BAB 6
“CANTIK juga pulau ni
kan. Awak selalu ke datang sini?” tanya Bazli pada Kasih di sebelahnya. Mereka
sudah sampai ke Pulau Mamutik sejak pagi tadi dari jeti di Jesselton Point,
Bandaraya Kota Kinabalu dan berehat di tepi pantai pulau itu.
Kasih sebenarnya
dari tadi memandang Bazli tak berkelip. Bazli menoleh ke arah Kasih apabila
soalannya tidak dijawab.
“Kasih, Kasih...
awak okey?” Bazli bertanya.
Kasih terkejut, “Err...
maaf, maaf. Awak tanya apa tadi?” tanya Kasih cuba-cuba cover perbuatannya.
“Saya tanya, awak
selalu ke datang sini?” Bazli mengulangi soalannya tadi.
Kasih memandang
laut di depannya, “Oh, tak, tak selalu,” jawab Kasih ringkas.
‘Fuh! Nasib baik
tak kantoi..’ gumam Kasih sendiri, tapi dia tetap mahu pandang Bazli, lelaki
itu memang menarik perhatiannya.
“Tenang sangat berada
dekat pulau ni. Rasa nak tinggal
selama-lamanya dekat sini kan. Saya memang tak pernah datang mana-mana pulau.
Tapi kan, ada satu pulau saya selalu pergi iaitu Pulau Langkawi.. itupun sebab
kita punya penerbangan ada ke sana, kalau tak.. haram..” Bazli berseloroh cuba
menceriakan keadaan yang agak kaku itu entah atas sebab apa.
“Awak dah lama ke
jadi FA?” tanya Kasih pula membuka topik perbualan.
“Taklah lama,
adalah dalam 5 tahun, saya memang minat dengan kerja ni. Mak ayah ada juga
tanya kenapa tak sambung belajar dekat mana-mana lepas saya gred ambil diploma
pengurusan dulu. Tapi apa boleh buat, dah memang minat kerja ni. Awak? Memang
minat kerja ni?” tanya Bazli pula.
“Tentulah minat.
Sebelum ni saya kerja dekat hotel sebagai penyambut tetamu di Hilton Hotel Kuala Lumpur. Kebetulan ada temuduga pramugari
dekat hotel saya kerja tu, saya pun terus datang. Tak sangka pula dapat, lama
juga saya dekat akademi latihan. Alhamdulillah dah dapat terbang selepas 3
bulan latihan.” Kasih semangat memberitahu kisahnya.
Bazli terfikir
sesuatu, “Awak tak nak mandi air laut ke?” tanya Bazli tiba-tiba.
“Tak, kan kita tak
bawa baju lebih. Kalau tak, memang sayalah yang terjun awal sekali.”
Bazli senyum
memandang Kasih,“Kalau macam tu, kita mandi simbah-simbah boleh ya,” sambil
Bazli menyauk air laut di depannya dan terus menyimbah ke arah Kasih.
Kasih pandang
Bazli, mulutnya diherotkan,“Hah! Awak main kotor ya!”
“Eh! Ter..
maaflah.. tak sengaja. Tangan saya ni gatal nak simbah, nak buat macamana.”
“Sengaja tak
sengaja! Awas awak!”
“Cubalah. Saya
siap lari awal-awal! Daaa...!!”
“Awak nak lari ke
mana? Pulau ni bukan besar manapun, Pulau Mamutik nilah pulau yang terkecil
sekali dekat sini tau. Saya tak kira! Hutang air mesti dibalas air!”
Bazli
mengacah-acah,“Yalah tu!”
“Awak ingat saya
tak berani ya. Amik ni!”
Bukan pakai tangan
lagi Kasih menyiram, pakai botol tu.
“Awak! Itu tak
adil tu, itu lagilah main kotor,” tenung Bazli marah.
“Ada saya kisah?!”
Kasih ketawa sinis.
Mereka segera
berbalas-balas siraman. Bukan main seronok lagi. Habis hampir semua baju nak
basah dibuatnya.
“Okay, saya
menyerah. Berhenti, nanti basah lencun
pula.” Bazli menyerah kalah.
“Tahu takut...”
Kasih ketawa.
“Bukan takut,
basah nanti... awak ni..” marah Bazli.
“Ala, tak payahlah
marah. Kalau marah tak macam lelaki kot,”
usik Kasih sengaja mengugar Bazli.
“Apa maksud awak
tak macam lelaki?” tanya Bazli pula,
“Yalah, lelaki
mana ada nak marah-marah, merajuk bagai. Yang tu separuh lelaki,” balas Kasih.
“Hmm.. yalah tu.
Lelaki pun ada perasaan tahu? Dah, jom, nanti kita ketinggalan bot macamana.
Kalau ada ‘call duty’ tiba-tiba, takkan
nak berenang macam duyung pula balik ke ke KK tu.” Bazli berkata dan senyum
sendiri.
‘Ala, kalau
bermalam dekat sini dengan awak mesti best’ gumam Kasih sendiri.
“Awak! Jom, kita
lambat ni. Nah, amik tuala saya ni, lap muka awak tu.” Bazli menyerahkan tuala
kecil yang dibawanya kepada Kasih.
Kasih segera
mengambil tuala kecil tersebut dari tangan Bazli. Dilapnya wajahnya dengan
tuala kecil itu. Berketar jantungnya saat tuala Bazli singgah di wajahnya, bau
Bazli ada pada tuala itu.
“Tunggu apa lagi
tu?” marah Bazli bila Kasih berjalan lambat-lambat.
“Ya, ya..” segera
Kasih melangkah dengan muncung seribu, tak suka di arah-arah tapi tetap senyum
juga dapat tuala Bazli.
Sampai saja di
jeti, ada sebuah keluarga yang turut menunggu bot untuk kembali ke Jeti
Jesselton, Kota Kinabalu. 5 minit kemudian, kelihatan bot datang. Bazli dan Kasih memberikan laluan
kepada keluarga yang ada anak-anak itu naik terlebih dahulu. Selepas itu
barulah mereka berdua naik. Dari jauh, Kasih melambai kepada Pulau Mamutik yang
baru ditinggalkannya. Kasih akan ingat kenangan dia dan Bazli berada di sana
sampai bila-bila sambil memandang Bazli di sebelahnya seakan-akan pening.
Bazli memegang
kepalanya.
Kasih memandang
Bazli di sebelahnya yang diam, “Bazli, Bazli, awak tak apa-apa ke?” tanya Kasih
risau.
“Saya okey,
sebenarnya saya ni alergik sikit dengan laut... krook..” Bazli termuntah tiba-tiba.. banyak pula tu.
Risau Kasih
melihat keadaaannya. Bila melihat Bazli muntah-muntah begitu, timbul rasa
bersalah sebab siram Bazli tadi.
“Nah, awak minum
air ni.” Kasih memberikan air mineral kepada Bazli.
“Terima Kasih,”
ucap Bazli.
“Dah, awak pejam
mata kejap, nanti saya kejutkan kalau dah sampai. Tak lama perjalanan ni, 15
minit nanti sampailah, rehat dulu,” arah Kasih.
Bazli cuba
melelapkan matanya. Seketika Bazli sudah tertidur, sudahlah tu, kepalanya
terhuyung hayang ke sebelah kiri dan ke sebelah kanan. Kasih bertambah risau,
takkanlah pula dia mahu pegang kepala Bazli dan letak dibahunya, mereka bukan
muhrim. Kasih ambil tuala Bazli tadi dan letak di bahu, kemudian dia letak
kepala Bazli dibahunya. Seronok pula tidurnya, Kasih pula sudah terketar-ketar
takut, berharap mereka cepat sampai ke jeti di Jesselton Point.
Sampai di jeti
Jesselton Point. Kasih terus bangunkan Bazli, “Bazli, bangun, bangun..” Kasih
menepuk lembut bahu lelaki itu, tiba-tiba dia merasa badan Bazli panas.
Bazli bangun.
Kemudian dia bersama Kasih dan penumpang lain naik ke atas.
“Awak okey ke tak
ni?” tanya Kasih lagi.
“Saya okeylah.
Kenapa awak tanya-tanya ni?” jawab Bazli seakan marah. Egolah tu.
“Bukan apa, badan
awak panas tu, kita pergi klinik kejap lagi ya,” tegur Kasih.
“Tak naklah, kita
amik teksi terus balik hotel.” Bazli enggan.
“Okey.”
Nasib baiklah
semasa mereka berada di pintu Jesselton Point memang banyak teksi dekat situ.
Sekejap saja mereka sudah sampai ke hotel.
“Saya balik bilik
dulu, apa-apa hubungi saya.” Bazli
meminta diri keluar dari lif.
“Okey,” ringkas
jawapan Kasih tapi masih risau dengan keadaan Bazli.
Rasa bersalah pula
sebab bawa Bazli ke pulau, bila tengok Bazli muntah-muntah tadi, hatinya tak
keruan. Tapi takkan nak ambil tahu banyak hal pula, tadi Kasih tanya okey ke
tak Bazli macam nak marah. Kasih masuk ke biliknya, terus dia buka
telefon bimbitnya, dia senyum sendiri dan baring di katil, sebenarnya sempat
dia ambil gambar masa Bazli tidur dibahunya tadi. Apakah?
**************************
“Juwita, awak tak sayangkan saya lagi ke?” tanya Zamri
kepada Juwita di depannya.
“Zamri, saya sayang
awak sangat-sangat.” Juwita memegang tangan lelaki di depannya.
“Jadi, kenapa awak
kahwin juga dengan dia?” Zamri seakan merajuk.
Juwita memegang
lengan Zamri, “Awak kena faham Zamri, ini permintaan keluarga. Jangan bimbang, Juwita akan cari jalan
minta cerai dengan dia. Tapi awak kenalah sabar sikit,” pujuk Juwita.
“Tapi saya dah
bosan menunggu. Kalau boleh saya nak kahwin dengan awak hari ni juga.”
“Saya pun nak
macam tu, tapi bukan senang nak cerai ni awak. Kita kena sabar.” Juwita memujuk
lagi.
“Tak apalah, saya
sabar saja buat masa ni. Asalkan hati awak tu dekat saya, okay?” Zamri
tersenyum sambil mengelus lembut rambut Juwita.
“Dah, makanlah.
Kejap lagi Juwita ada mesyuarat, tak boleh lama.”
“Awak memang macam
tu, asyik abaikan saya ni.” Zamri herot mulut, dia guna ketampanannya memujuk.
“Awak pun tahu
kerja saya kan. Sibuk memanjang.”
“Okay, saya faham. Sayalah yang selalu menganggu, menyusahkan kan?”
“Ish, ke situ pula
awak ni. Saya sayang awak
sangat-sangat. Nah, nak saya suap ke? Nak merajuk bagai pula..”
“Sebab nilah saya
suka dekat awak, memang pandai pujuk saya.” Zamri ketawa memandang kekasihnya
itu.
Juwita memandang
Zamri sambil merasa telefon bimbitnya bergetar, dia tahu itu panggilan daripada
Bazli. Malas dia mahu mengangkatnya, mungkin bagi Juwita, dia sudah cukup rimas
dengan semua itu. Tapi mengharapkan lelaki yang di hadapannya kini juga tidak
boleh, asyik banyak saja alasannya. Kata nak kahwin, tapi asyik tangguh,
kemudian ajak kahwin. Dan Zamri itu juga sebenarnya bukannya bujang, malahan
sudah dua tiga kali juga berkahwin. Tapi itulah juga yang digilai oleh Juwita yang
bermata kabur itu.
***********************
PETANG itu Adam Lee balik awal kerana
ingin makan malam bersama Dahlia dan Aiman. Kerja-kerja di pejabatnya juga
sudah habis. Namun, sebaik sampai ke rumah, Adam Lee pelik. Rumahnya kosong,
lampu juga tidak dipasang. Adam Lee panik dan terus mencari Dahlia dan anaknya.
“Dahlia, Aiman...
papa balik ni.. Aiman..”
Adam Lee naik ke
tingkat atas, kemudian dia sengaja membuka almari pakaian. Dia terkejut sebaik
melihat almari baju isteri dan anaknya itu kosong. Adam Lee berlari ke ruang
tamu dan ternampak sesuatu di atas meja. Dia mengambil sekeping surat dan
membacanya.
“Maafkan Dahlia
bang, Dahlia keluar dari rumah tanpa izin abang. Dahlia minta abang lepaskanlah
Dahlia. Maafkan Dahlia bang, Dahlia bawa Aiman sekali balik rumah mak...”
“Dahliaaa...” Adam
Lee merintih memanggil nama isterinya.
Kemudian dia
terpandang surat Dahlia yang meminta dirinya dilepaskan. Kini Adam Lee mengerti
apa yang telah berlaku. Adam Lee terduduk di sofa, kosong fikirannya. Nyata,
Dahlia sudah tumpas dengan ibunya, Adam Lee kecewa. Namun, Adam Lee bukanlah seorang lelaki
yang mudah mengaku kalah. Dia mengambil kunci kereta dan terus menuju ke rumah
mentuanya sambil cuba-cuba mendail telefon bimbit Dahlia, namun tidak
berangkat.
