PENERBANGAN dari Kuala Lumpur menuju ke Sabah malam
itu mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit. Hampir 2 jam juga Bazli bersedia di lapangan terbang kerana pesawat
lewat sampai. Sebaik saja pesawat sudah bersedia, Bazli dan anak-anak kapal
yang lain sudah berada di dalam pesawat untuk menyediakan apa yang patut dan
juga bersiap sedia untuk menyambut penumpang. Rutin itu sudah terlalu biasa
untuk Bazli, bekerja sebagai Flight Attendant
(FA) walaupun nampak mudah tapi sebenarnya memenatkan. Orang lain mungkin nampak mereka sangat istimewa
kerana menaiki kapal terbang secara percuma sambil bertugas. Namun, untuk
memenuhi tugasan yang kadangkala memerlukan mereka menaiki sesebuah pesawat lebih
dari sekali dalam sehari sebenarnya menuntut kesabaran dan dedikasi yang sangat
tinggi. Apatah lagi, melayan karenah penumpang yang macam-macam ragam. Pernah
juga Bazli dan anak-anak kapal menghadapi saat cemas semasa cuaca kurang baik dan
dimaki hamun penumpang yang tidak puas hati dengan makanan yang diberi. Namun,
di sebalik kepahitan, pasti juga ada kenangan manisnya, antaranya adalah membawa
artis-artis ternama dalam dan luar negara, juga Perdana Menteri.
“Selamat menaiki
Sinar Airlines, anda sedang menaiki pesawat boeing 747 dari Kuala Lumpur menuju
ke Sabah. Penerbangan ini mengambil masa selama 2 jam 30 minit. Saya Amani Ahmad,
ketua pramugari anda bersama anak-anak kapal mengucapkan selamat datang. Terima
kasih kerana memilih Sinar Airlines sebagai penerbangan anda.”
Ringkas kata-kata Ketua
Pramugari itu memaklumkan melalui pembesar suara. Diikuti pengumuman dalam
Bahasa Inggeris. Beberapa minit kemudian, pesawat sudah memasuki ruang angkasa selepas
juruterbang pula membuat pengumuman. Bazli ke pantry untuk menyediakan makanan dan
minuman untuk penumpang. Dia ditemani seorang pramugari baru.
“Hai, saya Bazli.
Awak baru bertugas ya? First day?”
tanya Bazli kepada pramugari yang kelihatan manis dan tinggi di depannya, dia belum
pernah melihatnya sebelum ini.
“Ya, my first day. Saya Kasih Aziah Bahrom.
Boleh panggil Kasih,” jawabnya ringkas melemparkan senyuman manis di balik tahi
lalat di atas bibir sebelah kanan menampakkan dia amat cantik sekali, dicalit
pula dengan mekap yang sederhana tebal menambah seri kepada wajahnya yang bujur
sirih itu.
“Okay, enjoy your day. Don`t worry, once you get in, we are family.” Bazli memberi
semangat dan melemparkan senyuman.
Seketika, hati
Kasih runtun melihat senyuman manis Bazli pula. Lelaki tinggi lampai dan
wajahnya ala-ala salah seorang pelakon drama televisyen tempatan itu redup
dipandang Kasih.
‘Hensem juga dia
ni, agak-agak single lagi tak. Baik pula tu, ada jodoh kot aku atas kapal
terbang ni.. sekali kahwin dalam kapal kan ke best..’ gumam Kasih dalam hati
sempat pula berangan-angan bagai.
“Kasih, Kasih.. are you okay?” tegur Bazli.
“Oh! Saya terima
nikahnya... Err, maaf Bazli, sorry...” tiba-tiba Kasih tersasul, malu pula
dibuatnya, Bazli pula senyum-senyum ada makna.
“Dah, lain kali
jangan mengalamun, kita tengah bertugas ni. Jom, tolak troli tu,” arah Bazli
mengingatkan.
Kasih mengangguk.
Kemudiannya dia menolak troli itu perlahan-lahan sambil Bazli dan seorang lagi
anak kapal menghidangkan makanan dan minuman kepada penumpang. Kasih pula asyik
tengok Bazli dari tadi. Apabila sudah habis bertugas, semua anak kapal ke
bahagian pantry.
“Kasih, awak
tengok Bazli dari tadi ada apa-apa ke?” tanya Nadia, salah seorang anak kapal
juga.
“Eh, takdelah.”
Kasih menafi.
“Maaf la ya Kasih.
Dia tu dah kahwin 3 bulan lepas, kalau awak cepat masuk maybe ada peluang, dah lama juga dia tu membujang.” Nadia
memberitahu.
“Oh, patutlah
tangan dia ada inai lagi. Siapa isterinya?” tanya Kasih ingin tahu.
Diana memerhati
Kasih, “Nama isteri dia Juwita, fashion
designer, dengar kata cantik juga,” jawab Nadia.
“Okay, aku nak ke
depan dulu, manalah tahu ada passenger
yang perlukan apa-apa.” Kasih meminta diri.
‘Dah kahwin,
takpelah, kawan pun boleh..’ Kasih mengumam seorang diri dan berlalu memandang
Bazli yang berada di depan.
Namun, belum
sempat menuju ke sana, di pintu pantry, seseorang menegur,“Hai, tak sempat
kenal tadi, awak stewardess baru tu
ya? Saya Khairi,” seorang pramugara menegur Kasih, dia pula memang perhatikan
Kasih sejak tadi.
“Ya, stewardess baru. My first day. Saya Kasih.” Kasih memperkenalkan diri.
“Boleh kita keluar
dinner lepas duty nanti?” tanya Khairi lagi, cepatnya lelaki yang satu itu
bertindak.
“Maaf Khairi,
nanti Kasih ada dinner dengan saya.
Dia ni adik angkat saya,” pantas Bazli menjawab.
‘Adik angkat je?
Yang lain-lain tak boleh ke?’ gumam Kasih terkejut dengan pengakuan Bazli.
“Oh, adik angkat
kau ya. Sorry Kasih, tak dapatlah
keluar dinner sama. Nanti abang
angkat awak hempuk saya boleh patah saya.. tengok tangan dia ni..” Khairi
sempat pula mengusap lengan Khairi, pantas Bazli menepis.
“Dah Khairi, pergi
depan sana. Ada lelaki tu asyik nak jumpa awak je, siapa tu? Boyfriend ke?” pedas dan berbisa sungguh
mulut Bazli, Khairi buat muka malas menjawab pertanyaan itu dan berlalu.
“Dia tu tak payah
layan sangat, buaya karat. Lelaki dia layan, perempuan pun dia layan..
hati-hati nak kenal orang.” Bazli sempat memberi amaran.
Kasih mengangguk
macam burung belatuk tapi dalam hati ada taman-taman bunga indah mekar, orkid,
melur, melati dan macam-macamlah jenis bunga.. lupa, ada air terjun dan pelangi
dan kereta kuda lagi tu.
“Kita akan
mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaraya Kota Kinabalu sebentar
lagi. Sila betulkan tempat duduk anda dan buka tingkap di sebelah anda. Sebarang
penggunaan tandas buat masa ini adalah tidak dibenarkan.”
Ketua Pramugari
yang bertugas membuat pengumuman, semua anak kapal memeriksa semua penumpang
dan memberitahu mereka untuk menegakkan tempat duduk.
20 minit kemudian,
semua penumpang sudah turun. 10 minit selepas itu, para anak kapal bersama
juruterbang dan pembantu juruterbang bertugas juga turun untuk report duty di dalam lapangan terbang
dan seterusnya di bawa ke Hotel oleh petugas yang telah ditugaskan. Sepanjang
masa itu juga, Kasih tidak berenggang dengan Bazli. Khairi pula tidak mengikut
mereka kerana mengikut kereta lain.
“Kasih orang Sabah
ya?” tanya Bazli.
“Ya bah..” jawab
Kasih dalam nada pekat Sabah.
“Bah tu apa?”
tanya Bazli lagi.
“Bah tu ya.
Seronok juga first day ke Sabah. So, bolehlah rehat di sini sehari dua
sebelum flight duty. Selalunya kalau
ke sini, awak ke mana?” tanya Kasih.
“Hmm.. duduk
hotel, paling tidak ke Wisma Merdeka sebelah hotel tu. Boring-boring ke Pantai
Tanjung Aru. Manalah saya tahu jalan-jalan dekat sini,” beritahu Bazli.
“Okay, nanti kita
ke satu tempat, sure awak suka,”
jawab Kasih girang.
Perjalanan ke
Hyatt Regency Hotel yang terletak di Bandaraya Kota Kinabalu hanya mengambil
masa kurang 15 minit dari lapangan terbang tadi. Semua anak kapal turun dari
kereta dan mendaftar masuk.
“Maaf ya tak dapat
bawa awak dinner, dah lewat..” Bazli meminta
maaf.
“Awak ni, manalah ada
lagi dinner tengah malam buta ni. Esok
pagi breakfast sama ya?” Kasih mengingatkan.
