BAB 15
“Nurse, saya Bazli
Mansor yang pihak hospital hubungi tadi. Di mana Puan Juwita Sallehudin
sekarang? Macamana keadaan dia? Di mana wad dia?” tanya Bazli cemas semasa
sampai ke kaunter pertanyaan.
“Sabar encik,
sabar. Bawa bertenang, tolong isi borang Puan Juwita dulu. Kami perlukan
beberapa kebenaran sebelum memulakan operasi. Puan Juwita masih di dalam bilik
kecemasan.”
Bazli ambil borang
dan isi apa yang patut. Dia sendiri tak tahu apa yang dia tulis, dia hanya
turunkan tandatangan sahaja.
“Encik sila tunggu
di sana ya.”
Bazli melangkah
menuju ke tempat duduk disediakan, Bazli tak lepas memandang pintu wad kecemasan. Hatinya tak keruan,
hatinya tidak putus-putus berdoa agar Juwita yang berada di dalam selamat.
Kring! Kring!
Tiba-tiba telefon
bimbit Bazli berbunyi. Bazli segera angkat bila tertera nama Puan Julia ibu Juwita.
“Helo mama. Ya,
Bazli dah dekat hospital ni. Tak, Bazli tak tahu keadaan Juwita macamana.. kita
berserah ya ma...” Bazli sempat menenangkan Puan Juwita yang menangis
teresak-esak di talian.
“Bazli, mama
dengan papa kebetulan dekat Jakarta ada urusan. Kami akan cuba balik secepat
mungkin. Tolong tengok-tengok kan Juwita ya Bazli,” pinta Puan Julia sayu.
“Baik mama, mama
jangan risau. Ha, a’ah. Waalaikumsalam..”
Talian telefon itu
Bazli matikan. Sungguh, kalau bukan kerana Bazli teringatkan Puan Julia serta
Encik Salehhudin itu kawan baik ibu dan ayahnya merangkap ibu bapa Juwita, mana
mungkin dia akan menghadirkan diri di situ. Bazli memang sudah tekad, lepas
saja ibu dan ayahnya balik bercuti nanti dia akan maklumkan mereka mengenai
penceraiannya dengan Juwita. Dia sudah lelah meneruskan lakonan yang tidak ada
sebarang anugerah itu melainkan penambahan dosa-dosa penipuan semata.
Untuk kali ini dia
terpaksa membantu Juwita atas sebab simpati. Atas sebab wanita itu tiada
siapa-siapa ketika ini. Bazli fikirkan kalau dia berada di tempat Juwita
sekarang, mungkinkah Juwita juga akan mengambil tindakan sama? Bazli tiada
jawapannya. Bazli kusut, risau, bimbang, tak tenang, dia tak tahu apa berlaku
di dalam. Dia tak tahu apa-apa.
“Abang Zamri!!!”
Seseorang berteriak
di sebelah kanan. Bazli terkejut dengan teriakan itu kerana nama yang dipanggil
itu dikenalinya, segera dia toleh. Dia pandang ke arah seorang perempuan dan
seorang anak kecil lingkungan umur setahun yang tak tahu apa-apa di sebelahnya
berserta seorang lagi perempuan.
“Kak, tenang kak.. tenang.. tuhan lebih
sayangkan suami akak..” perempuan itu ditenangkan oleh perempuan tadi,
kemudiannya mereka berlalu daripada situ.
Kini tahulah Bazli
yang Zamri telah berkahwin. Kasihan pula melihat anak kecil yang tidak tahu
apa-apa itu memandang Bazli ke belakang. Bazli sayu melihatnya.
Sudah hampir sejam
Bazli di situ. Dia sangat-sangat risau. Apa sebenarnya yang doktor buat lama
sangat dekat dalam. Sungguh! Apa yang paling dirisaukan Bazli ketika itu adalah
kalau-kalau pembedahan itu gagal. Kalau-kalau Juwita sudah.. dia tak sanggup
nak memaklumkan kepada keluarga mentuanya. Bazli berdoa banyak-banyak semoga Juwita
selamat hendaknya.
Klak!
Pintu wad
kecemasan dibuka, seorang jururawat yang keluar. Bazli segera berdiri dan ke
arah jururawat itu.
“Cik, macamana
dengan pesakit cik? Macamana dengan dia cik?” tanya Bazli bertalu-talu kepada
jururawat itu.
“Sabar cik, kejap
lagi doktor keluar.”
Bazli tak dapat
apa-apa jawapan kerana jururawat itu sibukkan sesuatu. Bazli mencebik mahu
marah, tetapi dia ambil langkah bertenang dan duduk saja tunggu di situ.
Klak!
Kali ini seorang
doktor yang keluar. Bazli terus berdiri dan bertanya pada doktor itu.
“Doktor, macamana
dengan keadaan pesakit doktor?” tanya Bazli ingin tahu.
“Kami sudah merawat
dia sehabis baik encik, tapi buat masa sekarang, dia masih belum ada sebarang
tindak balas. Sila, ikut ke bilik saya.”
Bazli angguk dan
mengikuti doktor tersebut. Ada berbagai rasa dan debaran di hati Bazli.
“Silakan duduk
encik..”
“Bazli..” sambung
Bazli memberitahu namanya dan terus duduk.
“Encik Bazli, kami
sudah keluarkan darah beku di bahagian kepala pesakit. Tapi, kami belum pasti
keadaannya selepas ini. 2 kakinya yang patah kami sudah simenkan, tapi mungkin
ambil masa untuknya kembali berjalan, tangan kiriya juga patah. Buat masa
sekarang, pesakit akan koma buat beberapa ketika..”
“Apa maksud doktor
dengan koma beberapa ketika?” tanya Bazli lagi.
“Kami tak tahu
berapa lama pesakit ini akan koma. Kecederaan dia agak teruk, nasib baiklah
tuhan masih sayangkan dia. Awak sebagai suami dia kena bagi sokongan moral yang
tinggi pada isteri awak untuk dia sedar..” nasihat doktor itu kepada Bazli,
seolah-olah tahu mereka itu pasangan suami isteri.
Bazli mati kata.
Mahu diberikan penjelasan tidak sesuai. Dia angguk sahaja.
“Boleh saya jumpa
isteri saya?” tanya Bazli.
Ralat.
“Boleh, banyakkan
bersabar ya. “
Bazli keluar dari
ruangan itu dan segera ke tempat Juwita ditempatkan. Bila saja masuk ke dalam
wad itu, sayu Bazli lihat keadaan Juwita. Ada rasa kasihan. Simpati. Hampir
keseluruhan badannya berbalut, begitu juga kepalanya. Bazli ambil tempat duduk
di sebelah Juwita.
“Juwita, awak
cepat sembuh ya...” itu saja kata-kata yang mampu Bazli ungkapkan.
Sungguh, dia tidak
mahu ingat kisah duka rumahtangga mereka. Bazli bukanlah seorang pendendam. Dia
kenal Juwita dari kecil lagi dan walau seteruk manapun hubungan mereka, dia
tetap ambil berat padanya. Bazli pegang tangan Juwita bagi dia sokongan.
Bazli ambil telefon dan taip pesanan ringkas (sms) kepada keluarga mentuanya. Hal itu juga diberitahu kepada ibu dan bapanya. Selepas itu Bazli diam memerhatikan Juwita, Bazli tak tahu kenapa dia simpati sangat dengan keadaan Juwita dan rasa mahu melindunginya. Bazli tak tahu kalau-kalau dia masih sayangkan Juwita, dia pandang Juwita lama, hanya bunyi mesin oksigen saja yang menemani kala itu.. entah! Ada rasa yang Bazli sendiri tak mahu tafsirkan, mungkinkah dia masih cintakan wanita itu? Bazli berteka teki sendiri, dia tidak mahu fikirkan hal itu saat ini..
Bazli ambil telefon dan taip pesanan ringkas (sms) kepada keluarga mentuanya. Hal itu juga diberitahu kepada ibu dan bapanya. Selepas itu Bazli diam memerhatikan Juwita, Bazli tak tahu kenapa dia simpati sangat dengan keadaan Juwita dan rasa mahu melindunginya. Bazli tak tahu kalau-kalau dia masih sayangkan Juwita, dia pandang Juwita lama, hanya bunyi mesin oksigen saja yang menemani kala itu.. entah! Ada rasa yang Bazli sendiri tak mahu tafsirkan, mungkinkah dia masih cintakan wanita itu? Bazli berteka teki sendiri, dia tidak mahu fikirkan hal itu saat ini..
**************
“Kami balik dulu
ya umi, abi.. terima kasih.” Adam meminta diri untuk pulang bersama Wani.
“Kami balik dulu,
umi, abi..” Wani salam tangan umi dan abi.
“Wani jaga diri
baik-baik ya nak..” sempat umi berpesan, kemudiannya memeluk Wani yang sudah
dianggapnya anak sendiri.