Sampai saja di
sana, Adam Lee berteriak memanggil nama Dahlia dan Aiman, “Dahlia, Aiman...
keluar... Dahlia.. Aiman! Dahlia, abang ni.. Aiman!”
Suara Adam Lee
memecah kesunyian di meja makan. Puan Sofia segera bangun dari kerusi, dia
memandang Dahlia. Dahlia mengangguk, kemudian Puan Sofia terus ke pintu pagar
depan.
“Kenapa nak
terjerit malam-malam buta ni Adam?” tanya ibu mentuanya itu.
Adam Lee terus
cuba membuka pintu pagar tersebut, “Apa mama dah buat pada anak isteri saya?
Mana mama sembunyikan mereka?! Saya boleh laporkan pada polis mama culik
mereka!” Adam Lee cuba mengugut ibu mentuanya.
“Adam, Adam. Mama
ni nampak macam penculik ke? Dahlia sendiri yang mahu balik ke sini. Mama
tak paksa dia, sudahlah Adam. Kau tak dapat bahagiakan anak aku, baliklah!” bentak
Puan Sofia.
Adam Lee memandang
ibu mertuanya, “Mama, tolonglah ma, saya mahu jumpa mereka.. mereka tu keluarga
saya,” rayu Adam Lee berulangkali.
“Sudahlah Adam.
Mereka tak mahu jumpa kamu lagi. Balik, balik. Kalau tidak mama laporkan pada
polis yang kamu mengganggu kediaman mama. Sudah! Kita jumpa dekat mahkamah
saja!” bentak Puan Sofia segera berpaling dan berjalan masuk ke dalam rumahnya,
pintu ditutup rapat.
Tiba-tiba saja air
mata Puan Sofia menitis. Kemudiannya dia mengunci pintu, lemah rasanya langkah
kaki Puan Sofia apabila Dahlia memberitahu apa yang dihadapinya petang tadi.
Puan Sofia
memandang Dahlia yang berada di dalam, “Dahlia...” Puan Sofia memandang anaknya
pasrah, nampak benar rasa bersalahnya.
Dahlia mengangguk,
“Terima kasih mama.” Dahlia memandang ibunya, Aiman pula berada dipelukannya.
“Aiman nak
papa, Aiman nak papa...!!” Aiman cuba-cuba untuk keluar sebaik terdengar suara
ayahnya di luar.
Dahlia dan Puan
Sofia menahannya.
“Aiman, itu bukan
papa. Kita masuk bilik.” Dahlia membawa Aiman naik ke biliknya. Puan Sofia
hanya memandang sayu.
‘Ya Allah,
berikanlah ketabahan untuk anak dan menantuku...’ doa Puan Sofia di dalam hati.
Sampai saja di
bilik, Aiman ditidurkan. Setengah jam kemudian Aiman sudah terlelap. Dahlia
menyelak langsir tingkap biliknya, dia masih terpandang Adam Lee di luar pagar
rumah ibunya berjalan mundar mandir memanggil namanya dan Aiman.
Air mata Dahlia
menitis di pipi, “Maafkan Dahlia bang... Dahlia terpaksa buat macam ni. Abang
akan faham suatu hari nanti...” sebak Dahlia memandang suami yang sangat
disayanginya itu berdiri di luar pagar tanpa tahu apa dan kenapa dia
ditinggalkan.
Berita yang
diterima Dahlia pagi tadi mengubah kehidupannya 360 darjah. Dia terpaksa
menjauhkan diri dari Adam Lee. Dia tidak mahu Adam Lee tahu apa yang berlaku.
Sesekali tidak! Dahlia mengambil sebuah album yang dibawanya dari rumah
mereka. Album itu album perkahwinannya. Sekejap-sekejap, air matanya mengalir
lagi apabila terpandang gambar-gambarnya dan Adam Lee. Sungguh dia sangat mencintai
lelaki itu sedalam-dalam hatinya. Dialah lelaki pertama dan lelaki terakhir
yang akan dicintainya. Buat masa ini memang dia tidak punya pilihan. Dia
terpaksa. Hanya Allah swt tahu apa yang berada di fikirannya kini.
No comments:
Post a Comment