~Group FB Coretan Hati Ke Jemari (Fatrim Syah)~~

Wednesday 5 December 2012

E-Novel ~Bunga Terakhir (BAB 13)



                                                        
                                                                            BAB 13
                                                                Sebulan Kemudian..
“Aku nikahkan kau Adam Lee Yong dengan Nurul Shazwani Binti Rashid dengan mas kahwin 200 ringgit tunai..”

Apabila saja jurunikah itu menyebut begitu. Adam terdiam seketika, serasa-rasa dia ingin lari jauh-jauh. Tapi mengingatkan kata-kata Dahlia dicorong telefon semalam membuatkan Adam serba salah, Adam pandang Wani yang duduk bersama Uminya; Puan Zakiah di belakang. Apabila memandang Wani, Adam teringat kata-kata Dahlia bahawa seseorang wanita itu diangkat martabatnya dalam Islam. Mana mungkin Adam mahu menjatuhkan maruah Wani dengan mengingkari janjinya pada Wani dan Dahlia.

Adam memandang jurunikah dan terus berkata dengan yakin dalam nada senafas, “Aku terima nikahnya Nurul Shazwani Binti Rashid dengan mas kahwin 200 ringgit tunai...” Adam mengulangi kata-kata juru nikah yang menikahkan mereka di pejabat agama.

Sah! Sah! Sah!

Beberapa saksi menyebut perkataan sah termasuk abi Adam Lee Yong. Wani pula diwalikan dengan wali hakim. Umi Adam yang menemaninya sepanjang proses itu. Nasib baiklah ada umi dan abi Adam yang mengaturkan semua itu.
Selepas saja dinikahkan, Adam menyarung cincin di jari manis Wani, tetapi tidak mengucup dahinya, hanya saja Wani yang mengucup tangan Adam. Wani faham, tidak perlulah mungkin untuk terlebih mesra di hadapan umi dan abi Adam. Wani menitiskan air mata, akhirnya dia dapat juga bersama lelaki yang telah lama dicintainya.

“Sekarang ni Adam dah ada dua isteri, Adam kena adil tau..” abi Adam, Encik Karim mengingatkan dalam nada berseloroh. Beliau tidak banyak bertanya kenapa Adam berkahwin lagi untuk kali kedua.
“Ya abi.. terima kasih uruskan semuanya ya abi.” Adam memeluk Encik Karim sebagai tanda terima kasih.
“Kamu kan anak abi...” Encik Karim mengusap lembut bahu Adam yang sudah dianggapnya sebagai anak sendiri.

Wani pandang Puan Zakiah. Dia memeluk Puan Zakiah erat. Apabila memandang Puan Zakiah, dia umpama memandang ibu kandungnya yang telah pergi menghadap ilahi. Perwatakan dan suara Puan Zakiah memang hampir serupa dengan ibunya itu. Sungguh! Kekuatan yang ada ketika itu hanyalah dengan sokongan dan kata-kata nasihat Puan Zakiah.
“Sudahlah Wani, semuanya kan dah selesai.” Puan Zakiah menenang dan mengusap air mata di pipi Wani.
“Terima kasih makcik..” Wani berterima kasih.
“Wani boleh panggil makcik umi, secara rasminya kamu dah jadi anak umi juga,” girang Puan Zakiah memandang Wani yang bertudung manis.
Wani rasa bahagia sangat dengan kasih sayang Puan Zakiah itu. Begitu juga dengan Encik Karim, alangkah indahnya kalau ayahnya juga seperti Encik Karim. Tapi dia faham, tidak semudah itu ayahnya sendiri akan berubah.

Adam pula sebenarnya tidak memikirkan apa-apa ketika itu. Apa yang ingin dia mahu sekarang adalah Dahlia dan Aiman balik ke rumah, itu saja. Wani pandang Adam yang kelihatan agak risau, dia sudah dapat meneka apa sebenarnya yang ada dalam fikiran Adam ketika itu. 

Sementara itu, Dahlia berada dalam sebuah kereta yang dipandu Pak Mat di luar perkarangan pejabat agama itu. Dia menunggu Adam dan Wani keluar. Apabila terpandang saja mereka dalam baju pengantin serta kemesraan yang tercetus, air mata Dahlia tumpah tiba-tiba. Melihatkan Adam sanggup memenuhi kehendaknya Dahlia rasa bersalah sangat. Dan, hati kecil Dahlia pula merasa sangat cemburu dengan kemesraan pengantin baru itu. Mana mungkin hati seorang isteri akan tenang apabila melihat suaminya bersama orang lain meskipun secara rela sekalipun. Tapi, Dahlia fikir positif, dia usap perutnya lembut. Ini semua demi masa depan anak dalam kandungan itu. Sudah terlalu banyak yang dia minta pada Adam, sudah terlalu banyak pengorbanan lelaki itu padanya. 

‘Maafkan Dahlia bang.. abang akan faham kenapa Dahlia buat semua ni suatu hari nanti...’ gumam Dahlia sendiri sambil memandang mereka dari jauh.

Dahlia bersyukur dikurniakan seorang suami yang memahami seperti Adam. Sebelum majlis pernikahan itu berlangsung, Adam sudah menghubunginya awal-awal malah meminta izin darinya dan Dahlia juga diberi peluang untuk membatalkan saja pernikahan itu. Tapi Dahlia tidak mahu, dia mahu pernikahan itu diteruskan juga.

“Pak Mat, pandu balik rumah mak,” arah Dahlia.
“Baik Puan.”
Pak Mat kemudiannya keluar dari perkarangan pejabat agama tersebut.
“Mama, mana ayah? Kata mama kita nak jumpa ayah.” Aiman yang tiba-tiba terbangun dari tidur dipangkuan Dahlia bertanyakan ayahnya.
“Ayah sibuk sikit, tapi takpe, esok kita balik rumah ayah ya nak. Nanti Aiman boleh jumpa ayah hari-hari.” Dahlia memujuk lembut anaknya.
“Yeay!” Aiman girang dan memeluk ibunya, air mata Dahlia tumpah lagi. Sungguh! Bila Aiman ada disisinya ia umpama Adam yang berada di situ, ia umpama satu kekuatan untuk Dahlia. Diusapnya kepala Aiman lembut. Digengamnya tangan Aiman erat. 

Kring! Kring!

Telefon bimbit Dahlia berbunyi. Dia agak itu mesti Adam, sengaja dia tidak angkat panggilan telefon itu. Sungguh! Waktu itu hatinya bagai ditusuk dengan besi yang amat tajam. Meskipun dia yang berkehendak tapi untuk menahan sesuatu seperti itu bukanlah perkara yang remeh. Dia juga ada hati dan perasaan. Sepanjang perjalanan itu dia asyik menyeka air matanya yang tumpah, padahal raung tangisnya tidak kedengaran. Dahlia tahu, sudah lama Wani menyukai Adam, pernah satu ketika semasa mereka masih satu dorm, Wani tersenyum sinis melihat gambarnya bersama Adam semasa satu perkhemahan, masa itu Dahlia tak ambil tahu sangat, tapi bila diamat-amati beberapa perkara itu menjurus kepada sahihnya Wani menyukai lelaki itu dalam diam. Kini, segalanya terjawab. Tapi untuk apa marah. Semua ini permintaan Dahlia sendiri, dia redha. Mana mungkin Dahlia mahu menidakkan jodoh yang telah ditetapkan sejak azali lagi. 

*********************

JUWITA sibuk mereka beberapa pakaian yang telah ditempah. Moodnya tengahari itu kurang baik. Sudah 4 hari Zamri tidak menghubunginya. Dia sendiri tidak tahu ke mana Zamri menghilang, selalunya kalau Zamri ke mana-mana dia tidak akan memberitahu Juwita. Tapi, kalau ada masalah kewangan, masalah belum bayar ansuaran kereta dan rumah pandai pula dia cari Juwita.

“Juwita, Juwita...” Azwan, pembantunya menegur.
“Oh, ya Azwan, ada apa?” tanya Juwita memandangnya.
“Yang kau macam mabuk kepayang ni apasal? Ni ha ada bungkusan untuk kau.” Azwan memberikan sebuah bungkusan.
“Oh, thanks. Ni, aku baru buat draft design semalam. Cuba cari material kain ni, kalau takde stok, kau inform aku ya,” arah Juwita.
“Okey boss!” Azwan faham dan segera beredar dari situ.

Tertanya-tanya juga Juwita apa bendanya bungkusan itu dan yang lebih dia ingin tahu siapa yang menghantar bungkusan itu kepadanya. Segera Juwita buka bungkusan tanpa nama itu.
Terkejut Juwita bila pandang ada kasut Prada di dalamnya dengan satu handbag Louiss Vuiton rekaan terkini serta sekeping kad. Juwita buka kad itu.

‘Rindukan saya? Jom lunch..- Zamri’ Juwita baca kad itu dalam hati, moodnya yang gelap tadi tiba-tiba jadi baik. Segera dia capai telepon bimbitnya dan menghubungi Zamri.

“Helo sayang..” suara Zamri kedengaran di corong telefon.
“Helo.. sampainya hati awak, dah 4 hari I call tak dapat-dapat. Sayang pergi mana?” tanya Juwita lembut.
“I out station ke oversea lah sayang, tak sempat nak call you. You kan tahu kerja I sebagai model ni, banyak jelajah sana sini...”
“Hmm.. iyalah tu.”
“Macamana? Suka tak present yang I bagi tu?” tanya Zamri.
“Suka, thanks awak.. mesti mahal ni.”
“Haruslah.. takkanlah saya beli kat Petaling Street kot.”
“Manalah tahu.”
“Helo, saya ada sertakan resit tau dekat kotak tu. Ce awak tengok..”
Juwita segera melihat resit yang disertakan. Fuh! Nak terkesima juga dia dengan harga barangan tersebut.

“So, nak lunch dekat mana ni?” tanya Juwita.
“Tempat biasa. Saya ada dekat bawah ni, awak bukalah langsir tu.”
“Awak ni suka buat kejutan.”
“Awak pun satu, kenapa tak tanya assistant awak tu tadi. Takkanlah saya nak bagi bungkusan via posmen pula kan tanpa nama dan penerima. Ke, awak tak perasan semua tu sebab awak rindukan saya sangat ya.”
“Awak!”
“Okay. Jomlah. Saya tunggu ni. Daa..”

Bukan kepalang senyum Juwita, dia ambil lipstick jenama Simply Siti dan merahkan sedikit calitan lipstick dibibirnya. Kemudiannya dia ambil handbagnya di meja, kasut yang dihadiahkan Zamri terus dipakainya dan keluar dari ruangan biliknya. Senyumnya semasa keluar dari situ sudah sampai ke telinga.

“Azwan, I nak keluar kejap ya. Daa..”
“Okey boss.. amboi high hell baru ya? Oh my Prada!’” Azwan girang tetiba.
“Well, cantik tak?” sengaja Juwita menunjuk.
“Amboi you.. I pun nak satulah..”
“Azwan? Helo? Kang patah kasut Prada ni kalau you pakai. Agak-agaklah kan. Dahlah, I nak out dulu, jaga butik, ada call bagitau yang I keluar lunch. Daa..”
Azwan angguk, muncung mulutnya bila Juwita katakan begitu.
Juwita berlalu dan menemui Zamri yang sudah menunggu di dalam kereta miliknya.

“Miss you sayang..” Juwita meluahkan rasa rindunya pada lelaki itu sebaik duduk di dalam kereta itu.
“Miss you too sayang..” Zamri memandang Juwita dengan senyuman dan kemudian menekan pedal minya berlalu daripada situ.

Tidak jauh dari situ ada seseorang memerhati kemesraan mereka dan terus menghubungi seseorang.
“Datin, saya dah jumpa dia dengan seorang perempuan.”
“Bagus, jalankan tugas awak!”
“Baik Datin.”
Orang yang diarahkan itu kemudiannya menghidupkan keretanya dan kemudian memandu mengekori kereta Zamri.
“Nasib kaulah.. siapa suruh nak jadi anak ikan datin, aku hanya lakukan tugas aku je. Duit beb, duit..” orang itu senyum sendiri dan pantas mengekori mereka dengan laju.

Juwita dan Zamri asyik bercerita tanpa perasan kereta itu diekori rapat.
“Lamanya you pergi kali ni. Mesti best kan dapat gi oversea every month pula tu.”
“Laa.. dengar macam jealous je. Lain kali I bawa sayang sama ya.”
“Jangan janji je tau. Ni, bila kita nak kahwin ni?” tanya Juwita.
“Sabarlah dulu, edah awak baru je habis. Kahwin ni kan banyak preparation.”
“Preparation apa bendanya. Kita kan nak nikah kat Siam.”
“Oh! Lupa pula. Macamana kalau kita nikah hari ni?” tanya Zamri serius.
“Awak! Janganlah main-main.”
“Ala, bukan susah pun kita nak ke Siam tu. Kita terus ke airport dan ambil flight ke sana. Macamana? I ada kawan dekat situ, boleh settlelah.”
“I ikut you je. Tapi macamana dengan urusan dekat sini nanti?” tanya Juwita bimbang.
“Ala, berapa sangatlah denda tu. Yang penting kita dapat bersama. Kan itu impian kita.” Zamri memandang Juwita, dia pegang erat tangan Juwita.
Juwita senyum sendiri, tidak sabar rasanya dia mahu bersatu dengan Zamri, lelaki yang dicintainya jiwa raga. 

Tiba-tiba!

Zamri perasaan kereta berwarna putih di belakangnya itu terlalu rapat mengekori mereka padahal di lorong kedua masih lagi ada ruang kosong, Zamri cuba lajukan pemanduan.
“Kenapa ni Zamri?” tanya Juwita yang terkejut tiba-tiba apabila Zamri lajukan pemanduan.
“Ada orang ekori kita. You pakai seat belt tu. Relaks, I akan cuba buat pusingan U depan tu,” arah Zamri.
“Tapi..”
“Sudah!” Zamri memutuskan kata-kata Juwita, dia panik!
Juwita pandang ke belakang, bila tengok kelajuan pemanduan Zamri yang macam kereta F1, Juwita pucat.
Bila orang itu perasaan Zamri sudah dapat tahu dia mengekori, segera dia langgar bumper kereta Zamri.

“Bam!!”

“Celaka punya orang!”
“Zamri, macamana ni?” tanya Juwita bimbang.
“Awak tenang, I ngah handle lah ni!”

Krikkkkkkkk...

Zamri pusing stereng ke kanan dan buat pusingan U secepatnya dan terus memandu laju. Tiba-tiba sebuah lori seakan menghadang perjalanan mereka.
Zamri panik! Sudah tiada masa untuk memperlahankan kenderaan, dia pandang Juwita. Mereka berpandangan.
 “Tidakkkkkkkkk....!!!” 

bersambung....

No comments: