BAB 4
KELIP KELIP
AISHA bersiap awal pagi itu untuk balik ke Kuala Lumpur. Dipandangnya
laut dari pulau itu, dia melihat papan tanda Pulau Pangkor, jauh Akram
membawanya hingga sampai ke situ untuk meraikan ulangtahun perkahwinan pertama
mereka. Ini kali pertama Aisha ke sana, tapi kunjungan kali pertama itu
bukanlah seindah yang dibayangkannya. Perjalanan yang mana dia menutup mata dan
tertidur, perjalanan yang sepatutnya dia hargai masa-masanya. Perjalanan
terakhirnya bersama insan yang sangat-sangat disayanginya. Aisha sebak,
kemudian Aisha memandang Puan Zulaikha disisinya.
“Puan. Gerakan
mencari suami saya yang Puan beritahu semalam tu sudah menemukan apa-apa
hasil?” tanya Aisha.
Puan Zulaikha
tersentak dengan soalan Aisha tapi bertenang, “Maaf Aisha, mereka belum
maklumkan apa-apa penemuan. Pihak mereka sudah sedaya upaya mencari. Redha ya
Aisha.” Puan Zulaikha menenangkannya.
Puan Zulaikha rasa
bersalah menipu Aisha. Tapi jika itu caranya untuk menenangkan hati Aisha, Puan
Zulaikha rasakan itu langkah yang sangat betul.
“Aisha. Kalau tak
keberatan, kami boleh temankan balik ke Kuala Lumpur.” Puan Zulaikha
memaklumkan
“Tak payahlah
Puan. Saya sudah banyak menyusahkan keluarga Puan.” Aisha enggan.
“Usah cakap macam
tu Aisha. Kami hanya membantu sekadar termampu.” Puan Zulaikha membalas.
Darwish berjalan
menuju ke arah mereka. Semalam Darwish ingin memberitahu hal sebenar pada
Aisha, namun ibunya tiba-tiba menarik tangannya pula, makanya dia tidak
berkesempatan memberitahu apa-apa pada Aisha perihal suaminya.
“Darwish, kita
bersiap. Kita juga akan balik ke Kuala Lumpur.” Puan Zulaikha memberi arahan.
Darwish sebenarnya
memang tahu, ibunya itu mahu balik juga bersama Aisha.
“Darwish dah siap
dah ma.” Darwish senyum memandang ibunya.
“Kalau macam tu.
Cepatlah kita naik bot. Awal gerak, awak sampai.” Puan Zulaikha mencadangkan.
Puan Zulaikha
berpimpin tangan bersama Aisha menaiki bot di depan mereka. Dua orang staf
pulau itu mengiringi.
“Puan, moga datang
ke sini lagi jika lapang.” Seorang staf bersuara.
“Syakila, Majid.
Sepanjang ketiadaan saya. Sila jaga chalet ni dengan baik, apa-apa maklumkan
saya. Jaga semua staf dan jaga hati pelanggan juga.” Puan Zulaikha berpesan.
“Baik Puan
Zulaikha.”
“Mama, tak
perlulah protokal sangat.” Darwish mencelah.
“Darwish, kita
datang pulau ni sekali sekala saja. Selebihnya sibuk memanjang. Chalet yang
diusahakan di sini amanah arwah mak cik kamu. Dia sayangkan tempat ni,
sepertimana dia sayangkan kita, kita kena sayangkan juga tempat ni.” Puan
Zulaikha mula memberi ceramah percuma pada Darwish.
Darwish herot
mulut, “Iyalah mama. Pak Talib, jalanlah cepat. Takkan nak tunggu mama habis
cakap baru nak jalan. Syakila, Majid, kami gerak dulu. Assalamualaikum.”
Darwish meminta diri.
“Waalaikumsalam
Tuan, Puan.” Syakila dan Majid menjawab salam serentak.
Aisha hanya
mendengar perbualan mereka dan sedikit kagum, rupa-rupanya orang yang
membantunya itu adalah pemilik sebuah chalet di pulau itu. Diingatnya orang
biasa di pulau itu. Dia mula rasa segan.
“Aisha, kamu
okey?” tanya Puan Zulaikha.
“Saya okey Puan,”
pantas Aisha menjawab walaupun gugup.
Darwish hanya
memandang sekali pada Aisha dan kemudian memandang ke tempat lain. Perjalanan
bot itu menuju ke jeti Lumut, Perak mengambil masa setengah jam cuma. Darwish
memandang tempat dia melihat Aisha dan suaminya buat kali pertama, kalaulah dia
tidak melihat kejadian semalam itu, pasti Aisha sudah menjadi makanan ikan-ikan
besar di laut itu. Bila mengingatkan betapa pedihnya Aisha merintih mengingati
suaminya, Darwish memandang ibunya, Puan Zulaikha angguk tanda faham.
*********************
Sampai saja di Kuala Lumpur, Puan
Zulaikha meminta diri terlebih dahulu, dia diambil oleh pemanduanya untuk satu
urusan penting. Hanya tinggal Darwish dan Aisha saja berdua. Darwish
dikehendaki menghantar Aisha balik ke rumah keluarganya. Di dalam kereta,
mereka berdua hanya diam. Aisha tidak tahu mahu berkata apa-apa, sebenarnya dia
amat takut, pasti dia akan dimaki hamun oleh keluarga suaminya dan akan dihalau
keluar apabila mengetahui berita kematian Akram. Pasti mungkin dirinya akan
disumbatkan ke penjara dan segala macam lagi. Bermacam-macam perkara yang
dirisaukan oleh Aisha. Tapi dia perlu sabarkan dirinya, dia juga kehilangan
orang yang dicintainya. Adalah lebih baik memberitahu kebenaran yang sememangnya
pahit bak hempedu itu. Aisha memandang jauh, teringatkan Akram sekali lagi.
Selepas ini Aisha merancang untuk balik semula
ke rumah keluarganya di Kuantan. Bandaraya Kuala Lumpur itu sudah tidak memberi
apa-apa makna lagi kepadanya. Kalaulah dia boleh meminta masa diputarkan
kembali, pasti dia akan menolak kehadiran Akram dalam hidupnya, kehidupan
sengsaranya di rumah mertua dan kehilangan Akram. Namun semua itu asam garam
kehidupan dan takdir daripada Allah swt. Aisha redha.
“Aisha. Alamatnya
di mana ya? Saya boleh setkan GPS ni supaya kita cepat sampai.” Darwish
bertanya.
“Setkan saja ke
Bukit Antarabangsa, nanti sampai di sana saya akan beritahu ke mana kita nak
pergi.” Aisha memberitahu.
Usai menetapkan
hala tuju, Darwish meneruskan pemanduannya. Perjalanan ke sana mengambil masa
hampir setengah jam.
“Mana satu rumah
keluarga awak?” tanya Darwish.
“Di depan lagi
belok kiri. Nombor 39.” Aisha memberitahu.
Hati Aisha tak
keruan. Mampukah dia mengumpul kekuatan, mampukah dia memberitahu segala-galanya.
Aisha cuba bertenang dan bertenang. Rumah yang dituju kian dekat. Aisha melihat
ada ramai orang berada di sana. Peliknya seakan ada satu majlis. Darwish
mencari parkir, Aisha mengenakan selendang yang diberikan Puan Zulaikha
kepadanya. Kemudiannya dia dan Darwish berjalan kaki menuju ke rumah tersebut.
Perasaan Aisha berdebar-debar.
Kelihatan pintu
gerbang dibina, dua orang gadis berada di sana.
“Encik, Puan. Anda
ada kad jemputan? Ini majlis persandingan Encik Akram Rahim dan Puan Syura
Rashid,” salah seorang gadis itu memberitahu.
Aisha tersentak.
Dia kemudian melihat kain rentang di sebelahnya, dia melihat Akram dan seorang wanita dalam pakaian pengantin. Bunyi muzik yang sangat kuat
di dalam menggambarkan suasananya. Darwish tahu, Aisha sudah tahu sesuatu.
Kemudiannya Aisha mahu masuk ke dalam.
“Maaf cik, tak ada
kad jemputan tak boleh masuk. Ini majlis tertutup.” Gadis yang seorang
menghalang.
“Tapi saya...”
Darwish segera menarik tangan Aisha.
“Lepaskan saya!
Apa hak awak pegang saya!” marah Aisha.
“Aisha. Awak
perlu tahu sesuatu Aisha.” Darwish berbisik kepadanya. Aisha masih bingung.
“Benarkan kami
masuk! Mereka dah bunuh anak kami!”
"Keluarga pembunuh! Pulangkan anak kami!"
Aisha menoleh,
seakan terdengar dia suara ayah dan ibunya. Dari kejauhan dia melihat ayah dan ibunya yang berada di
luar pagar pintu masuk rumah mertuanya sedang dihalang oleh beberapa orang
pengawal. Umpama anjing kurap mereka ditolak-tolak. Aisha sudah tidak dapat
bersabar. Segera dia bergerak ke sana, namun Darwish dengan cepat menarik
tangan Aisha sekali lagi.
