BAB 9
ADAM pandang luar pejabatnya. Dia pandang awan yang pelbagai
bentuk. Awan itulah pengubat kenangannya bersama Dahlia. Mereka berdua memang
suka tengok awan. Awan itulah juga pengubat rindunya pada keluarganya. Dulu
pernah mama Adam cakap masa dia kecik, kalau dia lulus periksa mama dia akan
bawa dia pegang awan. Adam senyum sendiri teringat betapa naifnya dia ketika
itu. Ada rasa rindu yang terucap dalam hati Adam apabila teringatkan ibu dan
ayahnya. Sihat kah mereka, bagaimana mereka. Tapi, apa yang dia boleh lakukan
bila mereka sendiri tidak mahu menerimanya lagi.
Meskipun begitu, Adam tidak
akan berputus asa, dia akan sentiasa istiqamah untuk mendekati kedua orang
tuanya itu. Mereka yang melahir dan membesarkannya, mana mungkin Adam tega
melupakan mereka. Adam faham mereka mungkin kecewa tapi Adam tahu, kecewanya
mereka itu tidak lama. Dia berharap suatu hari keluarga yang sangat
disayanginya itu akan menerimanya lagi. Sudah lama dia tidak menyebut perkataan
mama dan daddy yang dirinduinya. Apabila teringat perkataan itu, Adam toleh ke
mejanya, dia pandang gambar Aiman. Teringat pada anaknya yang satu itu, dia
terus merasa rindu padanya kerana sudah sebulan tidak ketemu.
‘Mesti Aiman ada
kat Taska waktu-waktu macam ni’ gumam Adam sendiri sambil senyum sendiri
melihat anaknya yang comel itu. Gambar itu Adam ambil semasa majlis harihajadi
Aiman ketika umurnya genap 3 tahun. Sebak pula rasanya memandang wajah itu.
Tergerak-gerak
pula kakinya untuk melangkah melihat Aiman di Taska. Tapi dia ada temujanji
dengan seorang klien dari Sarawak. Penting pula tu. Adam berharap-harap supaya
orang yang mahu berjumpanya itu tidak jadi datang.
Tiba-tiba telefon
pejabatnya berbunyi. Segera Adam angkat.
“Helo Encik Adam.
Encik Qayyum call, dia minta supaya postpone esok temujanji tu, katanya flight dari Sarawak tu delay, petang ni baru bertolak. So, Is
it okey kalau kita tukar temujanji tu esok jam 9 pagi?” tanya Mei
Lan;setiausahanya untuk memastikan.
Berbunga-bunga
hati Adam, seolah-olah apa yang dimahukannya itu dimakbulkan.
“Okey, proceed. Thanks Mei Lan.”
Usai meletak
telefon, Adam terus keluar dari biliknya. Mei Lan memerhati. Adam memberi
isyarat dia mahu keluar. Sampai di parkir, teruja sungguh hatinya. Adam masuk
kereta dan sempat melihat gambar Aiman.
“Papa datang. Here we go!”
Adam sampai ke
kawasan Taska di mana Aiman bersekolah. Dia keluar dari kereta dan
perlahan-lahan mendekati pagar Taska sambil memerhati ke kiri dan ke kanan
umpama seorang penculik kanak-kanak masa kini. Memandangkan dari arah itu Adam
tidak dapat melihat dengan jelas, Adam masuk ke dalam pagar dan melihat Aiman
dengan lebih dekat.
Nyata, Aiman masih
bersekolah di sana. Di sebalik cermin pun jadilah, katanya dalam hati. Tidak
jauh dari situ, seorang dari petugas Taska berkenaan melihat seorang lelaki
dalam keadaan yang mencurigakan. Petugas itu mendekatinya.
“Encik buat apa
dekat sini?” Petugas itu bertanya.
Berderau telinga
Adam. Adam menoleh, dia terlihat salah seorang petugas Taska yang dikenalnya.
“Cik Tasha, maaf,
saya nak tengok anak saya.” Adam menjawab, sengaja senyum kelat minta simpati
buat muka seposen.
“Encik Adam, bukan
nanti dekat rumah encik boleh tengok anak encik tu?” tanya Cik Tasha pelik.
“Err.. err.. saya
sengaja tengok macamana dia belajar, selesakah dia, pandai tak dia berkawan...”
jawab Adam gagap, tiada siapa patut tahu keluarganya bermasalah dan tinggal berasingan.
“Janganlah encik
risau, Aiman tu seorang murid yang baik dan cepat belajar.” Cik Tasha memuji
anaknya.
“Alhamdulillah.”
“Nak jumpa Aiman
tak?” tanya Cik Tasha.
Dengan wajah yang
gembira, tentu saja Adam mengangguk. Ades! Buat malu kaum saja. Cik Tasha masuk
dan membawa Aiman keluar. Nampak saja ayahnya, Aiman langsung berlari dan
memeluknya. Cik Tasha memerhati.
“Papa!!!” teriak
Aiman segera memeluk ayahnya erat.
“Aiman anak papa!
Mesti nakal dekat sekolah kan?” Adam memeluk erat anak kecilnya itu. Tanpa
sedar berguguran air jernih dari kelopak matanya.
“Aiman nak tinggal
dengan papa. Tapi mama dan nenek tak bagi,” pinta Aiman.
Adam memandang
Aiman dalam-dalam. Kemudian menjeling ke arah Cik Tasha yang mungkin sudah
mengetahui apa yang terjadi.
“Aiman tetap anak
papa. Aiman kena jaga mak.” Adam memberitahu anaknya.
Anak sekecil 5
tahun itu entah mengerti atau tidak apa yang dikatakannya. Namun Adam tahu,
Aiman seorang anak yang cepat memahami keadaan. Cik Tasha mendekati mereka.
“Maaf Encik Adam.
Saya kena bawa Aiman masuk kelas.”
“Terima Kasih Cik
Tasha.”
Aiman masih lagi
memeluk ayahnya erat seolah tidak mahu melepaskannya, “Aiman kena belajar
rajin-rajin, dengar cakap cikgu, dengar cakap mak. Papa balik dulu...”
“Tapi papa mesti
datang sini lagi tau..”
Adam mengangguk.
Aiman memerhati
wajah ayahnya. Kemudian senyum. Cik Tasha memegang tangan Aiman memabawanya
masuk. Adam memerhati anaknya dibawa masuk. Adam tengok anaknya dari jauh dan
kemudiannya masuk ke dalam kereta. Dia langsung diam sambil mengingati
detik-detik indah dia bersama anaknya itu, dia masih ingat kali pertama dia
mengambil Aiman di rumah kebajikan beberapa tahun dulu, ketika itu Aiman baru
berumur setahun. Semasa itu, Aiman hanya diam seolah mengerti memandang dirinya
dalam dan kemudian mendekatinya perlahan-lahan. Kedatangan Aiman ke dalam
keluarganya membawa bahagia yang bukan sedikit. Tanpa sedar, air mata lelaki
itu tumpah jua. Ada juga rasa sesal dengan apa yang telah berlaku.
‘Apa mungkin aku
perlu ikut cadangan Dahlia? Tapi itu cadangan gila! Aku tak boleh...’ gumam
Adam teringat kata-kata Dahlia di mahkamah tempoh hari.
Adam hidupkan
enjin kereta dan tekan radio untuk menghilangkan rasa sebak. Lagu Anuar Zain
berjudul ‘Pernahkah’ berkumandang di radio..
Pernahkah engkau berfikir
Apa yang kulakukan itu cinta..
Pernahkah engkau sedari,
Setiap pun cara, itu cinta..
Pernahkah engkau mengerti yang kuinginkan,
Berdua denganmu
Walaupun hanya sedetik
Memandang wajahmu
Itu cukup bagiku
Hanya kau yang ku mahu..
Ku takkan hidup tanpa dirimu..
Hidup tiada ertinya
Bila aku tak bisa
Memiliki dirimu..
ADAM sampai ke
pejabat sekitar jam 12 tengahari. Dia lihat Wani ada di pejabatnya, sudah dua
hari mereka tidak bertegur sapa sejak kes khalwat mereka dibicarakan di
mahkamah. Adam jeling Wani yang sibuk menaip sesuatu di komputer ribanya,
kemudian dia masuk ke dalam biliknya. Adam duduk, dia tiada mood mahu lakukan
apa-apa. Dia masih ingatkan wajah Aiman tadi dan juga cadangan Dahlia tempoh
hari. Fikirannya kusut.
Tok! Tok! Tok!
“Masuk!” arah
Adam.
“Adam, ada a few thing kita kena settlekan. Awak tolong sign dekat sini ya?” Wani masuk ke dalam
dan bersikap profesional.
Adam ambil fail
dari tangan Wani dan kemudian menurunkan tandatangannya untuk beberapa dokumen.
“Okay, thanks.” Wani ambil fail dan terus
beredar.
“Wani, please have a seat. Ada benda nak
bincang...” Adam memberi arahan dan membuatkan langkah Wani terhenti.
Wani berpaling dan
kemudian duduk berhadapan dengan Adam.
“Ya Adam, ada
apa-apa nak cakap?” tanya Wani serius.
“Awak rasa kalau
kita kahwin awak setuju tak?” tanya Adam tiba-tiba, dia pandang wajah Wani
dalam-dalam, apa mungkin benar apa yang dilakukannya itu, dia sendiri tidak
tahu dan tidak mengerti.
Wani diam. Angguk
tak, cakap pun tak.
“Awak setuju tak?”
tanya Adam lagi mahukan jawapan.
Seminit suasana
diam. Adam pula rasa serba salah.
Kring! Kring!
Tiba-tiba
telefon Adam berbunyi mengejutkan
suasana sepi itu.
“Helo, ya Cik
Tasha.”
“Encik Adam, Aiman
anak encik hilang!” suara Cik Tasha kedengaran cemas.
“Apa? Apa
yang berlaku?! Saya ke sana sekarang!”
kedengaran suara Adam panik.
“Adam? What’s wrong?” tanya Wani.
“Aiman! Aiman
hilang lepas balik sekolah tadi....” Adam cemas.
“Okay, okay, kita
ke Taska sama-sama.. I drive.” Wani
pantas menghulurkan bantuan, dia ambil kunci kereta dari tangan Adam, dia tahu
kalau Adam panik, Adam tak dapat buat apa-apa, Wani takut Adam bawa kereta tak
tentu hala.
“Okay.” Adam
setuju. Mereka terus keluar dari pejabat dan ke parkir.
Tidak sampai 20
minit, Wani dan Adam sampai ke Taska tempat Aiman belajar. Kelihatan Cik Tasha yang dalam
kebimbangan. Adam terus keluar daripada keretanya.
“Encik Adam,
maafkan kami.” Cik Tasha meminta maaf.
“Apa yang dah
berlaku? Awak dah maklumkan isteri saya?” tanya Adam pula.
“Ya, mereka baru
saja pergi ke balai polis.” Cik Tasha memaklumkan.
“Adam, kita kena
ke balai. Manalah tahu mereka dah jumpa Aiman. Jom!” Wani pantas menarik tangan
Adam masuk ke dalam kereta, dia tahu Adam tengah kalut masa tu, dia tiada
pilihan lain selain tarik tangan Adam.
SAMPAI saja
di balai polis. Dahlia sudah berada di
situ. Segera Adam berjumpa dengan inspektor yang bertugas. Wani pula menemui
Dahlia.
“Inspektor,
bagaimana? Ada apa-apa maklumat terkini mengenai kehilangan anak saya?” tanya
Adam bersungguh.
“Awak ni ayah
kepada Aiman yang hilang ni?” tanya inspektor itu.
“Ya saya,” jawab
Adam yang masih dalam keadaan panik.
“Maaf Encik, kami
masih mencari anak encik,” jawab Inspektor terbabit.
Mendengar jawapan
inspektor itu, Adam kecewa. Dia terus ke tempat Dahlia.
“Apa dah jadi ni
Dahlia? Awak ada marah dia ke dekat rumah tadi?” tanya Adam pada Dahlia
tiba-tiba.
Belum sempat
Dahlia mempertahankan diri, Wani menyampuk; “Adam, jangan macam ni. Benda dah
berlaku, jangan salahkan sesiapa.” Wani menyampuk.
“Kalau tak ada
apa-apa, Aiman takkan hilang!” marah Adam lagi.
“Abang jumpa Aiman
tadi kan? Ni mesti abang ada cakap apa-apa dekat dia tadi.. tu pasal dia
lari..” Dahlia tak mahu kalah. Wani pegang tangan Dahlia menyabarkannya.
“Jangan tuduh
abang ya!” Adam kurang sabar.
“Encik, Puan,
kalau nak bergaduh bukan di sini tempatnya ya. Buat masa ini biarlah kamu semua
balik ke rumah dulu, kalau ada apa-apa perkembangan kami akan hubungi secepat
mungkin.” Inspektor itu menegur mereka.
“Adam, sudahlah..”
Wani menenang lagi, dia tahu Adam masih marah.
“Dahlia, lepas ni
biar Aiman tinggal dengan abang saja ya, abang boleh jaga dia, percayalah.”
Adam memujuk.
“Tak, Aiman akan
tinggal dengan Dahlia. Ingat apa yang Dahlia cakap dekat mahkamah hari tu.”
Dahlia tegas tidak mahu Aiman tinggal bersama Adam.
“Tapi....” Adam
masih berusaha memujuk sambil memandang Wani.
“Janganlah
difikirkan dulu hal tu. Yang penting kita kena cari Aiman.” Wani cuba untuk
tidak memanjangkan perbalahan suami isteri itu.
“Kalau macam tu,
Dahlia dengan Pak Mat, Adam dengan Wani, kita cari Aiman sampai dapat.” Dahlia
mencadang.
“Okay.” Wani
setuju.
Adam tiada
pilihan.
Mereka menaiki
kereta masing-masing dan mencari Aiman. Adam dan Wani mencari di kawasan
berdekatan Taska dan di beberapa taman permainan. Sementara itu, Dahlia dan Pak
Mat;pemandu ibunya mencari di lokasi lain.
“Dah 4 jam dia
hilang, ke manalah Aiman ni. Ya ALLAH..” Adam makin bimbang, dia takut anaknya
itu kenapa-kenapa.
“Insya ALLAH Aiman
tak apa-apa. Adam kena yakin, doa banyak-banyak, tawakkal. Insya ALLAH kita
akan jumpa dia...” Wani menenang, sebenarnya dia juga cukup bimbang, semalam
masa tengok berita ada beberapa kes kehilangan kanak-kanak dilaporkan. Pagi
tadi saja dia dapat pesanan ringkas (sms) daripada An-Nur memberitahu ada
kanak-kanak yang hilang, tapi mana mungkin dia menunjukkan kebimbangan itu pada
Adam pula.
“Kita kena cari
lagi kat kawasan tadi. Budak kecik macam tu tak jauh rasanya dia pergi.” Adam
berkata sambil meninjau sekeliling.
Sementara itu,
Wani jawab panggilan telefon daripada Dahlia.
“Ya Dahlia, macamana?”
tanya Wani.
“Tak jumpa, Dahlia
dah tanya dekat orang-orang dekat taman ni, ada juga tempat-tempat lain...”
jawab Dahlia yang masih risau, dia sendiri umpama orang sasau, nampak saja
orang terus tanya ada nampak anaknya ataupun tidak.
“Tak apa Dahlia,
kita tawakkal, kita cari lagi..” Wani menenangkan Dahlia kemudian menutup
telefon bimbitnya.
“Macamana? Jumpa?”
tanya Adam ingin tahu.
Wani geleng kepala
hampa. Adam turut hampa.
Wani meneruskan
pemanduan. Mereka berdua berusaha mencari Aiman di merata tempat. Tapi masih
tidak ketemu. Jam sudah hampir lewat petang. Adam semakin risau, ke mana pula
Aiman pergi. Dahlia juga dihubungi berkali-kali tetapi mereka juga belum
menemuinya. Takut rasanya Adam kalau-kalau Aiman menjadi mangsa culik, sindiket
atau apa saja. Kalau terjadi begitu, dia takkan dapat memaafkan dirinya seumur
hidup ini.
“Apakata kita
rehat dulu. Tadi Dahlia ada call,
katanya pihak polis masih mencari.” Wani mencadang.
“Itu anak saya!
Bukan anak patung! Kita kena cari dia sampai dapat! Jangan harapkan polis saja!
Kita pun kena cari juga!” marah Adam tiba-tiba.
“Adam, tenang.
Sabar, tuhan sentiasa bersama orang yang sabar. Wani pun harap kita jumpa Aiman
cepat. Wani takde maksud tak nak cari Aiman.. Aiman tu dah macam anak Wani
sendiri...”
“Maaf ya Wani. Aku tak berniat nak cakap kasar
camtu. Aku cuma bimbangkan anak aku tu.” Adam meminta maaf.
“Takpe, aku faham.
Banyakkan istigfar Adam, Insya ALLAH...tuhan sedang menguji kita, yakinlah
Aiman takkan apa-apa.”
Tiba-tiba, Wani
terfikir sesuatu. Segera Wani buat pusingan U dan ke sebuah tempat.
“Kita nak ke
mana?” tanya Adam.
“Ini usaha
terakhir, Wani harap dia ada di sana.”
Adam buntu, dia
tak dapat fikir apa-apa, dia risau dengan keadaan anaknya itu, pelbagai
kemungkinan bermain dalam kepalanya. Mungkin ke budak sekecil itu lari dari
rumah akibat masalah rumah tangganya yang belum selesai itu. Mungkinkah dia
merajuk? Banyak saja yang berlegar di fikiran Adam, dan jauh di sudut hatinya
dia amat-amat bimbang.
“Adam, Alhamdulillah...
Aiman, Aiman!!” teriak Wani tiba-tiba sambil tunjuk ke
satu tempat.
“Mana, mana?!”
tanya Adam yang tidak sedar mereka sudah berada di depan rumahnya.
“Tengok dalam tu...”
“Astagafirullahalazim...”
Adam terkejut,
terus dia keluar dari kereta. Dia nampak Aiman tidur di kerusi luar rumahnya.
Adam agak mesti Aiman masuk melalui pagar kecil rumahnya. Sampai saja di sana,
Adam peluk Aiman erat.
“Ya ALLAH.. Aiman,
Aiman, kenapa tidur dekat sini? Sejuk ni... bangun nak, bangun..”
Aiman sedar dan
melihat ayahnya. “Papa.. papa dah pulang...”
“Aiman, lain kali
jangan buat macam ni, seharian papa cari Aiman tau. Mama risau, nenek risau,
kalau nak pergi mana-mana bagi tahu dulu cikgu! Kalau Aiman hilang macamana,
semua orang risau, lain kali jangan buat macam ni lagi,” marah Adam pada Aiman.
Aiman tiada
reaksi, dia memeluk ayahnya itu, dia tiba-tiba menangis. Pautannya kuat, mahu
tidak mahu, memang Adam terlalu risaukan anaknya itu, Aiman menangis dimarahi
begitu.
Wani menuju ke
tempat mereka. Ada sebak apabila melihat ayah dan anak yang berpelukan itu.
“Sudah, sudah
jangan nangis, papa sayang kamu. Wani, call
Dahlia, bagitau dia Aiman ada dekat sini.”
“Okay.” Wani faham
dan terus menghubungi Dahlia.
10 minit kemudian
Dahlia datang ke situ bersama Pak Mat.
“Aiman, mari
balik,” panggil Dahlia.
“Mama, Aiman nak
tinggal dengan papa..” tanya Aiman yang masih lagi erat dalam pelukan Adam.
“Aiman...”
“Takpelah Dahlia.
Biar dia dengan abang. Esok cuti, nanti isnin abang hantar balik ke rumah mak.”
Adam cuba diplomasi.
Dahlia mengalah.
Dia angguk.
“Adam, bawa Aiman
masuk dulu, tukar baju dia, nanti demam...” arah Dahlia tiba-tiba.
Adam bawa Aiman
masuk.
Dahlia pandang
Wani.
Wani pandang
kereta mahu balik office. Baru dia
teringat yang dia bawa kereta Adam. Macamana dia nak balik office. Adoi!
“Wani, kereta awak
still kat office kan. Naiklah, ada
benda nak cakap dengan awak.” Dahlia menjemput.
Wani rasa serba
salah. Apa pula agenda Dahlia kali ni. Tapi, dia turutkan saja permintaan
Dahlia. Kemudiannya mereka beredar dari situ...
Sementara itu,
Adam masuk rumah dan segera mandikan Aiman. Kemudian dia tukar pakaian anaknya
itu. Nasib baiklah ada beberapa helai lagi baju Aiman di sana. Malam itu Adam
masak, kasihan juga dia melihat Aiman yang mungkin kelaparan seharian. Usai
menidurkan Aiman di sebelahnya, Adam bermuhasabah. Dia merenung dalam-dalam
dirinya, dia melihat Aiman yang lena tidur disisinya. Kalau sebulan lalu, semua
itu diuruskan isterinya, kini tidak lagi. Aiman memerlukan seorang ibu dan juga
seorang ayah, dia masih lagi naif untuk mengerti mengenai perpisahan. Adakah
perlu dia terima saja cadangan Dahlia untuk berkahwin dengan Wani dan dengan
itu mereka bertiga akan hidup bahagia. Tapi, bagaimana pula dengan Wani. Takkan
nikah gantung macam tu saja? Itu sama saja seperti mengabaikan tanggungjawab
dalam sebuah perkahwinan dan mempersendakan kesucian jodoh dan perkahwinan yang
ditentukan tuhan.
Usai-usai
berfikir, Adam juga tertidur sama di sisi Aiman...
Bersambung...
No comments:
Post a Comment