~Group FB Coretan Hati Ke Jemari (Fatrim Syah)~~

Saturday 1 February 2014

NOVEL GAUN CIK BOS TUXEDO MR SECRETARY (BAB 6)

BAB 6

HAMPIR seminggu Adam tidak bekerja kerana menjaga Danish. Malam itu dia perlu kembali bekerja, kalau tidak mana nak dapat duit, bayar sewa rumah, susu Danish dan sebagainya. Sebelum itu dia menghantar Danish ke rumah Kak Pah. Nadia mengambil Danish. Kanak-kanak berumur tiga tahun itu seakan faham akan kerja ayahnya. Adam menaiki motosikal dan ke tempat kerjanya. Motosikal itu sudah tidak kelihatan lagi seperti motosikal rxz cabuknya dulu, lelaki yang menolongnya bukan saja membaiki malah upgrade motosikal itu sedikit. Sampai di restoran, Encik Wahab selaku pengurus restoran sudah menunggunya.
“Maaf Encik Wahab, lama saya tak datang kerja.” Adam meminta maaf.
“Takpe Adam. Saya faham. Saya pun ada anak juga. Anak kamu sudah sihat ke?” Encik Wahab bertanya.
“Sudah encik. Masa saya takde, siapa yang nyanyi?”
“Mana ada orang yang lebih hebat dari kamu Adam. Kita main band saja tanpa penyanyi. Alhamdulillah kamu sudah kembali.” Encik Wahab kelihatannya senang dengan kehadiran Adam.
“Terima Kasih Encik Wahab.”
“Sama-sama.”
Adam memulakan kerjanya, ramai juga pelanggan malam itu. Tugasnya sebagai penyanyi di restoran mewah itu memang rutinnya, Adam akan terasa seperti kehilangan jika tidak menyanyi di situ. Hingga lewat jam 12 malam, akhirnya kerja Adam selesai. Apa yang berada di fikiran Adam adalah agar dia cepat sampai di rumah menemui Danish.
Berhampiran tempat itu Khalisah baru saja habis makan malam bersama Rafida. Lewat mereka balik kerana asyik bersembang. Selepas menghantar Rafida dia singgah sekejap di kedai 7-eleven yang berdekatan untuk membeli panadol dan selepas itu dia keluar secepatnya. Adam juga berada di dalam kedai tersebut kerana mahu membeli minuman. Adam kemudiannya menuju ke luar sambil sibuk menaip pesanan ringkas kepada Kak Pah memberitahu dia sudah habis bekerja sekaligus bertanya keadaan Danish. Dia langsung  tidak ternampak Khalisah yang baru keluar dari kedai tersebut dan mereka tiba-tiba terlanggar.
“Aduh. Hei! Buta ke?” Khalisah terjatuh.
“Maaf, maaf cik, saya tak sengaja tadi.” Adam meminta maaf dan menghulur tangan ingin membantu.
Khalisah menolak tangan Adam lalu berdiri dan lantas memarahi Adam. “Hei. Awak jalan tak guna mata ya?”
“Dah! Saya tak nak bertekak dengan awak!” Adam mengalah.
Mata Khalisah terbeliak dan memandang tajam Adam. Adam juga marah dan melihat Khalisah. Namun, sebaik terpandang wajah Khalisah, Adam terkejut, itu perempuan yang ditemuinya beberapa minggu lalu, perempuan itu mirip wajah Syakila, bekas kawannya di kampung. Adam hanya berdiam, Khalisah juga tersentak bila melihat wajah Adam. Ada sesuatu sedang berputar di kepalanya. Rasa seperti dia mengenali lelaki itu, rasa seperti..Ah! Malas mahu difikirkannya. Khalisah berpaling lalu menuju ke keretanya di seberang jalan.
‘Perempuan gila tu tak mungkin Syakila,’ gumam Adam sendirian, dia membuka tin minuman sambil kemudian melihat ke arah Khalisah.
Tiba-tiba sebuah kereta yang pantas menuju ke arah Khalisah.
“Ke tepiii!!!” teriak Adam.
Adam panik dan berlari menyelamatkan Khalisah. Mereka berdua terhumban ke tepi, dahi Khalisah terkena pembahagi jalan dan dia terus pengsan. Adam bangun dan melihat Khalisah pengsan. Nasib baiklah sebuah teksi kebetulan lalu di situ, Adam menahan dan  Khalisah terus dibawa ke hospital. Adam rasa sangat bersalah.
Dalam keadaan panik, Adam mengambil tas tangan Khalisah yang erat dipegangnya. Nasib baiklah telefon bimbit Khalisah tiba-tiba berbunyi. Adam mengambil dan menjawab panggilan tersebut.
“Helo. Lisa kat mana tu?” Seseorang bercakap di talian.
“Maaf Encik. Saya bukan Lisa.”
“Siapa awak? Mana Lisa? Mana anak perempuan saya!?” suara lelaki itu meninggi.
“Kami dalam teksi menuju ke hospital. Tadi anak cik hampir dilanggar kereta.”
“Asatagafirullahalazim...”
 “Kami menuju ke HKL.” Adam memberitahu.
“Saya akan ke sana.” Lelaki itu berkata tegas dan mematikan telefon bimbitnya.
Sangsi Adam hilang, Ah! Memang dia bukan Syakila. Syakila sudah lama tiada. Sebentar kemudian, teksi sudah sampai di hospital. Adam ke kaunter, jururawat membawa troli dan mengangkat Khalisah lalu membawanya masuk ke dalam wad kecemasan. Adam pula menunggu di luar wad. Beberapa minit kemudian Adam melihat dua orang lelaki, seorang separuh umur dan seorang lagi awal 30-an. Lelaki separuh umur itu seperti dikenalnya, dia lelaki yang menolongnya tempoh hari. Mereka ke kaunter dan bertanya kepada jururawat bertugas.
“Di mana wad anak saya. Khalisah binti Dato’ Mazil?” tanya Dato’ Mazil cemas, nafasnya turun naik memikirkan keadaan anaknya.
“Dia sedang dirawat Tuan. Tuan boleh tunggu di sana.”
Uncle, sabar uncle, sabar.”
Adam terdengar lelaki itu menyebut nama Khalisah dan  dengan rasa bersalah Adam mendekati mereka.
“Assalamualaikum?”
“Waalaikumsalam.” Dato’ Mazil berpaling.
“Kamu, apa kamu buat dekat sini? Anak kamu masih lagi sakit?”
“Tak, dia dah sihat.”
Aril memerhati wajah Adam, seolah dia mengenali lelaki itu. Walau sudah 15 tahun berlalu, dia tetap kenal setiap inci wajah Adam bin Rashid yang amat dibencinya itu.
“Sebenarnya anak encik dengan saya.”
“Apa maksud kamu? Kamu apa-apakan dia ya!” Aril masuk campur kerana cemburu memikirkan Adam keluar dengan Khalisah.
“Tak, bukan macam tu, saya cuma selamatkan dia.” Adam cuba mempertahankan diri.
“Takpe Aril, takpe. Tadi uncle dah bercakap dengan dia di telefon. Awaklah Adam yang jawab call tadi?” Dato’ Mazil melerai kemarahan Aril.
“Ya, saya Adam, Adam  Rashid.”
Berdesing telinga Aril, umpama hendak pecah gegendang telinganya. Sangkaannya tepat, dia memang Adam yang dikenalinya. Aril sedikit panik tetapi tetap menunjukkan wajah tenang.
“Saya Dato’ Mazil, ini Aril anak saudara saya.” Dato’ Mazil memperkenalkan diri.
“Aril.” Aril menyalam tangan Adam endah tak endah.
Beberapa minit kemudian doktor keluar. Doktor itu sememangnya mengenali Dato’ Mazil.
“Doktor, macamana keadaan anak saya?”
“Baik Dato’. Luka sedikit saja dan mungkin dia agak penat bekerja.”
Dato’ Mazil terfikir seketika beban kerja berat anaknya Khalisah.
“Terima Kasih doktor.”
“Sama-sama Dato’, saya pergi dulu ya, ada patient lain lagi..”
“Okey.”
Dato’ Mazil dan Aril bersama Adam masuk untuk melihat Khalisah. Tiba-tiba Aril menegah Adam. Adam terkejut, dia sudah tahu lelaki itu akan menegahnya. Adam pasrah, dia tidak masuk. Namun demikian, Dato’ Mazil menoleh.
“Adam, masuklah sekali.”
Aril tersentak dan menjeling tajam Adam. Mahu tidak mahu Adam terpaksa juga masuk. Dato’ Mazil duduk di sebuah kerusi di sebelah Khalisah dan memandangnya. Khalisah sedang lena tidur. Dato’ Mazil memandang Khalisah, timbul rasa bersalah dalam hatinya, kalaulah Khalisah bersuami, mungkin beban Khalisah akan berkurangan, tetapi dia faham, Khalisah bukannya seorang yang mudah untuk dipasang-pasangkan. Dato’ Mazil menghormati setiap keputusan Khalisah.
“Saya keluar kejap.” Adam bersuara, Dato’ Mazil mengangguk.
Beberapa minit kemudian Adam meminta diri dan ke bilik air, seketika kemudian Aril juga masuk ke dalam bilik air. Adam mencuci wajahnya, jam pada masa itu sudah hampir 2 pagi. Risau juga dia dengan Danish tapi rasa bertanggungjawabnya pada anak Dato’ Mazil juga difikirkan. Adam melihat Aril masuk dan ke singki di sebelahnya.
“Aku kenal kau siapa. Kau jangan cuba nak berangan ya.”
“Apa maksud kau? Aku tak kenal kau pun.”
“Itu kau tak perlu tahu. Aku nak kau jangan dekat dengan keluarga Dato’ Mazil terutamanya Khalisah. Kalau tak nahas kau!” Aril memberi amaran keras.
“Tapi..”
“Tiada tapi-tapi. Ingat, aku dah bagi kau amaran Adam bin Rashid!”
Aril menjeling ke arah Adam. Mata mereka memandang tajam, Adam seperti kenal jelingan tajam itu, jelingan tajam itu seperti mirip jelingan seseorang. Aril kemudiannya keluar dari situ meninggalkan Adam. Adam memikir-mikir, kenapa dia harus takut, dia bukan salah apa-apa. Adam kemudiannya kembali ke wad. Sampai di sana, Aril terkejut, Adam masih berani memaculkan wajahnya. Adam kemudian mendekati Dato’ Mazil.
“Maaf Dato’, saya kena balik, saya risaukan anak saya.”
 “Baiklah. Terima Kasih Adam.”
“Sama-sama. Saya minta diri Dato’, Aril.” Aril buat tak tahu dan menjelingnya tajam. Pelik kelakuan lelaki itu fikir Adam. Tapi Adam faham, mungkin Aril itu teman lelaki Khalisah, sebab itu dia sedikit bimbang.
Adam meninggalkan klinik itu dengan cepat. Namun Aril tetap memerhatikannya, dia mengekori Adam hingga keluar. Dia melihat Adam menghidupkan motosikalnya dan pergi dari situ.
“Assalamualaikum Kak Pah. Assalamualaikum...”
Adam menunggu beberapa minit, dia faham, mungkin Kak Pah sudah tertidur menunggunya pulang. Almaklumlah, ketika itu sudah lewat jam 3 pagi. Kak Pah kemudiannya membuka pintu.
“Kamu ke mana Adam? Masuklah.”
“Maaf Kak Pah. Tadi Adam tolong anak lelaki yang tolong Adam hari tu, anak dia hampir kena langgar kereta.”
“Owh macam tu. Tak apa-apa ke dia? Adam, dah jam 3 pagi ni. Kamu baliklah, biarlah Danish tidur dekat sini.”
“Dia tak apa-apa. Kalau macam tu, biar saya sekali tidur dekat sinilah.” Adam meminta.
“Ish kamu ni, dekat rumah ni ada Nadia tau, tak baik jiran pandang. Kamu baliklah.”
“Tapi Kak Pah.. Danish..”
“Yalah-yalah, kamu angkat dia pelan-pelan, kang dia tersedar payah pula kamu nak tidurkan balik. Ni, bawa sekali nasi tomato tu, tadi Nadia buat untuk kamu, tunggu punya tunggu, dia pun tertidur sekali.”
“Terima Kasih Kak Pah.”
Adam mengangkat Danish. Diciumnya anak comel itu. Kemudian dibawanya nasi tomato yang dibuat Nadia.
“Saya pulang dulu Kak Pah. Terima Kasih kak.”
“Sama-sama. Makan nasi tu.”
“Ya kak. Terima kasih jaga Danish.”
Kak Pah mengangguk, Adam membawa Danish perlahan-lahan. Sampai di rumahnya, Adam membuka pintu dan terus meletakkan Danish ke dalam bilik. Adam menutup pintu dan makan nasi tomato yang sudah sejuk itu, sekadar untuk menunaikan permintaan Kak Pah, bagi Adam tak baik berjanji kalau tidak dipenuhi. Adam makan sedikit dan kemudian masuk ke dalam bilik, dia melihat Danish tidur lena. Adam mengingati kejadian tadi, dia cuba ingat siapa Aril, tapi dia habis fikir. Mungkin lelaki itu kuat cemburu agaknya. Cemburu buta tak bertempat, lagipun, manalah Adam dapat mendampingi wanita secantik dan sekaya itu. Adam geleng kepala sendiri, malas ambil kisah hal-hal seperti itu. Apabila terpandang wajah Khalisah tadi, dia teringat pada kejadian yang berlaku hampir 15 tahun lalu.
********
ADAM dan kawannya Hairi melihat seorang kanak-kanak perempuan bersama keluarganya baru berpindah ke kampung mereka.
“Adam, siapa yang pindah dekat rumah Pakcik Tahir tu?”
“Entah. Mungkin orang baru kot, tak pernah nampak.”
Adam dan Hairi memerhatikan seorang kanak-kanak perempuan memegang patung teddy bear memerhatikan ayah dan ibunya lalu masuk ke dalam rumah.
“Comel kan budak tu Adam.”
“Bolehlah. Wah, kau minat dia ya?”
“Takdelah.”
“Dia boleh jadi geng kita.”
“Kau biar betul Adam, dia nak ke panjat pokok, main lumpur, terjun sungai dengan kita?”
“Kau ni Hairi, takkan kita nak paksa dia pula.”
Hari persekolahan pada hari isnin itu seorang murid baru diperkenalkan oleh guru kelas mereka Cikgu Aisyah.
“Salam semua. Ini Syakila Arshad, dia baru pindah dekat sini. Syakila, ambil tempat duduk kamu sebelah Sarah yang kosong tu.”
“Baik cikgu.”
“Hairi, budak semalam,” tegur Adam.
“Tak sangka dia satu kelas dengan kita kan?”
“Yalah. Kalau macam ni senang kita nak ajak dia masuk geng kita.” Adam memandang Syakila dari jauh.
“Kau ni Adam, kau tengoklah betapa bandarnya budak tu. Manalah dia nak kawan dengan budak lelaki. Apalah kau ni.”
“Belum cuba belum tahu.”
Waktu belajar dirasakan panjang oleh Adam. Dia mahu berkenalan dengan budak perempuan itu. Semasa pulang dari sekolah, Adam cepat-cepat mengejar budak perempuan tersebut.
“Syakila, Syakila, tunggu..”
“Sarah, siapa tu?” Syakila hairan budak lelaki itu memanggil namanya.
Sarah menoleh ke belakang. “Owh, dia tu Adam. Anak cikgu Rashid yang mengajar Matematik tu.”
Adam berlari dan tercungap-cungap sampai di hadapan Syakila dan Sarah.
“Kau nak apa ni Adam?” Sarah bertanya.
“Saya nak berkawan dengan Syakila.” Adam berterus terang.
“Awak?” Syakila terkejut.
Adam memandang wajah Syakila. “Kenapa, tak boleh kah?”
“Bukan tak boleh, tapi awak lelaki, mak kita tak bagi kita kawan dengan lelaki.” Syakila memberi alasan kukuh
“Hairi dan Lokman tu tak cukup lagi ke?” Sarah menyebut beberapa nama.
“Masuklah geng kami.” Adam tetap saja memujuk.
Syakila cuba mengelak. “Geng apa pula ni. Aku tak mahulah. Sarah, jom!”
Semantara itu tidak jauh dari situ.
“Kau tengok tu Lokman, si Adam tu memang muka tembok kan?”
“Dia memang.”
“Muka macam burung gagak, ada hati nak merak di kayangan.” Hairi menyindir.
“Dahlah, jom kita sergah dia.”
“Adam!!!”
“Hoi! Kamu ni kenapa?” Adam terkejut dan hampir menendang mereka berdua.
