BAB 11
JUWITA geleng
kepala perlahan memandang Mira meminta simpati. Bagi Mira, ini saja peluang
untuknya memberitahu ibu dan ayahnya tentang penceraian abangnya. Ini saja
satu-satunya cara. Tapi, bila mengingatkan janji dengan abangnya di mahkamah
tempoh hari dan melihat kekecewaan abangnya mana mungkin Mira tega membiarkan
abangnya luka sekali lagi.
Juwita pasrah,
jika itu harinya hubungan dua keluarga itu musnah kerananya, dia rela. Namun
jauh di sudut hati dia berharap sangat agar Mira tidak berkata apa-apa. Puan
Munira masih memandang mereka.
“Siapa yang
bercerai ni Mira?” tanya Puan Munira pada Mira sekali lagi.
“Eh, tak mak. Tadi
Mira pergi mahkamah syariah ada tutorial. Mira cakap dekat akak Juwita pasal
orang bercerai... tragis mak, macam-macam tuntutan yang mereka buat.” Mira memberitahu, Juwita diam saja, angguk.
“Oh, ingatkan
apalah tadi. Juwita dan Bazli tak mungkin bercerai, dari awal dulu memang mak
dah nampak mereka ni akan jadi suami isteri yang bahagia...” girang suara Puan
Munira penuh harapan.
“Mama, jom kita ke
ruang tamu. Macam tak sesuai pula bercerita dekat dapur ni.” Juwita membawa
Puan Munira ke depan, sempat dia memandang ke belakang mengangguk tanda terima
kasih pada Mira.
‘Kalau bukan sebab
kesiankan abang, Mira dah cakap awal-awal’ gumam Mira sendiri dan kemudian mengikuti
mereka ke depan.
“Ha mamanya, dah
lewat ni. Bazli, kami balik dulu ya?” ayah Bazli meminta diri.
“Abang ni, awal
lagi tau.” Puan Munira buat muka.
“Ala, rindu anak
dialah tu. Anak kita ni dah berumahtangga wahai mamanya. Dah jadi hak orang
lain.” Ayah Bazli bergurau.
“Bazli kan anak
mama selama-lamanya.” Bazli senyum memandang ibunya.
Bazli dan Juwita
menghantar ibu dan ayahnya serta Mira ke depan.
“Mama, papa
datanglah lagi.” Bazli menyalam tangan kedua orang tuanya diikuti Juwita.
“Ha Juwita, nanti
kalau mama kamu datang bagitau mama kirim salam ya?” pesan Puan Munira.
“Insya ALLAH ma,”
jawab Juwita melemparkan senyuman pada Puan Munira dan mereka berlaga pipi
mesra.
Kemudiannya Mira
pula menyalam abangnya, sengaja ditekannya kuat sedikit kerana marah, dengan
Juwita pula terus Mira terus lepas tangan lepas salam.
“Papa drive hati-hati, nanti Bazli free, Bazli balik rumah,” sempat Bazli
berpesan.
“Insya ALLAH,”
ayah Bazli membalas.
Bazli dan Juwita
memerhatikan ibu dan ayah Bazli serta Mira meninggalkan tempat itu.
Setelah setengah
jam mereka pergi, Juwita pula pergi. Setiap kali selepas makan malam dan adegan
bahagia palsu itu berlangsung, begitulah rutin mereka.
Bazli tutup pintu
lepas Juwita pergi, dia duduk di sofa ruang tamu sambil pandang gambar perkahwinannya. Tidak pernah Bazli
sangkakan, ini susahnya sebuah perkahwinan yang telah retak. Bazli rasa
bersalah sangat dengan orang tuanya. Selalu dia tonton drama di kaca televisyen
tu macam senang saja orang bagitau dia bercerai. Tapi realitinya, sangat,
sangat susah! Bazli menyandar di sofa dan tengok atas, fikirannya kosong dengan
rasa bersalah.
Baru dia teringat!
Juwita bawa bunga lavendar tu tadi ke tak, bergegas Bazli ke meja makan.
“Fuh! Nasib baik
ada lagi.” Bazli senyum sendiri dan mengambil bunga lavendar itu.
Entah kenapa pula
Bazli rasa yang bunga lavender tu penting sangat untuk Kasih, mungkinkah dia
rasakankan sesuatu padanya?
