BAB 2
DUA minggu selepas
itu, sah Bazli dan Juwita bertunang, perkahwinannya dirancang berlangsung bulan
depan. Bukan main gembira lagi Bazli,
benarlah kata orang, kalau kita tak dijodohkan dengan orang tu, janganlah
dipaksa, lebih baik berserah. Walaupun Juwita jodoh aturan keluarga, tapi Bazli
juga lega, lagipula dia kenal Juwita dari kecil lagi. Kalau dah jodoh tak ke
mana. Bazli harap perkahwinan kali kedua ini berjaya dan membawa bahagia pada
dirinya.
“Awak selalu ke
pantai ni?” tanya Bazli sebaik saja kereta Bazli sampai ke sebuah pantai.
“Tak juga,
selalu dengar Azwan pembantu saya yang cakap, katanya best.” Juwita menjawab sambil memandang pantai di depan mereka.
Mereka
berdua kemudiannya keluar dari kereta menuju ke salah satu pondok. Berhampiran
kawasan itu ada beberapa deretan gerai. Angin sepoi-sepoi dari arah pantai
sangat menenangkan suasana.
“Nak apa-apa tak?”
tanya Bazli.
“Tak apalah, tak
lapar lagi, tapi kalau ada keropok pun boleh.”
Bazli mengangguk.
Kemudian berlalu daripada situ menuju ke deretan gerai yang terletak kurang 10
meter dari pondok tersebut. Juwita memandang ke pantai, melihat ombak yang
bergelumang, memikirkan sesuatu.
“Perkahwinan
merupakan satu ikatan suci yang disulami keikhlasan, kejujuran. Perkahwinan
mengajar kita menerima siapa pasangan kita,” kata-kata seorang ustaz di
televisyen semalam masih terngiang-ngiang di telinga Juwita.
Dalam pada hari
perkahwinan yang semakin hari semakin dekat. Juwita bimbang sesuatu, dia
memandang ombak yang memukul pantai seperti perasaannya juga kini. Apa mungkin
dia perlu meneruskan semua ini? Apa mungkin dia perlu berkahwin dengan orang
yang dia cuba cintai? Entah, Juwita bingung. Dia memandang telefon bimbitnya
yang didail berkali-kali oleh seseorang, seseorang yang dia kenal rapat.
Sesungguhnya jiwa Juwita berontak dengan keputusan keluarganya. Namun, dia juga
ada sebab kenapa perkahwinan itu perlu diteruskan. Serasanya memandang pantai
yang luas di depannya kini, ingin saja Juwita berteriak sekuat-kuat hatinya!
“Awak? Awak??
Awak??” Bazli menegur Juwita yang mengelamun.
“Eh, err.. awak,
cepatnya...” Juwita terkejut, cepat sungguh Bazli bergerak.
Bazli memandang
Juwita, “Air jus tembikai kegemaran awak, ada lagi makanan lain saya beli ni.”
“Oh, okey. Terima
Kasih.” Juwita melempar senyuman paksa, membiarkan apa yang difikirkannya tadi
hanyut dilambung ombak di hadapannya. Telefon bimbitnya tadi disimpan ke dalam
begnya.
“Mama... papa..!”
kedengaran suara budak lelaki berumur lingkungan 4 tahun tidak jauh dari tempat
Bazli dan Juwita duduk.
“Aiman, jangan
main jauh-jauh,” pesan Dahlia, ibu Aiman.
“Dahlia, biarlah
Aiman tu, dia jarang keluar macam ni. Selalu terperap dekat rumah saja. Nanti
bosan dia.” Adam Lee Lee; ayah Aiman menyampuk, slanga cina Adam Lee Lee masih
kedengaran walau berbahasa Melayu.
“Yalah, yalah...”
Dahlia akur sambil menyapukan jem nenas di roti bekal mereka. Adam Lee pula
sibuk membaca surat khabar.
Pasangan itu sudah
5 tahun mendirikan rumahtangga. Bercinta sejak zaman universiti lagi, mulanya
sejarah percintaan mereka kadangkala putus, kemudian sambung semula. Mungkin
kerana kedua-duanya tidak yakin hubungan mereka berdua itu mampu pergi jauh.
Apatah lagi Adam Lee yang pada masa itu dipanggil John bukanlah orang Islam.
Hubungan itu tidak bersambung sejak itu kerana John adalah senior dan dia tamat
belajar awal. Kemudiannya John membuka sebuah syarikat perniagaan sendiri
bersama rakan kongsi.
Namun, Tuhan lebih
tahu segalanya. John Lee datang ke majlis konvokesyen Dahlia setelah mereka
mula berhubung melalui facebook sebulan
sebelum itu. Mulanya Dahlia agak terkejut juga kerana sudah lama John Lee tidak
menghubungi dan telah melupakannya, apatah lagi Dahlia terdengar-dengar gosip
yang John Lee hangat bercinta dengan seorang seniornya.
“Jom ambil
gambar?” pelawa John Lee. Dahlia mengangguk lagipula ibunya tidak dapat datang,
dia cuma ditemani kawan-kawannya saja semasa majlis konvokesyen itu.
“Bazli, pegang
kamera ni. Ambil gambar kami.” John Lee mengarahkan Bazli kawan baiknya untuk
mengambil gambar.
“Propose tau masa
ambil gambar ni. Follow the plan.” Bazli mengingatkan.
“Yes boss.” John
Lee menyahut dalam nada cinanya.
Dan berdirilah
Dahlia di sebelah John macam tiang elektrik kaku.
“Boleh tak rapat
sikit lagi? Buat muka excited sikit.” Bazli tiba-tiba pula mengarah.
Bergeraklah John
Lee setapak, masih cuba mencari mood bergambar. Sekejap-sekejap memandang
Dahlia di sebelahnya.
“John, cuba senyum
sikit, ini majlis konvokesyen Dahlia. Cheer
up sikit.” Bazli mengarahkan kawan baiknya itu, sebenarnya sengaja
menyakat.
“Kau nak ambil
gambar ke tak ni Bazli?” John membalas.
“Iyalah, iyalah.
Ikut suka kaulah, tapi smile...” Bazli jawab.
Bazli pun
menjalankan kerjanya, bukanlah banyak pun. 1, 2, 3, 10 take. Padahal gaya yang
sama saja orang didepannya berikan. Bazli terpaksalah buat-buat excited. Tahu
sebenarnya John tengah nervous.
“Okey good take!
Aku nak beli air dulu. Kau tunggu aku sini John.” Bazli bersuara dan berlalu
tapi sempat buat isyarat untuk menggalakkan John bercakap tujuan sebenar mereka
datang.
“John, thanks
datang. Lama tak jumpa. Setahun rasanya. Bila nak kahwin?” Dahlia awal-awal
lagi bertanya.
“Calon takde lagi.
Saya datang ni pun ada hajat.”
“Hajat?” Dahlia
berkerut dahi memandang John Lee yang sebenarnya agak kacak memakai kemeja
berkot hari itu. Sekilas Dahlia pandang macam pelakon drama chinese yang dia
selalu tengok di televisyen.
“Dahlia binti
Zainal, sudikah awak menjadi isteri saya?” John memberitahu hasratnya.
“John, awak jangan
main-mainlah.” Dahlia pada masa itu merasakan John hanya bergurau, lagipun John
memang suka membuat kejutan.
“Tak, saya serius,
saya nak awak jadi isteri saya. Teman hidup saya. Awak sudi tak?”
“John, awak jangan main-mainlah.” Dahlia pada masa itu merasakan John hanya
bergurau, lagipun John memang suka membuat kejutan.
“Tak, saya serius,
saya nak awak jadi isteri saya. Teman hidup saya. Awak sudi tak?”
Apabila John
berkata demikian, Dahlia terkejut. Masih tidak yakin. Dia memandang John.
“Tapi agama awak?”
tanya Dahlia.
“Saya sudah lama
belajar tentang Islam. Percayalah, sudah lama saya mula jatuh cinta dengan
agama Islam, bukanlah sebab kerana saya inginkan awak, tapi kerana saya rasa
Islam itu mudah, Islam itu indah...dan saya rasa, awaklah pendorong semua ni.”
Kata-kata John
benar-benar menyentuh hati Dahlia, masa itu juga Dahlia menangis. Beberapa
kawan-kawan Dahlia yang berada di situ ingatkan Dahlia sedih kerana mereka akan
berpisah.
Sebulan selepas
itu, John sudah bertukar nama kepada Adam Lee, sepatutnya Adam Lee Abdullah,
tapi kerana undang-undang baru boleh mengekalkan nama keluarga, ianya
menjadikan Adam Lee tidak ralat.
Sebenarnya Adam Lee
mengambil masa untuk memberitahu yang dia telah memeluk agama Islam pada
keluarganya. Ibunya yang datang dari Melaka ternampak Al-Quran di rumah John
beserta sejadah. Mulanya dia ingat John mungkin ada kawan Islam yang tumpang
serumah tapi apabila ibunya; Mary Ann Lee, ibu John menyaksikan dengan mata
kepalanya sendiri anaknya itu bersembahyang dengan cara Islam di biliknya yang
terbuka sedikit, ibu John sedar anaknya sudah berubah agama.
“John, are you convert to Islam?” tanya
ibunya inginkan kebenaran sebaik saja John keluar ke ruang tamu usai solat
Isyak.
Adam Lee memandang
ibunya, dia cuba untuk menjadi berani. Berani menjadi lelaki. Berani menjadi
Islam. Rasulullah SAW pernah menerima ujian getir daripada keluarga sendiri,
kenapa pula dia tidak boleh. Apatah lagi, dia akan memberitahu kebenaran itu
kepada mamanya sendiri, ibu yang melahirkannya.
“Ya mama, John
sudah memeluk Islam enam bulan lalu. Nama baru John.. Adam Lee, apapun berlaku,
mama tetap mama John sampai bila-bila mama.” Adam Lee mengaku.
“Cukup John! Mama
mahu balik Melaka hari ni juga!” bentak ibu Adam Lee yang sudah menduga jawapan
itu dari mulut anaknya.
“Mama, biar John
jelaskan... mama...” Adam Lee cuba
merayu.
“Sudahlah John.
John sudah tak sayangkan mama, tak sayangkan daddy! Tak sayang keluarga kita!” Ibunya kemudian beredar dari
rumah Adam Lee.
“Mama, please ma.. please..” Adam Lee cuba menjelaskan lagi. Namun, ibunya tetap
melangkah keluar dan berlalu pergi.
Adam Lee hanya
mampu terduduk. Ada juga air mata yang mengalir, tapi hatinya sudah pada Islam.
Dia tidak tahu keluarganya akan bertindak sedemikian rupa. Adam Lee faham, dia
perlu memberikan masa untuk mamanya menerima.
Namun, semua itu
bukanlah semudah difikirkan Adam Lee. Pada hari perkahwinan Adam Lee pun,
seorang keluarganya tidak datang. Dan, kerana itu jugalah ibu Dahlia; Puan
Sofia sampai sekarang tidak menyukai Adam Lee. Bukan sedikit cabaran yang perlu
dihadapi oleh Adam Lee dan Dahlia. Apatah lagi bila mereka mengambil anak
angkat 3 tahun yang lalu. Itu membuatkan kebencian Puan Sofia pada Adam Lee
bertambah-tambah, dia langsung tidak suka mereka mengambil anak angkat,
seolah-olah menunjukkan pula anaknya itu tidak mampu mendapatkan zuriat
sendiri.
“Abang fikir apa
tu?” tanya Dahlia.
“Tak, tak ada
apa-apa. Cuma ingat dekat keluarga abang,” jawab Adam Lee memandang jauh,
mungkin sedih. Dahlia diam memahami.
Setiap kali Tahun
Baru Cina, Adam Lee dan Dahlia tidak pernah lupa untuk datang ke rumah keluarga
Adam Lee. Tapi, setiap kali itu juga, pintu akan tertutup buat mereka.
Dahlialah yang bertindak menenangkan Adam Lee. Dahlia tahu, banyak kesukaran
yang ditanggung Adam Lee hanya kerananya. Dibuang keluarga, dibenci mertua.
Kadang-kadang, Dahlia kasihan pada Adam Lee, tapi nasib baiklah Adam Lee menganggap
semua itu ujian dari tuhan untuk hambanya.
Sementara itu,
Bazli yang membuang sampah kebetulan ternampak Adam Lee dan keluarganya di
pantai sama. Segera dia membawa Juwita ke arah mereka.
“Adam!!”
Bazli sengaja
berteriak untuk menarik perhatian Adam Lee yang fokus membaca surat khabar
sambil berbaring di kerusi panjang yang dibawanya.
“Hei Bazli!” Adam
Lee membalas, tahu benar suara Bazli sahabat baiknya.
Adam dan Bazli
berpelukan kerana sudah lama tidak berjumpa.
“Hai, lama tak
jumpa. Flight memanjang. Kau apa khabar Bazli?” Adam bertanya.
“Aku okeylah Adam.
Hai Dahlia.” Bazli melambai ke arah Dahlia.
“Haa, ni siapa ni?
Tak nak kenalkan ke?” Dahlia bertanya mendekati mereka.
“Ni, tunang aku.
Juwita.”
Juwita berlaga
pipi dengan Dahlia.
“Bila majlisnya
ni? Jangan lambat-lambat. Lama sangat menduda tu.” Adam sengaja mengusik,
highlight perkataan menduda.
“Hujung bulan ni.
Kau jadi pengapit boleh?” Bazli meminta.
