BAB 14
Kring! Kring! Kring!
Bazli terdengar
telefon rumahnya berbunyi. Bazli agak mesti panggilan daripada office
mengkehendaki dia melapor diri. Kerja pramugara macam dia kena stand by setiap
masa. Tengah malam pun kadang-kadang dapat call untuk bertugas. Segera Bazli
buka pintu dan terus mengangkat telefon rumahnya.
“Helo.”
“Helo abang. Bila
nak datang rumah? Mira bosanlah takde teman nak berborak, mak ayah pergi
bercuti. Abang teman Mira dekat rumah ya?” pinta Mira, rupa-rupanya adiknya itu
yang menghubunginya.
“Hmm.. iyalah,
iyalah.. kejap lagi abang sampai. Nak amik dulu barang yang perlu, manalah tahu
ada call duty tiba-tiba.”
“Mira tunggu tau.
Abang jangan tak datang pula. Kalau tak..”
“Kalau tak apa?”
tanya Bazli.
“Kalau tak memang
Mira report kat mak pasal abang dan Kak Juwita.”
“Hmm.. tak payah
nak report sangatlah. Abang akan cakap dengan mak dan ayah pasal benda ni bila
diaorang balik dari bercuti nanti.”
“Iya? Baguslah
wahai abangku si duda hot..”
“Mira!” marah
Bazli disindir begitu.
“Memang betul apa?
Abang tu kan duda, kacak lagi tambahlah hot. Dahlah, nanti sambung cerita.
Abang kemas baju abang terus datang sini.”
“Yess Boss!
Assalamualaikum..”
“Waalaikumsalam..”
Bazli meletak
telefon. Adiknya Mira itu memang ada-ada saja.
‘Boleh Mira
panggil aku duda hot, aish!’ gumam Bazli sendiri tersenyum sumbing.
Bazli naik ke
biliknya dan mengambil kain baju yang perlu. Kemudiannya dia masuk ke dalam
keretanya.
Semasa sedang
masuk ke dalam kereta itu, baru dia perasaan, ada gelang yang dia kenali milik
Kasih di tempat duduk sebelah.
“Ini mesti Kasih
punya, nanti ajelah pulangkan,” kata Bazli sendiri, dia buka laci di depan
tempat duduk sebelah dan simpan di dalamnya.
Sepanjang
perjalanan itu dia asyik teringat Kasih. Kadang-kadang dia tengok gadis itu
naif sangat. Entah, Bazli senang dengan Kasih meskipun perkenalan mereka tidak
sampai 3 bulan dan dia tidak tahu langsung latar belakang Kasih. Tapi bagi
Bazli, dia percaya Kasih perempuan baik.
Sampai saja di
perkarangan rumahnya, Mira menunggunya umpama Puan Besar. Bazli parkir masuk
keretanya di salah satu parkir.
“Amboi, tunggu
orang macam ada hutang pula. Mira masak apa tengahari tadi?” tanya Bazli.
“Abang tak makan
lagi ke?” tanya Mira pula.
“Ada, abang dah
lunch tadi dekat luar dengan..” Bazli tak meneruskan kata-katanya.
“Denga siapa?
Kekasih baru ke?” tanya Mira sengaja je korek rahsia abangnya.
“Tak adalah.
Memandai je. Jom masuk! Tak payah nak spy sangatlah.”
Bazli dan Mira
berjalan beriringan masuk ke dalam rumah. Bazli terus ke meja makan. Segera dia
buka tudung saji di meja.
“Pizza je?” tanya
Bazli pandang Mira yang tersengih-sengih di depannya.
“Jadi? Takkan nak
Mira masak kot, manalah Mira reti. Tu yang panggil abang balik sini, jadi
tukang masak Mira.”
“Mira, Mira.. dah
besar panjang macam ni pun nak abang juga yang kena masak. Umur Mira tu dah
boleh jadi mak budak tau.. Tengok mak tu, dari kecik pandai masak, sampai
sekarang walaupun ke dapur terlibat dengan bawang, periuk belanga bagai tetap
cun melecun. Belajar tu belajar jugak, tempat wanita itu di dapur juga
akhirnya.”
“Abang ni kalau
bab membebel, memang nombor satu, sebijik dengan mak.”
“Kalau abang tak
bebel, siapa lagi nak bebel Mira tu. Hmm..” Bazli ambil sekeping pizza tu dan
makan sedikit demi sedikit. Mira pula tuangkan Bazli jus orange yang diambilnya
dari peti sejuk.
“Betul ke abang
nak bagitau mak ayah pasal abang dan Kak Juwita tu?”
Kring! Kring!
Tiba-tiba telefon
rumah berbunyi. Mira macam malas-malas nak angkat. Bazli buat muka dan berkejar
angkat panggilan telefon itu.
“Helo?”
“Helo, ini rumah
Encik Bazli bin Mansor? Kami dari Hospital Besar Kuala Lumpur.”
Terkesima Bazli
mendengar suara jururawat tersebut, takut ada apa-apa terjadi pada ibu dan
ayahnya.
“Ya, saya yang
sedang bercakap. Ada apa cik?” tanya Bazli.
“Encik Bazli. Puan
Juwita ditimpa kemalangan jalan raya bersama Encik Zamri. Encik Zamri sudah
meninggal dunia manakala Puan Juwita masih dirawat di hospital kami, boleh
Encik datang ke sini dengan kadar segera?”
Mendengar saja
kata-kata jururawat tersebut, Bazli terkejut, kaku sehingga terlepas gagang
telefon yang dipegangnya.
Pak!
Kemudian Bazli terus keluar, Mira terkejut dan mengejarnya.
“Abang! Kenapa ni
bang? Siapa yang call tadi?” tanya Mira dan sempat menarik tangan abangnya.
“Kak.. Kak Juwita
kamu kemalangan...” perlahan suara Bazli.
“Baguslah. Itulah
balasan isteri derhaka! Itu baru balasan di dunia tau, belum lagi balasan dekat
sana!”
“Mira!” sikit lagi
Bazli mahu lempang muka Mira ketika itu, nasib baiklah dia sempat menahannya.
“Abang masih
sayangkan Kak Juwita yang curang dengan abang tu ke? Tolonglah bang, abang tu
bukan lagi suami Kak Juwita. Biar keluarga dia saja yang ke sana. Mira ulang
lagi sekali, abang tu B.U. K. A.N suami Kak Juwita lagi!” keras suara Mira
marah sempat pula eja perkataan bukan itu kuat-kuat depan muka Bazli.
Bazli tak
pedulikan dan segera menuju ke keretanya.
“Abang!”
“Mira, abang pun
masih ada perikemanusiaan. Kak Juwita kamu tu kemalangan jalan raya. Abang dan
Kak Juwita dah bercerai itu memang benar. Tapi, Kak Juwita itu sudah jadi
sebahagian daripada keluarga kita sejak kecil lagi... kita dan Kak Juwita tu
dah macam adik beradik..”
“Apapun alasannya.
Dia dah buat abang terluka. Abang fikirlah sendiri. Mira tak mahu masuk campur.
Abang pergilah.. pergi..pergi!” teriak Mira tiba-tiba dan terus masuk ke dalam
rumah.
Bazli geleng
kepala, dia tarik nafas dan segera menghidupkan enjin keretanya menuju ke
hospital. Dia takut terjadi apa-apa pada Juwita. Ya, memang benar kata Mira,
dia tak patut masuk campur hal Juwita lagi. Tapi, Bazli tak sanggup membiarkan
Juwita seorang diri di sana. Lagipula ibu dan ayahnya serta keluarga mentuanya
belum tahu mereka bercerai, apa pula anggapan mereka sekiranya Bazli tidak
berada di sana. Walaupun pahit untuk ditelan, Bazli tetap mahu ambil berat.
********************
SEHARI suntuk
majlis makan secara sederhana dibuat di rumah abi dan umi Adam. Adam bersyukur
sangat ada keluarga angkat yang mengambil berat akan dirinya. Tapi sepanjang
majlis itu hatinya meronta-ronta untuk menghubungi Dahlia. Sudah tidak sabar
rasanya untuk dia bersama keluarganya semula. Langsung dia tidak memikirkan
yang dia sudah bernikah pagi tadi.
Semasa berada di
dalam bilik. Adam sibuk menghubungi Dahlia yang tidak dapat dihubunginya.
“Abang, rehatlah, sehari suntuk abang tak rehat lagi.”
Wani yang sudah berada di katil mengajaknya tidur.
“Abang tak
mengantuk lagi. Abang call Dahlia tak dapat-dapat dari pagi tadi.”
“Mungkin Dahlia
sibuk agaknya. Dahlah, abang tidurlah.”
Baru Adam tersedar
sesuatu, Wani memanggilnya abang dan dia juga menggelarkan dirinya abang. Tapi, mana mungkin dia akan tidur sekatil
dengan Wani walaupun dia itu isterinya yang sah. Adam masih ralat lagi, mana
mungkin dia akan lakukan perkara antara suami isteri itu tanpa ada apa-apa
perasaan langsung.
Adam tukar bajunya
dan kemudian ke katil. Wani rasa berdebar-debar sangat bila Adam menuju ke
arahnya.
“Abang tidur dekat
bawah..”
Ringkas perkataan
yang keluar dari mulut Adam tapi maknanya cukup menyentap lubuk hati Wani yang
paling dalam. Wani sudah agak itu akan berlaku. Wani sudah agak dia hanya
syarat. Tapi Wani berani menerima Adam sebab dia sangat sayangkan Adam dan mahu
rumahtangga Adam kembali bahagia. Tapi, dia juga seorang wanita, bila sudah
menikah dengan Adam pagi tadi, Wani rasa Adam itu miliknya dan Adam juga patut
menyayanginya. Meskipun Wani sedar, Adam tak punya apa-apa rasa terhadapnya
sekelumitpun.
Kring! Kring!
Telefon bimbit
Adam berbunyi.
Segera Adam bangun
dan jawab panggilan itu,“Assalamualaikum Dahlia.”
Mendengar saja
suara lembut Adam apabila Dahlia menghubunginya, tiba-tiba ada sekelumit
perasaan lain dalam hati Wani. Apa mungkin itu maknanya cemburu. Betullah kata
orang, seorang wanita boleh menyimpan perasaan cinta pada lelaki itu selama
bertahun-tahun tapi bila merasa cemburu ia hanya memerlukan sesaat. Wani
pandang ke arah lain, dia tutup telinganya, dia tidak sanggup mendengar
perbualan itu.
Sementara itu,
Adam rancak berbual dengan Dahlia dan Aiman.
“Dahlia, abang nak
3G dengan Aiman boleh?” pinta Adam.
“Boleh.”
Adam tekan sesuatu
di telefonnya dan nampak wajah Aiman.
“Aiman sayang...”
“Papa! Esok Aiman
balik!”
“Aiman nakal tak?”
“Tak, Aiman sayang
papa.”
“Aiman dah gosok
gigi tak ni?”
“Hmm.. belum.”
“Dah, pergi gosok
gigi dulu sebelum tidur. Bye Aiman..muah!” Adam lambai anaknya yang sudah besar
itu. Adam senyum sendiri.
Kemudiannya Adam
tutup setting 3G dan kembali bercakap dengan Dahlia.
“Abang, boleh
Dahlia cakap dengan Wani?” pinta Dahlia.
Adam pelik. Dia
pandang Wani. Macam sudah tidur, segera Adam ke arah Wani.
“Wani, Wani...”
Wani tutup matanya
rapat-rapat dan terus tidur. Dia dengar Dahlia mahu bercakap dengannya. Entah,
dia tiada mood mahu bercakap dengan Dahlia. Ada sekilas rasa marah di hati
walaupun rasa itu dibuangnya jauh-jauh.
“Wani dah
tidurlah.. nanti ajelah ya. Abang pun nak tidur dulu. Assalamualaikum..” Adam
minta diri.
“Waalaikumsalam..”
perlahan suara Dahlia.
Sungguh!
Macam-macam dalam fikiran Dahlia ketika itu. Benda yang dia tidak sepatutnya
persoalkan pun muncul dimindanya. Dia tahu, mereka sudah sah sebagai suami
isteri, dia yang mahukan semua itu. Kini, Adam dan Wani menjadi korban, adakah benar
apa yang dilakukannya itu? Dahlia sendiri tak tahu, dia hanya merancang perkara
itu berlaku. Tiba-tiba dia rasa bersalah sangat pada Wani, sempat dia ternampak
tadi bantal dan selimut Adam di bawah sebelah katil semasa 3G dipasang Adam. Sudah
tentu suaminya itu memilih tidur di bawah, Dahlia kenal sangat suaminya itu. Dia
kasihankan Wani. Dahlia mengerti, dia juga perempuan. Air matanya menitis.
‘Ya ALLAH Ya Tuhanku,
kau lembutkanlah hati suamiku untuk mencintai Wani sepertimana dia mencintai aku... Amin.’
“Mama nangis?”
tanya Aiman yang baru keluar dari bilik air.
“Eh tak.. mata
mama masuk habuk..” Dahlia usap air matanya.
Aiman senyum dan
segera ke katil. Dahlia tidurkannya, sekejap saja Aiman sudah terlelap. Esok
Dahlia bakal kembali ke mahligai yang telah dia bina bersama Adam, namun dalam fikirannya
mungkinkah benar apa yang telah dilakukannya itu, mungkinkah semua itu mesti dilakukan.
Tapi Dahlia pasrah, jodoh pertemuan di tangan tuhan, meskipun dia yang seolahnya
memaksa Adam ke jalan buntu lalu menikahi Wani, tapi jika bukan ketentuan tuhan
mereka ditangkap khalwat hari itu dan jika bukan ketentuan tuhan yang Wani akan
menerima Adam semua itu takkan terjadi. Dahlia pasrah, dia lakukan semua ini bersebab
dan sebab itu biar dia saja yang simpan sendiri....
bersambung....
No comments:
Post a Comment