BAB 13
Sebulan Kemudian..
“Aku nikahkan kau
Adam Lee Yong dengan Nurul Shazwani Binti Rashid dengan mas kahwin 200 ringgit
tunai..”
Apabila saja
jurunikah itu menyebut begitu. Adam terdiam seketika, serasa-rasa dia ingin
lari jauh-jauh. Tapi mengingatkan kata-kata Dahlia dicorong telefon semalam
membuatkan Adam serba salah, Adam pandang Wani yang duduk bersama Uminya; Puan
Zakiah di belakang. Apabila memandang Wani, Adam teringat kata-kata Dahlia
bahawa seseorang wanita itu diangkat martabatnya dalam Islam. Mana mungkin Adam
mahu menjatuhkan maruah Wani dengan mengingkari janjinya pada Wani dan Dahlia.
Adam memandang
jurunikah dan terus berkata dengan yakin dalam nada senafas, “Aku terima nikahnya
Nurul Shazwani Binti Rashid dengan mas kahwin 200 ringgit tunai...” Adam
mengulangi kata-kata juru nikah yang menikahkan mereka di pejabat agama.
Sah! Sah! Sah!
Beberapa saksi
menyebut perkataan sah termasuk abi Adam Lee Yong. Wani pula diwalikan dengan
wali hakim. Umi Adam yang menemaninya sepanjang proses itu. Nasib baiklah ada
umi dan abi Adam yang mengaturkan semua itu.
Selepas saja
dinikahkan, Adam menyarung cincin di jari manis Wani, tetapi tidak mengucup
dahinya, hanya saja Wani yang mengucup tangan Adam. Wani faham, tidak perlulah
mungkin untuk terlebih mesra di hadapan umi dan abi Adam. Wani menitiskan air
mata, akhirnya dia dapat juga bersama lelaki yang telah lama dicintainya.
“Sekarang ni Adam
dah ada dua isteri, Adam kena adil tau..” abi Adam, Encik Karim mengingatkan
dalam nada berseloroh. Beliau tidak banyak bertanya kenapa Adam berkahwin lagi
untuk kali kedua.
“Ya abi.. terima
kasih uruskan semuanya ya abi.” Adam memeluk Encik Karim sebagai tanda terima
kasih.
“Kamu kan anak
abi...” Encik Karim mengusap lembut bahu Adam yang sudah dianggapnya sebagai
anak sendiri.
Wani pandang Puan
Zakiah. Dia memeluk Puan Zakiah erat. Apabila memandang Puan Zakiah, dia umpama
memandang ibu kandungnya yang telah pergi menghadap ilahi. Perwatakan dan suara
Puan Zakiah memang hampir serupa dengan ibunya itu. Sungguh! Kekuatan yang ada
ketika itu hanyalah dengan sokongan dan kata-kata nasihat Puan Zakiah.
“Sudahlah Wani,
semuanya kan dah selesai.” Puan Zakiah menenang dan mengusap air mata di pipi
Wani.
“Terima kasih
makcik..” Wani berterima kasih.
“Wani boleh
panggil makcik umi, secara rasminya kamu dah jadi anak umi juga,” girang Puan
Zakiah memandang Wani yang bertudung manis.
Wani rasa bahagia
sangat dengan kasih sayang Puan Zakiah itu. Begitu juga dengan Encik Karim,
alangkah indahnya kalau ayahnya juga seperti Encik Karim. Tapi dia faham, tidak
semudah itu ayahnya sendiri akan berubah.
Adam pula
sebenarnya tidak memikirkan apa-apa ketika itu. Apa yang ingin dia mahu
sekarang adalah Dahlia dan Aiman balik ke rumah, itu saja. Wani pandang Adam
yang kelihatan agak risau, dia sudah dapat meneka apa sebenarnya yang ada dalam
fikiran Adam ketika itu.
