~Group FB Coretan Hati Ke Jemari (Fatrim Syah)~~

Tuesday 11 December 2012

E-novel ~ Bunga Terakhir (BAB 16)



BAB 16
SETELAH menghantar Wani ke Bangsar, Adam terus pandu balik ke rumahnya. Dia sudah tidak sabar-sabar mahu menemui permata hatinya di sana. Adam senyum sendiri bila mengingatkan telatah Aiman yang sudah lama dia sendiri tidak temui. Juga melihat tenangnya wajah Dahlia isteri yang sangat disayanginya itu. Mungkin sudah dua minggu dia tidak bersua muka dengan Aiman di Taska kerana Adam sibuk dengan hal pernikahannya dengan Wani. Adam pandang gambar Aiman di tengah cermin kereta. Dia senyum sendiri.

Tiba-tiba...

Adam dapat rasakan telefon yang di ‘silent’ kannya bergetar. Segera dia tekan handsfree diribanya. Dia tak sempat tengok siapa yang menghubunginya kerana fokus dengan pemanduan.

“Helo.”
“Ini John?” seorang perempuan bertanya dalam talian.
Mendengar namanya yang sebelum Islam disebut Adam terkejut sekejap. Namun suara perempuan cina di talian itu menyebabkan dia teringat seseorang.
“Kak Lilian ke tu?” tanya Adam.
“Nasib baik ingat lagi sama kakak.”
“Kak Lilian, nama John dah tukar Adam. Akak boleh panggil John dengan nama baru tu.”
Lama Kak Lilian diam.
“Akak? Ada apa-apa yang akak nak bagitau Adam ke? Pasal mummy atau daddy Adam ke? Mereka sihat ke kak?”
Adam sengaja bertanya demikian kerana Kak Lilian tinggal berdekatan dengan rumahnya di Melaka. Kak Lilian tidak mungkin akan menghubungi sekiranya tidak ada apa-apa hal penting untuk dibicarakan.  
“Susah kakak nak cakap. Tapi kakak kesiankan kamu. Itu pasal kakak call sama kamu. Macam ni, mummy kamu masuk hospital kena strok dua hari lepas. Kakak dah cakap dengan ayah kamu supaya call kamu tapi dia enggan. Katanya anak dia sudah mati.”
Sebentar Adam terkesima, tapi dia faham perasaan orang tuanya itu. Dia sudah biasa untuk tidak terkejut dengan kata-kata pahit daddynya itu.
“Mummy Adam macamana sekarang? Sudah pulih?” tanya Adam lagi.
“Dia sudah sedarkan diri. Baru Kak Lilian melawat tadi. Okeylah, kakak letak telefon dulu. Kakak kat hospital ni.”
“Okey kak. Terima kasih sebab bagitau saya.”
“Sama-sama..”

Sayu saja suara Kak Lilian dicorong telefon. Adam tekan punat handsfree dan matikan panggilan. Sebak juga Adam mendengar berita tersebut, anak mana yang tidak sayangkan anaknya. Anak mana yang tega membiarkan keluarganya sendiri. Sungguh! Adam terlalu rindukan mereka, Adam terlalu ingin mendengar mummy dan daddynya berbicara dengannya seperti dulu-dulu. Tapi, semua itu  nampak seperti tidak mungkin lagi. Adam buntu, Adam tak tahu macamana untuk memperbaiki hubungan tersebut. 

Bila teringat mummy dan daddynya. Adam juga teringatkan kata-kata Dahlia menyuruhnya bersabar, tuhan mencipta suatu masalah untuk menguji hambanya sesuai dengan kemampuan seseorang itu untuk membebaninya. Hanya kata-kata Dahlia menjadi penyebab dirinya dapat bangkit. Untuk diharapkan orang lain sudah tidak mungkin, paling-paling pun hanya umi dan abinya. Tapi Adam tidak mahu terlalu membebankan mereka dengan masalah meskipun mereka maklum dengan keadaan Adam. Adam berserah, dia tahu tuhan akan sentiasa memberikan jalan yang terbaik buatnya.

10 minit kemudian Adam sampai ke rumahnya. Dia tekan alarm pagar. Bila terbuka saja pagar. Adam nampak Aiman dan Dahlia sudah menantinya dengan senyuman. Dua permata itulah sumber kekuatan untuknya buat masa ini. Usai memarkir kereta, Adam turun dan memandang Aiman.
“Aiman anak papa!” teriak Adam girang.
“Papa! Kenapa papa lambat?” tanya Aiman yang terus memeluk dan memandangnya.
“Papa ada hal sikit. Dahlia macamana? Sihat?” tanya Adam memandang isterinya yang manis berbaju kebaya.
“Alhamdulillah bang, Dahlia sihat.” Dahlia salam tangan suaminya lama.
“Kenapa ni Dahlia?” Adam pelik.
“Dahlia minta maaf banyak-banyak kalau banyak susahkan abang.” Dahlia memandang Adam yang tersenyum melihatnya.
“Kamu isteri abang hingga ke Jannah. Tak apa, yang penting kamu dah balik, abang happy. Jom masuk,” ajak Adam dan membawa Aiman bersama.
Dahlia angguk, dia cuba tahan air matanya bila pandang Adam. Entah, ada serasa-rasa bersalah yang dia tak mampu ungkapkan. Adam pula tersenyum sinis melihatnya dan Aiman.
“Abang, Dahlia ada buatkan abang laksa johor yang abang suka tu.” Dahlia cuba ceriakan suasana walaupun sedikit sebak.
“Jom kita makan, Aiman duduk kat riba papa ya.” Adam angkat Aiman dan dukungnya.
“Anak papa ni dah berat ni.. mesti kuat makan ni..” seloroh Adam dan mencium pipi gebu Aiman.

Mereka bertiga ke meja makan. Dahlia pandang Adam, tanpa ditahan-tahan, air matanya menitis. Adam pandang Dahlia.
“Sayang.. selalu nangis depan rezeki, tak baik tau. Kan abang dah ada ni..” Adam pandang Dahlia dan pegang erat tangannya.
Dahlia pegang erat tangan suaminya. Sungguh! Ketika itu juga Dahlia benar-benar menyesal dengan tindakannya selama ini. Mungkin sudah sampai masanya Adam tahu segala-galanya kenapa dia berbuat demikian.
“Mama nangis tu, pujuklah mama duduk sebelah papa. Cakap dekat mama, papa rindu dia sangat-sangat...” sengaja Adam cuba menceriakan suasana.
Aiman pandai saja ala-ala posmen bertauliah berdiri dan segera ke tempat mamanya.
“Papa cakap dia rindu mama sangat-sangat. Papa nak mama duduk sebelah mama..” Aiman berbisik di telinga Dahlia yang sebenarnya didengari Adam, Adam geleng kepala senyum sendiri.
Aiman tarik tangan mamanya duduk di sebelah papanya. Dahlia menurut. Lepas tu pandai pula Aiman ambil tangan mamanya dan papanya lalu ditautkan.
“Aiman.. dari mana belajar ni? Ni mesti banyak tengok tv dengan mama kamulah ni..” tanya Adam bergurau sambil pandang Dahlia yang suka sangat tengok drama-drama melayu dan korea.
“Papa dan mama selalu pegang tangan masa tidur, Aiman nampak..” selamba saja Aiman menjawab.
“Anak papa ni.. nakal!” Adam tarik Aiman dan terus peluk dia ketat-ketat.
Dahlia pandang anak beranak itu gembira. Sungguh! Kini tahulah Dahlia, mahligai yang dia bina selama 5 tahun itu masih utuh dan kekal. Hatinya lega. Tapi, sampai bila keadaan akan selalu menyelamatkan mereka? Sungguh, Dahlia hanya berserah pada yang maha kuasa.....

 ************************

Klak!
Pintu wad dibuka. Kelihatan ibu bapa Juwita serta ibu bapa Adam bersama Mira di situ. Bazli pandang mereka.

“Astagafirullahalazim bang.. Juwita.. bangun Juwita..” Puan Julia terkejut melihat keadaan Juwita dan segera ke sebelah anaknya yang sedang koma itu.
“Bazli, apa kata doktor?” tanya ibunya, Puan Munira.
Bazli salam tangan ibunya, ayahnya dan juga ayah Juwita.
“Mungkin Juwita akan koma buat beberapa ketika... kecederaannya parah juga..” perlahan suara Bazli, tapi cukup mengejutkan semua yang ada di situ.
“Oh, my God.. Juwita.. bangun sayang.. bangun...” Puan Julia peluk anaknya erat. Segera Encik Sallehudin ke sebelahnya.
“Julia, tak baik macam ni.. anak kita tu baru accident, kita kena bersabar, bawa mengucap banyak-banyak....” Encik Sallehudin menenangkan isterinya.
“Sabar Julia, sabar..” Puan Munira cuba menenangkan kawannya itu.
“Bazli, kamu baliklah rumah. Dah sehari semalam kamu dekat sini kan? Tukar baju kamu.. mandi..” Encik Mansor menasihati Bazli.
“Tapi...” Bazli pandang Juwita dalam, sungguh, detik itu, sekelumitpun Bazli tidak mahu meninggalkan Juwita di sana.
“Bazli, mak ayah ada dekat sini...” Puan Munira cuba menenangkan anaknya pula.
“Abang baliklah bang.. salin baju dulu..” Mira cuba memujuk abangnya dan tarik abangnya keluar.
“Bazli, baliklah.. ayah ada dekat sini...” Encik Sallehudin ayah Juwita juga memahami.
Bila disuruh balik, Bazli akur. Tapi berat sungguh kakinya untuk melangkah. Entah kenapa kala itu, dia terlalu mahu berada di sisi Juwita sehingga dia sedar meskipun perkara itu adalah amat-amat mustahil berlaku dalam sekelip mata kecualilah dengan izin Allah swt.
“Mak, ayah, Bazli balik dulu ya, assalamualaikum..” Bazli pandang mak ayahnya dan mak ayah Juwita.
“Waalaikumsalam...” jawab mereka semua serentak.
Mira tarik tangan abangnya dan terus keluar dari situ.

“Abang ingat janji abang?” Mira tiba-tiba bertanya sebaik saja mereka berada dalam kereta.
“Apa maksud Mira ni? Abang tak faham..” Bazli bertanya kembali, dahinya berkerut.
“Abang cakap, bila mak dan ayah balik dari bercuti abang akan bagitau mereka abang dan Kak Juwita dah bercerai kan?” Mira memandang abangnya.

“Mira! Dalam waktu macam ni pun kamu masih nak berdendam dengan Kak Juwita kamu tu. Astagafirullahalazim Mira, tolonglah faham situasi sekarang... Kak Juwita tu memerlukan sokongan kita..” Bazli cuba menyedarkan adiknya.
“Iya ke Kak Juwita tu memerlukan pertolongan kita? Ada dia cakap? Ada dia minta ke? Abang kena ingat apa yang dia buat dekat abang. Abang dah lupa ke dengan semua tu?!” tanya Mira meninggi.
“Apa yang telah berlaku dan apa yang akan berlaku sudah ditentukan tuhan Mira. Kita sebagai manusia kena terima qada’ dan qadar yang ditentukan tuhan. Ya, abang akui, kak Juwita kamu takkan minta pertolongan abang. Ya, abang juga setuju, kalau Kak Juwita kamu tu memang kejam dengan hidup abang. Tapi, kita ni manusia biasa Mira, kita bukan bersifat mahsum, kita bukannya serba sempurna. Kita pun lakukan kesalahan. Sebagai manusia, kita tak boleh menilai orang lain, kita dan yang lain dipisahkan dengan satu garisan halus sahaja. Kita sama disisi Allah swt...” tiba-tiba panjang pula kata-kata Bazli. Mira mencebik mulut geram.

“Mira tahu semua tu. Mira faham. Tapi bang, manusia ni pun diciptakan dengan hati dan perasaan. Manusia pun ada rasa, pelbagai rasa.. rasa marah, benci, sedih, geram, gembira. Mungkin ya, Mira boleh maafkan kak Juwita, tapi bang... abang jangan terlalu menaruh harapan sangat. Mira tahu yang abang masih  sayangkan Kak Juwita tu lagi, Mira boleh nampak dan Mira boleh rasa.. Mira sayangkan abang, Mira tak nak pisang berbuah dua kali. Mira nak tengok abang bahagia, Mira tak nak tengok abang tersasar lagi. Mira tengok depan mata Mira sendiri abang bercerai. Takkanlah abang jilat ludah balik pula? Abang kena sedar bang.. jangan terbuai oleh rasa simpati. Mira kenal abang dari kecik lagi, abang ni memang lelaki baik, tapi pasangan untuk lelaki baik untuk abang juga perempuan yang baik-baik, bukan macam....” Mira tak mahu teruskan kata-katanya, dia mahu abangnya itu faham sendiri.

Broom!

Kereta honda Bazli memecut laju menuju ke rumahnya, Mira tahu abangnya marah. Mira tahu abangnya memendam rasa, tapi lelaki seperti abangnya itu memang perlukan paku, paku yang bagi dia sedar betapa bekas hentakan tukul ke arah paku itu takkan hilang meskipun sudah dibaiki berkali-kali!  Mira mahu abangnya itu jadi seorang yang boleh menerima kenyataan, kenyataan yang Bazli sendiri boleh terima. Mira tak mahu abangnya itu terdorong dengan rasa simpati dan kasihan, Mira tak mahu abangnya akan terluka lagi... dia terlalu sayangkan abangnya yang satu itu, sungguh! Mira buat semua itu untuk kebaikannya, bagi abangnya itu sedar. Kemudiannya Mira buka laci di depannya, saja dia buka untuk letak telefon bimbitnya. Tiba-tiba dia nampak seutas gelang di sana, dia tidak pernah melihat gelang itu.

“Abang, ini gelang siapa?” tanya Mira kepada Bazli.
Bazli terkejut.
“Err.. itu gelang kawan abang, tertinggal hari tu masa dia naik kereta abang.”
“Kawan perempuan ya? Stewardess? Cantik tak?” sengaja Mira bertanya.
“Sudahlah Mira, simpan gelang tu balik, nanti hilang payah abang nak cari balik..” Bazli mengomel.
“Hmm.. penting juga gelang ni ya. Wahai si pemilik gelang, jadilah kekasih abangku buat selama-lamanya..” Mira berharap sambil jeling-jeling abangnya.
“Mira!” monyok muka Bazli pandang Mira yang  sengaja bergurau. 
 Sudahlah fikiran Bazli tak tentu ketika itu... tubuhnya saja di sini, tapi fikirannya masih lagi melayang di hospital sana..
Dia hanya harapkan kesembuhan Juwita saja ketika  itu. Bazli bingung, bila difikirkan balik ada benarnya juga kata-kata Mira tadi, tapi dia tak boleh fikirkan apa-apa ketika itu... dia benar-benar runsing!

bersambung...

2 comments:

Dayana Darwisy said...

Gaya bhs menarik. Begitu juga jln ceritanya.

Fatrim Syah said...

terima kasih Umi singgah komen. Ayim ngah tahan diri baca blog bunda, takpe, lepas dapat baca CIM nanti ayim singgah ya.. hihi.. ^_^