BAB 20
Seminggu Kemudian...
PAGI itu Wani dan
Adam menyertai satu perjumpaan bersama rakan-rakan dalam Persatuan Batik
Malaysia bertempat di Le Meridien Hotel Kuala Lumpur. Perjumpaan yang acap kali
diadakan itu selalunya menampilkan muka-muka baru yang baru menyertai
perniagaan tersebut. Kiranya perjumpaan itu bukan saja bertujuan untuk saling
mengenali mereka yang terlibat dalam bisnes tersebut, malah dapat bertukar
pendapat dan pandangan sesama mereka untuk meningkatkan lagi produktiviti batik
Malaysia.
“Hai, saya
Iskandar dari Miracle Batik,” seorang lelaki menyapa Wani lalu mengenalkan dirinya. Lelaki itu duduk di sebelahnya.
“Saya Wani dari
Batik Lantera.” Wani mengenalkan diri.
“Wah.. Batik
Lantera memang dah popular kan.. minta tunjuk ajar ya.”
“Tak adalah, biasa
saja. Dengar kata Miracle Batik pun baru saja menyertai satu pameran fesyen di
Eropah.”
“Itupun secara
kebetulan kerana ada seorang rakan di sana. Kalau syarikat Batik Lantera
berminat boleh saja join. Ini kad saya.”
Wani ambil bisnes
kad Iskandar.
“Insya ALLAH kalau
ada ruang dan peluang, kami pasti menyertai.”
Adam pandang Wani
berbual mesra dengan seorang lelaki di hadapannya. Sekejap dia tertanya-tanya
apa yang mereka bualkan. Terkadang dia cuba dengar tapi kurang jelas. Wani
perasan Adam memerhatikan dia dan Iskandar, sengaja dia berbual lama dengan
lelaki itu. Saja Wani buat begitu untuk lihat reaksi Adam. Semasa jamuan
ringan, Adam tarik tangan Wani ke sebelahnya seolah-olah menjauhkan dia
daripada Iskandar dan ke satu tempat.
“Adam, apa ni!”
marah Wani.
“Awak tu isteri
saya, kenapa nak berbual dengan lelaki lain.”
“Isteri? Dah dua
bulan kita kahwin tapi Wani tak pernah rasa hidup sebagai isteri. Jadi, tak
payahlah sebut pasal perkara yang tak mungkin terjadilah Adam.”
“Awak tahu kan
hukumnya bila curang dengan suami.”
“Alhamdulillah,
saya tahu semua itu.”
“Jadi, apa yang
awak buat tadi?” tanya Adam tegas.
“Saya cuma berbual
dengan dia di hadapan rakan-rakan lain. Takkanlah nak cemburu pula. Ke, awak
cemburu ke ni?” tanya Wani pandang Adam dengan keningnya terangkat.
“Eh tak, tak
adalah..”
“Sekarang Wani nak
tanya pula, apa pula hukumnya bila suami menuduh isterinya bukan-bukan?”
“Err..”
Adam mati kata,
dia malu sendiri. Wani terus beredar dari situ sambil senyum sendiri. Nampaknya
langkah pertama sudah menjadi. Ada banyak lagi langkah yang dia perlu buat. Tak
perlu dia beli buku atau ambil nasihat kat internet, kadang-kadang nak tengok
lelaki tu sayang isterinya atau tak, cukup buat dia cemburu sikit-sikit, kalau
dia alert ertinya dia ada rasa dengan isterinya itu. Wani tahu, untuk dapatkan
hati Adam itu bukan mudah, jadi semuanya dia kena buat sikit-sikit.
*************************
SELEPAS saja
urusan pengkebumian Sufian selesai di Keningau Sabah. Amar dan Kasih balik
semula ke Kuala Lumpur. Sepanjang berada di sana, Amar mengenali keluarga Kasih
yang mudah mesra. Ibu dan ayah Kasih serta Nek Jah yang sangat baik dan terbuka
menerima kehadirannya. Sufian sebenarnya banyak menceritakan tentang keluarga
Kasih. Sebenarnya itulah kali pertama Amar menjejak kaki ke Keningau Sabah,
kawasannya sangat indah dan tenang dari kesibukan ibu kota Kuala Lumpur. Namun,
kunjungan kali pertama ke daerah itu bukanlah untuk menikmati keindahan alam
yang ada, tetapi menghadiri majlis pengkebumian rakan baiknya Sufian yang telah
dikenalinya selama 5 tahun. Sedih juga rasa hati, selalunya Sufianlah yang
selalu mengejutkannya untuk solat berjemaah. Mulanya dahulu Amar ralat juga
bila ada orang yang selalu saja kejutkan dia bangun subuh, tapi lama kelamaan
ia telah menjadi rutin. Dari situlah Amar tahu Sufian orang yang baik.
