BAB 10
KELIP KELIP
KELIP KELIP
AWAL
Indah
bangun pagi itu. Indah lihat tangannya yang
luka. Nasib baiklah tidak terlalu teruk meskipun sakitnya masih terasa. Indah
tidak mahu memikirkan perkara yang berlaku semalam itu. Dia mahu memikirkan
dirinya yang bakal berangkat ke Korea tidak lama lagi. Indah mahu belajar
banyak perkara. Peluang yang ada di depan mata itu perlu dimanfaatkan sebaiknya.
Indah berdiri dan memandang ke luar tingkap. Teringat peritiwa-peristiwa yang berlaku dalam hidupnya. Sedari kecil dia hidup sederhana di kampung bersama abangnya, Bront dan ibu bapanya. Bront berhijrah ke Bandar usai umurnya masuk 20 tahun dan sehingga kini tidak ada khabar berita.
Ada yang kata Bront sudah meninggal di Bandar malah ada yang mengatakan dia sudah ke luar negeri. Itulah antara sebab kenapa Indah sangat takut untuk ke Bandar walaupun ditawarkan untuk belajar dan kerana sebab itulah dia memilih bekerja di kampungnya sahaja.
Saat-saat sendiri seperti itu, Indah teringat abangnya yang satu itu, masih hidupkah dia, apa khabarnya dan sebagainya.
Indah berdiri dan memandang ke luar tingkap. Teringat peritiwa-peristiwa yang berlaku dalam hidupnya. Sedari kecil dia hidup sederhana di kampung bersama abangnya, Bront dan ibu bapanya. Bront berhijrah ke Bandar usai umurnya masuk 20 tahun dan sehingga kini tidak ada khabar berita.
Ada yang kata Bront sudah meninggal di Bandar malah ada yang mengatakan dia sudah ke luar negeri. Itulah antara sebab kenapa Indah sangat takut untuk ke Bandar walaupun ditawarkan untuk belajar dan kerana sebab itulah dia memilih bekerja di kampungnya sahaja.
Saat-saat sendiri seperti itu, Indah teringat abangnya yang satu itu, masih hidupkah dia, apa khabarnya dan sebagainya.
“Abang mahu hidup keluarga kita lebih baik daripada sekarang. Abang mahu cuba nasib di Bandar sana. Abang amanahkan bapa dan ibu dengan kamu June. June janji, tunggu abang pulang…”
Masih terngiang-ngiang di telinga Indah kata-kata
abangnya itu sehingga kini. Namun abangnya yang dinanti hampir 7 tahun itu
tidak juga kunjung pulang. Sehingga tahun ke lapan semasa Indah bernikah dengan
Akram, abangnya itu tidak ada khabar berita.
Sebak hati Indah apabila teringat kata-kata abangnya itu. Dia sudah memungkiri janjinya. Namun Indah tekad, dia akan berusaha sedaya upaya menjaga orang tunya itu.
Sebak hati Indah apabila teringat kata-kata abangnya itu. Dia sudah memungkiri janjinya. Namun Indah tekad, dia akan berusaha sedaya upaya menjaga orang tunya itu.
********************
“Syura. Mulai kejadian semalam. Abang tak nak Syura
bawa Danish keluar dekat public lagi. Abang tak nak apa-apa berlaku pada anak kita.”
Akram bersuara semasa mereka bersarapan.
Syura masih
memikirkan beberapa kemungkinan. Ini bukan kejadian yang kebetulan, ada orang
yang merancang semua ini dan dia tahu benar siapa orang tersebut!
“Syura, Syura, awak dengar tak apa abang cakap ni?”
Akram mengejutkan lamunannya.
“Syura dengarlah. Abang janganlah membebel pula.
Hish!” Syura rimas dan terus meninggalkan meja makan tersebut.
Akram hanya memandang Syura berlalu dan geleng
kepala. Danish masih diusap-usap kepalanya oleh Akram. Sepintas, Akram
tiba-tiba teringat kepada Aisha.
Perangai dan sikap Syura amat berbeza sekali dengan Aisha. Tapi dia telah
membuat pilihan dan dia tidak boleh berpatah balik.
Sementara itu, Syura bagai cacing kepanasan di dalam
biliknya memikirkan kemungkinan itu dan kemungkinan ini. Dia memang pantang ada
orang menganggu gugat hidupnya!
“Kalau kau yang buat semua ni, aku takkan lepaskan
kau!” marah Syura sendirian sambil mundar mandir di biliknya.
Segera Syura
mendail nombor seseorang untuk kepastian.
“Helo.”
“Ya Syura sayang, takde angin, takde ribut call aku.
Ada apa ni?” tanya seseorang di telefon.
“Kau jangan cuba kacau keluarga aku Amir. Kau kenal
siapa aku dan aku kenal siapa kau. Ingat, sarang tebuan jangan berani diusik.”
Syura memberi amaran.
“Syura, kau baik cakap terus terang dengan aku. Aku
tak sukalah belit-belit macam kau ni. Dahlah kau tu pun belit-belit.” Amir
pangkas amaran Syura tanda dia kurang senang.
“Kau yang cuba culik anak aku semalam? Kau kan? Kau
jangan nak menafikan pula ya. Memang kau!” marah Syura, tiba-tiba emosi.
“Jangan main serkap jarang Syura. Aku ada bukti yang
aku sekarang ni berada di kampung. Pak cik aku meninggal.” Amir memberitahu.
Syura geleng kepala, “Apa budak Tadika sangatlah kau
ni Amir bagi alasan macam tu, kau jangan bagai baling batu sembunyi tangan.
Ingat Amir, aku takkan lepaskan kau!” marah Syura dan kemudian menutup telefon
bimbitnya.
Kemudiannya Syura duduk di hadapan cermin. Berasa
puas hati dapat meluahkan rasa geram dan amarahnya atas apa yang berlaku
semalam.
Tiba-tiba…
Telefon bimbit Syura berdering lagi. Segera
diangkatnya.
“Helo Amir, kau nak apa lagi?!” tengking Syura kuat.
“Hai Cik Syura.”
Syura terkejut, “Kau siapa?” tanya Syura dan melihat
sekejap nombor yang tidak dikenalinya tertera di skrin telefonnya, dia main
angkat saja tadi.
“Tak perlulah tanyakan aku siapa. Cik Syura harus
ingat, buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas sebaliknya. Ingat Cik Syura,
apa yang Cik Syura buat tak berperikemanusian!” tiba-tiba saja suara orang
dalam panggilan itu kuat.
“Kau jangan cuba ugut aku, dalam hidup aku tiada
siapa yang boleh ugut aku. Kau faham tak? Kalau kau berani kacau aku, aku tekad
akan balas balik. Ingat tu! Aku tak takut!” Syura bersuara berani.
“Hahaha… Hahaha..”
Hanya ketawa yang kedengaran daripada panggilan
tersebut.
“Helo, helo? Orang gila!” marah Syura dan mematikan
panggilan telefon tersebut.
Banyak perkara yang Syura fikirkan, dengan siapa
pula dia bermusuh. Memang tidak ada, tiba-tiba dia teringat pula akan Aisha.
“Ah! Tak mungkin, dia dah mampus dekat laut tu ha.”
Syura menolak kemungkinan dan ke bilik air untuk membasahkan wajahnya akibat rasa
kurang selesa akan keadaan tersebut.
*******************
Darwish masuk
ke dalam sebuah pusat beli belah untuk membelikan sesuatu buat Indah. Saja dia
berbuat demikian mengenangkan Indah akan ke Korea lagi dua hari. Dia senyum
sendiri tatkala melihat hadiah yang dibelinya.
“Harap-harap Indah suka,” desis hati kecilnya.
Darwish melihat ke kiri dan ke kanan. Tidak berapa
ramai orang di pusat beli belah itu, almaklumlah hari itu bukan hari cuti.
Darwish tarik nafas dan menuju ke parkir di tingkat bawah untuk cepat-cepat ke
apartment Indah.
“Apa pasal pula lah kereta ni…”
Darwish terdengar seseorang merungut dan dia seakan
kenal suara tersebut. Dia lihat ke kanan, sah! Memang dia.
“Assalamualaikum Cik Fira. Kenapa dengan kereta awak
ni?” Darwish menyapa dengan memberi salam.
“Waalaikumsalam Encik Darwish. Terkejut saya. Kereta
buat hal lah Encik Darwish.” Fira menjawab sambil memandang Darwish.
Darwish senyum, “Saya cuba tengokkan. Tapi tak
janjilah boleh okey.” Darwish menawar diri memberi bantuan.
Fira angguk, “Tak apa Encik Darwish. Kalau tak okey
nak buat macamana.”
Darwish cuba melihat beberapa wayar di bahagian
enjin dan memperbetulkan apa yang patut. Kemudiannya dia cuba menghidupkan
kereta tersebut.
“Maaf Cik Fira, kena masuk bengkel dah ni. Lama tak
servis agaknya. Kalau tak keberatan, boleh saya hantarkan. Nanti saya callkan
tow truck. Boleh?” tanya Darwish takut Fira enggan.
“Tak apalah Encik Darwish, macam menyusahkan pula.
Yang susah tu saya, bukan Encik Darwish. Dekat sini banyak teksi. Its okey.”
Fira memberi kata putus.
“Cik Fira nak ke mana? Kalau sama jalan,
alang-alanglah,” tanya Darwish lagi.
“Encik Darwish, kalau saya cakap dekat mana pun
Encik Darwish akan cakap lain kan. Baik, kali ni kalau Encik Darwish nak hantar
saya, saya okey.” Fira memberi persetujuan.
“Kalau macam tu dari awal lagi kan bagus.” Darwish
senyum.
“Saya jenis yang tak suka menyusahkan orang. Maaf.
Saya memang macam tu. Cepatlah, nanti saya ambil masa Encik Darwish pula.”
Darwish membawa Fira menuju ke keretanya yang
terletak di hujung. Kemudiannya Darwish keluar dari kawasan bangunan tersebut
selepas menghubungi tow truck.
“Maaf sekali lagi Encik Darwish.” Fira meminta maaf.
“Tak apa Cik Fira. Awak dah tolong saya banyak dekat
office. Setakat tolong macam ni sikit punya hal. Awak nak ke mana?” tanya
Darwish sekali lagi meminta kepastian.
Fira senyum, “Encik Darwish, hari ni bukan hari
cuti. Jadi, saya kena balik ke office,” jawab Fira geleng kepala.
“Oh, ya ke? Maaflah Cik Fira, ingatkan hari ahad.
Rasa macam ahad.” Darwish cover malunya sendiri.
Fira senyum sendiri, kemudiannya dia pandang Darwish
yang memandu di sebelahnya. Sudah 5 tahun dia menjadi setiausaha di syarikat
yang dikendalikan oleh Darwish dan selama itu, Darwish tidak pernah membawa
seorang pun perempuan atau memperkenalkan teman wanitanya jika ada sebarang
majlis syarikat dan lainnya. Sepatutnya Fira memanggil Darwish boss, tapi
kerana Darwish lebih selesa dipanggil Encik Darwish, maka, Fira sudah terbiasa.
“Fira tak ada buah hati ke?” pertanyaan Darwish
menimbulkan rasa kurang selesa pada Fira.
“Erm, tak tahu nak cakap macamana. Encik Darwish,
its personal thing. Tak ada dalam polisi kerja kan?” Fira bertanya kembali.
Darwish senyum, dia faham Fira memang agak skema
sikit, “Maaf Cik Fira, saya tak bermaksud apa-apa.” Darwish meminta maaf.
“Ke, Encik Darwish nak cerita pasal buah hati Encik
Darwish? Saya okey je.” Fira mengusik.
Merah padam wajah Darwish. Keadaan jeda.
‘Alahailah boss aku ni, kalau bab-bab macam ni dah
agak dah ada lambat sikit.’ Fira mengumam seorang diri.
