~Group FB Coretan Hati Ke Jemari (Fatrim Syah)~~

Saturday 5 January 2013

E-Novel ~ Bunga Terakhir (BAB 24)


                                                                                  
                                                                          BAB 24
                                                                      Kring! Kring!
Deringan bunyi telefon rumah Kasih mengejutkan suasana pagi di rumahnya. Masa itu, Kasih sedang mengeringkan rambutnya dengan hair dryer. Nasib baiklah rakan serumahnya ketika itu sedang out station. Segera Kasih angkat.
“Helo.”
“Assalamualaikum dan selamat pagi Kasih, saya dah ada dekat bawah ni. Awak dah siap?” kedengaran suara Amar di telefon.
“Waalaikumsalam. Dah siap dah. Jap lagi saya turun.” Kasih memberitahu.
“Okey. Saya tunggu. Bye.”
“Bye.” Kasih meletakkan telefon dan segera bersiap.
Selepas mematikan semua suiz, Kasih keluar dari apartment tersebut dan terus turun ke bawah. Kelihatan Amar dengan cermin mata hitamnya menanti Kasih, ala-ala men in black gitu.

“Lama tunggu?” tanya Kasih berbasa basi.
“Adalah setengah jam, takdelah. Saya baru sampai je. Manalah tahu awak lupa kan.”
“Dah awak ingatkan semalam. Mana saya boleh lupa. So, kita nak ke mana ni?” tanya Kasih lagi.
“Sarapan jom.”
“Okey. Awak tak makan lagi ke? Patut muka monyok semacam je.”
“Awak pandang saya ya?” Amar sengaja mengusik.
“Takdelah, terpandang aje. Awak ni kenapa? Perasan lebih.”
“Ala.. gurau aje. Okey, pakai seat belt tu. Kita makan dulu..”
“Awak bawa kereta tu pelan-pelan. Semalam bawa kereta tak tentu hala..”
“Iya Cik Kasih.”

Kasih geleng kepala, sempat dia tercium bau minyak wangi Amar. Sebiji baunya macam minyak wangi Bazli. Kasih pandang ke luar tingkap dan teringat lelaki sombong tersebut. Sekali sekala ada juga rasa rindu mahu berborak dengan Bazli. Sekejap, sekejap dia teringat semasa kali pertama dia bertugas ke Sabah dulu. Pengalaman itu takkan dilupakannya, apatah lagi bila Bazli muntah-muntah semasa mereka melawat ke Pulau Manukan. Kasih senyum sendiri.

“Jom. Kita sarapan warung ni aje. Saya selalu makan dekat sini.” Amar memberitahu mereka telah sampai ke tempat yang dituju. Lamunan Kasih terbubar.

Kasih lihat sign board Nasi Ayam Kampung Baru. Tapi sempat dia lihat berbagai juadah di sana. Segera dia keluar bersama Amar.
“Nak makan apa? Hari ni Amar belanja.”
“Ni yang tak sedap ni. Biar Kasih ajelah bayar sendiri.”
“Kalau macam tu Kasih belanja.”
“Awak!”
“Yalah, yalah.. saya belanja. Jangan nak bantah.”
Kasih herot mulut sambil senduk mee goreng dan telur mata. Amar pula sudah ke meja dengan makanannya. Kemudian Kasih ke meja tersebut. Mereka tidak lama berada di restoran tersebut. Kasih sendiri pelik, kenapalah Amar macam tergesa-gesa, sudahlah dia tidak memberitahu ke mana mereka hendak pergi.

“Awak suka lagu apa? Melayu, Inggeris ke Indon macam awak nyanyi hari tu?” tanya Amar sebaik mereka masuk ke dalam kereta.
“Apa-apa ajelah. Awak nak bawa saya ke mana ni?” tanya Kasih lagi.
“Tak payahlah banyak tanya. Awak ikut je. Kalau awak nak tidur, tidurlah... perjalanan ni jauh lagi.” Amar memberitahu.
“Awak nak bawa saya ke mana? Jauh sangat ke?” tanya Kasih bimbang, iyalah.. manalah tahu Amar bawa dia lari ke apa.
“Siam.”
“Awak ni betul-betul lah Amar. Kita nak buat apa pula dekat Siam tu..”
“Kita gitu-gitulah... nikah kat Siam..” Amar ketawa.
“Hah! Awak jangan main-mainlah Amar, saya tak suka.”
“Saya gurau jelah. Nanti awak tahulah. Tak jauh dari KL ni, 30 kilometer je. Macam ke KLIA tu.”
“Okey. Awak drive hati-hati.”
“Awak risaukan saya ya?”
“Amar, kenapa perangai awak ni pelik aje kebelakangan ni? Awak tak sihat ya?” tanya kasih.
“Sihatlah. Kalau tak, takde maknanya nak drive. Dah, saya pasang lagu Aishiteruu awak ni, awak duduk diam-diam, nanti sampai saya bagitau.”

Kasih malas nak berlawan cakap dengan Amar, nanti terganggu pula pemanduannya. Sekali sekala Kasih jeling pandang Amar. Boleh tahan juga dia, Amar pun sebenarnya jeling-jeling Kasih. 

‘Astagafirullahalazim...’ desis hati Amar kerana memandang orang bukan mahramnya.

Kasih pula sibuk membuka laman muka buku miliknya. Saja berbalas status dan bertanya khabar kawan-kawannya. Itupun untuk menghilangkan bosan, iyalah... dia tak mahu ganggu Amar memandu. Amar pula rasa berdebar-debar, ada sesuatu yang mesti dia buat hari ini. Dia tak mahu terlambat, ini peluang sekali seumur hidup. Dia sudah tekad dengan keputusannya.

“Jauh lagi ke tempatnya Amar?” tanya Kasih seperti tidak sabar, Kasih pandang sekeliling, semuanya hutan dan hijau.. adalah sedikit rumah. Kasih naik pelik, ke mana sebenarnya mereka mahu pergi.
“Tak, Insya ALLAH tak lama lagi nak sampailah ni.”
“Nak bawa balik kampung awak ke ni?” tanya Kasih lagi.
“Tunggulah sampai nanti.”
Kasih malas nak bertanya lagi, matanya pula sudah seakan mengantuk. Lama kelamaan, matanya sudah tertutup.

“Kasih, bangun Kasih.. bangun..” Amar membangunkannya.
Kasih buka mata dan pandang sekeliling. Ada sungai di depannya, kemudian sawah padi menghijau. Kasih pelik, di mana mereka berada, dari jauh Kasih nampak budak bermain layang-layang. Segera Kasih buka pintu kereta dan keluar.
“Nak buat apa dekat sini? Awak nak memancing ke?” tanya Kasih.
“Awak nak tahu, inilah Sungai Lui.. sekarang ni kita berada di Hulu Langat Selangor. Cantik kan tempat ni. Awak tahu kan lagu Sungai Lui nyanyian Aizat tu..” Amar memandang sekeliling.

Kasih pandang ke kiri dan ke kanan. Air sungai mengalir tenang. Angin pula bertiup sepoi-sepoi bahasa. Kemudiannya mereka berdua ke tepi sungai dan duduk di sebatang kayu.

“Kasih suka tempat ni. Aman je rasa. Tapi, kita nak buat apa dekat sini?” tanya Kasih pelik.
“Kejap.”
Kasih pandang Amar menuju ke kereta. Kemudian dia nampak Amar buka bonet kereta dan ambil gitar lalu menuju ke arahnya.

“Awak nak buat apa dengan gitar tu?”
“Nak nyanyilah.. apalagi.. takkan nak buat perhiasan pula.”
“Awak nak nyanyi? Boleh ke? Jangan ke sungai tu sudah..” Kasih senyum-senyum menyindir.
“Bolehlah sikit-sikit serupa katak panggil hujan..” Amar berseloroh.
“Cepatlah.. nak nyanyi lagu apa ni?”
“Tringg..” kedengaran bunyi gitar dipetik.

Kasih tunggu suara Amar keluar... rasa lawak pula datang jauh-jauh lepas tu nak dengar Amar menyanyi.
 
“Pejamkan matamu untukku... Dengarlah dunia berkata-kata.. Usah kau ragu di sini tempatmu... Walau berubah di mata kita tetap indah... Selagi kau masih percaya...”

Kasih dengar suara Amar menyanyi lagu tersebut sampai habis, boleh tahan juga suara dia. Kasih senyum sendiri.
Usai menyanyi, Amar letak gitar di tepi, dia pandang sungai lui yang mengalir deras dan kadangkala perlahan.

“Kenapa berhenti menyanyi? Nyanyilah lagi..” pinta Kasih bila tak dengar petikan gitar.
“Amboi, tadi tanya boleh nyanyi ke tak. Tak naklah, saya simpan suara sedap saya ni.”
“Perasaan.”
“Awak tahu tak, perasan tu bagus tau. Macam perasaan saya kat awak.” Amar lebih serius.

Suasana jeda. Kasih diam kemudian bergerak ke tempat lain pura-pura tidak mendengar kata-kata Amar. Kemudiannya Amar mendekatinya.

“Awak marah saya cakap macam tu? Awak dah berpunya ke Kasih?” tanya Amar lagi.
“Terlalu awal untuk kita cakap pasal benda tu semua Amar. Saya pun tak kenal awak lagi.”
“Saya sebenarnya tak suka nak bawa anak gadis orang jalan sana sini. Saya lebih suka kalau hubungan kita ni halal.” Amar makin serius.
Kasih pandang Amar. Entah, ada sedikit kegusaran di hati Kasih. Tiba-tiba dia rasakan sesuatu yang lain, bukan pada Amar, tapi pada orang lain.

“Amar, bagi saya sikit masa. Please.”
“Tapi jangan lama-lama ya. Kalau awak tolak pun saya redha saja. Saya kan kurang hensem sikit..” sempat pula Amar berjenaka.
“Awak ni!” Kasih menjelingnya.
“Janganlah marah, saya gurau aje. Marah tu ertinya suka tau..”
“Jadi kalau suka tu ertinya marah?”
“Bukan, kalau suka tu ertinya lebih suka.”
“Awak!”
“Dah awak tanya, saya jawab ajelah. Saya ni manalah pandai berbelit-belit ni. Saya cakap straight aje.” Amar berterus-terang walaupun sebenarnya dia sedikit hampa dengan jawapan Kasih di awal tadi.
“Awak percaya pada cinta pandang pertama?” tanya Kasih tiba-tiba.
“Saya percaya.”
“Saya juga percaya.”
“Maksud awak, awak cinta pandang pertama dengan orang lain ke?” tanya Amar tiba-tiba.

Kasih diam.

“Tak apa kalau awak tak nak jawab. Saya bercakap dengan sungai ni aje, hai sungai.. hari ni awak nampak jernih, awak mandi hari-hari ya?” 

Kasih tergelak bila mendengar Amar cakap sedimikian, macam-macam saja lawak spontan yang Amar buat. Kalau masuk Raja Lawak, sah-sah lepas... lepas apanya, lepas ke laut. 

Amar pandang Kasih sekilas, jauh pandangan Kasih. Amar faham, ini bukan masanya untuk meluah perasaan bagai, dia tahu Kasih ada seseorang dan seseorang itu bukan dia... namun jauh di sudut hati, Amar berharap... berharap agar Kasih masih boleh nampak dirinya.
‘Ya ALLAH, andai kau takdirkan aku bersama wanita di sebelah ku ini bersamaku sehingga ke akhir hayatku.. kau permudahkanlah segala urusan kami untuk bersatu.. Aaammiinnn...’ Amar berdoa dalam hati dengan penuh harapan, kemudian dia pandang sungai lui yang mengalir sama seperti perasaannya kini.

bersambung....

8 comments:

Kasieh Azieah said...

Sweetnya Amar, direct! no cilok2..hmmm

Syah Shah said...

Bagus Amar, bagus. LElaki mesti kena berani! Heheheheh

Kasih ni.. Hmm... Hmm... Amar sikit punya gentle tu, boleh pulak tangguh-tangguh jawapan. Ish ish ish ishhhhh...

Amar, sila usaha lebih sikit! JAngan pasrah je. Haha~

Fatrim Syah said...

Kasieh Azieh ~ Direct lah best kan. Aish! Si Kasih tu... ada sumthing2 je..

Syah Shah ~ Amar ni adik beradik tiri Daus. Tapi tulah, semangat Daus tu tak banyak sgt dalam diri dia. Apapun, kita doakan dia sentiasa berusaha dan usaha! ^__^

Thanks u alls.. selalu singgah komen. Sangat hargainya. ^__^

Syah Shah said...

Amar, nak Daus tolong? Hahahahah :P

Fatrim Syah said...

Amboiii... sang penulis Amar ngah study karektar Daus lah ni. Shh.. shh.. ekeke.. la la la la la la.. :D

Unknown said...

Amar so sweet...baru la gentleman nme nye..hep kasih trme la amar

Fatrim Syah said...

Terlebih dahulu, terima kasih nurul nuqman sudi singgah baca dan komen sekali. Maaf atas kekurangan yang ada, masih dalam proses belajar.

Amar memang sweet dan gentle, harap2 lah Kasih nampak dia...

Mr Hijack said...

Wahhhh...! amar... kelihatan ke gentlemannya tuh.. terbaek lah Amar...! cepat2 pikat taw... gambatte!