BAB 18
“Kasih, saya nak
masuk dalam dulu. Thanks ya sebab datang melawat isteri saya.” Bazli meminta
diri.
“Sama-sama, awak
tu pun jagalah diri. Insya ALLAH, isteri awak tu akan sedar. Percayalah dengan
kuasa ALLAH. Banyakkan bersabar.”
“Terima
kasih, moga-moga begitulah. Kita
berserah. Jom, saya hantar awak.”
“Tak payahlah,
tahulah saya cari jalan keluar. HKL ni bukan besar mana pun. Awak pergilah wad
isteri awak tu, dia lebih perlukan awak, assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.”
Setelah itu mereka
berdua berpisah di situ, Kasih menuju ke pintu keluar manakala Bazli menuju ke
lif untuk naik ke tingkat wad Juwita berada. Sekilas Bazli toleh belakang lihat
Kasih.
‘Maaf Kasih, belum
masanya awak tahu kisah saya’ gumam Bazli sendiri yang kesal kerana terpaksa
membohongi Kasih dengan mengatakan Juwita itu isterinya padahal mereka sudah
bercerai. Hanya Mira tahu hal itu. Hingga kini, Bazli tidak membuka rahsia itu
pada siapa-siapa, baginya, itu semua tidak penting buat masa ini.
Sementara itu
Kasih berjalan menuju ke pintu keluar HKL. Tiba-tiba bahunya dilanggar
seseorang!
“Urgh!”
Kasih hampir
terjatuh, nasib baik orang itu sempat menyambar tangannya.
“Maaf cik, maafkan
saya. Saya yang nak cepat tadi,” lelaki yang hampir melanggarnya itu meminta
maaf kepadanya.
“Takpe, salah saya juga tak hati-hati.”
“Cik melawat saudara mara ke?” tanya lelaki itu.
“Tak. Saya melawat
kawan isteri saya yang koma. Awak?” tanya Kasih pula.
“Saya nak melawat
kawan saya. Semalam dia kemalangan teruk, saya baru sampai dari Langkawi ni.
Saya pergi dulu tau, dah lambat ni..”
Kasih lihat lelaki
itu tergesa-gesa pergi. Baru Kasih menoleh ke belakang, dia
lihat dompet lelaki itu jatuh di sisinya. Segera dia buka dompet itu.
“Muhammad Amar bin
Saad...” Kasih baca nama pemilik dompet itu dan lihat gambar IC nya. Sah!
Memang lelaki tadi, bila Kasih tengok balik ke tempat lelaki itu pergi tadi,
dia telah hilang dari pandangan.
“Macamana pula aku
nak bagi balik ni. Hmm.. agak-agak mesti dia ke wad lelaki punya.”
Segera Kasih ke kaunter untuk bertanya di mana wad lelaki.
“Cik, wad pesakit
lelaki di mana?” tanya Kasih.
“Tingkat 3 cik.”
Segera Kasih
menuju ke lif, masa tu pula lif macam buat hal. Bukan apa, Kasih takut nanti
tak sempat lepas waktu jam melawat.
Ting!
Kasih masuk lif
tersebut dan rasa lega sangat. Dia tekan punat 3. Bila sampai, Kasih terus
berlari menuju ke wad lelaki yang ada di situ. Masuk saja ke dalam, Kasih
pandang kiri dan kanan, langsung dia tidak nampak kelibat lelaki tersebut. Dari
hujung ke hujung dia cari tapi tak jumpa.
“Awak! Awak buat apa dekat sini?...” lelaki tadi menegurnya dari belakang.
“Nah, dompet awak.
Tadi tercicir.”
Segera lelaki itu
pegang kocek belakang seluarnya.
“Astagafirullahalazim...
nasib baik. Terima kasih awak.”
“Sama-sama. Mana
kawan awak yang kemalangan tu? Nak jenguk sekalilah,” pinta Kasih.
“Hujung sana tu. Jom.”
Sampai saja di sana, Kasih pandang lelaki itu, seakan dia kenal.
“Sufian?” katanya
perlahan.