Sementara itu,
Dahlia berada dalam sebuah kereta yang dipandu Pak Mat di luar perkarangan
pejabat agama itu. Dia menunggu Adam dan Wani keluar. Apabila terpandang saja
mereka dalam baju pengantin serta kemesraan yang tercetus, air mata Dahlia
tumpah tiba-tiba. Melihatkan Adam sanggup memenuhi kehendaknya Dahlia rasa
bersalah sangat. Dan, hati kecil Dahlia pula merasa sangat cemburu dengan
kemesraan pengantin baru itu. Mana mungkin hati seorang isteri akan tenang
apabila melihat suaminya bersama orang lain meskipun secara rela sekalipun.
Tapi, Dahlia fikir positif, dia usap perutnya lembut. Ini semua demi masa depan
anak dalam kandungan itu. Sudah terlalu banyak yang dia minta pada Adam, sudah
terlalu banyak pengorbanan lelaki itu padanya.
‘Maafkan Dahlia
bang.. abang akan faham kenapa Dahlia buat semua ni suatu hari nanti...’ gumam
Dahlia sendiri sambil memandang mereka dari jauh.
Dahlia bersyukur
dikurniakan seorang suami yang memahami seperti Adam. Sebelum majlis pernikahan
itu berlangsung, Adam sudah menghubunginya awal-awal malah meminta izin darinya
dan Dahlia juga diberi peluang untuk membatalkan saja pernikahan itu. Tapi
Dahlia tidak mahu, dia mahu pernikahan itu diteruskan juga.
“Pak Mat, pandu
balik rumah mak,” arah Dahlia.
“Baik Puan.”
Pak Mat
kemudiannya keluar dari perkarangan pejabat agama tersebut.
“Mama, mana ayah?
Kata mama kita nak jumpa ayah.” Aiman yang tiba-tiba terbangun dari tidur
dipangkuan Dahlia bertanyakan ayahnya.
“Ayah sibuk sikit,
tapi takpe, esok kita balik rumah ayah ya nak. Nanti Aiman boleh jumpa ayah
hari-hari.” Dahlia memujuk lembut anaknya.
“Yeay!” Aiman
girang dan memeluk ibunya, air mata Dahlia tumpah lagi. Sungguh! Bila Aiman ada
disisinya ia umpama Adam yang berada di situ, ia umpama satu kekuatan untuk
Dahlia. Diusapnya kepala Aiman lembut. Digengamnya tangan Aiman erat.
Kring! Kring!
Telefon bimbit
Dahlia berbunyi. Dia agak itu mesti Adam, sengaja dia tidak angkat panggilan
telefon itu. Sungguh! Waktu itu hatinya bagai ditusuk dengan besi yang amat
tajam. Meskipun dia yang berkehendak tapi untuk menahan sesuatu seperti itu
bukanlah perkara yang remeh. Dia juga ada hati dan perasaan. Sepanjang
perjalanan itu dia asyik menyeka air matanya yang tumpah, padahal raung
tangisnya tidak kedengaran. Dahlia tahu, sudah lama Wani menyukai Adam, pernah
satu ketika semasa mereka masih satu dorm, Wani tersenyum sinis melihat
gambarnya bersama Adam semasa satu perkhemahan, masa itu Dahlia tak ambil tahu
sangat, tapi bila diamat-amati beberapa perkara itu menjurus kepada sahihnya
Wani menyukai lelaki itu dalam diam. Kini, segalanya terjawab. Tapi untuk apa
marah. Semua ini permintaan Dahlia sendiri, dia redha. Mana mungkin Dahlia mahu
menidakkan jodoh yang telah ditetapkan sejak azali lagi.
*********************
JUWITA sibuk
mereka beberapa pakaian yang telah ditempah. Moodnya tengahari itu kurang baik.
Sudah 4 hari Zamri tidak menghubunginya. Dia sendiri tidak tahu ke mana Zamri
menghilang, selalunya kalau Zamri ke mana-mana dia tidak akan memberitahu
Juwita. Tapi, kalau ada masalah kewangan, masalah belum bayar ansuaran kereta
dan rumah pandai pula dia cari Juwita.
“Juwita,
Juwita...” Azwan, pembantunya menegur.
“Oh, ya Azwan, ada
apa?” tanya Juwita memandangnya.
“Yang kau macam
mabuk kepayang ni apasal? Ni ha ada bungkusan untuk kau.” Azwan memberikan
sebuah bungkusan.
“Oh, thanks. Ni,
aku baru buat draft design semalam. Cuba cari material kain ni, kalau takde
stok, kau inform aku ya,” arah Juwita.
“Okey boss!” Azwan
faham dan segera beredar dari situ.
Tertanya-tanya
juga Juwita apa bendanya bungkusan itu dan yang lebih dia ingin tahu siapa yang
menghantar bungkusan itu kepadanya. Segera Juwita buka bungkusan tanpa nama
itu.
Terkejut Juwita
bila pandang ada kasut Prada di dalamnya dengan satu handbag Louiss Vuiton
rekaan terkini serta sekeping kad. Juwita buka kad itu.
‘Rindukan saya?
Jom lunch..- Zamri’ Juwita baca kad itu dalam hati, moodnya yang gelap tadi
tiba-tiba jadi baik. Segera dia capai telepon bimbitnya dan menghubungi Zamri.
“Helo sayang..”
suara Zamri kedengaran di corong telefon.
“Helo.. sampainya
hati awak, dah 4 hari I call tak dapat-dapat. Sayang pergi mana?” tanya Juwita
lembut.
“I out station ke
oversea lah sayang, tak sempat nak call you. You kan tahu kerja I sebagai model
ni, banyak jelajah sana sini...”
“Hmm.. iyalah tu.”
“Macamana? Suka
tak present yang I bagi tu?” tanya Zamri.
“Suka, thanks
awak.. mesti mahal ni.”
“Haruslah..
takkanlah saya beli kat Petaling Street kot.”
“Manalah tahu.”
“Helo, saya ada
sertakan resit tau dekat kotak tu. Ce awak tengok..”
Juwita segera
melihat resit yang disertakan. Fuh! Nak terkesima juga dia dengan harga
barangan tersebut.
“So, nak lunch
dekat mana ni?” tanya Juwita.
“Tempat biasa.
Saya ada dekat bawah ni, awak bukalah langsir tu.”
“Awak ni suka buat
kejutan.”
“Awak pun satu,
kenapa tak tanya assistant awak tu tadi. Takkanlah saya nak bagi bungkusan via
posmen pula kan tanpa nama dan penerima. Ke, awak tak perasan semua tu sebab
awak rindukan saya sangat ya.”
“Awak!”
“Okay. Jomlah.
Saya tunggu ni. Daa..”
Bukan kepalang
senyum Juwita, dia ambil lipstick jenama Simply Siti dan merahkan sedikit
calitan lipstick dibibirnya. Kemudiannya dia ambil handbagnya di meja, kasut
yang dihadiahkan Zamri terus dipakainya dan keluar dari ruangan biliknya. Senyumnya
semasa keluar dari situ sudah sampai ke telinga.
“Azwan, I nak
keluar kejap ya. Daa..”
“Okey boss.. amboi
high hell baru ya? Oh my Prada!’” Azwan girang tetiba.
“Well, cantik
tak?” sengaja Juwita menunjuk.
“Amboi you.. I pun
nak satulah..”
“Azwan? Helo? Kang
patah kasut Prada ni kalau you pakai. Agak-agaklah kan. Dahlah, I nak out dulu,
jaga butik, ada call bagitau yang I keluar lunch. Daa..”
Azwan angguk,
muncung mulutnya bila Juwita katakan begitu.