Sepanjang seminggu berada di sana, kenduri
tahlil diadakan di rumah Kasih. Amar membantu sedaya yang boleh, dia sebenarnya
jarang sekali untuk terlibat dalam kenduri kendara kampung, paling-paling
kenduri atau perkahwinan yang dihadirinya di hotel ataupun rumah bandar. Bukan
dia tiada kampung, tapi sedari kecil dia jarang balik ke sana. Maka, secara
rasminya semasa berada di Sabah Amar memegang senduk besar menggaul lauk yang
dimasak di kuali besar dengan menggunakan kayu api, memang pengalaman seperti
itu adalah pengalaman yang takkan dilupakan Amar. Dia juga tidak akan lupa
makanan Sabah yang sangat sedap seperti sayur keladi masak santan, bunga kepayas,
hinava, lokan masak kari dan beberapa kuih tradisional Sabah seperti kelupis, kuih
pijaram, kuih cincin, kuih angin, jelurut dan sebagainya.
“Sila tegakkan
tempat duduk anda, kita akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur dalam masa 10 minit. Sebarang penggunaan alat elektronik adalah tidak
dibenarkan dan penggunaan tandas adalah tidak dibenarkan buat masa ini.”
Lamunan Amar
tentang Sabah terbubar apabila terdengar suara Ketua Pramugari membuat
pengumuman melalui pembesar suara. Amar pandang Kasih di sebelahnya yang lena
tidur. Seketika dia pandang Kasih, sebagai seorang pramugari pastilah Kasih
nampak cantik, tapi Amar lebih suka lihat Kasih tanpa mekap begitu. Gadis Sabah
itu Amar lihat sangat lembut. Iya, dia masih ingat pesanan Sufian supaya dia
menjaga Kasih kerana Kasih hanya berseorangan di Bandaraya Kuala Lumpur itu.
Amar faham apa yang dimaksudkan Sufian, namun menjaga orang lain itu bermaksud
dia mesti juga serba sedikit akan rapat dengan orang tersebut. Mungkin hasrat
itu akan tercapai jika Amar berpindah ke penerbangan Kasih. Dengan itu, mereka
akan selalu dekat. Kapal terbang yang dinaiki Amar dan Kasih selamat mendarat,
Amar membangunkan Kasih.
“Kasih, Kasih,
kita dah sampai..” Amar kejutkan Kasih perlahan.
Kasih bangun,
kemudian membuka seat beltnya. Amar menurunkan barang-barang mereka dari rak
atas kemudian turun dari kapal terbang menuju ke lapangan terbang. Keluar saja
dari lapangan terbang, Amar menuju ke keretanya tapi tidak diiringi Kasih, Amar
pelik, ke mana pula perginya Kasih. Segera dia tinjau ke kiri dan ke kanan. Dia
nampak Kasih menarik begnya menuju ke hentian teksi. Segera Amar ke sana,
sampai saja ke arah Kasih.
Tiba-tiba...
“Kasih!!!”
Segera Amar tarik
Kasih ke bahu jalan kerana ada sebuah kereta yang hampir terlanggarnya. Masa itu, Amar panik sangat, dia takut ada apa-apa terjadi pada Kasih.
“Kasih tak apa-apa? Tak cedera?” tanya Amar.
“Tak, saya okey. Thankslah..
maaf menyusahkan awak, saya ingat takde kereta tadi. Tu yang saya lalu."
“Jomlah saya hantar awak balik.”
“Ala, teksi depan
tu saja.” Kasih menolak.
“Jomlah, tak baik
pula, kita pergi bersama, jadi balik pun mesti sama.. nanti Nek Jah marah saya
pula.. kan dia dah pesan supaya saya hantar awak balik dengan selamat...”
“Awak ni.. ikutkan
sangat kata nenek saya tu, dia bergurau sajalah. Dahlah awak ikut saya balik
Sabah, mesti awak pun penat.”
“Saya ikhlas ni,
jomlah.”
“Yalah, iyalah
Encik Amar..”
“Saya single lagi,
bukan encik tau..”
“Jadi?”
“Amar je. Takkan
nak letak cik pula...”
“Awak ni kalau
bergurau bagi je kat awak kan..”
Amar ketawa kecil
dan mereka menuju ke kereta Amar.
“Kasih ada duty ke
hari ni?” tanya Amar semasa memandu.
“Tak tengok
schedule lagi. Tapi stand by ajelah. Lupa nak tanya, Amar ni kerja apa?” Kasih pula
bertanya.
“Saya ni kerja
biasa-biasa saja.” Amar enggan memberitahu kerjayanya. Biar ia jadi kejutan
buat Kasih nanti.
“Kerja biasa-biasa
pun kerja juga, asalkan halal.”
“Alhamdulillah,
setakat ni halal je. By the way, best tak kerja FA kat airlines sekarang ni?”
“Bolehlah. Setakat
ni semua crew okey je.”
“So, dah jumpa
sesiapa yang berkenan ke?” tanya Amar seakan serius.
Bila Amar tanyakan
begitu, Kasih sempat teringat Bazli. Sepanjang dia berada di kampung Bazli
tidak pula menghubunginya, mungkin masih berada di hospital menjaga isterinya. Lagipula
perkenalan dia dan Bazli adalah atas nama sahabat, jadi tidak ada apa-apa hubungan
antara mereka.
“Takdelah, awak
ni.. awak tu macamana pula? Orang macam awak ni mesti ramai yang usha kan?”
“Uhuk! Batuk kejap
asenya... manalah ada...”
“Iyalah tu..”
“Haahlah..”
‘Lainlah kalau
awak nak book saya..’ gumam Amar sendiri senyum sendirian.
“Senyum-senyum tu
kenapa?” tanya Kasih lagi.
“Takdelah, saja
senyum, senyum kan sedekah.. awak ni..”
‘Dia dengar ke apa
aku cakap tadi? Ada kuasa psikik agaknya Kasih ni’
Perjalanan ke
Kuala Lumpur itu mengambil masa lebih kurang sejam setengah. Amar tekan radio
untuk menghilangkan bosan. Kedengaran lagu Elly Mazlein berjudul Please Forgive Me...
Maafkan ku memilih dirinya.
Kernaku tak mampu menolaknya
Selamat tinggal kekasih
Kau kan selalu ada di atas hatiku.
Dan bila aku yang salah
Please Forgive me my love
I just want you to know
You always in my heart..
Tiba-tiba lepas
saja terdengar lagu itu Amar teringat Liyana bekas kekasihnya yang
meninggalkannya untuk study di overseas. Sungguh dia terlalu sayangkan gadis
itu, sehingga kini dia masih menanti kehadiran Liyana. Namun, untuk menanti
hampir lama sebegitu membuatkan hati Amar makin tawar. Amar kini makin tabah
dan tidak mengharap mana-mana cinta yang hadir dalam hidupnya, hatinya sudah
keras dan tertutup buat insan bernama wanita.
Amar lihat Kasih
yang terlelap di sebelahnya. Mungkin penat agaknya sebab semasa berada di
kampung Kasih sibuk dengan keluarganya. Sekejap-sekejap Amar pandang Kasih.
Sejak mengenali Kasih selama beberapa hari itu dan teringat pesanan Sufian. Ada
satu rasa yang dia sendiri tak faham, mungkinkah tembok keras hatinya itu telah
cair kerana Kasih? Apa yang dirasakan Amar itu sebenarnya rasa suka atau
sebenarnya rasa ingin menjaga Kasih atas amanat Sufian ataupun satu rasa yang
sudah lama Amar tidak merasainya? Amar sendiri belum pasti, buat masa ini dia
memang selesa dengan gadis itu...
bersambung.....
5 comments:
Amar, sila masuk line laju-laju. Kang kempunan plak kalau Kasih terlepas kat Bazli. Hahahahah
Kesianlah kat Kasih. Janganlah pas2 dia. ekekeke.. ^_^
bukan pas-pas. but seriously rasa cam Amar deserves Kasih. Hahahah :D
kan? ekekeke.. la la la.. biar lah Bazli tu. Cepat sangat curiga dengan orang. :d
Amar rse nye blh better dri bazli,.....
Post a Comment