BAB 21
Wop!
Dahlia rasa mahu
termuntah, segera dia terkocoh-kocoh menuju ke bilik air. Adam yang sedang
menonton televisyen selepas mereka makan malam pelik melihat perubahan Dahlia,
selalu muntah-muntah. Lepas itu pula pengambilan ubatnya juga agak banyak tapi
tidak pula dia lihat Dahlia sakit ke apa. Selalunya Dahlia akan berterus terang
apabila dia ada masalah ke apa. Beberapa minit kemudian Dahlia keluar dan terus
ke dapur. Adam intip pergerakan Dahlia.
“Sayang tak
apa-apa ke ni? Asyik muntah je, ada apa-apa yang abang tak tahu ke?” tanya
Adam.
“Takde apa-apalah.
Tapi kalau abang care sangat dengan sayang pasti abang tahu.” Dahlia
jeling-jeling ke arah Adam dengan senyuman.
“Sayang! Dua bulan
lepas balik dari rumah mak sayang tak cakap apa-apa pun.” Adam tahu apa yang
Dahlia mahu sampaikan, jawapan Dahlia buat dia terkejut.
“Saja sayang tak
cakap nak tengok abang alert ke tak kan?” Dahlia memandang suaminya yang macam
tak percaya.
“So, dah berapa
bulan? Ya ALLAH... alhamdulillah, abang akan jadi ayah ya. Amiiinn.. terima
kasih sayang.. abang ingatkan sayang sakit ke apa selalu muntah-muntah dan
ambil ubat-ubatan. Lepas 5 tahun kita kahwin, Alhamdulillah.. Alhamdulillah..” Adam menuju
ke arah Dahlia, dia usap perutnya.
“Dah 4 bulan bang,
tapi tak berapa nampak sangat sebab Dahlia pun kurus aje..”
“Orang mengandung
ni kuat makan, ni abang nampak sepinggan nasi payah nak habis, manalah tak
kurus. Lain kali abang selia sayang makan.”
“Abang ni! Nakal!”
Dahlia ketawa dan
peluk Adam erat. Adam gembira sangat, gembira kerana dia tidak mandul seperti sangkaannya
malah gembira bakal ada anak sendiri bersama isteri yang dicintainya.
“Jadi ubat banyak-banyak ni untuk apa?” tanya Adam dan cuba sentuh ubat-ubatan Dahlia di atas
meja dapur.
“Oh tak, ini
vitamin untuk kandungan. Ini kan first time, jadi Dahlia kenalah jaga betul-betul..”
Dahlia menjawab dan cepat-cepat menyimpan semua ubatan tersebut.
“Lepas ni sayang
janganlah buat kerja berat-berat pula..”
“Ala, kerja berat
apanya. Cuci baju pakai mesin, lantai pakai vakum, masak tu kegemaran Dahlia,
taklah berat sangat rasanya..”
“Maksud abang
angkat pasu sayang yang depan rumah tu. Bukan abang tak tahu sayang tu suka
sangat tanam bunga, angkat pasu sana, angkat pasu sini...”
“Yess Boss! Dahlah
bang, jom, dah lewat ni.”
“Jom!” Adam
tiba-tiba dukung isterinya.
“Abang!”
“Ala, saja nak
angkat sayang naik atas dengan baby kita..”
Dahlia senyum dan
geleng kepala, bukan dia tidak tahu dengan perangai suaminya itu, asal ada
perkara gembira mulalah excited nak gembirakan dia. Dahlia pandang Adam,
sungguh! Masa itu Dahlia mahu pandang wajah Adam puas-puas. Dahlia tak tahu
kalau selepas 5 bulan nanti dia dapat tengok Adam lagi, suami yang dicintai, disayangi
dengan sepenuh jiwa raganya itu, air matanya menitis.
“Sayang nangis?”
tanya Adam dan letakkan Dahlia di katil.
“Ini air mata
gembiralah bang..”
“Dahlah, jangan nangis-nangis,
nanti baby pun sedih. Tidurlah..” Adam membelai rambut isterinya perlahan.
“Abang, kalau
sesuatu berlaku pada Dahlia, abang janji akan jaga anak kita elok-elok ya?” kata
Dahlia tiba-tiba.
“Kenapa ni Dahlia?
Tak baik cakap macam tu. Jangan fikirkan bukan-bukan.. kita akan bersama sampai
akhir hayat kita Insya ALLAH...”
‘Tapi Dahlia
takkan bersama abang dan besar kemungkinan
tak dapat lihat baby dalam perut kita ni menangis bang..’ gumam Dahlia seorang
diri.
Tik.
Adam matikan lampu
di kamar mereka. Dahlia masih lagi membuka matanya memikirkan hari-hari yang
mendatang. Tapi baginya dia tidak kesal sekiranya apa yang bakal terjadi nanti
akan terjadi kerana sekurang-kurangnya dia mampu memberikan zuriat pada Adam.
Dahlia tutup matanya rapat-rapat dan terus terlena..
Esoknya awal
Dahlia bangun menyiapkan sarapan untuk Adam dan Aiman.
“Selamat pagi
sayang, selamat pagi Aiman, selamat pagi baby kecik..” Adam menyapa sebaik masuk
ke dalam dapur dan duduk di meja makan.
“Baby kecik tu apa
papa?” tanya Aiman yang sedang melukis sesuatu di kertas.
“Ha, Aiman bakal
dapat adik.. adik ada dalam ni..” Adam tunjuk dan usap perut Dahlia.
“Adik tak lemas ke
dalam tu? Macamana adik ada dalam tu pulak? Adik datang dari mana papa?” tanya
Aiman mahukan jawapan.
Adam dan Dahlia
berpandangan dan senyum sesama sendiri. Kemudiannya Adam mengambil tempat
duduk.
“Papa tak jawab
lagi soalan Aiman, kenapa adik ada dalam tu.”
Dahlia pandang
Adam, Adam jungkit bahu tak tahu nak cakap apa. Takkan nak bagitau bab-bab
persenyawaan pula. Adam cuba fikir cara logik macamana nak terangkan pada Aiman.
“Adik ada dalam tu
sebab dia nak berehat, lagi 5 bulan dia keluarlah main dengan Aiman.”
“Lamanya papa..
tapi takpelah, Aiman tunggu..”
Fuh! Nasib baiklah
Aiman tak bertanya lagi, jenuh rasanya menjawab bukan-bukan padanya. Tapi Adam
dan Dahlia yakin, Aiman pasti akan bertanya lagi, biasalah budak-budak, sifat
ingin tahu itu sangat besar dalam diri mereka selagi tidak mendapat jawapan
yang memuaskan hati mereka, selagi itulah mereka akan bertanya.
“Makanlah bang,
nasi goreng dengan telur dadar je.”
“Sayang pun
makanlah sekali.”
“Iya. Ha, ni nanti
bagi dekat Wani tau.” Dahlia berikan satu plastik beg yang berisi kontena.
“Ni kek batik
dengan kek cheese awak tu ya?”
“Haah, Wani kan
suka makan kek ni. Saja sayang buatkan lebih semalam. Nanti abang makanlah dengan
dia. Abang dengan dia okey kan?” tanya Dahlia pula.
“Okey, okey je.”
“Abang, Wani tu
pun isteri abang tau. Malam nanti tidurlah rumah dia ya, dua bulan abang kahwin
dengan dia, tak pernah pun abang ke sana,” pinta Dahlia.
“Err, abang dah
lambat ni, ada meeting pagi ni dengan klien dari Indonesia. Abang gerak dulu
tau.. assalamualaikum.” Adam meminta diri, Dahlia menyalam dan mencium tangan
suaminya.
“Papa!” Aiman
bangun dan memeluk ayahnya.
“Okey, bye Aiman,
bye mama, bye baby kecik..” Adam sempat usap perut Dahlia.
Dahlia pandang
Adam, selalu mengelak bila dia menyuruhnya bermalam di rumah Wani. Itupun bukan
pertama kali Dahlia menyuruhnya, sudah banyak kali. Dahlia pun tak tahu apa
sebenarnya dalam fikiran Adam, patutnya dia anggap Wani itu isterinya juga dan
sebenarnya itulah yang Dahlia mahukan sangat. Tapi itulah, rasa kasih itu bukan
boleh dipaksa-paksa. Namun Dahlia sering berdoa bermohon agar hati suaminya itu
dilembutkan untuk menerima Wani seadanya.
************************
Kring! Kring!
Telefon rumah
Dahlia berbunyi sebaik dia masuk ke dalam rumah selepas menghantar Aiman ke
Taska. Segera dia angkat.
“Helo.”
“Helo Dahlia.
Sihat ke?”
“Mama,
Alhamdulillah ma, Dahlia baik-baik saja, semalam Dahlia dah maklumkan abang
Adam yang Dahlia pregnant.”
“Baguslah. Mama
tumpang gembira.”
“Mama, hari ni
Dahlia jumpa doktor lagi.”
“Kamu sabar ya
nak. Cuba dengar dulu pendapat doktor tu.”
“Kalau sudah
diputuskan macam ni mak, takkan dapat ubah lagi.. sekarang Dahlia pasrah saja. Lagipun
rawatan tu bahaya untuk kandungan Dahlia.”
