BAB 4
“CANTIK juga pulau ni kan. Awak selalu ke datang sini?” tanya
Bazli pada Kasih di sebelahnya. Mereka sudah sampai ke Pulau Mamutik sejak pagi
tadi dari jeti di Jesselton Point, Bandaraya Kota Kinabalu dan berehat di tepi
pantai pulau itu.
Kasih sebenarnya
dari tadi memandang Bazli tak berkelip. Bazli menoleh ke arah Kasih apabila
soalannya tidak dijawab.
“Kasih, Kasih.. are you okay?” Bazli bertanya.
Kasih terkejut,
“Err.. maaf, maaf. Awak tanya apa tadi?” tanya Kasih cuba-cuba cover
perbuatannya.
“Saya tanya, awak
selalu ke datang sini?” Bazli mengulangi soalannya tadi.
“Oh, tak, tak
selalu,” jawab Kasih ringkas.
‘Fuh! Nasib baik
tak kantoi..’ gumam Kasih sendiri, tapi dia tetap mahu pandang Bazli, lelaki
itu memang menarik perhatiannya.
“Tenang sangat
berada dekat pulau ni. Rasa nak je tinggal selama-lamanya dekat sini kan. Saya
memang tak pernah datang mana-mana pulau. Tapi kan, ada satu pulau saya selalu
pergi iaitu Pulau Langkawi.. itupun sebab kita punya flight ada ke sana, kalau
tak.. haram..” Bazli berseloroh cuba menceriakan keadaan yang agak kaku itu
entah atas sebab apa.
“Awak dah lama ke
jadi FA?” tanya Kasih pula membuka topik perbualan.
“Taklah lama,
adalah dalam 5 tahun, saya memang minat dengan kerja ni. Mak ayah ada juga
tanya kenapa tak sambung belajar dekat mana-mana lepas saya gred ambil diploma
pengurusan dulu. Tapi apa boleh buat, dah memang minat kerja ni. Awak? Memang
minat kerja ni?” tanya Bazli pula.
“Tentulah minat.
Sebelum ni saya kerja dekat hotel sebagai receptionist
di Kuala Lumpur. Dengar je ada interview FA, saya pun terus datang. Tak
sangka pula dapat, lama juga saya dekat akademi latihan. Alhamdulillah dah
dapat fly.”
“Awak tak nak
mandi air laut ke?” tanya Bazli tiba-tiba.
“Tak, kan kita tak
bawa baju lebih. Kalau tak, memang sayalah yang terjun awal sekali.”
“Kalau macam tu,
kita mandi simbah-simbah jelah ya,” sambil Bazli menyauk air laut di depannya
dan terus menyimbah ke arah Kasih.
“Hah! Awak main
kotor ya!”
“Eh! Ter..
maaflah.. tak sengaja. Tangan saya ni gatal nak simbah, nak buat macamana.”
“Sengaja tak
sengaja! Awas awak!”
“Cubalah. Saya
siap larik awal-awal! Daaa...!!”
“Awak nak lari ke
mana? Pulau ni bukan besar manapun, Pulau Mamutik nilah pulau yang terkecil
sekali dekat sini tau. Saya tak kira! Hutang air mesti dibalas air!”
“Iyalah tu!”
“Awak ingat saya
tak berani ya. Amik ni!”
Bukan pakai tangan
lagi Kasih menyiram, pakai botol tu.
“Awak! Itu tak
adil tu, itu lagilah main kotor,” tenung Bazli marah.
“Ada saya kisah?!”
Kasih ketawa sinis.
Mereka segera
berbalas-balas siraman. Bukan main seronok lagi. Habis hampir semua baju nak
basah dibuatnya.
“Okay, saya
surrender. Stop, stop nanti basah
lencun pula.” Bazli menyerah kalah.
“Tahu takut...”
Kasih ketawa.
“Bukan takut,
basah nanti... awak ni..” marah Bazli.
“Ala, tak payahlah
marah. Kalau marah tak macam lelaki kot,” usik Kasih sengaja mengugar Bazli.
“Apa maksud awak
tak macam lelaki?” tanya Bazli pula,
“Iyalah, lelaki
mana ada nak marah-marah, merajuk bagai. Yang tu separuh lelaki,” balas Kasih.
“Hmm.. iyalah tu. Lelaki pun ada perasaan tahu? Dah, jom, nanti kita ketinggalan bot macamana, kang ada call duty tetiba, takkan nak
berenang macam duyung pula balik ke ke KK tu.”
‘Ala, kalau bermalam
dekat sini dengan awak mesti best’ gumam Kasih sendiri.
“Awak! Jom, kita
lambat ni. Nah, amik tuala saya ni, lap muka awak tu.” Bazli menyerahkan tuala
kecil yang dibawanya kepada Kasih.
Kasih segera
mengambil tuala kecil tersebut dari tangan Bazli. Dilapnya wajahnya dengan
tuala kecil itu. Berketar jantungnya saat tuala Bazli singgah di wajahnya, bau
Bazli ada pada tuala itu.
“Tunggu apa lagi
tu?” marah Bazli bila Kasih berjalan lambat-lambat.
“Iya, iya..”
segera Kasih melangkah dengan muncung seribu, tak suka di arah-arah tapi tetap
senyum juga dapat tuala Bazli.
Sampai saja di
jeti, ada sebuah keluarga yang turut menunggu bot untuk ke KK. 5 minit
kemudian, kelihatan bot tadi menuju ke jeti. Mereka memberikan laluan kepada
keluarga yang ada anak-anak itu naik terlebih dahulu. Selepas itu barulah
mereka berdua naik. Dari jauh, Kasih melambai kepada Pulau Mamutik yang baru
ditinggalkannya. Kasih akan ingat kenangan dia dan Bazli tadi sampai bila-bila
sambil memandang Bazli di sebelahnya seakan-akan pening.
“Bazli, Bazli,
awak tak apa-apa ke?” tanya Kasih risau.
“Saya okey,
sebenarnya saya ni alergik sikit dengan laut... Krook..” Bazli termuntah
tiba-tiba.. banyak pula tu.
Risau Kasih
melihat keadaaannya. Bila melihat Bazli muntah-muntah begitu, timbul rasa
bersalah sebab siram Bazli tadi.
“Nah, awak minum
air ni.” Kasih memberikan air mineral kepada Bazli.
“Thanks,” ucap Bazli.
“Dah, awak pejam
mata kejap, nanti saya kejutkan kalau dah sampai. Tak lama perjalanan ni, 10
minit sampailah, rehat dulu,” arah Kasih.
Bazli cuba
melelapkan matanya. Seketika Bazli sudah tertidur, sudahlah tu, kepalanya
terhuyung hayang ke sebelah kiri dan ke sebelah kanan. Kasih bertambah risau,
takkanlah pula dia nak pegang kepala Bazli dan letak dibahunya, mereka bukan
muhrim. Kasih ambil tuala Bazli tadi dan letak di bahu, kemudian dia letak
kepala Bazli dibahunya. Seronok pula tidurnya, Kasih pula sudah terketar-ketar
takut, berharap mereka cepat sampai ke jeti di Jesselton Point.
Sampai di jeti
Jesselton Point. Kasih terus bangunkan Bazli, “Bazli, bangun, bangun..” Kasih
menepuk lembut bahu lelaki itu, tiba-tiba dia merasa badan Bazli panas.
Bazli bangun.
Kemudian dia bersama Kasih dan penumpang lain naik ke atas.
“Awak okey ke tak
ni?” tanya Kasih lagi.
“Saya okeylah. Kenapa
awak tanya-tanya ni?” jawab Bazli seakan marah. Egolah tu.
“Bukan apa, badan
awak panas tu, kita gi klinik jap lagi ya,” tegur Kasih.
“Tak naklah, kita
amik teksi terus balik hotel.” Bazli enggan.
“Okey.”
Nasib baiklah
semasa mereka berada di pintu Jesselton Point memang banyak teksi dekat situ.
Sekejap saja mereka sudah sampai ke hotel.
“Saya balik bilik
dulu, apa-apa call.” Bazli meminta diri keluar dari lif.
“Okey,” ringkas
jawapan Kasih tapi masih risau dengan keadaan Bazli.
Rasa bersalah pula
sebab bawa Bazli ke pulau, bila tengok Bazli muntah-muntah tadi, hatinya tak
keruan. Tapi takkan nak ambil tahu banyak hal pula, tadi Kasih tanya okey ke
tak Bazli macam nak marah. Kasih masuk ke biliknya, terus dia buka telefon bimbitnya, dia senyum sendiri dan baring di katil,
sebenarnya sempat dia ambil gambar masa Bazli tidur dibahunya tadi. Apakah?
*******************
“Juwita, you tak sayangkan I lagi ke?” tanya Zamri kepada Juwita di depannya.
“Zamri, you know me, I sayang you sangat-sangat.” Juwita memegang
tangan lelaki di depannya.
“So, kenapa you nak kahwin juga dengan dia?” Zamri seakan merajuk.
“You kena faham, ini permintaan keluarga I. Don`t worry, I akan cari jalan minta
cerai dengan dia. Tapi you kenalah
sabar sikit,” pujuk Juwita.
“Tapi I dah bosan menunggu. Kalau boleh I nak kahwin dengan you hari ni juga.”
“I pun nak macam tu, tapi bukan senang
nak cerai ni you. Kita kena sabar.”
Juwita memujuk lagi.
“Takpelah, I sabar je buat masa ni. Asalkan hati you tu dekat I, okay?” Zamri tersenyum sambil mengelus lembut rambut Juwita.
“Dah, makanlah.
Jap lagi I ada meeting, tak boleh lama.”
“You memang macam tu, asyik abaikan I.”
“You pun tahu kerja I kan.”
“Okay, I faham. I lah yang selalu menganggu you,
menyusahkan you..”
“Ish, ke situ pula
you ni. I sayang you sangat-sangat.
Nah, nak I suap ke? Nak merajuk bagai
pula..”
“That’s yang I suka dekat you, memang
pandai pujuk I.”Zamri ketawa
memandang kekasihnya itu.
Juwita memandang
Zamri sambil merasa telefon bimbitnya bergetar, dia tahu itu panggilan daripada
Bazli. Malas dia mahu mengangkatnya, mungkin bagi Juwita, dia sudah cukup rimas
dengan semua itu.
*****************
PETANG itu Adam
balik awal kerana ingin makan malam bersama Dahlia dan Aiman. Kerja-kerja di
pejabatnya juga sudah habis. Namun, sebaik sampai ke rumah, Adam pelik.
Rumahnya kosong, lampu juga tidak dipasang. Adam panik dan terus mencari Dahlia
dan anaknya.
“Dahlia, Aiman...
papa balik ni.. Aiman..”
Adam naik ke
tingkat atas, kemudian dia sengaja membuka almari pakaian. Dia terkejut sebaik
melihat almari baju isteri dan anaknya itu kosong. Adam berlari ke ruang tamu
dan ternampak sesuatu di atas meja. Dia mengambil sekeping surat dan
membacanya.
“Maafkan Dahlia bang, Dahlia keluar dari rumah tanpa izin
abang. Dahlia minta abang lepaskanlah Dahlia. Maafkan Dahlia bang, Dahlia bawa
Aiman sekali balik rumah mak...”
“Dahliaaa...” Adam
merintih memanggil nama isterinya.
Kemudian dia
terpandang surat cerai. Kini Adam mengerti apa yang telah berlaku. Adam
terduduk di sofa, kosong fikirannya. Nyata, Dahlia sudah tumpas dengan ibunya,
Adam kecewa.
