BAB 17
WANI masuk ke
pejabat seperti biasa, dia tidak mahu
terlalu memikirkan halnya dengan Adam. Kerja tetap kerja, hal peribadi dia
mesti tolak ke tepi ketika berada di syarikat. Apatah lagi sekarang Adam itu
suaminya, jadi dia akan bertemu Adam setiap hari di syarikat itu. Wani sendiri
yang mahukan perkahwinan mereka menjadi rahsia, itu bermakna tiada siapa patut
tahu mereka berdua adalah suami isteri. Wani buka pintu pejabat, beberapa staf
menyapanya. Wani membalas senyuman mereka dan terus melangkah masuk ke dalam
bilik pejabat.
“Selamat Pagi Cik
Wani.” Julia meembuka pintu pejabat Wani dan menyapanya.
“Selamat Pagi
Julia. Macamana office 2 hari saya
dan Encik Adam tak ada?” tanya Wani yang mahukan perkembangan Syarikat Batik
Lantera itu. Di pejabat memang Wani agak tegas sikit.
“Semuanya
baik-baik saja Cik Wani. Ini beberapa dokumen dan juga senarai sampel batik
baru yang diberikan pembekal untuk Cik Wani lihat dan approve.” Julia memberikan fail
kepadanya.
Julia perasan
sesuatu, ada cincin di jari manis Wani. Cincin itu pula seakan bersinar-sinar apabila
dipandang dalam jarak dekat. Dia pandang Wani sekejap.
“Julia, kenapa
ni?” tanya Wani pelik melihat kelakuan Julia yang asyik memandang tangannya.
“Cantik cincin tu,
Cik Wani dah kahwin ke?” tanya Julia sengaja sibuk, pembantu Wani yang satu itu
memang, selalu boleh perasan perubahan pada orang lain. Waima orang itu pakai
kasut lain sebelah, tudung senget, seluar tak zip sampai ke atas semua tahu,
tapi mulut dia yang makin hari makin lebar itu tidak pula dia sukat pakai
pembaris.
Wani terkesima
kejap, mahu jawab apa pula, dahlah dia tak biasa menipu.
“Tak, sesaja
pakai.. kenapa? Tak boleh ke pakai cincin di jari manis ni?” tanya Wani
kembali.
“Manalah tahu
kan.. hilang 2 hari tu pergi kahwin ke, tunang ke..”
Wani memang agak
pelik dengan pembantunya yang seorang itu, macam tahu-tahu saja apa yang dia
buat sepanjang ketiadaannya. Mungkinkah dia ni ada kuasa psikik tahu pemikiran
orang lain. Tapi, Wani bersikap biasa, sedikit air mukanya berubah beerti
tekaan Julia itu diiyakan olehnya. Lagipula, dia takkan memberitahu hal
perkahwinan rahsianya itu kepada sesiapapun!
Kring! Kring!
Bunyi telefon di
pejabat Wani seolah-olah suatu rahmat ketika itu. Segera Wani angkat.
“Helo? Ya, ya
saya. Oh, mengenai sampel batik tu, nanti saya proceed ya.. okey, mengenai apa
tu ya encik? Okey, saya akan maklumkan...” Wani sibuk bercakap di telefon
sambil dia pandang Julia yang segera
beredar tidak mahu menggangu perbualan itu.
Wani pandang
sekali lagi pembantunya yang agak busy
body itu. Lega rasanya hati Wani bila dia keluar dari pejabatnya. Padahal Wani
sendiri yang dail telefon pejabatnya itu dengan telefon bimbitnya untuk
mengelakkan dia menjawab banyak lagi soalan dari Julia yang kaki penyibuk itu.
Usai melihat Julia
beredar, 5 minit kemudian Wani keluar kejap ke pantry. Masa lalu di depan
pejabat Adam, dia nampak Adam sedang berbicara dengan seseorang di telefon.
Berdebar rasanya melalui pejabat Adam ketika itu, iyalah.. dulu minat dalam
diam, sekarang sudah rasmi menjadi suami, lagilah debar Wani makin meninggi.
Wani lupakan kisah sedih Adam tidak pernah lagi ke rumahnya, segera dia
beredar. Sampai saja di pantry, Wani ambil paket nescafe kegemaran Adam, selalu
dia yang buatkan Adam air sambil berbual dengannya di pejabat, tiba-tiba dia
teringat, sekarang keadaan sudah berubah. Dia letak kembali paket itu ke
tempatnya.
“Kenapa letak
paket tu? Tak nak buatkan I air lagi ke?” tanya Adam yang tiba-tiba masuk ke dalam pantry.
“Err.. tak, tadi
Wani.. err..” Wani tergagap-gagap, entah, patutnya dia stay cool aje macam
biasa.
“Wani buatkan air
nescafe macam biasa, lepas tu masuk bilik Adam jap,” arah Adam dan segera
berlalu daripada situ.
Wani menurut,
lepas saja buat air nescafe, Wani masuk ke dalam bilik pejabat Adam. Manalah
tahu ada hal terbengkalai yang harus mereka selesaikan bersama.
“Ini nescafenya.
Ada apa yang kita nak bincang?” tanya Wani yang merujuk kepada urusan syarikat
mereka.
“Sebenarnya Adam
nak ucapkan Terima Kasih banyak-banyak pada Wani sebab selamatkan rumahtangga
Adam. Tak sempat Adam cakap apa-apa. Kalau Wani tak tolong, mesti Dahlia dan
Aiman tak balik ke rumah Adam. Terima kasih sangat ya. Ke, you nak apa-apa
hadiah?” Adam gembira riang memandang Wani.
Hati Wani bagaikan
terhiris dan terhempas jatuh dari bangunan tinggi. Apa mungkin hadiah lain yang
dia mahukan selain daripada diri Adam sendiri. Mungkinkah Adam tidak sedar yang
dia telah melafazkan ijab dan kabul ke atas dirinya hari itu. Atau mungkin Adam
langsung lupa semua itu, lupa tanggungjawabnya terhadap Wani. Apa Adam memang
tak punya rasa apa-apa padanya?
“Wani?” tanya Adam
lagi.
“Tak, Wani gembira
dapat tolong Adam. Wani harap Adam sentiasa gembira. Itulah hadiah manis untuk
Wani. Adam, kalau tak ada apa-apa, Wani balik ke pejabat dulu ya?” Wani minta
diri.
“Oh, okey..”
Wani berdiri dan
segera melangkah.
“Wani..” panggil
Adam perlahan.
Tiba-tiba saja
hati Wani yang terhempas tadi bagai berpelangi nan indah. Wani toleh belakang
dan tengok Adam.
“Ya?” tanya Wani
sambil melemparkan senyuman, iyalah, manalah tahu Adam tiba-tiba nak ajak dia
makan sama ke, nak ke rumah dia malam ni ke? Gulp! Atau apa-apa ke lain-lainnya
yang semuanya membawa maksud yang gembira.
“Wani rasa apa
Adam nak belikan Dahlia untuk birthday dia minggu depan ya?” tanya Adam meminta
cadangan.
Baru saja nak
berpelangi tiba-tiba pula hujan lebat selebatnya, tapi Wani tak tunjukkan apa
yang dia rasa. Wani faham perasaan Adam, Wani tahu, dia tidak boleh mengharap
yang lebih dari sekadar sebuah perkahwinan syarat itu.
“Ada apa-apa
cadangan tak?” tanya Adam lagi.
“Apakata Adam bawa
dia dinner dan makan berdua. Ala, bawa Aiman pun boleh.. mesti Dahlia suka.
Pasal hadiah tu don’t worry, nanti Wani tolong carikan.” Wani memberi
cadangannya.
“I dah agak, you
kan banyak idea. Terima kasih Wani. Okeylah, you mesti banyak kerja kan, sorry
ganggu you and thanks for this nescafe...” Adam berterima kasih dan melempar
senyuman manis kepada Wani.
Wani membalas
senyuman, tapi senyuman itu dipaksa-paksa, kemudiannya dia melangkah keluar
dari ruangan bilik Adam.
Cepat Wani masuk
ke ruangannya, dia berdiri di belakang pintu dan menguncinya. Rasanya untuk
menangis dia sudah tidak mampu. Menangis takkan menyelesaikan masalah. Wani
terfikir yang dia kena pikat suaminya itu dengan caranya sendiri.
‘Projek Memikat
Suami? Huh! Macam tajuk novel je. Misi memikat suami.. lagilah ala-ala drama
melankolik. Ah! Itu pula aku risaukan, patut aku fikir caranya..’ Wani mengumam
seoarang diri.
Kemudian dia terus menuju ke tempat duduknya,
dia taip carian yang dia sebut tadi dekat laman cari google. Memang benar, macam-macam
pula cadangan yang keluar. Cadangan itu pelik-pelik belaka. Wani cebik mulut
dan bersandar di kerusinya. Hendak putus asa itu bukan prinsipnya.
Kring! Kring!
Panggilan telefon
itu membubarkan lamunan Wani. Segera dia angkat gagang telefon di depannya.
“Helo.”
“Helo Wani, Dahlia
ni,” kedengaran suara Dahlia di corong telefon.
“Ya Dahlia, ada
apa ya?” Wani cuba berkomunikasi sebaik mungkin.
“Masa lunch nanti
awak free tak? Kalau free nak jumpa awak kejap.”
“Okey. Kita jumpa dekat tempat biasalah ya.”
Wani setuju.
Wani letakkan
gagang, Wani tertanya-tanya, kenapa pula Dahlia mahu jumpa dia pula secara
tiba-tiba. Adakah dia mahu bagi amaran dan garis panduan pula apabila bersama
suaminya itu. Tapi, makin lama sebenarnya dia rasa Dahlia makin pelik, cuma dia
tidak berani tanya Adam walaupun dia tahu sebulan dua sebelum ini pasangan yang
amat dikenalinya itu tinggal berasingan atas sebab yang dia sendiri tidak tahu.
Malah, mereka ditangkap basah malam itupun sebab Dahlia tiada di rumah.
Tepat jam 12.30 tengahari,
Wani keluar dari pejabatnya. Beberapa staf juga bergerak keluar.
“Wani, jom lunch
sama?” ajak Adam tiba-tiba.
Ini yang jadikan
Wani serba salah pula, dia sudah janji dengan Dahlia untuk berjumpa tapi dalam
pada masa, ajakan Adam untuk makan tengahari bersama itu tidak boleh diabaikan.
Dosa hukumnya mengingkari kemahuan suami, lagipula itu adalah pertama kali
mereka makan berdua sebagai suami isteri. Peluang tidak akan datang
berkali-kali, ini adalah peluang terbaik untuk Wani mendekati Adam.
“Wani ada hal ya?
Kalau tak, takpelah, I boleh makan seorang je.”
Wani serba salah,
akhirnya dia jawab juga, “Okeylah, jom.” Wani terpaksa menerima, segera dia
mengirim pesanan ringkas (sms) kepada Dahlia memberitahu Adam mengajaknya makan
tengahari.
Kemudian bila
Dahlia balas pesanan ringkas (sms) itu, dia pelik bila Dahlia cuma hantar
emoticon senyum lebar. Wani geleng kepala, Dahlia itu memang suka berperangai
bukan-bukan.
Sebenarnya Dahlia
berada tidak jauh dari situ, dia pandang Wani dan Adam berjalan beriringan
mesra, hatinya lega. Dia senyum sendiri, bila melihat kereta Adam beredar, dia
bersyukur sangat. Dia harap sangat agar hubungan mereka berdua akan berkekalan
begitu. Kemudiannya Dahlia beredar dari tempat itu.
Kau.. sempurna untukku,
Tak kurang sesuatu..
Kau terima apa adaku..
Telefon bimbit
Dahlia berdering, dia angkat panggilan tersebut.
“Helo? Iya, iya,
saya faham. Lagi 2 minggu kan? Saya datang doktor, terima kasih atas
maklumannya...” kemudiannya Dahlia tutup telefon bimbitnya, wajahnya yang gembira
tadi bertukar mood, segera dia hidupkan enjin kereta dan berlalu daripada situ.
**************
Sudah dua hari
Kasih tak nampak Bazli di mana-mana. Sepatutnya dalam penerbangan tadi, Bazli
bertugas sama pergi dan balik dari Sarawak. Tapi dia pelik, sejak semalam dia
tidak nampak kelibat Bazli. Tempatnya juga diambil alih oleh seorang cabin crew
stand by. Sampai saja ke KLIA, Kasih dan beberapa cabin crew menuju ke pejabat
penerbangan dan report duty. Sengaja Kasih berlambat-lambat sebab mahu tanyakan
perihal Bazli pada petugas di sana. Usai semua cabin crew beredar, segera Kasih
tanyakan pada pegawai bertugas di pejabat penerbangan. Selalunya Kasih memang
tidak suka bertanya pada pegawai mereka yang agak strict itu. Tapi dia kena
juga bertanya, kalau terus call Bazli nanti tak tahu hujung pangkal payah juga.
Lebih baik ditanyakan dulu pegawai di sana.
“Selamat Pagi
Encik Johari. Bazli tak bertugas ke sehari dua ni? Patut dia flight ke Kuching kan semalam?” tanya
Kasih perlahan dan agak mesra.
“Oh, dia ambil
emergency leave 2 minggu. Pihak kami ada terima surat dari dia dua hari lalu.”
“Kalau boleh saya
tahu kenapa dia ambil emerency leave tiba-tiba.”
“Awak ni Kasih,
dah namanya emergency leave, mestilah ada hal kecemasan.”
“Okey Encik
Johari, saya faham.” Kasih malas nak bertanya lagi, bukan dia tidak tahu
perangai Encik Johari yang tidak suka ditanyakan itu. Nanti lain pula jadinya. Segera dia beredar.
Kasih ambil
telefon bimbit dari tas tangannya dan dail nombor Bazli. Bila dia sudah tahu
Bazli ambil emergency leave mesti ada berlaku apa-apa.
“Helo.”
“Helo.”
Panggilan Kasih
dijawab seorang perempuan. Kasih agak itu isterinya, hendak dimatikan telefon
lain pula anggapannya nanti. Dia terus saja bertanya.
“Ini isteri Bazli
ya, dia tak apa-apa ke? Kalau saya boleh tahu, kenapa dia ambil emergency leave
2 minggu?” banyak sungguh soalan Kasih ketika itu.
“Ini siapa?”
penerima panggilan itu bertanya seakan serius.
Mahu tak mahu,
mestilah Kasih berterus-terang,“Saya Kasih, ini nombor Bazli kan?” tanya Kasih
lagi.
“Kawan abang Bazli
ya? Saya Mira adik dia, abang tengah mandi. Akak ni yang tertinggal gelang kat
kereta abang saya kan?” tanya Mira lagi.
“Gelang?” Kasih
hairan, kemudian baru dia perasan gelang di tangannya tiada.
“Adalah kak, warna
silver, ada bentuk bintang,” beritahu Mira.
“Haah, itu gelang
akaklah tu. Mira, boleh akak tahu kenapa
Bazli ambil cuti?” tanya Kasih lagi.
“Akak suka abang
saya ya? Ambil berat nampak? Akak suka dia ya?”
Kasih terdiam. Apa
pula maksud sebenar adik Mira itu, bukankah Bazli itu sudah beristeri. Atau
mungkin adik Bazli itu sengaja psiko dia.
Bazli baru keluar
dari bilik mandi, dia nampak Mira berbual dengan seseorang menggunakan telefon
bimbitnya. Segera dia ambil telefon itu.
“Abang!”
“Siapa yang call
ni? Kenapa kamu angkat?” tanya Bazli seakan marah.
“Bakal kakak ipar
baru Mira. Kakak Kasih.” Mira senyum-senyum dan ke tepi setelah mengetahui yang abangnya berkawan
dengan seorang perempuan bernama Kasih.
Kasih terdengar
perbualan mereka dan senyum tapi taklah selebar mana, mungkin adik Bazli hanya
bergurau.
Bazli geleng
kepala. Segera dia bercakap dengan Kasih.
“Helo Kasih,
maaflah adik saya memang macam tu. Maaf tau...” Bazli meminta maaf
berkali-kali.
“Tak apa, saya
okey. Saya cuma nak tahu kenapa kamu ambil emergency leave, kamu tak apa-apa
kan? Kamu okey?”
“Sebenarnya isteri
saya accident dan koma dekat hospital.”
“Subhanallah..
kesiannya. Kamu okey tak ni?”
“Saya baik-baik
saja. Kamu dah habis duty ke?”
“Dah lama dah.
Malam nanti baru ada flight. Bazli, boleh saya melawat isteri kamu?” pinta
Kasih.
Bazli jadi serba
salah pula.
“Kalau tak boleh
tak apa.”
“Eh, boleh.. nanti
datanglah HKL. Bazli tunggu depan HKL tu.”
“Okey, petang
nanti Kasih ke sana. Kasih nak balik rumah dulu tukar baju bagai ni.
Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.”
Kemudiannya Bazli
tekan punat off. Dia pandang ke belakang, terkejut dia bila lihat Mira
senyum-senyum.
“Mira, tak baik
tau dengar perbualan orang.”
“Nak jumpa petang
ni ya. Lembutnya abang bercakap dengan dia, mesti ada apa-apa ni. Mira nak
ikutlah, Mira pun nak kenal juga dengan kakak Kasih tu, suara macam baik je,
tapi ada pelat Sabah sikit, jauhnya jodoh abang kali ni, sampai ke Borneo
sana... mesti cantik macam Adira penyanyi tu, takpun macam Nera atau Marsha...
perempuan Borneo kan cantik-cantik..” Mira senyum-senyum.
“Mira, please..
dia tu kawan sekerja abanglah. Janganlah nak lebih-lebih pula. Semua kawan
abang, abang layan sama rata.”
“Ek eleh, macamlah
Mira tak kenal abang, abang tu bukan jenis yang berkawan dengan perempuan.
Berapa kerat kawan perempuan abang tu. Kalau tak, dah lama abang kahwin. Mesti
kakak Kasih tu istimewa kan?”
“Dahlah Mira,
jangan nak jadi spy sangatlah. Keluarlah, abang nak pakai baju ni. Kamu tu
cepatlah ke kuliah, kang lambat sendiri juga susah..”
“Yalah, yalah..
abang ni.. assalamualaikum.” Mira menyalam tangan abangnya.
“Waalaikumsalam,
drive tu slow-slow sikit...” Bazli sempat bagi peringatan.
“Yess Boss!”
Bazli geleng
kepala melihat adiknya yang satu itu. Macam-macam! Bazli ambil baju t-shirt
Harimau Malaya kegemarannya dan terus pakai bersama seluar jeans jenama Levis.
Cermin mata jenama ray ban tak dilupakan beserta semburan minyak wangi jenama
adidas.. dia tak suka sangat dengan bau minyak wangi macam hugo bagai tu, boleh
pening kepala dibuatnya. Lepas dandan diri, Bazli turun ke bawah dan terus ke
parkir memandu keretanya dan terus keluar dari kawasan rumah.
Tepat jam 2
petang, Kasih muncul di HKL. Segera dia bertanya di kaunter, tapi masalahnya
dia langsung tak tahu nama isteri Bazli. Kasih terus call Bazli.
“Helo?”
“Helo. Awak dekat
mana tu?” tanya Bazli.
“Saya ada depan
kaunter HKL dah ni.”
“Oh, okey. Tunggu
saya kejap.”
Seminit kemudian,
Bazli muncul dengan wajah yang agak sugul.
“Awak okey ke ni
Bazli? Mana wad isteri awak?” tanya Kasih.
“Mari.”
Kasih ikut Bazli
menuju ke wad first class yang ada di situ. Bazli buka pintu bewarna pink itu.
Kasih jenguk ke dalam, sebaik saja nampak keadaan isteri Bazli yang berbalut
dan bersimen kedua belah kaki serta hanya terdengar bunyi mesin oksigen, Kasih
jadi sebak. Dia tak terkata apa-apa. Bazli mengambil tempat duduk sementara
Kasih lebih senang berdiri.
“Inilah isteri
saya yang saya tak sempat kenalkan pada awak tu. Kenalkan ini Juwita.” Bazli
memberitahu nama isterinya.
Kasih pegang bahu
Bazli bagi dia semangat, hanya itu yang mampu dia buat sekarang.
Setengah jam berada di situ, Bazli ajak Kasih keluar ke taman yang ada di HKL itu.
Setengah jam berada di situ, Bazli ajak Kasih keluar ke taman yang ada di HKL itu.
“Awak kena tabah ya Bazli. Ini semua ujian tuhan pada awak..” Kasih cuba menenangkan Bazli yang lebih banyak berdiam.
“Saya cuma harap
yang isteri saya tu cepat sedar, doktor pun tak tahu bila dia akan sedar...”
“Koma?” tanya Kasih.
Bazli angguk.
Kasih sebak, kemudian dia teringat seseorang. Seseorang yang seperti Juwita
isteri Bazli itu. Seorang yang dekat dengannya.. sungguh! Dia pula tiba-tiba
sebak bila teringat hal itu.. kini ibunya yang koma selama setahun itu sudah
menghadap ilahi beberapa tahun lepas. Itupun kerana ahli keluarganya bersetuju
mesin penafasan dimatikan. Kasih tahu peritnya rasa terlalu berharap kesembuhan
seseorang yang kita sayangi. Kasih pandang Bazli, dia harap sangat dia boleh
tenangkan Bazli... sungguh! Saat itu, macam-macam rasa menerjah di ruang hati
Kasih, dia tahankan.. sungguh, rasa itu perlu dia pendamkan sehingga nanti akan
ada masa dan ketika ia akan keluar jua. Tapi buat masa ini, rasa ini sudah
tidak terlalu penting, tidak terlalu beerti. Kasih doakan agar isteri Bazli
cepat sembuh seperti sediakala.. dia mahu lihat Bazli yang dulu, Bazli yang
ceria, Bazli yang bersemangat, Bazli yang sentiasa senyum biarpun dilanda
apa-apa masalah... jauh Kasih pandang ke awan, dia berdoa dalam hati semoga
isteri Bazli cepat sembuh. Supaya Bazli jadi macam dulu.
Bazli pandang awan lama, dia tenung, dia amati bentuk-bentuknya yang indah. Bila
dia pandang awan, dia teringat kenangan-kenangan manis dia dan Juwita sebelum
berkahwin dulu. Ya, masa sebelum kahwin itulah masa yang Bazli ingati sehingga
kini, juga masa dulu-dulu, masa kecil mereka... ya, detik pertama masa dia
pandang awan bersama Juwita 20 tahun lalu adalah detik sebenar bermulanya dia
mula menyukai Juwita dalam diam.. dia masih ingat senyuman Juwita dan girangnya
Juwita apabila pandang awan yang pelbagai bentuk. Bila teringat ketawa dan
senyum itu. Setitis air mata Bazli tumpah.
“Bazli, awak kena
banyak bersabar ya?”
“Saya okey, tapi
buat masa sekarang saya kena jaga dia.. mungkin saya kena ambil cuti lebih lama
sikit.”
“Saya faham..”
“Terima kasih,
Kasih..”
Bila Bazli ucap
terima kasih pada Kasih yang memahaminya dia pelik, ada satu rasa yang dia
kurang mengerti pada wanita cantik di sebelahnya itu. Apa itu rasa? Ah! Bazli
tak mahu fikir semua itu. Tapi memang, bila berada dekat Kasih dia rasa tenang,
lega... seakan-akan ada sesuatu pada Kasih yang menenangkannya..
‘Ya Allah.. apa
ini cinta?’
bersambung....
No comments:
Post a Comment