~Group FB Coretan Hati Ke Jemari (Fatrim Syah)~~

Friday 21 December 2012

E-Novel ~Bunga Terakhir (BAB 19)



BAB 19
                                                                Dua hari kemudian...
Pagi itu Kasih dapat berita gembira yang Sufian sudah sedarkan diri daripada Amar, segera dia ke HKL untuk menemuinya. Sungguh! Bila difikirkan balik betapa psikonya Sufian terhadap dirinya dia memang benar-benar takut. Rasanya dia tidak mahu berjumpa atau mendekati lelaki itu. Tapi, bila mengenangkan Sufian sedang terlantar di hospital dengan cacat penglihatan dan tidak dapat berjalan, timbul rasa kasihan kepadanya.

“Assalamualaikum,” sapa Kasih kepada Amar dan Sufian yang sedang berborak.
“Waalaikumsalam. Sufian, Kasih datang tu.” Amar memberitahu.
“Kasih, Kasih...” Sufian memanggilnya.
Amar memberi isyarat supaya Kasih mendekati mereka.
“Abang Sufian macamana hari ni? Sihat?” tanya Kasih cuba menunjukkan yang dia tidak ralat.
“Alhamdulillah, Kasih datang juga jumpa abang...” ringkas jawapan Sufian.

“Err.. saya nak ambil angin kejaplah dekat luar, saya keluar dulu tau..” Amar menyampuk sengaja memberi peluang pada Kasih dan Sufian berbicara.
Kasih geleng kepala kepada Amar, Amar angguk bagi keyakinan pada Kasih supaya dia tidak takut.

Apabila Amar beredar, mereka berdua berdiam diri.  
“Kasih apa khabar?” Sufian memulakan bicara.
“Kasih baik-baik saja bang. Abang pula macamana?” tanya Kasih kembali.
“Abang macam nilah. Abang dah tak dapat melihat kamu dan alam maya ni. Kasih, maafkan abang ya Kasih...” tiba-tiba suara Sufian sebak.
Kasih mendekatinya, sudah tidak perlu perasaan takut dan ragu terhadap orang yang terlantar begitu. Tuhan tidak ciptakan manusia untuk saling membenci, rasa benci itu tuhan cipta supaya kita berasa takut dengan larangannya.

“Ka.. sih..” Sufian menggapai-gapai tangan Kasih, segera Kasih menyentuh lengan lelaki yang sudah dianggap abangnya itu.
“Abang, Kasih dah maafkan abang dunia akhirat. Abang tu yang kena berehat, abang kan baru sedar.”
“Abang rasa bersalah sangat dengan kamu, abang paksa kamu jadi milik abang, sepatutnya abang lindungi kamu, bukan berkasar dengan kamu. Abang pun tak tahu macamana abang jadi macam tu, abang minta maaf lagi ya Kasih.”
Berkali-kali Sufian meminta maaf kepada Kasih membuatkan Kasih pula rasa bersalah.
“Sudahlah bang, lupakan yang lepas. Kita sesama manusia ni tidak baik menyimpan apa-apa rasa yang tidak baik. Abang dan saya hamba ALLAH. Apa saja kesalahan kita bermohon ampun kepadanya.”
Selepas itu Sufian diam saja. Kasih pun sama. Sejam kemudian Amar kembali ke bilik itu semasa Sufian sudah lena.

“Amar, Kasih balik dulu, Kasih ada flight jam 5 petang nanti. Kalau ada apa-apa tolong telefon Kasih ya.” Kasih mengingatkan Amar.
“Insya ALLAH.” Amar membalas.
Kasih kemudiannya beredar dari HKL.
                                                                                                                                                                                                              
******************* 

  Kring! Kring! 

Kasih terkejut dengan deringan telefon rumahnya itu. Dia baru saja selesai menunaikan solat Zohor. Kasih agak mungkin panggilan daripada pegawai penerbangan mengarahkannya untuk stand by duty untuk flight petang ini. Segera dia angkat panggilan telefon itu, takut pula nanti Encik Johari yang menghubunginya itu membebel pula.
“Helo.”
“Helo, Kasih ke ni?” tanya seorang lelaki di talian.
“Ya saya, ada apa encik?” tanya Kasih pula.
“Saya Amar. Kasih, boleh tolong ke hospital tak? Ada benda penting ni.”
“Amar, kenapa ni? Ada apa-apa yang berlaku pada abang Sufian ke? Dia cari Kasih ke?
“Ya,dia cari Kasih. Kasih datanglah ya.”
“Ta..pi..”
“Kasih please... tolonglah datang, Sufian nak jumpa awak.”
Kasih jadi serba salah. Tapi flight nya petang nanti, ada lebih kurang 3 jam lagi. Akhirnya Kasih buat keputusan pakai saja uniform dan terus ke HKL. Dari sana nanti dia boleh terus ke KLIA. Usai bersiap, dia menghubungi teksi dan menuju ke HKL.

