BAB 22
MAHU tak mahu Bazli kena bertugas, sudah hampir tiga minggu
dia berada di hospital. Cuti yang diambilnya pun sudah habis. Takkanlah dia nak
ambil cuti sebulan pula, kalau dia melanguk dekat sebelah Juwita sekalipun
belum tentu dia sedar. Lagipula ibu dan ayah Juwita juga datang setiap hari.
Baru semalam balutan di wajah Juwita ditanggalkan, nasib baiklah tidak ada
parut sangat di wajahnya. Cuma beberapa jahitan di bahagian dahi sahaja.
“Juwita, Bazli
balik dulu tau..” bisik Bazli pada Juwita dan kemudiannya beredar.
Selama hampir tiga
minggu itu juga Bazli berdoa banyak-banyak agar Juwita lekas sembuh. Dan, tanpa
dia sedar rasa kasih dan sayang pada Juiwta itu muncul semula. Bazli sebenarnya
ada letak harapan agar Juwita rasa
terharu pada dirinya apabila mengetahui bahawa dia yang menjaga Juwita. Bazli
tak tahu, kalau dulu hanya ada rasa benci dan benci pada bekas isterinya itu.
Tapi, bila hampir setiap hari bertemu dan bercakap dengan Juwita dalam keadaan
Juwita koma itu Bazli rasa dia masih sayangkan Juwita.
Sampai rumah,
hanya Mira yang ada. Mira turun ke bawah menemui abangnya. Saja dia buat muka
meluat dan tak puas hati serta jeling-jeling abangnya.
“Mira, janganlah
macam ni, abang rasa bersalah pula..” Bazli memandangnya.
“Abang tu patut
rasa bersalah pada diri abang, pergi hospital jaga orang yang tak mengharapkan
kita buat apa. Jangan buang masa abanglah.”
“Tolong, tolonglah
faham keadaan abang. Abang terpaksa buat semua tu. Takkanlah abang nak mengaku
depan mak ayah dan pak cik mak cik yang abang dah bercerai pula dengan kak
Juwita kamu tu. Nanti apa perasaan dorang, lagi-lagi dalam keadaan Kak Juwita
macam tu.”
“Itu Mira faham.
Tapi yang abang hari-hari siang malam pagi petang jaga orang koma buat apa. Dia
tu bukan tanggungjawab abang lagi. Abang masih sayangkan kak Juwita kan? Abang
masih harapkan perkahwinan abang kan? Jangan tipulah bang.. Mira boleh nampak.”
Bazli diam, dia
pandang Mira. Mira pula malas mahu cakap balik-balik.
“Kalau abang kata
ya macamana?” Bazli berkata tiba-tiba.
“Abang! Are you out of your mind?!” marah Mira.
“Terserah Mira nak
kata apa, tapi abang memang sayangkan kak Juwita kamu tu lagi. Kamu pun tahu
yang abang cintakan dia sejak kita kecil lagi.”
“Cuba abang buka
pemikiran abang tu sikit. Apa yang abang kolot sangat ni. Ya ALLAH, sudahlah
bang, suka hatilah, hak abang, tapi abang kena ingat, abang kena bagitau dekat
semua pasal rumahtangga abang tu. Tak baik menipu.”
“Menipu untuk
kebaikan macamana pula?” sengaja Bazli bergurau dan buat-buat muka innocent.
“Abang nampak tak
senduk mak yang beli kat Thailand hari tu?” tanya Mira yang tak menjawab lagi
soalan abangnya.
“Nampak.”
“Ha, kalau abang
tak nak kena hempuk dengan senduk besar tu abang ulanglah apa yang abang cakap
tu. Sudahlah! Mira nak naik atas, bercakap dengan abang ni macam orang tak ada
perasaan!”
Gulp!
Bazli telan air
liur. Garang juga adiknya, sampai dia confuse, dia ke abang atau adiknya itu
yang kakak. Kemudiannya Bazli naik ke biliknya, lagi sejam dia ada flight duty
ke Labuan, nasib baiklah pergi balik saja. Senang sikit dia melawat Juwita
nanti.
*****************
KASIH sampai ke
airport tepat jam 9 pagi. Dia kemudian ke pejabat penerbangan untuk report duty
dan melihat senarai krew bertugas. Memang itulah selalunya yang FA (flight attendant) buat, saja nak tengok
dengan siapa yang mereka ditugaskan. Kalau rakan senanglah berbual, kalau bukan
rakan, redha sajalah dan jaga perangai masing-masing serta bertindak
profesional. Sudah lumrahnya dalam kerja, bukan semuanya sempurna, bukan
semuanya baik. Jadi, faham-faham sendiri sudah. Semasa sedang memeriksa crew
list untuk penerbangan itu, Kasih ternampak nama Bazli.
‘Bazli dah on duty
rupanya, nasib baiklah satu flight...’ gumam Kasih lega, lama juga dia tidak
bertemu jejaka yang satu itu, banyak saja yang mahu ditanyakan Kasih.
“Hai Kasih, sihat
hari ni?” sapa seorang rakan pramugari iaitu Diana.
“Alhamdulillah.
Awak duty ke mana hari ni?” tanya Kasih.
“Ke Singapore.
Awak still fly untuk domestik kan? Takpelah, tak lama nanti mesti duty yang
international punya. Okeylah, I gerak dulu, bye..”
“Bye.” Kasih
perhatikan Diana, dia sedikit senior daripadanya, dialah yang banyak mengajar
selok belok mengenai penerbangan mereka selain Bazli. Iya, memang semuanya ada
dekat Akademi dulu tapi praktikal dengan teori itu sangat berbeza.
Tidak mahu
membuang masa, Kasih cari kelibat Bazli. Selalunya para krew yang bertugas
harus sudah report duty 3 jam sebelum pesawat berlepas. Segera Kasih pandang ke
kiri dan ke kanan. Dia nampak Bazli bercakap dengan pramugara yang lain. Bila
semua pramugara itu pergi, Kasih terus mendekatinya.
“Hai Bazli, lama
tak nampak awak. Awak sihat?” tanya Kasih sambil melempar senyuman.
“Ya,” pendek
jawapan Bazli dan seolah tak pedulikannya.
Kemudiannya Bazli
bergerak ke balai pelepasan tanpa mempedulikannya. Cepat-cepat Kasih mengekori.
Kemudiannya mereka memeriksa tiket para penumpang sebelum berlepas ke kapal
terbang. Masa itupun Bazli hanya diam-diam sahaja. Kasih pun naik pelik, Bazli
okey ke tak okey untuk bertugas. Kerana faham, Kasih tak mahu ganggu.
“Kasih, jom. Semua
penumpang dah naik kan?” rakan pramugarinya menegur, Bazli pula sudah bergerak
ke hadapan meninggalkannya.
“Okey.”
Kasih mengikut
langkah rakan pramugari itu dan terus naik ke kapal.
“Selamat menaiki
Sinar Airlines, anda sedang menaiki pesawat boeing 747 dari Kuala Lumpur menuju
ke Wilayah Persekutuan Labuan. Penerbangan ini mengambil masa selama 2 jam 20
minit. Saya Bazli Mansor, ketua pramugara anda bersama anak-anak kapal
mengucapkan selamat datang. Terima kasih kerana memilih Sinar Airlines sebagai
penerbangan anda.”
Kasih dengar Bazli
buat pengumuman, untuk penerbangan kali ni Bazli adalah ketua mereka. Lega juga
Kasih kerana sepanjang bertugas bersamanya keadaan para krew sangat selesa.
Selepas membuat
pengumumam, Bazli kembali semula ke bahagian belakang kapal terbang tempat para
FA berkumpul untuk menyediakan makanan dan minumam untuk para penumpang.
Sebenarnya semuanya sudah tersedia rapi, cuma tinggal untuk menghidangkannya
sahaja. Usai tugasnya, Kasih duduk di salah satu tempat menunggu arahan dari
Bazli. Bazli juga mengambil tempat duduk di sebelahnya. Kasih kira dia mahu
ambil peluang itu sekali lagi untuk menyapa Bazli.
“Isteri awak
macamana? Ada perkembangan?” tanya Kasih mesra dan perlahan.
“Okey,” sepatah
saja Bazli jawab.
“Dia dah sedar
dari koma ke?” tanya Kasih lagi.
Kali ini Bazli
langsung tak nak jawab soalan Kasih. Tiba-tiba Kasih serba salah pula tanya
soalan macam tu pada Bazli.
