~Group FB Coretan Hati Ke Jemari (Fatrim Syah)~~

Monday 17 December 2012

E-Novel ~Bunga Terakhir (BAB 18)


                                                                      
                                                                        BAB 18
“Kasih, saya nak masuk dalam dulu. Thanks ya sebab datang melawat isteri saya.” Bazli meminta diri.
“Sama-sama, awak tu pun jagalah diri. Insya ALLAH, isteri awak tu akan sedar. Percayalah dengan kuasa ALLAH. Banyakkan bersabar.”
“Terima kasih,  moga-moga begitulah. Kita berserah. Jom, saya hantar awak.”
“Tak payahlah, tahulah saya cari jalan keluar. HKL ni bukan besar mana pun. Awak pergilah wad isteri awak tu, dia lebih perlukan awak, assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.”
Setelah itu mereka berdua berpisah di situ, Kasih menuju ke pintu keluar manakala Bazli menuju ke lif untuk naik ke tingkat wad Juwita berada. Sekilas Bazli toleh belakang lihat Kasih.
‘Maaf Kasih, belum masanya awak tahu kisah saya’ gumam Bazli sendiri yang kesal kerana terpaksa membohongi Kasih dengan mengatakan Juwita itu isterinya padahal mereka sudah bercerai. Hanya Mira tahu hal itu. Hingga kini, Bazli tidak membuka rahsia itu pada siapa-siapa, baginya, itu semua tidak penting buat masa ini. 
Sementara itu Kasih berjalan menuju ke pintu keluar HKL. Tiba-tiba bahunya dilanggar seseorang!
“Urgh!”
Kasih hampir terjatuh, nasib baik orang itu sempat menyambar tangannya.
“Maaf cik, maafkan saya. Saya yang nak cepat tadi,” lelaki yang hampir melanggarnya itu meminta maaf kepadanya.
“Takpe, salah saya juga tak hati-hati.”
“Cik melawat saudara mara ke?” tanya lelaki itu.
“Tak. Saya melawat kawan isteri saya yang koma. Awak?” tanya Kasih pula.
“Saya nak melawat kawan saya. Semalam dia kemalangan teruk, saya baru sampai dari Langkawi ni. Saya pergi dulu tau, dah lambat ni..” 
Kasih lihat lelaki itu tergesa-gesa pergi. Baru Kasih menoleh ke belakang, dia lihat dompet lelaki itu jatuh di sisinya. Segera dia buka dompet itu.
“Muhammad Amar bin Saad...” Kasih baca nama pemilik dompet itu dan lihat gambar IC nya. Sah! Memang lelaki tadi, bila Kasih tengok balik ke tempat lelaki itu pergi tadi, dia telah hilang dari pandangan.
“Macamana pula aku nak bagi balik ni. Hmm.. agak-agak mesti dia ke wad lelaki punya.”

Segera Kasih ke kaunter untuk bertanya di mana wad lelaki.
“Cik, wad pesakit lelaki di mana?” tanya Kasih.
“Tingkat 3 cik.”
Segera Kasih menuju ke lif, masa tu pula lif macam buat hal. Bukan apa, Kasih takut nanti tak sempat lepas waktu jam melawat.

Ting!
Kasih masuk lif tersebut dan rasa lega sangat. Dia tekan punat 3. Bila sampai, Kasih terus berlari menuju ke wad lelaki yang ada di situ. Masuk saja ke dalam, Kasih pandang kiri dan kanan, langsung dia tidak nampak kelibat lelaki tersebut. Dari hujung ke hujung dia cari tapi tak jumpa.

“Awak! Awak buat apa dekat sini?...” lelaki tadi menegurnya dari belakang.
“Nah, dompet awak. Tadi tercicir.”
Segera lelaki itu pegang kocek belakang seluarnya.
“Astagafirullahalazim... nasib baik. Terima kasih awak.”
“Sama-sama. Mana kawan awak yang kemalangan tu? Nak jenguk sekalilah,” pinta Kasih.
 “Hujung sana tu. Jom.”

Sampai saja di sana, Kasih pandang lelaki itu, seakan dia kenal.
“Sufian?” katanya perlahan.
“Awak kenal dia ke? Dia ni kawan serumah saya. Kesian, baik orangnya. Doktor kata lepas ni dia mungkin tak dapat berjalan dan buta sebab banyak serpihan cermin masuk dalam matanya. Saya pun risau nak inform keluarga dia ke tak.”
“Takpe, dia ni kawan sekampung saya.” Kasih memberitahu.
“Oh. Awak kenal rupanya. Maaflah, saya tak bagitau kawan saya tu orang Sabah tadi. Iyalah, takkanlah semua orang Sabah tu tahu antara satu sama lain pula. By the way, nama saya Amar.” Lelaki itu mengenalkan diri.
“Saya Kasih.”
“Kasih? Sufian selalu sebut nama Kasih.”
“Panjang kisahnya Amar. Sufian ni saya dah anggap macam abang sendiri.”
"Oh macam tu."
"Awak dah lama ke berkawan dengan abang Sufian ni?" tanya Kasih.
"Taklah lama mana, baru je setahun saya pindah masuk. Okaylah Kasih, saya kena ke balai kejap uruskan kereta dia yang accident tu semua. Awak nak stay dekat sini ke?” tanya Amar.
“Saya stay dekat sini kejaplah Amar. Thanks tau uruskan semua ni.”
Amar mengangguk, dia pandang Kasih. Cantik juga orangnya tapi itulah dia faham cerita antara mereka berdua. Sebenarnya Amar sudah tahu kisah Kasih dan Sufian dari A hingga Z, hanya saja dia tidak pernah melihat Kasih yang selalu diceritakan Sufian.
“Kalau macam tu, saya pergi dulu ya, assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam...”
Amar berlalu daripada situ. Kasih pandang Sufian. Dia teringat kata-kata Amar tadi tentang Sufian. Susah benar bagi Kasih membuang perasaan takut apabila berada dekat dengan Sufian. Tapi, dalam keadaan Sufian yang kritikal begitu mana mungkin dia akan berdendam dengannya pula. Kasih ingat kembali kenangan sewaktu mereka sekolah. Lelaki bernama Sufian itu memang lelaki baik, dia sentiasa melindungi Kasih. Air matanya menitis. Biarpun sebelum ini perangai Sufian menyakitkan hati tapi jauh di sudut hati Kasih dia tahu semua itu Sufian buat kerana ingin melindunginya. Tidak pernah Sufian mengambil kesempatan terhadap dirinya. Setiap kali ada yang cuba menganggu Kasih di tempat kerja pasti diberi amaran oleh Sufian. Kasih pandang Sufian. Dia doakan kesembuhan lelaki itu, dia tahu lelaki itu baik.
Setengah jam kemudian Kasih beredar. Sudah masuk jam 4.45 petang. Lama juga dia berada di hospital tersebut. Kasih agak Bazli mungkin masih berada di hospital itu. Sementara itu, Mira yang berada di situ sedang menaip pesanan ringkas kepada seseorang.

Andai ku bercinta lagi..
Suatu hari nanti..

“Helo?” Kasih terus tekan punat terima selepas terdengar ringtone telefon bimbitnya, terus dia gerak keluar, lupa pula dia matikan tadi semasa berada di dalam. Beberapa orang termasuk Mira memandang Kasih.
“Ya mama, Kasih dekat hospital ni. Macamana mama tahu abang Sufian accident?” tanya Kasih kepada ibunya.
“Ada orang kampung yang bagitau dekat bapa kau. Tu yang mama tau. Macamanalah dia?”
“Tadi masa Kasih melawat tu dia tidur, tapi tulah kata doktor mungkin abang Sufian tak dapat berjalan lagi sama hilang penglihatan.”
“Astagafirullahalazim. Kesiannya dia. Sudah report polis semua ke?”
“Sudah ma, ada kawan dia yang uruskan. Abang Sufian masih di wad belum sedarkan diri.”
“Okaylah, kamu tolong lihat-lihatkan si Sufian tu. Mana ada orang tuanya tu lagi. Kami ni mahu ke sana manalah mampu. Okaylah, mama letak telefon dulu, ada apa-apa Kasih mesej mama. Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.”

 “Akak Kasih ya?”
“Ya, saya.” Kasih menjawab sambil senyum memandang perempuan itu.
Kasih pelik, dia pandang perempuan itu, sah! Dia memang tidak kenal.
“Akak ni kawan abang saya kan? Abang saya Bazli, saya Mira. Saya cam suara akak yang agak Sabahan tu.” Mira mengenalkan diri.
“Oh, Mira dalam phone pagi tadi.”
“Akak dari tempat abang ke?” tanya Mira.
“Tak, akak melawat kawan akak tadi. Tadi sempat jumpa abang awak kejap, saya malas ganggu dia, lagipun dia tengah risau dengan isteri dia tu.”

‘Abang tak bagitau yang dia bercerai dengan kakak Juwita lagi ke. Abang ni!’ marah Mira dalam hati.
“Takpelah, saya nak jumpa abang kejap. Assalamualaikum.” Mira meminta diri.
“Waalaikumsalam..”

Kasih pelik melihat Mira yang tergesa-gesa pergi. Tapi pada anggapan Kasih mungkin Mira juga mahu menjenguk kakak iparnya barangkali. Kasih kemudiannya keluar dari kawasan HKL dan menahan sebuah teksi untuk pulang... dia pandang HKL teringatkan Sufian yang terlantar di situ.

****************
Wani berjalan-jalan di sekitar ibu kota. Dia ke Suria KLCC, saja mahu menenangkan minda sebenatar. Lepas ke kedai buku Kinokuniya untuk melihat novel-novel baru, dia ke beberapa butik untuk melihat barangan baru. Adalah juga, satu dua kasut yang dia terpaut dan terus beli. Tapi, memang tak sah bagi Wani kalau dia tak singgah Zara, bukan beli pun, dia suka masuk ke dalamnya, rasa muda sikit. Selepas itu, Wani ke kedai Trutti Fruiti yang berada di persimpangan jalan. Mahu duduk di sana macam kanak-kanak riang pula. Usai membayar, dia segera berjalan keluar. Bolehlah lihat pemandangan petang sambil tengok air pancut yang menenangkan jiwa di luar Suria KLCC tu. Dia tengok ramai sungguh orang yang duduk di setiap tempat, mungkin semuanya lepas balik dari kerja dan mahu menghilangkan stress. Ada yang makan beramai-ramai, ada yang serupa berkelah pun ada. 
“Cik, boleh tolong ambilkan gambar?” pinta seorang perempuan di sebelahnya.
Wani sudah agak dia akan jadi jurugambar percuma hari itu. Segera dia ambil kamera perempuan tersebut. Perempuan itu dan teman lelakinya berdiri di depannya.
“Okay, 1, 2, 3...”
“Lagi satu kali cik,” pinta si lelaki.
“Okay, 1, 2, 3...”
Selepas itu Wani kembalikan kamera itu pada perempuan tersebut.
“Terima kasih cik, seorang saja ke?” tanya perempuan itu sementara teman lelakinya tadi masuk ke dalam untuk membeli sesuatu.
“Ya, siapa lelaki tu? Boyfriend ya?” tanya Wani.
“Dia tu suami saya. Baru kahwin minggu lepas, tak sempat nak honeymoon dah masuk kerja. Cik ni dah kahwin ke?” tanya perempuan itu lagi.
Wani serba salah nak jawab, “Sudah..” jawab Wani perlahan.
“Mana husband? Kerja jauh ya?”
“Haah, out station. Dekat mana korang wedding?” tanya Wani pula.
“Dekat kampung saya, negeri sembilan..”
“Lah... orang nogori, samalah. Saya Wani.” Wani menghulurkan tangan untuk bersalaman.
“Oh, ya ke? Saya Dayang.” Dayang menyalam tangan Wani.
“Nogori dekat mana?” tanya Wani lagi.
“Batu Kikir...” jawab perempuan itu.
“Oh. Batu Kikir..”

Kling! Kling!
Perempuan tersebut melihat telefon bimbitnya yang berbunyi.

“Wani, saya minta diri dulu. Husband saya panggil, sebenarnya nak tengok movie, sementara tunggu time tu yang kami jalan-jalan sat. Okaylah, thanks tau jadi photografer free tadi, jumpa lagi. Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.”

Wani pandang wanita tersebut. Bahagia sangat wajahnya. Dia? Entah, tuhan saja yang tahu. Bila tersebut Negeri Sembilan tadi, Wani teringat pada kampung halamannya. Masa adiknya kahwin dua bulan lepas dia tak dapat balik. Mahu balik pun nanti Wani malas disindir oleh ayahnya. Kalaulah ayah dia tahu yang dia berkahwin pula secara rahsia, mahu mendidih rasanya darah orang tua tu. Takpun mungkin tak mengaku anak. Ada juga rasa hati Wani mahu balik, tapi itulah, dia tidak mahu jadi bahan kemarahan ayahnya, dia sudah serik. Tapi Wani tidak pernah melupakan tanggungjawabnya pada keluarga, setiap bulan mesti ada titipan wang perbelanjaan untuk ubat-ubatan ayahnya serta barangan dapur. Ayahnya tu bukan lagi kuat untuk bekerja. Yang ada pun cuma dua orang anak perempuan.

“Aunty Wani!”

Terkesima sebentar Wani apabila dipanggil sebegitu. Dia pandang ke tepi, dia nampak Aiman.
“Aiman..” Wani peluk anak lelaki Adam tu sambil dia pandang Adam yang berada di sana.
“Amboi, lepak sini tak ajak kita orang.” Adam sengaja membuka bicara.
“Tak adalah. Tadi lepas kerja terus ke sini. Dahlia mana?” tanya Wani.
“Dahlia ada hal kejap. Tu yang singgah sini bawa Aiman jalan-jalan.”
Aiman masih lagi berada dalam pelukan Wani. Anak kecil itu memang menggembirakan, telatahnya saja buat dia tersenyum. 
“Aiman, sini... tak baik susahkan aunty Wani tu...”
“Tak apalah, dah lama saya tak jumpa Aiman, rasa rindu pula. Aiman nak makan apa-apa tak?” tanya Wani.
“Nak macam ni.” Aiman tunjuk Tutti Fruitti di tangan Wani.
“Amboi... suka sangat makan benda tu kalau datang sini. Batuk nanti papa tak nak jaga.” Adam sengaja menyakat.
“Kalau macam tu, Aiman tinggal dengan aunty.” Aiman membalas dan pandang Wani.
“Eh! Aunty pula yang kena.” Wani mencium pipu gebu Aiman, Aiman senyum nakal.
“Jom masuk dalam,” ajak Adam.
Mereka bertiga masuk dalam, Aiman pegang tangan Wani sebelah dan tangan Adam sebelah, macam keluarga bahagia gitu, mereka menuju ke booth Tutti Fruitti. Wani mengambil tempat duduk sementara menunggu Adam dan Aiman memilih. Seketika kemudian mereka kembali ke meja.

“Sini papa suapkan.”
“Tak nak, Aiman nak makan sendiri.”
“Tak apalah Adam, biar je.” Wani faham dan mengusap kepala Aiman yang sedang mencedok-cedok masuk Tutti Fruitti ke dalam mulutnya.
“Hmm.. kalau kotor, papa tak nak Aiman naik kereta.”
“Adam.. awak ni..” Wani jeling Adam, Adam senyum.

Wani terfikir, kalaulah dia ada anak dengan Adam, mesti mereka sangat bahagia. Dia pandang Adam, kemudian pandang Aiman, Wani senyum sendiri.
“Wani, Wani..” tegur Adam memandang Wani yang memandangnya.
“Eh! Ha, kenapa?” tanya Wani.
“Awak ni dah berkhayal ke mana? Tak payah nak berkhayal sangatlah, next week kan kita nak ke Bali. Ada Batik Show kat sana..” Adam memberitahu.
“Oh, ya ke? Saya kena ikut sekali ke?” tanya Wani.
“Awak tak nak join ke? Takkanlah awak nak biar saya sorang je handle.”
“Iyalah.” Wani pandang Adam yang enak makan Trutti Fruitti, ada aiskrim itu di bawah bibir Adam.

“Awak ni dah macam budak-budak, tengok Aiman tu, tertib je. Kata tadi kalau kotor tak nak Aiman naik kereta, awak pun sama.” Wani sempat mengomel sambil mengesat calitan Tutti Fruitti di bawah bibir Adam.

Terkesima Adam sebentar. Dia pandang Wani lama.

“Adam, Adam..”
“Eh!”
“Awak pun dah sampai ke mana?” sindir Wani.
“Tak adalah.”
“Aiman, jom, dah lewat ni. Mama mesti dah tunggu. Salam aunty Wani.”
Aiman salam Wani dan sempat cium pipinya.
“E..uuu.. bekas aiskrimlah Aiman..”
Aiman senyum kecil.
“Bye-bye aunty cantik..” sempat Aiman memuji Wani. Wani cubit pipi gebu Aiman dan melempar senyuman.

“Okeylah, Adam balik dulu,” tiba-tiba Adam hulurkan tangan dia pada Wani, Wani salam tangan Adam dan cium tangannya dan letak di dahi. Sekejap mereka berpandangan sambil Adam pandang cincin yang ada di jari manis Wani.

“Hati-hati tau drive.” Wani berpesan.
“Insya ALLAH, awak pun sama. Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.”
Adam pegang Aiman dan letak di badannya supaya lebih cepat mereka berjalan.
“Bye, bye aunty Wani..” sekali lagi Aiman melambai Wani.
“Bye, bye Aiman..” sempat Wani flying kiss kat Aiman, tapi tiba-tiba Adam menoleh, masa ngam-ngam Wani tiup flying kiss tu Adam terkesima kejap. Dia senyum, Wani yang perasan diperhatikan Adam tunduk senyum ala-ala perempuan Melayu Terakhir gitu.

Adam berjalan ke pintu keluar, masuk saja dalam kereta Adam start enjin kereta dan berlalu dari situ untuk mengambil Dahlia di satu tempat. Semenjak tadi dia asyik fikirkan tentang Wani, isteri keduanya itu. Ada satu rasa yang Adam sendiri tidak tahu apabila memandang Wani yang mengambil berat padanya tadi  dan semakin dia fikir, dia terasa ada perasaan bersalah membiarkan Wani sebegitu. Bukannya dia tidak tahu Wani itu kurang kasih sayang. Tapi Adam tak tahu macamana dia nak berkongsi kasihnya dengan orang lain selain Dahlia. Dan, Adam tak tahu samada perasaan cinta terhadap Wani itu boleh terbina ataupun tidak.

‘Ya ALLAH, kau berikanlah aku kekuatan. Ya ALLAH, andai ku salah kau tunjukkanlahku jalanmu.. Amin...’ Adam berdoa dalam hati.

Saat itu Adam rasa apa yang dilakukan terhadap Wani itu memang tidak adil, dia hanya menjadikan Wani itu sebagai isteri sebagai syarat untuk dia kembali bersama Dahlia. Bila Adam fikirkan balik, pengorbanan Wani itu terlalu besar untuk keluarganya. Tiba-tiba, Adam dibaluti oleh perasaan bersalah yang menggunung... Adam habis fikir, mungkinkah dia patut ceraikan saja Wani tanpa memberitahu Dahlia, tapi sanggupkah dia?
 



bersambung.......

No comments: