BAB 8
KELIP KELIP
SAMPAI
saja di rumah, Indah melihat
Pak Din berlalu pergi. Hatinya tidak keruan, terfikir itu dan ini, Indah duduk
di sofa dan baringkan dirinya. Melihat ibu dan ayahnya diperlakukan sedemikian
rupa membuatkan Indah rasa keluarga Akram benar-benar tidak berperikemanusiaan
langsung! Mereka semua memang tidak berguna! Tangan Indah digenggam kuat dengan
tekad. Air matanya tiba-tiba saja
mengalir. Air mata itu hadir bersama semua bara, bara amarah pada keluarga itu.
Dia seka air matanya yang membasahi pipinya. Dia tidak mahu lagi menjadi Aisha yang pengalah, kini dia adalah Indah, seorang yang baru dengan nadi hidup serta semangat hidup yang baru!
Ting Tong!
Loceng apartment berbunyi. Indah tersentak. Puan Zulaikha
sampai bersama Pak Din. Dia tahu akhirnya Pak Din akan buka mulut juga. Indah
jelingnya tajam.
“Tak apa Indah. Mama sudah uruskan semuanya. Jangan risau.”
Puan Zulaikha memberi harapan.
Indah sebak, “Terima Kasih mama. Bukan niat Indah nak
melanggar syarat, cuma Indah tak sanggup lihat mereka meminta-meminta begitu
sedangkan Indah baik-baik saja di sini.” Indah bersuara.
“Mama faham apa yang kamu rasakan Indah. Indah jangan
salah faham. Mama tak cakap yang kamu harus lupakan mereka terus. Cuma untuk sementara
ini kamu jangan bertemu dengan mereka supaya semua rancangan kita berjalan
lancar.” Puan Zulaikha senyum dan kemudian memegang tangan Indah dan membawanya
duduk di sofa.
“Rancangan apa mama?” tanya Indah, dahinya berkerut.
Puan Zulaikha membelai kepala Indah perlahan, “Sebenarnya
mama nak hantar Indah belajar ke luar negara. Jika diikutkan, mama mahu Indah
bekerja dengam mama, tapi mama tidak memaksa Indah, Indah boleh pilih, mama
ikut kemahuan Indah untuk belajar apa saja bidang yang Indah rasa sesuai dengan
Indah.” Puan Zulaikha mencadangkan.
“Se.. sebenarnya Indah nak belajar selok belok pembuatan
kosmetik dan kecantikan. Dari dulu Indah ada cita-cita nak ada produk jenama
Indah sendiri.” Indah memberitahu hasratnya, dia tahu apa yang dikatakannya itu
adalah apa yang dimahukannya sekarang, dia mahu belajar mengenai selok belok
itu kerana ingin sama seperti Syura. Indah mahu lebih daripada itu!
Puan Zulaikha pandang Indah, dia faham perasaan Indah,
bagi Puan Zulaikha, dia hanya membuka jalan sahaja. Selebihnya di tangan Indah.
“Bagus. Mama suka
orang yang bercita-cita tinggi. Macam ni, mama nak kamu belajar selama setahun
di Korea. Mama tahu, tempatnya memang bumi asing bagi kamu. Tapi mama percaya,
tempat itu adalah tempat di mana seluruh dunia menumpu mata sekarang. Jangan
risau, ada orang yang akan menemani kami nanti. Malah, kilang-kilang produk
kosmetik negara kita juga dibuat di sana. Mama akan uruskan supaya Indah dapat
belajar dengan seorang kawan mama di sana juga.” Puan Zulaikha memberitahu.
“Baik mama. Indah setuju.” Indah bertekad.
“Nanti bila balik Malaysia. Mama akan beri modal untuk
Indah buka bisnes sendiri. Mama yakin, bila Indah bekerja dengan kawan mama
nanti, Indah akan faham apa yang mama maksudkan,” terang Puan Zulaikha.
“Terima kasih mama.” Indah lega.
Puan Zulaikha dan Indah senyum, Indah percaya, ini adalah
peluang untuknya berjaya. Terlalu banyak masa yang dia persia-siakan. Indah
rasa sudah tiba masanya untuk dia berubah, untuk dia maju ke depan.
“Assalamualaikum.” Darwish memberi salam.
“Waaalaikumsalam,” jawab Puan Zulaikha dan Indah
serentak.
Darwish senyum, dia buka tali lehernya, “Mama dan adik
bincang pasal apa ni? Borak-borak tak ajak Darwish pun,” tanya Darwish.
“Anak bertuah ni. Semua dia nak sibuk,” omel Puan
Zulaikha.
“Iyalah mama..” Dawrsih herot mulutya.
Indah senyum melihat perlakuan Puan Zulaikha dan Darwish.
Sekurang-kurangnya dengan adanya mereka hidupnya tidak sunyi, tidak terumbang
ambing. Indah rasa sangat-sangat terhutang budi dengan keluarga itu.
Kemudiannya Puan Zulaikha masuk ke bilik air. Darwish
mendekati Indah.
“Bincang apa dengan mama?” tanya Darwish mesra.
Indah senyum, “Indah nak belajar di Korea,” jawabnya
ringkas.
“Jauhnya.. lepas ni susahlah nak jumpa ya,” tona suara
Darwish berubah.
“Tak lama pun, cuma setahun cuma, pejam celik, pejam
celik. Akhirnya nanti Indah balik sini juga,” balas Indah.
Darwish senyum, “Insya ALLAH, abang doakan moga-moga
Indah berjaya ya.” Darwish berharap.
Darwish seakan tidak sangka, wanita yang dia jumpai saat
pertama kali di tengah laut itu kini berada di hadapannya. Wanita yang hampir
kehilangan nyawanya. Wanita yang kali pertama Darwish rasakan ingin
diselamatkan. Darwish merasakan ada suatu ketenangan apabila memandang
Indah, cuma Darwish sedar semua itu
takkan mungkin berlaku. Dia tahu di mana letaknya dirinya dan di mana letaknya
diri Indah. Bagi Darwish melihat Indah baik-baik saja sudah cukup baginya.
Plak!
Pintu bilik air dibuka.
“Rancak berborak?” tanya Puan Zulaikha.
“Borak kosong saja mama,” Darwish senyum, dia pandang
Indah.
Puan Zulaikha mengambil tempat duduknya, “Kalau tak ada
hal, bulan depan Indah sudah boleh belajar, mama akan uruskan semuanya secepat
mungkin.” cadang Puan Zulaikha.
Indah senyum, “Terima Kasih mama.” Indah rasa teruja
pula.
“Sama-sama Indah. Yang penting janji kamu akan belajar
bersungguh-sungguh dan jangan kecewakan mama,”
pesan Puan Zulaikha kepadanya.
“Insya ALLAH mama. Indah akan cuba sebaik mungkin.” Indah
tekad.
*********************
Kring! Kring!
Telefon pejabat Syura berbunyi. Segera diangkatnya.
“Helo?”
“Helo Syura. Masih ingat aku?” tanya pemanggil itu.
Suaranya memang sangat-sangat Syura kenali. Itu adalah
Amir, bekas kekasihnya.
“Kau nak apa telefon aku?” tanya Syura tak mahu berputar
belit.
“Kasarnya sayang. Tak rindukan sayang ke? Tahulah orang
dah senang sekarang kan? Mana nak pedulikan sayang lagi...”
“Saya tak ada urusan lagi dengan awak. Jangan telefon saya lagi.” Syura mengingatkan dan
segera menghempas gagang telefon tersebut.
Teringatkan lelaki itu membuatkan hati Syura sakit. Dia
perlu pertahankan apa yang dia dapat kini. Syura memandang jauh. Sekiranya Amir
juga menjadi batu penghalang sama seperti Aisha, dia takkan teragak-agak untuk
menghapuskannya!
*******************
Tiga minggu kemudian...
Indah duduk di balkoni apartment itu. Bumi Malaysia yang
meninggalkan banyak memori dan kenangan pahit itu akan ditinggalkannya buat sementara.
Indah merenung langit yang penuh dengan bintang. Saat melihat bintang itu,
Indah sempat pula teringatkan Akram sekali lagi. Indah cuba memadam apa yang
terpapar di memorinya tika itu, baginya mengingat Akram sudah tidak berguna dan
bermakna lagi. Tiba-tiba saja seekor kelip-kelip muncul dan terbang di depan
mata Indah. Indah teruja melihat kelip-kelip itu, dia teringatkan kampung
halamannya.
“Kelip-kelip, sampaikan salamku pada orang tuaku...”
pesan Indah meskipun dia sendiri tahu apa yang diperkatakannya tika itu tak
masuk akal.
Indah perhatikan kelip-kelip itu berlalu. Dia pandang
bintang semula, Indah tahu, hidupnya bakal bersinar kembali suatu hari nanti.
“Allahu Akbar.. Allah.. hu Akbar..”
Laungan azan membubarkan lamunan Indah. Segera dia masuk ke
dalam mengambil wuduk dan menunaikan Solat Isya’, memohon agar perjalanannya
nanti dipermudahkan. Usai semuanya, Indah bermuhasabah berharap agar rasa
amarah yang ada dalam dirinya itu dapat dihilangkan. Indah tahu hidup dalam kebencian
seperti itu umpama menanggung seksa yang tidak berkesudahan di bahunya. Indah
mahukan hidupnya aman dan tenang, Indah tahu rasa amarah itu tak mungkin dapat
hilang hanya dalam sekelip mata, tapi dia cuba dan cuba juga meskipun tahu semua
itu takkan semudahnya berlaku kerana dia hanyalah seorang manusia biasa cuma...
bersambung...
p/s -- Terima Kasih singgah baca. Maaf atas kekurangan, akan diperbaiki nanti. Terima kasih kerana masih meneruskan pembacaan anda. ^_^
p/s -- Terima Kasih singgah baca. Maaf atas kekurangan, akan diperbaiki nanti. Terima kasih kerana masih meneruskan pembacaan anda. ^_^
3 comments:
Assalamualaikum.first menarik.mana pic darwish.becareful k ada kesalahan ejaan.trmasuk nama watak.pun ada yg slh.cek smla tau.
Waalaikumsalam. Terima Kasih Weeda, nanti akan tepek pic untuk semua. Tengah cari pic yang sesuai. Thanks tegur bab kesalahan ejaan dan nama watak tu, akan diperbetulkan. :)
FATRIM SYAH
best sgt abg ayim..hope lps ni ada lg tau..jgn lupa tag nama uni ^_^
Post a Comment