~Group FB Coretan Hati Ke Jemari (Fatrim Syah)~~

Sunday 9 December 2012

E-Novel ~ Bunga Terakhir (BAB 15)


 
BAB 15
“Nurse, saya Bazli Mansor yang pihak hospital hubungi tadi. Di mana Puan Juwita Sallehudin sekarang? Macamana keadaan dia? Di mana wad dia?” tanya Bazli cemas semasa sampai ke kaunter pertanyaan.
“Sabar encik, sabar. Bawa bertenang, tolong isi borang Puan Juwita dulu. Kami perlukan beberapa kebenaran sebelum memulakan operasi. Puan Juwita masih di dalam bilik kecemasan.” 

Bazli ambil borang dan isi apa yang patut. Dia sendiri tak tahu apa yang dia tulis, dia hanya turunkan tandatangan sahaja. 

“Encik sila tunggu di sana ya.”
Bazli melangkah menuju ke tempat duduk disediakan, Bazli tak lepas memandang pintu wad kecemasan. Hatinya tak keruan, hatinya tidak putus-putus berdoa agar Juwita yang berada di dalam selamat.

Kring! Kring!
Tiba-tiba telefon bimbit Bazli berbunyi. Bazli segera angkat bila tertera nama Puan Julia ibu Juwita.
“Helo mama. Ya, Bazli dah dekat hospital ni. Tak, Bazli tak tahu keadaan Juwita macamana.. kita berserah ya ma...” Bazli sempat menenangkan Puan Juwita yang menangis teresak-esak di talian.
“Bazli, mama dengan papa kebetulan dekat Jakarta ada urusan. Kami akan cuba balik secepat mungkin. Tolong tengok-tengok kan Juwita ya Bazli,” pinta Puan Julia sayu.
“Baik mama, mama jangan risau. Ha, a’ah. Waalaikumsalam..”
Talian telefon itu Bazli matikan. Sungguh, kalau bukan kerana Bazli teringatkan Puan Julia serta Encik Salehhudin itu kawan baik ibu dan ayahnya merangkap ibu bapa Juwita, mana mungkin dia akan menghadirkan diri di situ. Bazli memang sudah tekad, lepas saja ibu dan ayahnya balik bercuti nanti dia akan maklumkan mereka mengenai penceraiannya dengan Juwita. Dia sudah lelah meneruskan lakonan yang tidak ada sebarang anugerah itu melainkan penambahan dosa-dosa penipuan semata. 

Untuk kali ini dia terpaksa membantu Juwita atas sebab simpati. Atas sebab wanita itu tiada siapa-siapa ketika ini. Bazli fikirkan kalau dia berada di tempat Juwita sekarang, mungkinkah Juwita juga akan mengambil tindakan sama? Bazli tiada jawapannya. Bazli kusut, risau, bimbang, tak tenang, dia tak tahu apa berlaku di dalam. Dia tak tahu apa-apa.

“Abang Zamri!!!”
Seseorang berteriak di sebelah kanan. Bazli terkejut dengan teriakan itu kerana nama yang dipanggil itu dikenalinya, segera dia toleh. Dia pandang ke arah seorang perempuan dan seorang anak kecil lingkungan umur setahun yang tak tahu apa-apa di sebelahnya berserta seorang lagi perempuan.
 “Kak, tenang kak.. tenang.. tuhan lebih sayangkan suami akak..” perempuan itu ditenangkan oleh perempuan tadi, kemudiannya mereka berlalu daripada situ.

Kini tahulah Bazli yang Zamri telah berkahwin. Kasihan pula melihat anak kecil yang tidak tahu apa-apa itu memandang Bazli ke belakang. Bazli sayu melihatnya. 

Sudah hampir sejam Bazli di situ. Dia sangat-sangat risau. Apa sebenarnya yang doktor buat lama sangat dekat dalam. Sungguh! Apa yang paling dirisaukan Bazli ketika itu adalah kalau-kalau pembedahan itu gagal. Kalau-kalau Juwita sudah.. dia tak sanggup nak memaklumkan kepada keluarga mentuanya. Bazli berdoa banyak-banyak semoga Juwita selamat hendaknya.

Klak!
Pintu wad kecemasan dibuka, seorang jururawat yang keluar. Bazli segera berdiri dan ke arah jururawat itu.
“Cik, macamana dengan pesakit cik? Macamana dengan dia cik?” tanya Bazli bertalu-talu kepada jururawat itu.
“Sabar cik, kejap lagi doktor keluar.”
Bazli tak dapat apa-apa jawapan kerana jururawat itu sibukkan sesuatu. Bazli mencebik mahu marah, tetapi dia ambil langkah bertenang dan duduk saja tunggu di situ.

Klak!
Kali ini seorang doktor yang keluar. Bazli terus berdiri dan bertanya pada doktor itu.
“Doktor, macamana dengan keadaan pesakit doktor?” tanya Bazli ingin tahu.
“Kami sudah merawat dia sehabis baik encik, tapi buat masa sekarang, dia masih belum ada sebarang tindak balas. Sila, ikut ke bilik saya.”

Bazli angguk dan mengikuti doktor tersebut. Ada berbagai rasa dan debaran di hati Bazli.
“Silakan duduk encik..”
“Bazli..” sambung Bazli memberitahu namanya dan terus duduk.
“Encik Bazli, kami sudah keluarkan darah beku di bahagian kepala pesakit. Tapi, kami belum pasti keadaannya selepas ini. 2 kakinya yang patah kami sudah simenkan, tapi mungkin ambil masa untuknya kembali berjalan, tangan kiriya juga patah. Buat masa sekarang, pesakit akan koma buat beberapa ketika..”
“Apa maksud doktor dengan koma beberapa ketika?” tanya Bazli lagi.
“Kami tak tahu berapa lama pesakit ini akan koma. Kecederaan dia agak teruk, nasib baiklah tuhan masih sayangkan dia. Awak sebagai suami dia kena bagi sokongan moral yang tinggi pada isteri awak untuk dia sedar..” nasihat doktor itu kepada Bazli, seolah-olah tahu mereka itu pasangan suami isteri.
Bazli mati kata. Mahu diberikan penjelasan tidak sesuai.  Dia angguk sahaja.
“Boleh saya jumpa isteri saya?” tanya Bazli.
Ralat.
“Boleh, banyakkan bersabar ya. “

Bazli keluar dari ruangan itu dan segera ke tempat Juwita ditempatkan. Bila saja masuk ke dalam wad itu, sayu Bazli lihat keadaan Juwita. Ada rasa kasihan. Simpati. Hampir keseluruhan badannya berbalut, begitu juga kepalanya. Bazli ambil tempat duduk di sebelah Juwita.
“Juwita, awak cepat sembuh ya...” itu saja kata-kata yang mampu Bazli ungkapkan. 
Sungguh, dia tidak mahu ingat kisah duka rumahtangga mereka. Bazli bukanlah seorang pendendam. Dia kenal Juwita dari kecil lagi dan walau seteruk manapun hubungan mereka, dia tetap ambil berat padanya. Bazli pegang tangan Juwita bagi dia sokongan. 

Bazli ambil telefon dan taip pesanan ringkas (sms) kepada keluarga mentuanya. Hal itu juga diberitahu kepada ibu dan bapanya. Selepas itu Bazli diam memerhatikan Juwita, Bazli tak tahu kenapa dia simpati sangat dengan keadaan Juwita dan rasa mahu melindunginya. Bazli tak tahu kalau-kalau dia masih sayangkan Juwita, dia pandang Juwita lama, hanya bunyi mesin oksigen saja yang menemani kala itu.. entah! Ada rasa yang Bazli sendiri tak mahu tafsirkan, mungkinkah dia masih cintakan wanita itu? Bazli berteka teki sendiri, dia tidak mahu fikirkan hal itu saat ini..

**************
“Kami balik dulu ya umi, abi.. terima kasih.” Adam meminta diri untuk pulang bersama Wani.
“Kami balik dulu, umi, abi..” Wani salam tangan umi dan abi.
“Wani jaga diri baik-baik ya nak..” sempat umi berpesan, kemudiannya memeluk Wani yang sudah dianggapnya anak sendiri.
“Adam, selalulah balik ke sini. Bawa Aiman dan Dahlia sekali, lama abi tak jumpa mereka,” abi memandang Adam dalam.
“Ya abi, kami balik dulu ya umi. Asssalamualaikum..”
“Waalaikumsalam..” jawab umi dan abi serentak.