“Nanti aku pula yang
jadi pengantin karang baru kau tahu.”
Mereka semua
tertawa.
“Dah, kami join
kamulah. Alang-alang.”
“Jom.”
“Jap, mana Aiman?
Lama tak jumpa dia, mesti dah besar.” Bazli bertanya, menoleh ke kiri, kanan,
belakang mencari-cari Aiman.
“Mana Aiman? Tadi ada dekat situ,” tanya Adam
Lee apabila tidak melihat kelibat Aiman.
“Mana Aiman? Tadi ada dekat situ,” tanya Adam Lee apabila tidak melihat
kelibat Aiman.
Dahlia menoleh
melihat ke arah Aiman bermain tadi dan memanggil nama anaknya itu, “Aiman... Aiman...
Aiman...!!” Dahlia memanggil nama anaknya cemas, dia menoleh ke kiri dan ke
kanan, sasau!
“Aiman...
Aiman..!!” Adam Lee juga memanggil dan suaranya semakin kuat sambil melihat
sekeliling.
Bazli dan Juwita
yang berada berhampiran terus memandang ke arah suami isteri yang memanggil
anaknya cemas. Seketika kemudian Bazli terkejut apabila dia memandang tangan
seorang budak terkapai-kapai di tengah laut, kemudian tenggelam di laut, tanpa
berfikir panjang, segera Bazli berlari ke dalam laut tanpa sempat menanggalkan
baju dan seluarnya. Juwita juga terkejut melihat apa yang dilakukan Bazli.
“Bazli!” teriak
Juwita terkejut apabila melihat Bazli menyelam ke dalam laut.
“Aiman...
Aiman...!!” panggil Dahlia lagi, Adam Lee sudah panik dan memandang ke tepi
pantai.
“Ini.. ni..
selipar Aiman...” Adam Lee memberitahu dan memandang Dahlia.
“Asataghfirullahalazim...
Aimannnn!!!” Dahlia makin kuat berteriak ke arah pantai sehingga menarik
perhatian orang ramai ke sana.
Seminit
kemudian.
Dahlia terpandang
seorang lelaki merangkul Aiman dari laut menuju ke tepi pantai.
“Aiman...!!” laung
Dahlia, kakinya seolah-olah kaku apabila melihat Aiman tidak sedarkan diri.
Adam Lee segera
menuju ke tempat Bazli dan membawa anaknya ke tepi pantai. Dahlia dan Juwita
serta orang ramai yang berada di situ mendekati mereka.
“Aiman bangun
Aiman... bangun nak... bangun..” teriak Dahlia umpama hilang akal apabila
melihat Aiman tidak bergerak.
Adam Lee mengambil
langkah bertenang. Dia memicit dada dan perut anaknya, kemudian dia melakukan
CPR untuk menyelamatkan Aiman. Berkali-kali Adam Lee bertindak sedemikian,
namun Aiman masih tidak bergerak sehingga membuatkan Adam Lee putus asa. Dahlia
sudah menangis sendu tetapi ditenangkan Juwita.
“Aiman, papa ni
Aiman.. papa... bangun nak... bangun..” Adam Lee masih cuba membangunkan
anaknya.
“Adam,
sabar Adam, sabar...kita redha saja, ini ujian tuhan, istigfar.. cuba sekali
lagi...” Bazli cuba menenangkan Adam Lee yang dikenalinya itu, tidak tersangka
dia berada di pantai yang sama.
Adam Lee pandang
ke arah Bazli yang menyebut namanya. Bazli angguk.
“Bismillahirahmanirahim...” sekali lagi
dia cuba, ditekannya perut dan dada anaknya itu perlahan-lahan dengan bacaan
Bismillah berulangkali dan bertawakkal kepada tuhan. Kemudian dia melakukan
CPR.
“Uhuk! Uhuk!”
Tiba-tiba saja
Aiman terbatuk, mengeluarkan air laut dari mulutnya.
“Bawa dia ke
hospital cepat Adam!” arah Bazli.
“Terima Kasih
Bazli selamatkan anak aku. Terima Kasih Bazli.” Adam Lee memeluk Bazli erat.
“Sudah, bawa anak
Adam cepat. Tak apa-apa. Tenang Adam, tenang. Angkat anak awak ke kereta
cepat.” Bazli menenang dan menemani Adam Lee terus ke kereta bersama Dahlia
disaksikan orang ramai.
Bazli dan
Juwita memandang mereka berlalu pergi. Bazli memandang ke awan memanjatkan
kesyukuran kepada Tuhan yang maha tahu segala-galanya.
No comments:
Post a Comment