~Group FB Coretan Hati Ke Jemari (Fatrim Syah)~~

Saturday 1 February 2014

NOVEL GAUN CIK BOS TUXEDO MR SECRETARY (BAB 7)


BAB 7

SEMINGGU kemudian Khalisah dibenarkan keluar daripada hospital. Dato’ Mazil dan Aril menjemputnya di hospital. Sampai saja di rumah, Khalisah naik ke biliknya untuk berehat, luka di dahinya cuma sedikit sahaja. Pelik juga kenapa dia ditahan di wad selama seminggu. Namun dalam masa yang sama dia faham, mungkin ayahnya sengaja menyuruhnya berehat di hospital bagi mengurangkan tekanan kerja. Dalam seminggu itu juga telefon bimbit Khalisah diambil ayahnya. Masuk saja ke dalam bilik, Khalisah mengambil telefon bimbitnya yang berada di atas meja.
“Helo Fida. Office okey?”
Office okey. Lisa, kau dah keluar hospital? Kau dah sihat ke tu?” Rafida bagai terkejut apabila Khalisah menghubunginya.
“Fida, rileks. Bertenang. Aku okey, aku dah balik rumah dah pun. Luka sikit saja, ayah aku yang nak aku dalam wad tu seminggu.”
“Bagus juga. Boleh berehat. Kau tu yang workaholic sangat, kesihatan tu pun penting Lisa.” Rafida menasihat.
“Ya Fida motivatorku, sahabat tercinta. Okeylah, esok aku datang office.
Really? Okey. I`m waiting.” Rafida gembira.
Khalisah meletakkan telefonnya. Kemudian dia membaringkan diri di katilnya yang sudah lama ditinggalnya. Namun, masih berfikir mengenai orang yang menyelamatkannya malam tersebut. Mahu saja dia berterima kasih, tapi bagaimana? Dia sendiri tidak kenal orang tersebut, dia sudah lupa apa yang berlaku malam itu, bangun-bangun saja sudah di katil hospital.
Di suatu tempat, Adam berada di luar bagi menghadiri beberapa lagi sesi temuduga. Memandangkan hampir hujung tahun, banyak syarikat yang mengadakan pengambilan pekerja. Peluang seperti itu mesti dimanfaatkan Adam. Rasa-rasanya 20 temuduga yang sudah dihadirinya tetapi tiada satupun yang lepas, seolah-olah untuk mendapatkan pekerjaan itu adalah satu badi. Kalau bukan kerana kerjanya sebagai penyanyi di restoran mewah itu entah apa kehidupan Adam sekarang. Takkanlah meminta bantuan ibu bapanya di kampung. Kalau kecik lagi tak apalah juga. Adam mengisi borang permohonan yang acap kali diisinya itu. Kemudian menunggu namanya dipanggil.  
“Adam bin Rashid.”
Belum panas tempat duduknya, namanya sudah dipanggil. Adam masuk, penemuduga itu terdiri daripada dua orang lelaki, Adam berharap sangat agar kali ini dia mendapat pekerjaan. Adam mengambil tempat duduk. Usai menjawab beberapa soalan yang sudah biasa dijawab Adam, Adam diminta menunggu sehingga dihubungi kembali. Terma-terma yang sudah dihafal Adam dalam temuduga. Adam kemudian meninggalkan syarikat tersebut. Dari riak muka penemuduga dia sudah tahu mereka sudah menemui calon, biasalah kalau syarikat besar, sengaja membuka sesi temuduga, kononnya mahu berlaku adil padahal calon sudah ditetapkan.
Semasa Rafida sedang memandu ke arah sebuah bank dia ternampak motor Adam. Seolah terkena renjatan elektrik, Rafida memberhentikan kereta dan memandang ke kiri dan ke kanan melihat kalau-kalau Adam berada berhampiran. Apabila terdengar bunyi hon kereta dari belakang barulah Rafida sedar dia memberhentikan kereta. Cepat-cepat Rafida mencari mana-mana parkir yang kosong. Lantas saja, Rafida keluar, takut-takut kalau Adam sudah beredar, lagipula  dia meletakkan kereta agak jauh. Rafida berjalan pantas. Nampak saja Adam mendekati motor, Rafida bergerak lebih pantas.
“Encik Adam, tunggu! Tunggu kejap!” Rafida berteriak di seberang jalan. Mahu terkejut Adam terdengarnya. Segera Rafida berjalan pantas walaupun kasut tumit tinggi yang dipakainya waktu itu menggigit tumit kakinya.
‘Alamak, dia ni lagi. Mesti dia tanya kenapa aku tak datang temuduga tu.. adeh..’ gumam Adam sendirian.
Rafida sampai ke tempat Adam. “Kenapa tak datang interview? Awak tak sudi yea?” Rafida bertanya seperti telahan Adam.
“Bukan tak nak pergi, nak. Tapi kebetulan anak saya sakit. Saya minta maaf.” Adam menjawab.
Sekali lagi seolah terkena tamparan hebat, Rafida terkejut. Adam mempunyai anak? Maksudnya dia sudah berumahtangga. Namun demikian, Rafida tetap menunjukkan tahap profesionalnya.
“Owh. Anak awak sakit. Takpelah, tapi kerja tu belum diisi lagi tau. Sekarang ni, saya yang jadi setiausaha sementara boss saya.”
“Tapi, boleh ke saya?” Adam ragu-ragu.
“Saya rasa awak boleh. Awak datang ya esok, jam 9 pagi.” Rafida membidas lantas membuatkan Adam mati kata.
“Insya ALLAH.”
Rafida senyum menuju ke dalam bank, sementara Adam menghidupkan motosikalnya. Rafida sempat menoleh ke belakang.
‘Macam tak caya dia tu dah beristeri. Muda-muda lagi dah beristeri. Entahlah maybe kali ni aku memang silap. Takpelah, aku dah janji, jadi aku mesti tolong,” gumam Rafida sendirian, ada juga sedikit hampa di hati, tapi dia pun belum kenal benar dengan Adam, manalah tahu lelaki itu propa sahaja.
**********
KEESOKANNYA di Syarikat Seria Holdings Rafida menunggu kedatangan Khalisah. Dia sengaja datang awal ke syarikat menanti kehadiran kawan baiknya itu. Seperti yang terjangka, Khalisah terpacul jua di pejabat itu.
“Kau lebih awal dari aku? Ke, you tidur office malam tadi Fida?” Khalisah bertanya sebaik terjumpa Rafida.
“Ish, takdelah. Saja aku datang awal. Maaflah tak datang jenguk kau kat hospital. Aku busy dekat sini.”
“Takpe, aku faham. Jom!” Khalisah membawa Rafida masuk ke dalam bilik pejabatnya.
 So, seminggu di hospital. Banyak cantik rehat free.” Rafida menyindir.
Khalisah menekan butang on komputer dan melihat Rafida. “Amboi. Patutnya kau ucapkan tahniah aku kembali. Aku hampir mati malam tu.”
“Apa, apa maksud kau?!” Rafida ingin tahu, dia nampak terkejut. Iyalah, dia belum mendengar cerita penuh daripada Khalisah apa yang berlaku malam itu, sampaikan Mona dan Kirana marah kepadanya kerana tidak sempat melawat.
“Malam tu aku singgah 7-eleven beli panadol lepas aku hantar kau balik. Masa aku keluar aku terlanggar satu mamat ni, aku jatuh, aku marah dia kaw-kaw. Tiba-tiba ada kereta datang dari depan masa aku nak ke kereta, nasib baik ada orang tolak aku ke tepi, lepas tu aku dah pengsan. Bangun-bangun dah dekat hospital, nampak muka ayah aku dan abang Aril.” Khalisah bercerita panjang lebar.
“Wah, ada superhero. Kan aku dah kata dulu, dekat KL ni memang ada Keluang Man.” Rafida bergurau.
“Fida, boleh tak serius sikit. Aku cerita betullah.” Khalisah marah.
“Ala, aku main-main je. Tapi siapa yang selamatkan kau? Bertuah kau diselamatkan olehnya.”
“Entah. Lelaki ke perempuan aku tak tahu, kalau aku jumpa orangnya sah-sah aku ucap terima kasih.”
“Yang penting kau selamat, Alhamdulillah. By the way, aku nak bagi tahu kau ni. Aku dah jumpa calon secretary untuk kau tu semalam. Mungkin dia datang temuduga hari ni.” Rafida memberitahu.
“Mungkin? Jangan mungkir sudahlah. Jam berapa dia nak datang? Jangan tak jadi pula, penat menunggu macam hari tu.” Khalisah bertanya.
“Aku cakap jam 9 pagi mesti dah datang, ada lagi setengah jam. On the way kot.” Rafida menjawab.
“Okey. Lelaki ke perempuan?”
“Kenalah tunggu. Aku ada benda nak  uruskan. Nanti bila dia dah datang aku inform dekat kau.” Rafida terkocoh-kocoh meminta diri.
“Sampai ni pun nak berahsia lagi dengan aku, Fida.. Fida..” Khalisah mengherot mulut memandang kawan baiknya itu, nampak pelik perangainya. Entah siapalah calon setiausaha yang dibawanya itu, harap-haraplah boleh diharapkan.
Tepat jam 9.00 pagi. Adam sampai ke Syarikat Seria Holdings. Dari kejauhan lagi, Rafida nampak kelibat Adam yang berpakaian kemas dan agak terkulat-kulat untuk masuk ke dalam. Tapi, apabila ternampak Rafida, langkahnya menjadi yakin.
‘Datang juga dia, ingat tak datang,’ gumam Rafida sendirian yang sudah menunggu di sana, macam VIP tu, siap tunggu lagi.
Rafida kemudian menemuinya.
“Encik Adam, selamat datang. Ingatkan tak jadi datang. Masuklah, saya dah sediakan borang ni.” Rafida memberikan Adam borang untuk diisi.
“Boss awak sendiri yang akan temuduga saya? Mana calon lain?” Adam bertanya.
“Ya, boss saya yang akan temuduga awak. Beberapa minggu lepas memang ramai yang datang. Tapi sampai sekarang boss saya tak jumpa lagi  calon yang mahu diambil bekerja.”
“Iya ke? Kira try lah ni.”
“Bukan susah, yakinkan saja boss saya tu. Lagipun dah berminggu kami cari calon secretary ni. Penat dah letak iklan dengan newspaper.”
“Insya ALLAH. Saya akan cuba yang terbaik.” Adam melempar senyuman keyakinan. Jantung Rafida tiba-tiba bergetar.
‘Astagafirullahalazim... laki orang, laki orang..’ Rafida beristigfar dalam hati.
“Mana tempatnya?” Adam bertanya membubarkan lamunan Rafida.
“Okey. Jom.”
Rafida membawa Adam masuk ke dalam pejabat dan dikehendaki menunggu di salah satu ruang sementara Rafida masuk ke dalam bilik pejabatnya.
“Lisa. Calon setiausaha yang saya bagitau tu sudah menunggu.” Rafida memberitahu melalui interkom.
“Okey. Bagi dia masuk.” Khalisah memberi arahan.
Segera Rafida keluar dan menemui Adam, “Awak boleh masuk, good luck tau. Awak boleh punya!” Rafida memberitahu Adam, sempat juga mengucap selamat berjaya.
“Terima Kasih.”
Adam meneruskan langkah dan menuju ke bilik temuduga yang dimaksudkan Rafida dengan perasaan berdebar-debar dan dia berdoa moga kali ni rezeki menyebelahinya. Memandang saja pintu bilik tersebut, adrenalin jantungnya bagai bergerak laju, masa itu juga dia disinggahi peluh. Tapi seperti sebelumnya, dia akan cuba membuat yang terbaik. Demi dia dan demi Danish.
“Bismillahirrahamanirrahim.. ”
Adam kemudian memusing tombol pintu bilik tersebut dan masuk ke dalam dengan yakin.
“Selamat Pagi Puan.”

VIDS PROMO NOVEL


P/S ---> Novel telah pun terbit. Boleh mendapatkannya dengan Kaki Novel atau kunjungi Kedai Buku MPH & Popular Bookstore serta kedai berdekatan anda untuk mendapatkannya. :)

No comments: