BAB 24
Kring! Kring!
Deringan bunyi
telefon rumah Kasih mengejutkan suasana pagi di rumahnya. Masa itu, Kasih
sedang mengeringkan rambutnya dengan hair
dryer. Nasib baiklah rakan serumahnya ketika itu sedang out station. Segera Kasih angkat.
“Helo.”
“Assalamualaikum
dan selamat pagi Kasih, saya dah ada dekat bawah ni. Awak dah siap?” kedengaran
suara Amar di telefon.
“Waalaikumsalam.
Dah siap dah. Jap lagi saya turun.” Kasih memberitahu.
“Okey. Saya
tunggu. Bye.”
“Bye.” Kasih
meletakkan telefon dan segera bersiap.
Selepas mematikan
semua suiz, Kasih keluar dari apartment tersebut dan terus turun ke bawah.
Kelihatan Amar dengan cermin mata hitamnya menanti Kasih, ala-ala men in black
gitu.
“Lama tunggu?”
tanya Kasih berbasa basi.
“Adalah setengah
jam, takdelah. Saya baru sampai je. Manalah tahu awak lupa kan.”
“Dah awak ingatkan
semalam. Mana saya boleh lupa. So, kita nak ke mana ni?” tanya Kasih lagi.
“Sarapan jom.”
“Okey. Awak tak
makan lagi ke? Patut muka monyok semacam je.”
“Awak pandang saya
ya?” Amar sengaja mengusik.
“Takdelah,
terpandang aje. Awak ni kenapa? Perasan lebih.”
“Ala.. gurau aje.
Okey, pakai seat belt tu. Kita makan dulu..”
“Awak bawa kereta
tu pelan-pelan. Semalam bawa kereta tak tentu hala..”
“Iya Cik Kasih.”
Kasih geleng
kepala, sempat dia tercium bau minyak wangi Amar. Sebiji baunya macam minyak
wangi Bazli. Kasih pandang ke luar tingkap dan teringat lelaki sombong
tersebut. Sekali sekala ada juga rasa rindu mahu berborak dengan Bazli.
Sekejap, sekejap dia teringat semasa kali pertama dia bertugas ke Sabah dulu.
Pengalaman itu takkan dilupakannya, apatah lagi bila Bazli muntah-muntah semasa
mereka melawat ke Pulau Manukan. Kasih senyum sendiri.
“Jom. Kita sarapan
warung ni aje. Saya selalu makan dekat sini.” Amar memberitahu mereka telah
sampai ke tempat yang dituju. Lamunan Kasih terbubar.
Kasih lihat sign
board Nasi Ayam Kampung Baru. Tapi sempat dia lihat berbagai juadah di sana.
Segera dia keluar bersama Amar.
“Nak makan apa?
Hari ni Amar belanja.”
“Ni yang tak sedap
ni. Biar Kasih ajelah bayar sendiri.”
“Kalau macam tu
Kasih belanja.”
“Awak!”
“Yalah, yalah..
saya belanja. Jangan nak bantah.”
Kasih herot mulut
sambil senduk mee goreng dan telur mata. Amar pula sudah ke meja dengan
makanannya. Kemudian Kasih ke meja tersebut. Mereka tidak lama berada di
restoran tersebut. Kasih sendiri pelik, kenapalah Amar macam tergesa-gesa,
sudahlah dia tidak memberitahu ke mana mereka hendak pergi.
“Awak suka lagu
apa? Melayu, Inggeris ke Indon macam awak nyanyi hari tu?” tanya Amar sebaik
mereka masuk ke dalam kereta.
“Apa-apa ajelah.
Awak nak bawa saya ke mana ni?” tanya Kasih lagi.
“Tak payahlah
banyak tanya. Awak ikut je. Kalau awak nak tidur, tidurlah... perjalanan ni
jauh lagi.” Amar memberitahu.
“Awak nak bawa saya
ke mana? Jauh sangat ke?” tanya Kasih bimbang, iyalah.. manalah tahu Amar bawa
dia lari ke apa.
“Siam.”
“Awak ni
betul-betul lah Amar. Kita nak buat apa pula dekat Siam tu..”
“Kita
gitu-gitulah... nikah kat Siam..” Amar ketawa.
“Hah! Awak jangan
main-mainlah Amar, saya tak suka.”
“Saya gurau jelah.
Nanti awak tahulah. Tak jauh dari KL ni, 30 kilometer je. Macam ke KLIA tu.”
“Okey. Awak drive
hati-hati.”
“Awak risaukan
saya ya?”
“Amar, kenapa
perangai awak ni pelik aje kebelakangan ni? Awak tak sihat ya?” tanya kasih.
“Sihatlah. Kalau
tak, takde maknanya nak drive. Dah, saya pasang lagu Aishiteruu awak ni, awak
duduk diam-diam, nanti sampai saya bagitau.”
Kasih malas nak
berlawan cakap dengan Amar, nanti terganggu pula pemanduannya. Sekali sekala
Kasih jeling pandang Amar. Boleh tahan juga dia, Amar pun sebenarnya
jeling-jeling Kasih.
‘Astagafirullahalazim...’
desis hati Amar kerana memandang orang bukan mahramnya.
Kasih pula sibuk
membuka laman muka buku miliknya. Saja berbalas status dan bertanya khabar
kawan-kawannya. Itupun untuk menghilangkan bosan, iyalah... dia tak mahu ganggu
Amar memandu. Amar pula rasa berdebar-debar, ada sesuatu yang mesti dia buat
hari ini. Dia tak mahu terlambat, ini peluang sekali seumur hidup. Dia sudah
tekad dengan keputusannya.
“Jauh lagi ke
tempatnya Amar?” tanya Kasih seperti tidak sabar, Kasih pandang sekeliling,
semuanya hutan dan hijau.. adalah sedikit rumah. Kasih naik pelik, ke mana
sebenarnya mereka mahu pergi.
“Tak, Insya ALLAH
tak lama lagi nak sampailah ni.”
“Nak bawa balik
kampung awak ke ni?” tanya Kasih lagi.
“Tunggulah sampai
nanti.”
Kasih malas nak
bertanya lagi, matanya pula sudah seakan mengantuk. Lama kelamaan, matanya
sudah tertutup.
“Kasih, bangun
Kasih.. bangun..” Amar membangunkannya.
Kasih buka mata
dan pandang sekeliling. Ada sungai di depannya, kemudian sawah padi menghijau.
Kasih pelik, di mana mereka berada, dari jauh Kasih nampak budak bermain
layang-layang. Segera Kasih buka pintu kereta dan keluar.
“Nak buat apa
dekat sini? Awak nak memancing ke?” tanya Kasih.
“Awak nak tahu,
inilah Sungai Lui.. sekarang ni kita berada di Hulu Langat Selangor. Cantik kan
tempat ni. Awak tahu kan lagu Sungai Lui nyanyian Aizat tu..” Amar memandang
sekeliling.
Kasih pandang ke
kiri dan ke kanan. Air sungai mengalir tenang. Angin pula bertiup sepoi-sepoi
bahasa. Kemudiannya mereka berdua ke tepi sungai dan duduk di sebatang kayu.
“Kasih suka tempat
ni. Aman je rasa. Tapi, kita nak buat apa dekat sini?” tanya Kasih pelik.
“Kejap.”
Kasih pandang Amar
menuju ke kereta. Kemudian dia nampak Amar buka bonet kereta dan ambil gitar
lalu menuju ke arahnya.
“Awak nak buat apa
dengan gitar tu?”
“Nak nyanyilah..
apalagi.. takkan nak buat perhiasan pula.”
“Awak nak nyanyi?
Boleh ke? Jangan ke sungai tu sudah..” Kasih senyum-senyum menyindir.
“Bolehlah
sikit-sikit serupa katak panggil hujan..” Amar berseloroh.
“Cepatlah.. nak
nyanyi lagu apa ni?”
“Tringg..”
kedengaran bunyi gitar dipetik.
Kasih tunggu suara
Amar keluar... rasa lawak pula datang jauh-jauh lepas tu nak dengar Amar
menyanyi.
“Pejamkan matamu
untukku... Dengarlah dunia berkata-kata.. Usah kau ragu di sini tempatmu...
Walau berubah di mata kita tetap indah... Selagi kau masih percaya...”
Kasih dengar suara
Amar menyanyi lagu tersebut sampai habis, boleh tahan juga suara dia. Kasih
senyum sendiri.
Usai menyanyi,
Amar letak gitar di tepi, dia pandang sungai lui yang mengalir deras dan
kadangkala perlahan.
“Kenapa berhenti
menyanyi? Nyanyilah lagi..” pinta Kasih bila tak dengar petikan gitar.
“Amboi, tadi tanya
boleh nyanyi ke tak. Tak naklah, saya simpan suara sedap saya ni.”
“Perasaan.”
“Awak tahu tak,
perasan tu bagus tau. Macam perasaan saya kat awak.” Amar lebih serius.
Suasana jeda.
Kasih diam kemudian bergerak ke tempat lain pura-pura tidak mendengar kata-kata
Amar. Kemudiannya Amar mendekatinya.
“Awak marah saya
cakap macam tu? Awak dah berpunya ke Kasih?” tanya Amar lagi.
“Terlalu awal
untuk kita cakap pasal benda tu semua Amar. Saya pun tak kenal awak lagi.”
“Saya sebenarnya
tak suka nak bawa anak gadis orang jalan sana sini. Saya lebih suka kalau
hubungan kita ni halal.” Amar makin serius.
Kasih pandang
Amar. Entah, ada sedikit kegusaran di hati Kasih. Tiba-tiba dia rasakan sesuatu
yang lain, bukan pada Amar, tapi pada orang lain.
“Amar, bagi saya
sikit masa. Please.”
“Tapi jangan
lama-lama ya. Kalau awak tolak pun saya redha saja. Saya kan kurang hensem
sikit..” sempat pula Amar berjenaka.
“Awak ni!” Kasih
menjelingnya.
“Janganlah marah,
saya gurau aje. Marah tu ertinya suka tau..”
“Jadi kalau suka
tu ertinya marah?”
“Bukan, kalau suka
tu ertinya lebih suka.”
“Awak!”
“Dah awak tanya,
saya jawab ajelah. Saya ni manalah pandai berbelit-belit ni. Saya cakap
straight aje.” Amar berterus-terang walaupun sebenarnya dia sedikit hampa
dengan jawapan Kasih di awal tadi.
“Awak percaya pada
cinta pandang pertama?” tanya Kasih tiba-tiba.
“Saya percaya.”
“Saya juga
percaya.”
“Maksud awak, awak
cinta pandang pertama dengan orang lain ke?” tanya Amar tiba-tiba.
Kasih diam.
“Tak apa kalau
awak tak nak jawab. Saya bercakap dengan sungai ni aje, hai sungai.. hari ni
awak nampak jernih, awak mandi hari-hari ya?”
Kasih tergelak
bila mendengar Amar cakap sedimikian, macam-macam saja lawak spontan yang Amar
buat. Kalau masuk Raja Lawak, sah-sah lepas... lepas apanya, lepas ke laut.
Amar pandang Kasih sekilas, jauh pandangan Kasih. Amar faham, ini bukan masanya
untuk meluah perasaan bagai, dia tahu Kasih ada seseorang dan seseorang itu
bukan dia... namun jauh di sudut hati, Amar berharap... berharap agar Kasih
masih boleh nampak dirinya.
‘Ya ALLAH, andai
kau takdirkan aku bersama wanita di sebelah ku ini bersamaku sehingga ke akhir
hayatku.. kau permudahkanlah segala urusan kami untuk bersatu.. Aaammiinnn...’
Amar berdoa dalam hati dengan penuh harapan, kemudian dia pandang sungai lui
yang mengalir sama seperti perasaannya kini.
bersambung....
8 comments:
Sweetnya Amar, direct! no cilok2..hmmm
Bagus Amar, bagus. LElaki mesti kena berani! Heheheheh
Kasih ni.. Hmm... Hmm... Amar sikit punya gentle tu, boleh pulak tangguh-tangguh jawapan. Ish ish ish ishhhhh...
Amar, sila usaha lebih sikit! JAngan pasrah je. Haha~
Kasieh Azieh ~ Direct lah best kan. Aish! Si Kasih tu... ada sumthing2 je..
Syah Shah ~ Amar ni adik beradik tiri Daus. Tapi tulah, semangat Daus tu tak banyak sgt dalam diri dia. Apapun, kita doakan dia sentiasa berusaha dan usaha! ^__^
Thanks u alls.. selalu singgah komen. Sangat hargainya. ^__^
Amar, nak Daus tolong? Hahahahah :P
Amboiii... sang penulis Amar ngah study karektar Daus lah ni. Shh.. shh.. ekeke.. la la la la la la.. :D
Amar so sweet...baru la gentleman nme nye..hep kasih trme la amar
Terlebih dahulu, terima kasih nurul nuqman sudi singgah baca dan komen sekali. Maaf atas kekurangan yang ada, masih dalam proses belajar.
Amar memang sweet dan gentle, harap2 lah Kasih nampak dia...
Wahhhh...! amar... kelihatan ke gentlemannya tuh.. terbaek lah Amar...! cepat2 pikat taw... gambatte!
Post a Comment