“Awak kenal dia
ke? Dia ni kawan serumah saya. Kesian, baik orangnya. Doktor kata lepas ni dia
mungkin tak dapat berjalan dan buta sebab banyak serpihan cermin masuk dalam
matanya. Saya pun risau nak inform keluarga dia ke tak.”
“Takpe, dia ni kawan
sekampung saya.” Kasih memberitahu.
“Oh. Awak kenal
rupanya. Maaflah, saya tak bagitau kawan saya tu orang Sabah tadi. Iyalah,
takkanlah semua orang Sabah tu tahu antara satu sama lain pula. By the way,
nama saya Amar.” Lelaki itu mengenalkan diri.
“Saya Kasih.”
“Kasih? Sufian
selalu sebut nama Kasih.”
“Panjang kisahnya
Amar. Sufian ni saya dah anggap macam abang sendiri.”
"Oh macam tu."
"Awak dah lama ke berkawan dengan abang Sufian ni?" tanya Kasih.
"Taklah lama mana, baru je setahun saya pindah masuk. Okaylah Kasih, saya kena ke balai kejap uruskan kereta dia yang accident tu semua. Awak nak stay dekat sini ke?” tanya Amar.
"Oh macam tu."
"Awak dah lama ke berkawan dengan abang Sufian ni?" tanya Kasih.
"Taklah lama mana, baru je setahun saya pindah masuk. Okaylah Kasih, saya kena ke balai kejap uruskan kereta dia yang accident tu semua. Awak nak stay dekat sini ke?” tanya Amar.
“Saya stay dekat
sini kejaplah Amar. Thanks tau uruskan semua ni.”
Amar mengangguk,
dia pandang Kasih. Cantik juga orangnya tapi itulah dia faham cerita antara
mereka berdua. Sebenarnya Amar sudah tahu kisah Kasih dan Sufian dari A hingga
Z, hanya saja dia tidak pernah melihat Kasih yang selalu diceritakan Sufian.
“Kalau macam tu,
saya pergi dulu ya, assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam...”
Amar berlalu
daripada situ. Kasih pandang Sufian. Dia teringat kata-kata Amar tadi tentang
Sufian. Susah benar bagi Kasih membuang perasaan takut apabila berada dekat
dengan Sufian. Tapi, dalam keadaan Sufian yang kritikal begitu mana mungkin dia
akan berdendam dengannya pula. Kasih ingat kembali kenangan sewaktu mereka
sekolah. Lelaki bernama Sufian itu memang lelaki baik, dia sentiasa melindungi
Kasih. Air matanya menitis. Biarpun sebelum ini perangai Sufian menyakitkan
hati tapi jauh di sudut hati Kasih dia tahu semua itu Sufian buat kerana ingin
melindunginya. Tidak pernah Sufian mengambil kesempatan terhadap dirinya. Setiap
kali ada yang cuba menganggu Kasih di tempat kerja pasti diberi amaran oleh
Sufian. Kasih pandang Sufian. Dia doakan kesembuhan lelaki itu, dia tahu lelaki
itu baik.
Setengah jam
kemudian Kasih beredar. Sudah masuk jam 4.45 petang. Lama juga dia berada di
hospital tersebut. Kasih agak Bazli mungkin masih berada di hospital itu.
Sementara itu, Mira yang berada di situ sedang menaip pesanan ringkas kepada
seseorang.
Andai ku bercinta lagi..
Suatu hari nanti..
“Helo?” Kasih terus tekan punat terima selepas terdengar ringtone telefon bimbitnya, terus dia gerak keluar, lupa pula dia matikan tadi semasa berada di dalam. Beberapa orang termasuk Mira memandang Kasih.
“Ya mama, Kasih
dekat hospital ni. Macamana mama tahu abang Sufian accident?” tanya Kasih kepada
ibunya.
“Ada orang kampung
yang bagitau dekat bapa kau. Tu yang mama tau. Macamanalah dia?”
“Tadi masa Kasih
melawat tu dia tidur, tapi tulah kata doktor mungkin abang Sufian tak dapat
berjalan lagi sama hilang penglihatan.”