Juwita berlalu dan menemui Zamri yang sudah menunggu di dalam kereta miliknya.
Juwita berlalu dan menemui Zamri yang sudah menunggu di dalam kereta miliknya.
“Miss you
sayang..” Juwita meluahkan rasa rindunya pada lelaki itu sebaik duduk di dalam
kereta itu.
“Miss you too
sayang..” Zamri memandang Juwita dengan senyuman dan kemudian menekan pedal
minya berlalu daripada situ.
Tidak jauh dari situ
ada seseorang memerhati kemesraan mereka dan terus menghubungi seseorang.
“Datin, saya dah
jumpa dia dengan seorang perempuan.”
“Bagus, jalankan
tugas awak!”
“Baik Datin.”
Orang yang
diarahkan itu kemudiannya menghidupkan keretanya dan kemudian memandu mengekori
kereta Zamri.
“Nasib kaulah..
siapa suruh nak jadi anak ikan datin, aku hanya lakukan tugas aku je. Duit beb,
duit..” orang itu senyum sendiri dan pantas mengekori mereka dengan laju.
Juwita dan Zamri asyik
bercerita tanpa perasan kereta itu diekori rapat.
“Lamanya you pergi
kali ni. Mesti best kan dapat gi oversea every month pula tu.”
“Laa.. dengar macam
jealous je. Lain kali I bawa sayang sama ya.”
“Jangan janji je tau.
Ni, bila kita nak kahwin ni?” tanya Juwita.
“Sabarlah dulu, edah
awak baru je habis. Kahwin ni kan banyak preparation.”
“Preparation apa bendanya.
Kita kan nak nikah kat Siam.”
“Oh! Lupa pula. Macamana
kalau kita nikah hari ni?” tanya Zamri serius.
“Awak! Janganlah main-main.”
“Ala, bukan susah pun
kita nak ke Siam tu. Kita terus ke airport dan ambil flight ke sana. Macamana? I
ada kawan dekat situ, boleh settlelah.”
“I ikut you je. Tapi
macamana dengan urusan dekat sini nanti?” tanya Juwita bimbang.
“Ala, berapa sangatlah
denda tu. Yang penting kita dapat bersama. Kan itu impian kita.” Zamri memandang
Juwita, dia pegang erat tangan Juwita.
Juwita senyum sendiri,
tidak sabar rasanya dia mahu bersatu dengan Zamri, lelaki yang dicintainya jiwa
raga.
Tiba-tiba!
Zamri perasaan
kereta berwarna putih di belakangnya itu terlalu rapat mengekori mereka padahal
di lorong kedua masih lagi ada ruang kosong, Zamri cuba lajukan pemanduan.
“Kenapa ni Zamri?”
tanya Juwita yang terkejut tiba-tiba apabila Zamri lajukan pemanduan.
“Ada orang ekori
kita. You pakai seat belt tu. Relaks, I
akan cuba buat pusingan U depan tu,” arah Zamri.
“Tapi..”
“Sudah!” Zamri
memutuskan kata-kata Juwita, dia panik!
Juwita pandang ke
belakang, bila tengok kelajuan pemanduan Zamri yang macam kereta F1, Juwita
pucat.
Bila orang itu perasaan
Zamri sudah dapat tahu dia mengekori, segera dia langgar bumper kereta Zamri.
“Bam!!”
“Celaka punya orang!”
“Zamri, macamana ni?”
tanya Juwita bimbang.
“Awak tenang, I ngah
handle lah ni!”
Krikkkkkkkk...
Zamri pusing
stereng ke kanan dan buat pusingan U secepatnya dan terus memandu laju.
Tiba-tiba sebuah lori seakan menghadang perjalanan mereka.
Zamri panik! Sudah
tiada masa untuk memperlahankan kenderaan, dia pandang Juwita. Mereka berpandangan.
“Tidakkkkkkkkk....!!!”
bersambung....
No comments:
Post a Comment