BAB 10
BAZLI balik ke Kuala Lumpur selepas berada di Sydney selama 3
hari. Sempat dia beli buah tangan untuk mama, ayah dan adiknya Mira. Tidak lupa sejambak bunga lavendar segar untuk Kasih. Buka saja pintu rumahnya,
gambar perkahwinan dia dan Juwita terpampang luas di depan mata. Sudah 3 hari
dia lupakan masalah itu tapi bila melihat gambar itu, tiba-tiba dia teringat
kembali mahligai musnah itu. Sungguh! Setiap kali melihat gambar tersebut membuatkan
dia sangat-sangat terluka. Kalaulah boleh, mahu saja dia buang gambar besar itu
supaya tidak menyemak dan menyerabutkan fikirannya. Bazli ambil langkah
positif, dia ambil kain dan tutup gambar itu, tenang hatinya. Dia letak bunga
lavender di meja kopi di bawah gambar perkahwinannya itu.
Bazli masuk ke
dalam biliknya dan membersihkan diri, dia tengok jam sudah masuk jam 1.30
petang. Bazli baru ingat yang dia belum solat zohor lagi...
“Ya ALLAH, kau
kuatkanlah hatiku menerima semua ini, kau ampunkanlah dosa-dosaku kerana
terpaksa menipu kedua orang tuaku dan juga keluarga mentuaku...”
Itulah doa Bazli
setiap kali menunaikan solat. Kadang-kadang Bazli rasa bersalah sangat. Ini
bukanlah kehidupan yang dimahukannya, kalaulah masa itu boleh diundur kembali,
dia akan benar-benar bertanya pada Juwita adakah dia benar-benar sudi
menerimanya sebagai seorang suami, sungguh dia tidak akan melaksanakan ijab dan
kabul itu hanya untuk sebuah penceraian. Tapi, Bazli tidak mahu fikir banyak,
yang berlalu biarkanlah berlalu, tiada guna untuk mengingati perkara yang telah
terjadi, hidup perlu diteruskan.
Usai makan pizza
yang dibelinya semasa dalam perjalanan balik tadi, Bazli tekan televisyen
rumahnya. Rancangan Hot In Cleveland yang Bazli tonton di
saluran 702 Astro sangat menghiburkan. Bolehlah setakat nak ketawa dan
menghiburkan diri sendiri. Bazli sempat pandang bunga lavender segar yang
diletaknya di meja tadi.
‘Mesti Kasih
suka...’ gumam Bazli sendiri mengingatkan pesanan Kasih tempoh hari.
3 hari berada di Sydney,
Bazli asyik pula teringatkan Kasih. Iyalah, selepas peristiwa hari itu, mahu
juga dia mengiburkan hati Kasih. Gadis Sabah itu memang membuatkannya senyum
sendiri.
Kring! Kring!
Terbubar lamunan
Bazli dengan panggilan telefon rumahnya yang berbunyi. Baru dia merancang nak
bermimpi indah disamping mendengar lagu-lagu melankolik di saluran Sinar FM.
Segera dia angkat gagang telefon.
“Helo.”
“Helo Bazli, mak
ayah nak ke sana dinner. Boleh tak?
Bazli baru balik dari Aussie kan, takkan takde apa-apa untuk mama,” tanya
ibunya dalam talian.
Bila saja dengar
ibunya cakap begitu, Bazli terus cakap, “Boleh, boleh, a’ah, Bazli ada bawa
sesuatu untuk mama, papa dan Mira, mestilah ada...” jawab Bazli.
“Okey, mama dengan
papa datang malam ni jam 9. Lupa pula, dengan Mira sekali.”
Mendengar nama
Mira disebut, Bazli menelan air liur. Selalunya Mira tak mahu ikut, takutlah
pula dia kalau-kalau Mira pecah rahsia. Adiknya yang satu tu kadang-kadang
bukan boleh kompromi. Tapi setakat ini, rahsia Bazli masih kuat dipegang Mira.
“Bazli, kenapa
diam ni?” tanya mamanya yang tidak mendengar suara Bazli.
“Ada, saya ada ma.
Okey, malam nanti datanglah. Mama nak Bazli masak apa?” tanya Bazli.
“Kamu masak?”
Ibunya terkejut.
“Eh, err.. tak,
Juwita, Juwita yang masak. Mama suka sotong masak merah kan, nanti Bazli buat,
eh, Juwita buat.” Bazli tergagap-gagap pula, dia pukul kepalanya lembut sambil
ketap gigi.
“Hmm.. kamu ni, suruh
Juwita masak apa-apa je. Asal boleh makan, mama bedal. Okey, mama nak keluar
kejap ni, assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.”
Bazli menjawab salam, kemudiannya dia mendengar bunyi ringing menandakan ibunya telah meletakkan telefon.