Kemudiannya Adam dan Wani masuk ke dalam kereta. Langsung saja kedua-duanya diam. Wani tak tahu mahu cakap apa, dia sendiri tak pasti dan tak tahu kalau Adam anggap dia itu isteri. Wani tahu, dalam benak Adam sekarang dia mahu pulang cepat ke rumahnya sebab Dahlia dan Aiman pasti menunggu di sana. Wani tahu, itulah harapan Adam, benar, Wani sanggup lakukan apa-apa saja untuk lelaki itu asalkan dia senang.

Adam pula senyum sendiri dan rasa tak sabar balik ke rumahnya. Tak sabar rasanya untuk dia lihat wajah anaknya dan wajah tenang Dahlia di sana. Kemudian Adam tekan punat radio untuk menghilangkan kesunyian ketika itu...

Tersentuh hatiku..
Bila terfikirkan kamu
Kau sering bersandar padaku
Di saat kau lelah..
Ingatkah dirimu..
Pada waktu-waktu dulu...
Aku sering menyambutmu
Di saat kau jatuh..
Akulah... aku..
Yang selalu membuat kau tersenyum..
Walau sering ku terluka
Tapi tak mengapa..
Akulah.. aku..
Kan selalu hadir untukmu..
Moga nanti suatu hari
Kau akan sedari..

Bait lagu Suatu Hari Nanti nyanyian Keroz Nazri itu membuai perasaan Wani, teringat dia kenangan-kenangan semasa dia dan Adam belajar. Semasa Adam dan dia membuka syarikat bersama dan saat dia sering memberi sokongan kepada Adam ketika syarikat mereka dilanda masalah. Kenangan-kenangan itu terlalu indah untuk diingati Wani sendiri, air matanya menitis. 
Sungguh! Bait lagu itu memang kena dengan dirinya. Dia sering berada di sisi Adam, di saat jatuh bangun lelaki itu, malah di saat dia mahu memeluk Islam dan di saat Adam mahu berkahwin dengan Dahlia, tidak sekelumitpun rahsia Adam tidak diketahui olehnya kerana mereka sudah lama berkawan. 
Sungguh, itu semua Wani lakukan kerana dia amat menyintai Adam dalam diam. Wani tahu, hati Adam sudah termiliki makanya dia tidak pernah mengharap apa-apa selain dapat melihat Adam setiap hari. Kini, dia sudah berkahwin dengan Adam, walaupun sebagai syarat, tapi memang Adam sendiri tahu yang Wani menyayanginya.. Wani tak tahu macamana nak buat Adam cintakan dirinya atau sayangkan dirinya.. Wani bukan jenis yang memaksa orang lain, dia sudah terlalu biasa dengan keadaan tanpa kasih sayang.. 

“Wani, lepas ni abang hantar Wani balik dulu ya. Abang nak balik rumah..” Adam membuka bicara.
Segera Wani menyeka air mata yang bertakung, dia pandang ke arah lain dan pura-pura tertidur. Dia tahu kata-kata itu akan Adam beritahunya. Wani cuba tutup matanya rapat-rapat. Dia cuba untuk tabah setabahnya.. untuk masa ini, dia tahu, dia tidak keseorangan, dia sudah ada Adam dan dia juga sudah ada Allah swt yang sentiasa menemaninya... 

bersambung....

5 comments:

Dayana Darwisy said...

menarik setakat yg umi...
teruskan...

Fatrim Syah said...

Terima kasih umi singgah komen. Segan pula rasanya. ^___^

Syah Shah said...

Owh, tak tau nak kesian kat siapa ni. Tapi yang paling kesian adalah Wani.

Masih memikirkan atas alsan apakah Dahlia paksa Adam kawin dengan Wani tu. Hehe~ :)


psssttt... Fatrim, sepatutnya simen, bukan semen. Semen tu... Err... Err... air 'duit'. Hehe

Fatrim Syah said...

gulp! Thanks Syah Shah sebab ingatkan.. kakaka.. nanti edit balik naa.. aku pun tulis ni jam 4 pagi tadi, tu yang ada bahasa2 pelik. Thanks ya sebab singgah komen. ^_^

Unknown said...

Kesian kat wani,adam tu dah khwin ngan wani care la sikit ngan wani,dah byk yg wani korban kan tuk dy..caiyok2 ayim