Namun, Adam
bukanlah seorang lelaki yang mudah mengaku kalah. Dia mengambil kunci kereta
dan terus menuju ke rumah mentuanya sambil cuba-cuba mendail telefon bimbit
Dahlia, namun tidak berangkat. Sampai saja di sana, Adam berteriak memanggil
nama Dahlia dan Aiman.
“Dahlia, Aiman...
keluar... Dahlia.. Aiman! Dahlia, abang ni.. Aiman..”
Suara Adam memecah
kesunyian di meja makan. Puan Sofia segera bangun dari kerusi, dia memandang
Dahlia. Dahlia mengangguk, kemudian Puan Sofia terus ke pintu pagar depan.
“Kenapa nak
terjerit malam-malam buta ni Adam?” tanya ibu mentuanya itu.
“Apa mama dah buat
pada anak isteri saya? Mana mama sembunyikan mereka?! Saya boleh laporkan pada
polis mama culik mereka!” Adam cuba mengugut ibu mentuanya.
“Adam, Adam. Mama
ni nampak macam penculik ke? Dahlia
sendiri yang mahu balik ke sini. Mama tak paksa dia, sudahlah Adam. Kau tak
dapat bahagiakan anak aku, baliklah!” bentak Puan Sofia.
“Mama, tolonglah ma,
saya nak jumpa mereka.. mereka tu keluarga saya,” rayu Adam berulangkali.
“Sudahlah Adam.
Mereka tak mahu jumpa kau lagi. Balik, balik. Kalau tidak mama laporkan pada
polis yang kau menggangu kediaman mama. Sudah! Kita jumpa dekat mahkamah saja!”
bentak Puan Sofia segera berpaling dan berjalan masuk ke dalam rumahnya, pintu
ditutup rapat.
Tiba-tiba saja air
mata Puan Sofia menitis. Kemudiannya dia masuk ke dalam menutup pintu, lemah
rasanya langkah kaki apabila Dahlia memberitahu apa yang dihadapinya petang
tadi.
“Dahlia...” Puan
Sofia memandang anaknya pasrah, nampak benar rasa bersalahnya.
“Terima kasih
mama.” Dahlia memandang ibunya, Aiman pula berada dipelukannya.
“Aiman nak papa, Aiman nak papa...!!” Aiman
cuba-cuba untuk keluar sebaik terdengar suara ayahnya di luar.
Dahlia dan Puan
Sofia menahannya.
“Aiman, itu bukan
papa. Kita masuk bilik.” Dahlia membawa Aiman naik ke biliknya. Puan Sofia
hanya memandang sayu.
‘Ya Allah,
berikanlah ketabahan untuk anak dan menantuku...’ doa Puan Sofia di dalam hati.
Sampai saja di
bilik, Aiman ditidurkan. Setengah jam kemudian Aiman sudah terlelap. Dahlia
menyelak langsir tingkap biliknya, dia masih terpandang Adam di luar pagar
rumah ibunya berjalan mundar mandir memanggil namanya dan Aiman.
“Maafkan Dahlia
bang... Dahlia terpaksa buat macam ni. Abang akan faham suatu hari nanti...”
pantas air mata Dahlia mengalir memandang sang suami yang sangat disayanginya.
Berita yang
diterimanya pagi tadi mengubah kehidupannya 360 darjah. Dia terpaksa menjauhkan
diri dari Adam. Dia tidak mahu Adam tahu apa yang berlaku. Sesekali tidak! Dahlia mengambil sebuah album yang dibawanya
dari rumah mereka. Album itu album perkahwinannya. Sekejap-sekejap, air matanya
mengalir lagi apabila terpandang gambar-gambarnya dan Adam. Sungguh dia sangat
mencintai lelaki itu sedalam-dalam hatinya. Dialah lelaki pertama dan lelaki
terakhir yang akan dicintainya. Buat masa ini memang dia tidak punya pilihan.
Dia terpaksa. Hanya ALLAH swt tahu apa yang berada di fikirannya kini...
bersambung....
No comments:
Post a Comment