“Insya ALLAH,”
jawab Bazli dan kemudian meninggalkan Kasih dan yang lain dalam lif lalu menuju
ke bilik penginapannya.
‘Alamak, lupa
minta number phone, esok jelah..’
gumam Kasih sedikit kecewa sambil memerhati Bazli keluar dan lif tertutup perlahan-lahan.
Sampai saja di
bilik, Bazli merehatkan diri. Teringat pula dia pada Juwita di rumah, dia lihat
jam sudah masuk jam 12.30 malam. Mungkin esok saja dia hubungi Juwita, lepas
solat Isyak, Bazli melelapkan mata di katilnya.
***********************
“SELAMAT pagi Adam. Awal sampai. Dah breakfast?” tanya Wani pada Adam yang sudah berada di pejabatnya.
“Oh.
Assalamualaikum.” Wani memberi salam.
“Waalaikumsalam,
aku dah breakfast pagi tadi,” jawab
Adam sambil tersenyum.
“Aku tahu, aku
keluar dulu tau. Jam 9 nanti jangan lupa, Encik Yaakob nak datang tu tunjuk
sampel batik baru, aku dah tengok dekat emel semalam. Kaulah ya layan dia, tak
kuasa aku dengan orang tua tu,” sempat Wani mengingatkan sambil mengatakan
sesuatu pasal Encik Yaakob.
“Kan aku dah kata,
baiklah kau kahwin cepat-cepat. Nanti takde siapa yang nak kacau kau lagi,”
tegur Adam pada gadis bernama Wani di depannya. Langsung wajah Wani berubah.
“Ala, zaman
sekarang ni dah biasa kalau perempuan kahwin lambat..” jawab Wani dan kemudian
keluar dari ruangan pejabat Adam.
Alkisahnya dahulu,
Wani pernah bercinta dengan seorang rakan sekuliah mereka bernama Zafrul. Entah
macamana pula, suatu hari tu, Wani nampak Zafrul dan perempuan junior lain
dalam kereta romen-romen. Mahu taknya si Wani jadi singa lapar masa tu. Sejak
tu dia memang tak terbuka hati lagi pada lelaki lain. Namun, di hati manusia
siapa yang tahu.
Wani berjalan
keluar ke pintu pejabat, kebanyakan staf belum sampai pagi itu, dia menjeling
menoleh Adam.
‘Mungkin kau tak
nampak aku lagi Adam, tapi aku akan tunggu masanya..’ gumam Wani sendiri dan
terus keluar.
Janganlah jangan..
Kau sakiti cinta ini..
Sampai nanti.. di saat ragaku sudah tidak bernyawa lagi..
Telefon Wani
berbunyi, diangkatnya panggilan itu.
“Helo.”
“Helo Wani. Adam
sini, ingat saya lagi tak?” tanya seseorang bernama Adam di talian.
“Adam mana pula
ni? Aku ada ramai kawan lelaki nama Adam,” berkerut sekejap dahi Wani
memikirkan Adam yang mana satu menghubunginya.
“Adam, kau tak
ingat lagi ya. Kita kan sekampung.. anak Haji Muhsin tu...” lelaki bernama Adam
itu memberitahu.
“Oh, kau Adam,
ingatkan apa. Kenapa call ni? Takde
hujan, takde ribut..” tanya Wani pelik.
“Aku dan adik kau
Baizura dah nak kahwin. Ayah kau tak bagitau ke?” tanya Adam, sekali lagi Wani
terkejut, sampai hati ayahnya tidak memaklumkan kepadanya tentang perkahwinan
adiknya sendiri.
“Oh, tahu, tahu..”
sengaja Wani bercakap demikian supaya Adam tidak sedar kepincangan yang berlaku
dalam keluarganya.
“Okay, Adam cuma
maklumkan je. Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam,
kirim salam Baizura ya,” pesan Wani kepada bakal adik iparnya itu.
“Insya ALLAH,”
jawab Adam dan mematikan telefon bimbit.
Wani melangkah
masuk ke dalam kereta. Hilang moodnya untuk sarapan pagi itu. Rupanya ayahnya
masih marahkan dia pasal kemalangan yang menimpa ibunya beberapa tahun lalu.
Sudah lama sebenarnya peristiwa itu berlaku. Masa itu ibunya mahu pergi melawat
Wani di kolej, tapi malang tidak berbau apabila ibunya diragut dan dilanggar
kereta. Sungguh, Wani tidak pernah mahukan semua itu berlaku. Namun, semua itu
masih menjadi amarah kepada ayahnya sehingga kini. Semua tragedi itu diletakkan
dibahunya sehingga kini. Sampaikan bila Wani balik kampung sekalipun, ayahnya
tetap menyindir dan tidak suka akan kehadirannya. Perlahan-lahan Wani membawa
kereta ke satu tempat yang dia sendiri tidak tahu, air matanya mengalir
perlahan..
***********************
“Helo? Abang
sihat? Okay ke dekat sana?” tanya Juwita sebaik mengangkat telefon bimbitnya.
“Abang sihat je,
dekat sini matahari awal naik. Sayang nak pergi kerja ke tu?” tanya Bazli
lembut.
“A’ah, jap lagi
nak jumpa klien. Bila abang nak balik?” tanya Juwita lagi.
“Rindu kat
abanglah tu. Insya ALLAH, kalau takde aral, esok atau lusa abang balik sana. Bawa
kereta tu elok-elok, rindu sayang,” sempat Bazli berpesan.
“Itu mestilah,
abang tu pun sama, jangan jalan tak tentu arah pula. Jaga diri tu,” pesan
Juwita.
“Nak apa-apa tak
dari Sabah ni?” tanya Bazli lagi.
“Hmm.. kalau ada
amplang ke dengan kuih cincin, sayang nak. Lama pula tak makan, okaylah bang,
sayang banyak benda nak buat ni. Kucing abang ni kirim salam dekat abang,”
sempat Juwita berseloroh.
“Oh, Miki buat hal
ya, uhuk pagi-pagi ya, jaga dia, tolong cubit dia untuk abang.. hihi..” Bazli
pula bergurau.
“Dah-dah, nanti
sayang tak dapat pergi kerja pula. Assalamualaikum.” Juwita memberi salam.
“Waalaikumsalam.
Bye. Miss you setinggi Gunung
Kinabalu.” Bazli berseloroh.
“Iyalah tu. Bye, miss you too...” Juwita kemudian
meletakkan telefon.
Juwita duduk
sebentar, melihat gambar perkahwinan mereka di dinding, melihat wajah Bazli dan
wajahnya yang nampak bahagia. Kemudian satu panggilan masuk, sengaja Juwita
tidak mengangkatnya. Entah, mungkin ada rasa bersalah barangkali. Dia menutup
telefon bimbit dan mengunci kondominium itu dan bergerak ke keretanya.
**********************
“Kami minta maaf Puan
Dahlia...”
Kata-kata itu masih
terngiang-ngiang di telinga Dahlia. Setelah balik dari sebuah tempat, Dahlia
menangis sendirian di dalam keretanya. Nyata, untuk menerima sesuatu seperti
itu memerlukan kekuatan yang bukan sedikit. Patutlah selama ini dia merasa lain
macam saja. Ditabahkan hati dan menunggu hasil keputusan. Setelah dimaklumkan,
air matanya mengalir deras, dia mencari cara bagaimana untuk memberitahu
seseorang apa yang dilaluinya. Sungguh berita itu tidak akan sesekali
diberitahu pada suaminya; Adam, sungguh tidak!
Klong! Klong!
Tiba-tiba alarm telefon bimbitnya berbunyi mengingatkan
dia akan tugasnya. Dahlia meneruskan pemanduan untuk mengambil Aiman di Taska, kalau lewat nanti
kasihan pula pada cikgunya yang menjaga di Taska tersebut. Sampai saja di depan
Taska Sri Indah itu, kelihatan Aiman dengan wajahnya yang riang.
“Lambatnya mama
sampai. Mama pergi mana?” Aiman sudah bertanya banyak soalan sebaik saja
memasuki kereta, meskipun umurnya baru menginjak 4 tahun, tetapi dia memang
petah berbicara.
“Mama jumpa kawan
mama kejap tadi. Apa Aiman belajar hari ni?” Dahlia memandang anak angkatnya
yang sudah petah bercakap itu.
“Lukis,” jawab Aiman riang dan menunjukkan
lukisannya pada Dahlia. Dahlia senyum dan mencium kepala Aiman lama.
Dahlia memasangkan
tali keledar di tempat duduk Aiman dan kemudian meneruskan pemanduan. Sempat
dia melambai pada Cikgu Natasha yang berada di luar pagar Taska sebagai tanda
ucapan terima kasih.
Sampai saja di
rumah, Dahlia menguruskan Aiman. Makanan tengahari yang sudah siap dimasaknya
pagi tadi dipanaskan semula.
“Aiman, lepas
mandi turun makan ya.”
Mujur Aiman sudah
pandai mandi sendiri, tapi sekali sekala Juwita terpaksa juga memerhatikannya.
Kadang-kadang Aiman terlebih masa pula di dalam bilik air, pernah satu ketika
dia menunggu punya lama, sekali dilihatnya dalam bilik air, Aiman sedang
bermain buih-buih sabun.
Usai makan
tengahari itu, Dahlia membiarkan Aiman melihat kartun-kartun kegemarannya di channel astro ceria. Dia pula berada di
luar, Dahlia duduk seorang diri sambil memikirkan sesuatu. Berita yang diterimanya
pagi tadi bakal mengubah kehidupannya. Lama Dahlia berfikir, kemungkinan itu,
kemungkinan ini. Rambutnya yang dipotong paras bahu itu kadangkala diraup-raup.
Kemudiannya dia asyik memandang gambar dia, suaminya Adam serta Aiman di
telefon bimbitnya. Sekali sekala air mata jernihnya menitis.
Tiga jam berada di
situ, Dahlia sudah bulat dengan keputusannya. Itulah risiko yang perlu dia
ambil. Meskipun perit tetapi langkah gila itu perlu dilakukan. Kemudiannya dia
menghubungi ibunya; Puan Sofia.
“Mama, ambil Dahlia
dengan Aiman dekat rumah,” berat Dahlia memegang gagang telefon rumahnya itu
memberitahu perkara yang akan memuaskan hati mamanya itu.
“Iya? Baik,
sekejap lagi mama datang.” Puan Sofia tahu saja menjalankan peranananya sebagai
Nyonya Mansor versi moden.
Tidak sampai
setengah jam. Puan Sofia sudah muncul di muka pintu, segera dia memegang tangan anaknya dan
memujuk, “Sekarang percaya cakap mama. Sebab dia mandullah dia berani buat
macam tu pada Dahlia. Mama tak nak Dahlia kena penyakit bukan-bukan,” sempat
Puan Sofia cuba mencucuk jarum ke dalam telur yang sudah sedia berlubang.
“Bukan salah abang
Adam mama. Nanti Dahlia ceritakan semuanya pada mama.” Dahlia memandang ibunya.
Puan Sofia pelik
dengan anaknya yang satu itu, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena,
seolah-olah ada sesuatu yang dahsyat ingin diberitahu padanya, meskipun dia terlalu
memaksa tetapi Puan Sofia masih punya hati nurani. Ibu mana yang tega
memusnahkan kebahagiaan anak sendiri tanpa sebab.
“Mama, papa?” tanya Aiman yang masih
belum faham dengan keadaan yang dihadapi mereka.
“Papa ada kerja
sikit, kita balik rumah nenek. Jom.” Dahlia memujuk Aiman, dia tahu anak
angkatnya itu sangat sayangkan Adam. Malah, tiap malam Aiman hanya mahu
ditidurkan oleh Adam sahaja.
Sebelum keluar, Dahlia
mengeluarkan surat yang diberikan ibunya tempoh hari beserta pesanan. Air
matanya mengalir, tapi dia harus melakukan itu, itulah jalan yang telah
dipilihnya. Dengan rasa kecewa yang tidak dapat dibendung, Dahlia terpaksa
pergi. Sekali lagi dipandangnya rumah penuh kenangan itu.
‘Maafkan Dahlia
bang, bukan pinta Dahlia sebegini, tapi lebih baik abang tak tahu apa yang
berlaku. Cukuplah apa yang abang hadapi selama ni’ gumam Dahlia sambil
memandang rumah mereka, air matanya menitis..
Bersambung..
Bersambung..
4 comments:
keep it up, kali ni watak sampingan pula ya. Tak sabar nak tahu apa jadi dengan Dahlia tu. Cepat-cepatlah up next bab ya. :)
Terima kasih kerana membaca ya. Insya ALLAH akan disambung. Kepada yang LIKE juga terima kasih banyak-banyak. Moga terhibur, maaf jika ada kekurangan di sana sini. Akan diperbaiki lagi pada masa-masa akan datang.
Regards,
Fatrim Syah
bw..
http://nurulnamasaya.blogspot.com/
Play Blackjack at a Casino! - Microgaming - Microgaming
A classic card game is 1xbet 먹튀 a goyangfc thrilling https://sol.edu.kg/ and engaging blackjack game at Microgaming. 도레미시디 출장샵 This fun worrione.com game is now available for your device!
Post a Comment