“Fuh! Nasib baik
tadi.” Bazli berkata sendirian dan kemudian menjeling ke arah gambar
perkahwinan yang tertutup di dinding rumahnya.
“Baru aku tutup
kau, kena buka balik.. aish!” omel Bazli.
“Eh, lupa pula,
Juwita.” Bazli baru teringat, takut pula Juwita ada hal, terus dia hubungi
nombor telefon Juwita.
“Helo?”
“Ha Bazli, ada apa
call ni?” tanya Juwita agak kasar.
“Malam ni mama ngan
papa saya nak datang rumah jam 9.” Bazli memaklumkan.
“Okey. Nanti saya
datang. Awak masak ke saya masak?” tanya Juwita lagi.
“Takpe, saya
masak.”
Kemudiannya telefon
bimbit Juwita sudah ditutup. Nampak sangat Juwita tidak suka dengan semua itu.
Bazli segera melihat ke dalam peti sejuk, apa-apa yang boleh menjadi hidangan.
Bila tengok semua dah habis, terpaksalah dia ke pasaraya tesco sebentar lagi.
**************
TEPAT jam 9.00
malam, ibunya Puan Munira, ayahnya dan Mira datang ke kondo milik Bazli. Juwita
menyambut mereka mesra, cuma Mira yang buat muka sedikit tapi apabila Bazli
angguk-angguk dan buat muka, terus saja Mira salam tangan Juwita dan pandang ke
tempat lain. Inilah kali pertama Mira datang rumah abangnya, masuk-masuk saja
dia disambut dengan gambar perkahwinan abangnya di depan mata, itu membuatkan
Mira rasa meluat. Kemudiannya, Mira berjalan masuk ke dalam.
“Mira, please. Tolong abang ya,” tiba-tiba
Bazli menarik Mira ke belakang.
“Abang, sampai
bila nak buat macam ni? Tak baik tau, Mira tak nak subahat. Lagi-lagi benda
macam ni. Abang bagi muka sangat dekat perempuan tu.” Mira melepaskan tangan
abangnya dan berlalu, sekilas dia menoleh tajam ke arah abangnya.
Bazli masih
menyebut perkataan ‘please’ kepada
adiknya itu. Sungguh dia tidak mahu melukakan hati ibu dan ayahnya yang
kelihatan girang menemuinya dan Juwita.
“Papa, mama,
jemput ke meja makan. Semua dah terhidang tu,” jemput Juwita mesra, Mira geram
sangat melihat kelakuannya.
‘Kejap lagi, kau
tahulah langit tu tinggi ke rendah’ gumam Mira marah dalam hati dan mengambil
tempat duduk, dia memandang tajam abangnya yang duduk di depannya.
“Sedap Juwita
masak hari ni?” puji Puan Munira kepada anak menantunya.
“Err.. tak mak,
Bazli yang banyak tolong. Kan bang?” Juwita bermanja pula dengan Bazli, dia
pegang lengan Bazli di sebelahnya.
Bazli senyum,
“Itulah hebatnya menantu mak ni, pandai masak.. tengok, dah tembam sikit Bazli
ni.” Bazli sengaja bergurau.
“Kenapa rasa ikan
ni macam rasa ikan dari kedai je?” tanya Mira tiba-tiba.
Bazli menendang
kaki adiknya. Mira buat muka.
Bazli terus sahut,
“Tu maknanya, masakan Kak Juwita kamu ni setanding dengan kedai.. sikit lagi
boleh masuk Masterchef Malaysia.” Bazli berseloroh.
Ibu dan ayahnya
senyum sambil menikmati makan malam itu. Mira makan sikit saja, kemudian dia
buat muka pandang Bazli.
“Ha Bazli, bila
kami nak timang cucu ni?” tanya ayahnya pula.
“Uhuk!” Mira terus
batuk.
Bazli pandang
adiknya kemudian jawab, “Insya ALLAH, kami berserah saja papa,” jawab Bazli
ringkas.
“Juwita jaga badan
ya?” Puan Munira pula menyampuk.
“Tak, tak adalah
ma. Juwita okey saja, cuma belum rezeki lagi,” jawab Juwita sambil mengelus
rambutnya.
Mira geram sangat
tengok kepura-puraan abangnya dan Juwita. Hatinya sakit pula, sungguh kalau dia
ingat apa yang berlaku di mahkamah syariah beberapa minggu lalu, mahu saja dia
buka mulut. Tapi, memandangkan dia masih punya hati nurani, dia diam. Ini semua
demi abangnya juga.
“Sebelum Bazli
terlupa, ini hadiah untuk mama dan papa. Ini untuk Mira.. eksklusif dari Aussie
tau..” Bazli memberikan sebuah beg berisi hadiah kepada mamanya.
“Thanks, eh! Untuk Juwita ada kamu
belikan apa-apa tak? Mesti special
kan?” tanya mamanya pula.
Baru Bazli
teringat, memang takde langsung dia belikan apa-apa untuk Juwita, lagipun untuk
apa. Tapi, bila mamanya tanya begitu, takkan tak nak jawab pula.
“Erm... adalah ma,
bunga lavender segar dari Aussie, jap Bazli amik.” Bazli ke meja kopi tempat
dia letak bunga lavender, ada juga rasa bersalah pada Kasih sebab dia sudah
janji padanya.
“Nah, untuk my beloved wife yang penyayang dan
sentiasa menjaga makan minum I.”
Bazli memberikan bunga lavender itu kepada Juwita, walaupun di sebalik senyuman
tapi hati Bazli bagai dihiris-hiris!
“Thanks abang..” jawab Juwita penuh
kepura-puraan, mereka berbalas senyuman.
Lega hati Puan
Munira dan Encik Mansor melihat kebahagiaan anak dan menantu mereka.
“Cantik rumah kamu
ni Bazli, dulu biasa saja. Ada orang rumah la katakan..” puji ayahnya.
“Ala ayah ni, ni
kami berdua saja, memanglah kemas, kalau dah bertiga ke berempat nanti..
tengoklah apa jadi...” Bazli membalas sambil pandang Juwita.
“Tengoklah menantu kita siapa, cantik, molek
macam ni... tentulah kemas rumahnya,” puji Puan Munira.
“Ehem!” Mira sengaja berdeham tidak suka, dia
jeling tajam ke arah Bazli yang banyak berbohong. Bazli tendang kaki adiknya.
Mata Mira tajam menjelingnya.
“Hari tu dah renovate bilik atas tu kan?” tanya Puan
Munira lagi.
“A’ah ma, dah jadi
empat bilik.”
“Dekat bilik cadar
warna apa?” tanya Mira tiba-tiba.
“Kuning.” Bazli
jawab.“Merah.” Juwita jawab.
Mereka berdua
jawab serentak dengan jawapan yang berbeza, Puan Munira dan ayahnya pandang
mereka.
“Mana satu ni?
Merah ke kuning?” tanya Puan Munira. Mira senyum sendiri, Bazli buat muka
dengan adiknya, pandai perangkap mereka.
“Pagi tadi Bazli
cuci cadar merah tu ganti dengan yang kuning. Juwita tak sempat masuk bilik
tadi sebab sibuk dengan makan malam ni, so,
dia tak tahu.” Bazli memberi jawapan selamat.
“A’ah ma, tak
sempat lagi Juwita naik atas. Tadi masa tukar baju ni pun tak perasan.” Juwita
menyokong kata-kata Bazli.
Usai makan, Mira
mengangkat pinggan dan gelas yang digunakan ke singki dan mencucinya.
“Mira, thanks ya. Maafkan abang, abang kena
buat macam ni dulu, nanti abang akan cakap dengan mak dan ayah,” tiba-tiba pula
Bazli datang dan mengucapkan terima kasih kepadanya kerana tidak membocorkan
rahsianya.
“Mira diam bukan
bermakna Mira akan diam selamanya bang, berpegang-pegang mesra, abang dan Kak
Juwita tu bukan muhrim lagi.” Mira memberitahu abangnya, seakan mengugut, dia
bertegas!
Tiba-tiba pula
Juwita masuk ke dalam dapur, Bazli meninggalkan dapur.
“Mira tak payahlah
susah-susah, biar akak saja yang buat.” Juwita menyapanya.
“Tak payahlah kak,
akak pun tak basuh pinggan ni nanti. Jadi, biarlah Mira saja yang basuh.” Mira
menyindir Juwita.
“Mira tolonglah
faham apa yang akak dan abang Bazli kamu tu lalui.” Juwita tiba-tiba
mendekatinya.
“Apapun alasannya
akak dan abang Bazli tu dah bercerai kak. Jujur sajalah dengan mak ayah.” Mira
membalas.
“Kalau akak cakap,
apa akan jadi dengan hubungan mak akak dan mak Mira nanti. Keluarga kita. Kita
kena fikir semua tu Mira.” Juwita cuba menenangkan Mira, dia tahu Mira marah
padanya.
“Jadi, kalau dah
tahu kenapa nak bercerai dengan abang Bazli?” Mira mahukan penjelasan.
“Siapa yang
bercerai?” tanya Puan Munira yang masuk dapur tiba-tiba.
Ketika itu jantung
Mira dan Juwita bagaikan berhenti berdegup. Mereka berpandangan.
Adakah apa yang mereka bualkan tadi didengari Puan Munira? Juwita benar-benar
bimbang. Dahinya berkerut seribu....
bersambung.... ^___^
1 comment:
Bikin suspen
Post a Comment