‘Nak bagitau ke tak ni, mungkin tak kot, buat malu
je nanti, kena tunjuk yang aku ni okey dalam bab-bab macam ni,” desis hati
kecil Darwish yang serius memandu.
Keadaan menyelamatkan Darwish kerana keretanya sudah
masuk ke dalam kawasan parkir syarikat kendaliannya.
“Maaf atas pertanyaan saya tadi Encik Darwish jika
kurang selesa dan Terima Kasih. Hadiah tu balutlah elok-elok lain kali Encik
Darwish, biasanya orang perempuan suka tengok hadiahnya kemas,” sempat pula
Fira memberikan tips sambil melihat hadiah yang dibeli Darwish di belakang
kereta.
‘Alamak! Kantoi,’ gumam Darwish sendiri, dia hanya
senyum.
“Terima Kasih Cik Fira. Saya pergi dulu. Terima
Kasih atas nasihatnya. Assalamualaikum.” Darwish memberi salam.
“Waalaikumsalam.” Fira menjawab dan turun daripada
kereta Darwish.
Darwish
memerhati Fira masuk dan hilang daripada pandangannya. Gadis bertudung itu
memang tetap pendiriannya, sebab itulah Darwish selesa menjadikan setiausaha di syarikatnya.
Kerana skemanya itu, pernah dia menghubungi Darwish seawal jam 3 pagi untuk mengemaskini
data syarikat dan mendapatkan pengesahannya. Darwish senyum sendiri dan kemudian
meneruskan pemanduan menuju ke pejabat ibunya untuk sama-sama melawat Indah di apartmentnya.
***********************
Indah rasa bosan. Teringin pula dia keluar. Usai
menghubungi teksi, Indah turun ke bawah. Hari ini dia tidak mahu ke mana-mana,
cuma mahu melihat Bandaraya Kuala Lumpur bagi menenangkan hatinya. Nasib
baiklah Puan Zulaikha ada membekalkannya dengan sedikit duit jika ada
keperluan, malah semua yang ada di apartment itu memang sudah disediakan oleh
Puan Zulaikha.
“Cik nak ke mana?” tanya pak cik teksi di dalam
kereta itu sebaik saja Indah masuk.
“Tak apa, pak cik jalan je. Nanti saya beritahu.”
Indah menjawab sambil membetulkan selendang yang dipakainya. Seat belt juga dipakai
kemas.
Hampir 15 minit, teksi itu masuk ke kawasan
lebuhraya. Sampai di lampu isyarat, teksi yang dinaiki Indah berhenti. Indah
pandang ke sebelah kirinya kerana dia memang duduk di kerusi belakang teksi tersebut.
Seakan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya, dia
melihat Akram benar-benar di sebelah teksi tersebut sedang memandang ke
hadapan! Indah terdiam, dia memandang Akram, hatinya masih berdebar-debar.
‘Tuhan, perasaan apakah ini? Kenapa kau masih
timbulkan rasa ini Tuhan. Hilangkanlah rasa ini…’ hati kecil Indah
berbisik-bisik.
Rasa benci dan amarah yang membara-bara itu seakan
mahu meletus ketika itu juga, nasib baiklah lampu isyarat bertukar hijau dan
kereta Akram hilang daripada pandangan. Indah lega dan cuba beristigfar
beberapa kali…
bersambung...
p/s -- Maaf atas kelewatan entry. Adapun Terima Kasih masih sudi singgah membaca sambungan SESUCI ANGIN SYURGA. Moga harinya ceria-ceria selalu. ^__^
4 comments:
huh, suspen jerk..hahaha..n3 lagi..
Terima Kasih singgah komen Weeda. Insya ALLAH esok sambungan BAB 11 jika takde aral. ^__^
salam.. best karya. isi boleh tahan mantop. jemput try karya sini -> http://ashikakkoii.blogspot.com
Npa bab 11 sya tk jmpa???$ huhuhh..dh best dh citer dia..
Post a Comment