“Adam, daripada kau nak ajak Syakila tu geng dengan kita lebih baik kita terjun sungai, jom!”
“Ah! Aku malaslah, aku nak buat homework, UPSR dah nak dekat ni.” Adam memberi alasan.
“Macam-macam alasanlah kau ni Adam.”

SUATU petang semasa Syakila dan Sarah sedang bermain, Adam menyorok dan memerhatikan mereka daripada jauh.
“Sarah, dah nak petang ni. Jom kita balik.” Syakila mengingatkan.
“Jom!”
Syakila berlari ke arah jalan raya. Adam ternampak sebuah kereta bergerak pantas, dia meluru dan menyelamatkan Syakila.
“Syakila!!!! Adam berteriak.
Syakila selamat, Adam pula pengsan, kaki dan tangannya berlumuran darah.
“Adam, bangun Adam. Bangun...” Syakila menangis-nangis melihat keadaan Adam. Sarah ketakutan dan segera balik ke rumah.
“Tolong!! Tolong!!!” Syakila berteriak.
Tidak lama kemudian, kebetulan kereta ayah Syakila lalu. Dia memberhentikan kereta dan turun apabila ternampak Syakila menangis di tepi jalan. Terkejut ayahnya melihat seorang kanak-kanak lelaki berlumuran darah.
“Astagafirullahalazim... Apa dah jadi ni Kila? Kenapa boleh jadi macam ni?” tanya ayahnya sedikit panik.
“Abah, budak ni selamatkan Kila. Abah, bawa dia ke hospital bah. Cepat!!” teriak Syakila.
Ayah Syakila terkejut melihat keadaan Adam lantas membawanya ke dalam kereta dan menuju ke hospital.
Sampai di hospital Adam dimasukkan ke dalam ICU. Beberapa minit kemudian ayah dan ibu Adam datang.
“Mail, mana anak aku?” tanya ayah Adam yang memang mengenali ayah Syakila.
“Anak kau masih kat dalam Rashid.”
“Kenapa boleh jadi macam ni Syakila?” tanya ibu Syakila yang baru sampai.
“Tadi ada kereta nak langgar Syakila, Adam selamatkan Syakila.” Jawab Syakila yang masih ketakutan.
“Astagafirullahalazim...” Ibu Adam beristigfar sehingga mahu pitam.
“Rokiah, Rokiah..” Ayah Adam memegang isterinya yang hampir pengsan dibantu ibu Syakila.
Sejam kemudian doktor keluar.
“Macamana anak saya doktor?”
“Anak encik selamat, cuma tangan kanan dan kaki kirinya patah.”
“Boleh kami masuk?”
“Sila.”
Tiga hari kemudian barulah Adam tersedar. Puas dia dibebel oleh ayah dan ibunya, namun dia tetap tersenyum. Syakila pula berasa bersalah dan menemani Adam di hospital. Sebulan kemudian, Adam sembuh dan ke sekolah seperti biasa, dia juga telah berkawan dengan Syakila semenjak insiden tersebut.
 “Pang!”
Sudu yang dipegang Adam terjatuh ke lantai. Adam tersentak. Adam mengimbas kenangan silam yang tidak dapat dilupakannya saat pertama dia mengenali Syakila. Adam tidak mahu ingat yang lainnya kerana kehilangan Syakila dalam hidupnya memberi tamparan dalam hidupnya yang takkan mungkin dapat dilupakan. Adam membasuh pinggan dan terus masuk ke bilik. Sampai di bilik, Adam mengambil telefon bimbitnya. Terdapat satu pesanan ringkas dari nombor peribadi. Adam membuka dan membaca pesanan ringkas tersebut.
Jangan percaya apa yg dilihat, ia mungkin mengaburi. Jangan melihat pada kebenaran yg satu, ia mungkin menjerumuskan…’
Adam pelik dan menutup telefon bimbitnya, malas dia memikirkan pesanan ringkas (sms) itu. Fikirannya agak serabut, dia membaringkan diri di katil dan melelapkan matanya yang sudah mengantuk.

VIDS PROMO NOVEL




 P/S ---> Novel telah pun terbit. Boleh mendapatkannya dengan Kaki Novel atau kunjungi Kedai Buku MPH & Popular Bookstore serta kedai berdekatan anda untuk mendapatkannya. :)

No comments: