BAB 29
DAHLIA ke hospital untuk melawat Wani. Semasa dia masuk ke dalam
wad Wani tiada sesiapa di sana. Adam memaklumkan dia mungkin terserempak dengan
adik lelaki Wani iaitu Amar tapi mungkin adik lelaki Wani ketika itu balik ke
rumah. Dahlia mengambil tempat duduk dan memandang Wani.
Tangan kanan Wani
digenggam erat.
“Wani, walau
apapun caranya, Wani sedarlah cepat ya Wani. Kamu saja harapan Dahlia sekarang
ni untuk jaga abang Adam, Aiman dan anak yang Dahlia kandungkan ni. Kamu saja
yang Dahlia percaya.. Dahlia harap kamu cepat sedar ya..” Dahlia memandang Wani
yang bernafas melalui oksigen.
Lama Dahlia di
situ, sekadar meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Belum ada sesiapa yang dia
beritahu mengenai penyakit yang dihidapinya itu kecuali ibunya. Pada Wani yang
koma itu dia bercerita sekurang-kurangnya untuk meringankan beban. Dahlia juga
bercerita dia enggan menerima rawatan kerana tahu ia akan menjejaskan
kandungannya. Sungguh, di depan Adam, Dahlia cuba untuk nampak sesihat atau
senormal mungkin meskipun seluruh badannya sangat sakit. Benar, kakinya mulai
sakit dan mungkin sehari dua lagi dia tidak akan dapat berjalan.
“Wani, andai kata
Dahlia tak sempat bertemu kamu. Tunaikanlah hajat Dahlia ya, Wani jagalah abang
Adam baik-baik. Wani jaga amanah Dahlia baik-baik, Dahlia takkan sesal
sedikitpun meninggalkan orang-orang yang tersayang pada Wani...” air mata
Dahlia tidak dapat ditahan-tahan, setengah jam kemudian Dahlia keluar dari wad
itu menuju ke bilik doktor untuk menghadiri sesi temujanjinya.
Ting!
Pintu lif terbuka
di tingkat dua, seorang wanita bersama seorang lelaki pertengahan umur masuk ke
dalamnya, wanita itu menolak kerusi roda lelaki itu, tiba-tiba kerusi roda itu
tersangkut. Segera Dahlia menghulurkan bantuan. Wanita itu senyum tanda terima
kasih. Tiba-tiba Dahlia seakan teringat-ingat wajah wanita dan lelaki itu
kerana dia seperti biasa memandang mereka.
‘Mak dan ayah
abang Adam...’ desis hati kecilnya.
“Aunty nak ke mana
ni?” tanya Dahlia tanpa mengenalkan dirinya.
“Aunty nak bawa
uncle kamu ni jalan-jalan ke taman. Minggu lepas dia kena strok, nasib baiklah
tak apa-apa,” jawab Aunty Mary Ann Yong mesra sambil melemparkan senyuman.
“Mana anak aunty?”
sengaja Dahlia bertanya demikian meskipun dia tahu Adam adalah anak tunggal
keluarga itu.
“Anak aunty dah
tak pedulikan aunty dan uncle lagi.. aunty tak nak sebut pasal dia lagi...”
nampak raut wajah kecewanya.
Saat itu, Dahlia
mati kata. Perlukah dia berterus terang yang dia adalah isteri pada Adam,
Dahlia pandang aunty dan uncle tersebut. Keduanya nampak mesra dan baik. Tapi
dia sendiri tak faham, kenapa mereka tidak mahu menerima Adam kembali. Sudah
beberapa kali mereka cuba datang ke rumah tapi semuanya asyik terhalang.
Ting!
Pintu lif terbuka,
Dahlia melihat aunty itu berlalu keluar menolak kerusi roda ayah Adam.
‘Aku dah tak punya
banyak masa, kalau ini boleh aku lakukan untuk mereka, aku kena buat sekarang’
kata Dahlia dalam hati.
Kemudian dia
menekan butang open sebelum pintu lif itu tertutup rapat dan menuju ke arah
aunty tersebut. Dahlia sudah tidak peduli apa yang bakal berlaku. Segera kakinya
melangkah.
“Hai aunty...”
sapa Dahlia sebaik saja dia melihat ibu dan ayah Adam sudah duduk di satu tempat.
“Kamu. Berehat juga
ya. Duduklah.. aunty biarkan uncle tengok pemandangan bukit tu, biar dia tenang
sikit. Nama amoi siapa?” tanya ibu Adam.
“Saya Dahlia.”
“Panggil saja
aunty Mary.”
Mereka berdua
berkenalan.
“Aunty, kalau saya
cakap sikit aunty jangan marah ya,” pinta Dahlia tiba-tiba.
“Kenapa pula aunty
nak marah kamu.” Ibu Adam memandangnya pelik.
“Aunty, sebenarnya
saya ni isteri anak aunty dan saya tengah mengandungkan cucu aunty.” Dahlia
berterus terang.
“Jadi, kamulah
yang ambil anak aunty ya! Beraninya kamu! Kamu yang hasut dia supaya tinggalkan
kami! Kamu tak kesian ke sama aunty dan uncle!” marah ibu Adam.
“Mama..” Dahlia
cuba pegang tangan ibu Adam perlahan dan memangginya mama.
“Saya bukan mama
kamu!” tangan Dahlia ditepis.
“Mama, saya tak
pernah memisahkan kasih sayang mama dan abang Adam. Adam yang mahu memeluk
agama saya. Tapi mama kena faham yang dia bukannya tinggalkan mama, dia masih
sayangkan mama dan papa walaupun agamanya berubah...” Dahlia cuba menenangkan
keadaan.
“Apapun alasannya
dia memeluk agama kamu tanpa bagitau apa-apa. Tahu-tahu saja dia sudah memeluk
Islam dan tiba-tiba pula berkahwin dengan kamu. Apa itu bukan mengabaikan ibu
dan ayahnya sendiri…”
“Mama…”
Dahlia cuba
bercakap tapi tiba-tiba dia merasa pandangannya gelap…
“Dahlia, are you
okey. Dahlia?” ibu Adam cuba membangunkan Dahlia yang tiba-tiba pengsan!
Nasib baiklah
kebetulan ada jururawat lain yang sedang membawa pesakit bersiar-siar, ibu Adam
meminta bantuan mereka.
“Tolong, tolong
nurse, tolong..”
Segera jururawat
yang memandang membantu. Dahlia dibawa masuk ke dalam.
******************
******************
Selepas 2 jam....
Dahlia membuka
matanya perlahan-lahan. Dia nampak seorang doktor dan seorang jururawat berada
di sisinya.
“Kamu kena berehat
di hospital Puan Dahlia. Keadaan kamu mungkin akan lebih teruk lagi jika tidak
dirawat.” Doktor tersebut memberitahu.
“Tuan doktor,
biarlah saya balik ke rumah ya. Ini saja peluang terakhir saya bersama keluarga
saya. Tolong ya tuan doktor,” rayu Dahlia.
“Puan Dahlia, ini
untuk kesihatan kamu juga. Simptom penyakit kamu mulai kelihatan dan mulai merebak.
Terimalah rawatan kami Puan..”
“Jangan cuba
halang saya! Bukan kamu yang tentukan hidup mati saya!” marah Dahlia tiba-tiba.
Suara tinggi Dahlia
menyebabka doktor dan jururawat yang berada di depannya tergamam. Doktor itu tidak
berani berkata apa-apa lagi tentang rawatan.
“Saya minta Puan
hati-hati dan jaga diri Puan. Suami Puan dalam perjalanan ke sini.”
Dahlia terkejut.
“Tuan doktor
jangan beritahu apa-apa pada suami saya ya. Saya tak mahu dia tahu. Biarkan
saja..”
“Tapi..”
“Tuan doktor, ini
untuk kebaikan saya juga… tahulah saya menjawab dengan dia nanti. Tolong saya,’
lembut suara Dahlia tiba-tiba.
Doktor itu
terpaksa mengalah, apatah lagi keluarga Dahlia itu amat-amat dikenalinya.
Kemudiannya doktor dan jururawat itu keluar dari ruangannya.
Dahlia teringat
tentang ibu dan ayah Adam tadi.
‘Mungkin aku bukan
orangnya yang menyatukan abang Adam dan keluarganya..’ Dahlia pasrah.
Pintu tiba-tiba
dibuka seseorang.
“Assalamualaikum,
kenapa ni Dahlia? Apa jadi ni?” tanya Adam bertalu-talu.
“Waalaikumsalam.
Tak, Dahlia tak apa-apa, cuma ada pening sikit dan kaki Dahlia bengkak. Doktor
sarankan supaya Dahlia pakai kerusi roda.” Dahlia cuba menutup apa yang berlaku
dan memang benar kakinya sedang membengkak.
“Tak apalah, nanti
abang ambil kerusi roda dulu dan kita terus balik untuk berehat di rumah.” Adam senyum memandang Dahlia.
Lega Dahlia
apabila Adam tidak banyak bertanya. Lagipula mungkin suaminya itu sudah
berjumpa dengan doktor yang merawatnya. Dahlia pandang Adam yang berlalu keluar
untuk mengambil kerusi roda. Kemudiannya Dahlia cuba bangun, dia tersentak
kerana kakinya benar-benar tidak dapat bergerak. Langsung tidak! Dahlia pasrah,
dia tahu simptom penyakit itu sedang merebak ke kakinya.
‘Ya ALLAH, kau
kuatkanlah hatiku menerima semua dugaanmu Ya ALLAH. Satu pintaku Ya ALLAH, kau
selamatkanlah anak yang kukandung ini Ya ALLAH. Biarlah dia melihat dunia ini…’
Dahlia berdoa dalam hati.
Air matanya
menitis, ini saja perkara terakhir yang boleh dia lakukan, iaitu memberikan
Adam seorang anak yang mereka harap-harapkan… Sekarang yang dia bimbangkan juga
keadaan Wani, apa mungkin Wani akan selamat? Apa mungkin Wani boleh menggantikan
tempatnya.. Dahlia tak tahu, dia cuma berharap, dia harap Wani tabah dan mampu menjaga
orang-orang kesayangannya.. kerana dia sudah tidak boleh bersama mereka lagi.. air
mata Dahlia mengalir perlahan tapi penuh harapan…
bersambung...
5 comments:
assalamualaikum...
ibu adam tu terima sajalah. Dah kahwin, dah nak ada anak pun...bab dahlia pulak,
kenapa Dahlia xmau bagitahu adam? bagitahu sajalah senang...bukan apa kasihan Adam nanti. sekurangnyg bila adam tau dia lebih bersedia untuk menerima...
teremo plak...kehkeh...
good! next!
~Min~
waalaikumsalam..
terima kasih Cik Myn, singgah komen. Dahlia tak nak nyusahkan Adam yang sedia susah hati. Kadang2 isteri ni banyak pengorbanannya pada suami, isteri yang baik akan sentiasa senyum pada suami even dia terluka.. huhu.. erm, jawapan aku ni macam dah kahwin la pula, padahal budak2 lagi.. ermm.. erm..
Insya ALLAH Bab 30 dan yang terakhir di blog akan menjengah Isnin nanti. Sodih... ^___^
Weshh Syah... awat sedih sangat? huk3... kesian at Dahlia...
Oih! Dahlia tu sakit apelah? Dari aritu tak cakap-cakap. Geram pulak aku. Hahahahah :P
Haiihhh... Aku harap Dahlia tu selamat jugaklah in the end. Wani pun.
Cepat-cepat sambung! Hahahah demand. :P
Assalamualaikum. Dahlia ni sakit apa. hadoiii cian kita tertanya-tanya. cepat bgtau yer Fatrim. Wani plak bila nak sedar. cam jatuh ditimpa tangga plak si Adam nih. sorang isteri koma, sorang lg sakit apa thah.
Post a Comment