Tepat jam 2.00 petang, Kasih sampai ke HKL. Sampai saja di sana, Kasih lihat Amar sudah berdiri di depan pintu seolah-olah menunggu kedatangannya. Segera dia mendekati lelaki itu.
“Amar buat apa dekat sini? Tunggu Kasih ke?” tanya Kasih.
“Ya Kasih, manalah tahu awak tak datang.”
“Amar, kenapa ni? Kenapa nak tunggu Kasih datang?”
“Jom kita jumpa Sufian.”
Amar tak jawab langsung pertanyaan Kasih. Tapi Kasih memang benar-benar musykil dengan perangai Amar yang tiba-tiba lebih serius. Mereka masuk ke dalam lif, kemudiannya sampai ke tingkat 3 tempat Sufian ditempatkan.

“Awak masuklah,” arah  Sufian sambil memberi isyarat melalui ekor matanya.
“Awak?”
“Awak masuklah dulu, Sufian memang nak jumpa awak. Masuklah..”
Kasih pandang Amar, dia malas nak fikir bukan-bukan. Lantak dialah nak masuk ke tak nak masuk. Segera Kasih masuk ke dalam. Kasih tak dapat pastikan samada abang Sufian sedar atau belum sebab matanya berbalut, segera dia bagi salam.

“Assalamualaikum abang Sufian..” terketar-ketar suara Kasih memberi salam.
Mulanya macam takde reaksi, kemudian Kasih nampak Sufian sedang cuba amati suaranya.
“Kasih ya?” tanya Sufian.
“Ya sayalah ni..” jawab Kasih sambil memerhatikan Sufian yang baring di atas katil.
“Awak duduklah.. saya ada benda nak cakap dengan awak,” arah Sufian.
Terus saja Kasih mendekatinya.
“Kasih, maafkan saya ya...” tiba-tiba Sufian meminta maaf kepadanya.
“Abang, kan abang dah minta maaf pagi tadi.” Kasih berkata.
“Kasih, andai kata abang pergi, abang nak Kasih jaga diri Kasih. Abang dah suruh Amar jaga Kasih kalau abang dah takde...” Sufian bersuara sebak tiba-tiba.
“Abang! Apa yang abang merepek ni?! Abang akan sembuhlah. Dahlah bang, jangan cakap bukan-bukan.”
“Kasih, dengar dulu apa abang nak cakap.”
Kasih diam.
“Abang tak pernah rasa apa-apa kasih sayang dari mak ayah abang yang tinggalkan abang sejak kecil. Dari kecil, Kasih selalu bagi abang semangat dan kasih sayang itu abang dapat dari Mak Leha, Ayah Bahrom.. dan Nek Jah. Jadi, abang rasa, Kasih dan keluarga Kasih sudah banyak berbudi pada Kasih. Sebab tu abang sentiasa nak lindungi Kasih, cuma abang tak tahu macamana nak cakap dengan Kasih.. abang hanya tahu guna kekerasan..”

“Abang, janganlah cakap macam ni. Abang kena berehat, abang jangan fikirkan hal lain. Fikirkan diri abang tu. Mak dan ayah Kasih telefon sebentar tadi, mereka kirim salam dengan abang dan suruh abang jaga baik-baik. Kami semua sayangkan abang...”

“Uhuk! Uhuk!”
Tiba-tiba Kasih nampak darah di mulut Sufian. Dia terkejut.

“Doktor! Nurse! Doktor!” jerit Kasih sekuat-kuat hati sambil memerhatikan Sufian yang batuk darah.
Seketika kemudian seorang doktor masuk bersama dua orang jururawat.
“Kasih, maafkan abang ya.. jaga diri kamu baik-baik... uhuk! Uhuk!”
Sebak Kasih lihat Sufian umpama terseksa, air matanya mengalir tak tertahan. Dia tak faham apa yang berlaku, genggaman tangannya dikuatkan pada Sufian untuk memberinya semangat.

“Cik, sila tunggu di luar ya,” arah seorang jururawat bertugas.
Mulanya Kasih tak mahu lepaskan tangan Sufian, tapi lama kelamaan dia akur, Sufian perlu dirawat segera. Segera kasih keluar dari ruangan tersebut tapi dengan perasaan yang sangat-sangat bimbang. Apa sebenarnya yang sedang berlaku, dia betul-betul tak faham. Kasih berjalan ke luar.

Di salah satu kerusi kelihatan Amar sedang memegang kepalanya.

“Apa sebenarnya yang berlaku ni Amar? Awak pasti tahu kan! Beritahulah saya!” Kasih sudah tidak mampu bersabar.
 “Kasih, tenang Kasih, tenang, ini semua ujian Allah swt, kita kena kuat.”
“Amar, tolong jujur dengan saya! Apa sebenarnya terjadi?!” marah Kasih tiba-tiba.                                                                                             
“Sufian dalam kritikal. Mungkin bila-bila masa...” Amar tak teruskan kata-katanya, dia tak sanggup!
Kasih terduduk. Dia diam seketika. Semua perkara dengan Sufian terimbas semua... dia tak dapat tahan air matanya.
“Kasih, kita doa banyak-banyak Insya ALLAH.”
Kasih angguk. Malah dia semakin diam. Amar tak mampu nak cakap apa-apa lagi, mereka hanya mampu tunggu saja di situ.

Setengah jam kemudian doktor keluar, Amar dan Kasih pandang doktor tersebut. Mereka berdiri mendekatinya.
“Macamana keadaannya doktor?” tanya Amar ingin tahu.
“Kami dah cuba sedaya upaya, kami minta maaf...”
“Abang Sufian!” segera Kasih meluru masuk ke dalam.
Amar cuba mengejarnya.
“Abang! Bangun bang.. bangun..”
Sufian ketika itu sudah diselimutkan hingga ke kepalanya. Mesin oksigen ditepi pula hanya berbunyi bip yang panjang.
“Kasih, tak baik macam ni.. sabar Kasih, tuhan lebih sayangkan dia. Sabar Kasih... tenang..” Amar menenangkan Kasih.

Amar terpaksa pegang Kasih dan bawa dia ke luar, Amar juga turut sedih, tapi untuk sedih di hadapan Kasih yang sememangnya sedang bersedih dia tak mampu. Dia mesti bagi Kasih semangat. Dia sudah janji dengan Sufian sebentar tadi, sebenarnya dia sudah dimaklumkan tentang keadaan Sufian melalui doktor tengahari tadi semasa Kasih balik ke rumah. Sungguh! Dia juga kehilangan seorang sahabat yang banyak membantunya. Saat dia mendapat perkhabaran yang Sufian punya masa tidak sampai sehari, hatinya remuk. Tapi Sufian menyuruhnya bersabar, Sufian juga minta dia rahsiakan keadaan dirinya pada Kasih dan minta dia memanggil Kasih pada petang hari..

Ting!
‘Ish, siapalah yang tekan lif ni’ gumam Bazli marah sendiri kerana lif di tingkat 3 terbuka, sepatutnya lif itu terbuka di tingkat 4 tempat Juwita berada.

Tiba-tiba dia ternampak Kasih dengan seorang lelaki. Lelaki itu pula menyentuh bahu Kasih. Bazli tidak nampak jelas apa yang sedang dilakukan mereka kerana jaraknya yang agak jauh dan hanya melihat lelaki itu sedang bercakap sesuatu dengan Kasih.
‘Aku ingatkan kau perempuan baik Kasih, rupanya kau sama saja macam Juwita’ gumam Bazli marah dan menekan butang tutup lif secepatnya...

bersambung....                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                     

5 comments:

Syah Shah said...

Once bitten, twice shy. Adoilaa Bazli, terus tuduh tak siasat gara-gara pernah kena dengan Juwita. Hmm... Hmmm...

Next pleasee!! :)

Anonymous said...

Apa yang dilihat tidak semestinya seiring dengan apa yng terlintas dalam fikiran. hadoiiii.

Unknown said...

ok sedih..:(

Fatrim Syah said...

First of all, thanks semua yang singgah komen. Terharu.. ^__^

Syah Shah ~ Thanks ya, Insya ALLAH. Doakan saya rajin-rajin sikit.

Incik/ Cik Anon~ Itulah pasalll.. tapi biasalah manusia, nampak aje benda tak berapa nak senang, kita terus nilai tanpa bertanya.. huhu..

Kak Embun Melati ~ Gulp! Maaf buat akak sedih.

Salam Manis,
Fatrim syah

Ruunna Qizbal said...

ksian kasih.. bazli salah sngka plak.. ish2