BAB 28
“Abang nak ke mana tergesa-gesa ni? Kalau ya pun breakfastlah dulu elok-elok,” tegur Mira
pada abangnya yang minum tergesa-gesa sambil makan sandwich lalu ke pintu depan memakai
kasut.
“Abang nak melawat
kak Juwita kamu kat hospital. Hari ni ada sesi rawatan pertama dia cuba
berjalan, abang dah janji temankan dia,” jawab Bazli sambil melempar senyuman.
“Abang ni.
Ingatkan tadi ada flight ke
tergesa-gesa ni. Sampai bila abang nak jaga kak Juwita tu pula? Sedar-sedarlah
bang...”
“Mungkin sampai
Kak Juwita kamu cintakan abang kot. Okey, abang pergi dulu, dah lambat ni, assalamualaikum...”
Bazli segera meminta diri.
“Abang!
Waalaikumsalam..” Mira menjawab salam dan mendengus marah. Sakit hatinya bila
abangnya itu masih mengharap pada bekas kakak iparnya itu. Kadang-kadang ada
juga rasa kesian dan simpati pada abangnya yang nampak macam terhegeh-hegeh
pula pada janda sendiri. Mahu juga dia membuka mulut pada ibu dan ayahnya
tentang hal sebenar, tapi kasihan pula pada abang sendiri. Namun, sampai bila
pula dia perlu menanggung rasa bersalah dan rasa berdosa. Ah! Mira tak mahu
fikir. Kemudiannya dia segera ke meja makan.
“Selamat pagi
Mira, tak ada kuliah ke hari ni? Mana abang kamu, tadi mama nampak dia dah
siap-siap, dah keluar ke?” tanya mamanya yang tiba-tiba datang ke meja makan.
“Terkejut Mira,
mama ni.. Abang ke hospital tergesa-gesa tadi, katanya Kak Juwita ada sesi
rawatan pertama berjalan..” Mira memberitahu.
“Alhamdulillah. Kamu
takde kuliah ke pagi ni, nanti ikut mama melawat kakak kamu tu. Seingat mama,
kamu tak melawat kakak kamu tu lagi sejak kali pertama dulu.”
“Ha?”
“Kenapa? Apa yang
terkejutnya ni?”
“Eh! Takde lah ma,
Mira okey je.” Mira senyum palsu dan kemudian mengherot mulut. Rasa terpaksa
pun ada.
Kalaulah Mira
bagitahu sekarang pasal abangnya dan bekas kakak iparnya boleh agaknya. Lagipun
mamanya tu sporting sikit. Mungkin mama tak marah agaknya, telah Mira. Tapi,
bila memikirkan abangnya, mulut Mira tertutup. Mira nampak abangnya mulai
berubah kebelakangan ni, makin berubah dan nampak bahagia. Kalau nanti keadaan
jadi seperti abangnya bercerai dulu, kasihan pula pada abangnya yang seorang
tu. Nak bagitau ke tak, nak bagitau ke tak ni.. telah Mira dalam dua, dalam
tiga dan dalam empat.. pusing!
“Mira, apa
termenung tu? Tak baik termenung depan rezeki tu, termenung teman lelaki lah
tu,” tegur mamanya.
“Ish mama ni, ada-ada
je. Mira ngah fikir lainlah. Ma, boleh tak Mira tak nak ikut mama ke hospital?”
tanya Mira pula.
“Ish budak bertuah
ni. Ambil beratlah sikit hal orang lain. Itu kakak ipar kamu tahu tak. Dah,
takde alasan, lepas siap makan nanti kita pergi sesama.”
Mira diam,
terpaksalah menurut arahan Naib Ketua Menteri itu. Kang kena potong elaun kang,
susah dia.
************************
Bazli memerhatikan
Juwita cuba berjalan sambil tangan kiri dan tangan kanan Juwita memegang palang
di kiri kanannya dan cuba melangkah.
“Okey, cuba langkah.. pelan-pelan ya..” arah doktor.
“Abang, Juwita
takutlah..” Juwita memandang Bazli dan kemudian hampir terjatuh, segera Bazli
berlari dan memaut Juwita.
“Abang dah ada ni,
jangan takut. Juwita cuba pelan-pelan melangkah.. abang kira satu dua, Juwita
cuba melangkah.. Juwita nak berjalan balik kan?” Bazli mendorong Juwita.
“Juwita cuba...”
Juwita
melangkahkan kakinya, langkah satu berhasil, langkah dua, dia hampir terjatuh
lagi, nasib baik dipaut Bazli.
“Boleh, Juwita
boleh.. cuba lagi..” dorong Bazli.
“Juwita takut..”
“Abang ada ni,
jangan takut.. cuba langkah..”
Juwita cuba sekali
lagi dan terjatuh lagi.
“Encik Bazli,
cukuplah untuk sesi rawatan hari ni. Jangan dipaksa. Esok kita cuba lagi. Saya
keluar dulu ya.”
Doktor yang
merawat Juwita meminta diri. Bazli membantu Juwita duduk di kerusi rodanya.
“Juwita takut
sangat ni.. esok kita cuba lagi ya?” Bazli memberi perangsang.
“Esok abang takde flight ke?” tanya Juwita.
“Abang lupa pula.
Tapi takpe, ada pembantu di sini. Mereka boleh tolong.”
“Tapi, kalau abang
takde, Juwita tak naklah..”
“Juwita, tak boleh
macam tu, nak cepat baik kan.”
“Ermm..”
“Okey, okey, jom,
abang bawa Juwita ke taman. Hirup udara segar dulu pagi ni, baru minda tu
cerdas...”
Juwita mengangguk.
Kerusi rodanya ditolak Bazli keluar dan kemudian mereka masuk ke dalam lif.
“Bila Juwita boleh
keluar hospital bang? Tak sabar nak balik rumah kita,” tanya Juwita tiba-tiba.
Bazli tersentak.
Rumah kita? Maksudnya Juwita mahu balik ke apartment mereka. Sekejap Bazli
berangan membayangkan betapa bahagianya hidup dia dan Juwita di sana. Tapi,
rumah itu jugalah yang menjadi saksi penceraian mereka.
“Abang, kenapa
ni?” tanya Juwita.
“Takdelah.”
“Abang, macamana
Juwita boleh kemalangan ya? Abang masa tu dekat mana? Ada flight ke?” tanya Juwita ingin tahu.
Bazli tersentak
sekali lagi. Bazli cuba cari jalan lain untuk beritahu Juwita, tak apapun
berbohong untuk kebaikan, desis hatinya.
“Juwita masa tu
nak hantar pakaian seorang artis popular ni. Nak cepat.. tu yang kemalangan
tu.”
“Agak-agak mesti
Juwita buat pakaian muslimah untuk artis tu kan bang?” tanya Juwita lagi.
Bazli pelik,
memang dia agak pelik dengan Juwita. Sejak sedar dari koma hari itu. Juwita
sudah lebih ke arah keagamaan, dia juga suka mendengar ayat-ayat suci Al-Quran
dan kadang-kadang meminta Bazli sendiri menjadi imamnya ketika solat. Dan
paling mengejutkan, Juwita mengenakan tudung. Hal itu memang mengejutkan ibu
dan ayah Juwita sendiri yang mana mereka kenal anak mereka itu sangat daring.
Malah, apabila dia dilawat oleh orang yang bukan mahram, segera Juwita
mengenakan tudung. Perubahan positif itu Bazli anggap anugerah tuhan.
“Abang? Kenapa
diam ni? Abang tak jawab soalan Juwita lagi,” tanya Juwita.
“Owh, pasal baju
tu. Juwita buatkan baju untuk Shaza artis popular yang Juwita nampak dekat
newspaper semalam..” beritahu Bazli.
“Ha? Juwita
buatkan baju untuk artis tak cukup kain tu? Bukan berdosa ke? Tak naklah Juwita
buat baju untuk artis macam tu, tak hingin..” Juwita pelik dan tak ingat.
“Sudahlah Juwita,
jangan difikirkan sangat.”
Ting!
Pintu lif terbuka
di tingkat tiga. Bazli nampak Amar. Amar tersentak kejap melihat Bazli bersama
seorang wanita di kerusi roda.
“Hai,” sapa Bazli.
“Hai,” sapa Amar.
“Kenalkan, ini
Juwita isteri saya. Juwita, ini Amar, pilot tempat kerja abang.” Bazli mengenalkan
dirinya dan Juwita.
“Owh, isteri.
Ingatkan adik tadi..” Amar memandang mereka, cantik juga isteri Bazli ala-ala
model. Dalam pada masa sama, hati Amar tenang.. tenang akan sesuatu..
“Macamana dengan
kakak kamu? Dah sedar dia?” tanya Bazli lagi.
“Belum lagi. Insya
ALLAH, petang nanti. Terima kasih ya pasal semalam. Saya emo sikit.”
“Owh, takpe, saya
faham.” Bazli senyum memandangnya.
“Kenapa dengan
kakak dia bang?” tanya Juwita.
“Kakak saya kena
tikam peragut.” Amar menjawab soalan itu sebelum Bazli sempat menerangkan.
“Masya ALLAH. Moga
tuhan selamatkan dia.” Juwita nyata terkejut.
“Insya ALLAH.”
“Kamu nak ke mana
ni? Ada duty ke pagi ni?” tanya Bazli.
“Tak, nak ke bawah
beli breakfast. Saya amik cuti seminggu ni.” Amar memberitahu.
Ting!
Lif terbuka di
tingkat dua. Amar keluar.
“Saya keluar dulu,
jumpa lagi, assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam...”
jawab Bazli dan Juwita serentak.
Lif tertutup dan
kemudian membawa mereka ke tingkat satu. Apabila lif terbuka, Bazli menolak
kerusi roda Juwita keluar dan membawanya ke satu taman yang terdapat di
hospital tersebut.
“Abang, seronok
kan kalau ada baby macam tu.” Juwita senyum memandang seorang wanita menyusukan
anak di depannya.
“Juwita nak ada
baby ke?” tanya Bazli.
“Mestilah. Kan
anak tu pemberian tuhan dan penyeri keluarga.”
Bazli senyum
memandang Juwita yang suka melihat wanita tersebut dan anaknya.
“Abang, terima
kasih ya bersama Juwita di saat susah dan senang. Juwita tak tahu nak cakap
apa. Juwita sayangkan abang... Kalau takde abang, mungkin Juwita takkan macam
ni kot...” Juwita memandang Bazli.
“Ini sudah
tanggungjawab abang. Susah senang kita tanggung berdua. Terima kasih kerana
sayangkan abang..”
“Abang, macamana
kita bercinta? Abang tak bagitau lagi.”
“Abang sebenarnya
dah lama jatuh cinta dengan Juwita. Cuma Juwita saja yang tak tahu, sejak dari
kecik lagi. Dulu masa kita kecik, keluarga kita tinggal satu rumah sewa bersama
tau.. sebab tu keluarga kita rapat, dulu keluarga kita bukan orang senang..”
Bazli brcerita.
“Oh, macam tu. Abang
ni nakallah, kecik-kecik lagi dah ada rasa.. ish!” herot Juwita.
“Ala, takpe kan..
sekarang ni kita dah jadi suami isteri pun.” Bazli senyum dan membelai tangan
Juwita.
Kemudian Juwita
mengambil tangan Bazli dan meletakkannya di wajahnya sambil menguntum senyuman.
Bazli senyum sendiri.
Abang!!
Bazli terkejut dan
menoleh ke kanan. Dia nampak Mira di situ. Juwita juga memandang ke arah yang
sama.
“Eh, itu Mira adik
abang kan? Hai Mira..” sapa Juwita.
“Hai kakak..” Mira
menyapanya kembali dengan senyuman yang cukup dibuat-buat.
Kemudiannya dia
buat tanda isyarat kepada abangnya untuk mengikutnya ke satu tempat.
“Juwita dekat sini
dulu ya. Abang nak jumpa adik abang tu kejap. Adalah halnya tu. Tunggu abang ya...”
Juwita mengangguk
dan melempar senyuman.
“Mira datang
dengan siapa?” tanya abangnya.
“Dengan mak. Apa yang abang
buat dengan Kak Juwita tadi? Abang sedar tak yang abang dan Kak Juwita tu dah
bercerai? Abang, ini bukan kisah dongeng atau drama swasta bang. Ini realiti
bang, wake up bang. Wake up! Sudah-sudahlah bang, cukuplah hidup dalam alam
khayalan abang tu. Abang ingat, kak Juwita tu akan terima abang lepas dia dapat
ingatan dia balik.. jangan nak mengharap sangatlah bang.. takut abang pula yang
kecewa nanti...” Mira bercakap memandang abangnya.
“Mira, boleh tak
bagi abang peluang. Abang ni tak layak ke nak bahagia macam orang lain. Abang
sayangkan kak Juwita kamu tu dan kak Juwita pun sayangkan abang. Biarlah macam
ni sampai bila-bila pun. Lagipun pasal ingatan kak Juwita tu kamu tu, kata
doktor lama sikit nak dia ingat balik.”
Pap!
Mira menampar kuat
pipi kanan abangnya.
“Mira! Apa ni! Kamu
jangan kurang hajar dengan abang ya?!” marah Bazli.
“Abang boleh tak
sedar diri. Abang tahu tak apa yang abang buat ni berdosa besar. Abang tu bukan
mahram kak Juwita lagi. Abang mungkin boleh tutup mata semua orang, boleh tipu mak,
abah, boleh tipu kak Juwita, tapi abang kena ingat, abang kena ingat yang di
atas. Tuhan. Tuhan sentiasa tengok apa kita buat. Abang sedarlah bang, Mira
lempang abang tu supaya abang sedar, supaya abang tak tersasar. Jangan terlalu
mengikut hawa nafsu!”
Bazli terdiam.
“Kalau macam nilah
kan. Mira takkan bersabar lagi. Hari ni juga Mira akan bagitau mama dan papa
pasal hal yang sebenar! Mira dah cukup sabar selama ni bang. Tahap kesabaran
Mira ni ada batasnya! Mira dikira menanggung dosa bersama abang! Mira sayangkan
abang tu, abang tak ingat apa yang berlaku dekat mahkamah tu? Cukup-cukuplah tu
bang! Masih ramai perempuan baik-baik di luar sana, buka mata abang dan
kembalilah ke jalan yang benar bang...”
“Mira please Mira,
please. Abang minta tolong sangat.. abang tahu abang salah. Abang tahu abang ni
berdosa. Tapi please Mira, berilah abang hak untuk bahagia macam orang lain,
abang nak rasa sempurna macam orang lain Mira. Mira, tolong abang ya Mira..
Mira kesiankan abang kan..” Bazli pandang Mira yang sudah bergenang air mata
dengan sepenuh harapan, Bazli pegang tangan adik perempuannya itu erat.
“Sudahlah bang.
Mira nak balik dulu, rasanya kalau nak cakap dengan abang ni. Sampai esok pagi
pun tak habis, ingat pesan Mira ni. Jaga batas abang, abang ingat janji abang,
abang kena bagitau mak dan ayah hal ni.. kalau abang tak cakap, mungkin Mira
takkan teragak-agak untuk cakap dan hentikan semua ni. Mama ada dekat cafe,
bagitau dengan mak, Mira ada hal, Mira naik teksi, assalamualaikum..” Mira
berlalu dan melangkah dengan cepat meninggalkan Bazli.
“Waalaikumsalam..”
perlahan Bazli jawab salam itu dan pandang Mira berlalu, masih terasa getaran
tangan Mira melempangnya tadi.
Sungguh! Tamparan
itu memberi makna yang cukup besar pada Bazli. Perlahan Bazli melangkah, dia
tahu, dia terlalu berharap. Sampai di tempat Juwita, Juwita pelik melihat Mira
tiada bersama.
“Mana Mira bang?”
tanya Juwita.
“Oh, dia ada hal.
Dia kirim salam.”
“Waalaikumsalam..”
jawab Juwita.
‘Ya ALLAH, andai
dia bukan jodohku lagi. Kau tutupkan rasa cinta ini padanya.. Andai dia masih
jodohku, kau permudahkanlah segala-galanya...’ doa Bazli di dalam hatinya sambil
memandang Juwita.
Kemudiannya Bazli
cuba melangkah meninggalkan Juwita. Tiba-tiba Juwita memaut tangan Bazli erat.
Bazli tersentak.
“Tuhan tu maha
pengasih dan penyayang kan bang. Tuhan kurniakan rasa cinta pada kita, kemudian
dua insan itu bersatu dan selepas itu Tuhan titipkan anugerah pada kita... Tuhan
sudah cukup baik berikan kita cinta. Kerana Tuhan tu maha pengasih, dia
titipkan kita lagi dengan anugerah... Anugerah yang paling bermakna dalam hidup
kita. Abang, kalau kita ada anugerah tu, pasti hidup kita bahagia kan bang...”
Juwita memandang
wanita yang menyusui anak di depannya sambil bercakap. Bazli berhenti
melangkah.. dia tak tahu, dia tak tahu apa dia harus lakukan. Apa mungkin dia
tutup saja rasa hatinya pada Juwita, apa mungkin semua ini perlu diteruskan
lagi.. Bazli tak tahu.. fikirannya kosong, tapi sesekali melangkah meninggalkan
Juwita di situ tak mungkin lagi!
bersambung.....
4 comments:
Aku kesian kat Bazli sebenarnya. Niat dia tu dah baik. Tapi memang tak patutlah dia ambil kesempatan macam tu kan.
Tapi memang kesian ah sama Bazli... Ish...
hukum tetap hukum....sayang mcm mana pun bila bab hukum mana boleh letak tepi....bazli ooo bazli...
bazli, moga kau tabah erk...salah kau jugakkan....
Terima kasih singgah baca dan komen. ^__^
Syah Shah : Dia cuba menyayangi, tapi caranya tak betul. Kesian dekat dia jugak.
Cik Myn: Benar, hukum tetap hukum. Harap Bazli sedar.
p/s ~ kena PAP 2, 3 kali baru afdal. ekekkee..
Bagus tu, Mira... lempang kuat2 sket... hik3...
Amar... terharunya... tinggi betul rasa sayang dia kat Wani... huk3
Post a Comment