“Astagafirullahalazim.
Kesiannya dia. Sudah report polis semua ke?”
“Sudah ma, ada
kawan dia yang uruskan. Abang Sufian masih di wad belum sedarkan diri.”
“Okaylah, kamu
tolong lihat-lihatkan si Sufian tu. Mana ada orang tuanya tu lagi. Kami ni mahu
ke sana manalah mampu. Okaylah, mama letak telefon dulu, ada apa-apa Kasih
mesej mama. Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.”
“Akak Kasih ya?”
“Ya, saya.” Kasih
menjawab sambil senyum memandang perempuan itu.
Kasih pelik, dia
pandang perempuan itu, sah! Dia memang tidak kenal.
“Akak ni kawan
abang saya kan? Abang saya Bazli, saya Mira. Saya cam suara akak yang agak Sabahan
tu.” Mira mengenalkan diri.
“Oh, Mira dalam
phone pagi tadi.”
“Akak dari tempat
abang ke?” tanya Mira.
“Tak, akak melawat
kawan akak tadi. Tadi sempat jumpa abang awak kejap, saya malas ganggu dia,
lagipun dia tengah risau dengan isteri dia tu.”
‘Abang tak bagitau yang dia bercerai dengan kakak Juwita lagi ke. Abang ni!’ marah Mira dalam hati.
“Takpelah, saya
nak jumpa abang kejap. Assalamualaikum.” Mira meminta diri.
“Waalaikumsalam..”
Kasih pelik melihat Mira yang tergesa-gesa pergi. Tapi pada anggapan Kasih mungkin Mira juga mahu menjenguk kakak iparnya barangkali. Kasih kemudiannya keluar dari kawasan HKL dan menahan sebuah teksi untuk pulang... dia pandang HKL teringatkan Sufian yang terlantar di situ.
****************
Wani
berjalan-jalan di sekitar ibu kota. Dia ke Suria KLCC, saja mahu menenangkan
minda sebenatar. Lepas ke kedai buku Kinokuniya untuk melihat novel-novel baru, dia ke beberapa butik untuk
melihat barangan baru. Adalah juga, satu dua kasut yang dia terpaut dan terus
beli. Tapi, memang tak sah bagi Wani kalau dia tak singgah Zara, bukan beli pun,
dia suka masuk ke dalamnya, rasa muda sikit. Selepas itu, Wani ke kedai Trutti
Fruiti yang berada di persimpangan jalan. Mahu duduk di sana macam kanak-kanak
riang pula. Usai membayar, dia segera berjalan keluar. Bolehlah lihat
pemandangan petang sambil tengok air pancut yang menenangkan jiwa di luar Suria
KLCC tu. Dia tengok ramai sungguh orang yang duduk di setiap tempat, mungkin
semuanya lepas balik dari kerja dan mahu menghilangkan stress. Ada yang makan
beramai-ramai, ada yang serupa berkelah pun ada.
“Cik, boleh tolong
ambilkan gambar?” pinta seorang perempuan di sebelahnya.
Wani sudah agak
dia akan jadi jurugambar percuma hari itu. Segera dia ambil kamera perempuan
tersebut. Perempuan itu dan teman lelakinya berdiri di depannya.
“Okay, 1, 2, 3...”
“Lagi satu kali
cik,” pinta si lelaki.
“Okay, 1, 2, 3...”
Selepas itu Wani
kembalikan kamera itu pada perempuan tersebut.
“Terima kasih cik,
seorang saja ke?” tanya perempuan itu sementara teman lelakinya tadi masuk ke
dalam untuk membeli sesuatu.
“Ya, siapa lelaki
tu? Boyfriend ya?” tanya Wani.
“Dia tu suami
saya. Baru kahwin minggu lepas, tak sempat nak honeymoon dah masuk kerja. Cik
ni dah kahwin ke?” tanya perempuan itu lagi.
Wani serba salah
nak jawab, “Sudah..” jawab Wani perlahan.
“Mana husband?
Kerja jauh ya?”
“Haah, out
station. Dekat mana korang wedding?” tanya Wani pula.
“Dekat kampung
saya, negeri sembilan..”
“Lah... orang
nogori, samalah. Saya Wani.” Wani menghulurkan tangan untuk bersalaman.
“Oh, ya ke? Saya
Dayang.” Dayang menyalam tangan Wani.
“Nogori dekat
mana?” tanya Wani lagi.
“Batu Kikir...”
jawab perempuan itu.
“Oh. Batu Kikir..”
Kling! Kling!
Perempuan tersebut
melihat telefon bimbitnya yang berbunyi.
“Wani, saya minta diri dulu. Husband saya panggil, sebenarnya nak tengok movie, sementara tunggu time tu yang kami jalan-jalan sat. Okaylah, thanks tau jadi photografer free tadi, jumpa lagi. Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.”
Wani pandang wanita tersebut. Bahagia sangat wajahnya. Dia? Entah, tuhan saja yang tahu. Bila tersebut Negeri Sembilan tadi, Wani teringat pada kampung halamannya. Masa adiknya kahwin dua bulan lepas dia tak dapat balik. Mahu balik pun nanti Wani malas disindir oleh ayahnya. Kalaulah ayah dia tahu yang dia berkahwin pula secara rahsia, mahu mendidih rasanya darah orang tua tu. Takpun mungkin tak mengaku anak. Ada juga rasa hati Wani mahu balik, tapi itulah, dia tidak mahu jadi bahan kemarahan ayahnya, dia sudah serik. Tapi Wani tidak pernah melupakan tanggungjawabnya pada keluarga, setiap bulan mesti ada titipan wang perbelanjaan untuk ubat-ubatan ayahnya serta barangan dapur. Ayahnya tu bukan lagi kuat untuk bekerja. Yang ada pun cuma dua orang anak perempuan.
“Aunty Wani!”
Terkesima sebentar Wani apabila dipanggil sebegitu. Dia pandang ke tepi, dia nampak Aiman.
“Aiman..” Wani
peluk anak lelaki Adam tu sambil dia pandang Adam yang berada di sana.
“Amboi, lepak sini
tak ajak kita orang.” Adam sengaja membuka bicara.
“Tak adalah. Tadi
lepas kerja terus ke sini. Dahlia mana?” tanya Wani.
“Dahlia ada hal
kejap. Tu yang singgah sini bawa Aiman jalan-jalan.”
Aiman masih lagi
berada dalam pelukan Wani. Anak kecil itu memang menggembirakan, telatahnya
saja buat dia tersenyum.
“Aiman, sini...
tak baik susahkan aunty Wani tu...”
“Tak apalah, dah
lama saya tak jumpa Aiman, rasa rindu pula. Aiman nak makan apa-apa tak?” tanya
Wani.
“Nak macam ni.”
Aiman tunjuk Tutti Fruitti di tangan Wani.
“Amboi... suka
sangat makan benda tu kalau datang sini. Batuk nanti papa tak nak jaga.” Adam
sengaja menyakat.
“Kalau macam tu,
Aiman tinggal dengan aunty.” Aiman membalas dan pandang Wani.
“Eh! Aunty pula
yang kena.” Wani mencium pipu gebu Aiman, Aiman senyum nakal.
“Jom masuk dalam,”
ajak Adam.
Mereka bertiga
masuk dalam, Aiman pegang tangan Wani sebelah dan tangan Adam sebelah, macam
keluarga bahagia gitu, mereka menuju ke booth Tutti Fruitti. Wani mengambil
tempat duduk sementara menunggu Adam dan Aiman memilih. Seketika kemudian
mereka kembali ke meja.
“Sini papa suapkan.”
“Tak nak, Aiman
nak makan sendiri.”
“Tak apalah Adam,
biar je.” Wani faham dan mengusap kepala Aiman yang sedang mencedok-cedok masuk
Tutti Fruitti ke dalam mulutnya.
“Hmm.. kalau
kotor, papa tak nak Aiman naik kereta.”
“Adam.. awak ni..”
Wani jeling Adam, Adam senyum.
Wani terfikir, kalaulah dia ada anak dengan Adam, mesti mereka sangat bahagia. Dia pandang Adam, kemudian pandang Aiman, Wani senyum sendiri.
“Wani, Wani..”
tegur Adam memandang Wani yang memandangnya.
“Eh! Ha, kenapa?”
tanya Wani.
“Awak ni dah
berkhayal ke mana? Tak payah nak berkhayal sangatlah, next week kan kita nak ke
Bali. Ada Batik Show kat sana..” Adam memberitahu.
“Oh, ya ke? Saya
kena ikut sekali ke?” tanya Wani.
“Awak tak nak join
ke? Takkanlah awak nak biar saya sorang je handle.”
“Iyalah.” Wani
pandang Adam yang enak makan Trutti Fruitti, ada aiskrim itu di bawah bibir
Adam.
“Awak ni dah macam budak-budak, tengok Aiman tu, tertib je. Kata tadi kalau kotor tak nak Aiman naik kereta, awak pun sama.” Wani sempat mengomel sambil mengesat calitan Tutti Fruitti di bawah bibir Adam.
Terkesima Adam sebentar. Dia pandang Wani lama.
“Adam, Adam..”
“Eh!”
“Awak pun dah
sampai ke mana?” sindir Wani.
“Tak adalah.”
“Aiman, jom, dah
lewat ni. Mama mesti dah tunggu. Salam aunty Wani.”
Aiman salam Wani
dan sempat cium pipinya.
“E..uuu.. bekas
aiskrimlah Aiman..”
Aiman senyum
kecil.
“Bye-bye aunty
cantik..” sempat Aiman memuji Wani. Wani cubit pipi gebu Aiman dan melempar
senyuman.
“Okeylah, Adam balik dulu,” tiba-tiba Adam hulurkan tangan dia pada Wani, Wani salam tangan Adam dan cium tangannya dan letak di dahi. Sekejap mereka berpandangan sambil Adam pandang cincin yang ada di jari manis Wani.
“Hati-hati tau drive.” Wani berpesan.
“Insya ALLAH, awak
pun sama. Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.”
Adam pegang Aiman
dan letak di badannya supaya lebih cepat mereka berjalan.
“Bye, bye aunty
Wani..” sekali lagi Aiman melambai Wani.
“Bye, bye Aiman..”
sempat Wani flying kiss kat Aiman, tapi tiba-tiba Adam menoleh, masa ngam-ngam
Wani tiup flying kiss tu Adam terkesima kejap. Dia senyum, Wani yang perasan
diperhatikan Adam tunduk senyum ala-ala perempuan Melayu Terakhir gitu.
Adam berjalan ke pintu keluar, masuk saja dalam kereta Adam start enjin kereta dan berlalu dari situ untuk mengambil Dahlia di satu tempat. Semenjak tadi dia asyik fikirkan tentang Wani, isteri keduanya itu. Ada satu rasa yang Adam sendiri tidak tahu apabila memandang Wani yang mengambil berat padanya tadi dan semakin dia fikir, dia terasa ada perasaan bersalah membiarkan Wani sebegitu. Bukannya dia tidak tahu Wani itu kurang kasih sayang. Tapi Adam tak tahu macamana dia nak berkongsi kasihnya dengan orang lain selain Dahlia. Dan, Adam tak tahu samada perasaan cinta terhadap Wani itu boleh terbina ataupun tidak.
‘Ya ALLAH, kau berikanlah aku kekuatan. Ya ALLAH, andai ku salah kau tunjukkanlahku jalanmu.. Amin...’ Adam berdoa dalam hati.
Saat itu Adam rasa apa yang dilakukan terhadap Wani itu memang tidak adil, dia hanya menjadikan Wani itu sebagai isteri sebagai syarat untuk dia kembali bersama Dahlia. Bila Adam fikirkan balik, pengorbanan Wani itu terlalu besar untuk keluarganya. Tiba-tiba, Adam dibaluti oleh perasaan bersalah yang menggunung... Adam habis fikir, mungkinkah dia patut ceraikan saja Wani tanpa memberitahu Dahlia, tapi sanggupkah dia?
bersambung.......
No comments:
Post a Comment