BAB 5
SEPANJANG berada dalam penerbangan balik ke Kuala Lumpur, Bazli
tidak banyak menegur Kasih. Kasih lihat Bazli juga kurang bicara dengan krew kapal
yang lain, mungkin saja masih kurang sihat kerana aktiviti mereka semalam.
Sesekali Kasih hanya melemparkan senyuman dan dibalas oleh Bazli. Sampai saja
ke Kuala Lumpur International Airport (KLIA) tepat jam 10.00 pagi selepas report duty, Bazli terus menuju ke
tempat keretanya diparkir. Bazli duduk sekejap berehat dalam keretanya, rasa
rindu pula dengan keretanya itu, dipasangnya
air cond dan pemain dvd, dapatlah juga mendengar suara nyanyian Bruno Mars
berjudul Lazy Song sambil tengok keletah
lucu dalam video klipnya, memang kena lagu itu dengan keadaannya ketika itu.
10 minit kemudian
barulah Bazli keluar dari parkir selepas membayar kos perkhidmatan parkir.
Semasa sedang membelok, dia ternampak Kasih berada di satu tempat bersama
bagasi kecilnya, mungkin mahu mendapatkan khidmat teksi ataupun menunggu
seseorang mengambilnya. Tapi nampak gayanya macam menunggu teksi.
Pon! Pon!
Kereta Bazli dihon
daripada belakang. Terkejut Bazli dibuatnya. Biasalah kan kalau warga KL bawa
kereta, semua nak cepat, mana nak fikir orang lain. Kau, kau, aku, aku.. macam
kes baru-baru ni, lori ikan terbabas, tapi orang ramai bukan duk nak sibuk
dengan pemandu ikan yang mungkin cedera parah atau patah riuk bagai, semua
sibuk duk angkut ikan-ikan yang jatuh atas jalan raya. Faham sangat dapat ikan
free siapa tak nak, dekat pasaraya pun ikan tak tentu harga. Hmm... ragam warga
yang benar-benar terjadi.
Bazli segera
memandu dan membelok ke tepi di mana Kasih berada. Kasih pelik, kereta siapa
pula di depannya, Kasih buat tak peduli. Mungkin orang yang menunggu seseorang
dari flight barangkali.
Bazli menurunkan
cermin tingkap, “Kasih Aziah Bahrom, tunggu teksi ke? Kalau tak keberatan saya
boleh tolong hantarkan.” Bazli memandang ke arah Kasih, siap sebut nama penuh
lagi.
Kasih memerhati
lelaki di dalam kereta itu, kerana lelaki itu memakai kaca mata hitam, sekejap
kasih tak kenal. Nasib baiklah suara lelaki itu dia kenal sangat.
“Awak Bazli. Tak
apalah, banyak teksi ni. Awak baliklah dulu, kirim salam isteri awak.” Kasih
menolak ajakannya.
“Naiklah, ada juga
teman saya berbual dalam perjalanan nanti. Ala, bukan buat apa-apapun, ini
sebagai tanda terima kasih awak ajak saya ke pulau mamutik semalam,” ajak Bazli
lagi sekali.
‘Dah dia ajak,
takkan nak jual mahal.. hmm.. naik jelah..’ desis hati kecil Kasih, dalam hati
tu penuh rama-rama nak berterbangan.. amboi!
“Okay. Nanti
turunkan saya dekat KL Sentral je tau,” sempat lagi Kasih berpesan dan membuka
pintu belakang kereta honda milik Bazli memasukkan bagasinya.
“Roger!” Bazli
faham.
Kemudiannya Bazli
meneruskan pemanduan. Kasih pula hanya berdiam, sambil itu dia tengok gambar
Bazli dan isterinya yang digantung di cermin tengah. Cantik juga gumam Kasih. Dia sure gambar itu
gambar isteri Bazli sebab Bazli dan wanita itu dalam pakaian pengantin. Sekejap fikiran Kasih melayang membayangkan
dia yang memakai pakaian pengantin itu di sebelah Bazli.
“Awak tak lapar
ke? Kita tak breakfast lagi ni,”
tanya Bazli membubarkan lamunan Kasih.
“Tak apalah, saya
dah biasa makan jam 12 nanti, minum air tadi before flight pun dah okay,” jawab Kasih.
“Hmm.. tak payah
nak diet sangatlah. Kita pergi breakfast dulu,
then saya hantar ke Kl Sentral,
boleh?” tanya Bazli lagi.
“Yalah...”
terpaksa Kasih mengiyakan, karang kalau dia enggan banyak pula ceramah Bazli
kepadanya.
Sampai saja di
Bandaraya Kuala Lumpur, Bazli membawa Kasih ke satu tempat untuk bersarapan,
bukan sarapan lagilah jawabnya bila mereka sampai di restoran itu tepat jam 12
tengahari. Usai memesan makanan, Kasih meminta diri untuk ke ladies.
“Bazli, nak ke
ladies jap.”
Bazli angguk
kepala. Bazli pandang sekeliling, manalah tahu kot-kot ada orang yang dia
kenal. Kemudiannya baru Bazli teringat yang dia belum menghubungi Juwita lagi.
Segera diambil telefon bimbitnya.
Sementara itu,
Kasih masuk ke dalam ladies milik restoran itu. Bukannya nak pergi nak terkucil
ke apa, pergi membuka sanggul rambutnya. Rasa terlalu protokol pula bersanggul
kemas bagai, macam mak datin muda pula. Usai membuka sanggul itu, dia mengikat
rambutnya seperti biasa.
“Helo sayang,
dekat mana tu?” tanya Bazli lewat telefon bimbitnya.
“Sayang dekat
butik ni, abang dah balik dari Sabah ke?” balas Juwita.
“A’ah, baru sampai
pagi tadi. Saja call, rasa rindu
pula,” nakal saja percakapan Bazli.
“Abang balik rumah
terus ke?” tanya Juwita.
Klong! Klong!
Tiba-tiba pula
bateri telefon bimbit Juwita habis, telefon bimbitnya terus mati.
“Helo, helo
sayang? Juwita?” tanya Bazli pelik, Bazli agak mesti Juwita tak cas telefon
bimbitnya, selalu macam tu, kalau dekat rumah, memang Bazli yang kena caskan
telefon bimbitnya.
“Ish, habis pula
bateri ni...” marah Juwita dan meletak telefon bimbitnya di para singki. Dia
membetulkan mekap di wajahnya.
Kasih memerhatikan
perempuan di sebelahnya, seperti pernah dia melihatnya. Ah! Lupakan jelah,
memang dia tak kenal. Kemudiannya perempuan itu keluar dari situ. Kasih
tiba-tiba ternampak telefon bimbit perempuan itu tertinggal.
“Cik, handphone
cik tu....” Kasih mengingatkan.
“Hmm.. Nasib baik,
memang saya ni jenis careless, anyway
thanks tau..”
“Okay.”
Dia lihat
perempuan itu berlalu dari situ, Kasih mencuci tangan. Kemudiannya keluar dari
situ menuju ke meja Bazli.
“Lamanya awak,
buat apa dalam tu?” tanya Bazli seakan marah.
“Takde apa-apa,
hal perempuan. Makanlah, awak tunggu saya buat apa, awak ni..” Kasih mengherot
mulut.
Baru sesuap, Bazli
tiba-tiba seolah ternampak seseorang yang dikenalnya di hujung restoran itu.
‘Zamri!’
Bazli melihat
Zamri makan bersama seorang perempuan. Dia kenal Zamri masa majlis
perkahwinannya dulu, itupun Juwita yang kenalkan dia, katanya abang angkat dia,
entah, Bazli pun lupa.
‘Mesti makan
dengan girlfriend dia agaknya, takpun
klien’ gumam Bazli sendiri, Zamri tidak nampak Bazli kerana keadaan restoran
tersebut yang ramai orang, dah gitu, dia sendiri memakai kaca mata hitam.
“Selalu ke makan
dekat sini?” tanya Kasih.
“Selalu juga,”
jawab Bazli, tapi entah kenapa matanya tetap mahu memandang ke arah Zamri,
macam nak tahu siapa wanita bersama Zamri itu. Seakan ada magnet dia nak tahu.
“Ni first time makan dekat sini, selalunya
makan tempat biasa saja.” Kasih mahu membuka topik perbualan.
“Oh, its okay, my treat..” Bazli melempar
senyuman.
Semasa sedang
memerhatikan Zamri, tiba-tiba wanita di depan Zamri tadi mengilas rambutnya dan
memandang ke kanan. Maka, dari situ Bazli tahu wanita yang sedang makan bersama
Zamri itu adalah Juwita isterinya! Bazli mula berteka teki sendiri. Bazli
perhatikan mereka berdua.
‘Sat lagi aku
tegurlah, harus Juwita terkejut.. hahaha..’ gumam Bazli lagi, tapi matanya tak
lekang memandang ke arah mereka.
Tiba-tiba Bazli
ternampak Juwita menyuapkan makanan ke mulut Zamri. Sama seperti yang dilakukan
Juwita apabila makan bersamanya.
Terkesima sebentar
jiwa lelaki Bazli apabila terpandang kemesraan mereka. Hatinya ketika itu
bermacam-macam rasa.
Punah!
Sakit!
Mendidih!
Bazli merasakan
seolah-olah selama ini dia bertepuk sebelah tangan. Banyak perkara berlegar
dalam fikiran Bazli. Apa sebenarnya berlaku? Kenapa mereka mesra? Apa hubungan
mereka? Bazli kusut dengan pelbagai pertanyaan yang belum mampu diterima
jawapannya.
Zamri sebenarnya
sedar Bazli berada di sana, dia senyum sendiri. Sengaja dia menyakitkan hati
Bazli.
‘Nampaknya ini
memang peluang aku... Juwita akan jadi milik aku..’ gumam Zamri tersenyum riang
dan sengaja menyentuh rambut Juwita.
Satu persatu
adegan-adegan mesra dipandang Bazli secara live
di depan mata. Hatinya panas. Apa sahaja adegan mesra yang pernah dibuat Juwita
padanya, juga dibuat pada Zamri. Hingga satu tahap Bazli sudah tidak dapat
bersabar!
Namun memandangkan
Kasih ada di depannya takkanlah dia nak buat gila pula. Kasih pandang Bazli
yang makan sedikit-sedikit. Bazli juga tidak banyak cakap. Usai makan, Bazli
terus ke kaunter membayar harga makanan dan bersama-sama Kasih ke kereta.
“Terima kasih,
lain kali saya belanja.” Kasih cuba membuka bicara, tapi Bazli macam malas
diajak bicara.
Kasih pandang ke
depan, dia faham kalau Bazli ada apa-apa masalah. Kemudian Kasih pandang lagi
sekali gambar Bazli dan isterinya di tengah cermin kereta.
“Patutlah saya
macam kenal perempuan ni, tadi saya dengan wife
awak kat ladies, awaklah yang call
dia dan bateri dia habis cas tu rupanya..” Kasih bersuara.
Terkesima sebentar
Bazli. Rupanya Kasih lebih dahulu tahu yang Juwita memang berada di restoran
tadi, Bazli harap Kasih tidak tahu perkara yang lainnya. Hal rumahtangga
takkanlah nak diceritakan pada orang lain pula.
“Oh, saya jumpa
dia kejap tadi. Sebab dia ada kerja tadi, dia terus balik,” beritahu Bazli.
“Oh, okay. Cantik
isteri awak macam model,” puji Kasih.
“Well, tengoklah siapa suaminya,” seloroh
Bazli.
“Hmm.. iyalah,
angkut bakul nampak..” balas Kasih, barulah dia nampak Bazli senyum sedikit.
Sampai saja Kl
Sentral. Kasih terus turun.
“Anyway thanks for the ride, jumpa lagi. Bye,” Kasih berterima kasih.
“Sama-sama, terus
balik rumah, jangan belok-belok..” pesan Bazli pula macam bapa budak.
“Yess boss!” Kasih ketawa kecil dan
berlalu dari situ. Bazli pun meneruskan pemanduan terus berlalu dari situ,
wajahnya yang ceria tadi bertukar durja.
Punah ranah
hatinya melihat keintiman isteri yang baru dikahwininya curang. Kalau nak
dikatakan Juwita sosial, tak pula dia pernah tahu. Dan takkanlah pulak si Zamri
tu anak ikan si Juwita pulak. Entah-entah selama ini mereka berdua tu memang
ada hubungan.
Bazli terus
memandu balik. Tiada lain yang
difikirkan Bazli selain ingin bertanya Juwita perkara sebenar. Moodnya
tengahari itu terus hilang. Sampai saja di rumah, dia masuk dan memandang
gambar perkahwinan di sisi meja sebelah pintu. Ah! Dia mesti kuat! Tidak perlu
ada titisan air mata yang keluar!
“Plak!” segera frame gambar itu menyimbah masuk ke
dalam tong sampah.
PETANG itu apabila
Juwita balik ke rumah, Bazli sudah sedia menunggunya di ruang tamu. Juwita
membuka pintu dan memasang lampu, dia terkejut melihat Bazli duduk dalam gelap.
“Abang ni
kenapalah tak pasang lampu, nasib baik sayang takde sakit jantung.” Juwita
membuka bicara sambil menanggalkan kasut tinggi jenama Monolo Blahnik warna
biru miliknya, kemudian dia bergerak menuju ke tangga atas. Dengan pantas Bazli
mencengkam tangan Juwita, membuatkan langkah Juwita terhenti.
“Kenapa ni bang.
Lepaslah, sakit!”
Bazli melepaskan cengkamannya
dan memandang Juwita tajam, “Abang nak tanya Juwita satu hal dan Juwita kena jawab
dengan jujur dengan abang.” Bazli berkata tegas, dia menyebut namanya
isterinya, dia mahukan penjelasan!
“Apa abang nak
tanya sampai nak cengkam tangan sayang ni. Sayang penatlah bang, sayang letih.
Sayang naik mandi dulu ya.” Juwita cuba mengelak.
“Apa hubungan
Juwita dengan Zamri tu?!” tanya Bazli mahukan jawapan.
Juwita langsung
diam, tidak mahu bercakap sepatah pun, kakinya yang mahu melangkah terhenti di
situ. Kaku. Bular matanya mahu memandang ke mata Bazli. Bibirnya mencengkam serasa
ketakutan barangkali.
“Abang tanya, apa
hubungan Juwita dengan Zamri tu?!” Bazli bertanya sekali lagi dalam nada agak
tegas.
Juwita cuba
mencari alasan, “Kami, kami kawan biasa saja bang. Lagipun dia abang angkat
Juwita masa kat kampus dulu.”
Bazli memandang
Juwita dan merenungnya. “Kawan biasa.. abang angkat sampai terangkatlah ya. Berpeluk-peluk,
suap-suap. Jangan ingat abang tak nampak apa yang Juwita buat dekat restoran
tadi.”
“Tak adalah, abang
ni. Ni mesti ada yang buat cerita ni,” sekali lagi Juwita cuba mengelak, dia
cuba mencari helah, manalah tahu Bazli cuma serkap jarang.
“Jangan nak
propalah Juwita! Abang ni bukannya budak-budak. Abang pun ada dekat restoran tu
tadi. Baik, kalau Juwita tak nak bagitau, abang tanya Zamri sendiri, mesti dia
ada jawapan.” Bazli mengugut.
Juwita tidak punya
pilihan dia tidak dapat berdolak dalih lagi. Bazli pula semakin membentak,
akhirnya dia terpaksa menerangkan juga hal sebenar. “Ini salah mama Juwita! Dia
putuskan hubungan Juwita dengan Zamri demi abang, sedangkan hati Juwita ni pada
Zamri! Juwita dah cuba cintakan abang selama
kita berkenalan, tapi Juwita tak dapat... cinta dan hati Juwita hanya
pada Zamri...” terduduk Juwita di atas tangga, kata-katanya makin perlahan. Dia
tahu perkahwinannya bakal retak seribu dengan pengakuan beraninya itu.
“Jadi, selama ni
inilah alasan Juwita menolak kita bersama ya?” tanya Bazli dalam kegeraman,
membuka satu rahsia perkahwinan tanpa nafkah batin itu.
Juwita mengangguk.
Sayu pandangannya. Sendi-sendinya lemah. Bukan niatnya untuk menyakiti hati
lelaki sebaik Bazli. Dia tidak bersalah.
“Jadi, kenapa
Juwita terima pinangan abang? Sekarang ni zaman dah modenlah. Mana ada kahwin
paksa bagai lagi. Juwita boleh je terus terang dengan abang, Juwita boleh je
cakap yang Juwita dah ada orang lain. Masa tu,abang faham kalau Juwita tolak
abang... ta.. tapi sekarang kita dah terlanjur berkahwin..” Bazli cuba bertanya
baik-baik tapi nadanya sebak.
“Senanglah abang
bercakap, abang bukan di tempat Juwita. Mama dan papa Juwita mahu Juwita kahwin
dengan abang sebab mama Juwita dan mama abang kawan baik. Zamri pula bukan
sesiapa. Mama Juwita cakap, kalau Juwita tak ikut cakap dia, dia takkan akui
Juwita sebagai anak dia lagi. Apa Juwita boleh buat? Apa Juwita boleh pilih.
Juwita terpaksa akur dengan kehendak mama dan papa...” nyata Juwita membongkar
apa yang sebenarnya terjadi selama ini. Dari A sampai Z, Bazli mendengar
semuanya.
Sebak. Kecewa. Itu
apa yang dirasakan Bazli sekarang ini.
Bazli naik geram
dan menuding ke arah isterinya, “Jadi, inilah sebabnya awak beriya-iya menangis
masa kita kahwin dulu?” tanya Bazli ingin tahu.
“Ya. Juwita tidak
mahu jadi anak derhaka bang. Sebab abang, hati Juwita ni sakit, Juwita terpaksa
hadapi semuanya dalam pura-pura!!” bentak Juwita sedikit berani.
Melihatkan Juwita
berkata demikian membuatkan Bazli sedikit kesal, lalu dia cuba memujuk
isterinya, “Juwita! Mengucap, istigfar... Apa yang Juwita cakap ni? Abang
sayangkan Juwita dan abang nak Juwita putuskan hubungan Juwita dengan Zamri.
Abang akan lupakan apa yang abang nampak hari ni, asalkan Juwita kembali pada
abang. Boleh ya Juwita? Abang akan sayangkan Juwita sampai bila-bila.” Bazli
cuba meredakan keadaan, dia rela walaupun terpaksa menjadi suami dayus yang
mengikut kata-kata sang isteri.
“Juwita tak mahu
berpura-pura lagi bang. Tolonglah lepaskan Juwita. Hati Juwita hanya pada
Zamri. Abang tolonglah faham. Juwita tak mungkin lepaskan Zamri! Dia cinta hati
Juwita! Dan untuk pengetahuan abang, kalaupun abang tak ceraikan Juwita. Juwita
akan memohon fasakh di mahkamah!” tegas Juwita dengan pendiriannya.
Pap!
Pantas tangan
kanan Bazli hinggap di pipi kiri Juwita.
“Kurang ajar!”
Bazli naik berang. Juwita pantas berdiri, menangis dan memandang Bazli lalu
naik ke atas.
Hilang kesabaran
Bazli dengan kata-kata Juwita tadi, tanpa sedar dia menampar Juwita, hati
lelaki mana yang tidak terguris apabila mendengar pengakuan hati isteri yang
dinikahi, disayangi dan dicintai selama ini hanyalah pada orang lain. Hati
siapa yang diperbuat dari batu permata yang kebal untuk mendengar luahan hati
seorang yang bernama isteri mencintai lelaki lain selain dirinya, tiada sesiapa
barangkali!
Mungkin benar, dia
yang terlalu beria-ia menginginkan Juwita. Dia akur. Mungkin kerana menghormati
persahabatan orang tua mereka, memaksa Juwita untuk bersetuju walaupun pahit
untuk melayari bahtera yang bila-bila masa saja akan runtuh itu. Kini Bazli
sedar segalanya.
Seketika kemudian
Juwita turun dengan bagasinya. Dia memandang Bazli.
“Juwita, abang
minta maaf.” Bazli memegang tangan Juwita memujuknya.
“Juwita minta
halal makan minum. Abang lelaki yang baik, tapi Juwita bukan untuk abang...”
Juwita menitiskan air matanya memandang Bazli.
“Juwita, perkara ni
kita boleh bawa berbincang. Tolonglah jangan pergi, maaf, maafkan abang...
abang sayangkan Juwita sangat-sangat.”
“Abang, Ju..
Juwita tak boleh.. Jangan cakap macam tu lagi, Juwita rasa bersalah sangat..”
Kemudiannya Juwita memakai kasutnya dan membuka pintu.
Tiada apa cara lagi untuk menghalang Juwita berlalu pergi.
Bazli kusut.
“Kalau Juwita
keluar dari rumah abang ni, itu bermaksud abang ceraikan Juwita dengan talak
satu,” kata-kata Bazli waktu itu jelas dan terang.
Juwita tersentak,
bahunya terjungkit-jungkit menangis, mulanya Bazli ingatkan Juwita akan masuk
semula, tetapi kemudiannya Juwita terus membuka pintu rumahnya dan keluar dari
situ. Seketika itu juga, air mata lelaki Bazli tumpah. Malam itu, dengan berat
hati, dengan usia perkahwinan genap 3 bulan, Bazli terpaksa melepaskan Juwita.
Kalau boleh dia tidak mahu terjadi begitu, dia tidak mahu melepaskan isterinya
itu. Tapi apakan daya, cinta bukan boleh dipaksa-paksa. Kalau dibiarkan juga,
itu beerti dia adalah lelaki dayus. Dan, hukuman lelaki dayus adalah neraka
jahanam. Sungguh, dia terpaksa!
Memang, sepatutnya
dia tidak patut mempercayai cinta.
Cinta itu hanya
satu pembohongan!
Cinta itu
pura-pura!
Cinta itu satu
pengkhianatan!
Cinta itu satu kesakitan!
Bazli merasa
dipermainkan!
Sungguh!
Bagi Bazli, cinta
untuk dirinya telah mati malam itu juga.....
bersambung.....
4 comments:
ceRITA yANG mENarik...cuma kalau ada sentuhan dari hati lagi baik..sentuhan nurani mksud saya..,mcam novel cinta adam dan hawa..,sya msih ni masih muda..,bru sthun jgung dlam bidang penulisan..,just itu komen dri syyaaa..,
Okey. Memang saya baru belajar nak buat novel2 cengini. Bercinta pun tak pernah, ekekeke.. Nasihat diterima, sentuhan nurani ya? Okey, nanti saya akan cuba lagi. Kena membaca banyak novel lagi ni, kena perhatikan bagaimana mereka buat yang feeling2 ni. Terima kasih singgah ya Khaidir Helmi. ^_^
Regards,
Fatrim Syah
An interesting twist di hujung cerita. can't wait for the next part.
Thanks syah shah for ur comment. Thanks 4 reading my e-novel here. Really appreciated.. ^_^
Post a Comment