~Group FB Coretan Hati Ke Jemari (Fatrim Syah)~~

Wednesday, 15 January 2014

~Perjalanan Manuskrip GAUN CIK BOS TUXEDO MR SECRETARY nukilan Fatrim Syah yang bakal terbit FEBRUARI 2014~



بِسْمِ ٱللهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ

بِسْمِ ٱللهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ

"BISMILLAH IR-RAHMAN IR-RAHIM"



Assalamualaikum kawan-kawan semua. Sekadar bercerita perjalanan manuskrip GAUN CIK BOS TUXEDO MR SECRETARY yang bakal terbit FEBRUARI 2014 ini.

Bagaimana manuskrip ini bermula?
Manuskrip ini ditulis selepas 5 kali manuskrip THRILLER saya ditolak oleh penerbitan berlainan.

Untuk itu, saya dengan tak tahu apa-apa menulis sebuah kisah cinta antara SETIAUSAHA LELAKI dan BOS PEREMPUAN. Idea tiba-tiba datang dan tajuknya juga tiba-tiba datang semasa saya sedang fikir nak taip tajuk apa dekat wall FB saya pada ketika itu bagi tujuan promosi.

Maka, selepas beberapa hari saya menghantarnya di PENULISAN2U... keluarlah ia.


Dan, selepas itu saya pun mulalah mereka cover pertamanya. Agak sememeh, tapi saya rasa, saya bangga dapat buat sesuatu yang saya CUBA buat yang mana saya tak pernah menulis novel CINTA sebelumnya.


Satu pengalaman yang agak manis sebenarnya masa tu. Mula mengenali ramai rakan penulis. Almaklumlah, masa tu PENULISAN2U agak hot dan diminati ramai. Tapi sayang...

 AKIBAT saya meminta PENULISAN2U menarik balik sebuah cerita THRILLER saya yang juga berada dalam laman itu. E-NOVEL ini turut sama DITUTUP.


Agak KECEWA juga sebenarnya. Selama 9 bulan tulis. Yang cuma sampai BAB 8 masa tu. Terus dah takde gara-gara manuskrip thriller punya editor masa tu. Memang MARAH jugalah, last-last TAK JADI juga manuskrip THRILLER tu diterbitkan. PENERBIT tu pun sekarang ni entah memana dah.. 

NAMUN,

Di sebalik semua itu. Saya tak PUTUS ASA sebab masa tu kebetulan ada BACA satu E-NOVEL dari sebuah blog yang bernama NOVEL MELAYU KREATIF milik Penerbitan Kaki Novel.

Saya tak pernah pun harap manuskrip saya ini diterbitkan. Cuma suka-suka. Akhirnya saya hantar di sana.

Saya mula balik dari ZERO. Saya mula balik cari PEMBACA saya dan semuanya.

TERIMA KASIH Novel Melayu Kreatif atas SOKONGAN masa tu.

REZEKI dari ALLAH swt. Selepas manuskrip itu mendapat respon dan LIKE yang agak banyak dari pembaca di sana. Beberapa hari selepas itu, saya mendapat emel dari pihak NMK meminta manuskrip saya untuk penilaian.



Oh! Untuk di sana. Saya gunakan COVER lain pula. Kekononnya masa tu nak feeling-feeling.


E-novel ini juga melalui 3 sesi TRANSFORMASI laman web Novel Melayu Kreatif. Yang pertama semasa blog NMK macam BLOG biasa saja. Yang kedua, kalau klik nama penulis akan keluar karya. Dan yang terbaru yang ketiga ni yang ada carta-carta bagai tu. Boleh tengok kat sini yang latest laman web mereka ----> http://www.novelmelayukreatif.com/

DAN.

Alhamdulillah. Lama juga e-novel ini berada di CARTA MELETOP DI KREATIF. Sejak laman web baru itu diwujudkan. ALHAMDULILLAH. Terima Kasih U alls yang view ribu ribu tu.

Mengenai PROSES pula. Amik masa juga nak siapkan sebab masa dapat TAWARAN tu baru BAB 8.


Dalam masa 3 BULAN tu terkontang kanting tulis. Habis satu RAMADHAN tulis manuskripnya. Siap malam raya pun tulis. KENANGAN amat. Sendiri-sendiri senyum dan macam-macam rasa.

Lepas siap bermula pula proses EDITING.


Lepas siap editing. Maka, siaplah untuk dihantar bagi PENILAIAN dengan debaran. 


Tak banyak KATA-KATA INDAH yang aku selitkan dalam manuskrip yang dah siap tu. SATU ni je yang aku highlight! kikiki


ALHAMDULILLAH. Lulus Penilaian dan tunggu que. Bersyukur sangat. Maka, selepas manuskrip inilah daku buat novel ASRAMA tu.


DAN

Ini STICKER untuk pembaca yang beli online dan yang beli dengan saya nanti, tapi akan baikpulih dan tambah sedutan kata-kata dari novel. Kita sesama nantikan ya... ^_^



Okey, selesai sudah cerita manuskrip GAUN CIK BOS TUXEDO MR SECRETARY. Kita sesama nantikan COVERnya dan juga novelnya. Sampai hari ini masih tak dapat percaya bakal ada novel CINTA sendiri. Terbit pula di bawah penerbit besar.


Karyaku cuma biasa-biasa. Jika ada perkara yang aku dapat bagi untuk cerita ini. 

Aku cuma mahu sampaikan erti 'KEJUJURAN'.


TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA SELAMA INI.
 
Moga novel ini mendapat sambutan menggalakkan. AMIN. ^__^


Sang Penukil,
FATRIM SYAH

1 comment:

Shahirah said...

fatrim... awak hantar novel ni dekat bulan 9, 2012. Lepas tu tiga bulan awak tunggu jawapan. Maknanya dalam bulan 12 dapat jawapan. Jadi, setahun la awak menunggu kan nak tunggu novel ni berada di pasaran. :-) :-) :-)

Boleh tak saya nak tahu, betul ke kalau berjaya jadi penulis di KN, setiap bulan akan dapat novel tebitan mereka?