BAB 10
“Sari
Berita Utama, mayat dua orang lelaki ditemui berhampiran hutan di Bidor Perak. Identiti
dua mangsa itu tidak dapat dikenal pasti akibat rosak teruk kerana dipercayai
dibaham binatang buas. Sehubungan itu, kepada keluarga yang kehilangan ahli
keluarga atau mengenali mangsa diminta dapat memberikan kerjasama kepada pihak
polis dengan menghubungi nombor yang tertera di kaca televisyen anda.”
“Ni mesti malaun dua ekor ni. Kau orang berdua pergi
bunuh orang tapi kau orang pula terbunuh. Memang tak guna!” marah seorang
lelaki yang menonton berita di kaca televisyen di depannya.
Segera dimatikannya televisyen, geram barangkali.
“Ada kemungkinan dia tu masih hidup, kalau tidak mesti
pihak polis dah jumpa. Tak mungkin yang
kena baham tu dia, sebab ada dua orang. Dan mereka tu pun dah hilang seminggu, confirm bukan dia, dia masih bebas!”
tebak lelaki tersebut kerana dia sudah puas menghubungi orang yang dipertanggungjawabkan
untuk membunuh itu.
Pantas dicapainya telefon bimbit yang masih bercas kerana
kehabisan bateri tadi dan dihubunginya seseorang. Dia perlu cepat menghubungi orang
tersebut bagi menyiasat sesuatu, tempoh seminggu itu adalah tempoh yang sangat
panjang. Mungkin juga orang tersebut terselamat dan sedang mencarinya. Pelbagai
kemungkinan juga bermain-main di kepalanya.
Apabila sudah menghubungi orang tersebut, sejumlah wang
juga perlu melayang bagi melunaskan kerja tersebut. Sekarang, bukan semuanya free, masuk tandas pun mesti bayar.
Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi sekali lagi.
“Helo?”
“Boss, yang mati tu memang Ali dengan Zam, dahsyatnya boss..”
salah seorang orang suruhannya memberitahu.
Pantas lelaki itu mematikan telefon bimbitnya. Dia tidak
mahu mendengar alasan. Apa yang dia mahu dengar adalah berita yang baik-baik
sahaja. Perkataaan gagal tidak pernah ada dalam kamus hidupnya. Apapun,
panggilan telefon itu memang melegakannya kerana dia tidak perlu berteka teki,
memang dia perlu mengupah seseorang bagi menjejaki di mana orang yang
dibunuhnya berada. Dan, dia mesti cepat! Sebelum orang itu melakukan sesuatu.
Pelbagai anggapan tergambar dalam kotak fikirannya.
Kring! Kring!
Telefon rumah pula berbunyi. Lelaki itu tidak senang.
“Helo. Saya dah kata cari dia cepat!” marah lelaki itu
sebaik mengangkat telefon.
“Ayah ni.”
“Ayah, kenapa ayah call?
Ingatkan orang saya tadi.”
“Saja tanya khabar. Macamana dengan kamu sekarang?”
“Saya okey ayah, janganlah risau. Ayah tu yang kena jaga
kesihatan.”
“Okey. Ayah letak telefon dulu. Bye.”
“Bye ayah,
jangan lupa makan ubat tu. Hujung minggu nanti saya balik.”
Lelaki itu meletakkan gagang telefon, hatinya masih
marah. Semua itu perlu diselesaikan cepat, dia tidak mahu ada gangguan selepas
ini.
************
ADAM berada di rumah sewanya, lega hatinya sedikit
mendapat pekerjaan yang mampu menampung hidupnya dan Danish. Dilihatnya Danish
yang sedang menonton kartun kegemarannya di kaca televisyen, elok dia duduk di
sebuah sofa yang kelihatan sedikit lusuh. Pelik, meskipun Danish bukan sesiapa
dan tidak mempunyai sebarang pertalian darah dengannya tetapi dia terasa amat
dekat dengan kanak-kanak lelaki tersebut. Mungkin juga kerana dia sudah berada
dengan Adam terlalu lama. Pernah Adam terfikir untuk melaporkan Danish kepada
pihak polis tapi dia sentiasa terfikir, benarkah tindakan yang diambilnya. Apa
akan terjadi pada Danish nanti? Dan sebenarnya hati kecilnya mula berkata-kata
bahawa dia sudah mula menyayangi Danish seperti anaknya sendiri, melalui Danish
dia belajar mengenal erti hidup dan mengenal erti tanggungjawab.
“Papa, Danish lapar.”
Suara Danish membubarkan lamunannnya. Hujung minggu
begitu, Adam selalunya akan memasak untuk mereka berdua, tidaklah expert mana, tapi bolehlah. Kalau takat Masterchef Malaysia tu memang dia tak
layak masuk.
“Danish lapar ya. Nanti papa masakkan Danish, Danish nak
makan apa?” tanya Adam mesra dan memeluk Danish.
“Danish nak makan ayam goreng,” pantas budak lelaki itu
menyuarakan hasaratnya.
“Ayam goreng ya?” sekejap Adam berfikir, bukannya apa,
ayam goreng itu sudah terlalu mewah bagi mereka. Bukanlah terlalu miskin,
tetapi Adam lebih suka berjimat.
‘Kalau beli dekat mamak 2 ringgit seketul, kalau beli
ayam dan goreng sendiri mesti banyak lagi nak guna duit,’ gumam Adam, memang
dia pantas memikirkan mana satu yang dia hendak beli, dia pun baru bekerja,
gaji pun belum dapat, gaji dari menyanyi di restoran mewah itu pula tinggal
separuh kerana membeli baju dan seluar bekerja.
“Danish tukar baju, kita makan kedai uncle mamak. Jom! Nak tengok boleh tengok bola sekali.” Adam senyum
memandang anaknya.
“Yeay! Yeay!” sorak Danish sangat gembira.
“Kalau lambat papa tinggalkan ya,” sengaja Adam mengacah
anaknya itu.
“Ala..” rajuk Danish.
“Cepatlah, pandai mandi sendiri kan?” Adam memandangnya.
“Papa tak mandi sekali ke? Papa belum mandi kan?” bijak
betul Danish cuba memancing ayahnya yang satu itu untuk memandikannya.
“Papa dah mandilah,” sengaja Adam tidak mengaku.
Segera Danish ke arah Adam dan mencium baunya, rambutnya
juga dilihat.
“Papa tipu!” segera Danish menarik tangan Adam menuju ke
bilik mandi.
“Ya, ya... papa nak mandilah ni..” Adam senyum sendiri.
“Budak lelaki mana boleh mandi berdua. Mesti mandi
sendiri, Danish janganlah susahkan makcik, kalau pandai mandi sendiri, Danish
mandi sendiri ya,” sengaja Adam berpesan demikian supaya Danish pandai
berdikari.
Danish yang sedia faham mengambil sabun dan menyabun
badannya, kemudian kepalanya. Selepas itu terus mengayung air. Adam ketawa
sendiri. Budak 3 tahun itu memang faham apa yang dimaksudkan Adam, tapi cara
pelaksanaannya masih belum teratur. Sabun hanya diletak pada dada sahaja dia
terus simbah air, rambut pula belum semua basah.
“Bukan macam tu, sini papa ajar,” segera Adam menunjukkan
cara-cara untuk Danish menyabun badannya.
“Kemudian, ambil gayung dan..”
Plash!
Danish menyimbah papanya.
“Main kasar ya!” jerkah Adam segera menutup bilik mandi.
Disimbahnya Danish dengan sebaldi air, masing-masing
ketawa sendiri.
Usai mandi, Adam mengambil pakaian di almari dan
memakaikannya pada Danish. Danish senyum-senyum manja dan memeluk papanya.
“Papa, mama Danish mana? Ada gambar mama tak?” tanya
Danish ingin tahu.
Tersentak Adam. Dia tahu, suatu hari nanti kanak-kanak
lelaki itu akan bertanya juga soalan tersebut. Tapi, dia tidak menjangka seawal
itu. Apa yang dia mahu jawab, gambar siapa pula yang mahu ditunjukkan.
“Mama berada di syurga, gambarnya tak ada, sebab mama
dalam ni..” Adam meletak tangan Danish di dadanya.
Danish seakan faham dan tidak bertanya lagi. Biasalah
kanak-kanak, sekejap tanya, sekejap itu pula dia lupa.
‘Maafkan papa Danish, mungkin mama atau papa Danish yang
sebenar ada di luar sana, Insya ALLAH kalau diizinkan tuhan Danish akan jumpa
juga,’ gumam Adam sendiri.
“Papa, dah lambat ni, Danish dah lapar.” Danish berkata.
“Okey, okey.” Adam faham, segera dia menutup lampu dan
mengunci pintu lalu membawa Danish menuju ke lif.
“Nak ke mana ni Danish?” tanya Nadia yang baru keluar
dari lif, baru balik dari kuliah agaknya.
“Papa bawa Danish makan ayam goreng,” jawab Danish selamba,
girang sungguh apabila menyebut perkataan ayam goreng itu.
“Owh, ya ke? Kak Nadia nak ikut boleh?” tanya Nadia
memandang Danish dan menjeling ke arah Adam.
“Boleh-boleh,” segera Danish menjawab, diangguk
kepalanya.
Adam terdiam, dia memang selalu blur kalau depan perempuan. Nadia memandangnya, lagilah dia
tergamam. Adam, Adam.
“Danish pergilah. Kakak dah makan.” Nadia mengusap rambut
Danish dan senyum kepada Adam.
“Kami pergi dulu ya Nadia.” Adam meminta diri.
Nadia mengangguk senyum. Danish melambainya, Nadia
melambai kembali. Jauh di sudut hatinya lelaki duda itu memang kacak,
kadang-kadang dia juga ragu samada Adam pernah berkahwin sebab dia biasa
mengenali duda-duda yang tidak seperti Adam. Kadang-kadang, dia suka kalau
lelaki itu buat tak tahu atau blur
seketika, terasa comel dipandang.
VIDS PROMO NOVEL
P/S ---> Novel telah pun terbit. Boleh mendapatkannya
dengan Kaki Novel atau kunjungi Kedai Buku MPH & Popular Bookstore serta
kedai berdekatan anda untuk mendapatkannya. :)
4 comments:
best la novel gaun cik boss tuxedo mr secretary ~
:)
:)
Mekasih awak singgah baca. Dapatkanlah novelnya di pasaran ya. ^_^
Post a Comment