lama dia mencintai Adam. Jadi, dilamar oleh Adam sendiri atas sebab
apapun adalah satu kebahagiaan yang dia cari selama ini. Tidak pernah Wani rasa
kebahagiaan hidup sejak ibunya meninggal dunia, entah atas sebab apa ayah Wani
begitu membencinya, dia sendiri tidak faham. Mungkin sebab itu barangkali Wani
rasa, lelaki itu tidak layak dipercayai. Tapi, tidak Adam, dia lelaki yang dia
percayai seluruh jiwa raganya.
“Wani, kalau awak
tak terima, saya faham.” Adam berundur dan kemudian ke kerusinya.
“Adam, saya terima
lamaran awak. Tapi satu saya minta, jangan ada sesiapa tahu perkahwinan kita.
Tiada siapa patut tahu. Saya buat semua ni untuk Dahlia dan Aiman.” Wani
bersuara sambil memandang Adam.
“Alhamdulillah.
Terima kasih Wani. Terima kasih sangat...” Adam gembira sangat dengan jawapan
Wani. Mahu saja dia memeluk berterima kasih pada Wani, tapi dia masih tahu
batas agama.
“And.. your ring.” Adam bagi cincin pada
Wani.
Walaupun nampak
kebaratan, tapi Wani hulurkan tangan dan biarkan Adam sarungkan cincin itu di
jari manis Wani. Terketar juga Wani apabila cincin itu sudah berada di jari manisnya. Wani pandang Adam,
dia tahu jawapannya tadi amat-amat menggembirakan lelaki itu. Bagi Wani, kalau
Adam gembira dia pun gembira. Kini, perasaan sangsi tadi dibuang jauh-jauh, dia
tahu jika dia adalah kunci kepada segala masalah kenapa tidak dia membantu.
Sudah beberapa hari Wani memikirkan hal itu dan sudah kerap kali dia melakukan
Solat Istikharah meminta petunjuk dan hampir setiap kali itu, bayangan Adam
akan menjelma di ruang tidurnya. Mana mungkin dia menolak ketentuan tuhan dan
mana mungkin dia menolak perasaannya sendiri.
“Adam, saya keluar
dulu ya? Saya ada benda nak buat. Kita discuss
benda ni nanti jelah ya. Saya busy
sikit.” Wani meminta diri. Walaupun keputusan itu dilakukannya dengan sedar, sungguh! Dia hanya berserah kepada Allah swt. Air matanya menitis, segera dia melangkah menuju ke bilik pejabatnya.
Adam pandang Wani berlalu,
Adam tahu, sukar untuknya jatuh cinta dengan wanita lain. Apatah lagi pada
orang yang dikenalinya seperti Wani. Adam pandang gambar Aiman, ada seribu
pelangi bertebar di ruang matanya....
“Terima Kasih
Allah..” begitulah doa Adam sambil memandang awan di luar pejabatnya. Dia
melempar senyuman kecil tanda bersyukur, dengan persetujuan Wani itu bermakna
segala masalah rumahtangganya telah selesai...
*************************
BAZLI ke lapangan terbang kira-kira jam 10.00 pagi. Sengaja
dia ke sana sambil membawa bunga lavendar yang mahu diberikan Kasih. Sambil itu
nanti bolehlah dia ajak Kasih jalan-jalan. Sepanjang perjalanan itu, Bazli
senyum sendiri sambil menyanyi-nyanyi lagu yang diputarkan di radio. Sampai
saja ke lapangan terbang, Bazli ke tempat mereka selalu duty report. Hari ini
kebetulan Bazli tidak bertugas. Dia tengok jadual penerbangan, memang betul
tekaannya, setengah jam lagi penerbangan yang dinaiki Kasih akan tiba.
“Bazli, hang buat
pe dekat sini? Hang tak bertugas kan?” sapa seorang pramugara dari belakang,
pelat Kedah pramugara bernama Haikal itu memang pekat, Adam mengenalinya. Suara
lelaki itu kalau menegurnya 100 meter jauh pun dia kenal.
“Oh, kau Haikal. Aku
tunggu seseorang, yang kau ni nak duty ke
mana?” tanya Bazli.
“Aku duty ke Singapore.
Okaylah, aku chow dulu naa, Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.”
Bazli pandang
Haikal berlalu bersama beberapa orang pramugari menuju ke tempat berlepas.
Oleh kerana bosan,
Bazli jalan-jalan sekitar KLIA. Bolehlah daripada tercongok dekat satu tempat
sementara menunggu Kasih sampai. Sebenarnya Bazli lebih suka berjalan sekitar
KLIA itu, dia selesa di sana. Semasa dia sedang menuju ke sebuah kedai cenderamata.
Tiba-tiba matanya terpandang seseorang.
Zamri!
Bazli panjangkan
leher tengok Zamri bersama siapa walaupun dia tahu siapa di sebelah Zamri itu. Mungkin
mahu keluar melancong bersama barangkali. Sakit juga hati Bazli melihat mereka
berdua mesra-mesraan. Bazli pandang mereka dari jauh, mesranya macam dunia ni
mereka yang punya. Geram Bazli, belum kahwin tapi dah macam kahwin!
Tapi..
Bila melihat dari
segi ketinggian dan potongan rambut, Bazli agak itu bukan Juwita, dia kenal
Juwita macamana. Bazli sengaja dekatkan diri lagi untuk pandang Zamri dan
perempuan itu. Tetiba pula jadi spy tak bertauliah. Alangkah terkejutnya Bazli
bila melihat Zamri berpimpin mesra dengan seorang wanita yang Bazli kira dalam
lingkungan 45 tahun. Patutlah lain macam saja, Bazli agak mesti Datin atau
isteri VIP ke retis... Tapi, Bazli tak mahu meneka sembarangan, manalah tahu
itu ibunya, ala, macam dia dan ibunya Puan Munira, selalu berpimpin tangan
kalau berjalan sama. Bazli amati dan pandang lagi. Kali ini memang sah,
perempuan itu bukan ibunya. Bazli nampak Zamri kucup tangan perempuan itu di
depannya!
Hal tersebut
menimbulkan kesangsian di hati Bazli. Siapa sebenarnya Zamri. Adakah dia anak
ikan datin atau apa? Dan, yang paling dirisaukannya adalah Juwita, lelaki
seperti Zamri itu jenis ‘pisau cukur’
yang memang kerjanya menarah duit perempuan. Tapi, untuk apa juga Bazli
campur tangan hal bekas isterinya dan kenapa pula dia perlu memberitahu Juwita
yang sememangnya tidak akan sekali-kali mempercayai kata-katanya. Bukan ada
kebaikan pun untuk dia, Bazli malas pedulikan, dia terus berlalu dari situ.
“Hmm.. entah-entah
Kasih sudah sampai.” Bazli berkata seorang diri sambil melihat jam tangannya
dan skrin jadual penerbangan di sebelah kirinya. Segera Bazli beredar dari situ
membiarkan saja Zamri dan wanita itu mesra-mesraan di sebuah cafe.
Dari jauh, Bazli
nampak Kasih dan seorang rakan setugasnya masuk ke dalam pejabat untuk duty
report flight. Bazli lupa pula bawa bunga lavendar tadi. Tapi, bila dia ingat,
dia memang plan akan bagi bunga tu
dekat Kasih semasa Kasih berada dalam keretanya. Bazli sengaja tunggu Kasih
dekat luar, nanti kalau dia menegur Kasih dekat dalam nampak obvious pula.
15 minit
kemudian...
Bazli nampak Kasih
menuju ke tempat teksi. Cepat-cepat Bazli pandu keretanya menuju ke sana dan
bunyikan hon serta turunkan cermin tingkap.
Pon! Pon!
Kasih pandang
siapa yang bunyikan hon kereta. Dia toleh belakang dan nampak kereta Bazli. Berbunga-bunga
hatinya bila tengok Bazli tersenyum lebar di balik cermin mata gelapnya. Sekali
pandang Kasih ingat James Bond versi Melayu yang menjemputnya.
“Masuklah,” jemput
Bazli.
Segera Kasih buka
pintu belakang dan letak begnya. Kemudian Kasih buka pintu depan dan nampak
bunga lavendar di tempat duduknya.
“Eh! Bunga
lavendar ke ni? Untuk siapa?” tanya Kasih.
“Untuk awaklah,
awak kan nak bunga tu. Susah payah tau saya dapatkan bunga tu, nampak layu
sikit, sebetulnya nak bagi awak semalam tapi tak sempat.” Bazli senyum
memandang Kasih yang asyik memerhatikan bunga lavendar itu.
“Terima kasih,
nilah first time saya tengok bunga
lavendar segar. Selalu tu bunga plastik je. Macamana awak tahu saya habis
duty?” tanya Kasih.
“Ala, senang je
tengok jadual penerbangan awak. Awak kan duty fly penerbangan domestik je.”
“Macamana? Seronok
dekat Sydney?”
“Hmm.. bolehlah.
Tapi kali ni lebih meriah sebab banyak bunga-bunga segar dekat sana.”
“Seronoknya kalau
saya dapat ke sana.”
“Macamana dengan
bekas tunang awak tu? Ada kacau awak lagi tak?” tanya Bazli sedikit prihatin.
“Tak. Saya kan busy fly, manalah sempat nak jumpa dia.”
“Eh, awak ni tak
busy ke? Tak pernah saya nampak awak dengan wife awak. Sesekali tu kenalkanlah
dengan saya.”
Pertanyaan Kasih
itu buatkan Bazli berubah wajah. Tiba-tiba pula dia teringat yang dia tak
memberitahu siapa-siapa yang dia telah bercerai. Kalau diberitahu Kasih dia
takut macam-macam angapan pula.
“Err.. dia ada
je, just busy sikit dengan kerja dia,” jawab Bazli ringkas.
“Oh, takpe, next
time ya. Eh! Mana gambar awak dan isteri awak yang tergantung dekat cermin ni?”
tanya Kasih lagi.
“Oh, hari tu wife saya dah ambik, katanya dia nak
letak dekat kereta dia.”
Kasih angguk,
Bazli pula memandu kereta. Kasih pandang bunga lavendar itu, alangkah baiknya
kalau bunga lavendar itu seperti Bazli yang dia boleh pegang dan belai. Fikirannya
menerawang ke arah lain, bila sesekali tersedar, dia senyum sendiri. Tapi bila
teringat Bazli sudah jadi hak orang lain, senyumnya tawar tapi tetap bergetar
memandang Bazli yang khusyuk memandu.
***************
“Mak, mana Aiman?”
tanya Dahlia sebaik saja sedar dari tidur.
“Dahlia, akhirnya
kamu sedar nak. Aiman ada dekat luar pergi makan kejap,” jawab ibunya Puan
Sofia sambil mengusap rambut anaknya itu.
“Ma, apa kata
doktor ma?” tanya Dahlia yang kelihatan lemah.
“Kamu mengandung 3 bulan Dahlia, Alhamdulillah..” beritahu Puan Sofia dalam tangisan.
“Subhanallah, iya
ke mak? Alhamdulillah. Tapi...”
Wajah Dahlia tiba-tiba
berubah. Puan Sofia juga mengetap gigi.
“Abang Adam dah
tahu ke mak?” tanya Dahlia lagi.
“Tak, mama tak
beritahu dia lagi.”
“Nasib baik, kalau
tak mesti Dahlia takde alasan lagi untuk satukan dia dan Wani.”
“Itulah sebab mak
tak bagitau dekat dia. Kamu kena jaga diri Dahlia, keadaan kamu lemah.. mak
risau sesuatu berlaku pada kamu. Kalau dulu mak melenting bila kamu tak ada
anak. Bila kamu mengandung, mak rasa serba salah sangat. Mak harap kamu dapat
bertahan ya.”
“Insya ALLAH mak.
Dahlia akan bertahan demi semua, demi Aiman, demi abang Adam..” Dahlia
memandang wajah ibunya dan menitiskan air mata.
“Sudahlah Dahlia,
jangan menangis. Ini semua takdir tuhan, Dahlia kena terima semua ni, sesuatu
kejadian yang dicipta itu ada hikmahnya.” Puan Sofia mengesat air mata di pipi
Dahlia.
“Assalamualaikum,”
sapa Pak Mat yang baru membuka pintu.
“Mama!” panggil
Aiman berlari menuju ke arah ibunya.
Dahlia segera menyeka air matanya.
“Aiman anak
mama..” Dahlia memeluk erat Aiman, sungguh, bila memandang anaknya yang seorang
itu, Dahlia bertambah kuat, dia mahu hidup untuk Aiman, dia mahu lihat Aiman
membesar.. tapi jauh di sudut hati, Dahlia tertanya-tanya, mungkinkah dia mampu
lihat Aiman menginjak umur 6 tahun setahun lagi?
bersambung.....
2 comments:
Terima kasih singgah baca dan komen Sha Maz. Masih dalam proses belajar lagi. ^__^
Mnarik,dahlia skt pe?kanser ke?kesian kat adam
Post a Comment