~Group FB Coretan Hati Ke Jemari (Fatrim Syah)~~

Tuesday 4 December 2012

E-Novel ~Bunga Terakhir (BAB 12)




BAB 12
“Nurul Shazwani binti Rashid, dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim, saya Adam Lee Yong melamar awak menjadi isteri saya.” 

Adam pandang Wani sambil di tangannya ada sebentuk cincin. Wani mati kata, apa mungkin apa yang berlaku itu adalah sekadar satu angan-angan atau mimpi. Wani terdiam sejenak bila dia rasa Adam pandang dia dalam. Sungguh, Wani tidak mahu menjadi perosak rumahtangga orang lain. Dia sangat-sangat mengenali Dahlia dan apatah lagi menganggap Aiman sebagai anaknya sendiri. Apa mungkin dia perlu pentingkan diri sendiri dan menerima saja lamaran Adam. 

“Adam, i`m so sorry.. I can’t..”                                                 
“Wani please, kita ikut saja kehendak Dahlia. You sayangkan I kan? You sayangkan keluarga I kan? Sekarang, Aiman dan Dahlia dah tak bersama I, kalau you kahwin dengan I, mereka akan balik rumah macam biasa. Please Wani, awak je harapan terakhir saya.” 

Bila Adam merayu begitu, Wani serba salah. Benar dia sangat sayangkan Adam. Benar dia sayangkan keluarga Adam. Tapi benarkah dia sanggup mengorbankan pula kebahagiaan sendiri. Apa mungkin Adam akan menyayanginya, apa mungkin Adam akan bertindak adil padanya. Apa mungkin juga yang dia tidak akan merasa cemburu langsung apabila Adam akan mungkin lebih bersama keluarganya daripada dirinya sendiri. Tapi, ini sajalah peluang yang dia ada, mana mungkin peluang seperti ini akan muncul dua kali. Sudah lama dia mencintai Adam. Jadi, dilamar oleh Adam sendiri atas sebab apapun adalah satu kebahagiaan yang dia cari selama ini. Tidak pernah Wani rasa kebahagiaan hidup sejak ibunya meninggal dunia, entah atas sebab apa ayah Wani begitu membencinya, dia sendiri tidak faham. Mungkin sebab itu barangkali Wani rasa, lelaki itu tidak layak dipercayai. Tapi, tidak Adam, dia lelaki yang dia percayai seluruh jiwa raganya.

“Wani, kalau awak tak terima, saya faham.” Adam berundur dan kemudian ke kerusinya.
“Adam, saya terima lamaran awak. Tapi satu saya minta, jangan ada sesiapa tahu perkahwinan kita. Tiada siapa patut tahu. Saya buat semua ni untuk Dahlia dan Aiman.” Wani bersuara sambil memandang Adam.
“Alhamdulillah. Terima kasih Wani. Terima kasih sangat...” Adam gembira sangat dengan jawapan Wani. Mahu saja dia memeluk berterima kasih pada Wani, tapi dia masih tahu batas agama.
And.. your ring.” Adam bagi cincin pada Wani.

Walaupun nampak kebaratan, tapi Wani hulurkan tangan dan biarkan Adam sarungkan cincin itu di jari manis Wani. Terketar juga Wani apabila cincin itu sudah berada di jari manisnya. Wani pandang Adam, dia tahu jawapannya tadi amat-amat menggembirakan lelaki itu. Bagi Wani, kalau Adam gembira dia pun gembira. Kini, perasaan sangsi tadi dibuang jauh-jauh, dia tahu jika dia adalah kunci kepada segala masalah kenapa tidak dia membantu. Sudah beberapa hari Wani memikirkan hal itu dan sudah kerap kali dia melakukan Solat Istikharah meminta petunjuk dan hampir setiap kali itu, bayangan Adam akan menjelma di ruang tidurnya. Mana mungkin dia menolak ketentuan tuhan dan mana mungkin dia menolak perasaannya sendiri.

“Adam, saya keluar dulu ya? Saya ada benda nak buat. Kita discuss benda ni nanti jelah ya. Saya busy sikit.” Wani meminta diri. Walaupun keputusan itu dilakukannya dengan sedar, sungguh! Dia hanya berserah kepada Allah swt. Air matanya menitis, segera dia melangkah menuju ke bilik pejabatnya.

Adam pandang Wani berlalu, Adam tahu, sukar untuknya jatuh cinta dengan wanita lain. Apatah lagi pada orang yang dikenalinya seperti Wani. Adam pandang gambar Aiman, ada seribu pelangi bertebar di ruang matanya....

“Terima Kasih Allah..” begitulah doa Adam sambil memandang awan di luar pejabatnya. Dia melempar senyuman kecil tanda bersyukur, dengan persetujuan Wani itu bermakna segala masalah rumahtangganya telah selesai...

*************************

BAZLI ke lapangan terbang  kira-kira jam 10.00 pagi. Sengaja dia ke sana sambil membawa bunga lavendar yang mahu diberikan Kasih. Sambil itu nanti bolehlah dia ajak Kasih jalan-jalan. Sepanjang perjalanan itu, Bazli senyum sendiri sambil menyanyi-nyanyi lagu yang diputarkan di radio. Sampai saja ke lapangan terbang, Bazli ke tempat mereka selalu duty report. Hari ini kebetulan Bazli tidak bertugas. Dia tengok jadual penerbangan, memang betul tekaannya, setengah jam lagi penerbangan yang dinaiki Kasih akan tiba.

“Bazli, hang buat pe dekat sini? Hang tak bertugas kan?” sapa seorang pramugara dari belakang, pelat Kedah pramugara bernama Haikal itu memang pekat, Adam mengenalinya. Suara lelaki itu kalau menegurnya 100 meter jauh pun dia kenal.
“Oh, kau Haikal. Aku tunggu seseorang, yang kau ni nak duty ke mana?” tanya Bazli.
“Aku duty ke Singapore. Okaylah, aku chow dulu naa, Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.”
Bazli pandang Haikal berlalu bersama beberapa orang pramugari menuju ke tempat berlepas.

Oleh kerana bosan, Bazli jalan-jalan sekitar KLIA. Bolehlah daripada tercongok dekat satu tempat sementara menunggu Kasih sampai. Sebenarnya Bazli lebih suka berjalan sekitar KLIA itu, dia selesa di sana. Semasa dia sedang menuju ke sebuah kedai cenderamata. Tiba-tiba matanya terpandang seseorang.

Zamri!

Bazli panjangkan leher tengok Zamri bersama siapa walaupun dia tahu siapa di sebelah Zamri itu. Mungkin mahu keluar melancong bersama barangkali. Sakit juga hati Bazli melihat mereka berdua mesra-mesraan. Bazli pandang mereka dari jauh, mesranya macam dunia ni mereka yang punya. Geram Bazli, belum kahwin tapi dah macam kahwin!

Tapi..

Bila melihat dari segi ketinggian dan potongan rambut, Bazli agak itu bukan Juwita, dia kenal Juwita macamana. Bazli sengaja dekatkan diri lagi untuk pandang Zamri dan perempuan itu. Tetiba pula jadi spy tak bertauliah. Alangkah terkejutnya Bazli bila melihat Zamri berpimpin mesra dengan seorang wanita yang Bazli kira dalam lingkungan 45 tahun. Patutlah lain macam saja, Bazli agak mesti Datin atau isteri VIP ke retis... Tapi, Bazli tak mahu meneka sembarangan, manalah tahu itu ibunya, ala, macam dia dan ibunya Puan Munira, selalu berpimpin tangan kalau berjalan sama. Bazli amati dan pandang lagi. Kali ini memang sah, perempuan itu bukan ibunya. Bazli nampak Zamri kucup tangan perempuan itu di depannya!

Hal tersebut menimbulkan kesangsian di hati Bazli. Siapa sebenarnya Zamri. Adakah dia anak ikan datin atau apa? Dan, yang paling dirisaukannya adalah Juwita, lelaki seperti Zamri itu jenis ‘pisau cukur’  yang memang kerjanya menarah duit perempuan. Tapi, untuk apa juga Bazli campur tangan hal bekas isterinya dan kenapa pula dia perlu memberitahu Juwita yang sememangnya tidak akan sekali-kali mempercayai kata-katanya. Bukan ada kebaikan pun untuk dia, Bazli malas pedulikan, dia terus berlalu dari situ.  

“Hmm.. entah-entah Kasih sudah sampai.” Bazli berkata seorang diri sambil melihat jam tangannya dan skrin jadual penerbangan di sebelah kirinya. Segera Bazli beredar dari situ membiarkan saja Zamri dan wanita itu mesra-mesraan di sebuah cafe.
Dari jauh, Bazli nampak Kasih dan seorang rakan setugasnya masuk ke dalam pejabat untuk duty report flight. Bazli lupa pula bawa bunga lavendar tadi. Tapi, bila dia ingat, dia memang plan akan bagi bunga tu dekat Kasih semasa Kasih berada dalam keretanya. Bazli sengaja tunggu Kasih dekat luar, nanti kalau dia menegur Kasih dekat dalam nampak obvious pula.

15 minit kemudian...
Bazli nampak Kasih menuju ke tempat teksi. Cepat-cepat Bazli pandu keretanya menuju ke sana dan bunyikan hon serta turunkan cermin tingkap.
Pon! Pon!

Kasih pandang siapa yang bunyikan hon kereta. Dia toleh belakang dan nampak kereta Bazli. Berbunga-bunga hatinya bila tengok Bazli tersenyum lebar di balik cermin mata gelapnya. Sekali pandang Kasih ingat James Bond versi Melayu yang menjemputnya.

“Masuklah,” jemput Bazli.
Segera Kasih buka pintu belakang dan letak begnya. Kemudian Kasih buka pintu depan dan nampak bunga lavendar di tempat duduknya.
“Eh! Bunga lavendar ke ni? Untuk siapa?” tanya Kasih.
“Untuk awaklah, awak kan nak bunga tu. Susah payah tau saya dapatkan bunga tu, nampak layu sikit, sebetulnya nak bagi awak semalam tapi tak sempat.” Bazli senyum memandang Kasih yang asyik memerhatikan bunga lavendar itu.
“Terima kasih, nilah first time saya tengok bunga lavendar segar. Selalu tu bunga plastik je. Macamana awak tahu saya habis duty?” tanya Kasih.
“Ala, senang je tengok jadual penerbangan awak. Awak kan duty fly penerbangan domestik je.”
“Macamana? Seronok dekat Sydney?”
“Hmm.. bolehlah. Tapi kali ni lebih meriah sebab banyak bunga-bunga segar dekat sana.”
“Seronoknya kalau saya dapat ke sana.”
“Macamana dengan bekas tunang awak tu? Ada kacau awak lagi tak?” tanya Bazli sedikit prihatin.
“Tak. Saya kan busy fly, manalah sempat nak jumpa dia.”
“Eh, awak ni tak busy ke? Tak pernah saya nampak awak dengan wife awak. Sesekali tu kenalkanlah dengan saya.”

Pertanyaan Kasih itu buatkan Bazli berubah wajah. Tiba-tiba pula dia teringat yang dia tak memberitahu siapa-siapa yang dia telah bercerai. Kalau diberitahu Kasih dia takut macam-macam angapan pula.
“Err.. dia ada je, just busy sikit dengan kerja dia,” jawab Bazli ringkas.
“Oh, takpe, next time ya. Eh! Mana gambar awak dan isteri awak yang tergantung dekat cermin ni?” tanya Kasih lagi.
“Oh, hari tu wife saya dah ambik, katanya dia nak letak dekat kereta dia.”

Kasih angguk, Bazli pula memandu kereta. Kasih pandang bunga lavendar itu, alangkah baiknya kalau bunga lavendar itu seperti Bazli yang dia boleh pegang dan belai. Fikirannya menerawang ke arah lain, bila sesekali tersedar, dia senyum sendiri. Tapi bila teringat Bazli sudah jadi hak orang lain, senyumnya tawar tapi tetap bergetar memandang Bazli yang khusyuk memandu.

***************

“Mak, mana Aiman?” tanya Dahlia sebaik saja sedar dari tidur.
“Dahlia, akhirnya kamu sedar nak. Aiman ada dekat luar pergi makan kejap,” jawab ibunya Puan Sofia sambil mengusap rambut anaknya itu.
“Ma, apa kata doktor ma?” tanya Dahlia yang kelihatan lemah.
“Kamu mengandung 3 bulan Dahlia, Alhamdulillah..” beritahu Puan Sofia dalam tangisan.
“Subhanallah, iya ke mak? Alhamdulillah. Tapi...”
Wajah Dahlia tiba-tiba berubah. Puan Sofia juga mengetap gigi.
“Abang Adam dah tahu ke mak?” tanya Dahlia lagi.
“Tak, mama tak beritahu dia lagi.”
“Nasib baik, kalau tak mesti Dahlia takde alasan lagi untuk satukan dia dan Wani.”
“Itulah sebab mak tak bagitau dekat dia. Kamu kena jaga diri Dahlia, keadaan kamu lemah.. mak risau sesuatu berlaku pada kamu. Kalau dulu mak melenting bila kamu tak ada anak. Bila kamu mengandung, mak rasa serba salah sangat. Mak harap kamu dapat bertahan ya.”
“Insya ALLAH mak. Dahlia akan bertahan demi semua, demi Aiman, demi abang Adam..” Dahlia memandang wajah ibunya dan menitiskan air mata.
“Sudahlah Dahlia, jangan menangis. Ini semua takdir tuhan, Dahlia kena terima semua ni, sesuatu kejadian yang dicipta itu ada hikmahnya.” Puan Sofia mengesat air mata di pipi Dahlia.

“Assalamualaikum,” sapa Pak Mat yang baru membuka pintu.
“Mama!” panggil Aiman berlari menuju ke arah ibunya.
Dahlia segera menyeka air matanya.
“Aiman anak mama..” Dahlia memeluk erat Aiman, sungguh, bila memandang anaknya yang seorang itu, Dahlia bertambah kuat, dia mahu hidup untuk Aiman, dia mahu lihat Aiman membesar.. tapi jauh di sudut hati, Dahlia tertanya-tanya, mungkinkah dia mampu lihat Aiman menginjak umur 6 tahun setahun lagi? 

bersambung.....

2 comments:

Fatrim Syah said...

Terima kasih singgah baca dan komen Sha Maz. Masih dalam proses belajar lagi. ^__^

Unknown said...

Mnarik,dahlia skt pe?kanser ke?kesian kat adam