*******************
“Mama, kepala
Dahlia ni pening sangat ni, Dahlia tak sedap badan..”
“Kalau macam tu
berehatlah di bilik.”
“Mama tolong suruh
Pak Mat ambil Aiman dekat Taska ya.”
“Iya, tak payahlah
kamu susah-susah, pergi naik bilik berehat.”
Dahlia angguk dan
kemudian meneruskan langkah ke tangga, namun belum sempat Dahlia melangkah
naik, pemandangannya berpinar-pinar dan terus
rebah di situ juga.
“Astagafirullahalazim...
Dahlia!” Puan Sofia meluru mendapatkan anaknya yang terbaring di lantai.
“Dahlia, bangun
nak.. bangun.. Pak Mat! Pak Mat!! Pak Mat!! Bangun Dahlia bangun..” Puan Sofia
masih menggoyang-goyangkan badan anaknya.
“Kenapa? Kenapa
Puan?” tanya Pak Mat yang terkocoh-kocoh berlari mendapatkan Puan Sofia.
“Tolong, tolong angkat
anak saya, kita ke hospital.. cepat,” arah Puan Sofia.
Segera Pak Mat
mengangkat Dahlia yang terbaring di lantai lalu membawanya ke kereta.
“Cepat Pak Mat,
cepat...” Puan Sofia makin risau dan bimbang.
“Bangun Dahlia
bangun, janganlah kamu apa-apa nak.. Ya ALLAH, permudahkanlah semuanya.. Pak
Mat cepat drive tu, cepat..”
“Ya Puan, ya..”
Sampai saja di
hospital, Pak Mat ke kaunter dan memberitahu petugas di sana. Dahlia diletakkan
di atas katil beroda dan dimasukkan ke dalam wad kecemasan.
“Maaf Puan, sila
tunggu dekat luar..” jururawat bertugas menahan Paun Sofia.
“Sabar Puan,
tenang, Insya ALLAH anak Puan tak apa-apa.” Pak Mat menenangkan majikannya itu.
Puan Sofia
mengangguk. Kemudian teringatkan Aiman.
“Pak Mat pergi
ambil Aiman dekat Taska, dah lewat ni.. nanti terus bawa ke sini,” arah Puan
Sofia.
Pak Mat ikut
arahan dan terus berlalu dari situ. Puan Sofia menunggu dengan sabar tetapi
dalam keadaan tidak tentu arah. Dia takut sesuatu berlaku pada Dahlia dan dia
takut kehilangan Dahlia..
SAMPAI saja di
Taska, Pak Mat terserempak dengan Adam yang turut berada di sana. Pak Mat
berbelah bagi, perlukah dia bagitau yang Dahlia dekat hospital. Tapi akhirnya
Pak Mat tekad, dia mesti bagitau Adam, Dahlia itu isterinya.
Kring! Kring!
Belum sempat Pak
Mat keluar dari kereta, telefon bimbitnya berdering.
“Helo.”
“Pak Mat dah ambil
Aiman ke? Kalau dah terus bawa ke sini ya.” Puan Sofia mengingatkan sekali
lagi.
“Puan, Aiman ada
dengan ayahnya.”
“Pak Mat jangan
beritahu apa-apa pada Adam. Buat macam biasa. Adam tak boleh tahu hal ni.
Faham?” Puan Sofia mengingatkan lagi.
“Baik Puan.”
Puan Sofia
meletakkan telefonnya. Pak Mat turun dari kereta dan menemui dua beranak itu.
“Assalamualaikum
Adam,” sapa Pak Mat yang melihat Adam leka bersama Aiman.
“Waalaikumsalam Pak
Mat, apa khabar Pak Mat?”
“Alhamdulillah. Pak
Mat macam ni ajelah. Aiman, masa untuk balik...” Pak Mat memandangnya.
“Papa, Aiman nak
balik rumah papa.” Aiman enggan dan memaut erat tangan ayahnya.
“Aiman, Aiman kena
balik rumah mama. Jangan risau, ayah akan datang sini selalu. Balik ya.” Adam
memujuk dan memeluk anaknya itu erat dan mencium kepalanya.