“Tak baik mengalah
sebelum waktunya Dahlia. Dahlia kena kuat untuk Adam dan Aiman serta orang yang perlukan Dahlia.”
“Insya ALLAH ma,
Insya ALLAH..”
“Mama doakan kamu
sihat selalu nak. Kamu sabar, ada hikmah atas semua ni. Jaga baby dalam perut
tu betul-betul.”
“Insya ALLAH ma,
baby nilah kekuatan Dahlia sekarang.”
“Alhamdulillah.
Mama letak phone ya. Nanti kalau ada apa-apa call mama. Assalamaualaikum.”
“Waalaikumsalam.”
Dahlia letakkan
telefon rumahnya. Lega rasanya dapat meluahkan perasaan pada ibunya. Seolah-olah
mendapat satu kekuatan luar biasa, Dahlia pandang gambar perkahwinannya dan
Adam, dia janji dengan dirinya, untuk keluarganya, dia harus kuat!
TEPAT jam 11 pagi,
Dahlia sampai ke klinik untuk satu temujanji dengan doktor. Berdebar juga
rasanya apabila masuk ke dalam klinik dengan air cond yang sejuk dan bau
ubat-ubatan yang memeningkan kepala. Selepas menyerahkan IC dan kad temujanji kepada
jururawat di kaunter, Dahlia duduk bersama beberapa pesakit lain.
“Puan Dahlia...”
Nama Dahlia
dipanggil, sekeping nombor diberikan untuk salah satu bilik. Dahlia beralih
tempat duduk lagi. Tapi tak sampai 2 minit nombornya dipanggil, segera dia
masuk ke dalam berjumpa seorang doktor.
“Selamat pagi
Puan, sila..” doktor itu menjemput Dahlia duduk.
“Terima kasih.”
Seminit doktor itu
memeriksa fail perubatan Dahlia. Doktor bernama Shahrol seperti dalam tanda
namanya itu sedang menulis sesuatu.
“Puan, kami janji takkan
bahayakan bayi dalam kandungan Puan. Puan perlu buat rawatan yang kami nak
berikan ni secepat mungkin...”
“Tapi, saya nak
baby ni benar-benar selamat jika saya go thru dengan rawatan tu,” pinta Dahlia,
wajahnya serius.
“Puan, dalam masa
2 bulan dari sekarang, Puan takkan dapat berjalan lagi, kami takut Puan takkan
mampu untuk terima rawatan kami lagi... Puan kena fikirkan diri Puan.”
“Saya lebih rela
tidak berjalan asalkan saya dapat lahirkan bayi saya!” tegas Dahlia dengan
pendiriannya.
“Puan, kami akan
cuba yang terbaik untuk selamatkan Puan dan bayi Puan.”
“Saya tak nak
dengar apapun. Biarlah saya ambil ubat-ubatan saja. Saya tak nak jalani
sebarang rawatan sebab rawatan tu akan bagi kesan pada baby.”
“Tapi Puan, Puan
dalam bahaya.”
“Bukan manusia
yang tentukan hidup matinya manusia lain, selagi masih belum tersurat untuk
mati, saya akan terus hidup.”
Doktor itu
terdiam, dia tahu, caranya itu terlalu memaksa, tapi sudah banyak kali pujukannya
menemui jalan buntu. Dahlia bangun, kemudian beredar.. dia tahu setiap butir
dan setiap patah perkataan yang diberitahu doktor itu seratus peratus benar.
Tapi, untuk menjalani rawatan dan mengambil risiko membahayakan kandungannya dia
tidak sanggup. Biar dia saja yang sakit bukan bayinya itu. Langkah kaki Dahlia lemah,
tapi harus tetap melangkah dan melangkah, makin lama langkahannnya itu makin kuat
dan tinggi azamnya untuk terus hidup demi bayinya itu, sekiranya hidupnya ditentukan
hanya tinggal 1 bulan sekalipun, Dahlia berserah pada tuhan kerana tuhan lebih tahu,
hanya saja yang dia mahu, biarlah kandungannya itu lahir dahulu, jika tuhan mahu
cabut nyawanya selepas itu dia redha....
bersambung.... :(
5 comments:
Apalah sakit Dahlia ni agaknya? hmmm
tertanya-tanya je sakit apalah Dahlia ni. Bila kau nak reveal ni Fatrim???
Salam,
Kasieh ~ Wahhh.. dah komen ke blog ni. hihi..
Syah Shah ~ Reveal tu nanti-nanti ajelah. Kasi simptom ajelah dulu. ekeke..
Thanks komen. ^__^
Dahlia sakit apa? mengandung pulak tu.
Pengorbanan seorang ibu... tak dapat nak dibalas jasanya...
Post a Comment