BAB 23
TERKOCOH-KOCOH
Bazli masuk ke dalam HKL, tidak sabar rasanya untuk dia menemui Juwita yang
sudah sedar dari koma. Rasanya dia ingin menjadi orang pertama yang ingin
menemui Juwita dan bercakap dengannya. Hatinya meronta-ronta untuk mendengar
suara Juwita. Atau mungkin mahu satu ucapan yang lebih luar biasa barangkali.
Ting!
Lif terbuka dan
dia terus menuju ke wad di mana Juwita di tempatkan. Bazli pandang dari cermin pintu,
dia nampak Juwita sedang berbual dengan ibu dan ayahnya. Lega hatinya melihat
keadaan Juwita begitu. Terus dia memusing tombol pintu dan masuk ke dalam.
“Assalamualaikum...” Bazli memberi salam.
Juwita dan ibu bapanya memandang.
“Waalaikumsalam.
Bazli, masuklah.. abang, jom, saya lapar ni.. tadi tak sempat makan.” Puan
Julia menarik tangan suaminya.
“Eh! Bukan tadi
kita dah..”
“Jomlah, awak
ni..” Puan Julia terus menarik suaminya Encik Sallehudin keluar.
Bazli senyum
melihat tingkahlaku orang tua Juwita. Bazli pandang Juwita.
“Awak apa khabar?”
tanya Bazli dan mengambil tempat duduk.
“Saya sihat, awak
siapa? Awak buat apa dekat sini? Awak salah wad ke?” tanya Juwita tiba-tiba.
“Juwita, saya ni
Bazli, takkanlah awak tak kenal. Saya suami awaklah.” Bazli menjawab.
“Sumpah! Saya tak
kenal awak, bila masa yang saya kahwin dengan awak pula? Awak salah orang ni.”
“Saya ni suami
awaklah.” Bazli pegang tangan Juwita cuba yakinkannya.
“Awak jangan cuba
sentuh saya! Awak bukan mahram saya! Sebelum saya teriak, baik awak keluar dari
sini. Keluar! Keluar saya kata!” marah Juwita tiba-tiba.
Bila Juwita
berteriak menggila seperti itu, barulah Bazli perasaan, Juwita sudah berubah,
dia dah jadi orang lain. Segera Bazli keluar, hatinya kecewa.
“Bazli, kami minta
maaf.” Aunty Julia menyapa tiba-tiba.
“Apa yang berlaku
ni mama? Ayah?” tanya Bazli pada kedua
orang tua Juwita.
“Kami pun tak tahu
apa yang jadi Bazli. Tadi dia kata tak kenal kami, bila kami kenalkan yang kami
ni ayah dan ibunya pun dia sangsi.” Encik Sallehuddin memberitahu.
“Ayah dah jumpa
doktor?” tanya Bazli lagi.
“Sudah tadi. Tapi
doktor pun nak jumpa kamu juga.”
“Kalau macam tu,
Bazli jumpa doktor dulu ya ma, pa.”
“Okey, kami masuk
dalam dulu.”
Bazli melangkah
menuju ke bilik doktor. Mungkin di situ ada jawapan kenapa Juwita berperangai
pelik seolah-olah tidak mengenalinya. Cepat Bazli melangkah menuju ke sebuah
bilik yang dia pernah juga memasukinya sikit masa lalu untuk mengetahui keadaan
Juwita.
Tok! Tok! Tok!
“Masuk!” terdengar
suara memberi arahan.
“Assalamualaikum
doktor.” Bazli memberi salam.
“Waalaikumsalam,
Encik Bazli, have a seat.”
“Terima kasih.”
“Pasti hendak tahu
keadaan isteri encik kan?” tanya doktor yang bernama Hisham itu.
“Ya, saya.”
“Kami sudah
jalankan pemeriksaan ke atas isteri encik dan kami dapati ada sedikit gangguan
saraf pada otaknya dan mengakibatkan dia lupa pada sesetengah perkara.”
“Adakah ini
bersifat sementara doktor?” tanya Bazli ingin tahu.
“Mungkin juga,
kami tak berapa pasti. Encik sebagai suami dia boleh membantu beliau supaya
mengingati masa-masa lalu. Kami yakin, Puan Juwita bakal sembuh.”
“Insya ALLAH
doktor.”
Mendengar
kata-kata doktor itu tadi sebenarnya membuatkan hati Bazli lega. Ini kesempatan
terbaik untuknya memikat hati Juwita balik. Bazli lihat ini sebagai satu
peluang untuk dia meraih cinta Juwita. Mengapa tidak dia memanfaatkan keadaan
itu bukan.
“Terima kasih
doktor, saya keluar dulu.” Bazli meminta diri kemudiannya keluar dari ruangan
itu.
‘Ini kesempatan
baik untuk aku. Mungkin dengan cara ni dapat lembutkan hati Juwita tu balik,
manalah tahu kan.. belum cuba belum tahu..’ desis hati kecil Bazli penuh tekad.
“Ya ALLAH, kau
bantulah hambamu yang lemah ini, aku cuma mahukan sekelumit bahagia seperti
insan-insan lain..” Bazli sempat berdoa dalam hati dan kemudian masuk ke dalam
ruangan wad Juwita.
“Mak, ayah..
Juwita macamana?” tanya Bazli.
“Dia sedang
berehat. Tadi kami dah beritahu siapa kamu dan dia mulai faham.” Ibu Juwita
menjawab soalan Bazli.
“Alhamdulilah, mak
dan ayah baliklah dulu. Mak dan ayah tentu penat, dah lepas maghrib ni. Biar je
Bazli dekat sini, esok Bazli takde flight.”
“Tak apalah.. kamu
tu yang penat, balik dari flight terus ke sini. Terima kasih Bazli.. kerana
kamu ada untuk Juwita, kamu memang suami yang baik untuk anak kami..” besar
harapan Encik Sallehuddin.
Bazli terkesima
sebentar, ada pelbagai rasa menerjah dalam dirinya. Rasa bersalah paling banyak
melingkari ruang hatinya. Namun, semua ni Bazli lakukan untuk sebuah cinta.
Meskipun cinta itu masih belum pasti dan kabur, tapi Bazli percaya, ruang itu
masih ada untuknya. Dia cuma perlu berusaha dan berusaha memasuki ruang itu,
Bazli pandang Juwita yang lena.
“Mak ayah baliklah
berehat, nanti Bazli maklumkan kalau ada apa-apa. Kalau boleh mak dan ayah
bawalah album kahwin kami supaya senang Bazli explain pada Juwita bila dia sedar
nanti.”
“Insya ALLAH.
Terima kasih Bazli, kami balik dulu, assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam..”
Bazli lihat ibu
dan ayah Juwita beredar, kemudian dia pandang wajah Juwita yang tenang tidur.
“Maaf Juwita, aku mencintaimu..
berilah aku peluang..” Bazli memandang Juwita dalam, ada satu pengharapan yang dia
harap dari wanita di hadapannya, andai lakonan ini masih diteruskan meski Juwita
hilang ingatan sekalipun, Bazli tetap mahu meneruskannya.
************************
Kring! Kring!
Telefon rumah Kasih
berbunyi tengah malam. Entah siapalah yang menghubunginya malam-malam buta begitu.
Segera diangkatnya.
“Selamat Tahun Baru!”
Terbeliak sekejap mata
Kasih mendengar sebutan itu. Apakah? Segera kasih belek tingkap, dia lihat dari
kejauhan ada bunga api di serata tempat. Mana taknya, dia tinggal di apartment tingkat 9
tu. Maka fahamlah dia kenapa dia mendapat ucapan seperti itu.
“Selamat Tahun Baru
juga Amar. Dekat mana ni? Dataran ya?” tanya Kasih.
“Saya takde kawan nak
jalan-jalan. Lagipun tak suka sangat pergi Dataran Merdeka tu, buat penat badan
je. Tonton tv lagi bagus. Awak dah tidur ke tadi?” tanya Amar.
“Haah, ingatkan siapalah
yang call. Awak ni, tak reti tunggu siang.”
“Manalah boleh tunggu,
kan dah jam 12 tengah malam ni. Hari ni, detik ni dah 1 Januari 2013 tau. Saja nak
dengar suara awak di tahun baru, semangat sikit.”
“Awak ni ada-adalah
Amar.”
“Gurau ajelah. Okey,
esok jangan lupa tau. Awak ada date dengan saya.”
“Eh! Bila masa pula
ada date bagai ni? Tak adalah, mana ada.”
“Awak jangan buat-buat
lupa pula. Esok saya tunggu bawah apartment awak.”
“Erm.. iyalah..”
“Okey, asaalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.”
Sesudah itu, Kasih
letak telefon, dia senyum sendiri. Boleh pula Amar call malam-malam buta nak ucap
selamat tahun baru. Esok kena pula ikut dia pergi mana entah. Kasih tarik nafas,
kemudian teringat kejadian dalam kapal terbang tadi, ada juga sedikit terkilan dengan
sikap Bazli, mahu juga dia bertanya lewat sms apa yang berlaku. Kenapa dan mengapa
Bazli bersikap sedemikian. Entah, Kasih sendiri tak tahu, kenapa dia risau sangat
dengan sikap Bazli, apa dia rasa sesuatu pada lelaki itu kah? Kasih faham dan Kasih
maklum Bazli mungkin masih risau dan bimbang dengan keadaan isterinya, tapi salahkah
kalau Kasih tanya sedikit untuk menunjukkan yang dia ambil berat. Kasih tak mahu
fikir panjang, lagipun nanti-nanti dia akan ketemu juga dengan Bazli di tempat kerja.
Ah! Desis hati kecil Kasih, lelaki itu memang buat dia bengang hari ni. Kasih tarik
selimut dan cuba pejam matanya rapat-rapat.
bersambung...
4 comments:
Peluang kedua untuk Bazli dan Juwita. Bagus, bagus. Rebut peluang tu Bazli, jangan dilepaskan. :)
Tak sabar aku tunggu next one. :D
Peluang yang wujud hanya dalam minda Bazli. Apapun, tunggu ajelah.. Bazli pun lelaki baik, semoga ada peluang buat dia lagi.
Thanks Syah Shah komen, tak sabar nak baca APG gak! ^__^
Harap-harap peluang tu memang betul-betul ada untuk Bazli & Juwita. Hehe.
Amar jugak yang jadi penyelamat keadaan... Kasih... lupakan ajalah si Bazli tu... (adiehh.. terasa cum ada kaitan dengan setan rasanya... sebab buat aktiviti hasut menghasut)
Post a Comment