“Maaf, saya tak
patut tanya macam tu.”
“Kasih, tolong
bersedia, tak lama lagi makanan dan minuman nak dihidangkan.” Bazli memberi
arahan, wajahnya agak sinis dan tegas seolah-olah dia dan Kasih tidak pernah
mengenali.
Kasih turut arahan
dan terus susun beberapa makanan ke dalam troli mereka. Hari itu dia hanya jadi
tukang tolak dan tukang hidang sahaja. Sambil-sambil itu Kasih sempat berfikir,
apa sebenarnya yang berlaku pada Bazli. Kenapa dia macam tegas semacam saja,
lepas tu Kasih mula memikirkan kalau-kalau dia ada buat salah dengan Bazli,
tapi tak ada pula.
“Cik, saya nak
nasi lemak, bukan nasi ayam.. cik..” seorang penumpang memberitahu.
“Kasih,” seorang
rakan pramugari menguisnya.
“Minta maaf Puan.
Saya akan gantikan.”
Selepas itu Kasih
fokus dengan tugasnya. Malas dia mahu pedulikan hal lain, nanti takut pula
kalau ada penumpang yang menegurnya, sudahlah kerja itu remeh, nanti tercalar
punya imej hanya kerana perangai tak alertnya.
Tepat jam 12
tengahari, penerbangan itu sampai ke Labuan. Oleh kerana penerbangan itu terus
menerus, makanya mereka hanya menunggu penumpang di kapal terbang sahaja. Kasih
dan beberapa krew sempat membersih dan mengemas tempat duduk penumpang. Iyalah,
kena juga nampak kemas dan selesa. Paling Kasih anti bila ada yang menyelitkan
botol minuman, kertas, tisu ke tempat duduk. Tapi apa boleh buat, sudah
tugasnya. Selepas berehat hampir setengah jam, kapal terbang itu bergerak
semula ke Kuala Lumpur. Kasih kira dalam jam 3.30 petang mereka akan sampai ke
Lapangan Terbang Antara bangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Semasa dalam waktu
berehat tadi pun, Bazli hanya bercakap dengan pramugari senior. Malas jugalah
Kasih mahu masuk campur atau mendekati mereka, iyalah, walaupun sama-sama FA
tapi kasta kerja itu masih ada di mana-mana. Kasih tengok okey pula bila Bazli
bercakap dengan FA yang lain, taklah sinis dan tegas macam dia tadi. Kasih naik
pelik, dia ingat Bazli ada tekanan sebab isterinya belum sedar koma, rupanya
tak. Makin Kasih fikir, dia malas mahu ambil tahu. Buat pening kepala saja,
lagipun, sudah orang tu tak sudi, takkan nak terhegeh-hegeh pula. Sementara
menunggu flight mereka selamat tiba ke KLIA, Kasih menyibukkan diri memerhati
para penumpang dan tahap kebersihan. Setelah puas hati, dia ke belakang bersama
para FA yang lain. Sehari suntuk perjalanan begitu bukanlah satu tugas yang
mudah. Memang nampak penat di wajah masing-masing.
“Saya Kapten anda
Muhammad Amar bin Saad, kita sedang berada dalam ketinggian 60,000 kaki dari
aras laut, keadaan cuaca adalah baik, kita dijangka akan tiba di Kuala Lumpur
dalam masa 20 minit..”
Kasih dengar
pengumuman daripada kapten kapal terbang itu, macam angin lalu saja rasanya.
Selepas itu Kasih dengar pengumuman itu dalam bahasa inggeris pula. Sempat dia
tangkap nama Amar, sebelumnya dia belum pernah dengar nama pilot tersebut, tapi
dia pun bukan kenal sangat dengan pilot lainnya. Mahu jenuh nak hafal nama
mereka semua. Bila disebut Amar, dia teringat pula pada Amar, apalah yang
sedang dibuatnya sekarang. Teringat juga Kasih bila dia tanyakan Amar tentang
kerjanya, Amar hanya cakap kerja halal. Kasih agak sebab Amar kenal arwah abang
Sofian, mesti dia kerja kerajaan juga.
Seperti jangkaan
Kasih, tepat jam 3.30 petang mereka sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur (KLIA). Lega rasanya bila sudah habis bertugas. Kasih dan krew FA
yang lain menuju ke pejabat penerbangan untuk report duty. Sama seperti tadi,
Bazli tak berjalan beriringan dengannya. Biarlah, Kasih tak mahu ambil kisah
pun. Usai semuanya, Kasih menuju ke hentian teksi, kebetulan sudah ramai
penumpang waktu itu. Kasih beratur menunggu, tapi lama kelamaan penumpang makin
ramai. Kasih kemudiannya ke satu tempat tidak berjauhan dari hentian teksi itu.
Pon! Pon!
Kasih terkejut
apabila melihat sebuah kereta, sebelumnya dia tidak pernah nampak kereta
tersebut, kereta volvo tu, gila lawa. Kasih agak mungkin Bazli barangkali,
iyalah, Bazli selalu tukar-tukar kereta, lega sedikit hati Kasih, akhirnya
Bazli mahu juga bercakap dengannya. Mungkin ada sesuatu yang mahu
dibicarakannya. Berpelangi sikit hati Kasih waktu itu. Tiba-tiba cermin kereta
diturunkan. Kasih nampak seorang lelaki berpakaian pilot dan bercermin mata
hitam, Kasih jeling dan tunduk lihat siapa lelaki tersebut. Sah-sahlah bukan
Bazli.
“Kasih, tak nak
naik ke?” tanya lelaki tersebut.
Kasih macam kenal
suara tersebut, dia pandang lagi sekali lelaki itu. Kemudiannya lelaki itu buka
cermin mata hitamnya.
“Amar?!” terkejut
Kasih, rasa macam mahu pengsan.
“Ya, saya ni.”
“Saya dah beli tiket
teksi ni.”
“Tak apalah, saya hantar.”
Segera Amar keluar
daripada kereta dan bukakan pintu untuknya.
“Mari beg awak?”
Amar ambil beg Kasih dan letak dibelakang keretanya.
“Awak tunggu
apalagi, masuklah.”
Kasih masuk ke
dalam. Masih dalam keadaan jantungnya dup dap, dup dap. Antara realiti dan
fantasi dia tak tahu, dia tak dapat menyandarkan badan ke kerusi kereta itu. Masih
belum benar-benar percaya yang orang berpakaian pilot itu adalah Amar.
“Kasih, kenapa ni?
Ni memang sayalah Amar.”
“Awak kerja pilot
ke? Jadi, Kapten Amar bin Saad dalam penerbangan ke Labuan pergi balik tu awak
lah?” tanya Kasih lagi.
“Haah saya. Dulu
saya dengan airlines lain, baru dua hari bertugas dekat sini. Kenapa? Tak
percaya?” tanya Amar.
“Kasih ingatkan
Amar kerja government macam abang Sofian.”
“Tak baik ingat
orang yang dah takde.”
“Iyalah. Awak ni
kan, selalu dengan kejutan. Hari tu saya tanya kerja dekat mana patutlah tak
jawab.”
“Ala, saya kan
suka awak..”
“Apa awak cakap
tadi?”
“Dengar-dengarlah...”
Amar senyum dan paling wajahnya ke kanan, malulah tu.
Kasih pula
buat-buat tenang, ternyata lelaki bernama Amar itu ada kerjaya hebat rupanya.
Dia ingat lelaki biasa saja.
“Lepas ni ada nak
gi mana-mana tak?” tanya Amar.
“Takde pula.”
“Awak tak takut ke
ikut saya ni?” tanya Amar lagi.
“Apa maksud awak?
Awak jangan nak nakal-nakal pula.” Kasih bimbang.
“Tak adalah. Saya
kan kena jaga awak. Takkanlah saya nak apa-apakan awak pula.”
“Manalah tahu.”
“Ish awak ni.
Takpe, saya hantar awak balik rumahlah ya, lagipun kita sama-sama penat.”
Kemudiannya Amar
pasang radio, kebetulan pula lagu yang disukai Kasih tersiar. Lagu Aishiteru
tu.. Kasih menyanyi kecil, takkanlah nak Amar dengar suara sumbangnya pula kan.
Malu beb!
“Walau raga kita
telah terpisah jauh.. namun hati kita selalu dekat, bila kau rindu pejamkan
matamu dan rasakan.. ai, aishiteruuuu...”
“Kasih suka lagu
ni ya?” tanya Amar tiba-tiba.
Aish! Dia dengar
ke suara sumbang aku, tebak hati Kasih. Boleh tertelan air liur ni.
“Bolehlah.. dulu
suka tengok drama dia kat astro tu. Tak pernah miss.”
“Amboi, suka
sangat dengan sinetron Indon kan.”
“Takdelah, dah
takde benda nak tengok masa tu..”
Makin lama, Amar
pandang Kasih beberapa kali. Kasih perasaan, dah kenapa pula mamat ni, nanti
accident payah mereka.
“Amar, cocentrate
driving tu..”
“Err.. sorry,
payah kalau ada gadis cantik dalam kereta. Selama ni kereta ni aje yang
cantik..”
“Hmm.. awak ni
ada-adalah. Jangan nak buat lawak awak tu. Kalau macam ni awak bawa kapal
terbang bahaya tau.”
“Ala, drive kapal
terbang lagi senang daripada saya drive sekarang ni.”
“Ish, malas nak
cakap dengan awak.”
“Iyalah, ngah
drive hati-hatilah ni.”
Amar senyum-senyum
saja sepanjang perjalanan tersebut. Iyalah, sebelumnya belum pernah dia rasa
gembira macam tu. Gadis bernama Kasih itu merubah persepsinya tentang banyak
hal. Lagipula dia suka sikap Kasih yang tegas itu, selain tu mestilah sebab
Kasih cantik orangnya. Gila kalau lelaki tak suka perempuan cantik.
“Thanks...” Kasih berterima
kasih sebaik dia menurunkan begnya.
“Tak nak ajak naik
ke?” tanya Amar.
“Awak nampak tak
high heel saya ni.”
“Nampak, nampak..
eh! Esok nak tak saya jemput awak. Esok saya free, awak pun free kan?”
“Err..”
“Kira jadilah tu,
bye..”
“Err..” belum
sempat Kasih cakap apa-apa, Amar sudah tutup tingkap, Kasih lambai tangan bila
Amar lambai tangannya.
“Macam-macamlah
Amar ni tapi sweet juga dia dalam suit pilot tu, eh! Aku ni dah kenapa?” Kasih
geleng kepala, senyum sendiri dan terus naik menuju ke apartmentnya.
Kring! Kring!
Telefon bimbit
Bazli berdering semasa dia sedang memandu.
“Helo Encik Bazli
Mansor kan? Kami dari HKL.”
“Iya, ya saya
Bazli Mansor, ada apa ya?” tanya Bazli resah.
“Isteri encik
Juwita Sallehudin dah sedar daripada koma. Tapi kami minta encik datang segera
ke hospital, ada beberapa perkara yang doktor nak cakapkan.”
“Baik nurse,
terima kasih.”
Bazli matikan
telefon bimbitnya. Hatinya rasa lega sangat, segera dia memandu ke hospital.
“Alhamdulillah..
terima kasih Ya ALLAH...”
bersambung....
8 comments:
Yes Amar, sila masuk line cepat-cepat. hahahah :D
Juwita dah sedar. Finally!!
Amar kena make a move! (eh! bukan aku ke yang tulis, la la la la la...)
Finally, sedar gak Juwita. Sib baik x bagi dia mati. eh!
Thanks Syah Shah singgah komen, sgt menghargainya. ^__^
No prob. Hehe.
Adakah Juwita bakal hilang ingatan?? Hohoho~ Penasaran! Cepat sikit naik entry baru! *kemain demand* Hahahahah :P
La la la la la, baca awal tu nyampah betul dgn Bazli tu. Kalau dia ada depan mata rasa nak tendang. ha ha ha tapi bila muncul Amar, oh GREAT SHOCK nasib baik x heart attack..haha
salam domi nisa disini..bestlah..nti nk bce lagi tahu..wlpn bab dpn2 ada lagi yg xbce. stakat ini mmg best..goob job ya fatrim syah haha..
Terima Kasih Domi Nisa singgah sini dan komen. Insya ALLAH. Maaf kalau ada kekurangan, masih belajar menulis lagi. ^___^
Sweet gle kot sikap amar...kasih xyah la igt bazli lg.....amar tu lg baek kot
Urghhh Bazli... kesian kat Kasih... seb baek ada Amar.. pengubat hati nan lara... hik3
Post a Comment