~Group FB Coretan Hati Ke Jemari (Fatrim Syah)~~

Monday 17 October 2016

BUNGA TERAKHIR (Bab 2) #FirstEdition #UneditedVersion



BAB 2

DUA minggu selepas itu, sah Bazli dan Juwita bertunang, perkahwinannya dirancang berlangsung bulan depan.  Bukan main gembira lagi Bazli, benarlah kata orang, kalau kita tak dijodohkan dengan orang tu, janganlah dipaksa, lebih baik berserah. Walaupun Juwita jodoh aturan keluarga, tapi Bazli juga lega, lagipula dia kenal Juwita dari kecil lagi. Kalau dah jodoh tak ke mana. Bazli harap perkahwinan kali kedua ini berjaya dan membawa bahagia pada dirinya.

“Awak selalu ke pantai ni?” tanya Bazli sebaik saja kereta Bazli sampai ke sebuah pantai.

“Tak juga,  selalu dengar Azwan pembantu saya yang cakap, katanya best.” Juwita menjawab sambil memandang pantai di depan mereka.

            Mereka berdua kemudiannya keluar dari kereta menuju ke salah satu pondok. Berhampiran kawasan itu ada beberapa deretan gerai. Angin sepoi-sepoi dari arah pantai sangat menenangkan suasana.

“Nak apa-apa tak?” tanya Bazli.

“Tak apalah, tak lapar lagi, tapi kalau ada keropok pun boleh.”

Bazli mengangguk. Kemudian berlalu daripada situ menuju ke deretan gerai yang terletak kurang 10 meter dari pondok tersebut. Juwita memandang ke pantai, melihat ombak yang bergelumang, memikirkan sesuatu.

“Perkahwinan merupakan satu ikatan suci yang disulami keikhlasan, kejujuran. Perkahwinan mengajar kita menerima siapa pasangan kita,” kata-kata seorang ustaz di televisyen semalam masih terngiang-ngiang di telinga Juwita.

Dalam pada hari perkahwinan yang semakin hari semakin dekat. Juwita bimbang sesuatu, dia memandang ombak yang memukul pantai seperti perasaannya juga kini. Apa mungkin dia perlu meneruskan semua ini? Apa mungkin dia perlu berkahwin dengan orang yang dia cuba cintai? Entah, Juwita bingung. Dia memandang telefon bimbitnya yang didail berkali-kali oleh seseorang, seseorang yang dia kenal rapat. Sesungguhnya jiwa Juwita berontak dengan keputusan keluarganya. Namun, dia juga ada sebab kenapa perkahwinan itu perlu diteruskan. Serasanya memandang pantai yang luas di depannya kini, ingin saja Juwita berteriak sekuat-kuat hatinya! 

“Awak? Awak?? Awak??” Bazli menegur Juwita yang mengelamun.

“Eh, err.. awak, cepatnya...” Juwita terkejut, cepat sungguh Bazli bergerak.

Bazli memandang Juwita, “Air jus tembikai kegemaran awak, ada lagi makanan lain saya beli ni.”

“Oh, okey. Terima Kasih.” Juwita melempar senyuman paksa, membiarkan apa yang difikirkannya tadi hanyut dilambung ombak di hadapannya. Telefon bimbitnya tadi disimpan ke dalam begnya.

“Mama... papa..!” kedengaran suara budak lelaki berumur lingkungan 4 tahun tidak jauh dari tempat Bazli dan Juwita duduk.

“Aiman, jangan main jauh-jauh,” pesan Dahlia, ibu Aiman.

“Dahlia, biarlah Aiman tu, dia jarang keluar macam ni. Selalu terperap dekat rumah saja. Nanti bosan dia.” Adam Lee Lee; ayah Aiman menyampuk, slanga cina Adam Lee Lee masih kedengaran walau berbahasa Melayu.

“Yalah, yalah...” Dahlia akur sambil menyapukan jem nenas di roti bekal mereka. Adam Lee pula sibuk membaca surat khabar.

Pasangan itu sudah 5 tahun mendirikan rumahtangga. Bercinta sejak zaman universiti lagi, mulanya sejarah percintaan mereka kadangkala putus, kemudian sambung semula. Mungkin kerana kedua-duanya tidak yakin hubungan mereka berdua itu mampu pergi jauh. Apatah lagi Adam Lee yang pada masa itu dipanggil John bukanlah orang Islam. Hubungan itu tidak bersambung sejak itu kerana John adalah senior dan dia tamat belajar awal. Kemudiannya John membuka sebuah syarikat perniagaan sendiri bersama rakan kongsi.

Namun, Tuhan lebih tahu segalanya. John Lee datang ke majlis konvokesyen Dahlia setelah mereka mula berhubung melalui facebook sebulan sebelum itu. Mulanya Dahlia agak terkejut juga kerana sudah lama John Lee tidak menghubungi dan telah melupakannya, apatah lagi Dahlia terdengar-dengar gosip yang John Lee hangat bercinta dengan seorang seniornya.

“Jom ambil gambar?” pelawa John Lee. Dahlia mengangguk lagipula ibunya tidak dapat datang, dia cuma ditemani kawan-kawannya saja semasa majlis konvokesyen itu.

“Bazli, pegang kamera ni. Ambil gambar kami.” John Lee mengarahkan Bazli kawan baiknya untuk mengambil gambar.

“Propose tau masa ambil gambar ni. Follow the plan.” Bazli mengingatkan.

“Yes boss.” John Lee menyahut dalam nada cinanya.

Dan berdirilah Dahlia di sebelah John macam tiang elektrik kaku.

“Boleh tak rapat sikit lagi? Buat muka excited sikit.” Bazli tiba-tiba pula mengarah.

Bergeraklah John Lee setapak, masih cuba mencari mood bergambar. Sekejap-sekejap memandang Dahlia di sebelahnya.

“John, cuba senyum sikit, ini majlis konvokesyen Dahlia. Cheer up sikit.” Bazli mengarahkan kawan baiknya itu, sebenarnya sengaja menyakat.

“Kau nak ambil gambar ke tak ni Bazli?” John membalas.

“Iyalah, iyalah. Ikut suka kaulah, tapi smile...” Bazli jawab.

Bazli pun menjalankan kerjanya, bukanlah banyak pun. 1, 2, 3, 10 take. Padahal gaya yang sama saja orang didepannya berikan. Bazli terpaksalah buat-buat excited. Tahu sebenarnya John tengah nervous.

“Okey good take! Aku nak beli air dulu. Kau tunggu aku sini John.” Bazli bersuara dan berlalu tapi sempat buat isyarat untuk menggalakkan John bercakap tujuan sebenar mereka datang.

“John, thanks datang. Lama tak jumpa. Setahun rasanya. Bila nak kahwin?” Dahlia awal-awal lagi bertanya.

“Calon takde lagi. Saya datang ni pun ada hajat.”

“Hajat?” Dahlia berkerut dahi memandang John Lee yang sebenarnya agak kacak memakai kemeja berkot hari itu. Sekilas Dahlia pandang macam pelakon drama chinese yang dia selalu tengok di televisyen.

“Dahlia binti Zainal, sudikah awak menjadi isteri saya?” John memberitahu hasratnya.

“John, awak jangan main-mainlah.” Dahlia pada masa itu merasakan John hanya bergurau, lagipun John memang suka membuat kejutan.

“Tak, saya serius, saya nak awak jadi isteri saya. Teman hidup saya. Awak sudi tak?”

 “John, awak jangan main-mainlah.” Dahlia pada masa itu merasakan John hanya bergurau, lagipun John memang suka membuat kejutan.

“Tak, saya serius, saya nak awak jadi isteri saya. Teman hidup saya. Awak sudi tak?”

Apabila John berkata demikian, Dahlia terkejut. Masih tidak yakin. Dia memandang John.

“Tapi agama awak?” tanya Dahlia.

“Saya sudah lama belajar tentang Islam. Percayalah, sudah lama saya mula jatuh cinta dengan agama Islam, bukanlah sebab kerana saya inginkan awak, tapi kerana saya rasa Islam itu mudah, Islam itu indah...dan saya rasa, awaklah pendorong semua ni.”

Kata-kata John benar-benar menyentuh hati Dahlia, masa itu juga Dahlia menangis. Beberapa kawan-kawan Dahlia yang berada di situ ingatkan Dahlia sedih kerana mereka akan berpisah.

Sebulan selepas itu, John sudah bertukar nama kepada Adam Lee, sepatutnya Adam Lee Abdullah, tapi kerana undang-undang baru boleh mengekalkan nama keluarga, ianya menjadikan Adam Lee tidak ralat.

Sebenarnya Adam Lee mengambil masa untuk memberitahu yang dia telah memeluk agama Islam pada keluarganya. Ibunya yang datang dari Melaka ternampak Al-Quran di rumah John beserta sejadah. Mulanya dia ingat John mungkin ada kawan Islam yang tumpang serumah tapi apabila ibunya; Mary Ann Lee, ibu John menyaksikan dengan mata kepalanya sendiri anaknya itu bersembahyang dengan cara Islam di biliknya yang terbuka sedikit, ibu John sedar anaknya sudah berubah agama.

John, are you convert to Islam?” tanya ibunya inginkan kebenaran sebaik saja John keluar ke ruang tamu usai solat Isyak.

Adam Lee memandang ibunya, dia cuba untuk menjadi berani. Berani menjadi lelaki. Berani menjadi Islam. Rasulullah SAW pernah menerima ujian getir daripada keluarga sendiri, kenapa pula dia tidak boleh. Apatah lagi, dia akan memberitahu kebenaran itu kepada mamanya sendiri, ibu yang melahirkannya.

“Ya mama, John sudah memeluk Islam enam bulan lalu. Nama baru John.. Adam Lee, apapun berlaku, mama tetap mama John sampai bila-bila mama.” Adam Lee mengaku.

“Cukup John! Mama mahu balik Melaka hari ni juga!” bentak ibu Adam Lee yang sudah menduga jawapan itu dari mulut anaknya.

“Mama, biar John jelaskan... mama... Adam Lee cuba merayu.

“Sudahlah John. John sudah tak sayangkan mama, tak sayangkan daddy! Tak sayang keluarga kita!” Ibunya kemudian beredar dari rumah Adam Lee.

“Mama, please ma.. please..” Adam Lee cuba menjelaskan lagi. Namun, ibunya tetap melangkah keluar dan berlalu pergi.

Adam Lee hanya mampu terduduk. Ada juga air mata yang mengalir, tapi hatinya sudah pada Islam. Dia tidak tahu keluarganya akan bertindak sedemikian rupa. Adam Lee faham, dia perlu memberikan masa untuk mamanya menerima.

Namun, semua itu bukanlah semudah difikirkan Adam Lee. Pada hari perkahwinan Adam Lee pun, seorang keluarganya tidak datang. Dan, kerana itu jugalah ibu Dahlia; Puan Sofia sampai sekarang tidak menyukai Adam Lee. Bukan sedikit cabaran yang perlu dihadapi oleh Adam Lee dan Dahlia. Apatah lagi bila mereka mengambil anak angkat 3 tahun yang lalu. Itu membuatkan kebencian Puan Sofia pada Adam Lee bertambah-tambah, dia langsung tidak suka mereka mengambil anak angkat, seolah-olah menunjukkan pula anaknya itu tidak mampu mendapatkan zuriat sendiri.

“Abang fikir apa tu?” tanya Dahlia.

“Tak, tak ada apa-apa. Cuma ingat dekat keluarga abang,” jawab Adam Lee memandang jauh, mungkin sedih. Dahlia diam memahami.

Setiap kali Tahun Baru Cina, Adam Lee dan Dahlia tidak pernah lupa untuk datang ke rumah keluarga Adam Lee. Tapi, setiap kali itu juga, pintu akan tertutup buat mereka. Dahlialah yang bertindak menenangkan Adam Lee. Dahlia tahu, banyak kesukaran yang ditanggung Adam Lee hanya kerananya. Dibuang keluarga, dibenci mertua. Kadang-kadang, Dahlia kasihan pada Adam Lee, tapi nasib baiklah Adam Lee menganggap semua itu ujian dari tuhan untuk hambanya.

Sementara itu, Bazli yang membuang sampah kebetulan ternampak Adam Lee dan keluarganya di pantai sama. Segera dia membawa Juwita ke arah mereka.

“Adam!!”

Bazli sengaja berteriak untuk menarik perhatian Adam Lee yang fokus membaca surat khabar sambil berbaring di kerusi panjang yang dibawanya.

“Hei Bazli!” Adam Lee membalas, tahu benar suara Bazli sahabat baiknya.

Adam dan Bazli berpelukan kerana sudah lama tidak berjumpa.

“Hai, lama tak jumpa. Flight memanjang. Kau apa khabar Bazli?” Adam bertanya.

“Aku okeylah Adam. Hai Dahlia.” Bazli melambai ke arah Dahlia.

“Haa, ni siapa ni? Tak nak kenalkan ke?” Dahlia bertanya mendekati mereka.

“Ni, tunang aku. Juwita.”

Juwita berlaga pipi dengan Dahlia.

“Bila majlisnya ni? Jangan lambat-lambat. Lama sangat menduda tu.” Adam sengaja mengusik, highlight perkataan menduda.

“Hujung bulan ni. Kau jadi pengapit boleh?” Bazli meminta.

“Nanti aku pula yang jadi pengantin karang baru kau tahu.”

Mereka semua tertawa.

“Dah, kami join kamulah. Alang-alang.”

“Jom.”

“Jap, mana Aiman? Lama tak jumpa dia, mesti dah besar.” Bazli bertanya, menoleh ke kiri, kanan, belakang mencari-cari Aiman.

 “Mana Aiman? Tadi ada dekat situ,” tanya Adam Lee apabila tidak melihat kelibat Aiman.

 “Mana Aiman? Tadi ada dekat situ,” tanya Adam Lee apabila tidak melihat kelibat Aiman.

Dahlia menoleh melihat ke arah Aiman bermain tadi dan memanggil nama anaknya itu, “Aiman... Aiman... Aiman...!!” Dahlia memanggil nama anaknya cemas, dia menoleh ke kiri dan ke kanan, sasau!

“Aiman... Aiman..!!” Adam Lee juga memanggil dan suaranya semakin kuat sambil melihat sekeliling.

Bazli dan Juwita yang berada berhampiran terus memandang ke arah suami isteri yang memanggil anaknya cemas. Seketika kemudian Bazli terkejut apabila dia memandang tangan seorang budak terkapai-kapai di tengah laut, kemudian tenggelam di laut, tanpa berfikir panjang, segera Bazli berlari ke dalam laut tanpa sempat menanggalkan baju dan seluarnya. Juwita juga terkejut melihat apa yang dilakukan Bazli.

“Bazli!” teriak Juwita terkejut apabila melihat Bazli menyelam ke dalam laut.

“Aiman... Aiman...!!” panggil Dahlia lagi, Adam Lee sudah panik dan memandang ke tepi pantai.

“Ini.. ni.. selipar Aiman...” Adam Lee memberitahu dan memandang Dahlia.

“Asataghfirullahalazim... Aimannnn!!!” Dahlia makin kuat berteriak ke arah pantai sehingga menarik perhatian orang ramai ke sana.
            
 Seminit kemudian.

Dahlia terpandang seorang lelaki merangkul Aiman dari laut menuju ke tepi pantai.

“Aiman...!!” laung Dahlia, kakinya seolah-olah kaku apabila melihat Aiman tidak sedarkan diri.

Adam Lee segera menuju ke tempat Bazli dan membawa anaknya ke tepi pantai. Dahlia dan Juwita serta  orang ramai yang berada di situ mendekati mereka.

“Aiman bangun Aiman... bangun nak... bangun..” teriak Dahlia umpama hilang akal apabila melihat Aiman tidak bergerak.

Adam Lee mengambil langkah bertenang. Dia memicit dada dan perut anaknya, kemudian dia melakukan CPR untuk menyelamatkan Aiman. Berkali-kali Adam Lee bertindak sedemikian, namun Aiman masih tidak bergerak sehingga membuatkan Adam Lee putus asa. Dahlia sudah menangis sendu tetapi ditenangkan Juwita.

“Aiman, papa ni Aiman.. papa... bangun nak... bangun..” Adam Lee masih cuba membangunkan anaknya.
           
             “Adam, sabar Adam, sabar...kita redha saja, ini ujian tuhan, istigfar.. cuba sekali lagi...” Bazli cuba menenangkan Adam Lee yang dikenalinya itu, tidak tersangka dia berada di pantai yang sama.

Adam Lee pandang ke arah Bazli yang menyebut namanya. Bazli angguk.

Bismillahirahmanirahim...” sekali lagi dia cuba, ditekannya perut dan dada anaknya itu perlahan-lahan dengan bacaan Bismillah berulangkali dan bertawakkal kepada tuhan. Kemudian dia melakukan CPR.

“Uhuk! Uhuk!”

Tiba-tiba saja Aiman terbatuk, mengeluarkan air laut dari mulutnya.

“Bawa dia ke hospital cepat Adam!” arah Bazli.

“Terima Kasih Bazli selamatkan anak aku. Terima Kasih Bazli.” Adam Lee memeluk Bazli erat.

“Sudah, bawa anak Adam cepat. Tak apa-apa. Tenang Adam, tenang. Angkat anak awak ke kereta cepat.” Bazli menenang dan menemani Adam Lee terus ke kereta bersama Dahlia disaksikan orang ramai.

Bazli  dan Juwita memandang mereka berlalu pergi. Bazli memandang ke awan memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan yang maha tahu segala-galanya.





No comments: