~Group FB Coretan Hati Ke Jemari (Fatrim Syah)~~

Monday 17 October 2016

BUNGA TERAKHIR (Bab 7) #FirstDraft #UneditedVersion



BAB 7

SEPANJANG berada dalam penerbangan balik ke Kuala Lumpur, Bazli tidak banyak menegur Kasih. Kasih lihat Bazli juga kurang bicara dengan krew kapal yang lain, mungkin saja masih kurang sihat kerana aktiviti mereka semalam. Sesekali Kasih hanya melemparkan senyuman dan dibalas oleh Bazli. Kemudiannya Kasih tersedar, Bazli itu suami orang. Lagipula hubungan antara mereka itu hanyalah hubungan profesional antara rakan sekerja.

Kasih sedar itu, namun dia bukanlah biasa berada dekat dengan lelaki. Ada sebab dia menyendiri. Ada sebab kenapa lelaki tidak mendekatinya. Kasih malas mahu memikirkan masalah itu, harapannya biarlah dia sentiasa sibuk sahaja dan tidak ada kesempatan bertemu dengan orang itu. Kasih gembira mendapat pekerjaan tetap itu setelah lama bertugas di hotel. Baginya terbang ke awan biru itu merupakan sebuah impiannya sejak kecil. Nasib baiklah rezeki menyebelahinya.
         
            “Kita telah sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Terima Kasih memilih ‘Malaysia Airlines’ sebagai penerbangan anda. Semoga kita bertemu lagi di masa akan datang. Kami bangga terbang bersama anda.”
         
           Mendengar saja suara Bazli selaku Ketua Pramugara penerbangan mereka membuat pengumuman, Kasih berasa bangga sekali. Tepat jam 10 pagi mereka sampai seperti dijadualkan. Dia memandang para penumpang yang mulai sibuk mengeluarkan beg masing-masing dan segera membantu.
       
            Usai menyelesaikan tugas. Kasih menuju ke pejabat untuk lapor diri selepas bertugas manakala Bazli yang lebih dahulu masuk ke pejabat itu terus keluar dan menuju ke tempat keretanya diparkir.

Bazli duduk sekejap berehat dalam keretanya, rasa rindu pula dengan keretanya itu, dipasangnya air cond dan pemain dvd, dapatlah juga mendengar suara nyanyian Bruno Mars berjudul ‘Lazy Song’ sambil tengok keletah lucu dalam video klipnya, memang kena lagu itu dengan keadaannya ketika itu.

10 minit kemudian barulah Bazli keluar dari parkir selepas membayar kos perkhidmatan parkir. Semasa sedang membelok, dia ternampak Kasih berada di satu tempat bersama bagasi kecilnya, mungkin sedang menunggu giliran menaiki teksi ataupun menunggu seseorang mengambilnya. Tapi nampak gayanya macam menunggu teksi.

Pon! Pon!

Kereta Bazli dihon daripada belakang. Terkejut Bazli dibuatnya. Segera Bazli bergerak  dan membelok ke tepi di mana Kasih berada. Kasih pula berasa pelik melihat di depannya, Kasih buat tak peduli. Telahan Kasih mungkin orang itu menunggu orang dari penerbangan, Kasih buat tak tahu dan beralih ke belakang sedikit takut-takut pemandu kereta itu tidak dapat melihat orang yang dinanti.

Bazli menurunkan cermin tingkap, “Kasih Aziah Bahrom, tunggu teksi ke? Kalau tak keberatan saya boleh tolong hantarkan.” Bazli memandang ke arah Kasih, siap sebut nama penuh lagi.

Kasih memerhati lelaki di dalam kereta itu, kerana lelaki itu memakai kaca mata hitam, sekejap Kasih tidak kenal. Nasib baiklah suara lelaki itu dia kenal sangat.

“Awak rupanya Bazli, ingatkan siapalah tadi. Tak apalah, banyak teksi ni. Awak baliklah dulu, its okey.” Kasih menolak ajakan Bazli cara baik apatah lagi beberapa pramugari dan pramugara yang berada tidak jauh daripadanya juga sedang menunggu teksi masing-masing.

Bazli herot mulut dan buka cermin mata gelapnya. “Naiklah, ada juga teman saya berbual dalam perjalanan nanti. Ala, bukan buat apa-apapun, ini sebagai tanda terima kasih awak ajak saya ke Pulau Mamutik semalam,” ajak Bazli lagi sekali.

‘Dah dia ajak, takkan nak jual mahal.. hmm.. naik sajalah..’ desis hati kecil Kasih, dalam hati tu penuh rama-rama nak berterbangan.. amboi!

“Okay. Nanti turunkan saya dekat KL Sentral saja ya,” sempat lagi Kasih berpesan dan membuka pintu belakang kereta honda milik Bazli memasukkan bagasinya.

“Roger!” Bazli faham.

Kemudiannya Bazli meneruskan pemanduan. Kasih pula hanya berdiam, sambil itu dia tengok gambar Bazli dan isterinya yang digantung di cermin tengah sekali imbas saja.  Cantik juga gumam Kasih. Dia pasti gambar itu gambar isteri Bazli sebab Bazli dan wanita itu dalam pakaian pengantin.  Sekejap fikiran Kasih melayang membayangkan dia yang memakai pakaian pengantin itu di sebelah Bazli.

“Awak tak lapar ke? Kita tak  sarapan lagi ni,” tanya Bazli membubarkan lamunan Kasih.

Kasih pandang Bazli seimbas, “Tak apalah, saya dah biasa makan jam 12 nanti, minum air tadi sebelum terbang pun dah okay,” jawab Kasih.

Bazli herot mulut, “Hmm.. tak payah nak diet sangatlah. Kita pergi sarapan dulu, lepas tu saya hantar ke KL Sentral, boleh?” tanya Bazli lagi.

Kasih pula herot mulut, “Yalah...” terpaksa Kasih mengiyakan, karang kalau dia enggan banyak pula ceramah Bazli kepadanya.

Sampai saja di Bandaraya Kuala Lumpur, Bazli membawa Kasih ke satu tempat untuk bersarapan, bukan sarapan lagilah jawabnya bila mereka sampai di restoran itu tepat jam 12 tengahari.

Usai memesan makanan, Kasih meminta diri untuk ke ladies, “Bazli, saya nak ke bilik air jap.”

Bazli angguk kepala. Bazli pandang sekeliling, manalah tahu kot-kot ada orang yang dia kenal. Kemudiannya baru Bazli teringat yang dia belum menghubungi Juwita lagi untuk memberitahu kepulangannya. Segera diambil telefon bimbitnya.

Sementara itu, Kasih masuk ke dalam bilik air restoran itu. Bukannya nak pergi nak terkucil ke apa, pergi membuka sanggul rambutnya. Rasa terlalu protokol pula bersanggul kemas bagai, macam mak datin muda pula. Usai membuka sanggul itu, dia mengikat rambutnya seperti biasa.

“Helo sayang, dekat mana tu?” tanya Bazli lewat telefon bimbitnya.

“Sayang dekat butik ni, abang dah balik dari Sabah ke?” balas Juwita.

Bazli tersenyum, rindu mendengar suara isterinya, “Haah, baru sampai pagi tadi. Saja telefon, rasa rindu pula,” nakal saja percakapan Bazli.

“Abang balik rumah terus ke?” tanya Juwita.

Klong! Klong!

Tiba-tiba pula bateri telefon bimbit Juwita habis, telefon bimbitnya terus mati.

“Helo, helo sayang? Juwita?” tanya Bazli pelik, Bazli agak mesti Juwita tak cas telefon bimbitnya, selalu macam tu, kalau dekat rumah, memang Bazli yang kena caskan telefon bimbitnya.

Juwita geleng kepala, “Hish! Habis pula bateri telefon ni...” marah Juwita dan meletak telefon bimbitnya di para singki. Dia membetulkan mekap di wajahnya.

Kasih memerhatikan perempuan di sebelahnya, seperti pernah dia melihatnya. Ah! Lupakan jelah, memang dia tak kenal. Kemudiannya perempuan itu keluar dari situ. Kasih tiba-tiba ternampak telefon bimbit perempuan itu tertinggal.

Segera Kasih menyentuh bahu perempuan tersebut, “Cik, telefon bimbit cik tu....” Kasih mengingatkan.

Juwita buat muka terkejut dan kemudiannya senyum, “Hmm.. Nasib baik, memang saya ni jenis cuai sikit, Terima Kasih tau..”

Kasih membalas senyuman, “Okay,” jawabnya.

Dia lihat perempuan itu berlalu dari situ, Kasih mencuci tangan. Kemudiannya keluar dari situ menuju ke meja Bazli.

“Lamanya awak, buat apa dalam tu?” tanya Bazli seakan marah.

Kasih senyum, “Tak ada apa-apa, hal perempuan. Makanlah, awak tunggu saya buat apa, awak ni..” jawabnya.

Baru sesuap, Bazli tiba-tiba seolah ternampak seseorang yang dikenalnya di hujung restoran itu.

‘Zamri?’ gumam Bazli mengenali.

Bazli melihat Zamri makan bersama seorang perempuan. Dia kenal Zamri masa majlis perkahwinannya dulu, itupun Juwita yang kenalkan dia, katanya abang angkat dia, entah, Bazli pun lupa.

‘Mesti makan dengan teman wanita dia agaknya, takpun klien. Tapi katanya hari tu dah beristeri,’ gumam Bazli sendiri, Bazli agar Zamri tidak nampak dirinya kerana keadaan restoran tersebut yang ramai orang, dah gitu, dia sendiri memakai kaca mata hitam.

Kasih pandang Bazli yang melihat ke satu arah, “Selalu ke makan dekat sini?” tanya Kasih membubarkan penglihatan Bazli.

Bazli memandangnya, “Selalu juga,” jawab Bazli, tapi entah kenapa matanya tetap mahu memandang ke arah Zamri, macam nak tahu siapa wanita bersama Zamri itu. Seakan ada magnet dia nak tahu.

“Ni kali pertama makan dekat sini, selalunya makan tempat biasa saja.” Kasih mahu membuka topik perbualan sambil melihat betapa mewahnya restoran itu.

“Tak apa. Bazli belanja.” Bazli melempar senyuman.

Semasa sedang memerhatikan Zamri, tiba-tiba wanita di depan Zamri tadi mengilas rambutnya dan memandang ke kanan. Maka, dari situ Bazli tahu wanita yang sedang makan bersama Zamri itu adalah Juwita isterinya! Bazli mula berteka teki sendiri. Bazli perhatikan mereka berdua.

‘Kejap lagi aku tegurlah, harus Juwita terkejut.. hahaha..’ gumam Bazli lagi, tapi matanya tak lekang memandang ke arah mereka.

Tiba-tiba Bazli ternampak Juwita menyuapkan makanan ke mulut Zamri. Sama seperti yang dilakukan Juwita apabila makan bersamanya.

Terkesima sebentar jiwa lelaki Bazli apabila terpandang kemesraan mereka. Hatinya ketika itu dipukul dengan bermacam-macam rasa.

Punah! Sakit! Mendidih!

Bazli merasakan seolah-olah selama ini dia bertepuk sebelah tangan. Banyak perkara berlegar dalam fikiran Bazli. Apa sebenarnya berlaku? Kenapa mereka mesra? Apa hubungan mereka? Bazli kusut dengan pelbagai pertanyaan yang belum mampu diterima jawapannya.

Zamri sebenarnya sedar Bazli berada di sana, dia senyum sendiri. Sengaja dia menyakitkan hati Bazli.

‘Nampaknya ini memang peluang aku... Juwita akan jadi milik aku...’ gumam Zamri tersenyum riang dan sengaja menyentuh rambut Juwita.

Satu persatu adegan-adegan mesra dipandang Bazli secara langsung di depan mata. Hatinya panas. Apa sahaja adegan mesra yang pernah dibuat Juwita padanya, juga dibuat pada Zamri. Hingga satu tahap Bazli sudah tidak dapat bersabar!

Namun memandangkan Kasih ada di depannya takkanlah dia nak buat gila pula. Kasih pandang Bazli yang makan sedikit-sedikit. Bazli juga tidak banyak cakap. Dia juga memerhatikan Zamri memegang pinggang Juwita mesra ketika mereka keluar daripada restoran.

 Usai makan, Bazli terus ke kaunter membayar harga makanan dan bersama-sama Kasih ke kereta.

“Terima kasih, lain kali saya belanja.” Kasih cuba membuka bicara, tapi Bazli macam malas diajak bicara.

Kasih pandang ke depan, dia faham kalau Bazli ada apa-apa masalah. Kemudian Kasih pandang lagi sekali gambar Bazli dan isterinya di tengah cermin kereta.

“Patutlah saya macam kenal perempuan ni, tadi saya dengan isteri awak dekat bilik air, sama-sama cuci tangan, awaklah yang telefon dia dan bateri dia habis cas tu rupanya. Kenapa tak tegur isteri awak tadi?” Kasih bersuara tiba-tiba.

Terkesima sebentar Bazli. Rupanya Kasih lebih dahulu tahu yang Juwita memang berada di restoran tadi, Bazli harap Kasih tidak tahu perkara yang lainnya. Hal rumahtangga takkanlah nak diceritakan pada orang lain pula.

Bazli cari akal, “Oh, saya jumpa dia kejap tadi. Sebab dia ada kerja tadi, dia terus balik,” beritahu Bazli sambil tersenyum walaupun hatinya begitu pedih sekali.

Kasih memandang gambar itu sekali lagi, “Oh, okay. Cantik isteri awak macam model,” puji Kasih walaupun matanya belum buta lagi melihat kemesraan wanita itu dan lelaki lain, Kasih tahu hubungan itu bukan biasa-biasa hingga membuatkan mood Bazli berubah.

“Mestilah, tengoklah siapa suaminya,” seloroh Bazli.

“Hmm.. iyalah, angkut bakul nampak..” balas Kasih, barulah dia nampak Bazli senyum sedikit. Tapi selepas itu hanya lagu daripada corong radio yang menemani mereka. Kasih faham, mesti Bazli sedang bersedih.

Sampai saja Kl Sentral. Kasih terus turun.

Kasih senyum selepas mengeluarkan begnya, “Terima Kasih sebab tumpangkan saya, sekali belanja makan, jumpa lagi. Bye.” Kasih berterima kasih.

“Sama-sama, terus balik rumah, jangan belok-belok..” pesan Bazli pula macam bapa budak pula.

“Baik!” Kasih ketawa kecil dan berlalu dari situ. Bazli pun meneruskan pemanduan terus berlalu dari situ, wajahnya yang ceria tadi bertukar durja.

Punah ranah hatinya melihat keintiman isteri yang baru dikahwininya curang. Gambar yang tergantung di tengah kereta itu ditarik dan dilempar ke belakang. Kalau nak dikatakan Juwita sosial, tak pula dia pernah tahu. Dan takkanlah pulak si Zamri tu anak ikan si Juwita pulak. Entah-entah selama ini mereka berdua tu memang ada hubungan.

Bazli terus memandu balik.  Tiada lain yang difikirkan Bazli selain ingin bertanya Juwita perkara sebenar. Moodnya tengahari itu terus hilang. Sampai saja di rumah, dia masuk dan memandang gambar perkahwinan di sisi meja sebelah pintu. Ah! Dia mesti kuat! Tidak perlu ada titisan air mata yang keluar!

“Plak!” segera bingkai gambar itu menyimbah masuk ke dalam tong sampah.

                                     ***************************

PETANG itu apabila Juwita balik ke rumah, Bazli sudah sedia menunggunya di ruang tamu. Juwita membuka pintu dan memasang lampu, dia terkejut melihat Bazli duduk dalam gelap.

“Abang ni kenapalah tak pasang lampu, nasib baik sayang takde sakit jantung.” Juwita membuka bicara sambil menanggalkan kasut tinggi jenama Monolo Blahnik warna biru miliknya, kemudian dia bergerak menuju ke tangga atas. Dengan pantas Bazli mencengkam tangan Juwita, membuatkan langkah Juwita terhenti.

Juwita cuba melepas tangan Bazli, “Kenapa ni bang. Lepaslah, sakit!” teriak Juwita.

Bazli melepaskan cengkamannya dan memandang Juwita tajam, “Abang nak tanya Juwita satu hal dan Juwita kena jawab dengan jujur dengan abang.” Bazli berkata tegas, dia menyebut namanya isterinya, dia mahukan penjelasan!

“Apa abang nak tanya sampai nak cengkam tangan sayang ni. Sayang penatlah bang, sayang letih. Sayang naik mandi dulu ya.” Juwita cuba mengelak.

Bazli memandang Juwita tajam, “Apa hubungan Juwita dengan Zamri tu?!” tanya Bazli mahukan jawapan, suaranya kasar dan tegas.

Juwita langsung diam, tidak mahu bercakap sepatah pun, kakinya yang mahu melangkah terhenti di situ. Kaku. Bular matanya mahu memandang ke mata Bazli. Bibirnya mencengkam serasa ketakutan barangkali. Apa yang mahu diberitahu Bazli, malam itu sepatutnya Juwita membuat perancangan lain. Tapi nampaknya Bazli telah dahulu mempunyai perancangan dan terlihat pula dirinya dan Zamri. Jika dibohongi Bazli tetap tahu juga. Tapi, Juwita tidak mahu mengalah, manalah tahu Bazli hanya serkap jarang dan sengaja mencari hal atas moodnya yang tak baik atau Zamri sendiri ada mengirim pesanan ringkas (sms) yang bukan-bukan kepada Bazli. Bukan dia tidak kenal Zamri, apa yang dimahukannya mesti dapat walau masuk ke dalam mulut singa sekalipun.

“Abang tanya, apa hubungan Juwita dengan Zamri tu?!” Bazli bertanya sekali lagi dalam nada agak tegas. Suaranya meninggi.

Juwita cuba mencari alasan, “Kami, kami kawan biasa saja bang. Lagipun dia abang angkat Juwita masa kat kampus dulu. Jadi, kami agak rapat, sama macam abang dan kawan perempuan abang.” Juwita cuba mereda keadaan.

Bazli memandang Juwita dan merenungnya. “Kawan biasa... abang angkat sampai terangkatlah ya. Berpeluk-peluk, suap-suap. Jangan ingat abang tak nampak apa yang Juwita buat dekat restoran tadi.”

Juwita tersentak, rupanya Bazli turut berada dalam restoran tadi. Jadi maknanya Bazli bukan serkap jarang, patutlah Zamri atas memandang ke satu arah saja tadi semasa makan. Rupanya sengaja memperlihatkan kemesraan antara mereka berdua.

‘Kurang hajar kau Zamri! Urgh!’ Juwita berdesis dalam hati geram, dia terperangkap!

Juwita cuba mencari alasan lagi, “Tak adalah, abang ni. Ni mesti ada yang buat cerita ni,” sekali lagi Juwita cuba mengelak, dia cuba mencari helah.

Bazli ketawa, “Jangan nak propalah Juwita! Abang ni bukannya budak-budak. Abang memang ada dekat restoran tu tadi. Zamri pakai baju kuning, duduk meja 28. Baik, kalau Juwita tak nak bagi tahu, abang tanya Zamri sendiri, mesti dia ada jawapan.” Bazli mengugut dan kemudian cuba menghubungi Zamri berdasarkan kad nama yang pernah Zamri berikan padanya dulu.

Juwita tidak punya pilihan dia tidak dapat berdolak dalih lagi. Bazli pula semakin membentak, akhirnya dia terpaksa menerangkan juga hal sebenar.

Juwita memandang Bazli di hadapannya, “Ini salah mama Juwita! Dia putuskan hubungan Juwita dengan Zamri demi abang, sedangkan hati Juwita ni pada Zamri! Juwita dah cuba cintakan abang selama  kita berkenalan, tapi Juwita tak dapat... cinta dan hati Juwita hanya pada Zamri...” terduduk Juwita di atas tangga, kata-katanya makin perlahan. Dia tahu perkahwinannya bakal retak seribu dengan pengakuan beraninya itu.

Bazli geleng kepala tak puas hati, “Jadi, Juwita hanya terpaksa dalam perkahwinan ni? Tak cintakan Bazli sedikitpun?” Bazli bertanya.

Juwita mengangguk. Sayu pandangannya. Sendi-sendinya lemah. Bukan niatnya untuk menyakiti hati lelaki sebaik Bazli. Dia tidak bersalah dalam hal ini, Bazli adalah mangsa.

Bazli memandang Juwita, kemudian ke hadapannya, “Jadi, kenapa Juwita terima pinangan abang? Sekarang ni zaman dah modenlah. Mana ada kahwin paksa bagai lagi. Juwita boleh saja terus terang dengan abang, Juwita boleh saja cakap yang Juwita dah ada orang lain. Masa tu, abang faham kalau Juwita tolak abang... ta.. tapi sekarang kita dah terlanjur berkahwin...” Bazli cuba bertanya baik-baik tapi nadanya sebak.
“Senanglah abang bercakap, abang bukan di tempat Juwita. Mama dan papa Juwita mahu Juwita kahwin dengan abang sebab mama Juwita dan mama abang kawan baik. Zamri pula bukan sesiapa, sudahlah dia tu laki orang. Mama Juwita cakap, kalau Juwita tak ikut cakap dia, dia takkan akui Juwita sebagai anak dia lagi. Apa Juwita boleh buat? Apa Juwita boleh pilih. Juwita terpaksa akur dengan kehendak mama dan papa...” nyata Juwita membongkar apa yang sebenarnya terjadi selama ini. Dari A sampai Z, Bazli mendengar semuanya.

Sebak. Kecewa. Itu apa yang dirasakan Bazli sekarang ini.

Bazli naik geram dan menuding ke arah isterinya, “Jadi, inilah sebabnya awak beriya-iya menangis masa kita kahwin dulu?” tanya Bazli ingin tahu.

“Ya. Juwita tidak mahu jadi anak derhaka bang. Sebab abang, hati Juwita ni sakit, Juwita terpaksa hadapi semuanya dalam pura-pura!!” bentak Juwita sedikit berani.

Melihatkan Juwita berkata demikian membuatkan Bazli sedikit kesal, lalu dia cuba memujuk isterinya, “Juwita! Mengucap, istigfar... Apa yang Juwita cakap ni? Abang sayangkan Juwita dan abang nak Juwita putuskan hubungan Juwita dengan Zamri. Abang akan lupakan apa yang abang nampak hari ni, asalkan Juwita kembali pada abang. Boleh ya Juwita? Abang akan sayangkan Juwita sampai bila-bila.” Bazli cuba meredakan keadaan, dia rela walaupun terpaksa menjadi suami dayus yang mengikut kata-kata sang isteri.

“Juwita tak mahu berpura-pura lagi bang. Tolonglah lepaskan Juwita. untuk pengetahuan abang. Juwita sedang mengandungkan anak Zamri!”

Pap!

Pantas tangan kanan Bazli hinggap di pipi kiri Juwita.

“Kurang ajar!” Bazli naik berang. Juwita pantas berdiri, menangis dan memandang Bazli lalu naik ke atas.

Hilang kesabaran Bazli dengan kata-kata Juwita tadi, tanpa sedar dia menampar Juwita, hati lelaki mana yang tidak terguris apabila mendengar pengakuan hati isteri yang dinikahi, disayangi dan dicintai selama ini mengandungkan anak orang lain! Bazli benar-benar kecewa. Hatinya hancur. Dia rasa dirinya hanya dipergunakan! Kini barulah dia tahu, Juwita hanya mencari seorang Pak Sanggup untuk anak haram yang dikandungkannya!

Juwita berlari naik ke atas, seketika kemudian Juwita turun dengan bagasinya. Dia memandang Bazli.

“Juwita, kita boleh lupakan semua ni, Juwita cakap bohong kan?” Bazli memegang tangan Juwita memujuknya.

Juwita memandang Bazli, “Juwita minta halal makan minum. Abang lelaki yang baik, tapi Juwita bukan untuk abang, carilah perempuan yang sesuai untuk abang.” Juwita menitiskan air matanya memandang Bazli.

“Juwita, perkara ni kita boleh bawa berbincang. Tolonglah jangan pergi, maaf, maafkan abang... abang sayangkan Juwita sangat-sangat.”

“Abang, Ju.. Juwita tak boleh.. Jangan cakap macam tu lagi, Juwita rasa bersalah sangat.”

Kemudiannya  Juwita memakai kasutnya dan membuka pintu. Tiada apa cara lagi untuk menghalang Juwita berlalu pergi.

Bazli kusut, bila melihat Juwita mahu memegang tombol pintu, segera dia cari akal untuk menghalang.

 “Kalau Juwita keluar dari rumah abang ni, itu bermaksud abang ceraikan Juwita,” kata-kata Bazli waktu itu jelas dan terang.

Juwita tersentak, bahunya terjungkit-jungkit menangis, mulanya Bazli ingatkan Juwita akan masuk semula, tetapi kemudiannya Juwita terus membuka pintu rumahnya dan keluar dari situ. Seketika itu juga, air mata lelaki Bazli tumpah. Malam itu, dengan berat hati, dengan usia perkahwinan genap  dua bulan, Bazli terpaksa melepaskan Juwita. Kalau boleh dia tidak mahu terjadi begitu, dia tidak mahu melepaskan isterinya itu. Tapi apakan daya, cinta bukan boleh dipaksa-paksa. Kalau dibiarkan juga, itu beerti dia adalah lelaki dayus. Dan, hukuman lelaki dayus adalah neraka jahanam. Sungguh, dia terpaksa!

Memang, sepatutnya dia tidak patut mempercayai cinta.
Cinta itu hanya satu pembohongan!
Cinta itu pura-pura!
Cinta itu satu pengkhianatan!
Cinta itu satu kesakitan!
Bazli merasa dipermainkan!
Sungguh!
Bagi Bazli, cinta untuk dirinya telah mati malam itu juga.....

No comments: