BAB 8
AWAL Bazli bangun pagi itu. Dia pandang sekeliling rumahnya,
kini secara rasminya dia sudah bergelar duda. Tak pernah dia terfikir akan
menyandang gelaran tersebut seawal itu! Masih ada rasa kesal dan menyesal, tapi
Bazli redha dengan apa yang menimpa dirinya, mungkin ada hikmah atas apa yang
berlaku itu. Dilihatnya gambar perkahwinannya dan Juwita yang tergantung di
dinding. Mahu saja gambar itu diranap dan dibakarnya, tapi ianya bukan semudah
itu. Ibu dan ayahnya selalu datang makan malam ke kondo itu. Malah, minggu
lepas dia dan Juwita terpaksa bersepakat pura-pura bahagia dan gembira di dalam
rumah itu di hadapan kedua ibu bapanya semasa makan malam bersama, siap
memberitahu mereka bakal melancong ke luar negara sekali lagi untuk bulan madu
kedua. Entah, Bazli sendiri tak tahu bagaimana nanti dia mahu memberitahu orang
tuanya tentang hal penceraian mereka. Baik dirinya dan Juwita, masing-masing
masih belum bersedia membongkar apa yang terjadi. Bagaimana mungkin mereka
mampu melukakan hati orang tua masing-masing. Pasti mereka akan berasa sangat
kecewa dengan mereka berdua.
Bila kutunggu jawapanmu..
Masihkah aku ada dihatimu..
Saat ini..
Telefon bimbit
Bazli berbunyi. Diangkatnya panggilan telefon itu.
“Helo Bazli, maaf call. Awak kena bertugas ke Sydney
petang ni, ada krew yang ada emergency.”
Rashid, pegawai petugas penerbangan mereka memberitahu.
“Okay. Report duty jam berapa ya?” tanya Bazli.
“Jam 5 petang.”
Rashid memaklumkan.
“Okay, see you there.”
Bazli lega,
daripada bosan di rumah seorang diri, baik dia kerja, lagipula kadang-kadang
berada di awan biru itu sekali sekala dapat menenangkan fikirannya yang kusut.
Dilihatnya jam di dinding, baru masuk jam 9 pagi.
“Keluar dululah
kejap. Lapar juga ni.” Bazli ambil kunci kereta dan terus pandu ke tempat yang
dia selalu pergi.
Semasa memandu,
baru dia ingatkan Adam. Segera dia ambil telefon bimbit dan hubungi Adam,
manalah tahu Adam tengah free masa
tu, bolehlah mereka lepak sama.
“Helo.”
“Helo Adam. Bazli
ni, awak free tak?” tanya Bazli.
“Adam dekat office ni. Kenapa?” tanya Adam pula.
“Oh, baru nak ajak
awak keluar makan. Takpelah, mesti awak tengah busy tu.”
“Next time ya. Lain kali bagitau aku
awal-awal.”
“Okay. Kau
macamana? Dah okay?” sempat Bazli bertanya.
“So far okaylah, tapi still serabut lagi. Datang office ni pun sebab ada benda penting
nak kena settlekan.”
“Jangan difikirkan
sangat. Kalau ada masalah tu, buatlah Solat Isthikharah, Insya ALLAH ada
petunjuk,” pesan Bazli.
“Insya ALLAH,
terima kasih tau ingatkan saya.”
“Okay, aku letak phone dulu. Jaga diri, ada apa-apa nak
minta tolong call aku. Ini nombor
aku, tak sempat bagi kau semalam.”
“Okay bro.”
“Bye.”
Bazli matikan
telefon bimbitnya. Lega juga dia bila dapat tahu Adam dah okay, takut rasanya
bila Bazli ingatkan Adam yang berteriak kuat semalam.
Lebih kurang setengah
jam kemudian, Bazli sampai ke restoran kegemarannya. Jauh jugalah dari
rumahnya. Tapi kerana dia memang suka makan char keow tiau restoran itu, soal
jauh bukan halangan, yang penting dia puas dapat makan enak. Semasa sedang
menunggu pesanan, dia ternampak seseorang di luar. Macam Kasih, segera dia keluar
dari situ sebab dia nampak Kasih macam tergesa-gesa.
“Bro, tolong cancel order saya tadi ya.” Bazli
memberitahu pekerja di kaunter dan segera keluar.
Dia toleh ke arah
Kasih berjalan tadi, dia nampak belakang Kasih yang laju saja berjalan.
“Kasih!” jerit
Bazli tapi memandangkan kedudukan Kasih yang jauh, mana mungkin dia
mendengarnya. Segera Bazli mengejarnya.
Bazli toleh ke
kanan, kemudian ke kiri, dia tak nampak kelibat Kasih.
“Pergi!!” Kasih
bersedia dengan kayu pemukul.
Terkejut Bazli
apabila melihat Kasih bertindak sedemikian.
“Kasih, kenapa
ni?” tanya Bazli.
“Maaf Bazli,
ingatkan Sufian tadi..” Kasih meminta maaf.
“Siapa Sufian?
Kenapa awak nampak takut sangat ni?” tanya Bazli.
“Sufian, bekas
tunang saya. Tadi saya baru terserempak dengan dia, tu yang saya tergesa-gesa.
Dia tu panan baran sikit orangnya, tadi dia kejar saya.” Kasih memberitahu.
“Dia tak ada hak
buat awak macam tu.” Bazli memberitahu.
“Siapa kata tak
ada hak hah?!” jerkah seseorang di belakang mereka.
“Bazli, hati-hati!”
Kasih menjerit kerana Sufian mahu menyerangnya.
Nasib baik Bazli
sudah bersedia. Mereka berundur.
“Kau jangan ganggu
tunang aku! Kasih, ikut aku!” marah Sufian.
“Kau jangan paksa
dia!” Bazli membalas.
“Kau jangan masuk
campur urusan kami. Kasih tu bakal isteri aku! Tepi!” Sufian mendekati dan cuba menarik tangan Kasih.
Bazli tiba-tiba
memegang tangan Kasih erat.
“Kau jangan ganggu
dia!” jerkah Bazli.
“Aku dah kata jangan
masuk campur urusan kami!”
Sufian melayangkan
penumbuknya, Bazli mengelak dan pantas menumbuk perut Sufian sehingga senak.
Sufian berundur hingga terjatuh.
“Ingat Kasih, urusan
kita belum selesai!” Sufian segera pergi daripada situ.
“Kasih, awak tak apa-apa?”
tanya Bazli bimbang.
“Tak. Saya okay. Terima
kasih Bazli, hmm.. boleh lepaskan tangan saya?” Kasih berterima kasih.
“Err.. sorry..”
Bazli terus lepaskan tangan Kasih.
“Maaf menyusahkan
awak. Awak tak apa-apa kan?” tanya Kasih.
“Tak, saya okey.
Apa awak buat dekat sini?” Bazli bertanya kembali.
“Saya pergi bank-in duit tadi. Sengaja bank-in jauh sikit. Tiba-tiba saya
terserempak dengan Sufian depan bank, terus saya lari. Saya tahu, dia ekori
saya tadi.” Kasih memberitahu.
“Kalau awak tak ke mana-mana lagi. Saya hantar
awak balik ya?” tanya Bazli.
“Hmm.. tak apalah,
saya boleh naik cab. Menyusahkan awak
pula, rumah saya jauh dari sini.” Kasih segan.
“Nanti Sufian tu
kacau awak lagi macamana? Boleh ya?” tanya Bazli lagi.
“Ermm. Okaylah,”
terpaksa Kasih setuju, mereka berdua menuju ke kereta Bazli. Bazli pandu keluar
ke jalan raya.
“Rumah awak dekat
mana?” tanya Bazli.
“Dekat area Wangsa
Maju.”
“Sufian tu orang
Sabah juga ya?”
“A’ah. Tapi dah
lama kerja dekat sini. Dialah yang rekomen kerja untuk saya dekat hotel dulu. Sebenarnya
tahun lepas kami dah rancang nak kahwin. Sekali tu saya ke rumah dia, saya
nampak seorang perempuan dalam rumah tu, katanya adik angkat tapi saya tak
percaya. Tu yang saya minta putus. Tapi tulah, macam yang awak nampak tadi, dia
masih paksa saya terima dia...”
“Awak tak takut
dia apa-apakan awak?” tanya Bazli lagi.
“Saya kenal Sufian
tu dari kecik lagi, kami kawan sekampung. Dia takkan apa-apakan saya. Cuma
tulah, dia memang nampak garang sikit,” jawab Kasih.
“Jadi, kenapa awak
lari bila nampak dia?” tanya Bazli lagi umpama wartawan tak bertauliah.
“Saya malas nak
dengar dia minta saya balik dengan dia. Saya dah muak, entah nak guna bahasa
apalagi nak bagi dia faham, tu yang saya lari tu... kalau dulu, hari-hari dia
datang tempat kerja saya.”
“Awak kena
hati-hati tau. Saya tengok dia tu agresif sangat, kalau ada apa-apa report polis terus,” pesan Bazli.
“Takpe, tahulah
saya nak handle benda ni.”
“Awak tetap kena hati-hati
dengan orang macam tu. By the way,
petang nanti saya ada flight ke
Sydney. Awak ada flight ke sana?”
tanya Bazli.
“Saya bertugas
untuk domestik dulu. Lepas setahun atau beberapa bulan nanti baru boleh pergi oversea. Seronoknya dapat ke Sydney.
Saya tak pernah pergi luar negara.”
“Nanti, awak akan fly ke sana sampai awak bosan. Percayalah
cakap saya. Ha, sekarang ni musim bunga dekat Sydney. Ada bunga lavendar tau,
cantik..” Bazli berkata teruja.
“Lavendar. Boleh
tak bawa untuk saya?” tanya Kasih.
Tiba-tiba Kasih
segan, dia terlepas cakap. Dia tiada hak nak minta itu ini dengan Bazli, mereka
hanya kawan biasa je.
“Insya ALLAH.
Nanti saya cuba,” spontan Bazli setuju. Kasih tersenyum.
Kemudiannya, Kasih
pandang Bazli yang memandu. Lagu Kisah Hati menjadi pengiring halwa telinga
mereka. Memandang lelaki itu, Kasih rasa tenang sangat. Kenapalah Sufian bekas
tunangnya itu tak macam Bazli. Kasih terfikir-fikir, apa mungkin semua ini
kebetulan. Kenapa Bazli tiba-tiba ada semasa dia perlukan seseorang. Ah! Kasih
bukannya jenis yang terlalu mengharap, dia sedar dirinya siapa. Meskipun sejak
pertemuan pertama, Kasih sudah merasakan sesuatu pada lelaki itu. Tapi, mana
mungkin dia tega merampas suami orang.
“Kasih, mana satu kawasan
rumah awak?” tanya Bazli membubarkan lamunan Kasih sebaik mereka sampai ke
tempat yang ditunjukkan Kasih sepanjang perjalanan tadi.
“Yang dekat depan
tu, awak masuk lagi,” jawab Kasih.
Segera Bazli
memandu menuju ke arah yang ditunjukkan Kasih dan berhenti di sana, Bazli lihat
pangsapuri 10 tingkat itu.
“Thanks Bazli.” Kasih berterima kasih.
“Sama-sama, jaga
diri, ada apa-apa call,” pesan Bazli.
Bazli beredar dari
situ. Kasih pandang kereta Bazli sampai kereta itu hilang dari pandangannya.
Sementara itu,
Bazli tiba-tiba rasa lapar sangat. Baru dia teringat, dia belum sentuh satu
makanan atau minumanpun tadi. Lagipula tadi baru jadi keluang man, adalah lapar
sikit agaknya sebab berlawan tadi. Segera Bazli ke restoran berdekatan dan
tapau makanan balik ke rumahnya.
**************
“Betul ke cara
Dahlia tu? Dahlia tak makan hati? Dahlia rela?” tanya Puan Sofia kepada
anaknya.
“Itu saja caranya
mak. Dahlia pasrah, ini semua takdir.” Dahlia memandang wajah ibunya.
“Tak apalah. Mak
hormat keputusan kamu. Tapi, mak minta jagalah diri tu elok-elok, kamu ada sesi
temujanji lain lagi kan?”
“A’ah mak. Takpe,
Dahlia okay. Semua ni untuk Aiman mak, Dahlia tengok dia dah tak macam dulu.
Mungkin rindukan papa dia agaknya. Kebetulan terjadi perkara macam ni, mungkin
ada hikmahnya...”
“Dahlia kena kuat
nak. Demi Aiman, demi Adam. Mak tahu, kamu dah bersedia, sebab tu kamu mahu
Adam nikah dengan perempuan lain.”
“Ya mak. Biarlah
nanti orang yang menjaga Aiman ni orang yang Dahlia kenal.”
“Mungkin semua ni takdir.
Sekurang-kurangnya kamu tak perlu bersembunyi di rumah mak.”
“Mak rasa keputusan
Dahlia ambil ni bagus tak untuk abang Adam?” tanya Dahlia pula.
“Tak apa, suatu hari
nanti dia akan faham. Kamu dah buat yang terbaik untuk dia. Lagipun, kamu akan berada
di sisi dia. Sekurang-kurangnya kamu tak perlu minta cerai semua tu. Kamu kena yakin
dengan keputusan kamu. Adam mungkin sukar nak terima apa yang kamu cadangkan, tapi
demi kamu mak yakin yang dia akan setuju.”
“Dahlia pun harapkan
perkara yang sama. Krook..” Tiba-tiba Dahlia rasa mahu termuntah dan tak sedap
badan. Segera dia berlari ke bilik air.
“Dahlia, kamu tak
apa-apa nak?” tanya Puan Sofia.
“Dahlia okay mak,
entah kenapa sejak akhir-akhir ni Dahlia asyik rasa nak muntah dan pening je..”
jawab Dahlia.
Puan Sofia
terkejut, kemudian ada sekilas senyuman dibibirnya. Tapi, bila Puan Sofia teringat hal itu, senyumannya itu kendur kembali, air matanya menitis...
Bersambung...
3 comments:
Salam. Dahlia dah ngandung yer?
saya bajet Dahlia kena kanser. Sebab tu dia mintak cerai apa segala bagai. Betul tak?
Eifa Yusof ~ Maaf lambat reply komen anda. Boleh baca bab 11 & Bab 12.
Syah shah ~common sangat ah nak kanser bagai ni. Tungguuuuuuu...
Btw, terima kasih singgah baca dan komen.Terima kasih ya! ^_^
Post a Comment