Kemudiannya Adam
mengangkat Aiman dan memasukkannya ke dalam kereta.
“Papa!”
“Aiman, jangan
degil. Aiman sayang papa tak?”
Aiman angguk.
“Pak Mat, saya
gerak dulu. Kirim salam dengan Dahlia.” Adam menyampaikan pesannya.
Pak Mat angguk dan
melempar senyuman.
“Adam...” Pak Mat
menyebut namanya.
“Ya Pak Mat? Ada
apa?” tanya Adam.
“Oh tak, tak ada
apa-apa..” pantas Pak Mat teringat peringatan Puan Sofia, dia majikan, teruk
akibatnya kalau dia ingkar, segera Pak Mat masuk ke dalam kereta.
**************
“Doktor, macamana
anak saya doktor? Dia baik-baik saja kan?” tanya Puan Sofia sebaik dia melihat
doktor keluar dari pintu wad kecemasan.
“Baik, dia
baik-baik saja Puan. Sila ikut saya.”
Puan Sofia
mengikut doktor itu masuk ke dalam biliknya.
“Puan, silakan
duduk.”
“Terima kasih.”
“Puan, tahniah,
anak puan sudah mengandung 3 bulan.”
“Alhamdulillah..
terima kasih doktor, macamana dengan kandungannya doktor? Semua baik-baik saja
kan?” tanya Puan Sofia masih bimbangkan anaknya.
“Insya ALLAH,
semuanya baik-baik saja. Cuma, anak Puan perlu banyak berehat dan makan juga
mesti teratur. Sekarang ni badannya agak lemah, itu yang dia pengsan..” pesan
doktor muda itu.
“Baik doktor,
terima kasih, saya keluar dulu..” Puan Sofia meminta diri.
“Tapi ada satu hal
yang saya bimbangkan Puan..”
Langkah Puan Sofia
terhenti, kembali dia duduk ke kerusi tadi dengan pandangan penuh harapan.
Doktor itu juga memandangnya.. mereka diam.
WANI memandang
keluar pejabatnya. Dia masih teringat perbualan dia dan Dahlia tempoh hari
selepas Aiman hilang hari itu. Sudah beberapa hari Wani tidak dapat melelapkan
mata kerana memikirkan kata-kata Dahlia. Apa mungkin Dahlia benar-benar sanggup
suaminya berkahwin lain dan apa mungkin Adam benar-benar ikhlas mahu
mengahwininya atau sekadar mahu menunaikan permintaan Dahlia. Yang dia
fikirkan, apa akan jadi dengan perkahwinan mereka nanti.
Tok! Tok! Tok!
“Masuk,” arah Wani
dan membubarkan lamunan.
“Cik Wani, ini
dokumen yang Cik Wani minta. Ada apa-apa lagi yang saya boleh bantu?” tanya
pembantu Wani kepadanya.
“Terima kasih
Julia, buat masa ni tak ada apa-apa. Encik Adam sudah balik ke pejabat?” tanya
Wani ingin tahu.
“Belum lagi Puan.
Tadi dia keluar kejap. Kata setiausahanya dia ke Taska. Mungkin kejap lagi
baliklah tu,” jawab Julia.
“Okay.”
“Saya keluar dulu
ya.” Julia meminta diri dan kemudian keluar dari situ.
Wani belek dokumen
yang baru dimintanya itu. Tapi, fikirannya masih kusut. Kata-kata Dahlia masih
terngiang-ngiang di telinganya.
“Wani, tolonglah
kahwin dengan Adam. Dahlia tahu selama ni Wani sukakan Adam kan? Dahlia minta
ni bersebab Wani, tolonglah kahwin dengan Adam..”
Permintaan Dahlia
semasa mereka berdua minum di sebuah restoran tempoh hari membuatkan Wani kelu.
Dan sesungguhnya dia masih kelu, bagaimana mungkin Dahlia tegar bertanya
perkara tersebut kepadanya. Bagaimana mungkin seorang isteri sanggup membenarkan
suaminya sendiri memadukannya. Wani mati kata dengan permintaan Dahlia itu. Ya,
sungguh dia memang sangat sukakan Adam, tapi bukanlah cara tersebut, dia mahu
Adam juga suka kepadanya sendiri, bukan kerana paksaan atau apapun. Wani juga
syak, apa mungkin ada sesuatu menimpa Dahlia, apa mungkin ada berlaku krisis
rumahtangga antara pasangan suami isteri yang sudah lama dikenalinya itu.
Lama berteka teki,
dia nampak Adam membuka pintu pejabat dan kemudian masuk ke dalam bilik
pejabat. Apa mungkin dia perlu bertanya Adam saja kalau-kalau ada sesuatu
menimpa Dahlia.
Ah! Wani terus
keluar dari bilik pejabatnya dan masuk ke dalam bilik Adam, dia mesti bertanya
sendiri pada Adam supaya kegusaran yang berputar dimindanya itu terjawab.
“Adam, boleh kita
bincang kejap?” tanya Wani sebaik membuka pintu bilik pejabat Adam tanpa mengetuk
terlebih dulu.
“Ya Wani,
duduklah..”
Wani mengambil
tempat duduk dan kemudian bertanya, “Adam, Dahlia tak apa-apa kan?” tanya Wani
tiba-tiba.
“Tak, dia okay
je.”
“Apa maksud awak
dia okay je? Awak berdua ada masalah ke? Kenapa dia bagi syarat yang awak mesti
kahwin dengan saya barulah dia balik rumah dengan Aiman? Come on Adam, kita dah kenal lama, masalah awak, masalah saya
juga.”
“Erm.”
“Adam?”
Adam pegang
dahinya, kemudian dia pandang Wani, “Sudah dua bulan kami tinggal berasingan.
Dahlia sebenarnya nak minta cerai dengan saya, tak tahu atas sebab apa..
tiba-tiba dia muncul dekat mahkamah masa perbicaraan khalwat kita dan minta
saya kahwin dengan awak..” Adam bercerita.
“Sebenarnya Dahlia
ada jumpa saya, katanya dia minta saya kahwin dengan awak bersebab. Awak ada
tanya dia sebabnya?” tanya Wani lagi.
“Entah, itu saya
tak tahu. Yang saya perasaan, beberapa bulan sebelum kami tinggal berasingan,
dia jadi pendiam, memendam perasaan.. yang saya tahu pasal mak mertua saya
asyik call tu ajelah, yang lain saya
tak tahu..”
“Dahlia tu
berahsia sikit orangnya, saya tahu sebab dia tu pernah satu dorm dengan saya masa kat universiti
dulu..”
“So, apa jawapan awak dengan permintaan
saya hari tu?” tanya Adam pula.
“Permintaan apa?”
tanya Wani lagi.
“Bukan permintaan,
lamaran saya tu... awak terima?” tanya Adam mengingatkan.
“Adam, susah saya
nak cakap. Saya tak tahu nak jawab apa dan bagaimana, awak ni memang ikhlas ke
nak kahwin dengan saya atau awak saja nak tunaikan permintaan isteri awak?
Adam, saya pun seorang perempuan, saya juga ada perasaan, kahwin ni bukan benda
main-main..” Wani meluah perasaannya.
“Wani, meski mungkin ini permintaan Dahlia.
Tapi, sebagai seorang muslim dan Islam itu sendiri memartabatkan kaum wanita,
awak terimalah lamaran saya...”
“Adam, saya balik
bilik saya dulu.” Wani meminta diri.
“Wani, kalau awak
dah ada jawapan, awak bagitau saya ya?” Adam mengingatkan.
“Adam, ini bukan drama
Melayu. Dan, saya tak mahu sebarang syarat atau kontrak untuk mengahwini awak. Awak
tanya hati awak, apa awak bersedia mahu berkahwin dengan saya dengan ikhlas.”
Wani kemudian berdiri
dan bersedia untuk keluar. Adam pula masih kalut, apa mungkin dia tidak
keterlaluan? Apa mungkin dia terlalu memaksa? Tapi jika difikirkan balik.. dia
sendiri tak tahu samada dia perlu tunaikan permintaan Dahlia atau tak.. namun
bila memikirkan keadaan Aiman hari itu, dia tiada pilihan. Kalau dengan
penyatuaannya dengan Wani itu dapat memberikan kebaikan untuk semua pihak, dia
redha..
“Wani!”
Langkah Wani terhenti
di situ.
bersambung....
No comments:
Post a Comment