“Lepaskan
saya! Itu mak dan ayah saya!” marah Aisha cuba melepaskan tangan Darwish.
Namun
Darwish tidak mengendahkan, dengan cepat dia membawa Aisha masuk ke dalam
kerata.
“Aisha,
awak jangan jadi bodoh Aisha. Lepas dengar cakap perempuan tu tadi. Awak rasa
apa sebenarnya terjadi pada awak? Awak tak dengar apa yang mak ayah awak
cakap?” Darwish cuba menyedarkan Aisha.
Aisha
pandang Darwish, “Apa maksud awak? Apa yang awak tahu Darwish?!” tanya Aisha
kasar.
“Saya
sepatutnya cerita dekat awak lebih awal lagi. Saya nampak awak dan suami awak
dalam bot. Saya teropong daripada jauh, lepas tu saya nampak bot kamu karam,
tak lama kemudian sebuah bot datang dan selamatkan suami awak. Sebab tu saya
datang selamatkan awak. Aisha, suami awak mungkin cuba nak bunuh awak.” Darwish
berterus terang.
“Awak
jangan cuba buat fitnah! Akram orang baik.” Aisha bertegas.
Darwish
geleng kepala, “Awak mungkin tak sedar apa yang berlaku. Dekat pulau tu kami
sengaja tak pasang tv untuk awak tengok, tak pasang radio untuk awak dengar dan
tak bagi surat khabar untuk awak tahu semua benda. Awak cuba baca surat khabar
ni.” Darwish cuba menerangkan keadaan
sebenar.
Aisha
melihat headline surat khabar itu,
‘Isteri hilang dilaut, suami dedah isteri kedua.’ Dia melihat ada namanya dan
gambarnya juga berada di situ yang dilaporkan hilang di laut dan dipercayai
meninggal dunia akibat lemas kerana tidak tahu berenang. Dia juga melihat Akram
dengan penuh bahagia memeluk seorang perempuan yang sangat cantik bersama
seorang kanak-kanak comel, ditulis juga di sana perempuan itu adalah isteri
keduanya yang dinikahi 2 bulan selepas perkahwinan pertama dan terpaksa
dirahsiakan. Hati Aisha hancur, dia tidak sangka rupa-rupanya apa yang berlaku
itu sebenarnya telah dirancang dan apa yang lebih memilukan, selama ini dia
sebenarnya diduakan oleh Akram!
“Awak
masih berkeras masuk dalam majlis tu selepas apa yang suami awak buat? Awak
rasa apa yang akan mereka buat? Awak ingat mereka akan benarkan awak masuk
begitu sahaja?” Darwish bertanya.
“Bawa
saya ke tempat lain, saya nak pergi dari sini. Cepat!” arah Aisha.
Darwish
menghidupkan enjin keretanya, Darwish melintasi rumah agam keluarga mertuanya. Aisha
melihat ibu dan ayahnya yang ditolak-tolak ke jalan raya. Runtun hatinya
melihat keadaan itu. Kini dia sedar, dia langsung tidak bermakna dalam hidup
Akram. Aisha diam, Darwish diam. Darwish memandu ke sebuah tempat. Sampai saja
di tempat itu, Aisha turun.
“Warrghhh!!!”
Aisha berteriak kuat!
Sekuat-kuat hatinya!
Sekuat-kuat yang dia boleh!
Sekuat-kuat hatinya!
Sekuat-kuat yang dia boleh!
Air matanya mengalir di pipi! Kemudiannya dia ambil
cincin di jari manisnya dan buang ke tebing bukit. Cincin itu sudah tidak
bermakna lagi. Hanya yang ada dalam hatinya adalah dendam, dendam yang
membara-bara!
Dia mahu keluarga itu menerima apa yang sepatutnya.
Aisha tidak mahu menjadi orang lemah lagi!
Aisha sudah puas bersabar!
Dia mahu keluarga itu menerima apa yang sepatutnya.
Aisha tidak mahu menjadi orang lemah lagi!
Aisha sudah puas bersabar!
Bersambung....
p/s -- Maaf
lambat update hari ni. Terima Kasih singgah baca. Terima Kasih pada mereka yang
banyak menegur bagi memperbaiki dan memperkemaskan jalan ceritanya. Maaf atas
segala kekurangan. Senyum selalu. Agak-agak korang siapa sesuai pegang watak
Darwish? Eh! ^__^
2 comments:
ayim,daiwish hero right?
The second hero. :)
Post a Comment