“Adam, selalulah
balik ke sini. Bawa Aiman dan Dahlia sekali, lama abi tak jumpa mereka,” abi
memandang Adam dalam.
“Ya abi, kami
balik dulu ya umi. Asssalamualaikum..”
“Waalaikumsalam..”
jawab umi dan abi serentak.
Kemudiannya Adam
dan Wani masuk ke dalam kereta. Langsung saja kedua-duanya diam. Wani tak tahu
mahu cakap apa, dia sendiri tak pasti dan tak tahu kalau Adam anggap dia itu
isteri. Wani tahu, dalam benak Adam sekarang dia mahu pulang cepat ke rumahnya
sebab Dahlia dan Aiman pasti menunggu di sana. Wani tahu, itulah harapan Adam,
benar, Wani sanggup lakukan apa-apa saja untuk lelaki itu asalkan dia senang.
Adam pula senyum
sendiri dan rasa tak sabar balik ke rumahnya. Tak sabar rasanya untuk dia lihat
wajah anaknya dan wajah tenang Dahlia di sana. Kemudian Adam tekan punat radio
untuk menghilangkan kesunyian ketika itu...
Tersentuh hatiku..
Bila terfikirkan
kamu
Kau sering
bersandar padaku
Di saat kau
lelah..
Ingatkah dirimu..
Pada waktu-waktu
dulu...
Aku sering
menyambutmu
Di saat kau
jatuh..
Akulah... aku..
Yang selalu
membuat kau tersenyum..
Walau sering ku
terluka
Tapi tak mengapa..
Akulah.. aku..
Kan selalu hadir
untukmu..
Moga nanti suatu
hari
Kau akan sedari..
Bait lagu Suatu
Hari Nanti nyanyian Keroz Nazri itu membuai perasaan Wani, teringat dia
kenangan-kenangan semasa dia dan Adam belajar. Semasa Adam dan dia membuka
syarikat bersama dan saat dia sering memberi sokongan kepada Adam ketika
syarikat mereka dilanda masalah. Kenangan-kenangan itu terlalu indah untuk
diingati Wani sendiri, air matanya menitis.
Sungguh! Bait lagu itu memang kena
dengan dirinya. Dia sering berada di sisi Adam, di saat jatuh bangun lelaki itu,
malah di saat dia mahu memeluk Islam dan di saat Adam mahu berkahwin dengan Dahlia,
tidak sekelumitpun rahsia Adam tidak diketahui olehnya kerana mereka sudah lama
berkawan.
Sungguh, itu semua Wani lakukan kerana dia amat menyintai Adam dalam
diam. Wani tahu, hati Adam sudah termiliki makanya dia tidak pernah mengharap
apa-apa selain dapat melihat Adam setiap hari. Kini, dia sudah berkahwin dengan
Adam, walaupun sebagai syarat, tapi memang Adam sendiri tahu yang Wani
menyayanginya.. Wani tak tahu macamana nak buat Adam cintakan dirinya atau
sayangkan dirinya.. Wani bukan jenis yang memaksa orang lain, dia sudah terlalu
biasa dengan keadaan tanpa kasih sayang..
“Wani, lepas ni
abang hantar Wani balik dulu ya. Abang nak balik rumah..” Adam membuka bicara.
Segera Wani menyeka
air mata yang bertakung, dia pandang ke arah lain dan pura-pura tertidur. Dia
tahu kata-kata itu akan Adam beritahunya. Wani cuba tutup matanya rapat-rapat.
Dia cuba untuk tabah setabahnya.. untuk masa ini, dia tahu, dia tidak
keseorangan, dia sudah ada Adam dan dia juga sudah ada Allah swt yang sentiasa
menemaninya...
bersambung....
5 comments:
menarik setakat yg umi...
teruskan...
Terima kasih umi singgah komen. Segan pula rasanya. ^___^
Owh, tak tau nak kesian kat siapa ni. Tapi yang paling kesian adalah Wani.
Masih memikirkan atas alsan apakah Dahlia paksa Adam kawin dengan Wani tu. Hehe~ :)
psssttt... Fatrim, sepatutnya simen, bukan semen. Semen tu... Err... Err... air 'duit'. Hehe
gulp! Thanks Syah Shah sebab ingatkan.. kakaka.. nanti edit balik naa.. aku pun tulis ni jam 4 pagi tadi, tu yang ada bahasa2 pelik. Thanks ya sebab singgah komen. ^_^
Kesian kat wani,adam tu dah khwin ngan wani care la sikit ngan wani,dah byk yg wani korban kan tuk dy..caiyok2 ayim
Post a Comment